INSTRUMEN PROKHAS 1 (Perkebunan) PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

TERHAD

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 

TUGASAN

P RO K H A S 1
KEMAHIRAN HIDUP (PERKEBUNAN), BAHASA MELAYU & MATEMATIK

KOD KERTAS / 2016

TERHAD
TERHAD

BAHAGIAN A: ARAHAN

1. ARAHAN KEPADA PENTAKSIR

1.1. Pentaksir perlu memastikan tugasan ini dilaksanakan dalam tempoh 8 minggu (2 bulan),
pada waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP), merancang pelaksanaan dan penilaian
tugasan mengikut masa yang ditetapkan.
1.2. Pentaksir perlu memastikan pelaksanaan tugasan mematuhi jadual yang disediakan.
Pengubahsuaian pada jadual hanya dibenarkan sekiranya perlu sahaja, dan pentaksir perlu
memastikan kesemua tugasan dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.
1.3. Pentaksir mestilah memberi taklimat kepada calon mengenai tugasan secara terperinci.
1.4. Pentaksir perlu memastikan bahan yang bersesuaian disediakan oleh pihak sekolah.
Ibu bapa juga digalakkan untuk turut sama membantu dalam penyediakan bahan keperluan
tugasan.
1.5. Pentaksir dibenarkan memberi bimbingan kepada calon semasa pentaksiran dijalankan.
1.6. Pentaksir perlu menentukan kesesuaian tugasan untuk dilaksanakan sama ada secara
individu atau berkumpulan.
1.7. Pentaksir membuat penilaian secara individu kepada setiap calon.
1.8. Pentaksir perlu mengumpul dan merekod skor calon dalam Borang Pentaksiran Individu
yang disediakan.

2. ARAHAN KEPADA CALON

2.1. Calon perlu melaksanakan tugasan dalam tempoh 8 minggu (2 bulan).


2.2. Calon boleh meminta bimbingan pentaksir dalam melaksanakan tugasan.
2.3. Calon boleh menggunakan alatan dan bahan yang disediakan oleh pentaksir.
2.4. Calon digalakkan menggunakan alatan dan bahan tambahan untuk tugasan ini.
2.5. Calon diwajibkan melaksanakan tiga (3) tugasan berikut:
2.5.1. Poster
2.5.2. Projek (Amali dan Pelaporan)
2.5.3. Keusahawanan (Pameran dan Jual beli)
2.6. Calon dikehendaki mematuhi jadual tugasan yang disediakan.
2.7. Calon boleh melaksanakan tugasan secara individu atau berkumpulan mengikut
ketetapan guru pentaksir.
2.8. Calon akan dinilai secara individu dalam setiap tugasan yang dilaksanakan.

2 TERHAD
TERHAD

BAHAGIAN B: TUGASAN

TUGASAN PROKHAS 1

Rajah 1

Sekolah anda akan mengadakan aktiviti keusahawanan seperti Rajah 1 sempena Minggu
Pendidikan Khas. Anda dikehendaki membuat pameran dan menjual tanaman sawi pada
hari tersebut.

Tugasan 1 (Poster)
Anda dikehendaki menyediakan sebuah poster untuk mempromosikan sawi yang akan dijual pada
Minggu Pendidikan Khas tersebut.

Tugasan Perkara

Berukuran kad manila dengan saiz standard: 50.8cm x 63.5cm (20”X25”)


Kandungan: tajuk, tarikh, masa, tempat, gambar, harga dan lain-lain
Poster
Poster dalam Bahasa Melayu
Rekabentuk dan teknik penyediaan poster mengikut kreativiti sendiri

3 TERHAD
TERHAD

Tugasan 2 (Projek)
Anda dikehendaki menanam sawi dan menyediakan pelaporan sebelum, semasa dan selepas
projek itu dilaksanakan.

Tugasan Perkara
Penyediaan alatan dan bahan
Amalan keselamatan
Amalan kebersihan
Amali
Pelaksanaan (menyemai, menyiram, membaja dan penjagaan harian)
Hasil tugasan (hidup dan segar)

Penyimpanan alatan
Muka hadapan (makluman diri, tajuk tugasan)
Isi kandungan
Pengenalan projek
Pelaporan
Gambar dan pernyataan (bahan, alatan dan langkah-langkah)
Pengiraan kos (kos 1 unit dan kos bilangan unit untuk jualan)

Ditulis dalam Bahasa Melayu


 

Tugasan 3 (Keusahawanan)
Anda perlu membuat pameran hasil tanaman sawi dan aktiviti jual beli pada Minggu Pendidikan
Khas tersebut.

Tugasan Perkara
Menyediakan gerai pameran (poster, hiasan, pelaporan,bahan pameran
dan lain-lain)
Pameran Menyusun atur bahan pameran
Memberi penerangan
Urusan jual beli tanaman sawi
Aktiviti Jual beli
Merekod hasil jualan

4 TERHAD
TERHAD

BAHAGIAN C: JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN

JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN

Minggu
MINGGU

TUGASAN
1 2 3 4 5 6 7 8

TUGASAN 1 : POSTER

-­‐ Membuat poster / /

TUGASAN 2 : PROJEK

-­‐ Penyediaan alatan dan bahan / /

- Penjagaan tanaman / / / / /

-­‐ Menyediakan Pelaporan / / / /

TUGASAN 3 : KEUSAHAWANAN

-­‐ Pameran dan aktiviti jual beli /

5 TERHAD

You might also like