Kertas Kerja Gotong Royong

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Kertas Kerja

Gotong Royong Perdana


Sempena Hari Guru
Peringkat Sekolah

Anjuran:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


___________________

Dengan Kerjasama
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan
dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu
faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan
persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh
sesebuah institusi pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan


sekolah melalui pettandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu
mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan,


Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong
Perdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada
pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik
darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni
dalam diri mereka.

Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan
longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta
menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan Daerah
Sabak Bernam yang akan dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan `fogging` atau
menyembur asap di sekitar sekolah.

Adalah menjadi harapan agar para pelajar, ibu bapa, guru serta warga SAMTAJ akan
memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat
3K.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih,
indah, selamat dan ceria.
2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, ibu bapa,
pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan
penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah
disediakan.
2.5 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan
aktiviti.

3.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan : 15 Mei 2009 (Sabtu)


Tempat : Kawasan sekitar
Masa : 8.00 pagi – 11.30 pagi
Pakaian : Pakaian sukan

4.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS

4.1 Pembersihan Longkang

 Tugas membersihkan longkang ini dilakukan adalah untuk melancarkan aliran air
yang melalui kawasan tersebut agar tidak tersumbat. Selain itu sebagai satu usaha
untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan memberi kesan
kepada pelajar khususnya yang berada di sekolah dan di asrama.

4.2 Kolam

 Kedudukan kolam ikan yang berada di antara blok kelas dan pejabat merupakan
kawasan tarikan bagi pelajar dan pelawat yang datang ke sekolah ini. Melalui
kerja gotong-royong di kawasan kolam ini, ibu bapa, guru-guru dan para pelajar
akan membersihkan kolam dan kawasan di sekitarnya.

4.3 Bendera dan koridor bangunan

 Bagi yang membersihkan di kawasan ini, mereka akan membersihkan sampah di


sekitar koridor bangunan di tingkat dua. Seterusnya di kawasan bendera, di
bahagian tapaknya perlu disimenkan untuk mengukuhkan kedudukan tiang
bendera tersebut.

4.4 Mengecat dan Memasang papan tanda

 Bagi memberikan kesan keceriaan pada sekolah, di bahagian perhiasan pokok


bunga di sekitar pondok keselamatan dan sekitar sekolah akan dicat menggunakan
warna-warna yang terang. Selain itu, papan tanda yang telah ditempah akan
dipasang di kawasan pintu masuk sekolah dan pejabat.

4.5 Mussolah

 Agihan tugas di sekitar mussolah ini meliputi longkang, kawasan perhiasan


seperti pokok bunga dan bahagian dalaman musollah itu sendiri seperti susunan
sejadah dan telekung (sekiranya ada) serta kawasan di sekitar tempat wuduk
(lelaki dan perempuan).

4.5 Kelas/Tingkatan

 Setiap kelas/tingkatan akan diagihkan mengikut guru-guru dan wakil dari ibu
bapa disamping akan dibantu oleh beberapa kumpulan pelajar dari beberapa kelas
untuk membersih dan menceriakan setiap kawasan yang telah ditetapkan.

5.0 JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN

MENGIKUT AGIHAN KAWASAN


KETUA DAN KUMPULAN YANG
BIL. KAWASAN
TERLIBAT

Longkang

1. 1.Dibahagian sekitar kantin 1.


dan dewan makan
2.Dibahagian sekitar asrama
2. Kolam & Lanskap 1.

Bendera dan Kawasan


3. 1.
Koridor

Mengecat Dan Memasang


4. 1.
Papan Tanda

5. Mussolah 1.

Agihan Tugas mengikut tingkatan/kelas

Bil Kawasan/Kelas/Tingkatan Ketua dan Kumpulan Terlibat

1. Blok C
( Bahagian Dewan )

2. Blok B
( Kelas Ting 5 & 2 )

3. Blok A
( Kelas Ting 2 & 3 )

4. Bengkel Kemahiran Hidup


( Elelektrik )

5. Bengkel Kemahiran Hidup


( Kerja Kayu )
6. Makmal Sains 1 & 2

6.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

8.00 pagi Ketibaan Ibu bapa/Penjaga ke sekolah

8.15 pagi Taklimat agihan tugas

8.30 pagi Gotong–royong bermula

11.00 pagi Ketibaan YB


Jemputan YB ke tapak tanaman pokok dan
11.30 pagi
melawat kawasan sekitar sekolah
Hadirin berkumpul di kantin & majlis ucapan
12.00 petang
dari YDP PIBG & YB
12.30 petang Makan tengahari dan majlis bersurai

6.0 SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATAN


Sumbangan diperolehi daripada:
a) PIBG = RM3000.00
b) Dewan Makan Sekolah = RM200.00

c) Sumbangan Guru = RM300.00


d) = RM500.00
Jumlah Keseluruhan = RM4000.00

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


a) Pelajar = 480orang
b) Ibu bapa = 200 orang
c) Guru = 40 orang
__________
Jumlah = 720 orang

7.1 Makan dan minum untuk makan tengahari


a) Makan = Nasi Ayam ( 1 orang = RM2.50)
b) Minum = Sirap ( 1 x RM0.50)
Jumlah = RM3.00
Keseluruhan : 720 x RM3.00 = RM 2,160

JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN = RM2,160

7.2 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan

Bil Peralatan Harga

1. Tin Cat ( Batu perhiasan ) Bil tin cat yang diperlukan=3 unit
Harga Seunit (1 x RM30.00) 3 unit x RM30.00 = RM 90.00

2. Tin Cat ( Tiang garaj kereta ) Bil tin cat yang diperlukan=3 unit
Harga seunit ( 1 x RM20.00 ) 3 unit x RM20.00 = RM 60.00

3 Berus Cat Bil berus yang diperlukan=20 unit


Harga Seunit (1 x RM5.00) 20 unit x RM5.00 = RM 100.00

4. Penggarit Bil penyapu yg diperlukan=50 unit


Harga Seunit (1 x RM6.00) 50 unit x RM6.00 = RM 300.00

5. Plastik Beg Sampah Bil beg yg diperlukan=10 unit


Harga Seunit (1 x RM2.00) 10 unit x RM2.00 = RM 20.00

6. Berus Sabut Bil berus yang diperlukan=10 unit


Harga Seunit (1 x RM2.50) 10 unit x RM2.50 = RM 25.00

7. Sabun Pencuci Bil yang diperlukan=3 unit


Harga Seunit (1 x RM10.00) 3 unit x RM10.00 = RM 30.00

8. Berus Longkang Bil berus longkang diperlukan;


Harga Seunit (1 x RM6.00) 5 unit x RM6.00 = RM 30.00

9. Pencedok longkang Bil yang diperlukan = 4 unit


Harga seunit ( 1 x RM8.00 ) 4 unit x RM8.00 = RM 32.00

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM685.00

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN

(Makanan + Peralatan)
RM2, 160 + RM685.00 = RM2,485.00

JAWATANKUASA AKTIVITI

Penaung :
Penasihat :
Pengerusi :
Penyelaras :
Bendahari :

Juruacara Majlis :

Protokol :
Buku Program :

Makanan :

Peralatan :

PA System :

Kebersihan Dewan :
& Kawasan Sekolah

Disiplin dan :
Keselamatan

Guru = 30

Disediakan oleh

………………………………
( )
Setiausaha 3K,
SMK __________,

You might also like