Sejarah Langkah Langkah Pembentukan Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Langkah-langkah Pembentukan Malaysia

Jawatan-jawatankuasa yang terlibat


i. Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum ( JPPK )
ii. Suruhanjaya Cobbold
iii. Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK )
iv. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

1) Jawatankuaa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)


 Setelah membuat pengumuman di Singapura pada akhir bulan Mei
1961, Tunku Abdul Rahman telah berusaha mengadakan lawatan
ke Sabah dan Sarawak dan ke Brunei untuk menerangkan konsep,
tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia.
 Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) dipengerusikan
oleh Donald Stephens.
 Jawatankuasa ini berperanan menerangkan pada orang ramai
tentang gagasan Malaysia, mengumpul pandangan penduduk dan
menggalakkan aktiviti ke arah pembetukan.
 Mesyuarat berlangsung sebanyak empat kali di Jesselton,
Kuching, Kuala Lumpur dan Singapura.
 Brunei telah menghantar pemerhati dalam tiga mesyuarat terakhir.

2) Suruhanjaya Cobbold
 Ahli-ahli bersepakat mengemukakan satu memorandum kepada
Suruhanjaya Cobbold yang dibentuk oleh British.
 Suruhanjaya Cobbold telah meninjau pendapat penduduk Sabah
dan Sarawak, dan pada masa yang sama menerima memorandum
yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan.
 Tujuan penubuhan suruhanjaya ini ialah
- meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan
Malaysia.
- membuat penilaian dan mengemukakan cadangan tentang
gagasan Malaysia kepada British.

3) Jawatankuasa Antara Kerajaan


 Telah ditubuhkan pada Ogos 1962 dan dianggotai oleh wakil-wakil
dan Persekutuan Tanah Melayu, Britain, Sarawak dan Sabah.
 Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak 24 kali bagi
mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam gagasan
Malaysia. (dan membincangkan hak dan kepentingan penduduk
Sabah dan Sarawak)
 Pada bulan Disember 1962, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura,
Sarawak dan Sabah telah sama-sama bersetuju agar Malaysia
dibentuk pada 31 Ogos 1963.

4) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu


 Perjumpaan tiga pihak yang melibatkan Malaysia, Indonesia dan
Filipina telah diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 5 Ogos
1963.( MAPHILINDO telah ditubuhkan )
 Ketiga-tiga negara bersetuju mencari jalan penyelesaian dengan
merujuk kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
 Perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau
United National Malaysia Mission (UNMM) telah dibentuk oleh
Setiausaha Agung PBB, iaitu U Thant.
 Hal ini disebabkan lawatan misi PBB, majoriti rakyat Sarawak dan
Sabah telah mengubah fikiran mereka berbanding dengan
keputusan yang diperoleh Susuhanjaya Cobbold.

You might also like