Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1

TEKS PENGACARA
PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK PERINGKAT SK TG SEPAT
TARIKH : 16 & 29 OGOS 2018
TEMPAT : DATARAN SK TG SEPAT

CUE ANN CATATAN

PROTOKOL Perhatian kepada semua murid, anda diminta untuk


berada dalam keadaan tenang dan bersedia kerana
majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Terima
kasih.
KATA- KATA Dari Raub pergi ke Pontian
ALUAN Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis

Irama beralun gendang dipalu,


Langkah diayun berpasang-pasangan,
61 tahun telah berlalu,
Malaysia megah menyambut kemerdekaan.

Bismillahirahmannirrahim....Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berusaha,
EN. SARJANI BIN SHARIFF ,
Guru Besar SK Tg Sepat,

Yang Dihormati,
EN MUHADZIR BIN ESMAHIL,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

PN ZUMMAZUWEN BINTI KADER,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

TUAN HAJI SHAHIDA BIN TAIB,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum ,

Barisan guru berdedikasi SK Tg Sepat


Staf-staf sokongan,
Dan murid-murid yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana di


atas limpah kurnia Nya dapat kita sama-sama
berkumpul bagi memeriahkan Majlis Nyanyian Lagu-
Lagu Patriotik Peringkat SK TG Sepat

PENGENALAN Sebelum tirai persembahan dibuka, izinkan saya


HAKIM memperkenalkan barisan hakim yang akan mengadili
majlis nyanyian lagu patriotik kita pada hari ini.

azie tashiron
2

Yang pertama Tn Haji Shahidun bin Miskam, selaku


ketua hakim.
Kedua Tn Hj Taufik bin Pangilon,
ketiga Pn Norhafidzah binti Sibadar
dan yang terakhir Pn. Nurulaatikah bin. Mohd
Hasbullah.

PESERTA Majlis Nyanyian Lagu Patriotik Peringkat SK Tg Sepat


PERTAMA Tahap 1 dimulakan dengan menjemput kumpulan
peserta pertama yang terdiri daripada kelas 1 Maju
dengan pilihan lagu bertajuk Malaysia Berjaya.
Dipersilakan.
Lagu yang akan didendangkan oleh 1 Maju ini merupakan
hasil ciptaan Saiful Bahari dan mula menjadi pilihan rakyat
Malasia pada lewat era 60 an setiap kali sambutan bulan
kemerdekaan sehingga ke hari ini. Dipersilakan 1 Maju….

PESERTA Majlis diteruskan dengan menjemput murid-murid dari


KEDUA Tahun 1 Jaya yang akan mendendangkan lagu
bertajuk Malaysia Berjaya. Dipersilakan.
Lagu yang akan didendangkan oleh kelas 1 Jaya ini
pernah menjadi lagu wajib nyanyian di perhimpunan
sekolah-sekolah suatu ketika dahulu yang sekaligus
menyemarakkan rasa kecintaan kepada agama,
bangsa dan negara sejak kanak-kanak lagi.

Kumpulan peserta seterusnya yang akan mengambil


PESERTA tempat di atas pentas bakal menyampaikan sebuah
KETIGA lagi lagu patriotik yang masih menjadi pilihan sehingga
hari ini. Oleh itu, dijemput murid-murid tahun 1 Usaha
dengan lagu Tanggal 31.

Seperti yang kita tahu ,Saban tahun Sambutan Hari


Kemerdekaan tidak akan lengkap tanpa alunan lagu
Tanggal 31 yang dinyanyikan oleh Penghibur No.1
Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.
Seakan mejadi satu tradisi, stesen televisyen mahu pun
radio akan memutarkan lagu berkenaan menjelang 31
Ogos...Dengan ini dipersilakan..

azie tashiron
3

PESERTA Kehangatan majlis pada pagi ini diteruskan lagi


KEEMPAT dengan mempersilakan murid-murid dari tahun 2 Maju
yang akan mempertaruhkan lagu bertajuk Sejahtera
Malaysia. Dipersilakan.
Lagu Sejahtera Malaysia ini menanamkan semangat
yang berkobar-kobar kepada setiap rakyat Malaysia
supaya mempunyai jati diri yang kuat untuk berjaya
dalam hidup. Apabila kejayaan berjaya kita kecapi,
maka dengan sendirinya kita telah berbakti kepada
negara dan bangsa kita.Dengan ini majlis
mempersilakan kelas 2 Maju.

PESERTA Kumpulan peserta seterusnya yang akan mengambil


KELIMA tempat di atas pentas bakal menyampaikan sebuah
lagi lagu patriotik yang masih menjadi pilihan sehingga
hari ini. Oleh itu, dijemput murid-murid tahun 2 Jaya
dengan lagu Jalur Gemilang.

"Jalur Gemilang" merupakan lagu yang ditujukan


kepada bendera Malaysia kita untuk memperingati
dan membanggakan bendera Malaysia. Lagu ini juga
bertujuan untuk memperingati identiti bendera serta
menyeru rakyat Malaysia untuk mengibarkan bendera
tersebut beserta kemegahan..Dengan ini dipersilakan..

Majlis diteruskan dengan menjemput murid-murid dari


PESERTA Tahun 3 Maju yang akan mendendangkan lagu
KEENAM bertajuk Tanggal 31. Dipersilakan.
Ramai rakyat Malaysia tidak tahu bahawa Sudirman
bukanlah penyanyi asal lagu berkenaan. Penyanyi dan
komposer asal lagu Tanggal 31 ialah Ahmad CB
(Ahmad Chass Barra) yang merupakan artis era 60an.
Pada asalnya lagu patriotik itu berentak march iaitu
perlahan namun diubah oleh penggubah lagu S. Atan
pada tahun 1982 atas permintaan Sudirman agar
berentak pop yang lebih pantas. Dengan ini majlis
mempersilakan kelas 3 Maju.

azie tashiron
4

Kumpulan peserta terakhir pada hari ini telah memilih


untuk mendendangkan lagu berjudul Cemerlang
PESERTA Gemilang Terbilang. Maka dengan itu dipersilakan
KETUJUH murid-murid dari Tahun 3 Jaya ke pentas
pertandingan. Dipersilakan.
Lagu ini merupakan hasil gubahan Dato' Mokhzani
Ismail dan lirik oleh Siso. Lagu ini dinyanyikan ketika
Sambutan Hari Kebangsaan Ke-50, 31
Ogos 2007.Mari kita sama2 hayati bait2 lagu yang
akan didendangkan..

Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka


tamatlah sudah pertandingan nyanyian Lagu Patriotik
Tahap 1 Peringkat SK TG Sepat acara pada hari ini.

Untuk makluman semua, keputusan pemenang bagi


pertandingan pada pagi ini akan diumumkan esok
sempena Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan.

Songket biru tampak berseri,


Tenunan indah dihiasi batu,
Tersilap bicara harap maafi,
Ketemu lagi, di Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan.

Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci


wabilahitaufiq walhidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

azie tashiron

You might also like