Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

SULIT 3757/2

Bahagian A
[75 markah]

1. (a) Gambar 1 menunjukkan faktor pengeluaran dalam sebuah syarikat.

Encik Alias Encik Imran


bekerja sebagai merupakan
eksekutif di Pemilik
Syarikat Imran Syarikat
Sdn. Bhd. Imran Sdn. Bhd.

Gambar 1

Bezakan faktor pengeluaran tersebut. [4 markah]

(b) Gambar 2 dan Gambar 3 menunjukkan perkhidmatan


pengangkutan darat di Malaysia.

Keretapi KTM Keretapi KTM ETS

Gambar 2 Gambar 3

Jelaskan kelebihan Gambar 3 berbanding Gambar 2. [5 markah]

1
SULIT 3757/2
(c) Maklumat di bawah berkaitan dengan salah satu projek
pembangunan kerajaan.

 Membina 175 000 unit rumah PR1MA ( Program


Perumahan Rakyat 1 Malaysia)
 Penyediaan unit rumah dilaksanakan oleh pihak
swasta dan kerajaan.
 Sasaran golongan berpendapatan sederhana antara
RM 2500 sehingga RM 15,000.
Sumber :Ubahsuai Belanjawan 2016

(i) Tentukan sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara [1 markah]


tersebut.

(ii) Jelaskan peranan pihak swasta dalam menyelesaikan


masalah asas ekonomi berikut:

(a) Bagaimana hendak dikeluarkan. [2 markah]

(b) Untuk siapa hendak dikeluarkan. [2 markah]

(d) Maklumat berikut berkaitan dengan keputusan kerajaan


mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape.

Keputusan kerajaan telah


Gambar 4
menimbulkan rasa tidak puas hati
pengusaha industri itu dan masih
berharap peluang terus diberikan
kepada mereka untuk berniaga

Sumber :
Ubah suai Utusan Malaysia, 25 Disember 2015

(i) Mengapakah kerajaan bertindak sedemikian? [3 markah]

(ii) Jelaskan kesan tindakan tersebut ke atas pengusaha [2 markah]


industri.

2
SULIT 3757/2
(e) Dialog berikut berkaitan dengan penggunaan pendapatan individu.

Helmi : Zaki, saya dengar awak dapat cabutan bertuah sijil


simpanan premium bernilai RM 10,000. Bolehlah awak
buat bayaran deposit beli rumah?
Zaki : Tapi Helmi, saya dan keluarga bercadang untuk
melancong ke Korea.

(i) Bersetujukah anda dengan cadangan Zaki? Beri dua alasan [3 markah]

(ii) Jelaskan kelebihan yang diperoleh Zaki jika dia memilih untuk [3 markah]
membeli rumah.

2.(a) Jadual 1 berkaitan dengan upah wang Encik Bahador dan tingkat
harga purata barang dari tahun 2012 hingga 2014.

Tahun Upah wang Harga purata barang


( RM ) (RM)
2012 2 800 5.50
2013 3 200 6.20
2014 3 500 7.00
Jadual 1
(i) Upah benar manakah yang paling tinggi? [2 markah]

(ii) Berdasarkan jawapan anda pada 2 (a)(i), jelaskan corak [3 markah]


perubahan tingkat upah benar Encik Bahador.

3
SULIT 3757/2
(b Rajah 1 menunjukkan hubungan antara harga Barang C dengan
) kuantiti permintaan Barang T.

Harga
Barang
C
(RM)
P1

P0

0 Q0 Q1 Kuantitipermintaan
Barang T (unit)
Rajah 1

(i) Apakah kaitan antara Barang C dengan Barang T? [1 markah]

(ii) Jelaskan hubungan antara harga Barang C dengan kuantiti [4 markah]


permintaan Barang T.

(c) Jelaskan konsep berikut.

(i) Faedah sampingan [2 markah]

(ii) Pendapatan produktif [2 markah]

(iii) Tabungan [2 markah]

4
SULIT 3757/2
(d) Jadual 2 menunjukkan maklumat pengeluaran syarikat ABC
Sdn.Bhd. yang telah beroperasi selama 10 tahun

Mesin Buruh Jumlah Keluaran Keluaran


Keluaran Purata Sut
2 0 0 - -
2 1 200 200 200
2 2 320 210 220
2 3 460 220 200
2 4 540 210 100
2 5 600 200 80
2 6 640 96.7 60
2 7 640 X 0
2 8 620 67.5 Y
Jadual 2
(i) Berapakah nilai X dan Y. [2 markah]

(ii) Kenal pasti fungsi pengeluaran firma ABC . Berikan alasan [3 markah]

(iii) Jelaskan hubungan antara buruh dengan keluaran purata


dan keluaran sut pada :
(a) Buruh 0 - 2 [2 markah]
(b) Buruh 3 - 7 [2 markah]

3.(a) Maklumat dibawah berkaitan dengan salah satu usaha kerajaan untuk
membantu mengurangkan beban pengguna.

Pelaksanaan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) telah


memberi tekanan kepada pasar raya besar dan peruncit
untuk menurunkan harga. Akhirnya golongan pengguna telah
mendapat faedah.
Sumber: Ubah suai daripada keratan akhbar
Utusan Malaysia Mei 2016

(i) Jelaskan bagaimana pelaksanaan tersebut mempengaruhi [3 markah]


perubahan kuantiti diminta oleh isi rumah.
[3 markah]
(ii) Lakarkan keluk yang menunjukkan situasi di 3 a (i).

5
SULIT 3757/2
(b) Jadual 3 menunjukkan peratus perubahan harga dan peratus
perubahan kuantiti yang ditawar bagi kopi dan buku.

Jenis Barang Peratus Perubahan Peratus Perubahan


Harga Kuantiti Ditawar

Kopi 15 9
Buku 10 22
Jadual 3
(i) Hitung nilai keanjalan harga penawaran bagi barang tersebut. [2 markah]

(ii) Tafsirkan nilai keanjalan harga penawaran pada 3 (b) (i) . [4 markah]

(c) Maklumat dibawah berkaitan dengan aliran pusingan pendapatan


ekonomi dua sektor.

 En.Khalis bekerja di Syarikat Telco Sdn. Bhd iaitu sebuah syarikat yang
menyediakan pakej perkhidmatan telefon bimbit di Perlis.
 Beliau menerima gaji sebanyak RM 3 800 sebulan.
 Pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu, En.Khalis telah membelanjakan
RM 1 450 untuk melanggan pakej perkhidmatan data 8GB yang terkini
daripada syarikat itu.

(i) Lakarkan rajah aliran tersebut.


[5 markah]
(ii) Bezakan pasaran yang terdapat dalam rajah 3 (c) (i) .
[4 markah]

(d) Gambar 4 menunjukkan fungsi wang dalam ekonomi

Tv Lcd : Promosi
Hebat
Ansuran Bulanan Rm 1 888
Terendah Rm 100

Gambar 4

6
SULIT 3757/2
[4 markah]
Terangkan fungsi wang tersebut .

4 .(a) Situasi di bawah mengenai prinsip perbankan Islam.

 Puan Mahani telah membeli sebuah rumah kedai yang berharga


RM40 000 melalui Skim Pinjaman A daripada sebuah bank
perdagangan yang menjalankan operasi patuh syariah tanpa
faedah.
 Setiap bulan Puan Mahani membayar ansuran dan kadar
keuntungan kepada bank. Setelah membayar selama sepuluh
tahun Puan Mahani mengambil keputusan untuk mengubah
Skim Pinjaman A kepada Skim Pinjaman B.
 Puan Mahani berjumpa dengan pegawai pinjaman untuk
menukarkan bayaran yang telah dibuat sebagai sewa dan akan
menjelaskan semua baki pinjaman tersebut.

(i) Kenal pasti prinsip perbankan Islam yang terdapat di dalam [2 markah]
situasi di atas

(ii) Huraikan prinsip perbankan Islam yang terdapat di dalam 4(a)(i). [6 markah]

(iii) Adakah anda bersetuju dengan keputusan Puan Mahani. Beri [3 markah]
alasan anda.

(b) Situasi di bawah mengenai institusi kewangan bukan bank.

Encik Firdaus merupakan seorang usahawan yang berjaya.


Beliau berhasrat untuk melindungi perniagaannya. Selain itu beliau
berniat untuk mengerjakan haji pada tahun ini.

Huraikan institusi kewangan bukan bank yang boleh merealisasikan [6 markah]


hasrat Encik Firdaus.

7
SULIT 3757/2
(c) Gambar 5 menunjukkan perbualan berkaitan dengan satu situasi
ekonomi.

Gambar 5

Huraikan bagaimana kerajaan dapat mengawal situasi di atas melalui [5 markah]


belanjawan negara.

(d) Gambar 6 menunjukkan satu sumber hasil negara.

RM 10

Gambar 6

Jelaskan cukai tersebut. [ 3 markah]

8
SULIT 3757/2
55.(a) (i) Nyatakan dua cara kerajaan boleh mendapatkan pinjaman [2 markah]
. dalam negeri.

(ii) Jelaskan kebaikan apabila kerajaan meminjam dari 5(a)(i) [5 markah]

(b) Petikan berikut berkaitan sekatan perdagangan antarabangsa.

Sekarang adalah masa untuk ASEAN. Sebab itulah kita perlu meneruskan
langkah kita untuk menubuhkan Komuniti Ekonomi ASEAN. Menghapuskan
sekatan dagang, bukan sekadar mengurangkan tarif, tetapi juga
menghapuskan sekatan bukan tarif, seperti peraturan terlalu menyusahkan
yang menyekat perdagangan bebas dan adil. Kita perlu mempercepatkan
pelaksanaan program ke arah menyelaraskan standard, termasuk
meningkatkan pasaran modal dan integrasi kewangan, dan meningkatkan
pergerakan barang, perkhidmatan, pelaburan dan profesional tanpa had
antara negara kita.”
Petikan diambil daripada:
ucapan perhimpunan ASEAN oleh Datuk Seri Najib, Perdana Menteri
Malaysia

Jelaskan kesan tindakan tersebut terhadap ekonomi negara. [5 markah]

(c) Jadual 4 menunjukkan maklumat perdagangan antarabangsa bagi


Negara P dalam tahun 2015.

Jumlah
Butiran
(RM juta)
Eksport petroleum 640
Eksport getah 420
Eksport kayu balak 535
Import jentera 630
Import makanan 410
Pengangkutan -35
Perjalanan 110
Pelancongan -102
Tambang dan insurans -430
Pindahan bersih -96

Jadual 4

(i) Hitungkan imbangan dagangan dalam RM juta. [2 markah]

(ii) Hitungkan imbangan akaun semasa dalam RM juta. [4 markah]

9
SULIT 3757/2
(d) Maklumat berikut menunjukkan kadar pertukaran asing antara Dolar
Amerika Syarikat (USD) berbanding dengan Ringgit Malaysia (RM)
pada suatu tahun.
USD 1 = RM3.80

(i) Hitungkan jumlah Ringgit Malaysia yang perlu dibayar bagi [2 markah]
sebuah kamera yang berharga USD500.

(ii) Jelaskan kesan terhadap imbangan dagangan Malaysia apabila [5 markah]


kadar petukaran telah berubah kepada USD 1 = RM 4.00

10
SULIT 3757/2
Bahagian B
[ 25 markah ]
6 Syarikan Hans Sdn. Bhd. adalah syarikat yang menawarkan perkhidmatan
penerbangan domestik ke pulau-pulau peranginan yang terdapat di Malaysia.
Syarikat beroperasi selama dua tahun dan telah mencapai keuntungan sebanyak
RM 40 juta setahun.

Encik Razmin merupakan seorang graduan yang berkelulusan bidang perniagaan


dari sebuah universiti luar negara dan telah diterima bekerja di Syarikat Hans Sdn.
Bhd. Beliau telah dipanggil oleh pengarah syarikat bagi membentangkan dua
pelaburan sokongan iaitu Projek A dan projek B. Apabila beliau membuat analisis
pasaran, beliau mendapati bahawa dua projek ini boleh meningkatkan keuntungan
syarikat. Namun beberapa kekangan menyebabkan syarikat perlu membuat pilihan
dalam projek yang akan dibangunkan kerana keduanya mempunyai risiko yang
tersendiri.

Projek A Projek B

Peningkatan keuntungan yang memberangsangkan menyebabkan syarikat


berpotensi untuk membuka beberapa cawangan. Encik Razmin dan pegawai
pemasarannya dihantar berkursus di Jepun selama enam bulan. Semasa berada
di Jepun ,Encik Razmin mendapati bahawa untung syarikat bukan sahaja
bergantung kepada salah satu pelaburan tersebut tetapi bergantung kepada nilai
usahawan yang ada pada masyarakat .

Setelah beroperasi selama dua tahun, syarikat telah berminat untuk membuka
sebuah hotel di kawasan tanah tinggi di Malaysia yang memakan kos sebanyak
RM 50 juta. Syarikat perlu membuat pinjaman selama lima tahun dan lima bulan
dari sebuah bank dan dikenakan kadar faedah pinjmanan 5.4 peratus setahun.

11
SULIT 3757/2
(a) Terangkan sektor ekonomi yang bakal diceburi oleh syarikat tersebut. [3 markah]

(b) Mengapakah syarikat perlu membuat pilihan projek? [6 markah]

(c) Berdasarkan jawapan di 6 (b), terangkan strategi yang boleh [5 markah]


memaksimumkan keuntungan syarikat berdasarkan keanjalan harga
barang.

(d) Bagaimana penghantaran Encik Razmin dan pegawai pemasaran ke [4 markah]


Jepun dapat memajukan syarikat.

(e) Jelaskan jenis pinjaman yang boleh dilakukan oleh syarikat. [3 markah]

(f) Hitung jumlah pinjaman yang perlu dibayar oleh syarikat pada setiap [4 markah]
bulan.

12

You might also like