Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEJARAH TARIAN SUMAZAU

Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di
Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang
sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan
di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.

Perkataan Sumazau berasal daripada 'SAZAU' yang boleh dilihat berdasarkan tangan
seseorang apabila menari.Tarian Sumazau diambil oleh orang zaman dahulu,daripada seekor
burung helang semasa burung helang sedang terbang,Sumazau adalah tarian tradisional suku
kaum kadazandusun.Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan dan juga upacara
pemujaan semangat pada ( Bambaazon ).

1
MAKLUMAT TARIAN
Tarian ini biasanya ditarikan oleh suku kaum Kadazan-Dusun yang terdiri daripada
penari lelaki dan juga penari wanita dengan memakai pakaian tradisional suku kaum mereka.
Tarian ini juga ditarikan sambil diiringi paluan gong yang biasanya menggunakan 6 buah gong
berlainan saiz.

Penari Sumazau lelaki dan wanita akan menarikan tarian ini dengan mengangkat kedua-
dua tangan mereka hingga ke paras bahu sambil mengibarkan tangan mereka seperti sayap
burung yang sedang terbang. Penari tersebut juga menarikannya sambil mengangkat tumit kaki
dan menurunkannya semula mengikut irama lagu yang dimainkan.

Biasanya tarian Sumazau yang ditarikan adalah berlainan rentak dan tempo pukulan
gongnya antara satu daerah dengan daerah yang lain. Namun tarian yang ditarikan adalah tetap
sama iaitu dengan perlahan dan lemah lembut.

Pada masa kini Tarian Sumazau telah menjadi salah satu tarian utama di Sabah dan
ramai masyarakat di Sabah yang bukan dari suku kaum Kadazan-Dusun dapat menarikan tarian
ini dengan baik ketika majlis-majlis keramaian.

Tarian Sumazau juga sememangnya dapat menaik perhatian para pelancong dari dalam
dan luar negara untuk cuba menarikannya apabila datang ke negeri Sabah.

2
FUNGSI TARIAN SUMAZAU

Untuk majlis keramaian seperti majlis- majlis perkahwinan, menyambut ketibaan


orang- orang kenamaan Untuk menolak bala, menyembah semangat, dan mengubati penyakit
Ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai
padi. Dipersembahkan semasa perayaan dan juga upacara pemujaan semangat padi (
Bambaazon ). Dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang
dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.

PAKAIAN SEMASA TARIAN SUMAZAU

Pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang
berwarna emas. Pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan
benang berwarna emas.

 PAKAIAN PENARI WANITA

Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta tali pinggang (tangkong) yang diperbuat
daripada duit syiling perak (trade Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta tali
pinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars)

 PAKAIAN PENARI LELAKI

Penari lelaki biasanya akan memakai tanjak di samping pakaian serba hitam serta
menyendang daun silad kering. Penari lelaki biasanya akan memakai tanjak di samping pakaian
serba hitam serta menyendang daun silad kering.

3
ALATAN YANG DIGUNAKAN

Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong, biasanya 6 buah gong yang berbagai
ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus. Tarian ini dimainkan dengan iringan
paluan gong, biasanya 6 buah gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang
khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan
desa dengan. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah
dan desa dengan.

4
GAMBAR TARIAN SUMAZAU

You might also like