Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

TERHAD

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 

TUGASAN

P RO K H A S 2
PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR & BAHASA INGGERIS

KOD KERTAS / 2016

TERHAD
 
TERHAD

BAHAGIAN A: ARAHAN

1. ARAHAN KEPADA PENTAKSIR

1.1. Pentaksir perlu memastikan tugasan ini dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu
(1 bulan), pada waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan merancang pelaksanaan
dan penilaian tugasan mengikut masa yang ditetapkan.
1.2. Pentaksir perlu memastikan pelaksanaan tugasan mematuhi jadual yang disediakan.
Pengubahsuaian pada jadual hanya dibenarkan sekiranya perlu sahaja, dan pentaksir perlu
memastikan kesemua tugasan dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.
1.3. Pentaksir mestilah memberi taklimat kepada calon mengenai tugasan secara terperinci.
1.4. Pentaksir perlu memastikan bahan yang bersesuaian disediakan oleh pihak sekolah. Ibu
bapa juga digalakkan untuk turut sama membantu dalam penyediakan bahan
keperluan tugasan.
1.5. Pentaksir dibenarkan memberi bimbingan kepada calon semasa pentaksiran dijalankan.
1.6. Pentaksir perlu menentukan kesesuaian tugasan untuk dilaksanakan sama ada secara
individu atau berkumpulan.
1.7. Pentaksir membuat penilaian secara individu kepada setiap calon.
1.8. Pentaksir perlu mengumpul dan merekod skor calon dalam Borang Pentaksiran Individu
yang disediakan.

2. ARAHAN KEPADA CALON

2.1. Calon perlu melaksanakan tugasan dalam tempoh 4 minggu (1 bulan).


2.2. Calon boleh meminta bimbingan pentaksir dalam melaksanakan tugasan.
2.3. Calon boleh menggunakan semua alatan dan bahan yang disediakan oleh pentaksir.
2.4. Calon digalakkan menggunakan alatan dan bahan tambahan untuk tugasan ini.
2.5. Calon diwajibkan melaksanakan dua (2) tugasan berikut:
2.5.1. Brosur/ Pamplet/ Laman Sesawang
2.5.2. Bercerita
2.6. Calon dikehendaki mematuhi jadual tugasan yang disediakan.
2.7. Calon boleh melaksanakan tugasan secara individu atau berkumpulan mengikut
ketetapan guru pentaksir.
2.8. Calon akan dinilai secara individu dalam setiap tugasan yang dilaksanakan.

  TERHAD  
TERHAD

BAHAGIAN B: TUGASAN

TUGASAN PROKHAS 2

Rajah 1
Rakan anda yang berasal dari negara Jepun ingin mengenali negara anda dengan lebih dekat.
Anda dikehendaki berkongsi maklumat tentang tumbuhan, haiwan dan masyarakat
di Malaysia seperti dalam Rajah 1 melalui pamplet, brosur atau laman sesawang.

Tugasan 1 (Brosur/ Pamplet/ Laman Sesawang)


Anda dikehendaki membina brosur, pamplet atau laman sesawang (blog, facebook atau twitter)
untuk berkongsi maklumat mengenai jenis tumbuhan (di darat atau di air), jenis haiwan (liar atau
jinak) dan masyarakat (agama dan tempat beribadat) di Malaysia bersama rakan anda di luar
negara. Maklumat berkenaan boleh diperoleh melalui akhbar, majalah, buku dan internet.
Maklumat berkaitan jenis haiwan perlulah ditulis dalam Bahasa Inggeris. Rekabentuk tugasan
adalah mengikut kreativiti masing-masing.

Tugasan Perkara
Pengenalan (makluman diri, tajuk tugasan)

Brosur/ Pamplet/ Gambar dan pernyataan (tumbuhan, haiwan dan masyarakat)


Laman Sesawang Hasil tugasan (Kekemasan dan Kreativiti)
Di tulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

3 TERHAD
TERHAD

Tugasan 2 (Bercerita)
Anda dikehendaki menceritakan kepada rakan kelas anda tentang brosur, pamplet atau laman
sesawang yang telah dihasilkan.

Tugasan Perkara
Pengenalan diri

Bercerita Maklumat di dalam Tugasan 1


Di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris (bagi maklumat tentang
jenis haiwan)

4 TERHAD
TERHAD

BAHAGIAN C: JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN

JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN

Minggu
MINGGU

TUGASAN
1 2 3 4

TUGASAN 1 : BROSUR/ PAMPLET/ LAMAN SESAWANG

-­‐ Mencari maklumat /

-­‐ Reka bentuk /

-­‐ Meletakkan gambar / /

-­‐ Menulis maklumat / /

TUGASAN 2 : BERCERITA

-­‐ Bercerita /

-­‐ Interaksi sosial /

5 TERHAD

You might also like