Penyusuan Susu Ibu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 53

1001 INFO TENTANG PENYUSUAN SUSU IBU

By Intan Jaliah, Wan Mas Ayu and 2 others in Kump. Ibu2 Menyusukan (Files) · Edit
Doc
(saya download ini dari salah satu website KKM kalau tak silap)

Penyusuan Susu Ibu

Pengenalan

Bersiap sedia menanti kelahiran bayi anda merupakan satu pengalaman yang
sungguh menyeronokkan. Banyak perkara yang perlu dilakukan seperti memilih
nama untuk bayi yang bakal dilahirkan, menyediakan barang-barang keperluannya
dan memikirkan cara terbaik untuk menyusukannya. Satu perkara yang perlu anda
fikirkan ialah penyusuan bayi dengan susu sendiri. Ia banyak sekali mendatangkan
faedah kepada anda dan bayi.
Walaupun penyusuan susu ibu merupakan kaedah semula jadi tetapi ia bukanlah
sesuatu yang datang dari naluri. Sama ada anda baru mula berfikir tentang
penyusuan itu atau pernah menyusukan bayi anda sebelum ini, kami boleh
membantu membimbing anda. Kami akan memandu anda, bermula dari kehamilan,
ketika penyususan sehinggalah kepada menghentikan penyusuan.

Penyusuan susu ibu: Pemberian semula jadi.

Bagi sesetengah ibu dan bayi, penyusuan dengan susu ibu berjalan dengan lancar
sejak dari awal lagi. Tetapi bagi yang lain, ia mungkin mengambil sedikit masa dan
terpaksa mencubanya beberapa kali untuk memperolehi kejayaan. Sesuatu yang
baru itu biasanya memerlukan masa dan latihan.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, anda bolehlah mendapatkan nasihat dari
jururawat semasa berada di hospital, berjumpa pakar pediatrik, penasihat
penyusuan atau kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Mereka boleh membantu
anda.
Anda harus ingat bahawa asas paling penting kepada kejayaan sesuatu penyusuan
itu ialah teknik dan kedudukan semasa penyusuan. Anda perlu banyak bersabar dan
berfikiran positif kerana penyesuaian antara anda dan bayi akan mengambil masa.
Ingatlah bahawa susu ibu bukan sekadar makanan, ia lebih dari itu. Susu ibu
mengandungi antibodi penting untuk melawan jangkitan dan mempunyai kesan
psikologi dan perubatan yang penting kepada kedua-dua ibu dan bayi. Penyusuan
susu ibu adalah pemberian semula jadi anda kepada bayi.

Persediaan semasa hamil


Sesuatu yang paling penting boleh dilakukan untuk memastikan kejayaan
menyusukan bayi ialah membuat persediaan awal semasa kehamilan. Walaupun
penyusuan ini sesuatu yang semula jadi, tetapi ia bukanlah sesuatu yang lahir dari
naluri. Dengan menghadiri kelas penyusuan bayi, anda boleh mula mempelajari
tentang penyusuan dan hubungan mesra antara anda dan bayi ketika melakukan
penyusuan itu. Sokongan dari ibu ke ibu yang diberikan oleh kumpulan sokongan ibu
di kawasan anda atau kaunselor penyusuan ini amat berguna dan berfaedah buat
anda. Dalam perjumpaan-perjumpaan ini, anda dapat berkongsi pengalaman dengan
ibu-ibu lain dan mempelajari lebih lanjut teknik menyusukan bayi dengan betul.

Adakah saya memerlukan persediaan sebelum menyusukan bayi?

Semasa kehamilan, anda tidak perlu menjaga puting atau payu dara anda secara
khusus. Pastikan coli anda dapat menyokong payu dara dengan sempurna. Oleh
kerana payu dara anda semakin membesar, anda perlu membeli coli khusus untuk
penyusuan yang dapat menyediakan ruang untuk payu dara membesar. Basuh payu
dara anda dengan air suam sahaja. Jangan gunakan sebarang sabun, losyen atau
alkohol kerana ia mungkin mendatangkan kerengsaan dan menyebabkan gatal-gatal.
Dapatkan pemeriksaan payu dara dan puting dari pakar obstetrik atau doktor
semasa kehamilan.

Bagaimana persediaan tubuh badan anda semasa kehamilan?

Jika anda hamil, secara semula jadi tubuh anda mula bersiap sedia untuk proses
penyusuan. Semasa 4 atau 5 bulan hamil, badan anda sudah berupaya
menghasilkan susu. Susu yang pertama dikenali sebagai kolostrum yang
mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi. Ia juga mengandungi bahan
yang dapat melindungi bayi daripada sebarang jangkitan.
Kolostrum adalah pekat dan berwarna kekuningan atau keperangan. Badan anda
akan menghasilkan kolostrum selama beberapa hari selepas bersalin sehinggalah
susu yang telah matang dikeluarkan. Susu ini lebih cair, berwarna seperti susu dan
mula menyesuaikan dengan keperluan bayi sepanjang masa penyusuan. Satu dari
sifat-sifat istimewa susu ibu adalah, ia berubah semasa anda menyusukan bayi
untuk disesuaikan dengan keperluan bayi yang membesar.

Bagaimana susu ibu dihasilkan?

Semasa hamil, badan akan meningkatkan penghasilan hormon yang dipanggil


prolaktin. Hormon ini akan merangsang sel dalam payu dara untuk menghasilkan
susu. Jumlah prolaktin ini akan meningkat semasa anda menyusukan bayi. Saiz payu
dara bukanlah merupakan faktor yang mempengaruhi pengeluaran susu. Bayi yang
sedang menyusu itulah yang mengawal pengeluaran susu. Dengan kata lain,
semakin kerap anda menyusukan bayi semakin banyak susu akan dihasilkan.
Oksitosin merupakan sejenis hormon lagi yang meningkat ketika kehamilan. Hormon
ini menyebabkan sel otot kecil payu dara mengecut dan memerah susu keluar dari
saluran susu ke puting. Proses ini dikenali sebagai refleks pengaliran turun yang
berlaku setiap kali anda menyusukan bayi.
Soalan Kegemaran
1. Mengapa susu badan dianggap terbaik?
2. Siapakah yang dapat membantu saya?
3. Adakah saiz penting?
4. Bekalan susu yang tidak mencukupi, adakah ia kerana keturunan?
5. Menyusu untuk sebulan sahaja, apakah ini memadai?
6. Bolehkan anda menyusukan bayi dengan puting yang tenggelam?

Mengapa susu badan dianggap terbaik?

Susu ibu dan susu formula (susu tin) adalah berbeza. Susu ibu bukan sahaja
menyediakan kesemua protein, gula, lemak dan vitamin yang diperlukan oleh bayi
untuk menjadikannya sihat, tetapi faedah-faedah lain yang tidak terdapat di dalam
susu formula. Ia membantu melindungi bayi dari serangan sesetengah penyakit dan
jangkitan. Disebabkan bahan-bahan perlindungan yang terdapat di dalam susu ibu
inilah, maka kanak-kanak yang diberi susu ibu jarang sekali diserang
penyakit/masalah berikut:

 Jangkitan dalam telinga (otitis media)


 Alahan
 Muntah
 Cirit-birit
 Pneumonia, bunyi ronkus, bronkiolitis
 Meningitis

Kajian juga telah menunjukkan bahawa penyusuan dengan susu ibu dapat
melindungi bayi dari serangan Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).
Faedah.faedah susu ibu yang lain, termasuklah:

 Mudah untuk dihadamkan oleh bayi.


 Tidak perlu disediakan.
 Tidak memerlukan perbelanjaan dan sentiasa terdapat bekalan yang mencukupi.
 Ia baik untuk alam sekitar kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak yang perlu
dibuang ke dalam tong sampah.

Penyusuan susu ibu juga dapat memberikan sentuhan fizikal, menjalin kemesraan
dan mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayinya.
Dari segi kesihatan terdapat banyak faedahnya:

 Membakar lebih banyak kalori dan membantu mengembalikan semula berat badan
anda yang dahulu dengan lebih cepat.
 Mengurangkan risiko mendapat kanser ovari dan kanser payu dara di kalangan
wanita yang belum putus haid.
 Membina kekuatan tulang serta mencegah kepatahan tulang ketika usia lanjut.
 Melambatkan kedatangan semula haid selepas bersalin, oleh itu dapat menjarakkan
kehamilan (anda perlu ingat bahawa menyusukan bayi sahaja tidak dapat mencegah
kehamilan).
 Membantu rahim kembali kepada saiz asalnya dengan cepat.

Lebih lama anda menyusukan bayi anda dengan susu sendiri, lebih banyak kebaikan
yang akan diperolehi oleh anda dan bayi, dan lebih lama pula kebaikan itu dapat
bertahan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pakar-pakar kesihatan
menyarankan ibu-ibu supaya menyusukan bayi mereka seberapa lama yang boleh,
satu tahun atau lebih lama, kerana susu ibu merupakan pemakanan yang terbaik di
samping dapat melindungi bayi dari serangan penyakit atau jangkitan.

Siapakah yang dapat membantu saya?

Selepas membuat keputusan untuk menyusukan bayi anda dengan susu sendiri,
adalah baik jika anda memperolehi sokongan sosial dari keluarga dan rakan-rakan.
Walaupun si bapa tidak dapat merasakan kemesraan yang wujud ketika penyusuan,
mereka juga berpeluang berkongsi saat-saat indah dan istimewa yang lain bersama
bayi mereka. Adik beradiknya yang lebih tua boleh membantu dengan memegang
bayi, menukarkan lampin dan bermain -main dengannya.
Sebelum bersalin, pelajari seberapa banyak yang boleh mengenai penyusuan susu
ibu. Membaca, menonton televisyen atau video mengenai penyusuan dan
berbincang sesama rakan lain yang pernah menyusukan bayi boleh membantu anda
dalam perkara ini. Anda boleh menghadiri kelas mengenai penyusuan susu ibu.
Kebanyakan hospital, klinik kesihatan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela
kesihatan mengadakan khidmat ini. Sumber-sumber seperti yang tercatat di bawah
ini boleh juga membantu anda:

 Pakar Obstetrik dan Pediatrik.


 Jururawat/Bidan.
 Kaunselor Penyusuan di hospital yang berhampiran.
 Anggota kesihatan di klinik yang berdekatan boleh membantu anda sekeluarga
mengenai teknik-teknik penyusuan susu ibu dengan betul.

Sebelum bayi anda dilahirkan, anda perlu memberitahu doktor bahawa anda telah
membuat keputusan untuk menyusukan bayi anda dengan susu sendiri. Cara yang
terbaik untuk memulakan penyusuan bayi adalah selepas 1 jam bayi dilahirkan.
Semasa anda berada di hospital, anda perlu berada di sisi bayi sepanjang masa.
Mendampingi bayi setiap ketika dapat membantu menjayakan penyusuan anda.
Berbincanglah dengan pakar Obstetrik dan Pediatrik untuk memastikan ubat-ubat
yang anda ambil tidak membahayakan bayi anda melalui penyusuan. Walau
bagaimanapun, kebanyakan ubat tidak memudaratkan, oleh itu anda tidak perlu
merasa risau.

Antara susu ibu dengan susu formula Adakah saiz penting?

Saiz payu dara bukanlah suatu masalah. Payu dara yang lebih besar bermakna ia
mengandungi lebih banyak tisu lemak. Ini tiada kaitannya dengan penghasilan susu.
Jarang sekali seseorang wanita itu dilahirkan dengan kekurangan tisu glandular
sehingga boleh menjejaskan usahanya untuk menyusukan bayi secukupnya.
(Sebenarnya, wanita yang mempunyai payu dara kecil lebih mudah mengaturkan
kedudukannya ketika menyusu berbanding mereka yang mempunyai payu dara yang
besar).
Apabila bayi anda dilahirkan, ia pasti akan mendapat susu yang cukup, jika:

 Ia disusukan sekurang-kurangnya 10 -12 kali sehari.


 Menjelang hari ketiga, bayi akan membuang air kecil sekurang-kurangnya 3 - 4 kali
sehari dan air besar sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari. Pada hari ke 6 bayi akan
membuang air kecil 6 - 8 kali sehari dan air besar 2-3 kali sehari.
 Air kencing berwarna kuning pucat dan bukannya berwarna kuning pekat atau
berwarna oren.
 Bayi akan kehilangan tidak lebih 10% dari berat badannya semasa lahir, dan
memperolehinya semula semasa melakukan pemeriksaan di minggu kedua . Selepas
itu berat badannya akan stabil.
 Bayi akan tidur lena selepas menyusu dan kelihatan sihat dan ceria.

Jangan merasa risau semasa menyusukan bayi. Bayangkan yang anda sedang
menyusukan bayi anda dan susu anda mengalir dengan begitu baik. Semuanya akan
berjalan dengan baik.
Bekalan susu yang tidak mencukupi, adakah ia kerana keturunan?

Saya sedang mengandung anak yang pertama dan akan bersalin pada bila-bila masa
sahaja. Bagi saya penyusuan susu ibu sangat penting. Saya akan menyusu bayi saya
sepenuhnya dengan susu sendiri dan melakukan yang terbaik untuknya. Dulu ibu
saya mencuba penyusuan dengan susunya sendiri tetapi beliau tidak mempunyai
susu. Apakah saya akan mewarisi masalah yang sama seperti itu?
Adalah sesuatu yang merisaukan jika kita mendengar cerita yang demikian rupa.
Kebanyakan wanita merasa terganggu dan risau beberapa lama bila mengenangkan
kisah dan cerita ibu mereka yang menghadapi masalah bersalin dan penyusuan.
Sebenarnya, kemungkinan anda menghadapi masalah fizikal yang akan menghalang
dari menyusukan sendiri bayi anda amatlah kecil.
Jarang sekali berlaku seseorang ibu itu kekurangan susu secara semula jadinya.
Kebanyakan masalah yang wujud di awal-awal minggu penyusuan adalah
sementara. Ini akan pulih apabila aktiviti penyusuan menjadi stabil. Bekalan susu
yang tidak mencukupi selalunya boleh disebabkan oleh banyak faktor.
Anda harus menggalakkan bayi anda menyusu dengan lebih kerap dalam keadaan
yang selesa. Bekalan susu akan berkurangan apabila bayi kurang disusukan,
menghadkan masa penyusuan dan kedudukan penyusuan yang tidak betul. Bayi
yang baru lahir perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 -12 kali sehari. Tetapi
kebanyakan bayi akan menyusu lebih dari itu. Semakin kerap bayi menyusu semakin
cepat payu dara anda "kosong" dan semakin banyaklah susu dihasilkan. Kebanyakan
bayi akan mengambil masa selama 30-40 minit untuk setiap penyusuan. Biarkan
bayi anda yang mengawal penyusuan sehingga ia sendiri melepaskan puting susu itu
setelah puas dan bersedia.
Beberapa faktor dari ibu yang menyebabkan susu tidak mencukupi ialah seperti
merokok, megambil kafein berlebihan (mengambil lebih dari 5 cawan kopi sehari),
penggunaan ubat penenang, antihistamina atau pil perancang keluarga. Pendarahan
atau turun darah yang serius selepas bersalin, anemia dan beguk atau hipotiroidisme
(tiroid yang kurang aktif), di samping pembedahan payu dara juga boleh
menyebabkan kekurangan bekalan susu. Jarang sekali terjadi di mana seseorang
wanita itu kekurangan tisu glandular.
Bayi juga boleh menyumbang kepada masalah kekurangan bekalan susu. Masalah
kesihatan bayi yang menyebabkan keadaan ini perlu dikenal pasti oleh doktor.
Mungkin bayi menghadapi masalah menghisap (biasanya ia bersifat sementara).
Bayi yang dilahirkan dengan frenulum (lipatan membran mukus di bawah lidah)
yang pendek atau keras akan menghadapi kesukaran menyusu sehinggalah keadaan
ini diperbetulkan atau kadangkala ia pulih dengan sendirinya.

Menyusu untuk sebulan sahaja, apakah ini memadai?


Anda tidak perlu merasa terikat untuk menyusukan bayi anda sendiri bagi suatu
tempoh yang lama, jika itu yang menggusarkan anda. Sebanyak manapun susu ibu
yang bayi anda perolehi akan memberi faedah kepadanya. Tetapkan satu matlamat,
contohnya anda ingin menyusu untuk 6 minggu pertama sahaja (jika ini boleh
membuatkan anda berasa selesa). Lakukan segala yang mungkin dalam tempoh itu
untuk memastikan bayi anda memulakan kehidupannya sebaik mungkin.
Untuk 6 minggu yang pertama itu, elak dari menggunakan susu botol atau puting
tiruan. Luangkanlah lebih banyak masa untuk menyusukan dan mendampingi bayi
anda. Anda mungkin terkejut kerana selepas 6 minggu tersebut anda masih belum
bersedia untuk berpisah dan menghentikan penyusuan susu badan. Nikmati
hubungan yang terjalin pada hari ini dan jangan terlalu memikirkan hari-hari
seterusnya.
Hubungilah anggota kesihatan atau kumpulan sokongan ibu yang mungkin dapat
membantu anda.

Bolehkan anda menyusukan bayi dengan puting yang tenggelam?


Puting yang tenggelam bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan. Sebenarnya
terdapat antara 28-35% dari wanita yang hamil kali pertama mempunyai puting
yang tidak timbul dengan sempurna (Hyttch & Baird, 1958; Blaikeley, 1953; Waller,
1946). Kehamilan merupakan tempoh penting perkembangan dan tumbesaran payu
dara. Bakal-bakal ibu yang dahulunya memiliki puting tenggelam atau mendatar kini
mungkin mendapati puting mereka mula menonjol apabila menghampiri masa untuk
bersalin. Penonjolan dan pembentukan puting akan bertambah baik setiap kali
kehamilan dan setiap kali anda melalui pengalaman menyusu anak.
Apabila anda berada dalam trimester terakhir kehamilan, anda bolehlah memeriksa
puting anda. Tekan areola di bahagian pangkal puting. Dengan menggunakan ibu
jari dan jari telunjuk, tekankannya ke dalam dada. Jika puting kekal pada kedudukan
yang sama dan tidak terjojol, ini bermakna anda memiliki puting yang leper. Tetapi
jika tekanan ini menyebabkan puting anda masuk ke dalam, ini menandakan puting
anda tenggelam. Sebenarnya , kes puting yang benar-benar tenggelam jarang
berlaku.
Anda boleh terus menyusukan bayi dengan puting yang tenggelam. Tidak
semestinya anda mesti mempunyai puting yang terjojol baru boleh berjaya
menyusukan anak. Bentuk puting ketika rehat tidak menunjukkan setakat mana ia
akan menonjol ketika bayi menghisapnya.
Kedudukan yang betul ketika menyusu adalah sangat penting. Sentuhkan bibir bayi
dengan puting anda berkali-kali dan tunggu sehingga bayi membuka mulutnya
dengan luas seperti menguap. Tarik sedikit payu dara anda ke belakang dengan
memastikan ibu jari dan jari-jari anda jauh dari areola apabila mulut bayi mula
melekap pada payu dara anda. Ini memberi ruang kepada bayi memasukkan
seberapa banyak yang boleh bahagian areola ke dalam mulutnya. Apabila bayi
diletakkan pada kedudukan yang betul, tisu payu dara dapat dihisap dengan
sempurna seolah-olah seperti puting.
Menyusu bayi dengan puting yang tenggelam kadangkala merupakan satu cabaran.
Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai puting yang tenggelam atau leper
lebih mudah terkeliru apabila menghisap. Keadaan ini berlaku apabila ia diberi puting
tiruan di awal-awal minggu penyusuannya. Kenapa ini terjadi, penjelasannya adalah
mudah. Meletakkan bayi ke payu dara anda selepas sahaja ia dilahirkan adalah
sangat penting untuk 'mengingatkannya' bentuk puting ibunya. Bayi akan menjadi
biasa dengan bentuk puting dan payu dara anda. Dalam kebanyakan kes, bayi boleh
diletakkan terus ke atas dada anda. Biarkan ia menjilat dan menghisap puting anda.
Bayi yang dibiarkan berbuat demikian sejurus selepas dilahirkan lebih berjaya
menghisap susu dari ibunya, walaupun ibu tersebut mempunyai puting susu yang
tidak terjojol. Elakkan dari mengguna puting tiruan sehingga penyusuan dengan
susu ibu telah benar-benar mantap. Jika terpaksa memberi tambahan susu formula,
picagari atau cawan boleh digunakan dari awal sementara berusaha membina
hubungan penyusuan antara anda dan bayi. Pastikan anda mendapat bantuan dan
sokongan dari pihak hospital atau kaunselor penyusuan berkaitan dengan teknik dan
kedudukan semasa menyusu sejak dari mula lagi. Dapatkan latihan yang cukup
sehingga anda benar-benar mahir tentang teknik penyusuan ini ketika payu dara
anda masih lembut dan mudah dipegang. Amatlah berguna jika anda dapat
memerah atau mengepam susu untuk beberapa minit sebelum memasukkan puting
anda ke dalam mulut bayi. Ini akan membantu pengaliran susu yang baik. Memerah
susu ke bibir bayi juga dapat menarik minat bayi anda.

Pemakanan semasa hamil

Satu ketika dahulu dipercayai bahawa ibu yang menyusukan bayi memerlukan diet
yang berkhasiat dan berkalori tinggi berbanding dengan wanita yang tidak menyusu
bayi. Maka disyorkan setiap wanita yang menyusukan bayi perlu mengambil 700-
1000 kalori tambahan setiap hari. Hari ini pendapat itu tidak lagi diterima pakai.
Seseorang ibu yang menyusu hanya perlu mengambil 200-500 kalori sahaja setiap
hari. Buku Panduan Diet Malaysia menganggarkan 2,550 kalori sehari bagi ibu yang
menyusu anak sudah mencukupi.
Selain dari tenaga, ibu yang menyusu juga memerlukan lebih protein, kalsium, asid
folik dan vitamin terutama vitamin A, C dan B. Seseorang ibu yang menyusu bayi
perlu mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat. Pilihlah makanan dari
bahan semula jadi dan dalam keadaan yang baik dan pastikan sekurang-kurangnya
5 sajian buah-buahan dan sayur-sayuran diambil setiap hari. Kurangkan
pengambilan makanan yang telah diproses atau makanan dalam tin. Adalah penting
bagi ibu-ibu baru mempunyai snek yang berkhasiat dan boleh terus dimakan kerana
mereka sering letih dan tidak berupaya untuk menyediakan sesuatu khusus buat
mereka. Makanan yang baik untuk sajian harian adalah juga baik dimakan ketika
menyusu bayi.
Untuk mendapatkan semua zat-zat makanan atau nutrien yang diperlukan, di bawah
ini disenaraikan semua makanan yang perlu diambil setiap hari:

Jenis makanan
Sajian/sehari

Makanan untuk tenaga


1 saiz sajian: 1 cawan nasi/bihun/mi 2 keping roti, 6 keping biskut 2 biji kentang
6

Makanan protein
1 saiz sajian: 1 ketul ayam, 1ekor ikan kembung bersaiz sederhana, 2 keping
tempe/tauhu 2 biji telur, 1 cawan kekacang kering/lentil
5

Susu dan hasil tenusu


1 saiz sajian: 1 gelas susu = cawan dadih 1 keping keju
2-3

Sayur-sayuran
1 saiz sajian: = cawan sayur yang dimasak
2-3 atau lebih

Buah-buahan
1 saiz sajian: 1 biji pisang/oren = biji buah jambu batu, 1 keping
betik/nenas/tembikai
2-3 atau lebih

Cecair Air, jus


Sekurang-kurangnya 8 gelas
Bagaimana diet yang diambil mempengaruhi kualiti susu anda?

Kualiti pemakanan yang terkandung di dalam susu ibu pada amnya


sentiasa mencukupi, dan jarang dipengaruhi oleh keadaan ibu, walaupun
kalori dan pengambilan pemakanan ibu tidak mencukupi. Jawatankuasa
Taraf Pemakanan Semasa Mengandung dan Laktasi dari The Institute of
Medicine, " tersangat kagum dengan bukti bahawa ibu masih mampu
menghasilkan susu yang mencukupi dari segi jumlah dan kualitinya untuk
menyokong dan menggalakkan tumbesaran dan kesihatan bayi, walaupun
bekalan nutrien dan tenaga untuk ibu itu terhad." (1991)

Ini tidak bermakna kita tidak perlu menggalakkan ibu-ibu mengambil makanan
mengikut selera mereka dan mendapatkan sekurang-kurangnya 1800 kalori sehari.
Pada dasarnya, seseorang ibu yang menyusu bayi perlu mengambil makanan yang
seimbang dan berkhasiat. Sebenarnya, kebanyakan ibu telah lama bersedia sejak
mereka hamil lagi untuk menyusukan bayi. Kita perlu ingat bahawa seseorang ibu itu
tidak perlu terlalu sempurna pemakanannya semata-mata untuk membolehkannya
menyusu.

Adakah anda perlu pantang mengambil makanan tertentu?

Kebanyakan ibu tidak perlu mengubah makanan berkhasiat yang mereka ambil
ketika menyusu. Makanan yang 'baik' dan 'tidak baik' ketika menyusukan bayi
selalunya lebih berasaskan kepada sesuatu budaya daripada keperluan fisiologi itu
sendiri. Contohnya, di kalangan kaum Red Indian bawang putih dikatakan sangat
baik untuk penyusuan tetapi di kalangan ibu-ibu berbangsa Amerika menganggap
bawang putih tidak baik dan akan mengelak dari mengambilnya ketika menyusu.

Sensitif terhadap makanan

Kadangkala bayi yang menyusui susu ibu bertindak balas terhadap sesetengah
makanan yang dimakan oleh ibunya. Anda boleh perhatikan bahawa selepas
mengambil makanan yang berempah atau makanan yang bergas, bayi anda akan
menangis atau meragam. Oleh kerana bayi yang mengalami kolik atau sakit dalam
perut juga menunjukkan gejala yang sama, cara yang terbaik untuk
membezakannya ialah dengan memerhatikan berapa lama gejala itu berlanjutan.
Jika ia disebabkan oleh makanan, gejala selalunya lebih singkat, berakhir dalam
masa kurang dari 24 jam. Tetapi jika ia disebabkan oleh kolik ia akan berlaku setiap
hari dan selalunya berlanjutan sehingga beberapa hari atau beberapa minggu.
Jika bayi anda mendapat gejala tersebut setiap kali anda mengambil makanan
tertentu, lebih baik sahaja anda berhenti mengambil makanan tersebut. Jika anda
mempunyai sejarah keluarga menghidapi alahan, termasuklah asma dan penyakit
kulit tertentu, anda perlulah elakkan dari mengambil hasil tenusu ataupun makanan
lain yang menimbulkan alahan ketika anda menyusu bayi. Anda haruslah berbincang
dengan petugas kesihatan jika ingin menukar diet anda, supaya mereka dapat
memastikan semua keperluan nutrien anda diperolehi. Sesetengah bayi tersangat
sensitif terhadap makanan tertentu di dalam diet ibunya. Anda tidak harus
mengambil tindakan sewenang-wenangnya untuk menghadkan diet anda melainkan
ada sebab-sebab tertentu yang mengganggu bayi anda. Jika bayi anda terlalu
sensitif terhadap penyusuan yang anda berikan, ini mungkin disebabkan protein
asing yang terdapat dalam susu ibu. Dalam kes ini, cuba elakkan dari makanan
tertentu yang anda syaki bertanggung jawab terhadap masalah ini, sekurang-
kurangnya selama seminggu (jangan lupa untuk membaca semua label makanan).
Jika anda dapati tiada sebarang perubahan, anda boleh mengambil semula makanan
itu. Cuba ambil makanan lain sekiranya ia merupakan penyebabnya. Mungkin
berguna jika anda menyimpan rekod makanan yang anda ambil dan tindak balas
bayi terhadap makanan ini. Ia akan membantu menyelesaikan masalah ini.

Hasil tenusu: Dalam beberapa kes kecil, ada ketikanya bayi mendapat alahan
akibat susu lembu yang terdapat dalam diet anda. Gejala yang mungkin timbul
untuk beberapa minit atau beberapa jam selepas menyusu ialah cirit-birit, ruam,
meragam dan kembung.
Untuk mengetahui sama ada bayi anda mengalami alahan atau pun tidak terhadap
hasilan ini, hentikan semua produk tenusu dalam diet anda untuk selama 2 minggu.
Kemudian ambilnya semula satu persatu setiap hari ke dalam diet anda. Saksikan
tindak balas bayi terhadapa bahan-bahan ini. Anda pasti mendapat jawapannya.

Makanan lain yang diambil yang boleh menyebabkan bayi mengalami alahan
termasuklah telur, kacang tanah dan kekacang, gandum, soya, jagung, tomato,
bawang, kubis, rempah, makanan laut, buah oren dan jusnya serta coklat.
Kopi: Cuba elakkan kafein atau kurangkan pengambilannya ketika anda
menyusukan bayi. Kafein akan terkumpul dalam sistem tubuh bayi kerana bukan
mudah untuk menyingkirkannya.. Jika meminum secawan kopi di waktu pagi
tidaklah begitu memudaratkan bayi anda, tetapi terlalu banyak kafein boleh
menimbulkan masalah seperti sukar tidur, gementar, kerengsaan dan kurang
menyusu. Anda bolehlah mengambil kopi tanpa-kafein dan juga teh. Elak dari
mengambil minuman kola serta lain-lain minuman berkarbonat yang mengandungi
kafein tambahan.
Alkohol: Elak dari mengambil alkohol semasa menyusu anak anda kerana ia boleh
menyerap ke dalam susu ibu. Jika anda memilih untuk mengambil alkohol, minumlah
selepas anda menyusukan bayi.

Merokok: Jangan merokok semasa sedang menyusu bayi atau merokok berdekatan
dengan anak-anak anda. Perokok pasif di kalangan kanak-kanak adalah merbahaya,
terutamanya di kalangan bayi. Ia boleh meningkatkan risiko sindrom kematian bayi
mengejut (SIDS).

Pada dasarnya, ambillah makanan yang terbaik dan berkhasiat setiap hari ketika
anda menyusukan bayi.

Ubat-ubatan
Kebanyakan ubat adalah selamat diambil semasa menyusu bayi, tetapi terdapat
beberapa jenis ubat yang boleh memudaratkan bayi. Untuk mendapatkan kepastian
ini, beritahu doktor atau pakar pediatrik yang anda menyusu bayi dengan susu
badan. Dapatkan pengesahan untuk semua jenis ubat termasuklah ubat yang dibeli
sendiri. Anda boleh mengambil ubat anda sebaik sahaja selesai menyusukan bayi.
Sesetengah pil perancang keluarga juga boleh mendatangkan kesan terhadap
penghasilan susu, tetapi kesan yang dialami berbeza dari seorang wanita ke seorang
yang lain. Ia juga bergantung kepada jenis pil yang diambil. Berbincanglah dengan
doktor anda.

Teknik penyusuan susu ibu

Permulaan awal

Menyusu bayi perlu dimulakan secepat mungkin sejurus selepas bayi dilahirkan.
Kajian telah menunjukkan bahawa dalam masa 2 jam selepas kelahiran, bayi berada
dalam keadaan peka yang disertai dengan refleks hisapan yang kuat. Pada masa
inilah bayi tidak sabar untuk berada dalam pelukan anda di samping menggesel dan
menjilat puting anda. Dia mungkin ingin terus menyusu dan akan melekap pada
payu dara anda untuk merasakan kenikmatan susu yang pertama (kolostrum).
Penyusuan awal ini akan meninggalkan kesan yang mendalam dan ia membantu ke
arah satu permulaan yang baik. Memulakan penyusuan lebih awal memanglah baik
tetapi dalam keadaan tertentu ianya tidak dapat dilakukan dan anda tidak boleh
memaksa bayi anda untuk menghisap susu anda. Jika ini terjadi anda tidak perlu
merasa kecewa. Terdapat ramai ibu yang lewat memulakan penyusuan susu badan
tetapi akhirnya berjaya menjalin hubungan yang baik dengan bayi mereka. Teruskan
memberi bayi anda peluang untuk menyesuaikan diri dengan kemahiran baru ini.
Penyusuan pertama selepas kelahiran
Selepas sahaja bersalin, letakkan bayi anda ke dada atau di atas perut anda,
bersentuhan kulit ke kulit. Bayi sebenarnya sangat peka terhadap persekitarannya
selepas dilahirkan, dan mereka juga selalunya lapar. Penyusuan pertamanya boleh
diberi dalam masa 30 minit hingga sejam selepas dilahirkan. Susu manusia yang
awal memberi perlindungan yang baik terhadap sebarang jangkitan. Susu ibu dapat
membekalkan zat-zat makanan atau nutrien kepada bayi untuk mencegah paras
gula yang rendah di dalam darah. Rasa awal susu yang dihisap itu akan merangsang
bayi untuk menyusu dengan lebih baik pada masa akan datang.
Jika anda bersalin dengan normal, anda boleh menyusukan bayi di katil atau di atas
kerusi dengan cara seperti berikut:

 Berbaring mengiring dengan bayi menghadap anda.


 Dukung bayi dengan kepalanya berada di atas lengan anda. Sokong dengan lembut
belakang badan dan punggung bayi.
 Ketika menyusukan bayi dengan cara ini, pastikan keseluruhan tubuh bayi menghala
ke badan anda dan bukan ke arah siling.

Jika anda melahirkan anak melalui pembedahan Caesarean, anda bolehlah menyusu
seperti berikut:

 Duduk dan letakkan satu atau dua biji bantal tambahan untuk menyokong bayi dan
melindungi luka pembedahan anda.
 Berbaring mengiring dengan bayi menghadap anda.
 Gunakan teknik kedudukan mengiring dan pastikan anda sentiasa dalam keadaan
selesa.

Jangan merasa malu untuk mendapatkan pertolongan semasa mula menyusu kali
pertama. Anda perlu melalui beberapa sesi penyusuan sebelum dapat menguasai
kemahiran ini.

Tinggal sebilik dengan bayi anda (Rooming-in)

Apabila bayi diletakkan bersama-sama anda dalam satu bilik selepas bersalin, ia
memberikan banyak masa dan peluang untuk anda berlatih menyusukannya. Amalan
tinggal bersama bayi ini telah terbukti boleh menyumbang kepada kejayaan sesuatu
penyusuan. Jika anda menghadapi kesukaran, berjumpalah penasihat penyusuan
atau jururawat. Semasa berada di hospital, anda perlu memaklumkan jururawat atau
bidan supaya tidak memberi makanan lain (susu formula atau air) atau puting sedut
kepada bayi anda. Susu formula dan air tidak perlu diberi. Ia boleh mengelirukan
bayi kerana bayi sedang belajar menyusu susu ibunya.

Menyusu bayi lebih awal dan kerap

Bayi anda perlu disusukan sekurang-kurangnya setiap 2 hingga 3 jam. Menyusu bayi
lebih awal dan kerap dapat menbantu melembutkan payu dara dan memudahkannya
untuk dipegang. Ia juga membantu mengurang atau mencegah payu dara dari
membengkak. Awasi tanda-tanda bayi lapar seperti bunyi menghisap atau
pergerakan bibir, pergerakan mata yang cepat ketika tidur dan perubahan riak
wajahnya. Cuba ramalkan rasa lapar bayi anda melalui tanda-tanda ini. Menyusu
berpandukan isyarat ini membantu menghasilkan lebih banyak susu. Lebih kerap
bayi anda menetek lebih banyak susu akan dihasilkan.

Bagaimana saya perlu menjaga payu dara saya semasa menyusukan bayi?

Menjelang hari ketiga atau keempat penyusuan , susu anda akan bertukar dari
kolostrum kepada susu yang kelihatan seperti susu skim. Payu dara akan bertukar
dari lembut kepada pejal. Jika puting meleleh, gunakan pad atau sapu tangan yang
bersih, masukkan ke dalam coli untuk menyerap susu yang meleleh. Pastikan ia
ditukar selalu. Jangan menggunakan pad plastik kerana ia menghalang peredaran
udara di sekeliling puting. Semasa menyusu, lapkan puting. Ini akan mengurangkan
rasa gatal dan kerengsaan. Anda boleh perah sedikit kolostrum dan sapukannya ke
puting atau gunakan susu atau lanolin untuk mengelaknya dari kekeringan.

Melekap

Menyentuh puting anda ke tengah bibir bayi akan merangsang bayi untuk membuka
mulutnya dengan luas. Apabila keadaan ini berlaku, cepat-cepat tarik bayi terus ke
puting dan areola anda. Ingat bahawa apabila bayi telah melekap pada payu dara
anda, putting dan sebahagian besar kawasan areola sepatutnya berada di dalam
mulutnya. Bibir dan gusi bayi seharusnya berada di sekeliling areola dan bukannya di
atas puting. Ini menunjukkan betapa pentingnya bayi membuka mulut dengan luas.
Anda boleh membantu bayi untuk melekap bibirnya ke payu dara anda. Letakkan jari
penunjuk di bawah payu dara dan ibu jari di bahagian atas (di belakang areola).
Pastikan kedudukan bayi anda betul-betul di paras payu dara anda. Pastikan juga
jari anda jauh dari areola supaya ia tidak menghalang bayi melekapkan mulutnya ke
payu dara. Kali pertama bayi menghisap anda akan terasa tarikan/sentakan pada
payu dara. Jika anda terasa sakit, seperti dicubit kemungkinan bayi salah melekap.
Masukkan jari anda di penjuru mulut bayi untuk membuka lekapan, betulkan
kedudukan bayi dan cuba sekali lagi. Ia mungkin memerlukan beberapa percubaan.
Jika puting anda tidak luka atau bermasalah, penyusuan tidak sepatutnya
menyakitkan. Jika sakit, pelekapan mulut bayi mungkin tidak betul dan anda perlu
memperbetulkannya semula.
Kedudukan lekapan adalah sangat penting kerana ia:

 Memudahkan pengaliran susu


 Mengelak puting dari membengkak.
 Memuaskan kehendak bayi anda.
 Merangsang bekalan susu yang banyak.
 Menolong mencegah payu dara dari terlalu penuh (menjadi bengkak).

Bayi menggunakan bibir, gusi dan lidah untuk menghisap susu keluar dari payu
dara. Proses ini dikenali sebagai penyusuan. Dengan hanya menghisap putting, susu
tidak akan keluar sebaliknya ia boleh menyebabkan puting terasa sakit. Kebanyakan
bayi akan menghisap dengan aktif sekali jika mereka lapar dan berada pada
kedudukan yang betul.
Untuk beberapa minggu pertama selepas kelahiran sehingga mencapai umur 4
bulan, bayi yang diberi susu ibu tidak sepatutnya diberikan makanan lain (air, air
gula, susu formula dan sebagainya) melainkan atas sebab-sebab perubatan. Bayi
yang disusukan secara berkala dan dengan berkesan akan mendapat segala bekalan
zat-zat makanan atau nutrien dan air dari susu ibunya. Sesetengah pengkaji
mendakwa jika botol dan puting sedut diberikan kepada bayi ia boleh menyebabkan
bayi kekeliruan puting dan ini mengganggu proses penyusuan susu ibu.

Apakah yang dimaksudkan dengan proses pengaliran susu (let-down )?


Refleks pengaliran susu berlaku setiap kali anda menyusu bayi. Kali pertama anda
menyusukan bayi, refleks ini akan mengambil masa beberapa minit. Selepas itu
refleks ini akan berlaku lebih cepat, selalunya dalam masa beberapa saat sahaja.
Tanda-tanda pengaliran susu adalah berbeza-beza dari seorang ibu ke ibu yang lain.
Kadangkala, apabila bayi anda mula menghisap, anda mungkin akan terasa seperti
tercucuk, berdenyut atau kesakitan dalam payu dara. Ataupun susu mula menitis
dari payu dara yang sebelah lagi. Perasaan ini dan lelehan susu yang berlaku
merupakan refleks pengaliran susu. Ini bermakna badan sedang memudahkan bayi
untuk menghisap susu. Anda mungkin terasa kekejangan yang kuat dalam rahim
ketika susu mengalir turun. Hormon oksitosin yang merangsang penghasilan susu
akan menyebabkan otot-otot pada rahim mengecut. Proses penyusuan membantu
mengembalikan rahim ke saiz asalnya. Kekejangan ini merupakan satu proses yang
normal dan ia sebenarnya menandakan satu penyusuan yang berjaya. Kekejangan
ini akan hilang dalam masa seminggu atau lebih.
Untuk membantu proses pengaliran susu berjalan lancar, ikuti petua-petua ini:

 Duduk di kerusi dengan selesa di samping menyokong tangan dan belakang anda
dengan baik. Kebanyakan ibu mendapati kerusi berayun sangat sesuai.
 Pastikan kedudukan bayi selaras dengan payu dara anda. Kedudukan yang betul
merupakan satu dari faktor-faktor penting yang menentukan kejayaan sesuatu
penyusuan itu.
 Mendengar muzik yang menenangkan fikiran dan meminum minuman yang
berkhasiat menjadikan penyusuan sesuatu yang menyeronokkan.
 Jangan merokok, meminum alkohol atau mengambil dadah terlarang. Kesemua ini
mengandungi bahan yang boleh mengganggu pengaliran susu dan mempengaruhi
kandungan susu ibu. Ianya memudaratkan anda dan bayi.
 Pakai coli untuk penyusuan dan pakaian yang memudahkan penyusuan. Coli untuk
menyusu boleh dibuka di bahagian depan untuk mendedahkan puting dan
sebahagian dari payu dara anda.
 Jika keadaan di rumah terlalu sibuk, cari satu ruang atau tempat yang sunyi terlebih
dahulu sebelum memulakan penyusuan supaya anda tidak diganggu. Kadangkala
hanya dengan memikirkan bayi anda akan memulakan pengaliran susu.

Kesakitan semasa pengaliran susu

Selalunya, di peringkat permulaan penyusuan sesetengah ibu mengalami pengaliran


susu atau refleks pancutan susu (milk ejection reflex - MER) atau refleks pengaliran
susu yang kuat. Oleh kerana kebanyakan ibu mengalami refleks ini semasa
penyusuan, ia boleh menjadikan penyusuan sebagai sesuatu yang tidak selesa.
Refleks pengaliran susu yang kuat ini berlaku disebab oleh bekalan susu yang terlalu
banyak. Jika bekalan yang banyak ini menimbulkan masalah penyusuan yang lain
seperti bayi enggan menyusu, atau tersedak dan tercekik semasa menyusu, anda
boleh berusaha mengurangkan bekalan susu selaras dengan keperluan bayi.
Contohnya, seperti menyusukan bayi dengan sebelah payu dara sahaja bagi setiap
kali penyusuan dan memerah susu dari payu dara yang sebelah lagi, akan dapat
mengurangkan masalah ini.
Susui bayi lebih kerap. Apabila payu dara telah sarat dengan susu, ibu mungkin
mengalami lebih banyak refleks pengaliran susu yang menyakitkan. Gunakan
penuam panas dan lembap untuk meredakan kesakitan. Ini boleh dilakukan sebelum
atau semasa penyusuan.

Seriawan kelenjar duktus boleh menjadi salah satu dari punca kesakitan yang
mendalam pada payu dara. Walau bagaimanapun anda tidak boleh menentukan
masalah ini secara sendirian. Jika langkah-langkah yang disebutkan di atas tidak
melegakan kesakitan, anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.
Adalah penting untuk mengetahui penyebab kesakitan pada payu dara ini dan ia
perlu diatasi. Penyusuan seharusnya memberikan anda keselesaan.

Kedudukan Penyusuan
Langkah berikut ini menerangkan cara memegang bayi dengan betul supaya ia
dapat menghisap susu dengan banyak dan mengelakkan puting dari kesakitan.

1. Betulkan kedudukan anda. Adalah lebih mudah jika anda dapat duduk untuk
memulakan penyusuan. Duduklah di atas katil, kerusi menyandar yang selesa atau
kerusi goyang. Gunakan bantal untuk mengampu belakang anda, di bawah siku dan
di atas peha untuk menyokong bayi. Lapikkan dengan bantal atau kusyen yang
lembut untuk meninggikan sedikit lutut anda. Anda perlu bertenang dan relaks tanpa
menegangkan mana-mana otot.
2. Betulkan kedudukan bayi. Bayi seharusnya baring mengiring menghala ke
badan anda. Kepalanya hendaklah diletak dalam pelukan anda manakala
belakangnya diampu dengan lengan dan pegang punggung atau paha atasnya
dengan tangan anda. Kepala, bahu dan pinggang hendaklah diluruskan. Bayi harus
dipegang di paras payu dara untuk membolehkan anda membongkok sedikit dan
tidak menyukarkan bayi untuk mencapai puting anda. Meletakkan bantal di atas riba
anda akan mengurangkan masalah ini.
3. Hulurkan payu dara anda kepada bayi. Genggam payu dara anda dengan
tangan dan diampu oleh jari-jari anda di bahagian bawahnya dan ibu jari di atas. Ibu
jari dan jari telunjuk anda sepatutnya membentuk seperti huruf 'C'. Pastikan jari-jari
anda jauh dari areola.
4. Galakkan bayi anda melekap dengan betul. Sentuhkan puting ke bibir bayi
beberapa kali. Jika bayi berpaling ke arah lain, cuitkan pipinya yang dekat dengan
anda perlahan-lahan. Bila ia memandang ke arah anda, sentuhkan bibirnya semula
dengan puting sambil bercakap-cakap dan menggalakkan bayi membuka mulutnya.
Apabila mulutnya terbuka, cepat-cepat ajukan puting ke tengah mulutnya dan
rapatkan badannya ke badan anda. Adalah penting untuk anda menarik bayi rapat
kepada anda dan bukan sebaliknya. Anda perlu melakukan percubaan ini beberapa
kali sehinggalah reaksi bayi bersesuaian dengan tindakan anda untuk memastikan
proses pelekapan ini berjalan lancar. Jika bayi gagal menyusu dengan betul, anda
mungkin terpaksa berhenti dan memujuknya sebelum mencuba sekali lagi.
5. Teknik hisapan yang berkesan. Untuk menghisap dengan berkesan, bayi
perlu memasukkan sebahagian besar dari areola dan puting ke dalam mulutnya.
Rerongga susu yang perlu diperah/ditekan untuk mengeluarkan susu terletak di
bawah areola. Gusi bayi sepatutnya melepasi puting sejauh satu inci ke bahagian
areola. Pastikan puting terletak di tengah-tengah mulut bayi dan di atas lidahnya.
Bayi hendaklah dirapatkan ke badan anda sehingga hujung hidungnya menyentuh
payu dara anda. Jika hidungnya terhalang oleh payu dara untuk bernafas,
perbetulkannya dengan mengangkat payu dara anda sedikit atau menarik bayi lebih
rapat ke badan anda.
6. Kesakitan puting. Jika bayi melekap dan menghisap dengan betul anda tidak
sepatutnya terasa sakit. Jika bayi tidak menghisap dengan betul atau anda terasa
sakit, penyusuan perlu dihentikan sekejap. Kemudian mulakannya semula. Masukkan
jari anda ke dalam mulut bayi (di sisi yang menekan payu dara) untuk menghentikan
hisapan atau menarik pipi bayi dengan lembut. Jangan biarkan bayi terus menghisap
dengan cara yang salah kerana ini akan menyebabkan puting anda membengkak
dan corak hisapan yang tidak betul ini menjadi sukar untuk diperbetulkan kemudian
nanti. Jika puting masih terus membengkak dan sakit, kemungkinan ia disebabkan
oleh hal-hal berikut:
o Jangan biarkan bayi menghisap puting anda, ini bukan cara yang betul.
Pastikan bayi membuka mulutnya dengan luas supaya puting dapat masuk ke dalam
mulutnya. Apabila bayi mencengkam terlalu kuat ketika hendak mula menghisap,
tekan rahang bawahnya dengan jari sambil menolak turun dagunya. Minta bayi anda
membuka mulutnya dengan suara yang jelas dan tegas.
o Jika puting anda masih sakit, tarikkan bibir bawah bayi semasa ia masih
menghisap dan periksa sama ada lidahnya terletak di antara bibir bawah dengan
payu dara anda ataupun tidak. Jika tidak dapat melihat lidahnya, bayi mungkin
sedang menghisapnya bersama-sama puting anda. Lepaskan bayi dari penyusuan
dan mulakan prosedur ini semula. Pastikan mulut bayi dibuka dengan luas dan
lidahnya berada di bawah puting ketika melekap.
7. Cara menghisap dengan berkesan. Kebanyakan bayi mengetahui cara
menghisap dengan betul sejak mereka dilahirkan. Sesetengah dari mereka yang lain
mengambil masa untuk belajar dan memerlukan panduan tertentu seperti yang
dinyatakan di atas. Ia memerlukan keselesaan dan kesabaran yang tinggi. Tetapi
apabila bayi mula menghisap dengan penuh bertenaga, anda akan terasa puas
apabila merenungnya. Ketika ini, otot-otot di mukanya akan bekerja lebih keras
sehingga telinganya kelihatan bergerak-gerak. Anda dapat melihat kekuatan otot
rahangnya dan dapat mendengar bunyi ia menelan. Apabila bayi telah kenyang, ia
kembali tenang, dan hisapan diperlahankan, dan hanya menelan sedikit demi sedikit.
Dia kelihatan sedang dilamun kenikmatan berada dalam pangkuan ibunya.

Isu-isu penyusuan yang lain

Masa
Biarkan bayi anda menghabiskan hisapan dari sebelah payu dara dahulu sebelum
menukarkan kepada payu dara sebelah lagi. Ini memberinya peluang untuk
menikmati susu akhir yang penting untuk tumbesaran. Biarkan penyusuan itu
berakhir apabila bayi melepaskan payu dara anda dengan tenang dan puas. Pastikan
anda menyusukan bayi sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali dalam masa 24 jam.
Susu ibu mudah dihadam dan bukanlah mustahil jika bayi anda terasa lapar semula
dalam masa satu atau satu setengah jam kemudian.

Berapa banyakkah yang dikatakan cukup?


Kebanyakan ibu merasa risau sama ada bayinya telah menyusu dengan cukup
ataupun tidak. Terdapat beberapa cara untuk mengetahuinya. Salah satu
daripadanya ialah jumlah lampin yang basah dalam sehari.
Pastikan ia telah membasahi sekurang-kurangnya 6 lampin sehari dengan air
kencingnya berwarna kuning pucat, bermula sekitar hari ke 3 atau ke 4 selepas
kelahiran. Bayi sepatutnya membuang air besar beberapa kali dalam sehari
(mungkin sekali selepas setiap penyusuan untuk beberapa minggu yang pertama).
Pada minggu pertama selepas kelahiran, bayi anda sekurang-kurangnya membuang
air besar sebanyak 2 kali sehari. Kemudian meningkat kepada sekurang-kurangnya 5
kali sehari apabila berusia 1- 4 minggu. Semakin meningkat usia bayi semakin
kurang ia membuang air besar dan kadangkala tidak membuang langsung untuk
beberapa hari. Najis bayi yang menyusu dengan susu ibu kurang berbau berbanding
bayi yang menyusu dengan susu formula.
Pola atau corak penyusuan bayi juga sangat penting sebagi tanda ia menetek
dengan secukupnya. Bayi yang baru lahir akan menyusu setiap 11/2 hingga 3 jam
dalam masa 24 jam. Jika bayi tidur dengan nyenyak untuk selama lebih 4 jam dalam
dua minggu yang pertama selepas kelahiran, kejutkannya untuk disusui. Adalah
penting bayi melekap dengan betul semasa menyusu (Lihat Melekap). Dengarkan
bunyi tegukan untuk mengetahui yang bayi anda menelan susu dan bukan hanya
menghisap. Juga perhatikan gerakan rahang yang perlahan dan mantap semasa
menghisap susu.
Bayi anda sepatutnya memperolehi berat badan yang stabil selepas minggu pertama
kelahiran. Pada minggu pertama, sesetengah bayi kehilangan berat badan beberapa
auns tetapi memperolehinya semula di akhir minggu kedua. Doktor atau jururawat
akan mengambil ukuran berat badan bayi anda setiap kali lawatan. Ingat bahawa
bayi anda mungkin lebih kerap menyusu semasa pertumbuhannya memuncak.
Tanda-tanda bayi mendapat susu yang mencukupi:

 Sekurang-kurangnya 6 lampin basah setiap hari dan membuang air besar yang cair
berwarna kekuningan 2- 5 kali sehari. Ini bergantung kepada umur bayi.
 Pastikan najis bayi tidak berwarna putih atau kelabu.
 Peningkatan berat badannya stabil selepas minggu pertama kelahiran.
 Air kencingnya berwarna kuning pucat dan bukannya berwarna kuning pekat atau
jingga.
 Tidurnya nyenyak, bayi kelihatan cergas ketika bangun tidur.

Adakah saya perlu memberi air?


Kebanyakan bayi yang menyusu susu ibu tidak memerlukan air, vitamin, atau ferum
selama 6 bulan yang pertama. Susu ibu menyediakan semua cecair dan zat-zat
makanan yang diperlukan oleh bayi untuk terus sihat. Apabila umur bayi mencapai 6
bulan, anda boleh mula memperkenalkan makanan yang kaya dengan ferum.
The American Academy of Pediatrics dan The American Academy of Pediatric
Dentistry telah mengesyorkan, bayi yang menyusu susu ibu (mahupun bayi yang
menyusu dengan susu botol) tidak perlu diberi florida tambahan untuk 6 bulan
pertamanya. Selepas berumur 6 bulan, berjumpalah pakar pediatrik untuk
mengetahui sama ada anda perlu memberinya florida tambahan. Jika bayi anda
tidak boleh atau enggan menyusu atau anda menghadapi masalah menyusukan
bayi, adalah penting berjumpa doktor atau pakar pediatrik secepat mungkin.
Keengganan menyusu mungkin disebabkan penyakit yang memerlukan perhatian
segera.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyusukan bayi?


Sesetengah bayi hanya menyusu selama 10 minit dari setiap payu dara, manakala
yang lainnya lebih lama. Sesetengah bayi masih menghisap walaupun mereka
kelihatan seperti tertidur. Jika bayi anda tertidur ketika menyusu, atau anda perlu
menamatkan penyusuan sebelum bayi anda berhenti, leraikannya dengan
memasukkan jari ke dalam mulut bayi ketika bibirnya masih melekap pada payu
dara anda. Gunakan jari untuk meleraikan mulut bayi. Jangan sekali-kali menarik
puting anda tanpa meleraikan hisapannya.

Menyusu dengan kedua-dua payu dara


Apabila anda menyusu, selang-selikan antara kedua-dua payu dara anda (anda
boleh meletakkan tanda pada coli untuk mengingatkan sebelah mana yang telah
dihisap sebelum ini). Sememangnya anda ingin kedua-dua payu dara dihisap sama
rata, tetapi sesetengah bayi mungkin hanya lebih suka kepada satu payu dara
sahaja dan menetek lebih lama di sebelah itu. Jika ini terjadi, payu dara anda akan
menyesuaikan keadaan mengikut keperluan bayi. Ingat bahawa bayi andalah yang
mengawal berapa banyak susu yang perlu dihasilkan. Oleh yang demikian, adalah
penting anda menyusukan bayi dengan kedua-dua belah payu dara supaya kedua-
duanya mendapat rangsangan yang cukup untuk menghasilkan susu. Lama-
kelamaan anda akan mengetahui pola penyusuan bayi anda yang sebenar. Setiap
bayi mempunyai caranya yang tersendiri. Sesetengahnya cepat dan sesetengahnya
lambat. Memahami corak atau pola pengambilan susunya akan memudahkan anda
menentukan sama ada bayi anda lapar, kenyang, kekerapannya menyusu dan
berapa lama masa yang diperlukan untuk setiap penyusuan.

Muntah susu, tersedu dan lain-lain reaksi


Muntah susu atau jeluak merupakan tindak balas biasa yang terjadi di kalangan bayi
semasa atau selepas menyusu. Sesetengahnya lebih mudah muntah berbanding
dengan yang lain. Anda tidak perlu risau apabila bayi anda muntah. Tidak seperti
bayi yang meminum susu formula, muntah yang dikeluarkan oleh bayi yang
menyusu dengan susu ibu tidak begitu berbau dan tidak melekat pada kain atau
linen. Jika bayi anda selalu muntah susu, lakukan perkara berikut:

 Cuba menyusu dalam keadaan yang tenteram, tenang dan menyeronokkan.


 Elakkan dari sebarang gangguan, bunyi bising, cahaya yang terlalu terang dan
gangguan-gangguan lain.
 Sendawakan bayi sekurang-kurangnya 2 kali semasa menyusu.
 Pegang bayi anda tinggi sedikit semasa menyusu.
 Pegang dan tegakkan selepas menyusu.
 Jangan menggomol atau bermain dengan lasak bersama bayi selepas sahaja
menyusukannya.

Jika bayi anda muntah berulang kali, terutama jika muntahnya keluar memancut-
mancut, dapatkan nasihat doktor secepat mungkin. Kebanyakan bayi akan tersedu
dari masa ke semasa. Jika ini berlaku, anda masih boleh meneruskan penyusuan
kerana sedu akan berhenti dengan sendirinya.

Hubungan penyusuan dan penyesuaian selepas bersalin


Peringkat awal selepas bersalin atau postpartum merupakan saat berlakunya
perubahan besar. Anda mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk merasa
selesa menjaga dan menyusukan bayi anda sendiri. Mengurangkan aktiviti-aktiviti
luar di sepanjang tempoh yang mencabar ini membolehkan anda mendapat rehat
yang diperlukan. Anda dan bayi akan dapat menjalinkan hubungan penyusuan yang
mesra. Berbekalkan persediaan, maklumat serta sokongan yang baik, kebanyakan
ibu yang menyusukan bayi akan dapat menghadapi saat-saat selepas bersalin
dengan baik. Jika tidak, dapatkan bantuan dari jururawat atau badan-badan
sokongan sosial yang ada di tempat anda.

Bekalan susu yang terlalu banyak


Sesetengah ibu menghasilkan susu terlalu banyak dan berlebihan. Bekalan yang
berlebihan boleh menimbulkan banyak masalah sampingan ketika menyusu. Bayi
mungkin agak cerewet semasa menyusu, melepaskan hisapan terutama semasa
susu memancut keluar. Kadangkala mereka tersedak dan tercekik ketika menyusu.
Mereka kelihatan lapar setiap masa. Sebenarnya sesetengah ibu yang banyak
susunya masih menyangka mereka tidak mempunyai susu yang mencukupi! Bayi
mereka kelihatan seperti tidak gemar menyusu. Mereka akan melepaskan hisapan
dan menangis sebaik sahaja mula disusui. Ibu pula akan merasa tersinggung. Bayi
akan menyusu sekejap sahaja, mudah kembung dan muntah. Lazimnya bayi-bayi ini
adalah sihat, berat badan meningkat dengan baik, purata 4-8 auns seminggu. Najis
mereka mungkin cair dan berwarna hijau. Ibu yang berlebihan susu selalunya
mengalami lelehan susu yang banyak di antara masa penyusuan. Saluran susunya
mudah tersumbat dan terdedah kepada jangkitan kuman.
Antara perkara yang disyorkan bagi ibu yang mempunyai susu berlebihan ialah
menyusukan bayi dengan sebelah payu dara untuk jangkamasa 3 - 4 jam. Dalam
tempoh itu jika bayi anda ingin menyusu beberapa kali berikan payu dara yang
sama. Selepas 3 - 4 jam, tukar ke payu dara sebelah lagi dan terus mengulangi
corak ini. Untuk dua hari yang pertama, anda perlu memerah sedikit susu dari payu
dara yang tidak dihisap dalam sela masa berkenaan supaya merasa lebih selesa.
Dengan cara demikian ia membolehkan bayi mendapat susu akhir yang kaya dengan
zat serta dapat memberi kepuasan yang lebih lama. Ia juga boleh mengurangkan
kembung dan ketidakselesaan yang dialami oleh bayi.
Mengekalkan kedudukan yang betul sepanjang penyusuan adalah mustahak. Ibu
yang memiliki bekalan susu berlebihan kerap mengalami kecederaan puting
disebabkan bayi melongsor turun setelah lama menyusu. Ini adalah salah satu cara
bayi mengendalikan segala susu yang diterimanya. Susu akan dibiarkan sahaja
mengalir keluar dari mulutnya. Jika bayi anda melongsor, perlahan-lahan leraikan
hisapannya dengan memasukkan jari di antara gusinya. Kemudian biarkan bayi
melekapkan semula keseluruhan mulutnya ke tisu payu dara anda.
Jika bayi anda muntah dan tercekik semasa menyusu, cuba bersandar untuk
menyusukannya. Anda boleh lepaskan bayi dari payu dara anda ketika susu
memancut keluar, ini boleh berlaku beberapa kali setiap kali penyusuan. Tadah susu
di dalam lampin atau di dalam cawan. Tenteramkan bayi sebelum membawanya
semula ke payu dara anda.
Adalah penting bagi anda memantau jumlah air kencing bayi apabila membuat
perubahan corak penyusuan. (Sila lihat Tanda-Tanda bayi mendapat susu yang
mencukupi).
===================================================
======
2)
Susu Ibu
Oleh Masmarissa Ciut

Susu ibu ialah cecair yg dihasilkan secara semula jadi dan psikologi untuk bayi
manusia.Saintis terus menemui kelebihan kelebihan terbaru yg ada pada susu ibu.
Berbanding susu formula, susu ibu kerap bertukar berdasarkan keperluan bayi. Susu
formula tetap sama tanpa mengira keperluan dan usia bayi.Susu ibu berubah
berdasarkan usia bayi...
Didapati ada dua lapisan lemak (hindmilk) dan cair (foremilk).Kandungan susuibu
adalah 88% air,jadi tidak hairanlah mengapa palisan yg cair itu lbh byk dr yg pekat.
Ini juga merupakan sbb utama mengapa bayi yg berumur kurang daripada 6bulan
tidak perlu diberikan sebarang air tambahan.

 susu ibu untuk bayi pra-matang menandungi kandungan protein yg tinggi


 susu ibu bg bayi usia lapan bulan pula mpunyai kalori yg tinggi berbanding bayi
berusia sebulan
 susuibu berubah mengikut cuaca..dlm cuaca panas susu ibu mengandungi lebih byk
cecair.dlm cuaca sejuk ia mengandungi lebih byk lemak
 susu ibu berubah dari segi rasa bergantung kpd jenis pemakanan ibu.Ini memberi
peluang kpd bayi utk mencuba pelbagai jenis rasa sepanjang tempoh penyusuan

===================================================
=======

sekadar renungan.....

Susu ibu menyelamatkan nyawa

Risiko kematian bayi dan kanak-kanak kecil di negara membangun meningkat 10


hingga 15 kali bagi mereka yang tidak menyusu badan pada usia tiga bulan
pertama. Kebanyakan kematian berpunca penyakit cirit-birit yang serius.
Kajian pula menunjukkan 40,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari (28 orang
setiap satu minit) di negara-negara membangun. Mereka adalah mangsa
kekurangan zat makanan.
Untuk itu United Nations International Childrens Fund (UNICEF) telah mengenal
pasti tujuh cara berkesan menyelamatkan jutaan nyawa kanak-kanak. Salah satu
caranya adalah meningkatkan kadar penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu.
Meskipun angka kematian begitu tinggi di negara-negara membangun dan mundur
ini tidak bererti negara maju terkecuali. Di Amerika dan barat Eropah banyak kes
Sudden Death Of Unknown Cause (SIDS) atau Cot Death dilaporkan berlaku.
Dan kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang meninggal akibat ini terdiri
daripada kanak-kanak menvusu botol.
Oleh demikian kempen penyusuan ibu amat digalakkan di negara mundur sebagai
pilihan untuk tidak menyusu botol kerana sistem bekalan air di negara tersebut tidak
bersih. Walaupun penyusuan botol di negara kita selamat dan terjamin, penyusuan
ibu tetap yang terbaik.

Mengapa tidak menyusu?


Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan
Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di
kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-
ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman
dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal,
menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri
terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang
bimbang buah dada akan melendur.
Sekiranya anda salah seorang yang menghuraikan alasan tersebut, jelas
pengetahuan anda mengenai susu ibu terlalu cetek. Tempoh dua tahun bagi yang
menyempurnakan susuan atau sekurang-kurangnya enam bulan pertama amat
berharga. Bukankah anak itu anugerah Tuhan yang tidak ternilai, mereka berhak
mendapat makanan terbaik.

Khasiat dan kebaikan susu ibu


Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak
lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam
imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna
kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan
proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang
tinggi serta lebih sel darah putih.
Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema
dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu
digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan
kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu
mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada.
Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak
mungkin.
Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu.
Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak
dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia
mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah
mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan
mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.
Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang
melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes)
yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan
penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya
si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan
hadir di dalam susu ibu.
Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar
kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada
usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan
bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan
menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu
berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.
Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung
akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun
bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi
penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu
meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England
dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya
mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.
Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic
dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk
pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

Susu ibu menguntungkan wanita


Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan
asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan
punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh
melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.
Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan
anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi,
sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi
membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan
berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.
Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda
kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan
dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah
berkesan merancang keluarga.
Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan
kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih
antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil
prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan
merangsangkan perasaan keibuan.
Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan
bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan
paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih
mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.
Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan
membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa
diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk
membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan
sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja,
masa dan tenaga.
Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga
kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak
bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu
memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi
WANITA, MEI 1996, BIL:322,M/S 122-124

===================================================
=======

20 Perkara Perlu Tahu Tentang Penyusuan

Dari Sumber Majalah PA&MA Ogos 2008

1. Penyusuan pertama seelok2nya dilakukan secepat mungkin slps bayi dilahirkan,utk


meransang penghasilan dan pengeluaran
2. Sebelum menyusukan bayi,ibu haruslah melembutkan payudara dgn meletakkan
tuala hangat pada payu dara
3. Susu badan mengandungi 87.5 peratus air.Oleh itu,bykkan minom air sekurangnya
enam hingga lapan gelas sehari.
4. Semakin kerap ibu menyuskan bayinya, semakin banyak susu dihasilkan.
5. Ibu yg menyusukan secara eksklusif akan kerap lapar
6. Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan mkn apa saja makanan yang dimkan oleh
ibunya.Ibu harus mengawal mengambilan kafein, gula krn ia mudah meresap dlm
tubuh
7. Ibu2 digalakkan kerap menyusukan anak waktu mlm kerana tahap prolaktin tinggi
8. Ibu hendaklah berhati hati semasa mencuci payudara.Elakkan drpd menyapu sabun
pd bghn aerola dan puting
9. Mencuci payudara dgn air suam adalah terbaik
10. Payudara yg penuh dan tidak diperah akan menyebabkan bengkak dan rasa tidak
selesa
11. Bayi yg minom susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit krn susu ibu
mengandungi antibody yg berupaya melawan penyakit
12. Vitamin A,B komples,C dan Asid folik antara vitamin penting perlu semasa
menyusukan bayi
13. Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula
14. Menyusukan bayi dgn susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal
dgn lebih cepat
15. Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi
16. Hormon oxytocin yg terkandung dlm susu ibu membantu mengecutkan rahim
17. 80 peratus sel dlm susu ibu terdiri drpd 'makrofaj'. Sel tersebut berfungsi utk
mbunuh bakteria,fungus dan virus
18. Menyusukan bayi dgn susu ibu mengurangkan risiko obesiti dikalangan kanak kanak
19. Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak,karbohidrat,dan protein yg tepat utk
keperluan bayi mengikut tahap umur mereka
20. Ibu yg menyusu tidak boleh mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor

Dari Sumber Majalah PA&MA 2008


@ Masthura Isa
===================================================
======
SusuIbu Tidak Akan Menyebabkan Anak Obes..
Adalah normal bg bayi yg menyusu susuibu mengalami peningkatan berat badan lbh
cepat berbanding bayi yg menyusu susu formula di awal 2-3bulan
pertama.Kemudian berat badannya akan mula berkurangan terutamanya di antara
usia 9-12bulan.
Sehingga kini,TIADA kajian membuktikan bayi yg menyusu susuibu akan menjadi
individu bersaiz besar juga apabila meningkat dewasa.Faktanya,terdapat kajian
menunjukkan bahawa bayi yg menyusu susuibu kurang berisiko utk menjadi kanak-
kanak yg obes berbanding bayi yg menyusu susu formula.Bayi yg mengalami
pertambahana berat badan lbh cepat sewaktu bayi biasanya akan menyusut berat
badannya apabila mula bergolek,merangkak,berjalan dan berlari. Ini kerana dia
terlalu sibuk dgn aktivitinya sehingga kadangkala kurang mkn berbanding sblm ini.
Lemak yg tersimpan sblm itu digunakan sepenuhnya utk memenuhi keperluan diri
utk meneruskan aktiviti fizikal di usia kanak-kanak..
Ingat! susuibu adalah makanan paling sempurna.Ia tiada kalori kosong.Amaun
lemak atau kalori dlm susuibu tidak dipengaruhi oleh pengambilan lemak atau gula
dlm pemakanan kita. Walaubagaimanapun,kita boleh mengubah jenis lemak di dlm
susuibu dgn mengubah jenis lemak yg diambil.
Jangan sesekali hadkan penyusuan bayi dgn mengehadkan masa menyusu terus dr
payudara atau menggunakan puting kosong utk mengalih perhatian bayi dgn
harapan bayi mengurangkan sesi penyusuan susuibu.Tindakan sebegini boleh
menggugat pertumbuhan bayi krn bayi memerlukan nutrien dan lemak utk
pertumbuhan otak dan fizikal yg sihat.Hanya dgn berterusan menyusukan bayi,kita
dpt memastikan bayi mendapat keperluannya dgn sempurna selain penghasilan
susuibu dpt dikekalkan.
Info Dari Pn.Rita Rahayu Omar

Nurul Fatien
=============================================
======
Kolostrum
By Masmarissa Ciut and Norfazilah Saari

Allah swt Maha Kaya dan Maha Pencipta.DIA telah mencipta kolostrum (susu awal
ibu) dgn hikmahnya yg tersendiri.Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang
terpenting bagi bayi yg baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel-sel hidup yang
mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi
formal(BCG,DPT,Vaksin,Polio dan lain-lain).Inilah merupakan satu contoh sumber
bukan nutrisi yang hanya terdapat didalam susuibu ciptaan Allah...

Kolostrum berwarna kekuningan dan pekat adalah cecair yg dihasilkan pada hari
pertama sehingga hari ke 10.Ia kaya dgn protein dan antibodi. Walaupun kuantitinya
amat sedikit berbanding susu sebenar,ia tetap mencukupi utk keperluan bayi pada
hari pertama.

Anak yang minum susuibu berisiko rendah mendapat jangkitan telinga,sakit


alahan,obesiti,dan sindrom kematian bayi (SIDS), selain kurang masalah
pergigian,cirit-birit dan mempunyai tahap kecerdasan (IQ) yang tinggi.
#avg_ls_inline_popup{position: absolute;z-index: 9999;padding: 0px 0px;margin-
left: 0px;margin-top: 0px;overflow: hidden;word-wrap: break-word;color: black;font-
size: 10px;text-align: left;line-height: 130%;}
===================================================
========
Adakah saya mempunyai susu yang cukup
By Tini Nisha Wirdas and Siti Suraida Mazlan · Suntingan terakhir sekitar 6 bulan lalu
· Edit Doc · Padam
http://susu-terbaik.blogspot.com

Kebanyakan wanita yang pertama kali melahirkan anak pasti akan berasa bimbang
sama ada bayi akan mendapat susu yang cukup. Lebih-lebih lagi wanita yang
mempunyai saiz buah dada yang kecil. Jangan panik kerana saiz buah dada tidak
mempengaruhi banyak atau sedikit susu yang dihasilkan.

Ramai wanita yang pertama kali melahirkan anak akan merasakan yang bayi mereka
tidak mendapat susu yang cukup. Ini berdasarkan mereka tidak berasa bengkak
pada buah dada yang menandakan badan mereka telah menghasilkan susu pada
hari pertama kelahiran. Pastikan anda tidak memberikan bayi anda susu Formula
sama sekali, kerana walau pun buah dada tidak bengkak, badan akan menghasilkan
susu yang dipanggil kolostrum pada hari-hari pertama anda melahirkan bayi.

Susu ini berwarna sedikit kekuningan dan dihasilkan pada jumlah yang sedikit. Ia
mengandungi khasiat yang sangat tinggi serta mempunyai antibodi yang boleh
membantu bayi melawan penyakit. Walau pun ia dihasilkan pada jumlah yang
sedikit, ia mencukupi keperluan bayi kerana pada ketika ini perut bayi adalah sangat
kecil.

Apabila bayi sering menangis, ramai ibu bapa yang bimbang bayi mereka tidak
mendapat keperluan susu yang cukup. Bagaimana pun kelaparan hanyalah salah
satu dari banyak punca mereka menangis. Selain dari lapar, bayi juga akan
menangis sekiranya lampin mereka basah, kembung perut dan juga keperluan kasih
sayang.

Sebenarnya hampir kesemua ibu dapat mengeluarkan susu yang mencukupi untuk
bayi mereka. Manusia tidak akan berkembang jika ini tidak berlaku. Terdapat
sebilangan kecil wanita yang tidak mempunyai susu yang cukup, tetapi ini jarang
berlaku. Biasanya ini ada kaitan dengan masalah kesihatan (seperti pembedahan
buah dada, pil perancang). Kebanyakan masalah ini dapat diperbetulkan.

Wanita mempunyai 2 buah payudara, bermakna mereka juga dapat menyusukan


kembar. Jadi ini adalah alasan menunjukkan ibu yang mempunyai 2 payudara dapat
mengeluarkan susu yang cukup untuk 1 bayi.
Susu badan tidak dapat diukur menggunakan alat-alat yang saintifik, jadi adalah
penting untuk anda mengetahui samada bayi anda mendapat susu yang cukup atau
tidak.

Di bawah disertakan panduan-panduan yang dapat membantu ibu-ibu memastikan


keperluan susu bayi adalah mencukupi :

* Susu anda akan 'ada' selepas 2-5 hari bayi dilahirkan. Bayi anda dilahirkan dengan
lebihan cecair di dalam tisu-tisunya dan akan dibuang dalam masa 48 jam selepas
lahir. Berat akan berkurang 7 - 8 auns. Buah pinggang bayi yang belum matang
tidak akan mampu mengawal sejumlah besar cecair ketika ini. Amaun kolostrum
yang kecil (cecair kuning pekat yang keluar dari payudara sebelum susu 'keluar')
adalah sesuai untuk sistem penghadaman bayi baru lahir dan menyediakan antibodi
yang penting. Dalam masa 24 jam pertama, anda akan mengeluarkan 37 ml
kolostrum. Bayi akan mendapat 7 - 14 ml setiap penyusuan.

Biasanya pada hari kedua atau ketiga, payudara anda akan mula berasa 'lain', lebih
panas, penuh dan berat. anda akan mula mengeluarkan susu transitional (gabungan
kolostrum dan susu matang, berwarna kekuningan). Jika tiada berlaku perubahan
pada payudara anda dan bayi anda kelihatan lapar selepas setiap penyusuan,
hubungi doktor anda dan timbang bayi.

* Bayi anda sepatutnya melekat dan menghisap (secara berganti-ganti laju dan
perlahan) selama 10-15 minit pada setaip payudara. Selepas menyusu dia akan
kelihatan puas dan tertidur ketika di payudara kedua. Jika dia tertidur dan tidak
mengambil susu di payudara kedua, cuba bagi dua masa menyusu di antara kedua-
dua payudara. Jika dia tertidur, dia akan mendapat susu selama 5 minit bagi kedua
payudara dari 10 minit untuk sebelah sahaja. Anda patut mendengar bayi anda
sentiasa menelan ketika menyusu

* Bayi yan baru lahir perlu menyusu 8 kali dalam masa 24 jam. kebanyakan bayi
baru lahir akan menyusu 10-12 kali atau lebih. Ini termasuk penyusuan yang
panjang dan penyusuan yang pendek. Menyusu setiap 1 1/2 - 3 jam sepanjang
siang dan setiap 4 jam pada waktu malam. Tetapi jangan sangka bayi anda akan
menyusu mengikut jadual 4 jam - bayi anda tidak akan bertambah berat badan.
Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda untuk menyusu.

* Apabila susu anda telah ada. payudara akan terasa penuh sebelum penyusuan dan
lembut selepas penyusuan. Anda mungkin melihat susu menitis daripada payudara
sebelah ketika bayi menyusu di payudara lain. Ini adalah tanda susu anda 'keluar'.
Badan anda tidak tahu anda tidak menyusukan kembar, jadi susu akan keluar
serentak. Sesetengah ibu akan berasa ketegangan, pengerasan atau seperti dicucuk
jarum ketika susu keluar. Sesetengahnya tidak berasa sedemikian sehingga
beberapa minggu.

* Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis bayi. Selain pertambahan berat
badan, ini juga pertunjuk yang baik menunjukkan berapa banyak bayi anda
menyusu.

Untuk beberapa hari selepas lahir, bayi akan membuang najis berwarna gelap. ini
adalah najis yang disimpan sejak sebelum kelahiran. Dalam 1 ke 2 hari susu anda
mula ada, najisnya akan bertukar warna dan kekerapan. ketika peralihan ini, najis
akan berwarna keperangan atau kehijauan dan dalam bentuk cair dan tidak
terbentuk. Apabila berumur 4 ke 5 hari, dia akan mula mengeluarkan 'najis susu'
berwarna kekuningan dan berbiji. Dia patut membuang air besar 2-5 kali sehari
dalam masa 24 jam dan mungkin akan membuang air besar selepas setiap
penyusuan untuk beberapa minggu pertama. Jika najisnya berkurangan ini
bermakna dia tidak mendapat susu yang mencukupi.

Semasa beberapa hari pertama, bayi anda hanya akan kencing 1 atau 2 kali sehari
kerana dia hanya menerima kolostrum. Selepas susu telah ada, dia patut kencing 6-
8 kali dalam masa 24 jam. Agak sukar untuk mengetahui berapa kerap bayi anda
kencing kerana lampin pakai buang biasanya mempunyai gel yang menyerap air
kencing agar sentiasa kering. Jadi anda boleh meletakkan tisu tandas didalam
lampin itu utntuk menolong anda. Air kencing itu sepatutnya pucat, tiada berwarna
and kurang berbau. Air kencing yang gelap menandakan bayi anda tidak mendapat
susu yang mencukupi.

* Kebanyakan ibu-ibu mengalami ketegangan pada puting pada peringkat awal


penyusuan. Ketidakselesaan ini akan bertambah buruk apabila bayi menghisap buat
kali pertama. Jika sakit berterusan ketika penyusuan, puting pecah atau berdarah,
atau sakit melebihi 1 minggu ini bermakna bayi anda tidak menghisap dengan betul.
Ini bukan sahaja menyebabkan anda tidak selesa tetapi juga menyebabkan bayi
anda tidak mendapat susu yang mencukupi.Periksa berat bayi anda dan hubungi
mereka yang arif mengenai penyusuan badan yang dapat menilai teknik penyusuan
anda. Cara menghisap yang salah mudah untuk diperbetulkan.

* Satu cara mudah untuk memastikan bayi anda mendapat susu yang cukup ialah
dengan memeriksa berat secara kerap. Adalah biasa untuk bayi kurang berat badan
5-7 % dari berat asal dalam beberapa hari pertama (tetapi jika melebihi 10% perlu
pemerhatian). Anda perlu menanya berat bayi anda ketika keluar dari hospital
kerana ini adalah berat yang perlu anda perhatikan untuk mengira pertambahan
berat badannya bukan berat ketika lahir. Contohnya jika berat bayi anda ketika lahir
adalah 7 lbs 8 oz. 48 jam kemudian ketika meninggalkan hospital berat bayi anda
adalah 7 lbs 1 oz. Apabila susu mula keluar, berat bayi patut bertambah 1 auns
setiap hari untuk beberapa bulan pertama. Kebanyakan bayi akan kembali ke berat
ketika lahir dalam masa 2-3 minggu. Untuk melihat peningkatan berat, boleh
membuat pemeriksaan selepas 2 minggu. Sepatutnya bayi juga akan mempunyai air
kencing dan najis yang elok. Masalah penyusuan lebih mudah diperbaiki jika
dikenalpasti dan dirawat awal.

(Sebagian petikan adalah dipetik dari :http://www.mybengkung.com)


========
================================================
SusuIbu Tidak Akan Menyebabkan Anak Obes..
By Masmarissa Ciut and Umi Nur Aleesya Miasara

Adalah normal bg bayi yg menyusu susuibu mengalami peningkatan berat badan lbh
cepat berbanding bayi yg menyusu susu formula di awal 2-3bulan
pertama.Kemudian berat badannya akan mula berkurangan terutamanya di antara
usia 9-12bulan.
Sehingga kini,TIADA kajian membuktikan bayi yg menyusu susuibu akan menjadi
individu bersaiz besar juga apabila meningkat dewasa.Faktanya,terdapat kajian
menunjukkan bahawa bayi yg menyusu susuibu kurang berisiko utk menjadi kanak-
kanak yg obes berbanding bayi yg menyusu susu formula.Bayi yg mengalami
pertambahana berat badan lbh cepat sewaktu bayi biasanya akan menyusut berat
badannya apabila mula bergolek,merangkak,berjalan dan berlari. Ini kerana dia
terlalu sibuk dgn aktivitinya sehingga kadangkala kurang mkn berbanding sblm ini.
Lemak yg tersimpan sblm itu digunakan sepenuhnya utk memenuhi keperluan diri
utk meneruskan aktiviti fizikal di usia kanak-kanak..
Ingat! susuibu adalah makanan paling sempurna.Ia tiada kalori kosong.Amaun
lemak atau kalori dlm susuibu tidak dipengaruhi oleh pengambilan lemak atau gula
dlm pemakanan kita. Walaubagaimanapun,kita boleh mengubah jenis lemak di dlm
susuibu dgn mengubah jenis lemak yg diambil.
Jangan sesekali hadkan penyusuan bayi dgn mengehadkan masa menyusu terus dr
payudara atau menggunakan puting kosong utk mengalih perhatian bayi dgn
harapan bayi mengurangkan sesi penyusuan susuibu.Tindakan sebegini boleh
menggugat pertumbuhan bayi krn bayi memerlukan nutrien dan lemak utk
pertumbuhan otak dan fizikal yg sihat.Hanya dgn berterusan menyusukan bayi,kita
dpt memastikan bayi mendapat keperluannya dgn sempurna selain penghasilan
susuibu dpt dikekalkan.
Info Dari Pn.Rita Rahayu Omar
===================================================
=======
10 Mitos Penyusuan Susu Ibu...
By Shamsila Shamsuddin, Umi Nur Aleesya Miasara and Masmarissa Ciut

Tugas menyusukan bayi bukanlah terlalu sukar tetapi akan menjadi sukar bila ada
pelbagai 'nasihat' yg mengelirukan para ibu terutama yg baru pertama kali
menyandang gelaran ibu...
Percaya atau tidak antara tip kejayaan penyusuan adalah bergantung kekuatan
mental ibu itu sendiri. Hanya ibu yg memahami kesihatan tubuh badannya dan
kemampuan utk memberikan yg terbaik.Campur tangan org sekeliling kadang kala
boleh menyumbang kpd kegagalan menyusukan anak..antaranya:-

1) KEBANYAKKAN WANITA TIDAK MENGHASILKAN SUSU YG CUKUP

 Tidak betul! Majoriti wanita mengelurkan lbh drpd cukup susu.Alasan biasa bayi
tidak mendapat susu krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara ibu. Oleh itu
amat penting utk ibu belajar cara kedudukan dan pelekapan betul semasa menyusu
oleh mereka yg pakar.

2) TIADA SUSU BEBERAPA HARI SELEPAS BERSALIN

 Alasan! Ia mmg perkara biasa krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara dan
pastinya bayi tidak dpt susu. Ada ibu yg merungut 'dia dah menyusu hampir dua jam
tp masih menangis dan lapar bila saya lepaskannya'. Sbenarnya pada hari-hari
pertama kelahiran,payudara anda tidak mengelurkan susu yg banyak.yg hanya
keluar ialah kolostrum iaitu susu awal ibuyg pekat.

3) BAYI PERLU BERADA SELAMA 20MINIT DISETIAP PAYUDARA

 Ia tidak betul. Bagaimanapun,perbezaan perlu dilakukan antara 'berada pada


payudara' dan 'menyusu'.Jika bayi minum kira-kira 15-20minit pada sebelah
payudara,dia mungkin tidak menyusu sebelah lagi.Jiak dia minum hanya seminit
pada sebelah payudara yg awal, kemudian hanya menggugis atau tidur,serta
melakukan perkara yg sama bila bertukar pada sebelah payudara,maka tiada jumlah
masa yg cukup boleh ditentukan.

4) BAYI YG MENYUSU BADAN PERLU MINUM AIR MASAK

 Salah!! susuibu mengandungi semua kandungan air yg diperlukan oleh bayi.

5) BAYI YG MENYUSU PERLU TAMBAHAN VITAMIN D

 Tidak betul kecuali dlm keadaan yg luar biasanya (contohnya,jika ibu sendiri
kekurangan vitamin Dketika dlm kandungan.

6) IBU PERLU CUCI PUTING SETIAP KALI HENDAK MENYUSUKAN BAYI

 Susu ibu mengandungi bayi daripada jangkitan.Membasuh puting sebelum


menyusukan mmbuatkan penyusuan menjadi sukar selain membuang minyak
perlindungan dari puting.

7) MENGEPAM CARA TERBAIK MENGETAHUI BERAPA JUMLAH SUSU


DIMILIKI

 Berapa byk susu yg boleh dipam bergantung kpd banyak faktor paras tekanan si
ibu.Bayi yg menyusu dgn baik memperoleh lebih byk susu berbanding yg dipam oleh
ibu.

8) WANITA YG HAMIL MESTI MENGHENTIKAN PENYUSUAN

 Sekiranya ibu dan anak masih mahu,penyusuan boleh diteruskan. Kebanykkan


wanita bertindak mberhentikan penyusuan apabila hamil krn puting terasa sakit atau
atas sbb-sbb laintetapi dr segi perubatan tiada sbb utk tergesa-gesa mberhentikan
penyusuan.

9) JIKA BAYI CIRIT BIRIT ATAU MUNTAH,IBU PERLU MENGHENTIKAN


PENYUSUAN
 Ubat terbaik utk jangkitan pada usus bayi adalah penyusuan susuibu. Hentikan
makanan lain buat sementara..tetapi teruskan penyusuan.

10) LEBIH MUDAH MENYUSU BOTOL BERBANDING SUSU BADAN

 Ia sememangnya tidak betul! Mungkin penyusuan badan menjadi sukar bg


sesetengah wanita kerana dia tidak memulakannya dgn betul.Sememangnya
penyusuan sukar pada awalnya ekoran daripada permulaan yg teruk tetapi biasanya
menjadi terlalu mudah selepas itu

===================================================
======
If Breast Could Talk...
By Iffah Anuar and Siti Suraida Mazlan · Suntingan terakhir sekitar 6 bulan lalu · Edit
Doc · Padam
Salam ibu-ibu KIM, lama rasanya x share info-info on BF di KIM. A short one, a few
facts on breastfeeding.. Enjoy reading yaa~

Did You Know?

 A breastfeed lasts an average of 16 minutes.


 Almost three-quarters of moms produce more milk with their right breast(no
correlation to being right -or left-handed).
 Babies will take more milk from the first breast offered.
 The average time it takes for a mom's milk to let-down, or start flowing, during a
breastfeed is 56 seconds(but this can vary widely - so don't get stressed if you take
longer)
 About a third of moms can't sense let-down. Your baby knowss... watch them
change their sucking pattern.
 Babies breastfeed until they're full, not until they "empty" your breast. On average,
babies remove 67% of the milk you have available - this amount can vary widely
among moms.
 Whether breastfeeding or pumping, the amount of milk removed and its fat content
are similar.
 Your milk sprays out of many holes, not just one.
 Babies instinctively know how to get your milk quickly and effeciently: they start
breastfeeding with faster suck for stimulation until you let-down. Then when your
milk is flowing, they switch to a slower, deeper suck and eat until they're full.
 It's common for babies to have resting periods during breastfeeding - sometimes
they "take breaks" in between sucks.
 Your baby controls your breastmilk flow with an instinctive action that includes
sucking, swallowing and breathing - your milk flows during actual sucking part,
when your baby moves his/her tongue a certain way.
 90% of breastfeeding moms use a breastpump.
 No matter your size, you'll make enough milk for your baby - A cups, rejoice!
 Breastfeeding mothers tend to lose more weight than mothers who do not
breastfeed.
 When your child is grown, you'll fondly remember the warm, unique bond you
shared while breastfeeding - guaranteed

Before end entry ini, Iffa nak share sikit kata-kata yang specially dedicated untuk
kaum-kaum ibu di KIM:

"All in all, a new mom's body is pretty amazing. You build this little life
inside you, developing it from a tiny bunch of cells into a fully formed
baby. Then you give birth to that fully formed baby(and it's worth it!)

Then, that amazing body of yours knows just how to make the perfect
food - breastmilk - for nurturing the new love in your life"

Sharing is Caring!
IffaAnuar @fw-shaklee2u
===================================================
=======
Memahami konsep penyusuan dalam konteks yang lebih mudah
Oleh Norita Mohd Idris · Suntingan terakhir sekitar 5 bulan lalu · Edit Doc · Padam
Orang selalu kata, kalau nak jimat, masak di rumah. Beras kalau tidak ditanak
manakan bertukar menjadi nasi. Berapa banyak nasi yang kita mahu maka tahu lah
kita mengagak berapa sukat beras yang perlu. Saiz periuk itu juga, bukannya boleh
mengembang dan menguncup sesuka kita. Maka jika perlu nasi yang banyak.... jika
saiz periuk kita kecil maka perlu lebih kerap beras yang perlu ditanak.

Beras pula, jika mampu beli yang baik tak salah beli yang bagus malah ada yang
sanggup belanja untuk membeli beras import untuk dimasak menjadi nasi. Bagi
yang kurang berkemampuan, beras biasa menjadi pilihan. Apapun beras ini akan
tetap menjadi nasi. Cuma kualiti nasi sahaja yang berbeza.

Periuk...bagi yang mampu pastinya mencari periuk nasi serbaguna. Periuk ini selain
memasak nasi, sangat menyenangkan bila nak masak bubur tanpa perlu kita
berjaga2 nasi menjadi hangit. Macam-macam fungsi ada. Bagi yang sederhana,
periuk nasi elektrik biasa menjadi pilihan. Bagi yang kurang kemampuan, periuk
biasa ditanak di atas api dapur. Namun apa pun, tujuannya tetap sama iaitu
mahukan beras bertukar menjadi nasi.
Ini cerita mereka yang masak di rumah.

Bagi yang nak cepat dan duit lebih, mereka rasa makan diluar lagi mudah. Dapur tak
bersepah dan hidup lebih mudah. Namun ada juga yang sekadar beli lauk di luar dan
tanak nasi di rumah. Lebih jimat katanya.

Namun hari ini setelah kesedaran dalam diri timbul, apabila berlaku macam-macam
gelagat peniaga seperti meludah dalam nasi sebagai petua pelaris, bayar harga nasi
mahal walhal hanya beras biasa....sudah pasti menanak nasi di rumah menjadi
pilihan.

Apa yang ibu cuba sampaikan di sini ialah menanak nasi untuk keperluan ialah ibarat
menyusukan anak dengan susuibu. Jika kita tidak menanak beras , masakan beras
akan bertukar menjadi nasi. Sama dengan keadaan seorang ibu, masakan boleh air
dalam tubuh ibu itu akan memancut dengan sendirinya menjadi susu jika tidak
dihisap atau diperah? Bila bayi menghisap atau diperah barulah susu akan mengalir
keluar. Lebih kerap beras ditanak menjadi nasi maka lebih banyak nasi yang dapat di
makan. Maka samalah gambaran apabila lebih kerap bayi disusukan atau lebih
banyak sesi perahan,maka lebih banyak susu dihasilkan.

Bercerita tentang jenis beras....beras sendiri mempunyai gred yang tersendiri.


Namun mengikut kemampuan individu masing-masing memilih jenis beras apa yang
hendak ditukarkan kepada nasi.
Masih ingat zaman ibu kecil....memandangkan kami orang susah ditambah adik
beradik saya ramai, adakala beras hancur pilihan terbaik. Namun bila dah besar dan
dah ada keluarga, mak saya selalu pesan...jika mampu, belilah beras mahal....belilah
sebab sendiri yang nak makan. Jangan berkira kecuali macam mak dulu....tak
berkemampuan nak bagi beras yang bagus. Sayu juga bila ingat kata-kata
mak....namun memang ada kebenarannya.
Sama dengan susuibu...apa yang ibu makan akan menghasilkan kualiti susu itu
sendiri. Memang ada pihak yang menafikan dengan mengatakan susuibu itu semua
sama....hakikatnya tidak. Susuibu itu khasiatnya sama. Macam nasi tadi, khasiatnya
sama. Namun samakah nasi dari beras mahal dan beras biasa? Tepuk dada tanya
selera. Nak hasil yang baik maka perlu beri yang baik. Jaga pemakanan selalu
ditekankan supaya susu yang terhasil itu penuh dengan zat khasiat yang diperlukan
tanpa menjejaskan kesihatan ibu. Makanlah yang bagus2 agar hasilnya juga bagus.

Pam, adakah beza pam yang mahal atau yang murah? Saya tukarkan dalam konteks
tanak nasi tadi....periuk. Adakah sama periuk yang multi-function ,periuk nasi
elektrik biasa dan periuk biasa yang ditanak di atas dapur? Kalau yang mampu, pam
yang hebat harganya setanding dengan fungsinya pasti menjadi keutamaan. Bagi
golongan sederhana, memadai pam yang biasa asal boleh berfungsi. Namun saya
cuba gambarkan teknik marmet itu adalah ibarat periuk biasa yang digunakan di
atas api untuk menanak nasi. Memang nampak macam sedikit leceh namun hasilnya
juga tidak mengecewakan cuma perlukan lebih usaha dan perhatian. Saya beri
contoh jika tanak nasi atas dapur api, kita kena selalu berjaga dan beri lebih
perhatian supaya nasi tidak hangit. Namun jika kena dengan cara, nasi ini lebih
nikmat kerana ada tambahan kasih sayang yang dibubuh tanpa disedari.
Begitulah dengan teknik marmet....nampak macam leceh, tapi bila kena dengan cara
yang betul....susu akan mengalir dan LEBIH HEBAT ditambah penuh kasih sayang
kerana si ibu tadi memberi lebih perhatian dalam memastikan susu yang keluar
masuk ke dalam botol tanpa menitik dan jatuh ke tempat lain.

Bagi mereka yang tidak menyusukan anak adalah ibarat mereka yang membeli nasi
dari luar. Tidak salah sebab setiap orang mempunyai kelebihan dan kekangan
masing-masing. Setiap orang mendapat taufik hidayah yang berbeza. Bagi yang
menyusukan anak dengan susuibu, bersyukurlah kerana kita memiliki peluang
keemasan itu. Maka jangan sesekali kita menghina dan mengkritik ibu yang tidak
menyusukan anaknya dengan susuibu. Kita mampu berdoa agar mereka ini diberi
taufik hidayah untuk menyusukan anak mereka yang seterusnya.

Saya masih ingat sesi pembelajaran bersama arwah abah dulu. Abah suka mengajar
dan memberi anologi supaya saya lebih faham atas perkara dan pelajaran baru yang
diajarnya. Saya juga setiap hari cuba memikirkan apakah anologi yang dapat saya
hasilkan agar teman seperjuangan saya dalam penyusuan lebih berjaya dalam
perjuangan mereka. Namun alhamdulillah, makin hari makin ramai yang sedar
tentang kebaikan susuibu. Kebaikan susuibu itu ibarat kebaikan menanak nasi
dengan tangan sendiri. Pastinya lebih enak dan lebih sihat dan lebih selamat.

Maka harapan saya, penulisan saya ini membantu lebih ramai ibu yang menyusukan
anaknya. Ingatlah, masakan mampu kita tukarkan beras kepada nasi jika tidak
ditanak? Lebih kerap kita tanak, lebih banyak nasi yang dapat dihasilkan.
Kesimpulannya, lebih kerap sesi perahan maka lebih banyak susuibu dihasilkan .

Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH dan yang kurang itu dari saya.

sumber asal :www.anakkuwiraku.com


===================================================
========

Susu Ibu Sebatian Ajaib


By Norzunur'Ain Mohamed Moklas in Kump. Ibu2 Menyusukan · Edit Doc · Delete
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan
susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu
bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu." (Surah Luqman, ayat 14)
Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi
memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan.
Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat
dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.
Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat
pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Makanan buatan untuk
bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan
makanan ajaib ini.

Memantapkan Sistem Imunisasi


Senarai manfaat air susu ibu kepada bayi bertambah setiap hari. Kajian
menunjukkan bahawa bayi-bayi yang diberi minum air susu ibu terlindung daripada
penyakit berkaitan sistem pernafasan dan penghadaman. Ini kerana antibodi-
antibodi yang terdapat di dalam air susu ibu menyediakan satu perlindungan
langsung daripada jangkitan. Sifat anti-infeksi lain air susu ibu adalah menyediakan
satu persekitaran sesuai untuk bakteria "bermanfaat" yang dipanggil sebagai "flora
normal" sekaligus menangkis serangan bakteria, virus dan parasit berbahaya.
Tambahan pula, didapati bahawa terdapat beberapa unsur di dalam air susu ibu
yang mengawal sistem imunisasi terhadap penyakit berjangkit dan membolehkannya
berfungsi dengan lebih teratur.

Kaya Dengan Nutrisi


Oleh kerana air susu ibu telah direka secara khusus, ia merupakan makanan yang
paling mudah dihadam oleh bayi. Selain kaya dengan nutrisi, ia juga mudah
dihadam oleh sistem penghadaman bayi yang sensitif. Memandangkan bayi
menggunakan sedikit sahaja tenaga untuk mencerna air susu ibu, maka tenaga
selebihnya dapat disalurkan untuk fungsi tubuh yang lain, pertumbuhan dan
perkembangan organ.
Air susu ibu yang mempunyai bayi pra-matang mengandungi tahap zat lemak,
protein, natrium, klorida dan besi yang lebih tinggi untuk menampung keperluan
bayi. Ianya telah dibuktikan bahawa fungsi mata bayi pra-matang yang diberi minum
air susu ibu adalah lebih baik dan lebih cemerlang dalam ujian kecerdasan.
Tambahan pula, mereka turut memiliki banyak kelebihan lain.

Omega-3
Kandungan minyak omega-3 asid alfa linoleat menjadikan air susu ibu penting untuk
perkembangan bayi. Selain menjadi sebatian penting untuk otak dan retina manusia,
ia juga amat mustahak bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan. Omega-3 secara khusus
penting sepanjang masa kehamilan dan peringkat awal usia bayi demi
perkembangan otak dan saraf yang normal. Ramai saintis menegaskan kepentingan
air susu ibu terutamanya sebagai satu sumber omega-3 semulajadi dan sempurna.

Mengurangkan Risiko Sakit Jantung


Selain daripada itu, kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis Universiti Bristol,
United Kingdom mendapati bahawa antara kebaikan jangka panjang air susu ibu
adalah kesan positifnya terhadap tekanan darah, yang mana ia dapat mengurangkan
risiko serangan jantung. Kumpulan penyelidik tersebut menyimpulkan bahawa sifat
perlindungan yang terdapat di dalam air susu ibu disebabkan oleh kandungan
nutrisinya. Menurut hasil kajiannya yang diterbitkan dalam jurnal perubatan
Circulation, bayi yang diberi minum air susu ibu kurang berisiko menghidap penyakit
jantung.
Kehadiran rantaian panjang asid lemak poli tidak tepu (polyunsaturated fatty acids)
dalam air susu ibu (untuk mencegah pengerasan arteri) dan hakikat bahawa bayi
yang diberi minum air susu ibu menggunakan sedikit natrium (berkait rapat dengan
tekanan darah) serta tidak mengalami pertambahan berat badan berlebihan
merupakan antara cara air susu ibu memberi manfaat kepada jantung.
Sebagai tambahan, satu pasukan diketuai oleh Dr. Lisa Martin, dari Pusat Perubatan
Hospital Kanak-kanak Cincinnati di Amerika, telah menemui kadar kandungan
hormon protein (adiponectin) yang tinggi dalam air susu ibu.
Kandungan adiponectin yang tinggi dalam darah dikaitkan dengan kurangnya risiko
serangan jantung. Tahap adiponectin yang rendah ditemui pada orang yang
mengalami kegemukan dan berisiko tinggi mengalami serangan penyakit jantung.
Maka disepakati bahawa bayi yang diberi air susu ibu mempunyai risiko kegemukan
yang rendah dengan kehadiran hormon ini.
Tambahan pula, mereka juga menemui sejenis hormon yang dipanggil sebagai leptin
dalam air susu ibu yang mempunyai peranan utama dalam metabolisme lemak.
Leptin dipercayai berfungsi menyampaikan isyarat kepada otak bahawa terdapat
lemak pada tubuh. Berdasarkan pendedahan Dr. Martin, hormon-hormon yang
diserap semasa peringkat bayi melalui air susu ibu dapat menurunkan risiko pelbagai
penyakit seperti obesiti, diabetes tahap dua dan daya tahan insulin, serta penyakit
jantung koronari.

Fakta tentang "Makanan Tersegar"


Fakta-fakta tentang air susu ibu tidak tamat di sini. Sumbangannya terhadap
kesihatan bayi berkembang mengikut fasa pertumbuhan bayi dan kandungannya
berubah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi mengikut peringkat-peringkat
tertentu. Unsur gula dan lemak dalam air susu ibu, yang sentiasa tersedia dan pada
suhu yang sesuai, memainkan peranan penting dalam perkembangan otak.
Tambahan pula, elemen lain seperti kalsium turut memberi sumbangan dalam
perkembangan tulang-tulang bayi.
Meskipun dinamakan susu, namun sebahagian besar sebatian ajaib ini sebenarnya
terdiri daripada air. Ini merupakan ciri terpenting kerana selain daripada makanan,
bayi juga memerlukan cairan dalam bentuk air. Kebersihan sepenuhnya tidak
mungkin didapati dalam air atau bahan makanan selain daripada air susu ibu.
Namun air susu ibu yang merangkumi 90% air dan tidak kurang, memenuhi
keperluan air bayi dalam cara yang paling bersih dan sihat.

Susu Ibu dan Kecerdasan


Kajian saintifik membuktikan bahawa pembangunan kognitif di kalangan bayi-bayi
yang diberi air susu ibu adalah lebih hebat berbanding bayi lain. Satu analisis
perbandingan berkaitan dengan bayi yang diberi air susu ibu dan bayi yang diberi
susu formula oleh James W. Anderson—seorang pakar dari Universiti Kentucky—
mendapati bahawa minda bayi yang diberi minum air susu ibu adalah lima kali lebih
tinggi berbanding dengan bayi lain. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa
kecerdasan diperoleh daripada air susu ibu sehingga enam bulan, dan bayi yang
disusui kurang daripada lapan minggu tidak menunjukkan sebarang kesan dari segi
kecerdasan minda.

Benarkah Air Susu Ibu Menentang Kanser?


Hasil daripada kesemua kajian yang dijalankan, terbukti bahawa air susu ibu, yang
ratusan penulisan mengenainya telah diterbitkan, melindungi bayi daripada kanser.
Hakikat ini telah diketahui meskipun mekanismenya belum difahami sepenuhnya.
Sewaktu sebuah protein dari air susu ibu membunuh sel-sel tumor yang dibiakkan
dalam makmal tanpa merosakkan sebarang sel sihat, para pengkaji menyatakan
bahawa satu potensi yang hebat telah ditemui.
Catharina Svanborg, seorang profesor imunologi klinikal Universiti Lund di Sweden,
ialah ketua kumpulan peneliti yang menemui rahsia ajaib air susu ibu ini. Pasukan
tersebut menerangkan keupayaan air susu ibu dalam menyediakan perlindungan
terhadap pelbagai bentuk kanser sebagai satu penemuan yang menakjubkan.
Pada mulanya, para peneliti mengkaji sel-sel lendir usus yang diambil daripada bayi-
bayi yang bari dilahirkan dengan air susu ibu. Mereka mendapati bahawa penyakit
pneumonia yang diakibatkan oleh bakteria Pneumococcus dapat dihentikan dengan
berkesan oleh air susu ibu. Bahkan bayi yang diberi air susu ibu amat kurang
mengalami masalah pendengaran berbanding bayi yang diberi minum susu formula
dan risiko jangkitan penyakit pernafasan yang terlalu rendah.
Selepas beberapa siri penyelidikan, didapati bahawa air susu ibu juga memberi
perlindungan terhadap kanser. Setelah menunjukkan bahawa kanser limfa di
kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula semasa fasa kanak-kanak berlaku
sembilan kali ganda, mereka menyedari bahawa hasil yang sama juga berlaku untuk
pelbagai jenis kanser yang lain.
Berdasarkan keputusan tersebut, air susu ibu berupaya mengenal pasti sel-sel
kanser secara tepat lalu memusnahkannya. Zat bernama alpha-lac
(alphalactalbumin) yang banyak di dalam air susu ibu menjejak dan membunuh sel-
sel kanser. Alpha-lac dihasilkan oleh sejenis protein yang membantu pengeluaran
gula laktosa dalam air susu ibu.

Rahmat Tiada Bandingan Ini adalah Satu Anugerah dari Allah


Satu lagi ciri menakjubkan air susu ibu adalah hakikat bahawa ia amat bermanfaat
untuk diberi kepada bayi selama dua tahun terawal.
Maklumat penting yang hanya diketahui oleh sains baru-baru ini, telah dinyatakan
oleh Allah 14 kurun yang lalu melalui ayat:
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun
genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; ..." (Surah
Al-Baqarah, ayat 233)
Si ibu tidak merancang untuk menghasilkan air susu ibu, sumber khasiat terbaik
untuk bayi tidak berdaya yang memerlukan makanan dalam kandungannya, serta
tidak menentukan tahap pelbagai nutrisi di dalamnya. Allah Yang Maha Kuasa, Yang
Maha Mengetahui keperluan setiap makhluk dan mengasihi mereka, Yang
menciptakan air susu ibu untuk bayi di dalam tubuh si ibu.

Artikel dipetik dari http://www.iluvislam.com/tazkirah/sains-a-islam/3932-susu-ibu-


sebatian-ajaib.html.
===================================================
=======
By Nadwatul Husna December 13, 2011 at 7:47pm

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan
susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu
bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu." (Surah Luqman, ayat 14)

Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi
memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan.
Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat
dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.

Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat
pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Makanan buatan untuk
bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan
makanan ajaib ini.

Memantapkan Sistem Imunisasi

Senarai manfaat air susu ibu kepada bayi bertambah setiap hari. Kajian
menunjukkan bahawa bayi-bayi yang diberi minum air susu ibu terlindung daripada
penyakit berkaitan sistem pernafasan dan penghadaman. Ini kerana antibodi-
antibodi yang terdapat di dalam air susu ibu menyediakan satu perlindungan
langsung daripada jangkitan. Sifat anti-infeksi lain air susu ibu adalah menyediakan
satu persekitaran sesuai untuk bakteria "bermanfaat" yang dipanggil sebagai "flora
normal" sekaligus menangkis serangan bakteria, virus dan parasit berbahaya.
Tambahan pula, didapati bahawa terdapat beberapa unsur di dalam air susu ibu
yang mengawal sistem imunisasi terhadap penyakit berjangkit dan membolehkannya
berfungsi dengan lebih teratur.
Kaya Dengan Nutrisi
Oleh kerana air susu ibu telah direka secara khusus, ia merupakan makanan yang
paling mudah dihadam oleh bayi. Selain kaya dengan nutrisi, ia juga mudah
dihadam oleh sistem penghadaman bayi yang sensitif. Memandangkan bayi
menggunakan sedikit sahaja tenaga untuk mencerna air susu ibu, maka tenaga
selebihnya dapat disalurkan untuk fungsi tubuh yang lain, pertumbuhan dan
perkembangan organ.
Air susu ibu yang mempunyai bayi pra-matang mengandungi tahap zat lemak,
protein, natrium, klorida dan besi yang lebih tinggi untuk menampung keperluan
bayi. Ianya telah dibuktikan bahawa fungsi mata bayi pra-matang yang diberi minum
air susu ibu adalah lebih baik dan lebih cemerlang dalam ujian kecerdasan.
Tambahan pula, mereka turut memiliki banyak kelebihan lain.
Omega-3
Kandungan minyak omega-3 asid alfa linoleat menjadikan air susu ibu penting untuk
perkembangan bayi. Selain menjadi sebatian penting untuk otak dan retina manusia,
ia juga amat mustahak bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan. Omega-3 secara khusus
penting sepanjang masa kehamilan dan peringkat awal usia bayi demi
perkembangan otak dan saraf yang normal. Ramai saintis menegaskan kepentingan
air susu ibu terutamanya sebagai satu sumber omega-3 semulajadi dan sempurna.
Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
Selain daripada itu, kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis Universiti Bristol,
United Kingdom mendapati bahawa antara kebaikan jangka panjang air susu ibu
adalah kesan positifnya terhadap tekanan darah, yang mana ia dapat mengurangkan
risiko serangan jantung. Kumpulan penyelidik tersebut menyimpulkan bahawa sifat
perlindungan yang terdapat di dalam air susu ibu disebabkan oleh kandungan
nutrisinya. Menurut hasil kajiannya yang diterbitkan dalam jurnal perubatan
Circulation, bayi yang diberi minum air susu ibu kurang berisiko menghidap penyakit
jantung.
Kehadiran rantaian panjang asid lemak poli tidak tepu (polyunsaturated fatty acids)
dalam air susu ibu (untuk mencegah pengerasan arteri) dan hakikat bahawa bayi
yang diberi minum air susu ibu menggunakan sedikit natrium (berkait rapat dengan
tekanan darah) serta tidak mengalami pertambahan berat badan berlebihan
merupakan antara cara air susu ibu memberi manfaat kepada jantung.
Sebagai tambahan, satu pasukan diketuai oleh Dr. Lisa Martin, dari Pusat Perubatan
Hospital Kanak-kanak Cincinnati di Amerika, telah menemui kadar kandungan
hormon protein (adiponectin) yang tinggi dalam air susu ibu.
Kandungan adiponectin yang tinggi dalam darah dikaitkan dengan kurangnya risiko
serangan jantung. Tahap adiponectin yang rendah ditemui pada orang yang
mengalami kegemukan dan berisiko tinggi mengalami serangan penyakit jantung.
Maka disepakati bahawa bayi yang diberi air susu ibu mempunyai risiko kegemukan
yang rendah dengan kehadiran hormon ini.
Tambahan pula, mereka juga menemui sejenis hormon yang dipanggil sebagai leptin
dalam air susu ibu yang mempunyai peranan utama dalam metabolisme lemak.
Leptin dipercayai berfungsi menyampaikan isyarat kepada otak bahawa terdapat
lemak pada tubuh. Berdasarkan pendedahan Dr. Martin, hormon-hormon yang
diserap semasa peringkat bayi melalui air susu ibu dapat menurunkan risiko pelbagai
penyakit seperti obesiti, diabetes tahap dua dan daya tahan insulin, serta penyakit
jantung koronari.
Fakta tentang "Makanan Tersegar"
Fakta-fakta tentang air susu ibu tidak tamat di sini. Sumbangannya terhadap
kesihatan bayi berkembang mengikut fasa pertumbuhan bayi dan kandungannya
berubah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi mengikut peringkat-peringkat
tertentu. Unsur gula dan lemak dalam air susu ibu, yang sentiasa tersedia dan pada
suhu yang sesuai, memainkan peranan penting dalam perkembangan otak.
Tambahan pula, elemen lain seperti kalsium turut memberi sumbangan dalam
perkembangan tulang-tulang bayi.
Meskipun dinamakan susu, namun sebahagian besar sebatian ajaib ini sebenarnya
terdiri daripada air. Ini merupakan ciri terpenting kerana selain daripada makanan,
bayi juga memerlukan cairan dalam bentuk air. Kebersihan sepenuhnya tidak
mungkin didapati dalam air atau bahan makanan selain daripada air susu ibu.
Namun air susu ibu yang merangkumi 90% air dan tidak kurang, memenuhi
keperluan air bayi dalam cara yang paling bersih dan sihat.
Susu Ibu dan Kecerdasan
Kajian saintifik membuktikan bahawa pembangunan kognitif di kalangan bayi-bayi
yang diberi air susu ibu adalah lebih hebat berbanding bayi lain. Satu analisis
perbandingan berkaitan dengan bayi yang diberi air susu ibu dan bayi yang diberi
susu formula oleh James W. Anderson—seorang pakar dari Universiti Kentucky—
mendapati bahawa minda bayi yang diberi minum air susu ibu adalah lima kali lebih
tinggi berbanding dengan bayi lain. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa
kecerdasan diperoleh daripada air susu ibu sehingga enam bulan, dan bayi yang
disusui kurang daripada lapan minggu tidak menunjukkan sebarang kesan dari segi
kecerdasan minda.
Benarkah Air Susu Ibu Menentang Kanser?
Hasil daripada kesemua kajian yang dijalankan, terbukti bahawa air susu ibu, yang
ratusan penulisan mengenainya telah diterbitkan, melindungi bayi daripada kanser.
Hakikat ini telah diketahui meskipun mekanismenya belum difahami sepenuhnya.
Sewaktu sebuah protein dari air susu ibu membunuh sel-sel tumor yang dibiakkan
dalam makmal tanpa merosakkan sebarang sel sihat, para pengkaji menyatakan
bahawa satu potensi yang hebat telah ditemui.
Catharina Svanborg, seorang profesor imunologi klinikal Universiti Lund di Sweden,
ialah ketua kumpulan peneliti yang menemui rahsia ajaib air susu ibu ini. Pasukan
tersebut menerangkan keupayaan air susu ibu dalam menyediakan perlindungan
terhadap pelbagai bentuk kanser sebagai satu penemuan yang menakjubkan.
Pada mulanya, para peneliti mengkaji sel-sel lendir usus yang diambil daripada bayi-
bayi yang bari dilahirkan dengan air susu ibu. Mereka mendapati bahawa penyakit
pneumonia yang diakibatkan oleh bakteria Pneumococcus dapat dihentikan dengan
berkesan oleh air susu ibu. Bahkan bayi yang diberi air susu ibu amat kurang
mengalami masalah pendengaran berbanding bayi yang diberi minum susu formula
dan risiko jangkitan penyakit pernafasan yang terlalu rendah.
Selepas beberapa siri penyelidikan, didapati bahawa air susu ibu juga memberi
perlindungan terhadap kanser. Setelah menunjukkan bahawa kanser limfa di
kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula semasa fasa kanak-kanak berlaku
sembilan kali ganda, mereka menyedari bahawa hasil yang sama juga berlaku untuk
pelbagai jenis kanser yang lain.
Berdasarkan keputusan tersebut, air susu ibu berupaya mengenal pasti sel-sel
kanser secara tepat lalu memusnahkannya. Zat bernama alpha-lac
(alphalactalbumin) yang banyak di dalam air susu ibu menjejak dan membunuh sel-
sel kanser. Alpha-lac dihasilkan oleh sejenis protein yang membantu pengeluaran
gula laktosa dalam air susu ibu.
Rahmat Tiada Bandingan Ini adalah Satu Anugerah dari Allah
Satu lagi ciri menakjubkan air susu ibu adalah hakikat bahawa ia amat bermanfaat
untuk diberi kepada bayi selama dua tahun terawal.
Maklumat penting yang hanya diketahui oleh sains baru-baru ini, telah dinyatakan
oleh Allah 14 kurun yang lalu melalui ayat:
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun
genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; ..." (Surah
Al-Baqarah, ayat 233)
Si ibu tidak merancang untuk menghasilkan air susu ibu, sumber khasiat terbaik
untuk bayi tidak berdaya yang memerlukan makanan dalam kandungannya, serta
tidak menentukan tahap pelbagai nutrisi di dalamnya. Allah Yang Maha Kuasa, Yang
Maha Mengetahui keperluan setiap makhluk dan mengasihi mereka, Yang
menciptakan air susu ibu untuk bayi di dalam tubuh si ibu.
- Artikel iluvislam.com

===================================================
========

Otak Lebih Pintar Dengan Susu Ibu


By Ayumi Yahya in Kump. Ibu2 Menyusukan · Edit Doc · Delete Sumber dipetik
daripada http://www.mypositiveparenting.org/bm/cn_breastfeeding.html Fahami
bagaimana susu ibu membantu perkembangan otak.Oleh Professor Madya Dr Poh
Bee Koon, Pakar Pemakanan.Beberapa tahun pertama hayat si manja adalah jangka
waktu paling intensif dalam perkembangan otaknya. Perkembangan otak sangat
penting untuk pertumbuhan kognitif, sosial dan emosi si manja. Ini penting kepada
kelangsungan hidupnya.Terdapat banyak cara ibu bapa boleh menyokong
perkembangan ini. Satu daripada cara paling asas (dan penting) ialah memberikan
segala nutrien yang perlu untuk perkembangan otak dan juga pertumbuhan si manja
secara keseluruhannya.Susu Ibu adalah yang Terbaik!Kesan penyusuan ibu ke atas
kepintaran kanak-kanak semakin diakui di seluruh dunia. Menurut World Alliance for
Breastfeeding Action (WABA), susu ibu bukan sahaja penting untuk kesihatan, tetapi
juga untuk meningkatkan perkembangan otak. Susu ibu mengandungi segala nutrien
yang penting untuk perkembangan otak:Bagaimana Otak BerfungsiOtak kita
merangkumi banyak bahagian yang menjalankan fungsi tertentu seperti
menghubungkan penglihatan, perasaan, bahasa, dan pergerakan. Dalam setiap
bahagian otak, terdapat berjuta-juta neuron (sel saraf), yang menghantar mesej
kepada satu sama lain melalui sinaps. Hubungan ini membolehkan pelbagai
bahagian berkomunikasi dan berfungsi bersama-sama.Lemak – Susu ibu mempunyai
kandungan asid lemak poli tak tepu yang lebih tinggi, khususnya DHA (asid
dokosaheksanoik) dan AA (asid arakidonik), yang memainkan peranan penting
dalam perkembangan otak (seperti sinaptogenesis, fungsi membran, dan mungkin
juga pemielinan).Kolesterol – Susu ibu juga mempunyai kandungan kolesterol yang
lebih tinggi. Kolesterol penting untuk memudahkan pemielinan sistem saraf pusat,
yang mempunyai kandungan lipid dan kolesterol tinggi.Taurina – Taurina adalah asid
amino yang banyak terdapat dalam susu ibu dan memainkan peranan penting dalam
pertumbuhan tisu otak. Taurina juga penting untuk sintesis dan pelepasan pengutus
neuro otak. Oleh sebab badan bayi sendiri tidak dapat menghasilkan taurina, adalah
penting untuk memastikan si manja mendapat bekalan yang secukupnya daripada
makanan yang diberikan.Lebih Banyak Manfaat daripada Susu IbuSusu ibu
melindungi bayi daripada penyakit yang boleh menyebabkan kekurangan zat
makanan, dan menjejaskan pembelajaran dan pendengaran.Susu ibu memastikan
interaksi lebih kerap dan mendedahkan bayi kepada bahasa, tingkah laku sosial
positif, dan rangsangan penting.Susu ibu membolehkan perkembangan visual dan
aktiviti visual lebih baik, menambah kesediaan untuk membaca dan
belajar.“Makanan Otak Terbaik,” Menurut Hasil PenyelidikanHasil penyelidikan telah
menunjukkan pelbagai manfaat susu ibu ke atas perkembangan otak. Jadual 1 di
bawah adalah antara yang penting:Jadual 1: Kajian ke atas pemberian susu ibu dan
kepintaran kanak-kanakSumberHasil PenyelidikanRodgers, 1978 Kanak-kanak
yang diberi susu ibu lebih pintar, lebih pandai membaca dan mengira, dan lebih bijak
bercakap. Horwood & Fergusson, 1998 IQ lebih tinggi, prestasi lebih tinggi dalam
ujian biasa, diberi permarkahan tinggi oleh guru, pencapaian lebih tinggi di sekolah.
Mortensen et al., 2002 Purata markah IQ sebanyak 104 jika menyusu ibu melebihi 9
bulan berbanding IQ 99.4 bagi bayi yang menyusu ibu kurang daripada 1 bulan.Beri
yang Terbaik untuk Si Manja AndaPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
menggalakkan pemberian susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan penuh. Selepas
itu, pemberian susu ibu diteruskan dengan tambahan makanan yang sesuai
sehingga si manja berusia 2 tahun dan ke atas. Adalah penting untuk anda
mempertimbangkan tempoh penyusuan ibu seperti disyorkan kerana ia boleh
membawa manfaat kepada perkembangan otak si manja sepanjang waktu awal
hayatnya. Untuk mendapatkan maklumat dan petua penyusuan ibu yang berkesan,
sila ke www.mypositiveparenting.org.
===================================================
========

Yana Naim Sofea

BAGAIMANA SUSU BADAN DIHASILKAN???


Buah dada ibu yang mengandung akan membentuk alveoli iaitu kelenjar yang
menghasilkan susu. Alveoli berbentuk seperti daun-daun yang bergantung kepada
struktur bercabang-cabang. Susu yang terhasil dalam alveoli akan melalui cabang-
cabang ke sinus yang berada di sebalik puting.

Apabila bayi menghisap susu, tekanan akan dikenakan pada bahagian areola di
mana sinus-sinus berada. Isyarat akan dihantar ke otak untuk merembeskan dua
hormon:
Oksitosin – menyebabkan susu keluar (refleks “let down”)
Prolaktin – menstimulasi buah dada untuk menghasilkan lebih banyak susu
Jarang sekali timbulnya kes wanita tidak boleh menyusukan bayi. Wanita yang
pernah mengalami pembedahan buah dada didapati boleh menyusu. Puting yang
rata atau masuk ke dalam tidak akan menjadi masalah sekiranya diatasi dengan
lebih awal.

KOLOSTRUM
Kolostrum ialah cecair berwarna kuning yang terhasil pada 10 hari terawal selepas
kelahiran. Walaupun kuantitinya sedikit berbanding dengan penghasilan susu biasa,
ia sangat kaya dengan protein dan antibodi yang mencukupi untuk keperluan awal
bayi.

MENYUSU SEAWAL MUNGKIN


Menyusukan bayi anda sebaik sahaja bersalin memberikan beberapa faedah:
Masalah ‘bengkak susu’ atau buah dada membengkak di awal tempoh bersalin dapat
dikurangkan atau dielakkan.
Pemberian kolostrum yang mempunyai kesan ‘laxative’ akan menyingkirkan bilirubin
melalui najis bayi. Ini akan mengurangkan risiko penyakit kuning atau ‘jaundice’.
Reflek penghisapan oleh bayi yang kebiasaannya kuat selepas 20-30 minit kelahiran
akan melatih bayi untuk menghisap susu dengan lebih baik.
Bayi akan membina sistem imunisasi di peringkat awal.
Membentuk hubungan yang erat antara ibu dan bayi.
MENYUSU SEKERAP YANG MUNGKIN
Penyusuan bayi anda tidak tertakluk kepada masa atau pun jadual. Cara yang paling
baik untuk menyusu bayi anda ialah dengan mengikut KEPERLUAN. Apabila bayi
anda menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu seperti menyuakan mulutnya ke
dada anda atau menangis, anda tahu bahawa di situ ada KEPERLUAN untuk
menyusu.
Saiz perut bayi yang baru lahir tidak melebihi sebiji telur ayam. Jadi, walaupun anda
mempunyai bekalan susu yang banyak, jangan mengharapkan bayi untuk minum
susu dalam kuantiti yang banyak dan kemudian tidur dalam jangka masa yang
panjang. Berikan susu dada anda apabila bayi menangis atau menunjukkan respon
hendak menghisap. Jangka masa yang sesuai ialah dalam julat 30 minit sehingga 2
jam sekali.
TIPS: Jangan tunggu sehingga bayi menangis untuk menyusukannya. Bayi yang
menangis ialah bayi yang sedang “marah” dan dia mungkin terburu-buru untuk
menyusu kerana terlalu lapar. Jika bayi anda dalam keadaan yang tenang, guna jari
anda untuk menyentuh pipinya. Jika bayi anda membuka mulutnya untuk
mendapatkan jari anda, sahlah dia lapar!
Kapasiti perut bayi baru lahir = 20 ml = 4 sudu kecil
Kapasiti perut bayi 12 bulan = 200 ml = 40 sudu kecil

panduan menyusu.jpg
Preview · Download
===================================================
=======
copy from PERSATUAN IBU2 COMEL MENGANDUNG

PENGGUNAAN botol dan puting susu perkara biasa di kalangan ibu bagi
menggantikan susu ibu untuk memastikan bayi mereka mendapat khasiat
mencukupi untuk tumbesaran terutama apabila berada di tempat asuhan kanak-
kanak.

Namun, tahukah anda penggunaan botol susu dan puting susu boleh memberi kesan
jangka panjang kepada bayi.

Keadaan itu disebabkan teknik penyusuan berbeza kerana apabila bayi menyusu
badan, lidah dan rahangnya perlu bergerak seiring dengan lidahnya yang perlu
berada di bawah areola iaitu kawasan berpigmen (coklat) di sekeliling puting
payudara dan menekannya ke lelangit.
Keadaan itu menyebabkan tisu di bahagian berkenaan mengalami tekanan dan
memanjang mengikut corak hisapan penyusuan bayi terbabit.

Kemudian, bayi akan menjatuhkan bahagian belakang lidahnya untuk membentuk


alur bagi membolehkan susu mengalir dari puting ke tekaknya.

Dia akan berhenti seketika untuk menelan susu sebelum mengambil nafas manakala
bibirnya akan tetap berada di kawasan sekeliling payudara dan membentuk keadaan
yang rapat dan ketat dalam mulutnya.

Pakar Pediatrik dan Penasihat Penyusuan, Dr Balkees Abdul Majeed berkata,


keadaan berbeza apabila bayi menggunakan botol.

Katanya, susu akan terpancut keluar dengan laju dan anda boleh menyedarinya
apabila susu menitis jika anda memegang botol secara terbalik.

Menurutnya, untuk memastikan bayi tidak tercekik, secara automatik dia akan
mengangkat lidahnya dan menggunakannya sebagai penahan aliran susu terbabit.

“Sepanjang proses menyusu, bayi hanya perlu menekan puting getah yang keras
tanpa menggunakan rahangnya untuk menghisap susu.

“Tidak seperti penyusuan susu ibu iaitu bayi perlu berusaha untuk mengeluarkan
susu kerana mungkin aliran susu akan banyak pada peringkat awal dan menjadi
semakin perlahan. Ini menyebabkan bayi perlu mengulangi proses hisapan
berkenaan dengan lebih kuat,” katanya.

Dr Balkees berkata, kaedah penyusuan susu ibu menyebabkan bayi kurang


cenderung menjadi gemuk berbanding bayi menggunakan botol susu kerana mereka
mengawal pengambilan susu sendiri dengan cara tempoh serta corak meminum
susu yang lama dan bersungguh-sungguh.

“Bayi yang minum menggunakan botol susu biasanya akan menghabiskan susu
mereka bukan disebabkan rasa lapar tetapi disebabkan gemar menghisap kerana
proses mendapatkan susu lebih mudah.
“Disebabkan perbezaan kaedah susuan ini ia mewujudkan permasalahan terutama
pada awal minggu kelahiran apabila bayi cuba memahirkan diri dengan teknik
menghisap susu yang berbeza,” katanya.

Katanya, pada peringkat awal penyusuan, bayi juga boleh terkeliru dengan
penggunaan puting berkenaan sama ada ia diperkenalkan secara khusus ataupun
tidak kerana teknik penyusuan susu ibu memiliki faktor pembelajaran yang tinggi
walaupun ada kalanya terdapat bayi yang dilahirkan seolah-olah mengetahui dengan
tepat apa yang perlu dilakukan mereka untuk makan (minum susu).

Di samping itu, sesetengah ibu yang memberikan puting pada anak untuk dihisap,
mendapati penghasilan susu badan mereka sedikit. Ini disebabkan badan mereka
tidak mendapat rangsangan secukupnya untuk menghasilkan susu untuk si kecil.

Jika bayi terjaga daripada tidur dan membuat gerakan atau bunyi-bunyian dengan
mulut ataupun menghisap genggaman tangannya, ia menunjukkan bayi terbabit
dalam keadaan lapar dan ingin menyusu.

Adalah penting untuk ibu menyusukan bayi mereka pada awal tanda yang
menunjukkan bayi mereka lapar bagi membolehkan bekalan susu yang baik boleh
dihasilkan.

Dr Balkees berkata, teknik menghisap puting berkenaan memerlukan kemahiran otot


yang berbeza berbanding penyusuan badan dan ia boleh menyebabkan bayi sukar
mempelajari cara menghisap susu badan yang betul sekiranya mereka didedahkan
dengan penggunaan bahan terbabit pada peringkat awal.

Bagaimanapun, katanya, Akademi Pediatrik Amerika (AAP) pernah mengemukakan


cadangan pada 2005 mengesyorkan penggunaan puting pada waktu tidur bayi
adalah untuk mengelakkan berlakunya Sindrom Kematian Bayi Secara Tiba-Tiba
(SIDS).

Bagaimanapun, mereka memberi penekanan ia tidak seharusnya dimulakan sebelum


bayi berusia satu bulan, namun cadangan yang cuba diketengahkan ini menjadi
kontroversi kerana ramai pakar beranggapan ia tidak disertakan dengan bukti kukuh
yang menyokong kepada cadangan yang ingin dilakukan itu.

Selain itu, Dr Balkees berkata, antara kesan yang boleh dilihat kepada bayi yang
menggunakan botol susu adalah mereka akan mengalami masalah pertuturan.
“Kesan penggunaan jangka lama botol susu dan puting pada gigi bagi kanak-kanak
berusia bawah tiga tahun akan menyebabkan proses pertuturan mereka menjadi
lambat.

“Ia akan menyebabkan banyak permasalahan kepada kanak-kanak terbabit terutama


dari segi kualiti pembelajaran mereka,” katanya.

Di sebabkan itu, pemberian susu ibu adalah sumber makanan terbaik bagi bayi.
Bagaimanapun, bagi wanita yang pertama kali menjadi ibu, teknik penyusuan yang
tidak betul mungkin mengurangkan motivasi untuk menyusukan bayi.

Namun ibu muda masih memberikan susu awal atau kolustrum walaupun bukan
secara penyusuan terus daripada payudara. Keadaan inilah yang menyebabkan
ramai cenderung menggantikan kaedah penyusuan badan dengan botol.

Dr Balkees berkata, jika keadaan ini berlaku, penggunaan cawan dianggap lebih
sesuai untuk menggantikan botol dan puting bagi mengelakkan dan mengurangkan
kekeliruan antara kaedah penyusuan badan dengan botol.

“Ia perlu diperkenalkan secara berperingkat seawal usia enam bulan supaya bayi
tidak mengalami kejutan disebabkan peralihan itu.

“Selepas 12 hingga 18 bulan, sepatutnya ibu bapa sudah mula memastikan bayi
tidak lagi bergantung kepada botol susu dan puting kerana ia boleh memberikan
kesan yang kurang baik,” katanya.

Di samping itu, untuk memastikan keselesaan antara ibu dan bayi ketika
memberikan susuan, bayi hendaklah diletakkan dalam posisi yang betul iaitu:

# Kepala dan badan perlu tegak bukan membongkok.

# Muka bayi menghadap payudara dan mencapai payudara (bayi sepatutnya mampu
melihat wajah ibu bukan dada ataupun perut).

# Kedudukan bayi dekat dengan ibu.

# Keseluruhan badan bayi disokong sepenuhnya bukan hanya kepala dan bahu.
Penggunaan botol boleh menyebabkan hubungan kurang baik antara ibu dan anak
iaitu bayi hanya berpaut pada puting ibu saja mengakibatkan kesakitan pada puting,
pengurangan pengeluaran susu badan disebabkan ketidakaktifan penyusuan serta
menjadikan payudara membengkak disebabkan mastitis (penyakit radang (bengkak)
susu).

You might also like