Minit Curai Mesyuarat Su Sukan Johor Bahru Bil 1 2017

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SMK TAMAN DESA SKUDAI

JOHOR BAHRU
(Sediakan dalam 2 salinan)
_______________________________________________
Borang Laporan Aktiviti Rasmi di Luar Sekolah

1. Nama Guru : En Azlan Haniff Bin Haji Zakaria


2. Tajuk Aktiviti Rasmi dihadiri : Mesyuarat Setiausaha Sukan Sekolah-Sekolah Daerah
Johor Bahru Bil 1/2017
3. Penganjur : PPD Johor Bahru
4. Tempat : Dewan STAR 1, Johor Bahru
5. Tarikh : 19 Januari 2017
6. Hari : Khamis
7. Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
8. Tujuan Aktiviti diadakan : Pelaporan Pengurusan Pengelolaan Sukan 2016
Pembentangan Takwim MSSDJB, MSSJ dan MSSM 2017
9. Pengerusi Mesyuarat : En Azizan Bin Amil
Penyelia Sukan PPD Johor Bahru
10. Taklimat disampaikan oleh : Tuan Haji Ahmad Taufik Hamzah
Penolong PPD Johor Bahru.
En Mohamad Amir bin Yunus
Penyelia Kanan Sukan PPD Johor Bahru
11. Hasilan/Peningkatan dicapai
(senaraikan) :

a. Tuan Haji Taufik mengucapkan dan mengalu-alukan kehadiran semua setiausaha


sukan daerah Johor Bahru.
b. Tuan Haji Taufik , menjelaskan supaya jurulatih/guru menumpukan satu bidang
permainan sahaja diperingkat MSSD, MSSJ dan MSSM. Penglibatan guru/jurulatih
untuk menguruskan pelajar yang mewakili sekolah perlu mengikut budi bicara
pengetua.
c. Tuan Haji Taufik juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru sukan yang telah
menaikkan nama PPD Johor Bahru menjadi johan keseluruhan di peringkat PSKPP
Negeri Johor 2016.
d. En Mohamad Amir bin Yunus, Penyelia Kanan Sukan mengingatkan kepada semua
setiausaha sukan supaya menghantar laporan pengelolaan kejohanan sukan
peringkat MSSD kepada unit sukan PPD Johor Bahru selepas tamat pengelolaan
kejohanan sukan tersebut. Ini bertujuan untuk mengumpulkan data kejohanan bagi
pembentangan diperingkat PPD Johor Bahru.
e. Beliau juga mengingatkan supaya sekolah yang mempunyai jurulatih di Pusat
Latihan Daerah (PLD) hendaklah membuat tuntutan kepada PPD Johor Bahru.
f. Beliau mengingatkan kepada setiausaha sukan supaya dapat menyenaraikan
pemain atau atlet sekolah masing-masing yang mempunyai potensi untuk
diketengahkan di peringkat MSSJ.
g. En Azizan Amil mengucapkan terima kasih kepada SU Sukan kerana kejayaan
menjadi juara keseluruhan lapan tahun berturut-turut dalam sukan di peringkat
MSSJ dalam 15 sukan permainan tahun 2016 dengan Gred Purata Daerah iaitu 2.17.
Dalam peringkat PSKPP, daerah Johor Bahru menjadi juara keseluruhan pada tahun
2016.
h. Peringatan daripada penyelia sukan PPD supaya sekolah yang gagal untuk hadir ke
mesyuarat sukan permainan peringkat MSSD di sekolah pengelola, tidak dibenarkan
menyertai kejohanan tersebut terutama selepas jadual pertandingan telah siap
diundi.
i. Beliau juga mengingatkan SU sukan supaya melakukan semakan instrument
peralatan sukan yang melibatkan tiang gol hoki, tiang gol bolasepak, tiang bola
keranjang dan tiang bola jaring yang patut diberikan perhatian.
j. En Azizan mengingatkan setiausaha sukan supaya memberikan tumpuan kepada
pengurusan fail sukan, pemantauan peralatan sukan, perlaksanaan 1M 1S,
pengisian data i-Keps online, peruntukan kewangan sukan akaun Bantuan Sukan
Sekolah dan pelaporan pengelolaan kejohanan sukan
k. Beliau mengingatkan SU Sukan bahawa bertugas dengan cemerlang .
l. Beliau mengingatkan supaya guru menjaga keselamatan dan makan minum pelajar
semasa bergerak ke venue pertandingan.

12. Cadangan tindakikut


Diperingkat sekolah :
a) Memastikan prasana sekolah selamat digunakan oleh pelajar.
b) Membuat Pemilihan patlet berdasarkan kebolehan dan kemampuan bersaing
diperingkat yang lebih tinggi.
c) Menguruskan pengurusan fail sukan, pemantauan peralatan sukan, perlaksanaan
1M 1S, pengisian data i-Keps online, peruntukan kewangan sukan akaun Bantuan
Sukan Sekolah dan membuat pelaporan pengelolaan kejohanan sukan jika ada.
13. Tuntutan Pembelanjaan : -tiada-

Tarikh : 19 Januari 2017 Disediakan oleh

(AZLAN HANIFF BIN HAJI ZAKARIA)


Setiausaha Sukan
SMK Taman Desa Skudai
Johor Bahru

14. Ulasan Pengetua


_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

You might also like