Teks Pengacara Majlis Lonjakan Prestasi SMK Gurun

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA

Program Perkhemahan Lonjakan Prestasi Akademik SPM 2018

Majlis mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia/Berusaha


1. Tn Hj Marzuki Bin Yahaya,
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun,

Diiringi
1. Tn Hj Abdul Aziz Bin Din ,Yg dipertua PIBG Sekolah menengah kebangsaan
gurun,
2.Barisan Pentadbir,
3.Guru-guru Kanan
4.Kaunselor serta Guru-guru Sekolah menengah kebangsaan Gurun
Semua Hadirin Diminta Berdiri

Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu


Negaraku dan lagu sekolah dengan iringan muzik.
Semua hadirin diminta bersedia.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin
dipersilakan duduk.

Alu-aluan Dari Johor hendak ke Pekan,


Singah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan ;
Buat bingkisan salam pertemuan.

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh,dan salam sejahtera


Yang Berusaha,
Tn Hj Marzuki Bin Yahaya,
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun,

Yang Berbahagia,
Tn Hj Abdul Aziz Bin Din,
Selaku yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun,

Yang Berusaha,
1. Puan Harisun Binti Hamid, penolong Kanan Pentadbiran,
2. En Mat Asri Bin Md lazim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
3. En Ramli Bin Hamid, Penolong Kanan Kokurikulum,
4. Puan Norhayati Binti Hashim Penolong Kanan Petang,
5. Puan Mariaton Kaftiah Binti Ramli, penolong Kanan Pendididkan Khas
6. En Agustine Towonsing Penolong Kanan PK Petang

Barisan Guru Kanan,


Kaunselor,
Rakan-rakan guru,merangkap anggota pelaksana program,
Dan Pelajar-pelajar Tingkatan 5 Program Perkhemahan Lonjakan Prestasi
Akademik SPM 2018 yang dikasihi sekalian.
Selamat datang ke Majlis Perasmian Penutup Program Perkhemahan Lonjakan
Prestasi Akademik SPM 2018
BACAAN DOA Apa diterbang di tengah lembah,
Tentunya kayu saya lentangkan,
Semoga berkat majlis disembah,
Bacaan doa kita dahulukan.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput

Saudara Muhd Irfan Haqiqie daripada 5 USM

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada


Saudara Muhd Irfan Haqiqie atas bacaan doa tadi.

Pengenalan Sebelum meneruskan acara, untuk makluman hadirin sekalian, Program


Perkhemahan Lonjakan Prestasi Akademik SPM 2018 Yang Julung kali
diadakan ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula 10 Oktober 2018,
iaitu pada hari Rabu yang lepas sehingga hari ini dengan penglibatan seramai
272 orang iaitu yang kesemuanya terdiri daripada pelajar Tingkatan 5 sahaja.
Untuk Makluman, Hanya semalam sahaja pelajar islam Lelaki dan Perempuan
bermalam di sekolah bagi mengikuti Program Qiamullai yang dikelolakan oleh
Ustaz Mohammad Asri Bin Ismail dan ustazah Zaiton bin Abu Bakar serta
dibantu Guru-guru bertugas.

Program Perkhemahan Lonjakan Prestasi Akademik SPM 2018 yang


mengumpulkan kesemua pelajar Tingkatan 5 ini dijalankan dengan tujuan
untuk meningkatkan pencapaian murid-murid dalam peperiksaan SPM 2018
disamping memberi persediaan yang secukupnya kepada murid-murid serta
meningkatkan keyakinan dan motivasi murid sekaligus memantapkan akhlak
dan melahirkan semangat jatidiri dan semangat berpasukan dalam kalangan
murid dan akhirnya melahirkan murid yang bermuhasabah diri dan
bertingkahlaku berasaskan agama.

Program Perkhemahan Lonjakan Prestasi Akademik SPM merupakan


sentuhan akhir para guru untuk memberikan kesedaran,kekuatan dan
semangat kepada semua murid Tingkatan 5 untuk menempuh peperiksaan
SPM yang bakal tiba pada bulan November nanti.
Penyampaian Majlis dengan ini diteruskan lagi dengan acara penyampaian Cenderahati
hadiah/ sijil kepada kepada Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun yang terlibat dengan
peserta Ujian Berpandu dan Teknik Menjawab sepanjang Program ini berlangsung
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan

1. Tn Hj Marzuki Bin Yahaya,Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan


Gurun,didiringi Puan Harisun Binti Hamid Penolang Kanan Pentadbir

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan


2. Puan Harisun Binti Hamid Penolang Kanan Pentadbir didiringi
1.Pn Roshilah binti Majit, Guru kanan Teknik dan Vokasional
2. En Mohd Zaini bin darus,Guru Kanan sains dan Matematik
3. Ustaz Suib Bin ab. Ghani. Guru Kanan kemanusiaan
4.Pn Madihah Binti Mohd Mohsin,Guru Kanan Bahasa
untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Bagi upacara ini, dijemput Wakil Panitia untuk mengambil hadiah
Dijemput Wakil Panitia
1.Matematik 4.Panitia Pendidikan 7.Panitia Fizik
Seni dan
2.Panitia bahasa Cina 5. Panitia Sains 8. Wakil Bimbingan dan
Kaunseling bagi Slot
Motivasi
3. panitia Geografi 6. Panitia Biologi
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada peserta TERBAIK
Program Perkhemahan Lonjakan Prestasi Akademik SPM 2018. Peserta yang
mendapat hadiah ini dilihat daripada sudut sentiasa memberi tumpuan dalam
setiap slot dan berani bertanya serta menjawab soalan yang dikemukakan
sepanjang Program berlangsung.
BAGI Pelajar lelaki kategori ini dimenangi oleh;
Yang pertama saudara
1. Sharvindran a/l Praboo daripada 5 USM
Yang kedua saudara
2.Mohd Arif Muqri Bin …………………daripada 5 UITM
Dan yang ke tiga saudara
3.Wong Zhi Chong daripada 5 USM

Bagi pelajar perempuan kategori ini dimenangi oleh;


Yang pertama saudari
1. Abhilashavarna a/p Krishnamoorthy daripada 5 UM
Yang kedua saudari
2. Koh Yurn Ern daripada 5 USM
Dan Yang ketiga Saudari
3. Nur Fazira Binti…………………….. daripada 5 UITM

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


1. . Tn Hj Marzuki Bin Yahaya,Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun
2.Puan Harisun Binti Hamid Penolang Kanan Pentadbir

atas kesudian beliau menyempurnakan upacara penyampaian hadiah dan


cenderahati sebentar tadi.

Ucapan perasmian Buah langsat di tepi busut,


& penutupan oleh Mari dimuat di atas peti,
Pengetua/Penolong Besar hajat kami menjemput,
Kanan Pentadbir Besar niat di dalam hati

Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan pula


1.Tn Hj Marzuki Bin Yahaya,Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun
2. Puan Harisun Binti Hamid Penolang Kanan Pentadbir Sekolah Menengah
Kebangsaan Gurun
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Perasmian &
Penutupan Program Perkhemahan Lonjakan Prestasi Akademik SPM 2018
Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan…
*****
Pihak majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih di atas kesudian tuan merasmikan majlis pada pagi ini
Penyampaian Seterusnya,
Cenderamata
kepada Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis mempersilakan
Pengetua/Penolong 1.Puan Harisun Binti Hamid Penolang Kanan Pentadbir Sekolah Menengah
Kanan Pentadbir Kebangsaan Gurun untuk menyampaikan cenderahati kepada Tn Hj Marzuki
Bin Yahaya,Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun

Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis mempersilakan


1.Pn Roshilah binti Majit, Guru kanan Teknik dan Vokasional
2. En Mohd Zaini bin darus,Guru Kanan sains dan Matematik
3. Ustaz Suib Bin ab. Ghani. Guru Kanan kemanusiaan
4.Pn Madihah Binti Mohd Mohsin,Guru Kanan Bahasa
untuk menyampaikan cenderahati kepada Puan Harisun Binti Hamid Penolong
Kanan Pentadbir Sekolah Menengah

***** Terima Kasih di atas penyampaian cenderamata tersebut


Majlis bersurai Dengan penyampaian hadiah dan cenderahati sebentar tadi, maka dengan itu
berakhirlah sudah Program Perkhemahan Lonjakan Prestasi Akademik SPM
2018 pada kali ini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari di susun maaf dipinta.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Pihak sekolah dan guru-guru sangat mengharapkan semua muridTingkatan 5


tahun 2018 dapat menjawab peperiksaan nanti dengan tenag dan lulus
dengan cemerlang. Semoga keputusan SPM anda yang cemerlang akan
menjamin masa depan yang baik.

Sebelum itu, semua pentadbir,guru dan peserta-peserta Program


Perkhemahan Lonjakan Prestasi Akademik SPM 2018 dipersilakan naik ke atas
pentas untuk sesi bergambar.

Kalau tuan pikat cemara,


Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih

Pihak majlis mempersilakanTuan Pengetua dan pentadbir ke …………………..


untuk menikmati sedikit jamuan ringan. Dipersilakan.

Untuk itu,

Sekian sahaja daripada saya Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum


Warah matullahi Wabarakatuh
Yang Baik itu daripada Allah dan Yang kurang itu daripada kesilapan saya
sendiri.
Majlis ditutup dengan tasbih kifarah dan surah al Asr.

You might also like