Sistem

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

BAB 2

SISTEM GEOGRAFI FIZIKAL

2.1 OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran ini pelajar dapat:


a. Memahami konsep sistem dalam Geografi Fizikal
b. Mengenal ciri-ciri utama sistem dalam Geografi Fizikal
c. Membezakan sistem terpencil, sistem tertutup dan sistem terbuka
d. Memahami konsep keseimbangan, penyesuaian diri dan maklum balas
e. Menjelaskan saling interaksi antara sistem dalam Geografi Fizikal
f. Memahami proses penyerakan, pantulan, serapan dan albedo di dalam
penggunaan bahangan matahari.

2.2 PENGENALAN

Apakah sistem? Dalam kehidupan sehari-harian, kita sering mendengar perkataan sistem,
tetapi apakah maksud sebenar perkataan sistem tersebut? Menurut Chorley dan Kennedy
(1971) sistem merupakan satu set himpunan objek-objek atau sifat-sifat yang berstruktur.
Objek tersebut kadangkala disebut sebagai angkubah. Objek atau angkubah ini berkait
antara satu sama lain supaya dapat bertindak atau beroperasi bersama-sama sebagai satu
organisasi yang kompleks. Sebahagian daripada angkubah-angkubah tersebut bergantung
kepaada angkubah yang lain. Jadi sistem merupakan himpunan angkubah-angkubah yang
menunjukkan pertalian antara satu sama lain dan mereka bertindak sebagai satu unit yang
kompleks mengikut sesuatu pola.

Kesemua sistem di bumi dapat digunakan untuk menerangkan apa juga yang berlaku dalam
alam semesta ini. Tetapi, alam semula jadi ini tidak boleh disesuaikan mengikut sesuatu
sistem yang dibentuk terlebih dahulu. Maksudnya kita tidak boleh memilih dan membentuk
satu sistem terlebih dahulu dan kemudiaannya menyesuaikan dengan alam sekitar kita.

2.3 CIRI-CIRI SISTEM

Setiap sistem mempunyai ciri-ciri yang hampir serupa antara satu sma lain. Ciri-ciri tersebut
boleh diringkaskan seperti berikut (White, Mottershead dan Harrison, 1984):

i. Semua jenis sistem mempunyai suatu bentuk struktur atau organisasi,


ii. Semua jenis sistem mempunyai serba sedikit generalisasi atau sifat umum, abstrak
atau keunggulan tentang keadaan sebenar yang terdapat di dunia ini,
iii. Semua jenis sistem adalah berfungsi,
iv. Terdapat satu macam pertalian dari segi fungsi dan struktur di antara setiap unit
yang membentuk sistem tersebut,
v. Fungsi di sini menyiratkan bahawa terdapat suatu aliran atau perpindahan bahan,
vi. Fungsi ini wujud dengan adanya sumber tenaga yang menjadi daya penggerak, dan
vii. Semua jenis sistem mempamerkan sifat-sifat paduan atau integrasi antara unit-unit
yang membentuk sistem tersebut.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 11


2.4 JENIS-JENIS SISTEM

Keadaan sesuatu sistem boleh didefinisikan apabila setiap ciri-ciri atau angkubah iaitu unsur,
sifat atau pertalian, mempunyai satu nilai yang tertentu. Definisi ini boleh digunakan untuk
semua jenis sistem tenaga. Namun demikian beberapa jenis sistem yang berbeza-beza
dapat dikenal pasti berdasarkan kepada perilaku sempadan sesuatu sistem.

Terdapat tiga jenis sistem utama yang dikelaskan berdasarkan keadaan dan perilaku
sempadannya (Rajah 1) iaitu:
a) Sistem terpencil,
b) Sistem tertutup dan
c) Sistem terbuka.

Sempadan

SISEM
TERPENCIL

Tenaga SISEM Tenaga


TERTUTUP

Tenaga Tenaga
SISEM
Bahan TERBUKA Tenaga

Rajah 1: Sistem-Sistem Terpencil, Tertutup Dan Terbuka

a) Sistem Terpencil

Dalam sistem terpencil tidak ada sebarang interaksi dengan alam sekeliling melepasi
sempadan sistem. Oleh sebab itu, sistem terpencil tidak menukar tenaga atau jisim
dengan alam sekelilingnya atau dengan sistem yang lain. Sistem begini tiada input dan
output tenaga dan jisim dengan sistem yang lain. Dalam dunia sebenar, sistem
terpencil tidak wujud. Namun begitu, sistem jenis ini amat penting dalam
perkembangan konsep termodinamik. Sistem terpencil juga dicipta oleh manusia
dalam makmal untuk menjalankan uji kaji. Contohnya, apabila seseorang meletakkan
botol gelap yang tertutup dalam bilik gelap tanpa cahaya, maka dalam botol gelap itu
wujud satu sistem terpencil.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 12


b) Sistem Tertutup

Sistem ini adalah tertutup daripada segi aliran jisim, tetapi tidak ertutup kepada aliran
tenaga. Aliran tenaga masih dapat berpindah keluar atau masuk ke dalam sistem
melalui sempadan. Di bumi, sistem tertutup jarang-jarang sekali kita dapati. Jika
sistem bumi-atmosfera diambil kira sebagai satu sistem, maka ia merupakan sistem
tertutup. Walau bagaimanapun, adalah amat penting sekali jika kita dapat
menganalisis sistem-sistem alam sekitar yang kompleks ini secara pemecahannya
kepada sistem-sistem yang lebih mudah. Pendekatan sistem tertutup ini amat penting
kerana kebanyakan daripada teori termodinamik berkembang dalam konteks sistem
tertutup.

c) Sistem Terbuka

Sistem terbuka ialah satu sistem yang melibatkan input, storan, pengangkutan dan
output tenaga dan bahan, atau kedua-duanya sekali, melepasi sempadannya.
Sememangnya sistem terbuka memerlukan tenaga sebagai bekalan tenaga untuk
terus kekal dan seterusnya beroperasi. Sistem terbuka memerlukan pertukaran jisim
dan tenaga yang terus menerus bagi tujuan kewujudannya. Satu contoh yang paling
baik bagi mewakili sistem terbuka ialah sistem bumi kita.

Sistem bumi dianggap sebagai satu sistem terbuka kerana terdapat aliran tenaga input
daripada matahari (gelombang pendek) dan output tenaga (gelombang panjang) serta
pertukaran jisim dengan atmosfera (sejatan, perpeluhan dan hujan). Pendek kata
terdapat pertukaran kedua-dua tenaga dan jirim yang masuk dan keluar melalui
sempadan sistem bumi. Sumber utama tenaga bagi sistem bumi berasal daripada
tenaga matahari yang merupakan punca tenaga tunggal bagi bumi.

Matahari menghasilkan tenaga dalam kadar yang tetap, iaitu kira-kira 1.94 gram kalori
bagi setiap sentimeter persegi per minit. Ini dikenali sebagai pemalar suria. Tenaga ini
mengalir ke bumi sebagai tenaga gelombang pendek dan keluar dari bumi melalui
sempadan angkasa sebagai tenaga gelombang panjang. Daripada contoh tersebut kita
telah melihat bahawa wujudnya pertukaran tenaga antara bumi dengan matahari dan
pertukaran jisim antara atmosfera dengan bumi.

2.5 KONSEP KESEIMBANGAN, PENYESUAIAN DIRI DAN MAKLUM BALAS.

Sistem alam sekitar boleh dianggap sebagai satu sistem termodinamik terbuka. Dalam
sistem terbuka ini, keadaan keseimbangannya dalam berkeadaan tetap. Namun begitu, erti
sebenar keseimbangan ialah lebih kompleks dan rumit lebih-lebih lagi apabila ia berkait
dengan konsep-konsep perubahan yang berlaku dalam sistem tersebut. Konsep keadaan
keseimbangan tetap ialah apabila sistem berupaya berada atau mengekalkan keadaan
purata di mana trajektorinya kekal tidak berubah mengikut masa. Konsep keseimbangan ini
dapat dibahagikan kepada lima jenis iaitu:

i. Keseimbangan termodinamik
ii. Keseimbangan dinamik
iii. Keseimbangan statik

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 13


iv. Keseimbangan stabil
v. Keseimbangan tak stabil

Sebagai satu sistem terbuka, bumi berupaya mengekalkan organisasi strukturnya walaupun
berlaku perubahan keadaan dalam sistemnya. Satu contoh yang paling baik untuk
menunjukkan konsep keadaan tetap ini ialah sistem aliran sungai. Walaupun sistem ini
sentiasa mengalami perubahan yang dibawa oleh aliran air yang berbeza-beza, ia masih
tetap dapat mengekalkan organisasi rangkaian alur dan sungainya. Keadaan tetap ini boleh
ditentukan dengan melihat kepada unsur, sifat dan pertaliannya melalui masa. Inilah yang
dikenali sebagai keseimbangan dan setiap sistem terbuka mempunyai ciri keseimbangan ini
yang disebut keadaan tetap.

Konsep ini merupakan satu tahap keseimbangan yang wujud di antara pertalian dalaman
dan luaran. Keadaan tetap ini juga menyiratkan suatu keseimbangan relatif dalam sistem-
sistem mengikut masa. Tenaga suria yang diterima oleh bumi disimpan untuk beberapa
ketika dan ditukar kepada bentu-bentuk tenaga yang lain. Namun begitu, kebanyakan
daripadanya akan dibebaskan semula ke angkasa.

Sesuatu sistem terbuka dapat mengekalkan ciri-ciri keseimbangan yang dimaksudkan


sekiranya mempunyai daya penyesuaian diri. Pemeliharaan diri ini dapat dicapai melalui
mekanisme maklum balas yang terdapat dalam kebanyakan sistem terbuka. Terdapat dua
mekanisme maklum balas, iaitu:

a) Maklum balas negatif


b) Maklum balas positif

2.6 SISTEM TENAGA

Sistem tenaaga atau sistem termodinamik boleh digunakan untuk mewakili sistem alam
sekitar bumi kerana bumi sering terdedah kepada tenaga-tenaga seperti tenaga
elektromagnet yang dihasilkan oleh matahari. Sistem tenaga ditentukan oleh sistem jirim,
kandungan tenaga di dalam jirim tersebut dan pertukaran tenaga tersebut di antara sistem-
sistem tersebut dengan sekitarnya.

Sistem tenaga tertakluk kepada satu letakan dalam ruangan oleh sempadan sistem tersebut.
Sempadan boleh wujud sama ada secara asli seperti dinding sel atau lembangan saliran. Ia
juga boleh dianggap sebagai arbitrari dan tidak terhad sempadannya seperti sempadan
awan. Peranan sesuatu sempadan adalah untuk memisahkan sistem tersebut daripada alam
sekelilingnya.

Dalam sistem yang dibatasi oleh sempadan, terdapat tiga ciri utama bagi sesuatu sistem
iaitu a) Unsur, b) Sifat atau Keadaan, dan c) Pertalian. Unsur sesuatu sistem ialah jenis zat
yang terkandung dan membentuk sistem tersebut. Unsur-unsur tersebut ialah seperti atom,
molekul atau jisim yang lebih besar lagi seperti butiran pasir, titisan hujan, tumbuh-
tumbuhan dan sebagainya. Setiap unit tersebut wujud dalam ruangan dan masa.

Setiap unsur tersebut mempunyai beberapa set sifat atau keadaan. Unsur-unsur ini dan
sifat-sifatnya boleh dirasa oleh deria dan dapat diukur melalui uji kaji dan dibandingkan
dengan satu set piawaian. Antara sifat-sifat yang boleh diukur ialah seperti suhu, isipadu,
tekanan, warna dan usia.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 14


Pertalian pula akan wujud antara dua atau lebih unsur atau dua aatau lebih keadaan (sifat).
Pertalian ini akan menentukan keadaan agregat unsur atau organisasi sesuatu sistem.

2.7 TENAGA

Tenaga ditakrifkan sebagai satu daya atau kemampuan untuk mengoperasikan kerja atau
menghasilkan sesuatu. Tenaga adalah sesuatu kuasa yang menggerakkan sesuatu objek
pada sesuatu jarak. Kita tidak boleh mengukur tenaga secara langsung tetapi mengukurnya
dengan berapa banyak kerja ia dapat dilakukan semasa ia ditukar dari satu bentuk ke
bentuk lain.

Tenaga boleh terdapat dalam pelbagai bentuk seperti tenaga eksogenik, tenaga endogenik,
tenaga haba, tenaga keupayaan atau potensi, tenaga kinetik, tenaga elektrik, tenaga graviti,
tenaga kimia, tenaga angin, tenaga biomass dan sebagainya. Hukum tenaga yang utama
ialah hukum Law of Conservation of Energy. Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan.
Jumlah besar tenaga sesuatu sistem tidak berubah tetapi boleh ditukar dari satu bentuk ke
bentuk yang lain.

Tenaga bukan sahaja penting untuk manusia dan binatang malah penting untuk sistem
bumi. Bumi akan menjadi planet yang mati sekiranya tidak mempunyai tenaga. Antara jenis-
jenis tenaga yang ada adalah :

i. Tenaga Eksogenik.
Tenaga yang berpunca dari luar bumi iaitu daripada matahari. Matahari merupakan
punca tenaga utama bagi keseluruhan sistem bumi. Planet bumi akan mati tanpa
tenaga ini. Tenaga matahari yang diterima oleh permukaan bumi adalah dalam
bentuk bahangan yang kemudiannya ditukar kepada bentuk-bentuk tenaga yang lain
seperti tenaga kimia, tenaga potensi dan tenaga kimia.

ii. Tenaga Endogenik


Merupakan tenaga dalaman yang berpunca dari perut bumi contohnya tenaga
graviti, radiogenik, dan tenaga haba. Tenaga ini amat penting untuk proses-proses
tektonik kerak bumi seperti gempa bumi, gunung berapi, lipatan, gelinciran, dan
sebagainya. Jumlah tenaga endogenik lebih sedikit berbanding tenaga eksogenik.

iii. Tenaga Potensi atau Keupayaan


Tenaga upaya ialah suatu bentuk tenaga yang dimiliki oleh sistem disebabkan ia
berada di medan upaya. Tenaga upaya yang dimaksudkan ialah yang berkaitan
dengan suatu jisim yang berada diatas sebarang datum dan daya tarikan disebabkan
oleh medan graviti bumi. Semua elemen dalam sistem bumi memiliki tenaga ini.
Contohnya air sungai memiliki tenaga potensinya. Semakin banyak isipadu air sungai
maka semakin besarlah tenaga potensi yang dimiliki oleh sungai itu.

iv. Tenaga Kinetik


Tenaga kinetik ialah tenaga yang dimiliki oleh sistem disebabkan pergerakannya
relatif kepada suatu datum seperti bumi yang dianggap pegun. Apabila suatu zarah
dengan jisim bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, maka berlakulah
perubahan tenaga kinetik. Tenaga kinetik yang terhasil adalah tinggi sekiranya
pergerakan sesuatu jasad semakin laju.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 15


v. Tenaga Graviti
Merupakan tenaga yang dimiliki oleh bumi untuk menarik sesuatu jisim dari atas ke
bawah. Ia bergantung kepada saiz jisim dan juga ketinggian jisim itu.

vi. Tenaga Haba


Tenaga yang menggerakkan “enjin atmosfera” ialah tenaga haba. Tenaga kepanasan
sesuatu jisim yang diukur dalam unit darjah celcius. Tenaga haba ini terbahagi
kepada dua. Pertama tenaga haba rasa iaitu tenaga yang terkena sesuatu
permukaan sehingga permukaan tersebut menjadi panas. Kedua tenaga haba
pendam iaitu tenaga yang terkandung dalam sesuatu jisim sehingga ia dibebaskan.
Tenaga haba ini berasal daripada tenaga matahari.

vii. Tenaga Kimia


Merupakan tenaga yang tersimpan di dalam makanan. Tumbuh-tumbuhan hijau
akan menjalankan proses fotosintesis untuk menghasilkan makanan sendiri di mana
tenaga cahaya diserap oleh klorofil dalam daun dan ditukar kepada tenaga kimia.

viii. Tenaga Angin


Angin merupakan udara yang bergerak secara mendatar. Angin bertiup dari kawasan
tekanan udara tinggi ke kawasan tekanan udara rendah.

ix. Tenaga Elektrik


Tenaga elektrik wujud dalam dua bentuk iaitu; elektrik statik dan elektrik arus.
Elektrik statik ialah sesuatu bahan yang boleh dicaskan dengan menggosokkan
bahan ini dengan bahan lain yang sesuai. Jenis cas bergantung kepada jenis bahan
yang digosok dan jenis bahan yang menggosokkannya. Pengaliran air sungai ialah
dari kawasan tinggi ke kawasan rendah. Arus elektrik juga mengalir dari kawasan
berpotensi tinggi ke kawasan berpotensi rendah. Pertembungan cas-cas positif dan
negatif di permukaan awan akan menghasilkan tenaga elektrik.

2.8 HUKUM TERMODINAMIK / PRINSIP PENGABADIAN TENAGA

Hukum termodinamik yang pertama menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau
dimusnahkan. Tenaga hanya boleh diubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain dan hukum
kedua menyatakan bahawa semasa pertukaran bentuk tenaga ini, tenaga dihilangkan dalam
bentuk haba dan bergerak ke arah entropi (ukuran jumlah tenaga yang tidak boleh
digunakan).

Perubahan bersih jumlah tenaga (samada meningkat atau menurun) bagi sesebuah sistem
semasa sesuatu proses adalah bersamaan dengan perbezaan di antara jumlah tenaga yang
memasuki dan jumlah tenaga yang keluar dari sistem. Pengubahan bentuk tenaga sistem
tidak disertai oleh pemusnahan atau penciptaan tenaga iaitu, jumlah tenaga sistem tetap
sama sebelum, semasa atau selepas sesuatu proses. Tenaga yang mengalir dalam sesuatu
ekosistem dapat mengekalkan integriti sistem itu.

Tenaga Suria / Matahari


Matahari merupakan punca tenaga utama yang menggerak dan meneruskan semua proses
di atmosfera dan di permukaan bumi. Tenaga matahari membekalkan kira-kira 99.97% dari
jumlah tenaga yang terdapat di dalam sistem bumi-atmosfera. Selebihnya datang dari punca

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 16


tenaga endogenik. Matahari yang terdiri daripada 70% hidrogen, 28% helium dan 2%
unsur-unsur lain menghasilkan tenaga haba melalui proses pelakuran, iaitu semasa hidrogen
bertukar menjadi helium.

Tenaga yang berasal dari bahagian teras matahari yang begitu panas sampai ke permukaan
matahari melalui bahangan dan perolakan hidrogen. Suhu permukaan matahari adalah lebih
kurang 6000˚C dan seperti objek-objek lain yang mempunyai suhu permukaan yang panas,
matahari membebaskan tenaga yang banyak kesemua arah. Oleh itu, walaupun jarak
matahari dengan bumi adalah jauh, matahari mampu untuk memancarkan cahayanya
dengan berkesan.

Gelombang elektromagnet dari matahari terdiri daripada :


i. 8% sinaran ultra ungu, sinaran X dan sinaran gamma.
ii. 47% cahaya yang boleh dilihat (cahaya nampak).
iii. 45% gelombang infra-merah.

Gelombang elektromagnet terbahagi kepada dua iaitu;

i. Elektromagnet Pendek
Berdasarkan kepada Hukum Wien, gelombang elektromagnet yang dikeluarkan oleh
matahari ke bumi adalah gelombang pendek kerana matahari mempunyai suhu yang amat
tinggi kira-kira 6000˚C. (Hukum Wien menyatakan bahawa panjang gelombang bagi
pancaran yang maksimum adalah berkadar songsang dengan suhu mutlak badan yang
memancarkannya). Kebanyakan gelombang elektromagnet pendek yang dikeluarkan oleh
sinaran matahari ialah berukuran antara 0.2mikron hingga 0.4mikron.

ii. Elektromagnet Panjang


Bahangan bumi atau sinaran bumi yang dibebaskan ke atmosfera pula adalah dalam bentuk
gelombang elektromagnet yang panjang. Ini disebabkan bumi jauh lebih sejuk daripada
matahari. Ukuran gelombang elektromagnet panjang sekitar 10mikron dan secara
keseluruhannya terdiri daripada cahaya infra-merah.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 17


Setelah bahangan matahari atau tenaga elektromagnet ini memasuki lapisan atmosfera, ia
akan mengalami banyak perubahan daripada satu bentuk ke bentuk yang lain

Pemindahan Haba
Dalam proses kimia berlaku pemindahan tenaga dalam bentuk haba. Pemindahan haba
berlaku secara bergabung dengan operasi unit lain seperti pengeringan, penyulingan,
pembakaran dan peruapan. Ia berlaku kerana perbezaan suhu dan haba mengalir dari
bahagian suhu tinggi ke bahagian suhu rendah. Pemindahan tenaga terma di atmosfera
boleh berlaku melalui tiga cara iaitu;

i. Perolakan.
Dari segi fizikal, atmosfera yang panas akan dipindahkan dari satu kedudukan ke kedudukan
yang lain terutamanya dalam terma yang meningkat. Proses perolakan atau pancaran haba
oleh pergerakan sebenar bahan yang dipanaskan ini boleh dijelaskan melalui proses
pemanasan air di dalam sebuah bekas. Apabila air dipanaskan, ia mengembang dan menjadi
ringan lalu menaik ke atas. Air di sekeliling yang lebih sejuk akan jatuh atau turun bagi
menggantikan air yang panas tadi. Keadaan yang sama terjadi kepada udara di atas suatu
pemanas. Apabila dipanaskan, ia akan mengembang dan naik ke atas. Pergerakan naik
udara panas ini adalah lebih nyata dengan adanya biasan cahaya yang masuk melalui
tingkap dan merentasi udara tersebut. Gas menunjukkan sifat perolakan sebagai satu cara
pemindahan haba melebihi cecair manakala cecair pula menunjukkan sifat yang sama
melebihi pepejal. Perolakan adalah salah satu proses asas dan amat penting di dalam
atmosfera.

ii. Pengaliran.
Merupakan satu proses yang mana tenaga haba dipindahkan melalui satu perantaraan di
mana bahan perantaraan itu sendiri (udara) tidak bergerak. Molekul yang lebih bertenaga
dan panas boleh menyebabkan molekul yang berhampiran dengannya menjadi lebih aktif.
Secara bandingannya, proses ini berlaku agak perlahan di udara tetapi cepat dalam pepejal
atau air.

iii. Sinaran.
Sinaran haba adalah dalam bentuk sinaran elektromagnet sama seperti sinar x, gelombang
cahaya, sinar gamma, cuma berbeza panjang gelombang. Sinaran penting dalam relau,
pengering sinaran dan oven. Mekanisma pemindahan haba sinaran melalui tiga langkah
iaitu, pertama tenaga terma dari sumber panas diubah kepada tenaga elektromagnet
gelombang sinaran. Kedua, gelombang bergerak melalui ruang dalam laluan lurus dan
bertemu jasad sejuk. Ketiga, Jasad menyerap gelombang elektromagnet dan diubah kepada
tenaga terma atau haba.

2.9 PROSES PERUBAHAN TENAGA ELEKTROMAGNET KEPADA BENTUK TENAGA


YANG LAIN

Bahangan matahari akan mengalami banyak perubahan daripada satu bentuk ke bentuk
yang lain setelah memasuki lapisan atmosfera. Tenaga matahari yang dihantar terus melalui
angkasa lepas ke bumi dikenali sebagai tenaga elektromagnet atau tenaga sinaran.
Sepertimana yang dinyatakan dalam Hukum Termodinamik pertama, iaitu “tenaga tidak
boleh dicipta ataupun dimusnahkan”, maka tenaga elektromagnet ini hanya berubah
daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 18


Apabila tenaga elektromagnet terkena pada sesuatu permukaan air, maka permukaan itu
akan beransur-ansur menjadi panas disebabkan oleh perubahan tenaga elektromagnet
kepada tenaga haba rasa. Pada masa yang sama, proses sejatan berlaku pada permukaan
air berkenaan yang disebabkan oleh pemanasan haba.

Wap-wap air akan naik dan memasuki ruang atmosfera dan membawa tenaga haba sebagai
tenaga haba pendam. Lama-kelamaan permukaan air berkenaan akan menjadi terlalu panas
dan membentuk satu kawasan tekanan udara rendah. Udara yang sejuk dari luar akan
bertiup masuk ke dalam sel tekanan rendah itu sebagai tenaga kinetik yang bergerak.
Akhirnya, wap-wap air yang naik ke atmosfera akan membentuk awan yang terapung-apung
di langit sebagai tenaga keupayaan ataupun potensi. Apabila proses pemeluwapan dan
seterusnya berlaku proses kerpasan, titisan air, salji atau air batu yang jatuh kembali ke
permukaan bumi akan juga ditukar kepada tenaga kinetik.

Sesetengah awan seperti awan kumulonimbus dan kumulus, didapati wujudnya cas elektrik
positif dan negatif. Pertembungan cas-cas tersebut akan menghasilkan tenaga elektrik.
Apabila tenaga sinaran terkena pada permukaan daun tumbuhan, tumbuhan hijau akan
menjalankan proses fotosintesis untuk membuat makanan dan proses ini akan mengikat
tenaga tersebut dan seterusnya menukarkannya kepada karbohidrat, iaitu sejenis tenaga
kimia.

Perubahan tenaga daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain adalah amat penting
dalam bidang kaji iklim kerana ia merupakan cara untuk menyeimbangkan tenaga dengan
air dalam sistem bumi-atmosfera. Proses cuaca dan iklim di seluruh dunia merupakan satu
cara untuk mencapai dan mengekalkan suhu keadaan keseimbangan dari segi taburan
tenaga sinaran matahari sedunia. Perubahan tenaga elektromagnet kepada bentuk tenaga
yang lain telah memberi implikasi kepada alam sekitar fizikal dan manusia.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 19


2.10 IMPLIKASI PERUBAHAN TENAGA KEPADA ALAM SEKITAR FIZIKAL

Pertukaran tenaga yang berlaku dalam sistem bumi-atmosfera telah memberi implikasi
kepada alam sekitar fizikal. Antaranya adalah seperti berikut;

Sistem Hidrologi

Hidrologi boleh ditafsirkan sebagai kewujudan, pergerakan dan kawalan air dalam semua
keadaan asal, iaitu wap, cecair dan pepejal sama ada terdapat di udara, permukaan bumi
atau di bawah permukaan bumi. Proses hidrologi telah menyebabkan air bergerak
meninggalkan tanah ke udara dan selanjutnya turun lagi ke tanah. Siklus perubahan
tersebut terjadi melalui proses perubahan dari bentuk pepejal ke cecair seterusnya menjadi
gas dan kembali ke siklus awal. Begitulah putaran berlangsung tanpa henti. Tanpa adanya
siklus air, semua kehidupan di bumi ini akan berakhir.

Kerpasan terjadi apabila berlaku proses pemeluwapan di udara. Pemeluwapan terjadi akibat
kejatuhan suhu dalam jisim udara apabila naik semakin tinggi dalam atmosfera. Proses ini
akan menyebabkan berlakunya perubahan tenaga keupayaan atau potensi yang ada pada
awan kepada tenaga kinetik setelah jatuh sebagai kerpasan. Kerpasan yang jatuh ke
permukaan bumi telah menyebabkan berlakunya kitaran hidrologi yang berperanan sebagai
penggerak kepada pelbagai sistem lain yang ada di bumi.

Proses ini juga turut mempengaruhi keseimbangan kitaran hidrologi tersebut. Di bahagian
daratan kerpasan ini pula akan dialirkan dalam pelbagai cara seperti melalui larian air
permukaan atau dialir oleh sistem sungai ke laut selepas ia dipintas oleh tumbuhan.
Sebahagian daripada kerpasan itu juga akan menyusup masuk ke dalam tanah dan mengalir
sebagai air bawah tanah yang juga menuju ke laut. Di laut, proses yang sama akan
berulangan yang dimulakan oleh sejatan.

Air sangat penting dan diperlukan untuk pemindahan tenaga, penghasilan hujan (air tawar),
pengawalan aras laut, pembalikan bahangan suria, pengawalan bencana alam, penyerapan
dan penyimpanan tenaga haba, pengawalan suhu, sumber air bawah tanah, pengurangan
bahan-bahan pencemaran dan mengekalkan bumi sebagai ‘dunia air’.

Air juga digunakan oleh tumbuh-tumbuhan untuk membuat makanan disamping tenaga
matahari. Tumbuh-tumbuhan hijau berperanan sebagai pengeluar dalam sistem siratan dan
rantaian makanan. Ini juga akan mempengaruhi pemindahan tenaga dalam rantaian
makanan. Selain itu, hidupan bumi memerlukan air untuk meneruskan kehidupan
terutamanya hidupan akuatik. Kitar hidrologi juga penting untuk mengubah dan mengawal
penggunaan tanah dan rupa bentuk bumi dan pengambilan penyedutan air bumi.

Matahari yang menggerakkan kitaran air, memanaskan air dalam lautan, sungai, tasik,
kolam yang tersejat sebagai wap ke dalam atmosfera. Di samping itu, tenaga matahari juga
memulakan proses transpirasi tumbuhan. Proses ini memerlukan pertukaran tenaga dari
satu bentuk kepada bentuk yang lain untuk melengkapkan proses tersebut. Tanpa matahari
dan pertukaran bentuk tenaga, maka kitaran hidrologi tidak akan wujud.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 20


Sistem Ekologi

Ekologi ialah kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam
persekitarannya. Semua hidupan terpaksa saling bergantung sesama sendiri dan perlu
bergantung kepada persekitarannya dalam komuniti masing-masing atau dengan komuniti
lain. Komponen biotik ekosistem terdiri daripada pelbagai flora dan fauna yang saling
berinteraksi melalui hubungan makanan dalam satu komuniti.

Kepentingan tenaga suria boleh dilihat dari dua aspek. Pertama, kepentingannya kepada
ekosistem dan tumbesaran tumbuhan dalam ekosistem tersebut. Ekosistem melibatkan
rantaian makanan untuk membolehkan rantaian makanan dalam ekosistem berlaku, ia mesti
bermula dengan bekalan tenaga matahari yang cukup kepada tumbuhan yang bertindak
sebagai pengeluar. Kerpasan yang turun sebagai tenaga kinetik digunakan oleh tumbuhan
untuk membuat makanan. Tanpa air dan tenaga matahari, tumbuhan tidak boleh melakukan
proses fotosintesis untuk membuat makanannya. Dalam perkataan lain, tumbuhan tidak
akan wujud. Apabila tumbuhan tidak wujud maka rantaian makanan tidak mungkin boleh
berlaku.

Perubahan tenaga elektromagnet kepada bentuk tenaga yang lain adalah penting.
Contohnya proses perubahan tenaga berlaku dalam kitaran air hujan telah memberi
implikasi kepada sistem ekologi. Tenaga suria akan menghasilkan suhu dan hujan yang
cukup untuk pertumbuhan pelbagai jenis spesies pokok. Dengan adanya bekalan suhu dan
hujan yang cukup ini maka pelbagai pokok kayu keras seperti cengal, meranti, seraya, balau
dan lain-lain tumbuh dengan baik di samping tumbuhan menumpang dan melilit, spora serta
paku pakis dan sebagainya. Kepelbagaian spesies tumbuhan ini telah menjadi habitat
pelbagai jenis fauna di dalam ekosistem hutan. Melalui pertukaran tenaga inilah yang telah
memberi implikasi kepada keseimbangan ekosistem di permukaan bumi.

Sistem Atmosfera

Semua proses dan fenomena dalam atmosfera bermula dengan adanya tenaga haba. Tanpa
tenaga haba, tindakan angin, hujan atau kerpasan, ribut, taufan, petir dan lain-lain lagi tidak
akan berlaku. Contohnya dalam proses kejadian hujan. Bermula dengan tenaga
elektromagnet yang akan memanaskan permukaan air seperti laut dan sungai.

Tenaga haba yang mencukupi diperlukan untuk membolehkan wap-wap air tersejat ke
udara. Semakin tinggi wap-wap air naik ke udara, proses kondensasi akan berlaku yang
menunjukkan tenaga haba dalam jisim udara tersebut semakin berkurangan atau suhu di
dalamnya semakin rendah sehingga wap-wap air tadi jadi tepu untuk turun sebagai hujan.

Begitu juga dengan angin, syarat yang membolehkan angin bertiup ialah mesti ada
perbezaan tekanan udara. Perbezaan tekanan udara ini wujud akibat perbezaan suhu atau
tenaga haba di antara dua tempat. Mengikut Hukum Boyle, apabila suhu tinggi maka
tekanan udara menjadi rendah dan apabila suhu rendah maka tekanan udara menjadi
tinggi. Angin akan bertiup dari tekanan tinggi ke tekanan rendah. Semakin besar perbezaan
tekanan ini maka angin akan bertukar menjadi ribut, taufan, tornado dan sebagainya. Oleh
itu, tenaga haba diperlukan dalam penghasilan tenaga angin ini.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 21


Sistem Geomorfologi

Geomorfologi ialah satu bidang yang mengkaji interaksi antara proses, faktor dan bentuk di
permukaan bumi secara saintifik. Proses geomorfologi ialah semua proses fizikal, kimia dan
biologi yang bertanggungjawab membentuk, memperkembang dan mengubah bentuk muka
bumi atau pandang darat fizikal sama ada secara makro atau mikro.

Untuk membolehkan semua proses geomorfologi seperti luluhawa, hakisan, pengangkutan,


dan pemendapan berlaku mesti adanya tenaga haba dari sinar suria. Tenaga ini akan
bertukar kepada pelbagai bentuk khususnya tenaga potensi atau keupayaan dan juga
tenaga kinetik. Kedua-dua tenaga ini menjadi penentu kepada kelangsungan proses-proses
geomorfologi di muka bumi ini.

Dalam proses luluhawa fizikal, tenaga haba diperlukan untuk meningkatkan dan
menurunkan suhu mengikut perubahan siang dan malam. Perubahan tenaga haba ini akan
menyebabkan batuan menjadi panas dan sejuk dan seterusnya tersepai. Begitu juga dengan
luluhawa kimia, tenaga haba diperlukan untuk membolehkannya beroperasi.

Dalam proses hakisan pula, tenaga yang bertindak ialah tenaga kinetik yang juga berasal
daripada tenaga elektromagnet yang telah mengalami perubahan. Semakin laju pergerakan
air sama ada sungai, ombak atau glasier maka tenaga kinetik yang terhasil adalah tinggi dan
ini akan menyebabkan kadar hakisan juga menjadi tinggi.

Pembentukan bentuk muka bumi seperti lurah, jeram, dan lubang periuk turut dipengaruhi
oleh tenaga kinetik. Hakisan yang berlaku telah mengubah struktur bentuk muka bumi
sehingga menghasilkan bentuk muka bumi seperti yang dinyatakan tadi.

Tenaga ombak yang terhasil akibat tiupan angin telah menyebabkan proses hakisan di
pinggir pantai. Ini telah membentuk tanjung dan teluk, gua, batu tunggul, tunggul sisa dan
sebagainya. Ombak juga dikaitkan dengan proses pemendapan yang berlaku di pinggir
pantai.

2.11 IMPLIKASI PERUBAHAN TENAGA KEPADA ALAM SEKITAR MANUSIA

Perubahan tenaga elektromagnet kepada bentuk tenaga yang lain turut memberi implikasi
kepada manusia. Secara tidak sedar manusia bergantung kepada tenaga-tenaga ini untuk
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kita boleh lihat implikasinya melalui sub tenaga;

Tenaga Kinetik

Sepertimana yang telah dijelaskan sebelum ini, kerpasan yang jatuh ke permukaan bumi
berperanan sebagai penggerak kepada kitar hidrologi. Ia juga dikaitkan dengan pertukaran
tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik yang telah memberi implikasi kepada manusia.
Kitar hidrologi amat penting dalam kehidupan manusia. Manusia memerlukan air untuk
dijadikan sumber daya utama dalam menunjang pembangunan ekonomi seperti sektor
industri, perdagangan, pertanian dan perikanan.

Sifat penting air bagi kehidupan manusia ialah kemampuannya melarutkan berbagai vitamin,
mineral dan zat yang diperlukan oleh makhluk hidup. Air berperanan membawa zat gizi ke
dalam tubuh manusia. Dari segi kesihatan, air membantu melancarkan metabolisme

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 22


sehingga organ tubuh berfungsi. Air juga membantu membuang racun-racun dari dalam
tubuh. Air turut berperanan memperlancarkan kemasukan nutrien dan oksigen ke dalam sel.

Air dapat digunakan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti kehidupan. Bagi memenuhi
keperluan harian, air digunakan sebagai minuman, mencuci, mandi dan keperluan-keperluan
lain seperti membersihkan halaman, persekitaran, dan menyuburkan tanaman. Air sungai
dan laut dapat dijadikan sebagai pemyumbang kepada sumber protein yang banyak.

Secara amnya tumbuhan memerlukan air yang mencukupi. Contohnya, sawah padi
memerlukan sistem pengaliran yang sistematik. Kawasan ladang, hutan dan kebun sayur
juga bergantung penuh kepada air untuk hidup subur. Sektor pertanian pertanian lah yang
paling banyak bergantung kepada air. Air juga sangat penting dalam sektor perindustrian
seperti industri makanan, pakaian, besi dan keluli.

Tenaga kinetik digunakan untuk menggerakkan kapal layar, menggerakkan kincir angin
seperti di Denmark dan Belanda bagi mengisar bijian tanaman dan mengepam air bawah
tanah. Kincir angin juga berperanan dalam menjana tenaga elektrik.

Tenaga Haba

Terdapat dua jenis haba iaitu haba pendam dan haba rasa. Tenaga haba banyak digunakan
dalam kehidupan seharian manusia seperti dalam penggunaan harian dan industri. Tenaga
haba digunakan untuk memanaskan ruangan rumah bagi mereka yang tinggal di kawasan
sejuk. Selain itu, tenaga haba digunakan dalam bidang industri terutamanya dalam industri
perkilangan dan pembuatan.

Tenaga haba dari sinaran suria amat penting dalam mempengaruhi suhu air dan aras laut.
Kawasan air laut yang sederhana merupakan kawasan yang kaya dengan sumber perikanan
dan menjadi kawasan yang produktif dengan aktiviti perikanan. Oleh itu kegiatan perikanan
dapat dijalankan di kawasan tersebut. Ikan merupakan sumber protein yang penting kepada
manusia.

Tenaga haba juga diperlukan manusia untuk kegunaan domestik seperti memasak,
mengeringkan baju, memanaskan seterika, dan sebagainya.

Tenaga Kimia

Tenaga kimia terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan hijau. Manusia memerlukan tumbuhan


sebagai makanan. Air hujan yang turun sebagai tenaga kinetik berperanan untuk
tumbuseran tumbuhan. Hidupan fauna juga memerlukan tumbuh-tumbuhan sebagai sumber
makanan. Manusia merupakan pengguna tertier yang bersifat omnivor. Oleh itu manusia
memakan tumbuhan dan juga haiwan. Semua ini mengandungi tenaga kimia.

Selain tumbuhan dan haiwan, tenaga kimia juga terdapat di dalam petrol kereta, bateri, lain-
lain objek bergerak yang digunakan oleh manusia setiap hari.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 23


Tenaga Elektrik

Tenaga elektrik terhasil akibat pertembungan cas-cas positif dan negatif di permukaan
awan. Ia juga boleh terhasil melalui tenaga keupayaan kuasa hidro. Di kawasan empangan
air, ketinggian empangan menentukan nilai tenaga keupayaan air. Apabila air ini dilepaskan
untuk memusingkan turbin, tenaga keupayaan air ini ditukarkan kepada bentuk tenaga
kinetik dan turbin menukarkan tenaga kinetik air kepada tenaga elektrik.

Tenaga elektrik berperanan dalam menghasilkan tenaga kinetik. Kipas angin, mesin
pembasuh, mesin kisar, dan mesin gerudi elektrik adalah contoh alatan yang menukarkan
tenaga elektrik kepada tenaga kinetik. Alatan tersebut adalah berasaskan kepada motor
elektrik. Alat-alat elektrik ini digunakan oleh manusia dalam kehidupan seharian. Pada
zaman yang serba moden ini, manusia bergantung penuh dalam penggunaan tenaga
elektrik tidak kira tempat. Tenaga elektrik digunakan untuk menggerakkan mesin-mesin di
sektor perkilangan, pertanian, perindustrian, pembuatan dan sebagainya.

Tenaga Keupayaan

Tenaga keupayaan juga penting bagi manusia. Tenaga ini paling lama digunakan untuk
menggerakkan roda untuk mengisar bijian tanaman. Empangan serba guna dibina untuk
mendapat tenaga keupayaan air dan empangan ini boleh digunakan untuk menjana kuasa
hidro elektrik, kawasan memelihara ikan air tawar, kawasan tarikan pelancongan dan
sumber air untuk sistem pengairan.

Tenaga keupayaan kimia ialah tenaga yang tersimpan dalam molekul bahan kimia. Tenaga
keupayaan ini dibebaskan apabila bahan kimia ini dibakar contohnya petrol yang dibakar
dalam kenderaan akan membebaskan tenaga untuk menggerakkan enjin. Tenaga kimia ini
disimpan dalam ikatan molekul bahan kimia. Apabila ikatan molekul dipecahkan, tenaga
keupayaan dibebaskan. Tenaga kimia lain seperti dalam bahan api fosil, bahan letupan TNT,
soda penaik dan mancis.

2.12 PROSES-PROSES PENYERAKAN, PANTULAN, SERAPAN DAN ALBEDO DI


DALAM PENGGUNAAN BAHANGAN MATAHARI.

Matahari adalah sumber utama kepada hidupan di dunia ini. Matahari juga di katakan
memainkan peranan yang utama dalam mencorak biogeorafi hidupan di bumi. Selain itu
juga matahari punca utama berlakunya proses klimatologi yang berlaku di bumi dan
matahari juga adalah punca perubahan cuaca dan iklim di bumi ini. Jika kita lihat apabila
sinar matahari ini sampai ke bumi ia akan diserak, dipantul dan diserap oleh lapisan ozon,
molekul udara,wap-wap air dan bahan-bahan pencemaran udara seperti karbon monosikda
dan sebagainya.

2.12.1 MATAHARI

Matahari merupakan komponen utama sistem utama. Kesemua planet di bima sakti ini
termasuk bumi mengelinggi matahari. Matahari memancar keluar kira-kira 100 000
kal/cm/min tenaga elektromagnet pada suhu permukaan 6000k namun akibat jarak bumi
dan matahari yang jauh iaitu sejauh 150 juta kilometer menyebabkan jumlah tenaga yang

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 24


diserap di sempadan atmosfera ialah kira-kira 2.00 kal/cm/min dan ini diberi nama sebagai
pemalar suria.

Matahari yang terdiri daripada 70% hidrogen, 28% helium dan 2% unsur-unsur lain
merupakan pembekal tenaga utama ke permukaan bumi, di mana 99.9% daripada jumlah
tenaga yang diterima oleh bumi adalah berasaskan tenaga matahari. Matahari menghasilkan
tenaga haba melalui proses pertukaran hidrogen kepada helium di dalam teras matahari.
Proses perubahan tersebut merupakan satu reaksi nuklear besar yang mengeluarkan jumlah
haba sinaran yang banyak, iaitu kira-kira 9.00 x 10 erg/saat.

Tenaga yang dikeluarkan oleh matahari melalui angkasa lepas adalah dalam bentuk satu siri
gelombang yang dikenali sebagai tenaga elektromagnet atau tenaga sinaran dengan
kelajuan 300 000 km (186 000 batu) sesaat dan mengambil masa 9.33 minit untuk sampai
ke permukaan bumi. Daripada jumlah tenaga sinaran yang dikeluarkan oleh matahari,
sistem bumi - atmosfera hanya akan menyerap 1/2210 iaitu satu nilai yang agak kecil
daripada jumlah tenaga tersebut. (Chan Ngai Weng, 2000). Ini kerana, atmosfera akan
bertindak menyerak, memantul dan menyerap tenaga elektromagnet yang menuju ke
permukaan bumi untuk mewujudkan satu keseimbangan tenaga dalam sistem bumi-
atmosfera. Menerusi peranan atmosfera dalam melakukan proses-proses ini, kita dapat lihat
bahawa atmosfera mempunyai peranan penting dalam mencapai tahap “keseimbangan
tenaga” khususnya sebagai satu agen pengangkutan (pemindahan) tenaga.

Gambar 1: Matahari

2.12.2 FAKTOR JUMLAH SINARAN MATAHARI KE BUMI

Terdapat 4 faktor yang menyebabkan penerimaan jumlah sinaran matahari ke bumi iaitu
jarak permukaan dari bumi, output suria, sudut zenit matahari dan panjangnya siang dan
malam. Jarak permukaan dari bumi bermaksud bukan semua tempat di bumi menerima
cahaya matahri yang sama. Hal ini disebabkan jarak yang berlainan antara kawasan di bumi
dengan matahari. Keadaan ini menyebabkan ada sesetangah tempat di bumi menerima
sinaran cahaya matahari yang berbeza-beza contohnya kawasan yang paling dekat dengan
jarak matahari ialah kawasan khatulistiwa berbanding dengan kawasan yang jauh dari
matahari seperti bulatan artik. Apa yang dapat dilihat ialah kawasan khatulistiwa lebih
banyak menerima sinaran cahaya matahari berbanding dengan kawasan lain di bumi.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 25


Faktor kedua pula ialah output suria. Output suria bermaksud kadar pengeluaran tenaga
elektromagnet bergantung kepada penukaran gas hidrogen kepada helium. Oleh itu apabila
semakin banyak hidrogen di dalam elektromagnet di tukar kepada helium maka suhu
permukaan matahari semakin panas dan ini menyebabkan lebih banyak kitaran tenaga
elektromagnet berubah mengikut kitaran matahari yang mempunyai tempoh 11 tahun setiap
tahun dan pada masa aktiviti tompok matahari maksimum terdapat peningkatan sinaran
ultrungu. Keadaan ini menyebabkan bumi menerima cahaya matahari yang sangat panas.

Faktor berikutnya pula ialah panjangnya siang dan malam. Jika kita lihat panjang dan malam
di sesuatu tempat di bumi adalah tidak sama. Hal ini kerana tidak semua tempat di bumi
menerima pancaran sinaran cahaya matahari yang sama. Lazimnya panjang siang dan
malam tidak sama panjang berlaku di negara empat musim di mana pada masa soltis musim
bunga dan soltis musim dingin kutub utara dan selatan mengalami siang 24 jam. Ini dapat
dilihat pada soltis musim panas yang berlaku pada 21 jun dimana kutub utara mengalami
siang 24 jam dan ini menyebabkan di kutub utara ketika itu menerima cahaya matahari
yang lebih berbanding tempat yang lain.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 26


Kejadian empat musim yang menyebabkan perbezaan kejadian siang dan malam di bumi.

Faktor yang berikut pula ialah sudut zenit matahari. Sudut zenit matahari bermaksud sudut
yang dikira dari garisan tegak di atas kepala seseorang. Jika matahari berada di sudut zenit
0° maka iaitu ketika matahari terletak tegak di atas kepala maka penerimaan cahaya
matahari pada sinaran maksimum iaitu 100%. Jika matahari pada sudut 23 ½ maka
penerimaan sinaran matahari adalah sederhana iaitu 92%. Penerimaan sinaran matahari
yang rendah adalah pada sudut 64° iaitu 44% dan akhir sekali adalah penerimaan sinaran
matahari minimum iaitu pada darjah 90° sebanyak 0%.

Rajah 2 : Lakaran Menunjukkan Sudut Zenit

Jadual 1: Sudut Zenit

Darjah(°) Penerimaan Sinaran Matahari Peratus (100)


0 Maksimum 100
2½ Sederhana 92
64 Rendah 44
90 Minimum 0

2.13 FENOMENA SERAKAN, ALBEDO, SERAPAN DAN PANTULAN

PENYERAKAN
Atmosfera mempunyai berjuta-juta zarah yang amat halus seperti molekul gas, molekul
udara, wap air, debu habuk dan hablur ais yang berfungsi sebagai penghalang ketika
sinaran matahari masuk ke dalam atmosfera bumi. Oleh itu jika kesemua zarah ini tiada
maka sudah semestinya manusia tidak dapat melihat permukaan langit berwarna biru dan
akan menyebabkan bumi berwarna merah langit sentiasa berkeadaan berwarna hitam. Oleh
itu manusia dapat melihat bumi ini berwarna biru kerana berlaku proses penyerakan
terhadap gelombang sinaran 0.45 mikro (biru) dalam spekrum elektromagnet oleh molekul
udara yang terampai di dalam lapisan atmosfera. Kadar penyerakan bergantung kepada 2
faktor iaitu saiz zarah dan jarak gelombang sinaran. Jika dilihat penyerakan adalah berkesan
berlaku pada gelombang pendek berbanding gelombang panjang seperti gelombang biru
(0.45 mikro) dan ia kurang berkesan untuk menyerakkan gelombang panjang iaitu
gelombang panjang merah (0.65).

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 27


Jika dilihat pada saiz zarah pula ialah, apa yang didapati ialah jika kita lihat adalah
kebanyakan molekul udara pada aras atmosfera yang paling tinggi sekali dan molekul udara
ini adalah bersaiz kecil. Keadaan ini peroses penyerakan berlaku dengan amat berkesan
sekali. Dan secara tidak langsung menyebabkan langit berwarna biru. Walau bagaimanapun
keadaan biru ini tidak dapat dikekalkan jika matahari bukan datang dari arah tegak dan ada
gangguan iaitu halangan dari habuk dan awan. Oleh itu jika terdapat banyak kandungan
abu, debu, karbon dioksida, dan bahan-bahan pencemar lain yang bersaiz besar maka
proses penyerakan tidak lagi bersifat selektif dan gelombang jarak pendek dan panjang
diserakkan pada kadar yang sama. Keadaan ini menyebabkan langit tidak lagi berwarna
biru.

Bahan-bahan seperti habuk dan pencemar akan menyerakkan gelombang panjang


berbanding gelombang pendek seperti menyerakkan gelombang merah (0.65). Keadaan ini
menyebabkan langit tidak lagi berwarna biru dan bertukar merah. Keadaan ini boleh dilihat
ketika revolusi perindustrian di Eropah pada abad 19 dan letusan gunung berapi Karaktua di
indonesia pada 1883. Ketika itu kangit bertukar menjadi merah malah habuk letusan gunung
berapi Karakatua sampai sehingga ke kutub utara. Selain itu juga apabila waktu subuh dan
senja cahaya matahari menyerakkan gelombang panjang seperti 0.53 mikron(kuning),
0.58(0ren) dan 0.65 mikron(merah). Keadaan ini disebabkan ketika itu jumlah molekul
udara dan bahan pencemar yang dilalui sinaran matahari adalah sangat tinggi.

Dalam penyerakan tidak ada perubahan bentuk tenaga dan hanya berlaku perubahan pada
taburan pancaran sinaran yang diserakkan. Pada umunya hanya sebanyak hanya 6 peratus
sahaja diserakkan ke bawah oleh atmosfera bumi berbanding keseluruhan sinaran yang
sampai kebumi. Sememangya proses penyerakan adalah amat berguna kepada manusia
terutama dalam melihat tahap pencemaran udara di dunia. ini kerana udara yang bersih
sentiasa mempunyai langit yang bersih berbanding langit yang tercemar di mana udara
yang kotor ini yang banyak dengan bahan-bahan pencemaran akan bertukar menjadi warna
merah.

PANTULAN

Pantulan terjadi apabila bahangan matahari terkena partikel-partikel dan sebahagian cahaya
matahari ini akan dipantulkan semula ke angkasa secara menegak (vertikal). Pantulan ini
terjadi apabila partikel-partikel yang berwarna cerah seperti manik-manik hujan berfungsi
dengan baik untuk memantulkan bahangan matahari ke angkasa. Jika dilihat kesemua
zarah molekul udara yang besar seperti titisan air dalam awan dan hablur ais pada bahagian
awan tinggi akan memantulkan sinaran matahari dan ini bermakna ia tidak menyerakan
sinaran matahari.

Dalam fenomena pantulan apabila garis pusat bahan pepejal yang terampai dalam
atmosfera melebihi panjangnya maka molekul udara dan gelombang sinaran yang tiba
adalah lebih panjang daripada warna biru jadi ini menyebabkan proses penyerakan tidak
berlaku dengan sempurna. Oleh itu proses pantulan yang tidak selektif akan berlaku dengan
lebih berkesan lagi. Ini jelas menunjukkan proses pantulan adalah berlaku tidak selektif
berbanding dengan proses serakan yang berlaku pada gelombang pendek.

Keadaan ini menyebabkan semua gelombang dalam spektrum elektromagnet mengalami


pentulan atau pembalikan. Jika dilihat proses pantulan tidak melibatkan dan tidak
mempengaruhi warna cahaya kerana ianya mempengaruhi keamatan cahaya sahaja dan jika
langit mengalami keadaan pantulan yang tinggi maka langit tersebut akan bertukar menjadi
hitam. Apabila kita lihat situasi yang mengatakan lampu kereta yang terang seperti

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 28


berwarna kuning boleh menembusi kabus dengan berkesan adalah tidak benar sama sekali.
Hal ini kerana hanya keamatan cahaya yang tinggi sahaja boleh menembusi kabus tersebut.
Elemen yang utama dalam proses pantulan sinaran matahari ini ialah ketebalan awan. Oleh
itu jika semakin tinggi awan maka semakin tinggi pantulan sinaran matahari.

Rajah 3: Proses Pantulan Di Bumi

ALBEDO

Albedo bermaksud semua sinaran matahari yang dipantul semula ke angkasa lepas sama
ada oleh awan, karbon dioksida, debu, wap air, dan permukaan bumi secara tidak lansung.
Terdapat sebahagian ahli kaji iklim yang merujuk albedo ini kepada permukaan bumi dan
albedo oleh atmosfera dikenali sebagai pantulan keluar. Jika dilihat tidak semua sinar suria
yang tiba di bumi akan digunakan oleh hidupan jadi sebahagian sinaran itu akan dipantulkan
semula oleh permukaan bumi secara lansung. Selain itu juga dapat dikatakan jika sinaran
matahari masuk ke atmosfera maka ia akan diserakkan, dipantulkan, dan diserapkan oleh
bahan-bahan yang ada dalam atmosfera lalu jumlah sinaran yang tertinggal akan tertinggal
di bumi.

Walau bagaimanapun daripada sinaran yang tiba di bumi itu akan diserap masih ada
sebahagian kecil lagi sinaran tersebut akan dipantulkan ke angkasa lepas yang disebut
sebagai albedo permukaan. Albedo juga bermaksud darjah kecerahan atau keputihan

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 29


sesuatu permukaan di bumi. ini bermaksud permukaan yang cerah akan jumlah bahangan
yang lebih tinggi sekali berbanding permukaan yang gelap. Jadi ia juga dikatakan nisbah
antara cahaya yang dipantulkan dengan cahaya yang diterima oleh bumi. Ini berbeza
dengan prinsip pantulan memantulkan cahaya matahari pada lapisan atmosfera.

Apabila kita memakai baju hitam pada waktu tengahari kita akan merasa lebih panas
berbanding kita memakai baju berwarna putih. Hal ini kerana baju hitam tersebut menyerap
sinaran matahari bukanya memantulkan cahaya matahari. Selain itu juga jika kita lihat pada
jalan raya iaitu jalan tar apabila kita berdiri di atasnya kita akan merasa sgt panas dan dapat
merasa kebahanganya yang teramat sangat. Oleh itu jika kita lihat salji mempunyai nilai
albedo yang lebih tinggi berbanding tar jalan. Nilai albedo akan berubah-rubah mengikut
tempat dan nilai permukaannya. Jika kita lihat nilai albedo pada permukaan bumi adalah
amat remdah iaitu sebanyak 8% kerana 2/3 daripada permukaan bumi adalah air. Hal ini
kerana air mempunyai kadar albedo yang amat rendah sekali dan tumbuhan menyerap
cahaya dengan cekap jadi nilai albedonya adalah rendah.

Kesemua ini jelas ia menunjukkan bahawa nilai albedo sedunia adalah amat rendah. Walau
bagaimanapun walaupun nilai albedo permukaan bumi adalah rendah, jumlah permukaan
bumi dan atmosfera adalah tinggi. Iaitu kira-kira 36%. Hal ini disebabkan tiga cantuman
nilai albedo utama iaitu albedo daripada debu, garam, habuk, karbon dioksida, dan bahan
pencemaran yang lain. Selain itu juga ialah albedo dari awan dan albedo daripada
permukaan bumi.

SERAPAN

Proses serapan berlaku di lapisan atmosfera dan stratosfera juga menjalankan fungsi
serapan. Jika kita lihat apabila sinaran matahari kena pada wap air maka ia akan diserapkan
ataupun dipantulkan. Oleh itu jika nilai jumlah albedo permukaan bumi ialah 36 peratus
maka jumlah nilai serapan sebanyak 64 peratus. Namun demikian terdapat kehilangan
lansung gelombang panjang 0.29 mikro pada gelombang elektromagnet apabila cahaya
matahari tersebut di lapisan atas atmosfera. Keadaan ini berlaku disebabkan ketika cahaya
matahari melalui lapisan stratosfera sinaran tersebut akan diserap oleh lapisan ozon.

Lapisan ozon terbentuk secara semula jadi daripada atom-atom yang terurai. Selepas itu
cahaya matahari akan terus ke lapisan troposfera iaitu atmosfera bawah dan sinaran
matahari ini akan diserap oleh wap air, habuk, karbon dioksida dan awan. Proses
penyerapan oleh lapisan troposfera ini kira-kra 15% daripada jumlah sinaran yang masuk
dan kesanya ialah hanya tinggal awan 47% daripada 64%. Perkiraan itu dapat dilihat iaitu
64%--(2%+15%)= 47%. Faktor perlindungan dari awan juga di ambil kira sebelum jumlah
serapan yang tiba di bumi dapat diambil kira. Sebagai contohnya awan sirostratus hanya
memantulkan 44%-50% berbanding dengan awan stratoskimulus yang memantulkan 55%-
80%.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 30


Rajah 4: Peringkat Penyerapan Berlaku

2.14 DEFINISI ATMOSFERA.

Atmosfera merupakan salah satu daripada komponen bumi selain daripada komponen
hidrosfera, litosfera dan biosfera. Ia terdiri daripada satu lapisan udara yang mengelilingi
dan meliputi bumi di mana anggaran ketinggiannya kurang daripada 600 km ke atas dari
permukaan bumi. Udara yang terdapat di lapisan ini termasuklah wap air, asap dan partikel
terampai seperti debu, habuk, jelaga dan lain-lain. Selain itu, lapisan ini juga mengandungi
beberapa jenis gas yang mana 75% daripadanya terletak di lapisan paling bawah atmosfera,
iaitu antara 16 km hingga 20 km dari permukaan bumi. Pecahan komposisi gas yang
terdapat di Atmosfera adalah seperti jadual 2:

Jadual 2: Pecahan Komposisi Gas Dalam Atmosfera

PERATUS KOMPOSISI
GAS SIMBOL
(ISIPADU)
Nitrogen N2 78.0800

Oksigen O2 20.9500

Argon Ar 0.9300

Karbon dioksida CO2 0.0300

Neon Ne 0.0018

Helium He 0.0005

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 31


Kripton 0.0001

Xenon 0.00001

Gas yang terdapat di Atmosfera dianggap sebagai sumber kerana mempunyai kepentingan
dan kegunaannya yang tersendiri. Contohnya, Nitrogen melalui proses edaran nitrogen akan
membekalkan nutrien nitrat untuk pertumbuhan tumbuhan dan haiwan. Oksigen pula
diperlukan bagi kesemua hidupan di bumi terutamanya dalam proses pernafasan.
Sementara itu, Karbon dioksida akan membantu tumbuhan dalam menjalankan proses
fotosintesis.

Selain daripada itu, gas-gas ini juga secara tidak langsung bertindak sebagai pengimbang
kepada bajet haba dunia. Ini kerana, banyak cahaya ultra ungu dipantul semula atau
diserap oleh atmosfera bumi.

2.15 LAPISAN-LAPISAN ATMOSFERA.

Secara umumnya, Lapisan atmosfera terdiri daripada empat lapisan iaitu Troposfera,
Stratosfera, Mesosfera dan Termosfera.

Lapisan Troposfera (Troposphere).

Lapisan ini merupakan lapisan yang terendah dan ternipis dalam sistem atmosfera. Lapisan
ini berada antara 0- 20 km dari aras laut. Ia mengandungi berbagai-bagai unsur suhu, wap,
air, awan, tekanan dan kelembapan yang saling berganti untuk menghasilkan variasi dalam
iklim dan cuaca. Walaupun lapisan ini merupakan lapisan yang ternipis, tetapi ia
mengandungi lebih kurang 80% jisim gas atmosfera.

Lapisan ini merupakan zon yang menampung hidupan. Suhu di lapisan ini semakin menurun
pada kadar purata 6.5oC pada setiap 1 km apabila semakin tinggi dari permukaan bumi. Ini
kerana, cahaya matahari yang memanaskan permukaan bumi akan menyebabkan bumi
memancarkan gelombang panjang untuk memanaskan atmosfera. Oleh itu, lapisan
atmosfera (troposfera) yang paling hampir dengan permukaan bumi lebih panas berbanding
dengan lapisan yang jauh dengan permukaan bumi. Lapisan troposfera dipisahkan dengan
lapisan stratosfera oleh satu lapisan sempadan iaitu lapisan tropopaus.

Lapisan Stratosfera (Stratosphere).


Stratosfera yang juga dikenali sebagai ozonsfera (gas ozon) berada pada ketinggian 20
hingga 50 km dari aras laut. Bagi lapisan ini, berlaku kenaikan suhu dari – 61oC hingga 0oC
yang dipengaruhi oleh kenaikan altitud. Pada lapisan ini gas ozon akan menyerap
sebahagian gelombang pendek, iaitu cahaya ultraungu yang masuk ke bumi. Penyerapan ini
membolehkan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan bebas daripada radiasi berlebihan
sinaran tersebut.

Apabila penyerapan cahaya ultra-ungu oleh gas ozon, molekul-molekul ozon akan bergerak
dengan lebih pantas dan berlanggar dengan molekul udara yang lain, lalu berlaku

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 32


pemindahan tenaga kinetik kepada molekul-molekul udara yang berjumlah sedikit. Oleh itu,
molekul-molekul ini akan mendapat tenaga yang banyak lalu menyebabkan kenaikan suhu
yang tinggi. Selain itu, melalui kemasukan gas ozon, kemasukan bahangan matahari yang
tinggi dihalang daripada sampai ke permukaan bumi bagi mengimbangi suhu bumi.

Walaupun lapisan stratosfera ialah kawasan yang mempunyai udara panas tetapi kawasan
tropopaus ialah kawasan udara sejuk. Keadaan ini tidak menggalakkan perolakan udara atau
turbulen. Aerosol atau habuk gunung berapi yang sampai ke lapisan stratosfera tidak akan
diturunkan ke permukaan bumi oleh arus perolakan tetapi akan berada di lapisan ini untuk
beberapa tahun. Keadaan ini akan menyebabkan sedikit penyejukan suhu global.
Sehubungan dengan itu, kawasan yang tidak berturbulen menggalakkan banyak
penerbangan kapal terbang melalui ruangan udara di sini.

Lapisan Mesosfera (Mesosphere).

Lapisan mesosfera berada pada ketinggian antara 50 km hingga 80 km dari permukaan


bumi. Densiti dan tekanan udara disini adalah sangat rendah kerana udara di kawasan ini
sangat nipis, iaitu nilai tekanan udara adalah lebih kurang 1/1000 daripada yang terdapat
pada permukaan bumi.

Suhu di lapisan ini semakin berkurangan dengan kenaikan altitud iaitu lebih kurang -93oC
sahaja kerana gas ozon tidak terdapat di lapisan ini. Suhu yang sejuk ini akan
menggalakkan pembentukan awan sejuk yang dikenali sebagai awan noctilucent pada paras
82 km pada musim panas. Mesosfera merupakan lapisan yang mengalami tekanan rendah
dan bertindak sebagai pembakaran meteroit.

Lapisan Termosfera / Ionosfera (Themosphere).

Lapisan termosfera terletak antara 90 km hingga 500 km dari aras laut. Lapisan ini
merupakan lapisan yang mengalami tekanan udara yang terlalu rendah dan terdiri daripada
ion gas dan electron bebas. Lapisan ini juga dikenali sebagai lapisan gelombang radio yang
dibebaskan dan mempengaruhi kemajuan serta perkembangan teknologi telekomunikasi dan
satelit.

Lapisan termosfera mengalami perubahan ketumpatan dan ketebalan dari semasa ke


semasa. Pada lapisan ini, molekul oksigen menyerap cahaya ultraungu lalu dipecahkan dan
menukarnya kepada bentuk atom yang akan meradiasikan gelombang panjang sehingga
mencapai suhu 1500oC walaupun mengalami tekanan udara yang sangat rendah.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 33


Rajah 4: Lapisan-Lapisan Atmosfera

2.16 SOALAN LATIHAN

a) Jelaskan maksud konsep-konsep berikut berdasarkan contoh yang sesuai:

i. Keseimbangan termodinamik
ii. Keseimbangan dinamik
iii. Keseimbangan statik
iv. Keseimbangan stabil
v. Keseimbangan tak stabil
vi. Penyerakan
vii. Pantulan,
viii. Serapan
ix. Albedo

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 34


b) Huraikan dan kaitkan saling hubungan atau interaksi antara sistem dalam
geografi fizikal.

c) Jelaskan dengan merujuk kepada satu saling interaksi bagaimana saling interaksi
antara sistem mampu mencapai tahap keseimbangannya.

d) Huraikan kepentingan atau sumbangan kajian saling interaksi sistem dalam


pembangunan alam sekitar di Malaysia.

2.17 RUJUKAN

Chan Ngai Weng. 1995. Asas Kaji Iklim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ibrahim Komo, Abdul Rahim Samsuddin, Hamzah Mohamad dan Ibrahim Abdullah. 1987.
Bumi: Sifat Fizik dan Kimia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mc Knight, T.L. 1992. Essentials of Physical Geography. New Jersey: Prentice Hall.

Strahler, A.N. 1978. Geografi Fizikal. Kuala Lumpur: John Wiley and Sons.

Strahler, A.H. & Strahler, A.N. 1983. Modern Physical Geography. Edisi Ketiga. New York:
John Wiley & Sons Inc.

Strahler, A.H. & Strahler, A.N. 1994. Introducing Physical Geography. New York: John Wiley
& Sons; Inc.

Thornes, J.B. 1987. Environmental System – Patterns, Processes and Evolution. Di dalam
Clark, M.J., Gregory, K.J. & Gurnell., A.G. (Penyunting) Horizon in Physical
Geography. London: Macmillan Education.

White, I.D., Mottershead, D.N & Harrison, S.J. 1984. Environmental Systems. London:
George Allen and Unwin.

SPPS Universiti Malaysia Sabah TG10203 PKPGSM Page 35

You might also like