Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 15

BAB 1

HURAIAN MENGENAI SEKOLAH

1.1. Sejarah Sekolah

Pada tahun 1946, En.Manikavasagam seorang kerani di Ladang Tebrau


berjaya menubuhkan sebuah sekolah Tamil untuk memberi pendidikan awal
kepada kanak-kanak India di Ladang Tebrau, Johor Bahru. Sebuah klinik dan
kedai runcit telah diubahsuai dan dijadikan bilik darjah. Pada tahun 1947
sekolah ini telah berfungsi dibawah pentadbiran seorang Guru Besar.
En.Velumail telah daftarkan sekolah ini secara rasmi dan wujudkan 6
buah bilik darjah dari tahun satu hingga tahun enam. Bilangan murid
telah meningkat dari 35 orang ke 67 orang murid.

1.1.1. Latar Belakang Sekolah

Gambar 1: Bangunan sekolah


Pada tahun 1977, dengan bantuan Jabatan Muridan sebuah
bangunan baru dan sebuah kantin didirikan menggantikan bangunan
lama. Pada tahun 1982, pendaftaran murid-murid ke sekolah ini mula

1
bertambah. Malaysian Indian Congras(MIC) Cawangan Tebrau dan Belia
MIC Tebrau di ketuai oleh En.Chandran membina banggunan tambahan.
Pihak sekolah mula membuat persiapan awal untuk meraikan perasmian
bangunan baru. Guru-guru bertungkus lumus menghias kelas dan
sekolah. Murid-murid juga turut memberi sokongan dalam usaha mereka.
Pada tahun 1999, SRJK Tamil Ladang Tebrau berpindah ke bangunan
baru dua tingkat, seperti dalam Gambar 1, bangunan ini dirasmikan oleh
Y.B Dato K.S.Balakrisnan Ketua MIC pada masa itu.

En.G.Mani merupakan Guru Besar sekolah ini dari tahun 1999


hingga 2004. Semasa pentadbiran beliau kejadian bencana alam telah
berlaku sehingga semua peralatan dan dokumen-dokumen penting
sekolah telah musnah dalam banjir. Pada tahun 2001 beberapa pihak
telah memberi bantuan seperti kerusi meja murid ,almari, papan hitam
,meja guru dan alatan di pejabat. Oleh kerana kawasan sekolah ini
berada di zon banjir, pejabat sekolah telah di pindahkan ke tingkat satu.
Pada tahun 2004, Guru Besar ini telah bersara wajib dan di gantikan oleh
En.Anamalai. Beliau telah meningkatkan keputusan sekolah ini dari 35%
ke 59%.

Pn.Nagaratnam telah menjadi Guru Besar sekolah ini pada tahun


2004. Sekolah mula muncul dan mendapat banyak anugerah dari Jabatan
Pendidikan Negeri Johor(JPNJ) dan Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) Johor
Bahru. SJK(T) Ladang Tebrau(SJKTLT) telah di pilih untuk lonjakan
saujana disebabkan peningkatan keputusan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah(UPSR) berturut-turut selama tiga tahun.Pada masa ini, bumbung
sekolah bocor dan menyusahkan guru-guru menjalankan Pembelajaran dan
Pengajaran(PdP). Pn.Nagaratnam telah meminta bantuan pihak MIC dan
Non Governmental Organization(NGO) .RM 40 000.00 telah di gunakan
untuk memperbaiki bumbung sekolah.

Pada tahun 2006 dan 2007 sekolah ini dilanda banjir sekali lagi,
semua peralatan sekolah habis musnah. Proses mendalamkan sungai
dengan bantuan beberapa orang pihak dapat menyelesaikan masalah
banjir. Pada tahun 2009 sekolah ini telah di naik taraf sebagai sekolah

2
gred B. Endrolmen murid telah meningkat hingga 300 orang murid.
Seramai 25 orang guru dan 3 orang staf sedang berkhidmat di sekolah
ini. Sekolah ini telah mendapat tapak bangunan baru. Bangunan baru
sekolah ini hampir siap, kemungkinan besar tahun depan melangkah ke
bangunan baru. Guru Besar sekarang En.Nadarason berjaya mendapatkan
1.7 hektar tanah untuk padang sekolah. Mantan Guru Besar yang pernah
berkhidmat di sekolah ini seperti di Jadual 1 dibawah.

Jadual 1 : Senarai Nama Guru Besar SJKT Ladang Tebrau

Bil Nama Guru Besar Tahun Berkhidmat

1 Pn.Sathia Dewi 1997-1999

2 Pn.Chellthai 1999-2010

3 En.Supermaniam 2011-2012

4 Pn.Chellathai 2012-2013

5 En.Nadarason 2013 hingga kini

(Sumber:Takwim Sekolah)

1.1.2. Visi Dan Misi Sekolah

Visi dan Misi adalah suatu konsep perencanaan dengan apa


yang direncanakan untuk mencapai suatu tujuan:

Visi : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti


Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara.

1.1.3. Objektif Sekolah

3
Objektif sekolah adalah mewujudkan sebuah sekolah yang
berkesan dan berkualiti, serta semua murid menguasai 4M
apabila tamat pengajian:

Membentuk sahsiah perwatakan dan disiplin moral melalui program


kurikulam dan kokurikulum.

Meningkatkan minat membaca di kalangan murid.

Mengujudkan semangat yang tinggi terhadap pencapaian cemerlang


dalam pembelajaran.

Meningkatkan prestasi akademik ,sahsiah murid dan kokurikulam.

1.1.4. Falsafah dan Nilai

Falsafah dan Nilai sekolah adalah melaksanakan pengurusan


pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu dan nilai – nilai
murni selaras dengan falsafah pendidikan:

Melahirkan insan yang baik dan sempurna serta mempunyai


kepercayaan dan patuh kepada Tuhan untuk kesejahteraan hidup
di dunia dan akhirat.
Melahirkan manusia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat, agama dan
negara.
Mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani.
Memperkembangkan potensi individu murid secara menyeluruh.

1.1.5. Piagam Pelanggan Sekolah

4
Piagam ini dibentuk untuk memberi kemudahan perkembangan dan
penyuburan potensi pelajar ke tahap kecemerlangan. Ianya merangkumi
bidang kurikulum, ko-kurikulum, disiplin dan bina insan dengan
berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kami akan berusaha
mencapai hasrat ini melalui:-

“ Mewujudkan Suasana Sekolah Yang Bersih, Baik, Menarik,


Dan Penyayang Serta Kecemerlangan Pelajar Serta Menjalin
Kemesraan Dan Kesopanan Dengan Ibubapa Dan Masyarakat ”

1.1.6. Lencana Sekolah


Indentiti sesebuah sekolah. Setiap sekolah mempunyai logo yang
berbeza dan maksud yang tertentu.

Ini adalah lencana SJK Tamil Ladang Tebrau. Lencana SJK Tamil Ladang
Tebrau ini mempunyai maksud yang tersendiri. Setiap logo terdapat
pada lencana mempunyai maksud seperti berikut :-

WARNA :
MERAH - Keberanian warga sekolah menangani cabaran.
KUNING - Pemerintahan
PUTIH - Kesucian
BIRU - Perpaduan

OBOR : Semangat yang sentiasa membara dalam diri seseorang


individu dan hati warga sekolah.

5
1.1.7. Moto Sekolah

MOTO : “ BELAJAR HINGGA BERJAYA

“Belajar Hingga Berjaya ”bermaksud menjadi teras dalam melahirkan


pelajar yang berkualiti.

1.1.8. Lagu Sekolah


(Seperti di Lampiran A)

1.1.9. Struktur organisasi

SJKT(T) LADANG TEBRAU , JOHOR BAHRU


CARTA ORGANISASI 2016

GURU BESAR
EN. M. NADARASON

JAWATAN KUASA JAWATAN KUASA JAWATAN KUASA


CIK.AMUTHA CIK.AMUTHA EN. PANNIR
PN. KAVITA PN. KAVITA CIK.AMUTHA
PK1
PN. N. NANDIHINI DEVI PK. HEM DEVI PK KORIKULUM
PN. N. NANDIHINI PN. KAVITA
PN. D. GLORY JIVA
PN. S. THELLAIAMMAL PN .P. THENMOLY PN. PARAMESWARI
PN. S. THELLAIAMMAL PN. N. NANDIHINI DEVI
SETIAUSAHA
PN.VALARMATHI SETIAUSAHA SETIAUSAHA
PN.VALARMATHI PN. S. THELLAIAMMAL
PN. R. M.
PN. GAYATHIRI
AMUTHA CIK. S. AMANTHY PN.S.THAMILCHELVI
PN. R. AMUTHA PN.VALARMATHI
PN.PUNITHA PN.PUNITHA SETIAUSAHA SUKAN
PN.MARUTHAMAL
PN.RATHIGA PN.RATHIGA EN. SATIARAJ
PN.PUNITHA
PN.T.SHANTHI PN.T.SHANTHI PN.RATHIGA
ii. CIK. NAGA CIK.Sekolah)
(Sumber: Takwim NAGA PN.VANITHA
CIK. AMANTHY CIK. AMANTHY PN.MARIAMMAL
PN. THIBA PN. THIBA CIK.NAGA
PN. THAMIL SELVI PN. THAMIL SELVI PTR N11
CIK.AMANTHY
PN. MARIAMMAL PN. MARIAMMAL 6 PN.NOR' AIN
PN.M.GAYATHRI PRA N1
PAP R1
EN.PANNIR ABD.MANAN
SUHAWATI
GURU-GURU GURU-GURU GURU-GURU

MURID MURID MURID

(Sumber:Takwim Sekolah)
1.1.10. Pelan Lokasi

SJK (Tamil) Ladang Tebrau terletak 5 Km dari Bandar Dato Onn. Ianya
dikelilingi oleh beberapa taman perumahan seperti Taman Adda
Heights,Taman Setia Indah dan Taman Setia Tropika. Beberapa sekolah
rendah dan menengah juga terletak berhampiran dengan sekolah ini
antaranya SK Taman Daya 2, SMK Taman Daya dan SA Taman Daya seperti
di Rajah 1 di bawah:

Rajah 1 : Lokasi Sekolah Bersama Lakaran Google

7
(Sumber : Google map)

8
9
1.1.11. Kemudahan Fizikal

Kemudahan fizikal di sekolah ini tidak lengkap namun usaha-usaha


penambahbaikan sentiasa dijalankan bagi memastikan keselesaan kepada
murid-murid dan guru- guru. Sekolah ini tidak ada bilik-bilik khas . Senarai
kemudahan yang terdapat di sekolah ini adalah seperti di Jadual 2.

Jadual 2 : Senarai Kemudahan Di SJKT Ladang Tebrau

No Jenis Kemudahan Fizikal Bilangan


1 Bangunan Sekolah 2
2 Bilik Darjah 13
3 Tandas 4
4 Bilik Guru 1
5 Pejabat 1
6 Bilik Guru Besar 1
7 Bilik Guru Penolong Kanan 1
8 Bilik SPBT 1
9 Padang 1

(Sumber: Takwim Sekolah)

1.1.12. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru atau ringkasnya PIBG adalah satu
organisasi yang dibentuk oleh pihak pentadbir sekolah dengan kerjasama
ibu bapa dan anak-anak mereka belajar di sekolah berkenaan. Matlamat asal
penubuhan PIBG adalah untuk kebajikan dan kemajuan murid-murid, agar
mereka di sekolah berkenaan memperoleh faedah yang maksimum daripada
kemudahan-kemudahan pendidikan yang telah disediakan.

Objektif dan matlamat PIBG SJK(T) Ladang Tebrau adalah


menggembleng idea dan tenaga untuk sekolah dan ibu bapa demi kebaikan
sekolah, menjalinkan hubungan padu dan erat antara sekolah dan

10
masyarakat, mendapatkan sokongan 100% PIBG dari segi kewangan,tenaga
dan sokongan dalam menjalankan program-program yang melibatkan murid,
untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak
dan keperluan materialistik murid-murid dalam kegiatan luar.

1.2. Data / Statistik

1.2.1. Entrolmen Murid

Sekolah ini mempunyai 13 buah kelas dari tahun 1 hingga tahun 6.


Walaubagaimanapun , semasa kajian dijalankan jumlah murid mengikut
enrolmen sekolah ini adalah 300. Endrolmen murid mengikut tahun
adalah seperti dalam Jadual 3 dibawah:-

Jadual 3 : Bilangan Murid 2014 hingga 2016

TAHUN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

2014 130 138 268

2015 140 135 275

2016 146 154 300

(Sumber :Takwim sekolah)

1.2.2. Bilangan Staf

Pentadbiran sekolah ini diketuai oleh En.Nadarason A/L Marutha Muthu

11
( DG 44 ) yang mula bertugas mulai 2015 hingga kini. Beliau dibantu
oleh 24 orang guru dan 3 orang staf sokongan. Bilangan guru adalah
seperti di Jadual 4 di bawah:

Jadual 4 : Bilangan Guru 2014 hingga 2016

TAHUN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

2014 - 19 19

2015 1 20 21

2016 3 21 25

(Sumber : Takwim Sekolah)

1.2.3. Pencapaian Akademik dan Kokurikulum

i. Pencapaian Akademik

Pencapaian akademik SJK(T) Ladang Tebrau telah menunjukkan


peningkatan setiap tahun dalam pencapaian UPSR . Turutan
daripadanya, bidang akademik telah menjalankan beberapa program
untuk meningkatkan pencapaian sekolahnya ke arah kecemerlangan.
Berdasarkan Jadual 5 di bawah dapat diperhatikan berlaku peningkatan
pencapaian pada peperiksaan dari tahun 2013 - 2015
Jadual 5 : Keputusan UPSR 2013 hingga 2015

12
MATA THN
2013 2014 2015
PELAJARAN % & GP

B. Malaysia % 92.30 84.21 81.82


(Penulisan) GPMP 3.36 2.16 2.32

B.Malaysia % 74.40 94.70 72.73


(Pemahaman) GPMP 3.18 2.18 2.48

B. Tamil % 89.70 78.90 84.09


(Penulisan) GPMP 2.40 2.76 2.14

B. Tamil % 87.20 84.20 86.23


(Pemahaman) GPMP 2.49 2.03 2.03

% 84.44 89.50 68.18


B. Inggeris
GPMP 2.73 1.95 2.93

% 100 81.60 97.73


Matematik
GPMP 1.69 1.97 1.84

% 84.60 81.60 93.18


Sains
GPMP 2.74 2.61 2.11

(Sumber : Takwim Sekolah)

ii. Pencapaian Kokurikulum

Pencapaian Kokurikulum SJK(Tamil) Ladang Tebrau telah menunjukkan


peningkatan setiap tahun. Berdasarkan Jadual 7 di bawah dapat
diperhatikan bahawa sekolah ini juga mencapai pelbagai kejayaan dalam
bidang kokurikulum di peringkat daerah, Aktiviti-aktivti kokurikulum
yang dijalankan boleh lihat di lampiran .

Jadual 6 : Pencapaian Kokurikulum Peringkat Daerah

13
BIL PERTANDINGAN PERINGKAT TEMPAT
2011 Pertandingan Mudball Johan Zon
2011 MSSD 100m ketiga Daerah
2012 Pertandingan Mudball Johan Zon
Pertandingan Syarahan Bahasa Tamil Naib Johan Daerah
Pertandingan Melukis Poster sempena ketiga Daerah
Hari Kebangsaan
2013 Pertandingan bercerita Bahasa Inggeris ketiga Daerah
Pertandingan Syarahan Bahasa Naib Johan Daerah
Malaysia
Pertandingan bercerita Bahasa Naib Johan Daerah
Malaysia
Pertandingan Syarahan Bahasa Tamil Naib Johan Daerah
Pertandingan Melukis Naib Johan Daerah
2014 Pertandingan bercerita Bahasa ketiga Daerah
Malaysia
Pertandingan Thirumurai ketiga Daerah
Pertandingan Science Fair ketiga Negeri
2015 Pertandingan Syarahan Bahasa Tamil Johan Negeri
Pertandingan Syarahan Bahasa ketiga Negeri
Malaysia
Lontar Peluru ketiga Negeri
(Sumber : Takwim Sekolah)

1.2.4. Kejayaan-kejayaan Sekolah

Sekolah ini telah berjaya dalam bidang kurikulum ,kokurikulum sahsiah


dan juga pengurusan kewangan.Sekolah ini telah menunjukkan
peningkatan dalam UPSR mulai tahun 2009 hingga kini. Sekolah ini juga
berada dalam band 2 .Selain itu murid Tahun 1 telah melepasi saringan
Linus iaitu 100%.Pada tahun 2010 sekolah ini juga mendapat anugerah
sijil 4 bintang dalam Penarafan Smart School Qualification Standard

14
(SSQS). Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh sekolah ini dalam bidang
kurikulum, ko-kurikulum dan Hal Ehwal Murid(HEM). Kejayaan ini
merupakan hasil kerjasama antara barisan kepimpinan sekolah. Kejayaan
sekolah ini adalah hasil usaha pemimpin, guru-guru yang penuh komited dan
murid yang berwibawa tinggi.

Jadual 7 : Senarai Penghargaan Sekolah

BIL PERKARA TAHUN PERINGKAT


1 Sijil Penghargaan Peningkatan Peratus Dan 2012 Daerah
Gred Purata Sekolah dalam UPSR

2 Sijil Kecemerlangan Pencapaian Cemerlang 2014 Daerah


100% Literasi Dan Numerasi Tahun 3 2012
(LINUS)

3 Sijil Penghargaan Program Kem Membaca 1 2014 Daerah


Malaysia Meningkatkan Prestasi Pencapaian 2012
Literasi Dan Numerasi

4 Sijil Kecemerlangan Peningkatan Peratus 2013 Daerah


Lulus Dan Peningkatan Gred Purata 2014
Sekolah dalam UPSR

5 Sijil Penghargaan Dalam Smart School 2012


Qualificatian Standard Mencapai 4 Star 2014 Daerah
(SSQS)

6. Sijil Penghargaan Sistem Pengurusan Sekolah 2014 Daerah


Kualiti
7. Sijil Kecemerlangan Peningkatan Peratus 2015 Daerah
menguasai Bagi Mata pelajaraan Dalam UPSR.

8. Sijil Kecemerlangan Peningkatan Peratus 2015 Daerah


Cemerlang Dalam UPSR.

15

You might also like