Soalan Objektif Sains Ting 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Nama :________________________________ Kelas :______________

Sila jawab semua soalan.

1. Antara yang berikut, yang manakah mentakrifkan sains dengan paling baik?

A. Penjelajahan angkasa lepas


B. Penciptaan mesin
C. Pengetahuan tentang alam sekitar
D. Rawatan penyakit

2. Sains membantu kita dalam perkara-perkara yang berikut, kecuali……..


A. Menghabiskan masa lapang dengan selesa
B. Merawat beberapa penyakit
C. Menjelajah planet
D. Meramal masa hadapan dengan jitu

3. Satu tiub kaca mempunyai diameter luar 4.5cm dan tebal 0.2 cm. Berapakah diameter dalam
tiub kaca itu?
A. 4.1 cm
B. 4.2 cm
C. 4.3 cm
D. 4.4 cm

4.

Rajah 1

Rajah 1 menun jukkan empat kedudukan untuk mengambil bacaan pada silinder penyukat.
Kedudukan yang manakah adalah betul?

A. P
B. Q
C. R
D. S
5. Dinding sel bagi sel tumbuhan terdiri daripada …….

A. Selulosa B. Sitoplasma
C. Protein D. Kanji

6. Mengapakah hidra dikenal sebagai organisma multisel?


A. Hidra hidup di dalam air
B. Hidra terdiri daripada banyak sel
C. Hidra hanya boleh dilihat di bawah mikroskop
D. Hidra mempunyai banyak sesungut

7. Sekumpulan sel yang serupa menjalankan fungsi yang sama membentuk…….


A. Organ B. Organisma
C. Tisu D. Sistem

8. Apakah fungsi sel darah merah dalam badan?


A. Untuk membunuh bakteria dalam darah
B. Untuk mengangkut haba daripada badan
C. Untuk mengangkut oksigen ke sel-sel
D. Untuk menyingkirkan karbon dioksida daripada badan

9. Pepejal mempunyai bentuk dan isipadu yang tetap kerana zarah-zarahnya…………..


A. Tidak mempunyai tenaga
B. Tertarik di antara satu sama lain
C. Berada pada kedudukan yang sama
D. Bersaiz sama

10. Antara yang berikut, yang manakah akan berlaku kepada zarah-zarah air apabila air
dipanaskan?

W : Mengembang Y : Terurai

X : Bergerak lebih cepat Z : Mempunyai lebih banyak tenaga

A. X dan Y
B. X dan Z
C. W, X dan Z
D. W, Y dan Z
11. Apakah faktor utama yang menentukan keadaan sesuatu bahan ?
A. Susunan zarah-zarahnya
B. Gerakan zarah-zarahnya
C. Tenaga kinetic zarah-zarayh
D. Daya tarikan di antara zarah-zarah

12.

Rajah 2
Rajah 2 menunjukkan proses resapan telah berlaku. Keputusan daripada eksperimen itu
menerangkan bahawa……….
I. Zarah-zarah kuprum sulfat boleh meresap melalui agar-agar
II. Agar-agar mempunyai ruang di antara zarah-zarahnya
III. Zarah-zarah jirim boleh bergerak ke atas menentang graviti

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. I, II dan III

13. Pernyataan manakah yang menunjukkan kelebihan pembiakan seks?

A. Pembiakan seks melibatkan organ pembiakan jantan dan betina


B. Pembiakan seks menghasilkan variasi di kalangan generasi baru
C. Pembiakan seks melibatkan satu induk sahaja
D. Pembiakan seks boleh menyamai ciri-ciri induk
Rajah 3

14. Rajah 3 menunjukkan satu proses yang berlaku dalam system pembiakan perempuan. Di
manakah proses ini berlaku?

A. Vagina
B. Uterus
C. Ovary
D. Tiub falopio

15. Antara pasangan yang berikut,pasangan manakah yang betul?

Kaedah mencegah Digunakan oleh


A. Pil pencegah kehamilan Leleki
B. Diafragma Perempuan
C. Alat intrauterus Lelaki
D. Vasektomi Perempuan

16. Maklumat berikut menunjukkan masalah yang dihadapi oleh seorang wanita.
- Hormon yang tidak seimbang
- Tiub Falopio tersumbat

Maklumat di atas menunjukkan bahawa wanita itu mengalami …..

A. Kedatangan haid
B. Putus haid
C. Pengovulan
D. Kemandulan

17. Butir debunga tumbuhan X,Y dan Z didebungakan oleh agen pendebungaan yang berbeza.
X- Durian
Y- Betik
Z- Jagung
Tumbuhan manakah yang mempunyai agen pendebungaan sama seperti tumbuhan X,Y dan Z?

X Y Z
A. Rumput Bunga Matahari Mawar
B. Padi Mawar Bunga Matahari
C. Limau Bunga Raya Padi
D. Bunga Raya Padi Rumput

18. Apakah yang akan berlaku kepada ovari dan dinding ovari selepas persenyawaan di dalam
tumbuhan?

Ovari Dinding Ovari


A. Plumul Radikel
B. Biji Benih Hilum
C. Biji Benih Buah
D. Buah Perikarpa

19. Stoma merupakan liang-liang seni yang terdapat pada permukaan daun yang digunakan untuk
pertukaran gas dan peresapan wap air. Antara berikut, yang manakah peranan sel-sel pengawal
yang terdapat dalam stoma?

A. Mengawal pembukaan stoma


B. Mengawal penutupan stoma
C. Mengawal penutupan dan pembukaan stoma pada siang hari
D. Mengawal penutupan dan pembukaan stoma pada waktu malam

20. Sistem yang terlibat dalam kawal atur kandungan air ialah :

A. Peredaran darah
B. Perpeluhan
C. Penyingkiran urea
D. Perkumuhan

(20 Markah)
Sila jawab soalan struktur di bawah.

1. Rajah 1 menunjukkan dua jenis organisma hidup.

Organisma X Organisma Y

Rajah 1

a) Nyatakan jenis pembiakan organisma X dan Y berdasarkan Rajah 1.


Organisma X :____________________________________

Organisma Y :_______________________________________ 2 MARKAH

b) Bandingkan perbezaan ciri anak dengan induk antara organisma X dengan Y.


_____________________________________________________________
_____________________________________________________________ 2 MARKAH

c) Apakah kepentingan pembiakan kepada organisma X dan organisma Y?

_____________________________________________________________ 1 MARKAH

2. Nyatakan keadaan jirim di bawah.

a)

_____________________

b)
_____________________
c)

_____________________ 3 MARKAH

d) Apakah perbezaan antara susunan zarah-zarah dalam buku dan dalam asap kilang?
______________________________________________________________
______________________________________________________________ 1 MARKAH

e) Jason dan keluarga keluar untuk berkelah di tepi pantai. Dia membeli aiskrim untuk setiap ahli
keluarganya. Rajah 2 di bawah menunujukkan keadaan aiskrim yang dipegang oleh Jason.

Rajah 2

f) Namakan proses fizikal yang berlaku semasa aiskrim mencair.


___________________________________________________ 1 MARKAH

(10 MARKAH)

You might also like