Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,

SEKOLAH KEBANGSAAN CHINCHIN,


77000 JASIN, MELAKA.
Tel / Fax : 06-5246578
E-mail : MBA1013@moe.edu.my
___________________________________________________________________________________________________
Rujukan Kami :SKC/PIBG/700/84/(02)/ 2018(3)
Tarikh :8 Ogos 2018

Kepada :
IBU BAPA / PENJAGA MURID
SEKOLAH KEBANGSAAN CHINCHIN

Tuan/Puan

JEMPUTAN KE PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SK CHINCHIN 2018

Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk:


2. Pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Chinchin dengan sukacitanya menjemput
tuan/puan untuk hadir bagi menjayakan program tersebut pada ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Ogos 2018 ( Sabtu )


Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Kawasan sekolah

3. Program gotong royong ini dirancang untuk menceriakan kawasan sekitar sekolah terutamanya di
bahagian pintu masuk.

4. Besar harapan kami, pihak tuan/puan dapat hadir bersama menjayakan program ini dan membawa
peralatan yang bersesuaian (berus cat, bekas isi cat, kain lap dan lain-lain yang difikirkan perlu).

5. Seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa PIBG, jamuan yang disediakan
bertemakan portluck (berkongsi-kongsi makanan) dan kami berbesar hati sekiranya ibu bapa turut
serta membawa makanan.

6. Sehubungan itu, disini disertakan sekali borang maklum balas tentang kehadiran tuan/puan dan
diharapkan dapat dipulangkan dalam kadar yang segera untuk kelancaran program.

6. Segala perhatian, tindakan dan kerjasama tuan amat kami hargai dan diucapkan terima kasih.

“ IBU BAPA CEMERLANG, SEKOLAH GEMILANG ”

Saya yang menurut perintah,

................................................................
(PN SITI NOR AZREEN BT OTHMAN)
Setiausaha PIBG
Sekolah Kebangsaan Chinchin

…………………………………………………..potong di sini ……………………………………………………………………..

PENGESAHAN KEHADIRAN KE PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SK CHINCHIN


2018
PADA 11 OGOS 2018 (SABTU)

Sukacita / Dukacita* dimaklumkan bahawa saya:


Sila pilih dan tandakan ( / ) pada kotak yang berkenaan;

Akan hadir

Tidak akan hadir


…………………………………..
( )

You might also like