Nota Bab 1

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 61

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Pengguna komputer pada masa kini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan

seharian. Perjalanan dan tugas seharian menjadi semakin mudah tanpa disedari lantas

membuatkan kehidupan dan tugas semakin bergantung kepada penggunaan komputer.

Begitu juga dengan tanggungjawab dan beban kerja, dimana maklumat-maklumat perlu
2

dihantar dengan secepat yang mungkin bagi mengelakkan kerugian atau sebarang

kebocoran maklumat.

Kini pelbagai aplikasi dan sistem keselamatan dibangunkan untuk penggunaan

komputer yang lebih berguna dan selamat. Hal ini menyukarkan bagi pengguna

komputer kerana perlu menaiktaraf untuk penggunaan yang lebih baik. Bagi

menyelesaikan permasalahan ini salah satu sistem menaiktaraf bagi sesebuah sistem

operasi dibangunkan untuk memudahkan pengguna komputer menerima notifikasi dan

menaiktaraf secara automatik.

Konsep Windows Server Update Services (WSUS) yang digunakan untuk

menaiktaraf kepada semua pengguna Microsoft yang bersambung dengan pelayan

(server). Sistem WSUS ini mampu menaiktaraf sebuah sistem operasi Microsoft secara

automatik pada masa dan pakej yang ditetapkan dalam satu rangkaian.

1.2 PENGENALAN PROJEK

Dalam sesebuah komputer terdapat beberapa kefungsian sistem yang boleh

digunakan dalam memelihara dan menaiktaraf aplikasi dan sistem keselamatan sesebuah

sistem operasi. Salah satu sistem menaiktaraf sistem operasi secara automatik ialah

Windows Server Update Services (WSUS). Bagi memenuhi keperluan Diploma


3

Kemahiran Malaysia (DKM), penyediaan satu Projek Tahun Akhir diperlukan. Projek

yang dibangunkan ialah ‘Implementation WSUS Server On Local Network’.

WSUS adalah sebuah servis yang membolehkan sesebuah organisasi menaiktaraf

semua pengguna komputer yang bersambung dalam satu rangkaian yang sama. Ianya

sangat mudah untuk dikonfigurasi dan sangat mudah untuk digunakan oleh pengguna

yang bersambung dengan pelayan (server). Di antara kelebihan WSUS ialah klien tidak

perlu menaiktaraf menggunakan internet tetapi hanya perlu berkomunikasi dengan

server WSUS. Tambahan pula, bandwith pada sesebuah organisasi tidak digunakan oleh

klien untuk menaiktaraf sistem operasi pada sesebuah komputer kerana hanya pelayan

(server) WSUS yang bersambung dengan internet untuk memuat turun produk atau dari

Microsoft.

1.3 KEPENTINGAN SISTEM

Fungsi daripada WSUS itu sendiri tertentunya bukan hanya percuma untuk

digunakan malah terdapat beberapa keperluan dan fungsinya yang boleh dimanfaatkan.

Teknologi WSUS mengandungi tiga kompenen utama untuk penggunaannya. Ketiga

fungsi utama tersebut antaranya ialah pengesahkan dan menaiktaraf secara automatik

pada sesebuah sistem operasi. Pengesahan dan menaiktaraf secara automatik ini
4

memudahkan kerja-kerja menaiktaraf pada setiap komputer atau kumpulan yang telah

ditetapkan pada masa-masa tertentu yang dikonfigurasikan pada pelayan (server).

Fungsi kedua ialah menaiktaraf fail dan bahasa sistem operasi. Fungsi ini untuk

menaiktaraf dan pengendalian bahasa yang dipilih oleh administrator untuk pelayan

(server) bagi memuat turun, dan amaran baru dan bahasa yang baru akan muncul apabila

memilih pakej yang hendak di muat turun oleh administrator.

Fungsi ketiga ialah laporan untuk status komputer dan pakej menaiktaraf juga

disediakan untuk memudahkan kerja-kerja administrator mengenal pasti masalah dan

memantau pakej yang dimuat turun oleh pengguna (client).

1.4 OBJEKTIF PROJEK

Terdapat beberapa objektif bagi projek yang dijalankan, antaranya ialah:

i. Melaksanakan konfigurasi WSUS server.

ii. Menguji penyambungan pengguna (client) dan WSUS server dalam rangkaian

LAN.
5

1.5 SKOP PROJEK

Penggunakan projek ini ialah menggunakan aplikasi yang telah disediakan dalam

sesebuah pelayan (server) untuk memudahkan kerja-kerja administrator menaiktaraf

dan memantau sistem operasi pada semua pengguna (client) atau sesetengah komputer

yang ditetapkan oleh administrator supaya semua applikasi, sistem operasi dan sistem

keselamatan client sentiasa dinaik taraf. Membina servis WSUS ini dapat menjimatkan

kos masa dan tenaga kerana ianya perlu dikonfigurasikan pada pelayan (server). Antara

skop projek yang dapat dilihat daripada pembangunannya iaitu:

i. Semua pengguna (client) yang berhubung dengan pelayan (server) WSUS mudah

untuk dinaik taraf pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh administrator.

ii. Dapat menjaga sistem operasi sesebuah pengguna (client) dengan menaik taraf

sistem keselamatan dan boleh mengelakkan daripada dicerobohi oleh Hacker.


6

1.6 MATLAMAT PROJEK

Matlamat utama untuk menghasilkan sebuah sistem “WSUS” ini di Pusat Latihan

Teknologi Tinggi ADTEC bertujuan untuk memanfaatkan teknologi yang akan diguna

pakai bagi memastikan semua komputer dijaga dengan baik. Berikut adalah matlamat

utama yang mendorong untuk membangunkan projek ini adalah seperti berikut:

i. Memudahkan administrator menaiktaraf sistem operasi dan pakej yang

diperlukan oleh semua pengguna (client) secara effective.

ii. Untuk menaiktaraf sistem operasi pengguna (client) tanpa menggunakan

bandwith pada pusat latihan ini.

iii. Untuk menaiktaraf sistem keselamatan yang sedia ada pada sesebuah komputer

yang menggunakan produk Microsoft.


7

1.7 CARTA ALIR PROSES KERJA

Projek ini tertumpu kepada penggunaan projek serta menjalankan pengujian dan

analisa terhadap projek yang dipilih untuk digunakan. Setelah semua maklumat

diperolehi, proses mengumpul maklumat yang penting dilakukan. Beberapa langkah

akan dikenal pasti bagi membangunkan projek tahun akhir tersebut. Pihak Jabatan

Teknologi Komputer Rangkaian telah bersedia untuk memberi sokongan kepada saya

dan memberi kemudahan komputer bagi melaksanakan projek. Pada peringkat pertama

perlaksanaan projek perlu melakukan installasi Windows Server 2016 dan Windows 7.

Selesai melakukan installasi, Windows Server 2016 yang dikendalikan sebagai pelayan

(server) seterusnya konfigurasi server WSUS dibuat pada pelayan. Akhir sekali,

Windows 7 dijadikan sebagai pengguna (client) bagi melakukan pengujian projek.


8

Mula

Install Windows Server 2016

Install ADD dan DNS

Install DHCP

Install Web Server IIS

Install WSUS dan pastikan ada internet

Konfigurasi WSUS untuk memberi auto update yang pelbagai


microsoft

Konfigurasi GPO

Tidak
Pengujian pada Client

Ya

Tamat

Rajah 1.1 : Carta Alir Administrator


9

Mula

Memeriksa IP address dhcp yang diberi


dari Administrator

Join Domain dengan Administrator

Konfigurasi Client

Tidak
Memeriksa status
update dari
Administrator

Ya

Client mendapat auto update dari


Administrator

Tamat

Rajah 1.2 : Carta Alir Pengguna


10

BAB 2

KAJIAN ILMIAH

2.1 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini meliputi sistem yang sedia ada dipasaran yang berkaitan dengan lebihan

yang ada serta masalah yang hendak diselesaikan. Saya telah mengambil kira dari segala

aspek untuk menghasilkan sesuatu rekaan yang sempurna, ia mestilah berkualiti dan
11

dihasilkan dengan menggunakan kos yang berpatutan agar ia mampu dimiliki oleh

pengguna. Ia juga untuk memastikan segala peralatan yang digunakan sesuai dengan

kehendak pengguna dan teknologi pada zaman ini.

2.2 KAJIAN PROJEK

Kajian ini telah dijalankan melalui pelbagai sumber yang diperolehi daripada

sumber rujukan dan pendapat yang dirujuk dari pelbagai pihak untuk memastikan projek

yang akan dibangunkan dapat dijalankan dengan lancar. Antara kajian yang dijalankan

iaitu penerangan secara mendalam mengenai servis-servis yang digunakan di dalam

“Implementation WSUS Server On Local Network” dan pengkajian terhadap konsep

Windows Server Updates Services (WSUS) itu sendiri. Selain kajian tentang servis

WSUS, kajian tentang servis yang lain juga dijalankan.

2.2.1 WINDOWS SERVER 2016

Windows Server 2016 merupakan suatu sistem operasi yang digunakan untuk

menjadikan pelayan (server) dan bersesuaian untuk membangunkan projek yang ingin
12

dilaksanakan. Ia sesuai digunakan kerana Windows Server 2016 merupakan sistem

terbaru yang dikeluarkan oleh Microsoft ini mengandungi banyak ditambah fungsi-

fungsi baru dan semakin mudah untuk digunakan.

2.2.2 WINDOWS 7

Windows 7 digunakan sebagai pengguna (client) yang bersambung terus dengan

pelayan (server) bagi memudahkan untuk pengujian dan kefungsian servis WSUS.

Pengguna merupakan sasaran utama yang akan menggunakan perkhidmatan sistem

WSUS yang telah dibina pada Windows Server 2016 dan pengguna (client) diwujudkan

untuk memberikan pelayan (server) tersebut mempunyai fungsinya yang tersendiri yang

terdapat di dalam rangkaian Local Area Network (LAN).

Dari segi penggunanya, pelayan (server) dapat memberikan tindak balas yang

positif jika pengoperasiannya berfungsi dengan baik. Windows 7 ini juga digunakan

kerana kemudahan yang ditawarkan dalam keadaan mesra pengguna iaitu paparan GUI

(Graphical User Interface) dan boleh menyokong sistem WSUS untuk menerima

notifikasi dalam pakej yang diberikan daripada sistem WSUS.


13

2.2.3 WINDOWS SERVER UPDATES SERVICES (WSUS)

WSUS adalah sebuah servis yang membolehkan sesebuah oraganisasi kecil atau

besar untuk menaiktaraf semua sistem operasi yang berada dalam satu rangkaian yang

sama. Ianya sangat mudah digunakan malah dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga

untuk menaik taraf semua pengguna (client) yang berhubung dengan pelayan (server).

Selain itu, sistem ini mengandungi fungsi synchronization yang berfungsi untuk memuat

turun updates daripada Microsoft atau daripada WSUS server yang lain. Synchronization

ini jika digunakan buat pertama kali, semua metadata untuk updates dalam kategori

produk dan klasifikasi yang telah dipilih oleh administrator dimasukkan kepada pelayan

(server) WSUS.

2.2.4 ACTIVE DIRECTORY DOMAIN SERVICES (ADDS)

ADDS ini memilki sistem keselamatan storage, berstruktur, dan hierarki untuk

objek dalam rangkaian seperti pengguna, komputer, pencetak dan perkhidmatan yang

lain. ADDS ini juga menyokong untuk mencari dan bekerja dengan objek ini. ADDS

menyediakan kod mudah untuk kerja kerja asas seperti mencari objek dan membaca

fungsi objek, kepada kerja kerja yang lebih maju seperti penerbitan perkhidmatan
14

(Service Publication). Kerana kefungsian yang ada pada ADDS ini sangat sesuai bagi

membangunkan sistem WSUS.

2.2.5 DYNAMIC HOST CONFIGURATION PROTOCOL (DHCP)

DHCP ini ialah klien / pelayan protokol yang secara automatik menyediakan

host Internet Protocol (IP) dengan alamat IP dan maklumat konfigurasi yang berkaitan

lain seperti subnetmask dan default gateway. Dengan kefungsian DHCP ini pengguna

mudah mengenal pasti server yang menyediakan servis WSUS.

2.2.6 DOMAIN NAME SERVER (DNS)

DNS adalah bersamaan seperti buku telefon kepada internet. Mereka

mengekalkan nama domain dan menterjemahkan ke alamat IP. DNS ini juga boleh

menterjemahkan alamat IP ke nama domain. Maka dengan sistem DNS ini memudahkan

pengguna (client) mendapat informasi yang penting bagi memastikan pengguna dapat

menerima data dari servis WSUS.


15

2.2.7 GROUP POLICY OBJEK (GPO)

GPO adalah koleksi tetapan yang menentukan jenis sistem yang akan dilihat dan

bagaimana ia berfungsi untuk sekumpulan pengguna yang ditetapkan. Microsoft telah

menyediakan program snap-in yang membolehkan kita menggunakan Group Policy

Microsoft Management Console (MMC). Fungsi GPO ini sangat penting pada sistem

WSUS kerana ia yang membuatkan pengguna dapat berkominikasi dengan server,

menaik taraf pada masa yang ditentukan, dan destinasi server yang memiliki servis

WSUS.

2.3 KELEBIHAN PENGGUNAAN WSUS

Antara kelebihan yang terdapat pada WSUS adalah :

i. Memiliki banyak updates untuk Microsoft produk dalam banyak kategori.

ii. Memiliki fungsi memuat turun secara automatik updates daripada Microsoft

Updates dengan jenis dan produk yang digunakan oleh pengguna.

iii. Memaksimumkan kecekapan penggunaan bandwidth dengan menggunakan

Background Intelligent Transfer Services(BITS) 2.0. (BITS 2.0 tidak di installasi

dengan WSUS dan boleh didapati di Microsoft Updates)


16

2.4 KEKURANGAN MENGGUNAKAN WSUS

Antara kekurangan yang terdapat pada WSUS adalah :

i. WSUS secara palsu melaporkan bahawa semuanya baik dengan Windows

Patching apabila itu tidak berlaku. Ia mungkin berkaitan dengan pemasangan-

pemansangan tertentu gagal dan Windows tidak melaporkan kembali kepada

WSUS.

ii. WSUS tidak boleh menaik taraf pihak ketiga seperti Adobe, Java dan sebagainya.

Dengan aplikasi pihak ketiga tidak dapat dinaik taraf adalah perkara terbesar

masalah pada setiap komputer kerana mudah dimasuki oleh hacker. Menurut

Microsoft 2011 Security Intelligent Report, Java terdiri 33% hingga 50% dari

semua yang dieksploitasikan.


17

2.5 JENIS PENYAMBUNGAN YANG DIGUNAKAN

Berdasarkan projek yang ingin dilaksanakan, pemilihan penyambungan yang

akan digunakan adalah dari segi perkhidmatan berwayar dalam linkungan Local Area

Network (LAN) sahaja. LAN adalah rangkaian komputer yang rangkaiannya hanya

meliputi kawasan kecil seperti rangkaian, bangunan, pejabat, rumah, sekolah atau yang

lebih kecil. Pada masa ini, kebanyakkan LAN berasakan teknologi IEEE 802.3 Ethernet

menggunakan peranti suis yang mempunyai kadar pemindahan data 10, 100, atau 1000

Mbit / s. Sebagai tambahan kepada teknologi Ethernet, teknologi 802.11b semasa juga

sering digunakan untuk membentuk LAN. Tempat yang menyediakan sambungan LAN

dengan teknologi Wi-fi yang lazim dikenali sebagai hospot.


18

BAB 3

REKABENTUK PROJEK

3.0 PENGENALAN REKA BENTUK

Dalam proses untuk melaksanakan projek ini, beberapa kaedah telah digunakan.

Diantaranya ialah mendapatkan perkakasan dan perisian seperti beriku, komputer dan

komputer riba. Dan sistem operasi yang digunakan ialah Windows Server 2016 dan

Windows 7.
19

3.1 KAEDAH PENGHASILAN PROJEK

Setiap reka bentuk sememangnya sangat penting bagi menjalankan sesuatu

projek itu. Melaluinya, dapat dilihat bagaimana sesuaitu proses perjalanan kerja itu

berlaku. Terdapat beberapa faktor yang membolehkan reka bentuk terjadi antaranya

ialah kos masa yang ada, tempoh masa yang diambil, kos perkakasan dan perisian dan

sebagainya yang dianggap perlu.

Reka bentuk projek yang dibangunkan ini merangkumi beberapa fasa. Fasa

pertama adalah pemilihan projek, fasa kedua pembangunan projek dan fasa ketiga

melibatkan pengujian projek. Ketiga tiga fasa Ini juga merangkumi keseluruhan

perancangan dan pencarian maklumat.

Bagi fasa pertama, pemilihan projek ini saya telah memilih teknologi WSUS

sebagai suatu servis yang sesuai untuk diaplikasikan di dalam sistem rangkaian ADTEC

Batu Pahat. Ini kerana servis WSUS mudah dikonfigurasi, mesra pengguna dan

menggunakan beberapa servis yang lain yang sangat sistematik. Projek ini memudahkan

administrator menaik taraf semua sistem operasi yang berada di ADTEC Batu Pahat ini.

Fasa kedua reka bentuk projek ini melibatkan fasa pembangunan projek.

Pembangunan projek ini bermula dengan pemilihan peralatan seperti komputer, switch
20

dan komputer pengguna (client), kabel UTP, installasi sistem operasi windows iaitu

Windows Server 2016 dan juga sistem operasi pengguna (client) iaitu Windows 7.

Seterusnya, di dalam fasa pembangunan projek ini, menlibatkan pemasangan

kabel UTP daripada pengguna (client) ke pelayan (server) untuk berkomunikasi antara

satu sama lain. Alamat IP, nama dan password policy untuk pelayan disetkan terlebih

dahulu. Kemudian, instalasi Active Directory Domain Services (ADDS) dilakukan pada

Windows Server 2016. Pembangunan ADDS ini melibatkan penciptaan nama domain

dan DNS services bagi pelayan (server). Kemudian mencipta user dan kumpulan untuk

menyertai domain yang telah tercipta. Seterusnya installasi Dynamic Host Configuration

Protocol (DHCP) pada server untuk memberikan alamat IP dan infomasi yang lain

kepada pengguna (client) yang bersambung dengan pelayan (server) secara automatik.

Langkah seterusnya yang saya lakukan ialah membuat installasi Windows Servers

Update Services (WSUS) pada pelayan (server) dan kemudian mengkonfigurasi WSUS.

Pada fasa ketiga melibatkan proses pengujian pada klien. Jalankan servis WSUS

dan kemudian pengguna menyertai domain yang dicipta. Setelah itu pengguna terus

pergi ke Control Panel untuk memastikan pengguna dapat notifikasi menaik taraf

daripada pelayan (server).


21

NETWORK DIAGRAM

Internet

Database
WSUS Server
WSUS

Client

Rajah 3.1 : Network Diagram Projek


22

3.2 BAHAN DAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Bagi menjalankan projek ini, beberapa perisian serta perkakasan penting perlu

disediakan. Pastikan semua perkakasan dan perisian perlu berada dalam keadaan yang

amat baik supaya tidak berlakunya sebarang masalah semasa projek sedang dijalankan.

3.2.1 PERKAKASAN YANG DIGUNAKAN CPU

Berdasarkan rajah 3.2 menggunakan cpu sebagai server WSUS dan segala data

WSUS ada di cpu.

Rajah 3.2 : CPU


23

3.2.2 PERKAKASAN YANG DIGUNAKAN NETWORKCARD

Berdasarkan rajah 3.3 adalah networkcard pada pelayan untuk bersambung

dengan klien dan bersambung dengan network internet.

Rajah 3.3 : Networkcard

3.2.3 PERISIAN WINDOWS SERVER 2016

Berdasarkan rajah 3.4 Windows Server 2016 adalah system operasi yang

digunakan oleh pelayan untuk installasi WSUS servis.

Rajah 3.4 : Windows Server 2016


24

3.2.4 PERISIAN WINDOWS 7

Berdasarkan rajah 3.5 perisian windows 7 adalah sistem operasi yang digunakan

oleh pengguna untuk menerima servis WSUS.

Rajah 3.5 : Windows 7

3.3 ANGGARAN KOS

Dalam menjalankan sesebuah sistem atau projek terdapat beberapa perkara dan

kerja yang perlu dilakukan untuk melengkapkan dalam menyiapkan projek tersebut.

Dalam menjalankan sesebuah projek banyak perkara yang perlu diambil antaranya,

peralatan, rekabentuk, kepentingan, kelebihan, kekurangan dan harga barang yang akan

digunakan untuk melaksanakan projek. Perbelanjaan atau anggaran kos bagi sesuatu

projek adalah satu perkara yang amat penting kerana tanpa kos, sesebuah sistem atau

projek tidak dapat dilaksanakan.


25

Oleh itu, anggaran kos telah dibuat bagi melaksanakan projek tahun akhir ini dan

segala keperluan dan harga kos adalah harga yang sebenar mengikut pasaran terkini.

Berikut adalah anggaran kos untuk projek akhir yang telah dibuat.

3.4 KOS ANGGARAN PROJEK

NAMA PROJEK : IMPLEMENTATION WSUS SERVER ON LOCAL

NETWORK

3.4.1 KOS PERKAKASAN

HARGA JUMLAH
BIL PERKAKASAN KUANTITI
SEUNIT (RM) (RM)

1 Set Komputer (Windows 1 RM 2500 RM 2500

Server)

2 Cisco Switch 8 Port 1 RM 300 RM 300

3 Network Card 2 RM 150 RM 300

4 Kabel UTP 2 RM 10 RM 20

Jadual 3.1 : Kos Perkakasan


26

3.4.2 KOS PERALATAN

HARGA SEUNIT JUMLAH


BIL PERKAKASAN KUANTITI
(RM) (RM)

1 Kabel UTP 2 RM 10
RM 20

Jadual 3.2 : Kos Peralatan

3.4.3 KOS PERISIAN

HARGA SEUNIT JUMLAH


BIL PERKAKASAN KUANTITI
(RM) (RM)

WINDOWS SERVER 2016


1 1 RM 3.500
RM 3.500
Standard

2 WINDOWS 7 1 RM 176
RM 176

Jadual 3.3 : Kos Perisian


27

3.4.4 KOS REKABENTUK DAN PEMASANGAN

HARGA PER JUMLAH


BIL PERKAKASAN JAM
JAM(RM) (RM)

Installasi Windows Server


1 2016 dan Windows 7 3 RM 20
RM 60
(Server and Client)
Konfigurasi Server dan
2 10 RM 40
RM 400
Client
3 Penyelenggaran 15 RM 50
RM 750
4 Pengujian 2 RM 30
RM 60
5 Kepakaran RM 500
RM 500

Jadual 3.4 : Kos Rekabentuk Dan Pemasangan


28

3.5 KOS KESELURUHAN PROJEK

Jumlah Keseluruhan = Perkakasan + Peralatan + Perisian + Pemasangan

= RM 3 120 + RM 20 + RM 3 676 + RM 1 770

= RM 8 556
29

BAB 4

PERLAKSANAAN PROJEK

4.0 PENGENALAN

Proses perlaksanaan projek hendaklah dirancang dengan sistematik dan betul.

Maklumat yang berkaitan projek diperolehi daripada beberapa sumber iaitu internet,

bahan bacaan seperti majalah dan buku rujukan berkaitan projek. Selain itu, pendapat

daripada penyelia projek serta pandangan daripada pengajar lain juga merupakan

sebahagian beberapa sumber projek. Semasa menjalankan projek ini, setiap langkah
30

yang dilakukan tanpa mengikut kaedah yang betul, kemungkinan projek tersebut gagal

dan menghadapi masalah. Sistem perlaksanaan projek merupakan penetapan pada

Administrator dan Pengguna (Client).

4.1 PROSEDUR PROSES PENETAPAN SISTEM (ADMINISTRATOR)

Prosedur kerja bermula dengan melakukan proses penetapan alamat IP kepada

pelayan supaya jaringan ke Internet boleh berlaku. Kemudian installasi servis ADDS,

DNS, DHCP dan WSUS dijalankan supaya sistem WSUS dapat berfungsi dengan baik.

Selepas semua servis yang perlu sudah selesai di install, dan konfigurasi WSUS perlu

dilakukan sebelum pada pelayan sebelum memuat turun produk atau pakej daripada

Microsoft Updates. Setelah selesai melakukan konfigurasi pada WSUS, Group Policy

Object perlu juga dikonfigurasikan bagi menetapkan produk naik taraf sama ada

diberikan kepada semua komputer atau berkumpulan. Setelah sesuai melakukan

konfigurasi tersebut, lakukan pengujian pada pelayan dan pengguna sama ada dapat

berhubung atau sebaliknya. Jika pengujian yang dilaksanakan gagal, penetapan pada

pelayan harus dilakukan semula.


31

4.1.1 PROSES PENETAPAN SISTEM ADMINISTRATOR

Berdasarkan rajah 4.1 adalah installasi dan kofigurasi nama domain untuk server

WSUS.

Rajah 4.1 : Proses Penetapan Sistem Administrator


32

4.1.2 PROSES PENETAPAN SISTEM ADMINISTRATOR

Berdasarkan rajah 4.2 adalah menetapkan kata laluan untuk domain yang akan

dicipta.

Rajah 4.2 : Proses Penetapan Sistem Administrator


33

4.1.3 PROSES PENETAPAN SISTEM ADMINISTRATOR

Berdasarkan rajah 4.3 adalah meninstallasi server DHCP pada pelayan untuk

memberikan alamat IP kepada klien secara automatic.

Rajah 4.3 : Proses Penetapan Sistem Administrator


34

4.1.4 PROSES PENETAPAN SISTEM ADMINISTRATOR

Berdasarkan rajah 4.4 adalah konfigurasikan range IP address untuk diberikan

kepada klien.

Rajah 4.4 : Proses Penetapan Sistem Administrator


35

4.1.5 PROSES PENETAPAN SISTEM ADMINISTRATOR

Berdasarkan rajah 4.5 adalah mencipta nama dan username untuk pengguna

(client).

Rajah 4.5 : Proses Penetapan Sistem Administrator


36

4.1.6 PROSES PENETAPAN SISTEM ADMINISTRATOR

Berdasarkan rajah 4.6 adalah memasukkan user yang dicipta ke dalam kumpulan

yang telah dicipta.

Rajah 4.6 : Proses Penetapan Sistem Administrator


37

4.1.7 PROSES PENETAPAN SISTEM ADMINISTRATOR

Berdasarkan rajah 4.7 adalah mencipta Group Policy Object untuk penetapan

pada pengguna (client) WSUS.

Rajah 4.7 : Proses Penetapan Sistem Administrator


38

4.1.8 PROSES PENETAPAN SISTEM ADMINISTRATOR

Berdasarkan rajah 4.8 adalah menetapkan untuk pengguna (client) menaik taraf

secara automatik dan mendapat notifikasi untuk menaik taraf.

Rajah 4.8 : Proses Penetapan Sistem Administrator


39

4.1.9 PROSES PENETAPAN SISTEM ADMINISTRATOR

Berdasarkan rajah 4.9 adalah menetapkan GPO supaya semua atau kumpulan

dapat mengenal pasti nama server dan port yang digunakan oleh pelayan yang memiliki

server WSUS.

Rajah 4.9 : Proses Penetapan Sistem Administrator


40

4.1.10 PROSES PENETAPAN SISTEM ADMINISTRATOR

Berdasarkan rajah 4.10 adalah menetapkan nama kumpulan yang dibenarkan

untuk menaik taraf menggunakan sistem WSUS.

Rajah 4.10 : Proses Penetapan Sistem Administrator


41

4.1.11 PROSES PENETAPAN SISTEM ADMINISTRATOR

Berdasarkan rajah 4.11 adalah installasi servis Windows Server Updates Services

(WSUS).

Rajah 4.11 : Proses Penetapan Sistem Administrator


42

4.1.12 PROSES PENETAPAN SISTEM ADMINISTRATOR

Berdasarkan rajah 4.12 adalah memastikan servis WSUS dan WID databases di

install.

Rajah 4.12 : Proses Penetapan Sistem Administrator


43

4.1.13 PROSES PENETAPAN SISTEM ADMINISTRATOR

Berdasarkan rajah 4.13 adalah menetapkan penyimpanan untuk menyimpan

semua produk/pakej yang di muat turun daripada Microsoft.

Rajah 4.13 : Proses Penetapan Sistem Administrator


44

4.1.14 PROSES PENETAPAN SISTEM ADMINISTRATOR

Berdasarkan rajah 4.14 adalah menetapkan upstream untuk memuat turun

kepada pelayan (server).

Rajah 4.14 : Proses Penetapan Sistem Administartor


45

4.1.15 PROSES PENETAPAN SISTEM ADMINISTRATOR

Berdasarkan rajah 4.15 adalah menyambungkan Microsoft Updates dan pelayan

dapat berkomunikasi.

Rajah 4.15 : Proses Penetapan Sistem Administrator


46

4.1.16 PROSES PENETAPAN SISTEM ADMINISTRATOR

Berdasarkan rajah 4.16 adalah memilih bahasa yang diinginkan untuk menaik

taraf sistem operasi untuk pengguna (client).

Rajah 4.16 : Proses Penetapan Sistem Administartor


47

4.1.17 PROSES PENETAPAN SISTEM ADMINISTRATOR

Berdasarkan rajah 4.17 adalah memilih produk yang digunakan oleh pengguna

(client) untuk mengesan updates yang diperlukan oleh sistem operasi.

Rajah 4.17 : Proses Penetapan Sistem Administrator


48

4.1.18 PROSES PENETAPAN SISTEM ADMINISTRATOR

Berdasarkan rajah 4.18 adalah memilih jenis updates yang hendak diberikan

kepada sistem operasi pengguna (client).

Rajah 4.18 : Proses Penetapan Sistem Administrator


49

4.1.19 PROSES PENETAPAN SISTEM ADMINISTRATOR

Berdasarkan rajah 4.19 adalah synchonization dimulakan bagi menerima semua

updates untuk produk atau pakej yang dipilih.

Rajah 4.19 : Proses Penetapan Sistem Administrator


50

4.2 PROSEDUR PROSES PENETAPAN SISTEM (PENGGUNA)

Proses untuk melaksanakan penetapan pada pengguna rangkaian dilakukan

setelah semua proses installasi dan konfigurasi terhadap Windows Server 2016 selesai

dijalankan. Komputer pengguna akan menerima notifikasi daripada pelayan (server) jika

ada sebarang updates yang available.

Pengujian dilakukan terhadap server untuk memastikan kefungsian projek yang

dijalankan. Server akan memberikan notifikasi kepada pengguna yang bersambung

dengannya untuk menaik taraf sistem operasi.


51

4.2.1 PROSEDUR PROSES PENETAPAN SISTEM PENGGUNA

Berdasarkan rajah 4.20 adalah memastikan pengguna mendapat notifikasi naik

taraf daripada server WSUS.

Rajah 4.20 : Hasil Penetapan Sistem Pengguna WSUS


52

4.2.2 PROSEDUR PROSES PENETAPAN SISTEM PENGGUNA

Berdasarkan rajah 4.21 adalah mencuba installasi updates yang diterima oleh

pengguna (client).

Rajah 4.21 : Hasil Penetapan Sistem Pengguna WSUS


53

4.2.3 PROSEDUR PROSES PENETAPAN SISTEM PENGGUNA

Berdasarkan rajah 4.22 adalah memastikan installasi yang dibuat berjaya

dilakukan untuk pengguna.

Rajah 4.22 : Hasil Penetapan Sistem Pengguna WSUS


54

BAB 5

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

5.1 PENGENALAN PERBINCANGAN

Dalam sesebuah pengurusan dan sistem yang cekap perlu juga memastikan

sistem yang dibina atau dibangunkan berada dalam keadaan yang sempurna dan

terkawal supaya projek ini dapat berjalan dengan jayanya. Dalam bab ini akan

membincangkan berkenaan masalah-masalah yang timbul dan cara-cara mengatasi

masalah tersebut. Segala masalah yang dihadapi seperti ketidakfungsian projek boleh
55

menganggu perjalanan projek, begitu juga permasalahan bagi mendapatkan maklumat

berkaitan projek dari sumber-sumber yang ada dan sebagainya.

Selain itu, projek ini juga mendapatkan pandangan dan jalan penyelesaian dari

penyelia projek iaitu Puan Eza Binti Monzaid dari Bahagian Teknologi Komputer

Rangkaian dan juga pengajar-pengajar mahir yang mempunyai pengetahuan dalam

bidang teknologi maklumat

5.2 MASALAH YANG DIHADAPI DAN PENYELESAIAN

Sistem yang dibangunkan bukan hanya sekadar dapat melihat atau dipantau

secara langsung sahaja. Selain itu, ia lebih mudah dan menjimatkan masa. Faktor masa

yang agak singkat, kekurangan sumber yang ada, ketidakpastian keberkesanan langkah-

langkah konfigurasi dan kekurangan pengalaman telah menyebabkan sistem yang

dihasilkan tidak sempurna seperti yang diharapkan. Pembangunan sistem yang berkualiti

memerlukan masa yang agak panjang terutamanya dalam memastikan sistem yang

dihasilkan adalah berkualiti dengan mengkaji secara lebih mendalam, merancang sistem

baru, mengenalpasti keperluan pengguna dengan lebih tepat dan mengkaji serta

mempelajari perisian untuk pembangunan sistem dan proses pembangunan sistem ini
56

sendiri. Terdapat beberapa masalah antaranya daripada segi membangunkan server dan

pengguna.

5.2.1 MASALAH BAGI MEMBANGUNKAN WSUS SERVIS PADA SISTEM

PELAYAN

Semasa perlaksanaan dan pembangunan projek ini dijalankan, terdapat beberapa

permasalahan yang dihadapi. Jadual dibawah merupakan permasalahan yang berlaku

dan penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut.

MASALAH PENYELESAIAN

Penggunaan Quota internet yang banyak Menarik kabel UTP dari switch ke server

menyukarkan administrator memuat dan menggunakan bandwidth ADTEC.

turun patches yang ada.

Kekurangan ruang simpanan untuk Menambah HDD pada pelayan.

produk atau patches yang dimuat turun.

Jadual 5.1 : Masalah Dan Penyelesaian


57

5.3 HASIL PENGUJIAN

Hasil perlaksanaan projek adalah penting. Ia menentukan sama ada projek itu

berjaya atau tidak dan mengikut standard yang dirancangkan. Selain itu, ia dapat

membuat kesimpulan dan kekurangan yang terdapat pada projek apabila pengujian

dilakukan untuk menambahbaikkan pada projek.

Setelah membina satu rekabentuk projek terperinci yang dibuat pada WSUS

server, pengujian akan dilakukan bagi memastikan projek ini dapat beroperasi seperti

yang dirancangkan. Pengujian ini disemak oleh penyelia projek bagi mengesahkan

bahawa sistem yang telah dibangunkan dapat digunakan dan beroperasi seperti yang

direkodkan di dalam laporan kumpulan atau individu yang terlibat dengan projek tahun

akhir.

Projek yang dibangunkan ini hasil daripada menggabungkan dua jenis produk

Microsoft iaitu Windows Server 2016 dipasang sebagai komputer server dan Microsoft

Windows 7 dipasang sebagai komputer pengguna. Pada Windows Server 2016 ini akan

menemui pelbagai permasalahan antaranya cara baru untuk menetapkan Group Policy

Object (GPO). Selain itu, permasalahan notifikasi yang diterima oleh pengguna (client).
58

BAB 6

KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1 PENGENALAN

Pembangunan projek dapat dijalankan seperti yang dirancang dengan memenuhi

apa yang telah ditetapkan pada awalnya. Hasil daripada projek ini, pengguna dapat

menggunakan servis WSUS apabila menerima notifikasi yang betul daripada server

WSUS. Projek ini sesuai digunakan oleh pelbagai lapisan pengguna salah satunya
59

pengguna yang melibat syarikat yang ingin menaik taraf sistem operasi secara serentak

atas rangkaian WAN.

6.2 PENILAIAN

Rekabentuk terperinci dilaksanakan ke atas projek yang dibangunkan ini. Oleh

itu, penilaian akan dilakukan bagi melihat projek ini dapat berjalan dengan jayanya.

Projek yang dibangunakan bukan sahaja memudahkan kerja-kerja menaik taraf sistem

operasi malah menjimatkan kos untuk menaik taraf pada semua pengguna (client).

6.3 KAJIAN PERBANDINGAN

Terdapat pelbagai jenis server yang berasaskan WSUS yang disediakan dalam

pasaran. Pelbagai servis yang boleh dijalankan dan pengguna hanya perlu memilih

mengikut kehendak atau keperluan pengguna inginkan. Server WSUS kebiasaannya

menggunakan server Open Source tetapi projek ini menggunakan Windows Server 2016

sebagai pelantar untuk servis WSUS untuk diberikan perkhidmatan pada pengguna.
60

6.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Setelah projek “Implementation WSUS Server On Local Network” dibina

pelbagai masalah timbul bagi menjayakannya. Antara penambahbaikan yang boleh

dilakukan ialah penggunakan laporan servis yang perlu diinstal di dalam server WSUS

ini supaya dapat mengenal pasti masalah pengguna untuk menaik taraf. Oleh itu

penambahbaik boleh dilakukan berdasarkan kebergantungan khidmat pada kehendak

pengguna rangkaian daripada segi fleksibiliti mahupun perkhidmatan yang terbaik untuk

mereka.
61

RUJUKAN

LAMAN WEB RUJUKAN

Internet :

i. Corey Plett, Liza Poggemeyer (2016). “Plan your WSUS deploylement”,

https://docs.microsoft.com/en-us/windows-

server/administration/windows-server-update-services/plan/plan-your-

wsus-deployment Dicapai 20 Julai 2017.

ii. Daniel Boring (2016). “Deploy and Configure WSUS on Server 2012

R2”, https://www.virtuallyboring.com/deploy-configure-wsus-server-

2012-r2/ Dicapai pada 28 Julai 2017.

iii. David Costontini (2015). “How to install and configure Windows Server

Updates Service WSUS”, http://thesolving.com/server-room/how-to-

install-and-configure-windows-server-update-services-wsus/ Dicapai

pada 1 Ogos 2017.

iv. Imatt (2016). “The Utlimate Guide to Fixing Windows Server Update

Service”, http://www.urtech.ca/2016/10/ultimate-guide-fixing-windows-

server-update-services-wsus/ Dicapai pada 13 Ogos 2017.

You might also like