Kertas Kerja Pembuatan Mural

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN WAKUBA

PETI SURAT 61732


91027, TAWAU
SABAH, MALAYSIA

KERTAS KERJA

Projek Keceriaan Sekolah (Lukisan Mural)

TEMPAT : Makmal Komputer, Sekolah Kebangsaan Wakuba

TARIKH : 24 September- 12 Oktober 2018

ANJURAN:

Guru Pelatih PISMP Jun 2016

Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau


KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN SEKOLAH (LUKISAN MURAL)

1.0 Tajuk

Kertas kerja ini disediakan adalah untuk memohon pertimbangan dan persetujuan
pihak tuan untuk merealisasikan Projek Keceriaan Lukisan Mural di Sekolah Kebangsaan
Wakuba.

2.0 Pengenalan

Projek keceriaan sekolah merupakan salah satu projek yang dianjurkan oleh para
gurupelatih bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP) Ambilan Jun 2016 dalam
memenuhi terma dan syarat Program Praktikum Fasa 1 selama 3 bulan. Program ini juga
bertujuan bagi menguji kreativiti guru pelatih di samping dapat melihat sejauh mana komitmen
mereka dalam menjayakan sesuatu projek.

3.0 Matlamat

Matlamat program ini ialah untuk menceriakan dinding makmal komputer dengan
lukisan mural yang berunsurkan motivasi dan akademik. Projek ini juga bertujuan sebagai
memberi kemahiran dan menambah ilmu baharu kepada guru pelatih dalam menghasilkan
tugasan projek yang berkualiti serta bermanfaat kepada sekolah.

4.0 Objektif

3.1 Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan guru pelatih
dan warga
sekolah.
3.2 Memberi guru pelatih ruang dan peluang bagi mengaplikasikan segala kemahiran yang
telah
dipelajari di IPG.
3.4 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk merancang dan melaksanakan aktiviti di
sekolah.
3.5 Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab guru pelatih dalam
program yang dilaksanakan.
5.0 Sasaran

6 orang guru pelatih PISMP Ambilan Jun 2016 daripada opsyen Pendidikan Islam, Sains dan
Pendidikan Awal Kanak-kanak IPG Kampus Tawau.

6.0 Tempat

Dinding makmal komputer, SK Wakuba.

7.0 Tarikh

24 September- 12 Oktober 2018

8.0 Jawatankuasa

(Rujuk Lampiran A)
9.0 Anggaran Kos Perbelanjaan

Bil Perkara Harga seunit Bilangan Jumlah


(RM)
1. Cat pelaka
 Biru
 Merah
 Hitam RM 17.00 6 x RM 17.00 RM 102.00

 Kuning
 Hijau
 Putih

2. Berus cat
 Berus lukisan besar RM 8.50 4 x RM 8.50 RM 34.00
 Berus lukisan kecil RM 3.00 5 x RM 3.00 RM 15.00
 Berus warna (water RM 1.50 6 x RM 1.50 RM 9.00
colour)

Jumlah keseluruhan RM 160.00

10.0 Penutup

Diharapkan Projek Keceriaan ini dapat dijayakan dalam tempoh masa yang ditetapkan
dan memberi banyak manfaat kepada semua yang terlibat. Semoga segala pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman yang ditimba semasa projek ini dilaksanakan dapat meningkatkan
kemahiran mengurus dan mentadbir sesuatu organisasi dengan baik dan berkesan sekali gus
dapat mempraktikkan kemahiran ini apabila berkhidmat di sekolah kelak.
Disediakan oleh :

…………………………………………

(CIK ALYA NURDINI BINTI MOHD NORSHAMSURI)p

Setiausaha,
Program Keceriaan Lukisan Mural
Sekolah Kebangsaan Wakuba, Tawau.

Diluluskan oleh :

……………………………………………

(PUAN HAJAH SALINA BINTI HJ. ABDUL RAHMAN)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Wakuba, Tawau.


Lampiran A

8.0 Jawatankuasa Projek Keceriaan Sekolah (Lukisan Mural)

Jawatankuasa Induk
Guru Besar Puan Hajah Salina Binti Hj. Abdul Rahman
Guru Pen. Kanan Pentadbiran Encik Abdul Samid b. Andek
Guru Pen. Kanan Hal Ehwal
Murid
Guru Penolong Kanan Encik Abdul Haris Bin Mohd Isah
Kokurikulum
Ahli Jawatankuasa pelaksana
Pengerusi Khairil Anwar Bin Yahya
Naib Pengerusi Nur Fatihah Binti Latoteh@ Tuteh
Setiausaha Alya Nurdini Binti Mohd Norshamsuri
Ajk Fatin Nadhirah Binti Zulkifli
Dg Nina Farinie Binti Mahmud@ Ag Mahmud
Nurul Afifah Binti Khalid

You might also like