Kertas Kerja Berkumpulan - MPU3113

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

HUBUNGAN ETNIK

MPU 3113
(TUGASAN BERKUMPULAN)

Pemerkasaan Kesepaduan
Sosial Pasca Merdeka Dalam
Sektor Pendidikan

Disediakan Oleh :

1. Abu Hassan Azhari Bin Abu Bakar Shedek B18761070


2. Mohd Zammil Bin Mohd Zuslaini B18761103
3. Mohamad Ibnu Aifan Bin Md Lotpi B18761052
4. Mohamed Firdhaus Bin Samsudin B18761089

Disediakan Untuk : Puan Nurhuda Badrul Hisham

Tarikh : 26 September 2018


Kandungan

Pengenalan 2

Perbezaan Sosial Antara Etnik 2

Sistem Pendidikan Sebelum Dan Selepas Merdeka 3

Dasar – Dasar Pendidikan Pra Kemerdekaan 4

Dasar – Dasar Pendidikan Pasca Kemerdekaan 7

Falsafah Pendidikan Negara 7

Mekanisma Kesepaduan Sosial Melalui Sistem Pendidikan 8


Rumusan 9
Sumber Rujukan 11

1
Pengenalan

Dalam membentuk sebuah negara yang aman dan makmur, ianya memerlukan kesepakatan
rakyat sebagai tunjang untuk membentuk masyarakatnya agar mampu mentadbir dan
seterusnya membentuk sebuah negara yang maju dan harmoni. Oleh yang demikian, pada
hemat kami, perkara utama yang harus difokuskan ialah melalui sistem pendidikan.

Merujuk kepada senario di Malaysia, sektor pendidikan telah bermula dari zaman koloni dan
telah melalui beberapa fasa perubahan mengikut aliran semasa. Fokus untuk mewujudkan
sistem pendidikan yang teratur telah menjadi wadah utama untuk negara kita yang
mempunyai pelbagai kaum atau etnik dengan kepelbagaian budaya dan agama. Salah satu
perkara utama adalah merapatkan perbezaan sosial diantara kaum dari segi memahami
budaya, adat resam, agama dan status ekonomi yang wujud daripada berbagai latar belakang.

Perbezaan Sosial Diantara Etnik

Ketika era penjajahan Inggeris, mereka telah mengamalkan dasar pemerintahan “Pecah dan
Perintah” bagi memudahkan Inggeris mengawalselia pemerintahan di Tanah Melayu. Sistem
ini telah mewujudkan segregasi antara kaum. Sebagai contoh, orang Melayu akan berada di
kampung – kampung, orang Cina di kawasan lombong – lombong biji timah serta di bandar
sebagai peniaga sementara orang India di ladang- ladang. Disamping itu juga pembentukan
struktur pemerintahan Inggeris dengan menwujudkan negeri – negeri Selat, negeri –negeri
Melayu Bersekutu dan tidak Bersekutu juga telah memecahkan dan membataskan interaksi
diantara negeri – negeri tersebut terutama masyarakatnya walaupun dari etnik yang sama.

Maka wujudlah suku kaum seperti orang Melayu Jawa, Minangkabau, Banjar, Kerinchi
tinggal mengikut daerah tertentu. Sama juga orang Cina dari suku kaum Hokkien, Hakka, Fu
Chau, Hainan dan begitu juga kaum India seperti Kerala, Malaiyalam, Tamil Naidu dan
Punjabi serta banyak lagi suku –suku kaum lain. Lantas ianya menjadi cabaran utama negara
dalam menuju kemerdekaan untuk merapatkan perbezaan yang telah ada ini untuk ditangani
dengan sempurna.

2
Sistem Pendidikan Sebelum dan Selepas Kemerdekaan

Sistem pendidikan sebelum kemerdekaan adalah berbentuk informal yang lebih menekankan
kepada kerohanian, pembentukan keperibadian seseorang berlandaskan nilai-nilai yang
diterapkan melalui pendidikan agama. Maka orang Melayu mempelajari Al-Quran sementara
mubaligh – mubaligh Kristian akan mengajar penganut Kristian di gereja – gereja manakala
pengikut Budha dan Hindu akan mengikuti ajaran agama mereka di tokong – tokong serta
kuil-kuil.

Cetusan dari senario ini telah membawa kepada kewujudan sekolah – sekolah vernakular
pada ketika itu untuk memberi perubahan didalam sistem pendidikan secara formal. Lantas
dengan itu pembentukan sekolah vernakular telah berlaku dan bermula dengan:-

i. . Penubuhan sekolah vernakular Cina pada tahun 1815.


Pengguna bahasa Mandarin telah digunapakai sebagai bahasa pengantar dan
sukatan pelajaran telah mengikut aliran yang digunakan di negeri Cina dan
Taiwan.

ii. Penubuhan sekolah vernakular Inggeris pada tahun 1816


Pengunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan mengikut sukatan
matapelajaran Inggeris yang digunapakai di negara mereka UK. Penang Free
School merupakan sekolah vernakular pertama Inggeris dan seterusnya
dikembangkan dengan penubuhan Sekolah King Edward di Ipoh dan Victoria
Institution di Kuala Lumpur. Rata-rata para pelajar adalah terdiri dikalangan
golongan elite atau bangsawan yang hanya mampu untuk menghantar anak
mereka sekolah berkenaan.

iii. Penubuhan sekolah vernakular Melayu pada tahun 1855


Penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dan telah ditubuhkan di
Bayan Lepas, Pulau Pinang.

3
iv. Penubuhan sekolah vernakular India 1856
Para buruh ladang dari India juga tidak mahu ketinggalan dalam pendidikan
dan mereka telah membuka sekolah di ladang-ladang mereka dengan
membawa masuk tenaga penganjar dari India dan Sri Lanka untuk memberi
pendidikan didalam bahasa India.

Kedudukan ini telah memberikan landskap yang amat berbeza kerana penerapan nilai
pendidikan yang berlainan hingga menjurangkan lagi hubungan sosial diantara kaum. Tiada
usaha untuk menerapkan semangat Muhibbah dan mengenali budaya serta tatacara kehidupan
dan peradapan kaum lain pada masa itu.

Dasar – Dasar Pendidikan Pra Kemerdekaan

Di atas perbezaan pembelajaran dan objektif pendidikan yang telah diterapkan di sekolah –
sekolah vernakular dengan berpandukan sukatan matapelajaran masing – masing. Maka pihak
kerajaan pada ketika itu telah cuba memperkenalkan sistem pendidikan yang lebih tekawal
dengan cara memperkenalkan dasar – dasar pendidikan untuk digunaka pakai di sekolah –
sekolah.

Wajar diingatkan sekolah merupakan tempat menyalurkan ilmu dan membimbing para pelajar
mengikut acuan pendidikan yang ingin diperkenalkan. Oleh itu pihak Inggeris mula merasa
bimbang dengan hadirnya anasir – anasir luar melalui sistem pendidikan yang ada akan
mengancam kepentingan Inggeris di Tanah Melayu.

Maka selepas perang dunia kedua dan pihak tentera Jepun telah menyerah kalah, Inggeris
kembali ke Tanah Melayu dan untuk kali ini, mereka telah merasai semangat patriotisme
telah wujud di kalangan masyarakat disamping unsur – unsur lain yang akan menyatukan
penduduk Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan dari penjajahan Inggeris. Kesedaran
wujud dikalangan mereka yang mendapat pendidikan di sekolah – sekolah yang sedia ada.
Maka pihak Inggeris telah mengambil langkah untuk mengawal keadaan ini dengan
membina semula dasar pendidikan di Tanah Melayu.

4
i. Dasar Cheeseman

Bermula pada tahun 1946, dasar ini telah berorientasikan penyatuan etnik serta mahu
sistem pendidikan dapat dikembangkan dan penawaran persekolahan percuma untuk
kanak-kanak di sekolah rendah dibawah pentadbiran Inggeris melalui Malayan Union
yang mahu diperkenalkan. Ianya juga membuka peluang untuk golongan wanita bagi
mendapatkan pendidikan. Dasar ini hanya menumpukan kepada pendidikan sekolah
rendah dan ianya kurang berkesan dalam memupuk intergrasi nasional dan hanya
berjaya memperkenalkan bahasa Inggeris untuk diajar di sekolah rendah dan bahasa
pengantar sekolah vernakular masih kekal digunakan di sekolah masing-masing.

ii. Jawatankuasa Car Saunders

Perbezaan yang masih wujud di dalam sistem pendidikan pada masa itu, amat
memerlukan perhatian untuk diseragamkan bagi mencapai objektif awal dasar
Cheeseman. Lantas dengan itu, ada desakan daripada para cerdik pandai melayu
untuk penambahbaikan dan menwujudkan lebih banyak sekolah vernakular Melayu
sehingga membawa kepada penubuhan Jawatankuasa Car – Saunders 1947.
Penggunaan bahasa Melayu sabagai bahasa pangantar utama telah diberikan perhatian
disamping dalam membentuk intergrasi nasional bagi melaraskan tahap pendidikan
Melayu ke satu aras yang lebih tinggi.

iii. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

Seterusnya penambahbaikan diteruskan lagi untuk menjalinkan permuafakaatan


diantara etnik utama di Tanah Melayu dengan terbentuknya jawatankuasa ini yang
diwakili oleh wakil masyarakat dikalangan kaum yang terbesar di Tanah Melayu pada
ketika itu iaitu Melayu, Cina dan India. Penumbuhan jawatankuasa ini telah diwakili
oleh Dato’Onn Jaafar dari komuniti Melayu, Tan Cheng Lock komuniti Cina dan
Thiraisingham untuk komuniti India. Perpaduan diantara kaum ke arah pembentukan
sebuah negara yang merdeka merupakan agenda utama jawatankuasa ini. Ia telah
mewajibkan pengunaan Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa pengantaraan
disamping bahasa ibunda terus kekal dan boleh diajar di sekolah masing-masing.

5
iv. Laporan Barnes

Berdasarkan cabaran perlaksanaan sistem pendidikan yang diketengahkan pada ketika


itu, Laporan Barnes 1951 telah membuat penyemakan untuk memastikan
perlaksanaan dasar – dasar sebelum ini agar dapat dijayakan. Laporan ini memberi
penekanan kearah kesepakatan antara kaum dan hubungan sosial diantara etnik agar
lebih baik. Ianya telah merangka satu sistem pendidikan baru disamping menyemak
pendidikan sekolah Melayu untuk di asilimisasi ke dalam sistem pendidikan
kebangsaan. Ianya juga telah cuba untuk memansuhkan sekolah vernakular bagi
memastikan sistem pendidikan yang lebih berintergrasi nasional. Bahasa Melayu dan
Inggeris mahu dikekalkan di peringkat rendah sementara elemen penjajahan kekal
dengan mengutarakan pengunaan bahasa Inggeris sahaja di peringkat menengah.

v. Laporan Fenn-Wu

Oleh kerana penyemakan sistem sekolah vernakular Melayu dilakukan oleh Laporan
Barnes, sekolah vernakular Cina telah turut serta melakukan perkara yang sama
melalui Laporan Fenn-Wu 1951. Namun ianya lebih bertujuan untuk
mempertahankan sekolah vernakular Cina agar tidak dimansuhkan disamping
memperkasakan kewujudannya untuk masyarakat Cina di Tanah Melayu.

vi. Ordinan Pendidikan 1952

Lanjutan perkembangan masa itu Ordinan Pendidikan 1952 telah dimaktubkan bagi
menyelaras sistem pendidikan negara dalam membentuk kesepaduan sosial untuk
membina sebuah negara kearah pemerintahan sendiri. Ordinan ini merupakan teras
dalam sistem pendidikan untuk mendekatkan jurang perbedaan diantara etnik agar
saling memahami dan bersatu sebagai sebuah masyarakat yang harmoni.

6
vii. Laporan Razak

Bagi menyediakan negara kearah kemerdekaan adalah menjadi agenda utama untuk
menghasilkan warganegara yang mempunyai pendidikan supaya mampu mentadbir
negara, menyediakan tenaga kerja untuk membina negara disamping mempunyai
keperibadian yang baik dan semangat nasionalisma sebagai seorang warganegara
yang bertanggungjawab. Maka Laporan Razak 1956 telah menyeragamkan sistem
pendidikan negara dengan mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
serta menyelaraskan sistem pentadbiran, sukatan pelajaran, peperiksaan dan latihan
guru-guru di sekolah – sekolah Tanah Melayu.

Dasar – Dasar Pendidikan Pasca Kemerdekaan

Setelah merdeka pada 1957, keperluan membentuk negara telah terarah kepada pembinaan
masyarakat agar mampu mewujudkan sebuah negara maju dalam suasana yang aman dan
makmur. Ordinan Pendidikan 1957 memaktubkan Laporan Razak 1956 untuk dilaksanakan.

Memandang Tanah Melayu merupakan sebuah negara majmuk dari berbilang bangsa ianya
amat penting untuk pemerkasaan hubungan baik diantara kaum, Sistem pendidikan menjadi
amat penting sebagai platform utama untuk membentuk masyarakat baru Malaya.

Mengikut keperluaan semasa, Laporan Rahman Talib 1960 telah diperkenalkan dengan
bertujuan untuk memantau perlaksanaan Ordinan Pendidikan 1957. Laporan ini lebih
menfokuskan kepada perlaksanaan yang sedia ada untuk diperkemaskan penggunaan bahasa
kebangsaan sebagai medium perhubungan utama untuk dipratikkan. Penyeragaman sistem
peperiksaan dan persekolahan dengan tumpuan utama kepada pendidikan teknik dan
vokasional. Pendidikan moral dan keagamaan diseimbangkan. Lalu terbentuklah Akta
Pendidikan 1961 berdasarkan kepada Laporan Rahman Talib.

Namun kesan dari peristiwa ketegangan kaum pada 13 Mei 1969 telah memberi sedikit
perubahan dalam melihat keberkesanan sistem pendidikan negara. Falsafah pendidikan
negara wujud dalam menyelengarakan perbezaan diantara kaum serta kelemahan –kelemahan
yang ada untuk diberi perhatian dan tindakan segera secara berterusan mengikut keperluan
semasa.

7
Falsafah Pendidikan Negara

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah perkembangan seseorang dan
mengenal pasti potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara

Mekanisma Kesepaduan Sosial Melalui Sistem Pendidikan

i. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantaraan

Pengunaan bahasa melayu di semua peringkat sekolah akan membentuk identiti


sebagai rakyat sejati dengan menguasai bahasa kebangsaan dengan baik dan
menanam semangat kewarganegaraan tanpa mengira bangsa mahupun agama.

ii. Sukatan Matapelajaran yang diselaraskan

Penyelarasan matapelajaran mengikut keperluan negara dan menadaptasikan


subjek-subjek tertentu adalah salah satu saluran pembelajaran yang paling efektif.
Sebagai contoh matapelajaran sejarah negara mampu memberi kefahaman kepada
generasi muda agar lebih bertoleransi dan membina tamadun baru untuk negara.
Disamping itu juga sukatan matapelajaran agama dan moral akan membentuk
generasi yang berakhlak dan berjiwa murni. Ini mampu membawa wancana
negara kearah yang lebih maju.

8
iii. Tenaga Pengajar Tempatan

Guru-guru mahupun pensyarah yang dilantik dari warganegara mampu memberi


impak dalam membimbing golongan pelajar agar lebih bersatu padu dan saling
memahami diantara satu sama lain. Semangat mencintai negara dapat dibentuk
dengan lebih berkesan dan mudah diterima oleh para pelajar dengan interaksi
yang baik bersama tenaga pengajar.

iv. Sistem Pendidikan

Pembentukan sistem pendidikan yang tersusun dari pendidikan awal kanak-kanak


hingga pendidikan tinggi mampu melahirkan cendiakawan yang akan memimpin
negara dan akan lebih memahami perhubungan diantara kaum daripada
pencampuran tempat belajar yang bermula dari kanak-kanak lagi.

v. Sekolah Wawasan

Pembentukan sekolah vernakular dalam satu kawasan persekolahan yang terdiri


daripada sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan cina dan india mampu
mewujudkan pergaulan diantara para pelajar dan merapatkan pencampuran harian
yang akan memberi pendedahan kepada kefahaman budaya, makanan dan bahasa

vi. Ko-Kurikulum

Aktiviti Ko-kurikulum yang dijalankan akan mengeratkan hubungan diantara para


pelajar yang dari berbilang kaum disamping memupuk semangat setiakawan dan
berpasukan. Ini adalah platform terbaik melalui sukan dan berpersatuan untuk
mengadakan interaksi yang bebentuk positif diantara kaum.

9
Rumusan

Wacana kesepaduan sosial diantara kaum di Malaysia ternyata telah berjaya mengekalkan
keamanan negara ini disamping membangunkan negara ketahap negara maju selepas
kemerdekaan. Sistem pendidikan merupakan elemen terbaik dan paling efektif untuk
menyampaikan hasrat negara membentuk masyarakatnya dengan acuan tersendiri.

Anak-anak yang lahir selepas merdeka ternyata mempunyai semangat cintakan negara
melalui kefahaman yang mereka terima dari sistem pendidikan hari ini. Namun masih
terdapat elemen-elemen negatif yang harus dibendung kerana wujud anasir-anasir yang
bersifat perkauman atas sebab-sebab tertentu.
Segala usaha-usaha yang dijalankan dengan berterusan adalah komitment kerajaan dalam
permerkasaan rakyat untuk bersatu-padu dan mendapatkan kesepaduan sosial untuk
menjaminkan keteteraman negara agar terus memancu kehadapan dalam suasana aman
makmur.

Namun kaedah yang digunapakai harus mengikut harus perubahan waktu untuk memastikan
ianya kekal relevan dari masa ke masa. Telah terbukti Kesepaduan sosial melalui sistem
pendidikan telah mencapai objektifnya dengan perubahan yang amat ketara selepas pasca
kemerdekaan negara selama 61 tahun. Usaha ini adalah usaha yang berterusan disamping
memperbaiki setiap kelemahan dan kekurangan dalam menerapkan semangat
kewarganegaraan kepada setiap individu.

Keperluan semasa dan tuntutan setiap etnik harus ditangani dengan berhati-hati tanpa
mengorbankan perpaduan dan keharmonian negara Malaysia tercinta agar terus kekal aman
dan makmur selamanya.

10
Sumber Rujukan

1) Buku Revisi : Hubungan Etnik di Malaysia(Edisi ke-2)


Author : Baterah Alias,Huzaimah Ismail, Najahudin Lateh
2) Hubungan Etnik di Malaysia : Harmoni dan Konflik
Author : Syed Husin Ali
3) Siri Pendidikan Guru : Falsafah dan Pendidikan di Malaysia
Author : Noriati A Rashid, Lee Keo, Zulkufli Mahayudin & Zakiah Noordin
4) https://www.scribd.com/presentation/52575656/Dasar-Pendidikan-Sebelum-Selepas-

Merdeka
5) https://www.slideshare.net/aisyahsomkamismail/bab-8set18-pemerkasaan-pendidikan-
ke-arah-kesepaduan-sosial
6) https://www.scribd.com/doc/55521610/Dasar-Pendidikan-Dalam-Mencapai-
Perpaduan

11

You might also like