Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Insinerator

Penunuan atau insinerasi ialah satu teknologi olahan sisa yang melibatkan pembakaran bahan
dan/atau benda organik. Penunuan dijalankan menggunakan jentera yang dipanggil penunu
atau insinerator.

Sebelum itu, sampah-sampah tersebut telah diasingkan antara kertas, plastik, kayu, logam,
kaca dan lain-lain. Penunuan mempunyai faedah besar untuk olahan sesetengah jenis sisa
seperti sisa perubatan dan sebahagian sisa berbahaya di mana patogen dan toksin boleh
dimusnahkan oleh suhu tinggi.

Penggunaan penunuan tidaklah menggantikan teknik tapak pelupusan sampah sepenuhnya,


sebaliknya seiringan. Kaedah ini lebih mesra alam kerana sampah tidak masuk meresap ke
dalam tanah. Sisa pembakaran dapat dijadikan baja. Sampah yang dibakar boleh dijana
menjadi tenaga elektrik, manakala haba yang terhasil boleh digunakan untuk memanaskan
taman perumahan berdekatan. Kaedah ini telah banyak digunakan di negara maju seperti
Jepun, Denmark, Sweden dan Jerman

Teknologi insinerator sisa pepejal telah lama diketahui kewujudannya dan cadangan
pemilihan kaedah itu perlu dipertimbang sekali lagi sebelum menganggap ia membawa kesan
buruk kepada kesihatan dan alam sekitar. Insinerator bertindak membakar sisa di samping
meminimumkan jumlah pelupusan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah. Insinerator
bukanlah bermaksud untuk menggantikan tapak pelupusan sampah dengan sepenuhnya tetapi
sebaliknya adalah sebagai pelengkap kepada pelupusan sisa. Ketua Pengarah Jabatan
Pengurusan Sisa Pepejal Negara Datuk Nadzri Yahaya ketika ditemubual Bernama berkata,
"Tanggapan salah mengenai insinerator mungkin berdasarkan kepada insinerator yang
terdapat pada masa dahulu. "Kita perlu maju ke hadapan. Teknologi sudah berubah dan
bertambah maju sehingga boleh menghalang pembentukan dioxin, bahan kimia (hasil
daripada pembakaran sisa menerusi insinerator) yang dikatakan boleh mendatangkan mudarat
kepada kesihatan dan alam sekitar dan ditentang oleh mereka yang tidak bersetuju dengan
penggunaan insinerator", katanya. Dioxin ialah racun kelas pertama, yang mendedahkan
masyarakat kepada kanser.
KEBAIKAN INSINERATOR

Memandangkan isu insinerator ini boleh diperbesarkan seperti mana yang berlaku untuk
projek Lynas, di Kuantan, Nadzri percaya orang ramai perlu mendapatkan penjelasan sebenar
teknologi insinerator untuk menangani kebimbangan itu. Untuk menyalahkan komuniti ini
pun, adalah satu tindakan tidak wajar kerana ia berlaku ekoran ketidakfahaman mahupun
kurangnya pengetahuan mereka berhubung teknologi itu. Akan tetapi, kelantangan mereka
seharusnya merujuk kepada fakta, bukti sambil melihat keberkesanan dan kejayaan beberapa
buah negara maju menggunakan insinerator untuk pelupusan sisa pepejal mereka. "Tokyo ada
21 insinerator, Singapura sebuah negara kecil pun ada lima insinerator, adakah kita dengar
ramai rakyat mereka mati akibat kanser? "Sekiranya benar teknologi ini memudaratkan,
sudah pasti ramai, beratus penduduknya kena kanser, tetapi tiada pula," jelas beliau.
Sebaliknya, negara berkenaan masih mempunyai nilai pelancongan apabila tetap menjadi
antara destinasi pilihan ramai. Ini membuktikan, pembinaan insinerator bukan sahaja tidak
menjejaskan kesihatan malah ekonomi. "Dengan teknologi terkini, pembentukan dioxin boleh
dikawal menerusi pengawalan suhu, yakni mesti melebihi 850 darjah selsius", kata Nadzri.

DIKAWAL KETAT

Teknologi hijau itu juga akan dilengkapi dengan peralatan yang akan menyerap serta peka
kepada sebarang pelepasan gas yang memudaratkan kesihatan termasuklah penghasilan
dioxin. Dikawalselia setiap masa oleh Jabatan Alam Sekitar, proses pembakaran mahupun
operasi loji insinerator ini perlu mengikut garis panduan ditetapkan bagi memastikan kualiti
hidup dan kelestarian alam sekitar terjamin dari mengenalpasti tapak sehinggalah insinerator
itu siap dan diserahkan. Insinerator berkenaan perlu memenuhi banyak syarat khas termasuk
suhu pelepasan gas antara 850 hingga 1000 Celsius dan sekiranya ia melebihi tahap
dibenarkan akan menyebabkan insinerator diberhentikan operasi dan langkah-langkah
pembaikan akan dijalankan. "Disebabkan itulah, hanya bahan buangan tertentu sahaja kita
ambil untuk dibawa ke loji insinerator seperti sisa makanan dan komersial. Bagi sisa industri,
ia masih diambil tetapi bukan daripada jenis berbahaya atau sisa terjadual yang disenaraikan
dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling," katanya. "Ramai juga salah faham dan menyangkakan
kalau ada insinerator tidak perlu tapak pelupusan. Sebenarnya, masih perlu kerana abu yang
terhasil daripada proses pembakaran perlu dibuang ke tapak pelupusan. "Tidak timbul kesan
berganda kerana penggunaan insinerator dapat mengurangkan sisa ke tapak pelupusan, sekali
gus memanjangkan tempoh hayatnya," katanya. Abu-abu atau 'bottom ash' yang terhasil
hanyalah antara 10 hingga 15 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibakar.

LEBIH BANYAK BAIK DARIPADA BURUK

Kebaikan di sebalik pemilihan teknologi insinerator adalah lebih banyak berbanding


keburukannya. Selain menjimatkan ruang kerana berkapasiti kecil berbanding tapak
pelupusan, kawasan loji insinerator masih boleh digunakan bagi tujuan lain seperti
perumahan, pertanian. "Selepas usia tapak pelupusan habis tempoh hayatnya, ia perlu ditutup
dan dicari tapak baru. Tapak ini sudah tidak boleh digunakan untuk pembangunan dan hanya
boleh dijadikan sebagai taman rekreasi mahupun taman permainan. "Berlainan dengan
insinerator. Sekiranya lokasi loji itu ingin diubah, tapak asal masih boleh digunakan balik,"
katanya. Istimewanya, sisa pepejal yang dibakar di insinerator juga berupaya menjana tenaga
elektrik dan haba yang boleh digunakan untuk operasi loji, sekali gus mengurangkan kos
pengurusannya. Menurut laporan Lab Pengurusan Sisa Pepejal, loji insinerator di
Copenhagen, Denmark, berupaya menghasilkan elektik dan haba, bersamaan dengan
penggunaan 70,000 isi rumah untuk tahun 2004. Justeru, ada munasabahnya untuk
mengkategorikan insinerator sebagai antara satu teknologi hijau kerana selain menghasilkan
tenaga ia juga membantu mengurangkan impak kepada alam sekitar.

ADAKAH KITA SUDAH BERSEDIA

Merujuk kepada empat loji mini insinerator di Langkawi (Kedah), Tioman (Pahang),
Pangkor (Perak) dan Cameron Highlands (Perak) yang dibina bagi mengatasi isu setempat,
kata Nadzri ini menunjukkan bahawa negara sudah bersedia. "Kita sudah bersedia. Kalau
tidak, takkanlah kita bina. Cuma, yang berskala besar itu memerlukan kita mempunyai
kepakaran, jadi adalah lebih baik sekiranya ia dilakukan menerusi kerjasama dengan
pengusaha atau pembekal teknologi berkenaan," katanya. Biarpun begitu, semua ini tidak
akan berhasil tanpa adanya jaringan kerjasama masyarakat.

You might also like