Persatuan Bangsa2 Bersatu, Nato Dan Komenwel

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

4.

4 Perhubungan Luar
4.4 Perhubungan Luar (PBB, Komanwel dan NATO)

4.4.1 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Soalan 125: Huraikan matlamat dan dasar penubuhan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB)

Pendahuluan:

 Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu bertujuan mengekalkan perdamaian di dunia dengan cara perundingan, bermuafakat dan
bertukar-tukar fikiran dengan Negara anggota. Persidangan Dumbarton Oaks mencadangkan supaya dibentuk 4 cawangan
PBB ; iaitu Perhimpunan Agung , Mahkamah Keadilan Antarabangsa , Jabatan Setiausaha dan Majlis Ekonomi dan
Kemasyarakatan.
 Cara mengundi dalam Majlis Keselamatan diputuskan 5 kuasa besar; Amerika Syarikat , Russia , Britain , Perancis , dan China.
Ditubuhkan pada 24 oktober 1945, 51 buah Negara telah menandatangani pengisytiharan PBB di San Francisco dan
dianggap sebagai ahli asal pertubuhan ini.

Isi-isi penting:

1. Negara-negara anggota pertubuhan ini harus akur dengan piagam PBB, iaitu satu perjanjian antarabangsa yang
menggalurkan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa.Terdapat empat matlamat piagam PBB,iaitu Menjamin
keamanan dan keselamatan dunia, Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara Negara-negara anggota. Bekerjasama
dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna
kulit. PBB boleh menggalakkan kemajuan kemasyarakatan dan memperbaiki taraf hidup manusia.

2. Dasar-dasar yang menjadi pegangan PBB dan negara-negara anggotannya ialah PBB didasarkan kepada
persamaan taraf dan kedaulatan semua negara anggotannya. Setiap negara anggota akan mematuhi kewajipannnya
mengikut piagam PBB.

3. Semua negara anggota akan menyelesaikan pertelingkahan antarabangsa dengan perasaan dan semangat dan
keyakinan yang tinggi tanpa menggugat keamanan, keselamatan, dan keadilan sejagat.

4. Negara-negara anggota tidak boleh menggunakan kekerasan atau ugutan terhadap kawasan atau kemerdekaan
sesebuah Negara ataupun dengan cara yang tidak sesuai dengan semangat PBB.

5. Negara-negara anggota diminta memberi bantuan dalam apa sahaja tindakan yang diambil oleh PBB dan dikehendaki
tidak memberi kerjasama kepada mana-mana pihak yang dikenakan tindakan oleh PBB.PBB akan memastikan supaya
Negara-negara yang tidak menyertai pertubuhan ini mematuhi dasar-dasar PBB setakat yang perlu bagi memelihara
keamanan dan keselamatan antarabangsa.

6. PBB tidak akan mencapai mencampuri urusan dalaman sesebuah Negara yang berkaitan dengan bidang
perundangan. Dasar ini akan diketepikan apabila tindakan terpaksa diambil untuk menghadapi ugutan yang mengancam
keamanan dan keselamatan dunia.
Penutup:
 PBB merupakan pertubuhan antarabangsa yang mempunyai hubungan saling bergantungan antara satu sama lain dalam
menjalankan usaha memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Soalan 126: Bincangkan peranan organisasi yang terdapat dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Pendahuluan:

 PBB melaksanakan tanggungjawab bagi merealisasikan matlamat dan objektif yang digariskan. PBB mewujudkan enam
organisasi. Organisasi tersebut ialah Perhimpunan Agung, Majlis keselamatan, Majlis Ekonomi dan Sosial, Mahkamah
Keadilan Antarabangsa, Majlis Amanah, dan Sekretariat.

Isi-isi penting:

Majlis Perhimpunan Agung


 Perhimpunan Agung berperanan melantik ahli Majlis Sosial dan Ekonomi, ahli biasa Majlis Keselamatan, dan ahli Majlis
Amanah . Majlis ini mempunyai hak melantik hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Perhimpunan Agung merupakan
satu-satunya badan yang diwakili oleh semua negara anggota dan setiap negara mempunyai satu undi. Antara tugas-tugas
Perhimpunan Agung ialah menimbang serta membuat syor tentang dasar kerjasama antarabangsa dalam usaha
memelihara keamanan dan keselamatan dunia.Mengambil langkah mengkaji dan membuat syor bagi menggalakan
kerjasama antarabangsa dalam bidang politik. Menggalakkan kesedaran terhadap hak dan kebebasan asasi manusia.
Mengawas dan membuat syor berhubung dengan kawasan-kawasan amanah.Membuat syor untuk menyelesaikan sebarang
masalah secara damai. Menimbang dan meluluskan perbelanjaan PBB.

Majlis Keselamatan

 Majlis Keselamatan bertanggungjawab secara langsung dalam hal-hal berkaitan keamanan dan keselamatan dunia. Sehingga
tahun 1965, majlis ini mempunyai 11 ahli dan enam ahli biasa yang dilantik setiap dua tahun.tindakan yang boleh diambil
oleh Majlis keselamatan dalam menyelesaikan sebarang pertelingkahan. Meminta semua Negara anggota PBB memutuskan
hubungan diplomatik dengan negara yang ingkar itu. Meminta semua anggota PBB memutuskan perhubungan kereta api,
laut, udara, perhubungan pos dan telegram, radio atau sebarang bentuk komunikasi. Meminta semua negara anggota PBB
memutuskan perhubungan ekonomi dengan Negara tersebut dan mengambil tindakan ketenteraan terhadap Negara
tersebut sama ada melalui sekatan darat, laut atau udara.

Majlis Ekonomi

 Majlis Ekonomi dan Sosial bertanggungjawab menyelaras dan mengarahkan aktiviti PBB dalam bidang ekonomi, sosial,
kemanusian dan kebudayaan. Majlis ini bersidang sekurang-kurangnya dua kali setahun dan bertanggungjawab terus
kepada Perhimpunan Agung. Tugas majlis ini ialah membuat kajian, laporan, dan syor dalam bidang ekonomi,
kemasyarakatan, kebudayaan, pelajaran, kesihatan dan sebagainnya. Agensi-agensi yang turut membantu majlis ini
termasuklah Food and Agriculture Organization (FAO), United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation
(UNESCO),International Labour Organisation (ILO), United Nations Conference on Trade and Development(UNCTAD),
International Bank for Reconstruction and Development( IBRD) dan International Monetary Fund (IMF).

Majlis Amanah

 Majlis Amanah dipertanggungjawabkan menyelia wilayah yang diamanahkan di bawah pentadbiran PBB.wilayah itu harus
ditadbir oleh kuasa antarabangsa sebagai satu amanah sehingga wilayah itu mampu membentuk pemerintahan sendiri.
Selepas tahun 1945, terdapat 11 wilayah amanah yang diambil alih dari Jerman,itali, dan Jepun. Contoh kawasan-kawasan
yang pernah diletakkan sebagai kawasan amanah ialah New Guinea ditadbir oleh Austrialia.Samon Barat ditadbir oleh New
Zealand Cameroon, Tanganyika dan togoland ditadbir oleh Britain akhirnya mencapai kemerdekaan pada awal tahun 1960-
an.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa
 Mahkamah Keadilan Antarabangsa terletak di Hague, Belanda. Mahkamah ini mempunyai 15 hakim yang dipilih bersama oleh
Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan. Terdiri daripada warganegara yang berlainan dan berkhidmat selama 9 tahun
dan berhak untuk dilantik semula. Memberi nasihat atas permintaan Perhimpunan Agung atau Majlis Keselamatan dan
mengendalikan sebarang kes yang dibawa kepadanya. Mahkamah ini tidak ada ejen penguatkuasa keputusan yang
dibuatnya.

Sekretariat PBB

 Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dipilih oleh Majlis Perhimpunan Agung PBB atas cadangan dan sokongan
Majlis keselamatan. Sekretariat ini beribu pejabat di New York. Setiausaha Agung merupakan pentadbir tertinggi dan
keberkesanan Sekretariat bergantung kepada kewibawaan. Setiausaha Agung melantik kakitangan jabatannya
bertanggungjawab memimpin dan mengawal pentadbiran PBB yang terdiri lebih daripada 3000 pegawai dan kakitangan.

Penutup:

 PBB mewujudkan enam organisasi bagi merealisasikan matlamat dan objektif yang digariskan dalam memastikan organisasi
ini terus memainkan peranan penting dalam isu-isu sejagat.
 PBB harus terus menjaga keamanan dan kesejahteraan negara-negara di dunia tanpa diselubungi oleh kuasa-kuasa besar
dunia seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Rusia dan China yang mempunyai kuasa veto dalam memutuskan apa jua
keputusan dalam menjalankan peranannya.

Soalan 127: Huraikan pencapaian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)


Pendahuluan

 Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu ditubuhkan pada bulan Oktober 1945. Matlamat utama penubuhan PPB adalah
memelihara keamanan dan keselamatan sejagat. PPB juga memainkan peranan menyelesaikan knoflik antarabangsa
secara aman tanpa penggunaan kekerasan.
 Sejak awal penubuhan hingga hari ini, PPB telah memberikan sumbangan amat besar dalam memelihara keamanana dan
kesejahteraan masyarakat dunia.

Isi-isi Penting

a) Kemerdekaan wilayah jajahan

 PPB memainkan peranan menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah jajahan. Piagam PPB, Negara-negara anggoto PPB
diamanahkan untuk mentadbir wilayah jajahan memastikan penduduk wilayah mendapat layanan saksama, mendapat
perlindungan daripada keganasan, menggalakkan pemerintahan sendiri.
 Pada tahun 1960 , PPB meluluskan perisytiharan kemerdekaan kepada wilayah dan penduduk negara yang dijajah.

b) Masalah pelarian

 PPB memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah pelarian. PBB telah menubuhkan International Refuges
Organization (IRO) bagi menempatkan semula, mengahantar pulang dan memberi perlindungan kepada 1 000 000
pelarian.
 Bagi menangani masalah pelarian, PPB mengadakan rundingan diplomatik bagi menempatkan pelarian dinegara-negara
tertentu.
 Pada tahun 1952, UN High Commissioner For Refuges (UNHCR) ditubuhkan untuk menengani masalah pelarian dengan
lebih berkesan.

c) Dasar apartheid

 Pada tahun 1962, Majlis Perhimpunan Agung PPB menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah apartheid, iaitu
amalan menyisihkan kaum kulit hitam daripada kaum kulit putih.
 PPB menyarankan semua negara anggota PPB menutuskan hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan. Pada
tahun 1963, Majlis Perhimpunan Agung meluluskan Perisytiharan Pembasmian Segala Bentuk Diskriminasi Ras.

d) Hak asasi sejagat

 Pada tahun 1948, PPB menggubal Perisytiharan Hak Asasi Sejagat.


 Pada tahun 1966, Majlis Perhimpunan PPB meluluskan dua perjanjian yang berhubung kait dengan hak asasi sejagat iaitu,
Perjanjian Antarabangsa Tentang Hak Awan dan Politik malah Perjanjian Antarabangsa Tentang Hak Ekonomi,Sosial Dan
kebudayaan.

e) Menangani konflik antarabangsa

 Majlis keselamatan PPB memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik dengan aman. Pada tahun 1946, Majlis
keselamatan berjaya mengundurkan tentera soviet union dari utara iran. Pada tahun 1956, Majlis keselamatan berjaya
menyelesaikan krisis Terusan Suez.
 Pada tahun 1960 – 1962, PPb mengantar pasukan pendamai ke wilayah Congo. Pada tahun 1964 – 1974, PPB memainkan
peranan dalam mengawal persengketaan di Cyprus daripada merebak.

f) Membantu negara mangsa perang

 PBB turut memberi sumbangan dengan membantu negara-negara mangsa perang selepas perang dunia kedua. Pada
peringkat awal, uasah PPB hanya tertumpu kepada negara-negara sekutu blok barat.
 PBB juga membantu negara-negara mangsa perang di Asia , Timur Jauh , Amerika Latin, dan Afrika. PBB juga memainkan
peranan dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa peperangan adalah FAO, UNICEF, dan WHO. PBB juga memberikan
bantuan perkhidmatan kebajikan kepada mangsa peperangan bagi memastikan kualiti kehidupan masyarakat terpelihara.

g) Pembangunan negara mundur


 PBB juga menyediakan pinjaman untuk pembanguanan bagi negar-negara mundur. PBB menubuhkan
International Development Association (IDA). Sebagai badan gabungan Bank Dunia.
 Majlis Ekonomi dan Sosial memainkan peranan dalam mengumpul data tentang kemajuan sosial dan ekonomi antarabangsa.

h) Perebutan pulau

 PBB juga berusaha menangani isu perebutan pulau agar ketenangan antara negara yang terlibat dapat dikurangakn. PBB
memainkan peranan dalam isu tuntutan kepulaunan spratly oleh China, Taiwan , Vietnam, Filipina, Brunei, dan Malaysia.
 PBB menyelesaikan masalah tersebut dengan melaksanakan undang-undang laut yang diluluskan oleh majlis perhimpunan
agung pada November 1994.

i) Perlumbaan senjata

 PBB juga mengawal perkembangan persenjataan moden yang mengancam keselamatan dunia. PBB mengambil langkah
untuk menykat penggunaan senjata nuclear dan senjata kimia yang meninggalkan kesan buruk terhadap mangsa perang.
 Kejayaan yang dicapai oleh PPB ialah, mempengaruhi Soviet Union dan Amerika Syarikat mengundurkan peluru berpandu
masing-masing dalam krisis di Cuba. Kejayaan yang kedua yang dicapai oleh PPB ialah mempengaruhi pihak-pihak yang
terlibat dalam peperangan Iran-Iran untuk mencapai gencatan senjatah.

Kesimpulan

 Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu Berjaya mempertahankan keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia dengan
berkesan.
 PPB mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menangani konflik yang melibatkan negara-negara anggota.

4.4.2 Pertubuhan Komanwel

Soalan 128: Huraikan sejarah perkembangan Komanwel serta peranan Negara United Kingdom dan India.
PENDAHULUAN:
 Pertubuhan Komanwel dibentuk pada tahun 1931 (melalui Statue of West Minister) dan anggotanya terdiri daripada bekas
tanah jajahan British yg telah merdeka. Kini, negara anggota Komanwel tersebar di setiap Benua dan penduduknya pula
terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya. Komanwel pada abad ke 21 meliputi kira-kira suku daripada
permukaan bumi dan penduduknya yang di anggarkan melebihi 2.1 billion orang pada tahun 2005.
 Komanwel hari ini menerima pengistiharan prinsip Komanwel sebagai asas hubungan dalam kalangan negara Komanwel.

Isi- isi penting

1. Sejarah perkembangan Komanwel

 Idea untuk memberikan hak berkerajaan sendiri kepada tanah jajahan British , sebenarnya terkandung dalam laporan Lord
Durham (1839) yang diperkenalkan di kanada pada tahun 1847. Pada tahun 1867, Kanada merupakan tanah jajahan yang
pertama memperoleh taraf berkerajaan sendiri . Seterusnya, diikuti oleh Australia (1901 ), New Zealand (1907) dan Afrika
Selatan (1910). Walaupun mendapat taraf pemerintahan sendiri, namun kuasa yang dimiliki pelbagai wilayah ini masih
terhad . Parlimen Britian mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang berhubung dengan hal ehwal pertahanan,
dasar luar dan sebagainya .

 Hasil dari Laporan Balfour, persidangan empyar 1926 telah mengisytiharkan bahawa Negara dominan bebas dari
ikatan Britain dari sudut undang-undang setelah statutue of Westminsterdiluluskan pada tahun 1931. Statue ini telah
menghapuskan penguasaan parlimen Britain tehadap hal ehwal Negara-negara dominan.

2. Peranan Negara United Kingdom

a) Unitd Kingdom (UK)

 UK boleh dianggap sebagi pengasas dan ketua Komanwel .. Jika UK tidak bijak menjaga dan mengawal negara-negara bekas
tanah jajahannya,sudah tentu hubungan UK dan tanah jajahanya akan lenyap begitu sahaja. Kewujudan Komanwel
mempunyai kaitan dengan niat dan cita-cita pihak British untuk membimbing tanah jajahannya ke arah berkerajaan sendiri
seterusnya memberi kemerdekaan. Keadaan tersebut juga dikaitkan dengan desakan rakyat Britain supaya dipraktikan
cita-cita untuk membimbing tanah jajahan. Kebijaksanaan Pejabat Tanah Jajahan mengurus bekas –bekas Negara yang
dijajah mempunyai mekanisme sendiri.

 Bekas tanah jajahan tidak dipaksa untuk menyertai Komanwel dan ahli-ahlinya bebas untuk menarik diri pada bila-bila
masa. Britain juga sedar akan tanggungjawab untuk membangunkan tanah jajahannya termasuk wilayah-wilayah yang
diamanhakna kepadanya yang ketinggalan dari segi ekonomi.

 Penubuhan Komanwel adalha langkah wajar kerana kerjasama secara multilateral dalam bidang ekonomi dalam kalangan
bekas tanah jajahanya akan mengukuhkan ekonomi Negara –negara berkenan. Walau bagaimanapun , tidak dinafikan pada
tahun 1950-an Britain menggunakan pertubuhan ini untuk kepentingan sendiri khususnya dalam bidang ekonomi. Negara
Komanwelmengeksport lebih 50 peratus daripada teh, bijih timah , jut , getah , minyak sawit ,dan koko dunia . Negara
Komanwel juga menyumbang separuh daripada keluaran aluminium dunia.

 Kekayaan hasil bahan-bahan mentah di Negara bekas tanah jajahannya menyebabkan Britain mengambil kesempatan
mengadakan hubungan bilateral dan penetapan harga barang-barang utama itu dilakukan oleh Britain. Dari sudut Negara-
negara Komanwel , mereka sedar bahawa hubungan sedia ada dengan Britain dan negara–negara Komanwel yang lain
serta penglibatan perdagangan dan sterling Area akan member faedah seperti pemindahan teknologi dan kepakaran ,
perkhidmatan perkataandan sebagainya.

 Disamping itu, Britain juga mengambil insiatif mewujudkan sebuah jawatankuasa pada tahun 1950, iaitu jawatankuasa
perhubungan pelajaran Komanwel. jawatankuasa ini dibentuk bagi membantu Negara–negara menyediakan sistem
pelajaran yang sempurna. Penubuhan Komanwel juga mempunyai kaitan dengan hasrat Britain untuk memperkenalkan
sistem sosial , ekonomi, dan politik berdasarkan model barat.penerapan sistem undang-undang, biroraksi, ekonomi dan
lain-lain menjadikan struktur pentadbiran Negara-negara Komanwel lebih kemas dan berkesan.

 Salah satu isu yang menggugat perpaduan dalam kalangan Negara anggota Komanwel ialah Dasar Apartheid yang diamalkan
di Afrika Selatan . Kerajaan kulit putih melaksanakan Dasar Apartheid antara tahun 1948 hingga 1991. Majoriti Negara-
Negara anggota Komanwel mahukan dasar ini dihapuskan, namun Britain bertindak tidak sehaluan dengan anggota yang
lain. Sama ada disedari atau tidak, Komanwel akan berkembang kerana kepercayaan dalam kalangan Negara-negara
anggota terhadap pertubuhan ini masih wujud. Pelbagai kerjasama diadakan dalam bidang ekonomi, pelajaran, teknikal
dan lain-lain menyebabkan Negara-negara anggota terasa berat untuk meniggalkan Komanwel

B) INDIA

 India mempunyai sejarah yang tersendiri dengan pertubuhan Komanwel anggota “ bukan berkulit putih” yang ingin diberi
taraf kerajaan sendiri oleh pihak British .

 Pada tahun 1919 , undang- undang kerajaan India telah digubal .sistem diarchy telah diperkenal di India . Melalui sistem ini
,pentadbiran wilayah –wilayah di India dibahagikan kepada bahagikan, iaitu perkara-perkara yang tertentu yang ditadbir
oleh gabenor wilayah dan India .

 Bagaimanapun , semua keputusan hendaklah mendapat kebenaran daripada kerajaan atau Parlimen British . Satu
suruhanjaya telah dibentuk untuk mengkaji pemberian taraf berkerajaan sendiri di India .Suruhanjaya ini dipengerusikan
oleh Sir John Simon.

Penutup

 Apa-apa yang bersesuaian

Soalan 129 : Huraikan pencapaian Pertubuhan negara-negara Komanwel

Pendahuluan

 Komanwel merupakan salah satu organisasi politik yang penting dan merujuk kepada pertubuhan negara-negara bekas tanah
jajahan British yang telah mencapai kemerdekaan. Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931. Malah, Raja British dianggap
sebagai Ketua Komanwel.

Isi-isi Penting:

1. Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)


 Mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel diadakan dua tahun sekali. Mesyuarat ini menyediakan ruang bagi pertemuan
ketua-ketua kerjaan untuk membincangkan hal-hal kepentingan bersama. Tujuan mesyuarat diadakan adalah
membincang masalah-masalah yang dihadapi, hal ehwal dalam sebuah Negara dan persengketaan dalam kalangan negara
anggota dengan mendapat keizinan daripada negara-negara tersebut.
 CHOGM diadakan di tempat-tempat berikut New Delhi, India (1983), Nassau, Bahamas (1985), United Kingdom, London
(1986), Vancouver, Kanada (1987), Kuala Lumpur, Malaysia (1989), Harare, Zimbabwe (1991), Limassol, Cyprus (1993),
Auckland, New Zealand (1995), Edinburgh, United Kingdom (1997), Durban, Afrika Selatan (1999), Coolum, Queensland
[Australia] (2002), Abuja, Nigeria (2003), Valletta, Malta (2005), Kampala, Uganda (2007), Sepanyol, Trinidad dan Tobago
(2009), Perth, Australia (2011).

2. Rancangan Colombo

 Rancangan Colombo diperkenalkan pada tahun 1950 bertujuan memberi bantuan kewangan, teknikal, dan biasiswa kepada
Negara-negara yang kurang maju.

 Malaysia turut menerima bantuan daripada Rancangan Colombo. Antara projek-projek yang menerima pembiayaan
rancangan ini ialah projek pembinaan lebuh raya timur barat, pembinaan jalan raya dan jambatan di Sabah dan Sarawak
dalam bidang infrastruktur. Malah, dalam bidang pendidikan pula ialah pembinaan institusi pendidikan di Sabah dan
Sarawak dan dalam bidang pertanian pula ialah bantuan pembangunan tanah dan pertanian dan juga pengenalan kaedah
pertanian moden.

3. Bantuan Ketenteraan

 Komanwel memberi bantuan dalam bidang ketenteraan kepada negara-negara anggota. Tentera negara Komanwel (Britain
dan Australia) mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Tentera-tentera
Komanwel membantu Tanah Melayu menghadapi ancaman komunis pada Zaman Darurat (1948-1960). Tentera yang
terlibat ialah Britain, New Zealand dan Kanada.

 Perjanjian Pertahanan British Tanah Melayu ditandatangani pada tahun 1957. Askar-askar dari negara Komanwel dihantar
untuk menghadapi ancaman komunis. Malah, Malaysia mendapat bantuan ketenteraan semasa berkonfrontasi dengan
Indonesia.

4. Perjuangan menentang Aparteid

 Dijadikan sebagai sebuah platform oleh negara-negara anggota untuk menentang dasar aparteid yang diamalkan oleh Afrika
Selatan dan Malaysia menentang dasar apartied sejak awal tahun 1960-an. Perjuangan menentang dasar ini mendapat
sokongan dan kerjasama daripada kebanyakan negara anggota Komanwel kecuali Britain.

 Komitmen Malaysia dalam penentangan dasar aparteid terserlah dalam pengisytiharaan Deklarasi Kuala Lumpur tentang
Afrika Selatan semasa Mesyuarat ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada tahun 1989. Malaysia menyeru agar
sekatan ekonomi dikenakan terhadap rejim perkauman itu di Afrika Selatan.

5. Bantuan Ekonomi

 Negara-negara anggota Komanwel menikmati keistimewaan apabila menjalankan urusan perdagangan dengan negara-
negara Komanwel yang lain. Hasil eksport ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah.

 Namun demikian, dasar-dasar yang diamalkan oleh negara-negara Komanwel sekitar 1970-an dan 1980-an memihak kepada
negara-negara maju. Perkembangan ini menyebabkan negara-negara mundur tidak berpeluang untuk bersaing dalam
arena perdagangan di peringkat antarabangsa.

6. Isu Senjata Nuklear

 Komanwel memainkan peranan dalam isu pengurangan senjata nuclear. Pada tahun 1996, Komanwel mengutuk Perancis
kerana tidak menghormati Perjanjian Pengurangan Senjata Nuklear (NPT). Pada tahun tersebut juga, Perancis telah
menjalankan ujian nuklear di Pasifik Selatan.
 Komanwel turut mengkritik India dan Pakistan kerana melancarkan ujian nuklear pada tahun 1998. Malah, isu mengehadkan
penggunaan senjata nuklear dan senjata kimia turut dibincangkan.

Penutup
 Komanwel turut memberi sumbangan dalam mempertahankan keamanan serta kestabilan dalam kalangan negara anggota.
Umpamanya, Komanwel membantu memulihkan keamanan di negara Uganda yang meengalami kehancuran akibat Perang
Saudara. Komanwel juga turut membantu Zimbabwe dalam usaha mencapai kemerdekaan.

4.4.3 Pertubuhan North Atlantic Treaty Organisation (NATO)

Soalan 130: Bincangkan faktor-faktor penubuhan NATO dan peranan Amerika Syarikat serta United Kingdom
dalam NATO

Pengenalan

 NATO ditubuhkan pada 4 april 1949 . Pada asalnya , dua belas buah Negara sahaja menganggotai pertubuhan ini. Ibupejabat
NATO ialah di paris. NATO telah menonjolkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dan keselamatan di Eropah barat.

 Pada peringkat awal, Negara yang terlibat dengan NATO ialah Amerika Syarikat, United Kingdom , Kanada, Perancis, Itali,
Belgium, Belanda, Norway, Denmark, Portugal, Iceland, dan Luxembang. Kini keanggotaan dalam NATO telah meningkat
kepada 28 anggota.

Isi –isi penting

1. Menghalang kebangkitan semula kuasa ketenteraan Jerman di Eropah.

 Strategi NATO ialah bagi mewujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan semua Negara anggotanya terhadap
keselamatan dan kedaulatan setiap Negara anggota. Pada dasarnya , NATO bertujuan membendung semula pengaruh
komunis yan diterajui Soviet Union.

 Tambahan pula, Negara eropah timuryang prokomunis sudah menambahkan kekuatan tentera bagi menandingi negara
jiran mereka di eropah barat . Jadi , rancangan pihak Rusia dan sekutunya perlu kawal di peringkat awal lagi.

2. Melibatkan Amerika dalam hal ehwal ketenteraan dan politik Eropah

 NATO megesahkan kehadiran Amerika syarikat dan britian selepas tahun 1945 di Eropah terutamanya di Jerman dan Turki
supaya komunisme yang diarah dari moscom dapat disekat dengan keberkesanan.

 Tambahan pula, pada tahun 1949, Soviat union telah meletupkan bom atomnya yang pertama.

3. Mengekang perluasan ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah.

 Soviet union sering dipersalahkan dan dilihat sebagai tidak demokratik, tidak menghormati hak asasi manusia, dan tindakan
menghormati kebebasan individu sebagaimana yang dipraktikan di Eropah. Soviet union didakwa oleh pihak Barat lebih
komited untuk melebarkan pengaruh politik yang berideologikan komunisme di Eropah atau di Asia. menyebabkan Britian
dan Amerika syarikat mengambil inisiatif untuk menubuhkan NATO.

 Soviet union pula memberi satu persepsi bahawa NATO ialah Amerika syarikat dan Amerika syarikat ialah NATO. Ini
bermakna NATO didominasikan oleh Amerika syarikat berbanding Negara-negara lain.

4. Mengatasi ketidakupayaan Eropah terhadap kemampuan PBB

 Dari sudut ketenteraan mahupun sudut pendekatan dan strategi bagi menyelesaikan atau mengatasi pelbagai konflik
antarabangsa, khususnya dalam konteks dunia secara berkesan. Dalam PBB kelemahan yang dipersoalkan ialah pihak atau
Negara mana yang akan mengetuai misi ketenteraan PBB dan Negara mana yang akan membiayai segala perbelanjaan
sepanjang misi ketenteraan PBB.

 Implikasinya ialah kuasa-kuasa besar dunia yang merupakan anggota Majlis keselamatan PBB yang memiliki kuasa veto
ketika itu selalunya lebih banyak bersetuju untuk tidak bersetuju dalam menangani man-mana konflik antarabangsa.

Penutup
 Komitmen berterusan Amerika syarikat dalam NATO dilihat sebagai kunci keseimbangan, keutuhan, dan kestabilan NATO.
 Fokus NATO sering berubah mengikut keadaan memberikan tumpuan kepada soviet union, kini selepas peristiwa 9/11
fokusnya juga berubah kepada menangani bahaya pengganas dan serangan siber.

You might also like