Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Minggu 1 :- Konsep Perdamaian

Conflict is an intrinsic and inevitable aspect of social change. It is an expression of the


heterogeneity of interests, value, and beliefs that arise as new formations generated by social
change come up against inherited constrains. But the way we deal with conflict is a matter of
habit and choice. It is possible to change habitual responses and exercise intelligence choices.
(classical ideas)

Conflict exists “whenever incompatible activities occur [and] … an action that is incompatible
with another action prevent, obstructs, interest, injures or in some way makes the latter less
likely to be affective. 1(Morton Deutcsh, 1973)

Conflict arises when there are incompatible or mutually exclusive goal or aims or values
espoused by human beings. 2(Jessie Bernad, 1953)

Conflict is a social situation in which a minimum of two parties strive at the same moment in the
time to acquire the same set of scarce resources. 3(Peter Wallensteen, 1987)

Pernyataan diatas merupakan satu idea tentang apakah itu konflik oleh sarjana – sarjana
Barat. Sebenarnya tidak ada satu definisi yang khusus untuk menerangkan apakah itu konflik.
Konflik berlaku di mana – mana saja di seluruh dunia. Tanpa konflik manusia tidak akan
mencapai perdamaian dimana konflik ini menyebabkan manusia berusaha secara bersungguh –
sungguh untuk mencari jalan penyelesaian. Konsep perdamaian merupakan satu aspek yang
mencakupi seluruh kehidupan manusia.Seperti mana konflik, konsep perdamaian mempunyai
definisi yang sangat meluas dan tidak berfokus kepada sesuatu makna itu sendiri.

Konsep ini memerlukan manusia untuk saling bertolak ansur tanpa mengira bangsa,
agama, dan budaya.Hal ini kerana unsur – unsur ini amat penting dalam mewujudkan
perdamaian.Menurut Kamarulzaman Askandar, konsep perdamaian boleh dibahagikan kepada
dua iaitu perdamaian positif dan perdamaian negatif. Perdamaian positif merupakan satubentuk
perdamaian di mana wujud satu masyarakat yang tiada keganasan, kekerasan, dan peperangan.

1
Morton Deutcsh, (1973) The resolution of Conflict: Constructive and Destructive Process. New Haven. Yale
University Press. P. 10
2
Jessie Bernad et al., (1953) The Nature of Conflict: Studies on The Sociological Aspect if International
Relation.Paris: UNESCO.P.38
3
Peter Wallensteen, (1987) Understanding Conflict Resolution: A Framework, Peace Research : Acheivement
Perdamaian negatif pula dilihat dari situasi masyarakat itu walaupun tidak berlaku
keganasan, kekerasan, dan peperangan.Tetapi, terdapat konflik di dalam masyarakat tersebut
yang menunjukkan strukturnya yang rapuh.Di samping itu juga, terdapat kawalan ketat berupa
undang – undang dan peraturan serta sistem pemantauan dan implementasi yang ketat unttuk
memastikan situasi yang terkawal.

Bezanya ialah, dalam perdamaian positif, undang – undang dan peraturan yang terdapat
dalam masyarakat bukanlah bertujuan untuk menekan rakyat tetapi berdasarkan keadilan di
dalam sosial, politik, dan ekonomi dalam masyarakat tersebut.Ianya tidak bertujuan untuk
menindas luahan aspirasi ataupun mengetepikan mana – mana kelompok masyarakat kerana
terdapat saluran-saluran yang sah untuk luahan ini dapat disalurkan.

Antara strategi untuk membina perdamaian ialah melalui perpaduan. Melalui perpaduan,
setiap anggota masyarakat itu akan merasakan bahawa mereka saling memerlukan antara satu
sama lain. Hal ini menyebabkan nilai – nilai adat dan budaya itu dipelihara dan diasimilasikan
dengan nilai – nilai toleransi dan kerjasama. Hugh Miall mengatakan perdamaian boleh
diwujudkan dengan beberapa perkara seperti:-

1. Adanya jalan/laluan komunikasi yang membolehkan pihak – pihak yang berkonflik


berhubung antara satu sama lain.
2. Peluang – peluang untuk pihak yang terlibat menyuarakan ketidakpuasan hati.
3. Kehadiran pihak ketiga yang mendapat kepercayaan kedua – dua pihak untuk
menyampaikan maklumat, mengurangkan salahfaham, mentafsir satu pihak kepada pihak
lain, dan juga membuat cadangan – cadangan.
4. Isyarat – isyarat yang dibuat oleh pihak – pihak terlibat, contohnya deklarasi untuk
menyelesaikan konflik secara aman.
5. Membuat/menjalankan langkah yang berbalas untuk mengurangkan tekanan dan bergerak
ke arah penyelesaian konflik.
Minggu 2:- Konsep keadilan
Konsep keadilan merupakan satu elemen, nilai dan etika yang harus dipegang oleh setiap
manusia di dunia ini. Konsep keadilan merupakan satu pengertian dan definisi yang sentiasa
menjadi perdebatan dalam kehidupan manusia. Konsep ini merangkumi aspek ekonomi, politik,
dan setiap aspek dalam kehidupan manusia. Malahan, setiap ajaran agama di dunia ini turut
mengajar para pengikutnya supaya berlaku adil sesama manusia tanpa mengira pangkat, darjat,
dan warna kulit. Selain itu juga, kita sebagai manusia harus memberikan keadilan terhadap
makhluk – makhluk lain yang berkongsi dengan kita kerana haiwan dan tumbuhan memberikan
sumber makanan dan tempat perlindungan.
Keadilan dalam islam meliputi semua aspek kehidupan untuk mencapai kebahagian hidup
di dunia dan akhirat. Tujuan politik Islam adalah untuk merealisasikan keadilan dengan seluas –
luasnya dalam berbagai lapangan sama ada kemasyarakatan, kehakiman, pentadbiran dan
pengurusan, politik serta hubungan antarabangsa. Ini termasuklah hak – hak memelihara
kebabasan dan persamaan. Menegakkan negara Islam ataupun masyarakat Islam itu bukan
merupakan tujuan itu sendiri. Tujuan sebenarnya menegakkan Negara Islam adalah untuk
mewujudkan satu umat yang berdiri di kebaikan dan keadilan, iaitu umat yang mampu
membenarkan yang benar dan mampu membatilkan yang batil. Melindungi orang ramai daripada
kezaliman serta menegakkan keadilan di atas muka bumi ini merupakan tujuan yang ingin
dicapai oleh risalah Islam dari segi kemasyarakatan. Firman Allah s.w.t “ Kamu (wahai umat
Muhammad) adalah sebaik – baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, (kerana) kamu
menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah
serta kamu pula beriman kepada Allah. (Surah Ali’Imran:110)
Negara Islam merupakan satu mekanisme politik ke arah merealisasikan cita – cita tinggi
ini. Negara Islam juga menjadikan Syariah Islam sebagai undang – undang yang memayungi hal
ehwal kehidupan rakyat, supaya kebenaran, kebaikan dan keadilan terus dapat didaulatkan.
Negara islam juga mengatur segala hubungan kemasyarakatan dan ekonomi dengan satu cara
yang membolehkan setiap individu memelihara kebebasan, keamanan serta kemuliannya.
Keadilan dalam Islam tidak terbatas tentang soal pemerintahan, kehakiman dan hukum – hukum
semata-mata. Ia sebenarnya mencakupi keseluruhan sudut kehidupan manusia tanpa sebarang
pengecualian. Keadilan juga sebenarnya bermula daripada pendidikan.
Pendidikan yang bersifat adil terhadap manusia dan sifat-sifat keinsanannya
akanmelahirkan pula manusia yang adil terhadap seluruh makhluk di alam ini. Keadilan
seringkali dikaitkan dengan pembahagian sama rata. Tetapi Islam memandang keadilan
bukanlahpembahagian sama rata kerana pembahagian tersebut akan menyebabkan ada pihakyang
dizalimi kerana tidak mendapat haknya ataupun mendapat sesuatu yang bukanhaknya. Bukti
keadilan jelas terpampang dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang sepatutnya menjadi rujukan
manusia. Firman Allah yang bermaksud:“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu
semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi
menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu
mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan, hendaklah kamu berlaku adil (kepada
sesiapa jua) keranasikap adil itu lebih hampir kepada takwa, dan bertakwalah kepadaAllah.
Sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan (Al-
Maidah : 8) Bukti kejayaan konsep keadilan boleh disaksikan dalam As-Sirah yang mencatat
bukti – bukti dan hasil-hasil kejayaan yang diraih kerana melahirkan generasi para sahabat yang
unggul hasil daripada satu bentuk pendidikan yang adil. Tulisan ini cuba mengupas tentang
konsep keadilan pendidikan menurut perspektif Islam yang sebenarnya terlebih dahulu
diamalkan dalam pendidikan Nabi Muhammad s.a.w sebelum ianya ditemui oleh sarjana –
sarjana Barat.

Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1992), keadilan pada umumnya adalah
tentang; (i) pengetahuan dan kebolehan untuk menempatkan yang betul dan wajar bagi sesuatu
benda atau manusia, (ii) kebenaran yang menentang kesalahan, (iii) cara ataubatasan, (iv)
keuntungan kerohanian terhadap kerugian, dan (v) kebenaran terhadap kepalsuan. Menurutnya
lagi, dalam soal ilmu pula, manusia harus melakukan keadilan terhadap ilmu itu sendiri,
mengetahui batas kegunaannya, keutamaannya serta penempatan yang sesuai dan wajar agar
dapat menghasilkan sesuatu yang harmoni pada diri orang yang memiliki ilmu. Berdasarkan
penjelasan ini, keadilan bererti meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya. Dalam agama Islam,
sifat adil adalah amat hampir dengan sifat takwa .Ini dibuktikan daripada petikan ayat yang
dinyatakan di atas iaitu; “...hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil
itu lebih hampir kepada takwa, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha
mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan” (Al-Maidah:8).
Minggu 4: Konsep “Keselamatan Manusia”
Keselamatan merupakan satu elemen yang penting di dalam kehidupan manusia untuk
menjamin kehidupan yang aman,bahagia dan makmur sehingga ke akhir hayat. Menurut apa
yang di berikan oleh United Nations Development Programme (UNDP) definisi keselamatan
ialah freedom from fear and freedom from want. Terdapat perdebatan mengenai konsep
keselematan manusia dilihat lebih kepada bentuk kekerasan dan pelanggaran hak asasi manusia
(HAM) ataupun mencakupi vulnerabilities dari semua bentuk ancaman, termasuk kemiskinan
dan bencana alam. Apalah ertinya jika seseorang itu hidup dan tinggal di dalam negara yang
mengalami konflik dan pergolakan dimana keselamatan seseorang itu tidak terjamin. Di dalam
kes ini kita melihat bahawa konflik – konflik yang terdapat di dalam dunia ini seperti konflik
Israel – Palestin yang sudah berlanjutan sehingga berabad – abad lamanya. Kehidupan
masyarakat di sana diselubungi ketakutan dan kesengsaraan kerana setiap hari ada sahaja
pertempuran antara pejuang – pejuang Palestin dengan askar Zionis yang menyebabkan
kematian.

Begitu juga dengan negara yang tidak mempunyai konflik yang boleh menyebabkan
pertumpahan darah atau peperangan tetapi masyarakatnya hidup di dalam ketakutan kerana
bimbangkan keselamatan mereka. Hal ini demikian kerana rapuhnya struktur masyarakat itu
disebabkan berlakunya kebejatan sosial seperti rogol, merompak, dan membunuh. Dalam
kemeriahan umat islam menyambut Aidilfitri, negara kita telah digemparkan dengan pembunuh
seorang jutawan kosmetik yang bernama Datuk Sosilawati binti Lawiya yang dibunuh dengan
kejam. Mangsa bersama tiga lagi pembantunya iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin
Shamsuddin, 44 tahun,pengawai CIMB Bank Kampung Bank, Noorisham Mohammad, 38 tahun
dan peguam peribadinya iaitu Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 tahun diseksa sebelum dibunuh
manakala mayatnya dibakar sebelum abunya dicampakkan ke dalam sungai.

Sesungguhnya pembunuhan kejam ini telah mencatatkan satu lagi sejarah hitam negara di
mana sebelum ini negara pernah digemparkan dengan pembunuhan kejam seorang ahli politik
dan seorang model luar negara. Siri pembunuhan kejam ini telah menimbulkan pelbagai
persoalan dalam kalangan masyarakat tentang tahap keselamatan mereka.Keselamatan manusia
merangkumi hak untuk hidup dengan aman, hak untuk bersosial, dan berkerja bagi mencari
sesuap rezeki seharian.
Manusia memerlukan keperluan untuk hidup di dalam dunia ini seperti makanan dan
minuman. Makanan, minuman, dan pakaian merupakan keperluan asas di dalam kehidupan
manusia yang diambil dari haiwan dan tumbuhan. Keperluan asas hidup bermaksud sesuatu yang
harus dimiliki oleh seseorang manusia untuk terus membesar, membiak, dan bertahan untuk terus
hidup tanpanya manusia akan mati.

Kehendak pula bermaksud sesuatu yang ingin diperolehi atau dimiliki oleh manusia
sebagai kemudahan yang bertujuan untuk memberi keselesaan dalam hidup. Contoh kehendak
manusia ialah rumah, kenderaan seperti kereta dan motorsikal, dan sebagainya yang diperlukan
dalam mengharungi dunia yang serba mencabar ini. Untuk memperolehi segala keperluan ini,
manusia saling memerlukan antara satu sama lain di dunia ini kerana kita tidak mampu untuk
menyediakan keperluan. Kehidupan di dalam dunia ini memerlukan antara satu sama lain dan
disebabkan itulah manusia terpaksa berpolitik sesama mereka. Politik yang dimaksudkan
bukanlah politik berpartisipasi peringkat tertinggi yang diamalkan di dalam sistem demokrasi
tetapi politik kehidupan iaitu semasa bersosial, berkomunikasi, dan sebagainya.

Secara kesimpulannya, konsep keselamatan manusia (humans security) merangkumi juga


keperluan manusia (humans needs), dan kehendak (humans want) yang saling berkaitan antara
satu sama lain. Manusia akan cuba untuk menyeimbangkan keperluan dan kehendak dengan
sumber yang semakin berkurangan manakala kerana kehendak manusia tidak terbatas. Ketiga –
tiga elemen ini membentuk satu kitaran dalam kehidupan manusia.
Minggu 5:- Konsep bantuan kemanusian

Bantuan kemanusiaan merupakan satu elemen yang diperlukan oleh manusia sekiranya
ditimpa bencana alam atau konflik. Bantuan kemanusiaan boleh datang dalam bentuk material
dan bukan material dan bersifat jangka pendek. Antara contoh sumbangan material yang
selalunya diberikan seperti pakaian, ubatan, makanan dan minuman serta pembinaan
infrastruktur – infrastruktur yang baru bagi mengantikan yang lama dan rosak. Manakala
sumbangan bukan material pula seperti bantuan tenaga dalam pembinaan kemudahan
infrastruktur, pendidikan, dan wang ringgit. Bantuan kemanusiaan juga merupakan salah satu
bentuk campur tangan (intervension) dalam sesuatu konflik atau bencana alam. Hal ini demikian
kerana bantuan kemanusiaan merupakan suatu sumbangan atau pertolongan diberikan dengan
segera bagi meringankan beban mangsa – mangsa bencana atau konflik di sebabkan oleh trauma
yang dialami oleh mereka. Antara contoh bantuan kemanusiaan yang diberikan ialah baru – baru
ini di mana telah berlaku bencana alam yang dahsyat iaitu banjir besar di Pakistan yang terburuk
dalam sejarah negara itu.

Banjir yang terburuk dalam sejarah negara itu telah berjaya memusnahkan harta benda
dan melumpuhkan sistem ekonomi negara tersebut. Keadaan ini diburukkan lagi dengan
penyebaran penyakit bawaan air seperti taun dan kolera akibat sistem pengurusan banjir yang
tidak sempurna. Air banjir yang bertakung mudah dijangkiti oleh bakteria yang menyebabkan
penyakit bawaan itu. Tambahan pula, kebanyakkan penduduk mengharapkan bantuan
kemanusiaan daripada masyarakat dunia bagi meringankan beban kerana Pakistan bukanlah
negara yang mempunyai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi dan masih mundur.
Tambahan pula, kebanyakkan penduduk di sana beragama Islam dan miskin iaitu kais pagi
makan pagi, kais petang makan petang. Manusia tanpa mengira ideologi, bangsa dan agama telah
bersatu demi nilai – nilai sejagat bersatu dibawah payung kemanusiaan untuk menghulurkan
bantuan kepada rakyat Pakistan. Banyak lagi contoh – contoh bantuan kemanusiaan yang dapat
dilihat di seluruh dunia seperti di Palestin, Darfur, Somalia dan sebagainya. Secara
kesimpulannya, bantuan kemanusiaan merupakan satu contoh campur tangan (intervension) yang
terpaksa dilakukan oleh pihak luar apabila berlaku sesuatu konflik atau bencana alam dan
bersifat jangka pendek. Bantuan kemanusiaan membuktikan bahawa masih terdapat nilai – nilai
kemanusiaan yang utuh di dalam hati setiap manusia yang berada di muka bumi ini .
Minggu 6:- Konsep masyarakat sivil

Secara amnya, masyarakat sivil diertikan sebagai suatu set kesatuan sosial yang autonomi
atau bebas daripada pengaruh pemerintah (the state) dan tidak bermatlamatkan politik.
Masyarakat sivil juga dilihat sebagai sebuah kesatuan yang bertindak sebagai pemerhati (watch
dog) terhadap pemerintah dan dasar yang dilaksanakan. Kini konsep masyarakat sivil muncul
sebagai satu isu perbincangan sosial dan dinilai sebagai salah satu pertikaian ilmiah terpenting
sejak tiga dekad lalu. Penilaian semula terhadap idea pemikiran konsep masyarakat sivil
sebenarnya berakar umbi daripada dua tradisi pemikiran sosial dominan. Pertama, tradisi
fahaman pluralis yang dipelopori oleh Adam Ferguson (1723-1816), Adam Smith (1723-1790)
dan Francis Hutcheson (1694-1746) yang berfahaman Scottish Moralist pada abad ke-18. Ia
kemudiannya dikembangkan oleh Alexis de Tocqueville (1805) di Amerika Syarikat melalui
karyanya Democracy in America (1840).

Aplikasi sistem demokrasi hanya mula berlaku di Negara-negara sedang membangun


pasca era kolonialisme. Di dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi di
dalam pemerintahan, kewujudan masyarakat sivil merupakan antara faktor pengimbang kepada
Kerajaan. Huntington(1995:53) menyatakan bahawa gelombang pendemokrasian yang melanda
seluruh dunia melalui beberapa tahap dan pendemokrasian yang terjadi di masakini merupakan
kesan dari gelombang yang ketiga. Namun, ramai dari saintis politik meramalkan akan muncul
gelombang yang seterusnya(Weiss & Saliha 2003:31). Kewujudan masyarakat sivil adalah
diantara faktor tarikan kepada mencepatkan proses pendemokrasian di setiap negara di Dunia.

Di Malaysia, peranan masyarakat sivil ke atas pendemokrasian dapat di kesan melalui


usaha-usaha yang di mainkan oleh NGO di dalam memartabatkan hak asasi manusia. Di dalam
mempercepatkan proses pendemokrasian di Malaysia, NGO memainkan peranannya sebagai
pendesak kepada ketelusan Kerajaan Malaysia. Ini dapat di lihat melalui peranan gabungan
pertubuhan badan bukan Kerajaan dan parti pembangkang untuk pilihanraya bersih dan telus
(BERSIH) yang menggesa Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) memperkenalkan sistem
pencelupan jari dengan dakwat untuk dalam pilihanraya ke 12 bagi usaha membasmi kewujudan
pengundi hantu (www.bersih.org atas talian: 27 september 2007).
Sebagai kumpulan pendesak, peranan masyarakat sivil sebagai “watchdog” dan
pengimbang kepada kuasa Kerajaan memungkinkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak Kerajaan
dapat di elak kan. Ini secara tidak langsung mendorong kepada proses pendemokrasian yang
mapan di Malaysia. Kua (2005:19) memberikan tafsiran bahawa, kaedah yang di lakukan oleh
masyarakat sivil seperti demonstrasi aman, pengedaran risalah kempen dan mengadakan rapat
umum menyebabkan sesetengah kempen mereka berjaya menarik perhatian Kerajaan kerana
tekanan yang di terima dari masyarakat antarabangsa. Ini sekaligus menjelaskan betapa peranan
yang di mainkan oleh masyarakat sivil dapat menyebabkan pendemokrasian di sesebuah negara.

Sistem demokrasi telah melalui pelbagai negara dan merentasi pelbagai era di seluruh
dunia. Walaupun seringkali di persoalkan keberkesanannya di dalam memberikan keadilan dan
kesamarataan kepada negara-negara khususnya negara-negara sedang membangun, namun
keseluruhan negara sedang membangun secara teorinya mengamalkan sistem demokrasi walapun
terdapat ketempangan didalam aplikasinya dan bertentangan dengan prinsip-prinsip demokrasi
itu sendiri. Esei ini bukan lah memperdebatkan berkenaan perbandingan sistem demokrasi dari
sudut falsafah politik, tetapi lebih membincangkan berkenaan peranan masyarakat sivil di dalam
proses pendemokrasian di negara-negara sedang membangun khususnya Malaysia.

Sebagai agen ke arah proses pendemokrasian negara, masyarakat sivil seringkali di lihat
sebagai pengimbang kepada kuasa Kerajaan selain dari pihak pembangkang. Gerakan sivil yang
berjuang bukan diatas kapasiti parti politik, seringkali memberikan kritikan yang membina dan
berusaha memantau penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan. Diantara tonggak-tonggak di dalam
sistem demokrasi ialah ketelusan Kerajaan di dalam menjalankan peranan nya. Chowdry
(2003:108) menyatakan bahawa, acapkali pihak penguasa bertindak di luar batasan dengan
melanggar hak asasi manusia didalam memadamkan tentangan yang di terima diatas kebobrokan
polisi yang di lancarkan oleh mereka. Dengan kewujudan masyarakat sivil, pemantauan keatas
penyalahgunaan kuasa oleh pihak Kerajaan dapat di lakukan. Ini kerana hampir 80 peratus dari
pimpinan dan ahli pertubuhan masyarakat sivil merupakan mereka-mereka yang menerima
didikan yang tinggi di dalam disiplin undang-undang dan politik. Dari sini, pihak Kerajaan akan
lebih berhati-hati di dalam menjalankan tanggungjawab nya kepada massa. Di Malaysia,
kewujudan gerakan hak asasi seperti Persatuan Hak Asasi Manusia (HAKAM) secara tidak
langsung membawa implikasi positif kepada penyalahgunaan kuasa oleh pihak penguasa (Kua
2005:25).

Diantaranya ialah gesaan kepada penubuhan Suruhanjaya Pengaduan Penyalahgunaan


Kuasa dan Salah laku Polis (IPCMC) oleh gerakan sivil bagi memantau keganasan dan rasuah
oleh pihak polis, telah menyebabkan pihak Kerajaan mewajibkan anggota polis menghadiri
kursus hak asasi manusia (SUARAM 2007:30-35). Gesaan dan desakan yang di lakukan oleh
pihak gerakan sivil seperti HAKAM, SUARAM, JIM dan sebagainya, menyebabkan Kerajaan
Malaysia bersetuju menubuhkan jawatankuasa mengkaji kewajaran penubuhan IPCMC.
Walaupun penubuhan IPCMC masih tidak menjadi kenyataan sehingga ke hari ini, namun usaha-
usaha desakan ini membuktikan betapa masyarakat sivil turut memainkan peranan di dalam
proses pendemokrasian did alam sesebuah negara berbanding peranan yang di mainkan oleh
sesebuah parti politik.
Minggu 7:- Konsep “tranformasi konflik”

Transformasi Konflik

Sesuatu perkara yang hendak ditransformasikan harus melalui beberapa langkah dimana
ianya harus melalui proses yang betul. Begitu juga dengan konflik dimana terdapat beberapa
langkah sebelum proses tranformasi itu dijalankan iaitu pengurusan dan penyelesaian konflik.
Pengurusan dan penyelesaian konflik merupakan satu proses yang merangkumi kesemua kaedah
– kaedah yang digunakan di dalam masyarakat untuk menangani keadaan konflik yang ada iaitu
daripada peringkat tersembunyi dan hinggalah ke peringkat sedar. Pengurusan dan penyelesaian
konflik terdiri daripada tiga peringkat iaitu peringkat pertama, peringkat kedua dan peringkat
ketiga.

Peringkat pertama terdiri daripada pencegahan konflik iaitu menyekat konflik daripada
timbul dalam sesuatu keadaan masyarakat sama ada perhubungan diperingkat dua individu,
kumpulan mahupun negara. Peringkat kedua pula meliputi semua kaedah untuk menghadkan
kelakuan dalam konflik yang sedang berjalan manakala peringkat akhir merangkumi kaedah
pemberesan konflik (settlement) dan penyelesaian konflik (resolution). Menurut John Paul
Lederach, tranformasi konflik perlu dilihat secara menyeluruh dan bukannya sekadar permukaan
sekiranya kita hendak menyelesaikan konflik. Konflik ini diibaratkan seperti sepohon pokok
besar dan rendang yang telah ditebang tetapi akarnya masih tertanam. Dengan akarnya masih
tertanam di dalam tanah, berkemungkinan untuk pokok itu terus hidup adalah tinggi.

Beliau melihat proses transformasi konflik dari segi lima perkara iaitu konteks, struktur,
aktor, isu, personal dan kumpulan. Dari segi konteks, Miall melihat bahawa apabila hendak
melakukan sesuatu tranformasi konflik itu kita hendaklah mengubah konteksnya terlebih dahulu.
Melakukan tranformasi ke atas konteks bermaksud kita menimbulkan konflik tersebut ke
permukaan sama ada di peringkat setempat atau antarabangsa. Hal ini demikian kerana konflik
yang tidak mengalami perubahan dari segi konteks akan semakin kritikal kerana ruang untuk
konflik itu mengalami tranformasi tidak wujud. Apabila konteks konflik ini tidak diubah maka ia
akan mempengaruhi persepsi dan motivasi setiap aktor – aktor terhadap situasi konflik
disamping membuka peluang dan ruang – ruang untuk penyelesaian konflik.
Bahagian kedua didalam transformasi konflik melibatkan aktor – aktor seperti golongan
pemimpin, Non – Govermental Organization (NGO), organisasi berkonflik, belia dan pelajar
serta masyarakat sivil. Transformasi ini perlu melibatkan pemimpin – pemimpin di peringkat
atasan dan golongan – golongan cendiakawan dan akademik serta masyarakat sivil dalam
menyelesaikan konflik. Hal ini kerana pemimpin – pemimpin yang baru pastinya akan membawa
pendekatan baru terutamanya dalam mengatur kembali saluran komunikasi, mengubahsuai
matlamat dan mengubah perspektif terhadap perjuangan radikal. Apabila pemikiran dipucuk
pimpinan telah berubah maka terdapat perkara lain yang boleh diubah seperti peraturan –
peraturan pertubuhan, matlamat baru, nilai dan kepercayaan.

Struktur pula merupakan kerangka – kerangka di dalam sesuatu konflik yang perlu
ditranformasikan supaya pembinaan perdamaian dapat dilakukan tanpa perlu melibatkan
pertumpahan darah. Struktur merujuk kepada aktor – aktor, isu – isu dan pertindihan matlamat
dalam perhubungan dua atau lebih pihak. Elemen – elemen yang terdapat dalam struktur konflik
ini apabila diubah akan memberi ruang dan mempermudahkan proses penyelesaian konflik.
Menurut Miall terdapat tiga perkara yang perlu dilakukan dalam pendekatan ini iaitu mengubah
kuasa, mengubah peluang keganasan dan mengubah hubungan asimetrik kepada simetrik.

Isu merupakan sesuatu yang utama di dalam sesuatu konflik dan sering kali menjadi
pertelingkahan antara kedua – dua pihak yang berkonflik. Hal ini demikian kerana kedua – dua
pihak mempunyai matlamat dan kepentingan yang berlainan disebabkan oleh kedudukan atau
keputusan yang dibuat oleh aktor – aktor konflik terhadap isu – isu yang dimainkan. Apabila
mereka mengubah kedudukan atau keputusan terhadap isu – isu ini, maka isu sebelum ini telah
tenggelam dan menimbulkan isu – isu baru. Selain daripada itu juga, tranformasi berkait rapat
dengan perubahan kepentingan dan matlamat dan ianya wujud apabila berlaku transformasi
terhadap aktor, konteks, dan struktur konflik.

Bahagian terakhir di dalam transformasi konflik adalah personal dan kumpulan. Keadaan
ini berkait rapat dengan perubahan hati dan pemikiran pihak – pihak yang berkonflik.
Hakikatnya konflik yang wujud adalah berasal dari hati dan pemikiran setiap manusia. Keadaan
ini boleh berlaku kepada semua orang termasuk diperingkat individu, kumpulan ataupun negara.
Jika hati dapat diasuh dan diubah pastinya konflik yang dihadapi dapat diselesaikan dengan
mudah. Hati yang ikhlas dan pemikiran yang positif di kalangan aktor konflik akan dapat
membantu kepada proses – proses perdamaian. Perubahan – perubahan yang berlaku terhadap
isu – isu akan membuka jalan kepada proses – proses penyelesaian.
Minggu 8:- Refleksi diri

Banyak yang telah saya pelajari di dalam kursus SPU 319: Transformasi Konflik dan
Pembinaan Perdamaian pada semester ini di mana subjek ini merupakan kesinambungan dari
SPU 312: Teori dan Praktis Penyelesaian Konflik pada semester lepas. Cuma pada kursus Teori
dan Praktis Penyelesaian Konflik ini saya hanya didedahkan dengan apa itu konflik, jenis – jenis
konflik, pemetaan konflik, pengurusan konflik dan penyelesaian konflik. Melalui siri tugasan
dalam tutorial yang diberikan saya dapat memahami punca – punca konflik yang berlaku di
seluruh dunia seperti konflik Israel – Palestin, konflik di Selatan Thailand, konflik di Acheh dan
sebagainya. Saya juga didedahkan dengan buku Contemporary Conflict Resolution yang ditulis
oleh Hugh Miall, Oliver Ramsbotham, dan Tom Woodhouse untuk dijadikan sebagai bahan
bacaan dan rujukan untuk memahami dengan lebih lanjut. Saya juga telah mengerti apa yang
dimaksudkan dengan konflik dan perdamaian serta betapa pentingnya ia dalam mewujudkan
suasana aman dan makmur di dalam kehidupan.

Manakala dalam kursus SPU 319 ini, saya belajar bagaimana hendak
mentransformasikan konflik ini menjadi sesuatu yang positif ke arah perdamaian. Tranformasi
konflik sebagai satu pelengkap kepada apa yang telah saya pelajari selama satu sidang ini. Saya
telah belajar apakah yang dimaksudkan dengan transformasi konflik dan lima pendekatan yang
digunakan untuk mentransformasikan sesuatu konflik dalam – dalam aspek struktur, konteks, isu,
aktor, dan personal dan kumpulan. Melalui pembacaan di dalam buku John Paul Lederach, The
Little Handbook of Conflict Transformation dan Building Peace:-Sustainable Reconcilation in
Divided Societies sedikit sebanyak telah membantu saya dalam memahami aspek – aspek yang
diterangkan tentang apakah yang perlu dilakukan dan harus diikuti dalam mewujudkan
perdamaian. Saya turut mempelajari model – model transformasi konflik serta perkaitannya
dengan perubahan yang perlu dalam masyarakat berkonflik di mana konsep pembinaan
perdamaian perlu diimplimentasi di dalam aspek – aspek yang diterangkan di atas. Dalam kursus
SPU 312, saya mempelajari bahawa jika sekiranya akar konflik itu sudah dicabut maka konflik
itu sudah berakhir tetapi hal itu tidak berhenti setakat itu sahaja. Banyak lagi perkara yang perlu
kita lakukan seperti yang diterangkan di atas bagi mewujudkan apa yang dipanggil sebagai
perdamaian. Kesimpulannya, saya sangat beruntung kerana berpeluang untuk mempelajari
subjek SPU 312 dan SPU 319.
Minggu 9:- Konsep Identiti

Identiti merupakan satu konsep pengenalan terhadap sesuatu perkara seperti juga setiap
rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan masing – masing untuk dijadikan sebagai
rujukan. Begitu jugalah dengan konsep identiti bagi sesebuah kaum, bangsa, dan Negara yang
mana perkara ini merupakan sesuatu perkara yang penting. Pertentangan identiti juga boleh
menyebabkan berlakunya konflik seperti di Selatan Thailand dan Mindanao di mana masyarakat
di sana cuba diasimilasikan dengan budaya asing. Identiti mencerminkan sesuatu bangsa itu
mempunyai beberapa aspek persamaan walaupun berbeza dari segi etnik. Sebagai contoh, di
Malaysia, masih belum wujud satu identiti nasional selama 53 tahun Negara mencapai
kemerdekaan. Selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima,
Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperkenalkan satu konsep yang dipanggil sebagai
1Malaysia. Pengertian ini adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju
seperti mana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah
negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya bersatu padu.
Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang
diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti
dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati
prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia ,
dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.
1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana
sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam
keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Menjadi asas kepada
semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib
semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah
mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu,
dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan
kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. 1Malaysia adalah penerusan
agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih
dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa
kepada perpaduan yang utuh.
Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih
lancar. Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara iaitu mencapai
status Negara Maju menjelang tahun 2020.
 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara
 Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju
kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan
menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat
Malaysia.
 Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini
dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada
perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara
akan berjalan dengan lebih lancar.
Kesimpulannya, konsep identiti merupakan sesuatu yang penting dalam pembinaan negara
bangsa seperti yang cuba dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak melalui pengenalan konsep
1Malaysia.
Minggu 11:- Pembinaan perdamaian (Peacebuilding)

“Pembinaan perdamaian bolehlah didefinisikan sebagai proses penyatuan peraturan –


peraturan, fungsi – fungsi dan aktiviti perdamaian. Merujuk kepada anasiatif dan penyelesaian
untuk mematikan akar konflik yang tertanam di bawah tanah dan mempertahankan penyertaan
aktor – aktor konflik supaya terus berada di landasan perdamaian” (John Paul Lederach: 1997)
Pembinaan perdamaian merupakan proses untuk mengubah struktur dan budaya negatif yang
sedia ada kepada yang lebih baik dan praktikal dalam sesebuah masyarakat. Antara kaedah
dalam pembinaan ialah melalui proses rekonsilasi, transformasi konflik dan pendekatan peranan
aktor dari atas ke bawah.

Melalui kaedah rekonsilasi kita perlu melihat dimensi kehidupan manusia yang tidak
boleh lari daripada konflik. Hal ini demikian kerana manusia sentiasa berkomunikasi dan
bersosial di mana kumpulan berkonflik selalu tinggal secara berdekatan Antara contoh yang
paling jelas ialah konflik Israel – Palestin di mana kita melihat banyak penempatan haram
Yahudi dibina berdekatan dengan penempatan penduduk Palestin yang dirampas tanahnya.
Pengalaman atau trauma keganasan telah menimbulkan perasaan musuh di mana konflik ini telah
berakar umbi selama berabad – abad lama dan sejarah pembalasan dendam dari satu generasi
kepada generasi. Konflik ini membawa kepada kebencian mendalam terhadap peperangan,
pertumpahan darah, dan kehilangan nyawa dan harta benda.

Penegakan Hukum (law enforcement) dalam arti luas mencakup kegiatan untuk
melaksanakan dan menerapkan hukum serta melakukan tindakan hukum terhadap setiap
pelanggaran atau penyimpangan hukum yang dilakukan oleh subjek hukum, baik melalui
prosedur peradilan ataupun melalui prosedur arbitrase dan mekanisme penyelesaian sengketa
lainnya (alternative desputes or conflicts resolution).

Bahkan, dalam pengertian yang lebih luas lagi, kegiatan penegakan hukum mencakup
pula segala aktifitas yang dimaksudkan agar hukum sebagai perangkat kaedah normatif yang
mengatur dan mengikat para subjek hukum dalam segala aspek kehidupan bermasyarakat dan
bernegara benar-benar ditaati dan sungguh-sungguh dijalankan sebagaimana mestinya. Dalam
arti sempit, penegakan hukum itu menyangkut kegiatan penindakan terhadap setiap pelanggaran
atau penyimpangan terhadap peraturan perundang-undangan, khususnya yang lebih sempit lagi
melalui proses peradilan pidana yang melibatkan peran aparat kepolisian, kejaksaan, advokat
atau pengacara, dan badan-badan peradilan.

You might also like