Surat - NRDP Rugby Carnival 2019

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

NATIONAL RUGBY DEVELOPMENT PROGRAMME

42-2 Jalan Usahawan 7


Wangsa Biz Avenue
Setapak Jaya
53300 Kuala Lumpur
Tel: +603-4143 3284 / 4131 8872
Fax: +603-4143 3572

28 September 2018

Pengetua, Guru Besar dan Pengurus Kelab


Sekolah-sekolah Seluruh Malaysia

Ybhg Dato/Datin/Tuan/Puan,

NRDP Rugby Carnival 2019

Dengan hormat dan takzimnya kami merujuk kepada perkara tersebut di atas.

Pihak NRDP akan meneruskan Program Kejohanan Ragbi untuk tahun 2019 di mana sekolah-
sekolah dan kelab-kelab komuniti akan diberi peluang untuk bertanding sesama mereka
sebagai satu platform pendedahan untuk pemain-pemain mengembangkan bakat mereka. .

2. Kejohanan yang dinamakan NRDP Rugby Carnival 2019 melibatkan pelajar-pelajar lelaki
dan perempuan dari sekolah-sekolah ragbi di seluruh negara dengan sokongan daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan. Kejohanan akan
diadakan pada dua tarikh yang berasingan bagi memberi peluang kepada lebih banyak sekolah/
pasukan untuk menyertainya. Maklumat kejohanan adalah seperti berikut:

NRDP Rugby Carnival - Part 1


Tarikh : 19 & 20 Januari 2019
Kategori : Lelaki
Umur : Bawah 10, 11, 12, 13, 15 dan 17 Tahun
Lokasi : SM Sains Selangor, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

NRDP Rugby Carnival - Part 2


Tarikh : 2 & 3 Februari 2019
Kategori : Perempuan
Umur : Bawah 9, 10, 11, 12, 15 dan 17 Tahun
Lokasi : SM Sains Selangor, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

3. Yuran sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh Sahaja (RM250.00) bagi setiap
penyertaan akan dikenakan bagi setiap kategori yang dipertandingkan dan perlu dijelaskan
kepada urusetia NRDP sebelum atau pada tarikh akhir 21hb Oktober 2018.
3. Sehubungan dengan itu besarlah harapan kami sekiranya pihak Tuan/Puan dapat memberi
sokongan kepada kejohanan ini dan menyertainya demi untuk memartabatkan lagi permainan
ragbi khususnya kategori peringkat umur di negara kita.

Perhatian dan kerjasama semua pihak dalam hal ini amat dihargai dan harapan kami agar
kerjasama erat antara sekolah-sekolah dan MR dapat diteruskan lagi dengan program ini.

Sekian, terima kasih.

Yang bertugas

Jamaluddin Bin Salim


Pengarah
Program Pembangunan Ragbi Negara

You might also like