Bincangkan Aspek-Aspek Linguistik Dalam Lirik Lagu Di Bawah Dan Bandingkannya Dengan Bahasa Melayu Baku

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KUIZ SCLM 5013

1. Bincangkan aspek-aspek linguistik dalam lirik lagu di bawah dan bandingkannya

dengan bahasa Melayu baku.

Antara aspek-aspek linguistik dalam lirik lagu ini ialah aspek fonologi, morfologi dan

sintaksis. Ulasan yang pertama ialah aspek fonologi iaitu terdapat perbezaan bunyi vokal

dalam lirik lagu ini. Contohnya [a]-[e]=berbunge, dare, kote dan [a]-[0]=nikoh, bayo,

nampor serta [u]-[o]=luroh, suloh. Sebutan yang standard dalam bahasa Melayu baku

ialah berbunga, dara, kota, nikah, bayar, nampak, luruh dan suluh.

Aspek linguistik yang kedua ialah morfologi iaitu bidang yang berkaitan dengan

penggolongan kata. Contoh penggolongan kata yang pertama ialah kata nama iaitu

deghoyan, anok dare, Padang Tenggale, sedare mare, habuk, pokok, duit, mekoh, muke.

Penggolongan kata yang kedua ialah kata adjektif, contohnya sakit, bengkeng, silap,

berani, heran, cepat, lambat, tuo, mude, banyok. Penggolongan kata yang ketiga ialah kata

seru, contohnya oh. Penggolongan kata yang keempat ialah kata kerja, contohnya

berbunge, minang, jumpe, jatuh cinte, jatuh tangge, merabe-rabe, tengking, bayor, luroh,

pegi, dapat, tido, menikoh, nebas, nampak. Seterusnya ialah kata hubung, contohnya yang,

bile, kalau. Penggolongan kata yang keenam ialah kata sendi, contohnya di. Kemudian,

kata bantu, contohnya dah, boleh, udah dan kata perintah dengan contohnya jangan serta

kata tanya contohnya ape.

Aspek linguistik yang seterusnya ialah sintaksis. Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yang

mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Ada tiga jenis binaan yang

terdapat dalam lagu ini iaitu binaan frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Frasa nama
ialah binaan yang dari sudut nahu, boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa

perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Contohnya

anok dare, anok dare kote, bile musim deghoyan dan kalau musim deghoyan. Seterusnya

ialah frasa kerja, frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau

lebih dan kata intinya kata kerja. Contohnya oh, kome, deghoyan dah berbunge, moh kite

minang anok dare, teman jumpe di Padang Tenggale, kate deme sakit jatuh cinte, sakit lagi

jatuh tangge, nasib baik teman tak merabe-rabe dan aman boleh bayor. Selain itu terdapat

juga frasa adjektif dalam lagu ini . Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri

daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata

sifat sebagai kata intinya. Contohnya deme mule bengkeng, jangan silap sikit, ramey

berani nampor, lebih baik cepat pegi suloh, lambat sikti kome dapat habuk, duit deghoyan

yang tue nak ke mekoh dan yang mude gatey nak menikoh.

2. Analisis data berikut berdasarkan pengaruh jarak sosial dan status sosial terhadap

strategi lakuan sapaan oleh penutur.

Analisis data 1

Penutur dalam data 1 menggunakan kata sapaan yang tidak sopan iaitu hoi dan kata ganti

nama diri yang kedua hang untuk menegur kawannya. Manakala pendengar juga

menggunakan kata ganti nama diri yang pertama aku dan kata ganti nama diri yang kedua

iaitu kau untuk membalas jawapan kawannya. Kata ganti nama diri hang, aku dan kau

dianggap kasar tetapi boleh digunakan untuk orang yang sebaya dan rapat. Penggunaan

kata ganti nama diri yang kasar ialah cara untuk menunjukkan kemesraan. Menurut

Leech (1983), semakin dekat jarak peringkat sosial antara penutur dan pendengar, maka
akan menjadi semakin kurang santunlah perbualan itu. Selain itu, kata sapaan hoi yang

diujarkan oleh penutur walaupun kedengaran kasar tetapi menunjukkan bahawa

pendengar ialah orang yang akrab dengannya. Di samping itu, semakin dekat jarak status

antara penutur dan pendengar, maka semakin berkuranglah ujaran santun yang digunakan

dalam perbualan. Berdasarkan kata sapaan yang digunakan oleh penutur, mereka berdua

berada di situasi yang tidak rasmi kerana ujaran yang digunakan tidak santun.

Perhubungan di antara mereka juga rapat seperti rakan sekelas ataupun jiran berdasarkan

kata sapaan yang digunakan oleh penutur.

Analisis data 2

Penutur dan pendengar dalam data 2 berada di situasi tidak rasmi kerana penutur

menggunakan kata ganti nama diri yang kedua awak untuk bertanya soalan. Penggunaan

kata ganti nama diri awak merupakan kata ganti nama yang hormat dan sopan namun

tidak boleh digunakan kepada orang yang lebih tinggi statusnya. Situasi ini menunjukkan

penutur mempunyai status lebih tinggi daripada pendengar. Jarak sosial di antara penutur

dan pendengar agak jauh kerana mereka menggunakan kata sapaan yang sopan untuk

memberikan salam. Penutur juga membahasakan dirinya sebagai saya dan bertanya

sebelum duduk. Hubungan penutur dan pendengar juga tidak akrab dengan pendengar

kerana terdapat penggunaan kata perintah yang sopan seperti sila dalam perbualan ini.

Analisis data 3

Penutur memulakan perbualan dengan memberikan salam yang sopan. Pendengar juga

membalas salam penutur dengan sopan. Penutur juga memanggil pendengar sebagai tuan.

Kata penggilan ini digunakan untuk menunjukkan rasa hormat penutur terhadap
pendengar. Jarak sosial di antara penutur dan pendengar adalah jauh kerana perbualan ini

sangat santun. Penutur jelas mempunyai status lebih rendah daripada pendengar.

Perbualan ini berlangsung dalam situasi yang tidak rasmi. Jarak status yang

diperkenalkan oleh Leech (1983) menghuraikan semakin tinggi jarak status antara

penutur dengan pendengar, maka semakin santunlah ujaran yang perlu digunakan dalam

perbualan itu.

Analisis data 4

Data 4 menunjukkan perbualan dalam keadaan situasi yang formal. Jarak sosial dalam

data 4 menunjukkan bahawa hubungan antara penutur dan pendengar adalah tidak akrab.

Semakin tidak akrab jarak peringkat sosial antara penutur dan pendengar, maka semakin

santunlah perbualan itu. Contohnya penutur dalam data 4 menggunakan kata ganti nama

diri yang pertama iatiu saya apabila bertutur dengan perpustakawan. Namun, wujud

kekeliruan dalam penggunaan kata panggilan kepada orang yang status sosialnya lebih

tinggi atau lebih dewasa daripada penutur. Pengunaan kata panggilan yang mesra

menunjukkan wujudnya nilai kesantunan berbahasa dalam konteks masyarakat Melayu di

Malaysia. Contohnya penutur telah menggunakan kata panggilan pak cik untuk

perpustakawan yang lebih tua daripadanya. Penutur sepatutnya menggunakan kata

panggilan encik kerana penutur bertutur dalam situasi rasmi dan kurang akrab dengan

pendengar.
3. Jelaskan Konsep

a) Sosiologi bahasa

Sosiologi bahasa berasal dari 2 perkataan iaitu sosiologi dan bahasa. Konsep sosiologi

bahasa ialah kajian tentang masyarakat dalam kaitannya dengan bahasa.

b) Gangguan bahasa

Gangguan bahasa wujud apabila seseorang itu mengetahui dan menguasai dua bahasa dan

mengamalkan serta menggunakan dua bahasa dalam kehidupan seharian. Contohnya

menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris secara bertukar ganti dalam kehidupan

harian. Gangguan bahasa juga merupakan faktor terjadinya dialek sosial, iaitu gangguan

bahasa ibunda dan dialek daerah.

c) Multilingual

Multilingual bermaksud masyarakat yang menguasai lebih daripada dua bahasa.

d) Perancangan Taraf

Perancangan taraf bermaksud pemilihan dan penentuan kedudukan sesuatu bahasa dalam

sesebuah negara atau di peringkat antarabangsa.

You might also like