Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

LANGKAH MEWUJUDKAN PEMBANGUNAN LESTARI

Assalamualaikum,ari nie sye ad final exam kajian sumber alam dan alam
sekitar,,,,fuhhh menyeramkan,,,hope dpt jwb semua dgn betul n bley dpt
pointer atas 3.5,,,,ari nie sye nk share skit kt korang pasal langkah
pembangunan lestari,,,,,hope dpt manfaat dri ap yg ingin sye
sampaikan,,,,,wassalam
LANGKAH -LANGKAH MEWUJUDKAN PEMBANGUNAN LESTARI
(MAMPAN)
1.Program kitar semula memainkan peranan yang penting dalam menyokong
dasar strategik kerajaan bagi pengurusan alam sekitar dan sumber semula
jadi yang mapan dan lestari. Secara spesifik, program ini bertujuan untuk
mengurangkan intensiti pencemaran dan sisa daripada aktiviti pembandaran
dan perindustrian, di samping memastikan alam sekitar bersih dan sihat
supaya dapat memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat. Amalan kitar semula
harus bercambah, berakar dan menghijau di setiap pelosok tanah air. Amalan
kitar semula boleh dijalankan di peringkat nasional, kawasan, komuniti,
serta individu. Oleh itu, kejayaan program kitar semula banyak bergantung
kepada kerjasama yang erat dalam kalangan semua pihak. Semua pihak
perlulah menjadikan kitar semula sebagai amalan hidup.
2.Penggunaan petrol tanpa plumbum bagi kenderaan bermotor. Mencari
alternatif selain minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan
kesan pencemaran alam sekitar. Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan
minyak enjin biomass daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat dijalankan.
Contohnya, di negara kita, ahli sains telahpun menemukan sejenis minyak
daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa
menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu
baharu untuk dipastikan sama ada praktikal ataupun tidak namun penemuan
ini patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah
mencapai konsep pembangunan lestari. Oleh itu, penggunaan petrol tanpa
plumbum turut membantu dalam melaksanakan pembangunan lestari.
3.Pihak berwajib perlu menjatuhkan hukuman terhadap individu atau
organisasi yang telah didapati bersalah memusnahkan alam sekitar semata-
mata untuk kepentingan diri sendiri. Pihak berwajib seperti Kementerian
Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang
yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman
yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit
mencemarkan dan memusnahkan alam seperti mengenakan dendaan yang
tinggi. Selain itu tindakan penguatkuasaan undang-undang hendaklah
dilaksanakan tanpa sikap memilih bulu dan dilakukan secara tekal dan tidak
seperti melepaskan batuk di tangga. Individu dan organisasi yang
mencemarkan alam biasanya tidak serik dengan hukuman yang dikenakan.
Mereka akan mengulangi perbuatan keji ini jika hukuman yang dikenakan
terhadap mereka tidak begitu berat. Malahan ada yang sanggup membayar
denda kerana mencemarkan alam sekitar kerana mereka tahu denda tersebut
hanya sekali sahaja. Mereka bebas melakukan kesalahan setelah
menjelaskan denda yang dikenakan. Oleh itu pihak berwajib mestilah lebih
tegas dalam mengenakan hukuman terhadap pihak yang merosakkan alam
sekitar.
4.Memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah.
Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah
pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu digubal
agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh
diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata
pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara
lebih berkesan. Murid sekolah khususnya yang belajar di sekolah rendah
wajar didedahkan dengan pengetahuan tentang alam sekitar dengan lebih
sistematik. Jika sejak kecil mereka diberikan pendedahan sedemikian,
mereka akan berasa lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar apabila
mereka dewasa nanti kerana alah bisa tegal biasa. Langkah ini akan
melahirkan generasi yang dapat menguruskan pembangunan negara yang
lestari dan mapan.
5.Aktiviti penanaman semula perlu dilakukan. Hal ini dikatakan demikian
kerana penanaman semula dapat menggantikan pokok-pokok yang telah
ditebang untuk melakukan projek pembanguan negara. Dengan ini,
keseimbangan alam sekitar dan ekologi negara tercapai. Sesungguhnya,
memang tidak dapat kita nafikan bahawa negara kita perlu membangun
untuk mencapai negara kelas pertama. Namun begitu, kita tidak boleh
bertindak mengikut nafsu tanpa memikirkan risiko yang bakal menimpa.
Kita haruslah memiliki minda yang lestari iaitu setiap pokok yang ditebang
perlu diganti kembali. Pengusaha kayu balak dan pihak pemaju tidak harus
bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan
mereka seharusnya berminda lestari dalam memastikan pembangunan lestari
tercapai.
"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya
kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam
sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma
Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta
paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Alam semula jadi
menjadi tonggak utama negara sebagai kawasan tadahan hujan, habitat flora
fauna dan sumberkayu-kayan. Malangnya, Hari Bumi yang disambut setiap
22 April bagaikan tiada kesan apabila sumber-sumber alam ini masih lagi
rakus diterokai untuk manusia menikmati pembangunan. Oleh itu, kita perlu
merencanakan pembangunan yang mapan atau pembangunan lestari.
Pembangunan mapan atau pembangunan lestari merupakan gabungan antara
pembangunan yang maju dengan pemuliharaan dan pemeliharaan alam
sekitar. Kita perlu menitikberatkan pembangunan yang seimbang. Sebagai
rakyat yang bertanggungjawab, kita harus melakukan anjakan paradigma
untuk mewujudkan pembangunan yang lestari dengan melakukan beberapa
pendekatan yang pragmatik.
Program kitar semula memainkan peranan yang penting dalam
menyokong dasar strategik kerajaan bagi pengurusan alam sekitar dan
sumber semula jadi yang mapan dan lestari. Secara spesifik, program ini
bertujuan untuk mengurangkan intensiti pencemaran dan sisa daripada
aktiviti pembandaran dan perindustrian, di samping memastikan alam sekitar
bersih dan sihat supaya dapat memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat.
Amalan kitar semula harus bercambah, berakar dan menghijau di setiap
pelosok tanah air. Amalan kitar semula boleh dijalankan di peringkat
nasional, kawasan, komuniti, serta individu. Oleh itu, kejayaan program
kitar semula banyak bergantung kepada kerjasama yang erat dalam kalangan
semua pihak. Semua pihak perlulah menjadikan kitar semula sebagai amalan
hidup. Pelaksanaan program kitar semula ini mesti diteruskan secara
berpanjangan, bukannya bermusim seperti hangat-hangat tahi ayam. Usaha
untuk memastikan program ini berjaya perlu diterapkan dalam kalangan
masyarakat, khususnya generasi muda yang bakal mewarisi teraju
kepimpinan negara kelak. Tegasnya, program kitar semula dapat mencapai
pembangunan yang lestari, berkualiti dan seimbang.
Selain itu, orang ramai digalakkan menggunakan petrol tanpa plumbum
bagi kenderaan bermotor. Mencari alternatif selain minyak juga adalah
penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dewasa
ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomass daripada tumbuh-
tumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya, di negara kita, ahli sains
telahpun menemukan sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh
mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin.
Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baharu untuk dipastikan sama ada
praktikal ataupun tidak namun penemuan ini patut dijadikan satu titik
permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep
pembangunan lestari. Oleh itu, penggunaan petrol tanpa plumbum turut
membantu dalam melaksanakan pembangunan lestari.
Salah satu langkah lain yang dapat digunakan untuk mewujudkan
pembangunan lestari ialah pihak berwajib perlu menjatuhkan hukuman
terhadap individu atau organisasi yang telah didapati bersalah
memusnahkan alam sekitar semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.
Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar
wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum
pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal
dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan dan memusnahkan alam
seperti mengenakan dendaan yang tinggi. Selain itu tindakan
penguatkuasaan undang-undang hendaklah dilaksanakan tanpa sikap
memilih bulu dan dilakukan secara tekal dan tidak seperti melepaskan batuk
di tangga. Individu dan organisasi yang mencemarkan alam biasanya tidak
serik dengan hukuman yang dikenakan. Mereka akan mengulangi perbuatan
keji ini jika hukuman yang dikenakan terhadap mereka tidak begitu berat.
Malahan ada yang sanggup membayar denda kerana mencemarkan alam
sekitar kerana mereka tahu denda tersebut hanya sekali sahaja. Mereka bebas
melakukan kesalahan setelah menjelaskan denda yang dikenakan. Oleh itu
pihak berwajib mestilah lebih tegas dalam mengenakan hukuman terhadap
pihak yang merosakkan alam sekitar.
Di samping itu, pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan
alam sekitar kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar
melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang
sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang
sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-
mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini
bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan. Murid
sekolah khususnya yang belajar di sekolah rendah wajar didedahkan dengan
pengetahuan tentang alam sekitar dengan lebih sistematik. Jika sejak kecil
mereka diberikan pendedahan sedemikian, mereka akan berasa lebih
bertanggungjawab terhadap alam sekitar apabila mereka dewasa nanti
kerana alah bisa tegal biasa. Langkah ini akan melahirkan generasi yang
dapat menguruskan pembangunan negara yang lestari dan mapan. Jadi,
pengenalan pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah merupakan satu
langkah untuk mewujudkan pembangunan yang lestari.
Jika kita lihat dari sudut yang lain pula, aktiviti penanaman semula perlu
dilakukan. Hal ini dikatakan demikian kerana penanaman semula dapat
menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang untuk melakukan projek
pembanguan negara. Dengan ini, keseimbangan alam sekitar dan ekologi
negara tercapai. Sesungguhnya, memang tidak dapat kita nafikan bahawa
negara kita perlu membangun untuk mencapai negara kelas pertama. Namun
begitu, kita tidak boleh bertindak mengikut nafsu tanpa memikirkan risiko
yang bakal menimpa. Kita haruslah memiliki minda yang lestari iaitu setiap
pokok yang ditebang perlu diganti kembali. Pengusaha kayu balak dan pihak
pemaju tidak harus bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing dan mereka seharusnya berminda lestari dalam memastikan
pembangunan lestari tercapai. Ironinya, pembangunan lestari dapat dicapai
melalui aktiviti penanaman semula.
Sebagai konklusinya, terdapat pelbagai langkah yang dikenal pasti dapat
membangunkan negara dengan lestari jika dilaksanakan dengan penuh
iltizam. Dalam hal ini, semua pihak perlulah bekerjasama untuk memastikan
langkah-langkah yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan
kerana alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Jika
pembangunan lestari terbantut, generasi akan datang pasti menghadapi
masalah alam sekitar yang lebih buruk. Kerjasama dan kesungguhan semua
pihak menyelesaikan masalah ini diharapkan dapat mewujudkan
pembangunan yang seimbang tanpa melakukan kemusnahan alam sekitar.
Semoga generasi cucu cicit kita dapat menikmati kemajuan dan
pembangunan negara dengan diselimuti kehijauan alam sekitar.
PEMBANGUNAN LESTARI
Disediakan oleh : Gan Geok Hiong & Tang Chai Sia
Pembangunan Lestari /Mampan
Pembangunan atau kemajuan
dengan pemeliharaan dan pemuliharaanalam sekitar daripada musnah.
Pemuliharaan membawa maksud membaik pulih sumber-sumber alam
sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral dan lain-lain yang telah
digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus. Pemeliharaan pula
meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumber-
sumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia. Idea
pembangunan lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip pembangunan
secara berterusan dan bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa kini
tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang.
Konsep Pembangunan Lestari
Konsep pembangunan lestari muncull ekoran daripada kesedaran
tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam sekitar.
Isu pembangunan telah dibincangkan secara seriue dalam Sidang Kemuncak
bumi yang diadakan di Rio De Janerio pada tahun 1992 dan di Johannesburg
pada 26 Ogos hingga 4 September 2002. Persidangan pada tahun 1992 telah
merintis pada wujudnya Agenda 21 yang merupakan plan tindakan yang
mengandungi satu set prinsip-prinsip yang menyeluruh untuk membantu
pihak kerajaan dan institusi dalam melaksanakan dasar-dasar dan program-
program pembangunan lestari di negara masing-masing.
Pembangunan Lestari didefinisikan sebagai pembangunan
yang dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan memastikan
kerosakan minimum ke atas alam semulajadi. Pembangunan Lestari
mengikut definisi UNESCO ( 2002 ) diertikan sebagai “… balancing
balancing the fulfillment of human needs with the protection of the natural
environment so that these needs can be met not only in the present, but in the
indefinite future.”
Pembangunan Lestari adalah kemampuan untuk memberi
sokongan untuk memelihara sistem kehidupan sepenuhnya dalam manusia
dan kehidupan lain di planet ini iaitu kemampuan untuk menyalurkan
keperluan-keperluan unutk hidup secara berterusan dalam semua jenis benda
hidup. Dalam konsep pembangunan lestari, penekanan diberikan kepada
keseimbangan antara memenuhi keperluan manusia dengan
keupayaan sistem semulajadi untuk membekalkan produk dan perkhidmatan
tanpa degradasi.
Pada tahun 1973, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kementerian
Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan. Dalam usaha untuk
mencerminkan penekanan kerajaan terhadap sains dan teknologi (S&T) dan
inovasi, Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian
Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) pada tahun 1976. Pada tahun
2004 Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kemeneterian
Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Misi MOSTI adalah untuk
mewujudkan sebuah persekitaran yang berdaya saing untuk kemajuan dalam
bidang sains dan teknologi dengan maksud menjana pengetahuan
kemewahan dan meningkatkan kualiti hidup melalui pembangunan lestari.
Kementerian ini dipandukan oleh misinya untuk meningkatkan persaingan
Malaysia dalam bidang sains dan teknologi supaya rakyat Malaysia menjadi
bangsa yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dan terus komited
terhadap pengurusan alam sekitar untuk jangka masa panjang.
Oleh itu, objektif MOSTI adalah untuk :Menggalakkan pemahaman
kesedaran dan penghargaan terhadap S&T.Menggalakkan penyelidikan dan
pembangunan (P&P) dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan S&T.
Memelihara dan memantau alam sekitarMenyediakan perkhidmatan
sokongan teknikal dan pengurusan yang berkesan. Usaha dan inisiatif
Kementerian untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya adalah
berpandukan kepada beberapa rancangan dan polisi. Ini termasuklah Rangka
Rancangan Jangka Panjang Ke-3 (OPP3), Rancangan Malaysia ke-8.
(RMKe-8), Pelan Induk Industri (IMP2), Polisi S&T Kebangsaan dan Pelan
Tindakan Teknologi (TAP).
Pada bulan November 2002, Dasar Alam Sekitar Negara
(NPE) telah dilancarkan dan kesannya terhadap pengurusan lestari alam
sekitar dan sumber asli akan menjadi lebih terserlah. RMKe-8 meliputi
jangka masa 2000-2005 dan menggabungkan strategi-strategi, program-
program dan projek-projek yang bertujuan untuk mencapai objektif
Wawasan 2020. Cabaran-cabaran getir yang menggambarkan jangka masa
ini termasuklah globalisasi, liberalisasi dalam perkhidmatan dan
pembangunan berbentuk teknologi yang pantas. Untuk tujuan ini, RMKe-8
telah menyusun semula strategi pertumbuhan ekonomi negara untuk
mencapai pembangunan ekonomi yang berteraskan pengetahuan. Kini
terdapat tumpuan yang lebih terhadap usaha sektor awam, khususnya
terhadap peningkatan kepada aktiviti-aktiviti P&P dan juga inovasi
teknologi. Sektor awam akan bertindak sebagai penasihat dengan
memberikan rangka kerja yang kukuh dan perkhidmatan yang berkesan di
samping menyediakan insentif-insentif fiskal dan kewangan. RMKe-8 amat
menekankan dan terus memberikan perhatian terhadap isu-isu yang
berkaitan dengan alam sekitar dan sumber-sumber asli scara bersepadu
untuk mencapai pembangunan lestari dan meningkatkan kualiti hidup rakyat
Malaysia.
Di bawah Dasar S&T Kebangsaan dan Pembangunan Teknologi
Industri : Sebuah Plan Tindakan Kebangsaan, Malaysia telah berjaya
membangunkan keupayaan dan kebolehannya dalam bidang sains dan
teknologi melalui pelbagai program dan aktiviti. Dalam menghadapi cabaran
yang mendatang, Kementerian telah memperkukuhkan usahanya untuk
mengkaji semula Dasar S&T Kebangsaan dengan matlamat untuk
menghasilkan Polisi S&T Kebangsaan yang ke-2.DSTN 2 dijangka dapat
menyediakan satu rangka kerja yang lebih dinamik untuk pembangunan
S&T, dengan penekanan yang lebih kepada penglibatan sektor swasta dan
juga P&P yang berasaskan pasaran. Idea yang utama adalah untuk
mendapatkan kerjasama di kedua-dua sektor awam dan swasta, bagi
memperkukuhkan lagi kebolehan dan kemampuan negara dalam bidang
penyelidikan dan teknologi.
Fokus DSTN 2 akan menjurus kepada aktiviti-aktiviti berasaskan
teknologi tinggi dan intensif pengetahuan yang secara dasarnya bertujuan
untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara penyumbang, bukan
sahaja sebagai pengguna, dalam bidang sains dan teknologi. Dasar Alam
Sekitar kebangsaan memperjelaskan komitmen kerajaan Malaysia terhadap
pembangunan lestari. Polisi ini menjadi pelengkap kepada Wawasan 2020
yang bertujuan untuk memastikan Malaysia mencapai tahap sebuah negara
membangun tanpa menjejaskan sumber-sumber asli dan alam sekitar.
Prinsip Alam Sekitar Lestari Dan Pembangunan Lestari.
Kenyataan prinsip dan dasar, pembinaan perancangan yang kukuh dan
usaha perlaksanaan berterusan kepada komitmen ini merupakan asas penting
untuk mencapai kelestarian. Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai
Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio De Janeiro dari 3 hingga 4 Jun 1992
mengumumkan prinsip-prinsip berikut:
Prinsip 1: Manusia menjadi fokus pembangunan lestari. Mereka
berhak menikmati kehidupan yang sihat dan produktif serta harmoni dengan
alam semulajadi.
Prinsip 2 : Selaras dengan perakuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan
prinsip undang-undang antarabangsa, semua negara mempunyai hak
sepenuhnya untuk memanfaatkan sumber-sumbernya unutk memantapkan
polisi-polisi alam sekitar dan pembangunannya sendiri, dan
bertanggungjawab memastikan bahawa aktiviti-aktiviti di bawah bidang
kuasa dan kawalannya tidak menyebabkan kerosakan alam sekitar negara
lain atau kawasan melampaui batasan bidang kuasa negaranya.
Prinsip 3 : Hak untuk membangun mesti ditunaikan bagi memenuhi
keperluan pembangunan dan alam sekitar yang saksama unutk generasi kini
dan akan datang.
Prinsip 4 : Untuk memcapai pembangunan lestari, perlindungan alam
sekitar hendaklah mengandungi proses pembangunan yang terkamir dan
tidak boleh dipertimbangkan secara berasingan.
Prinsip 5 : Semua Negara dan rakyat hendaklah bekerjasama
membasmi kemiskinan sebaga suatu keperluan yang wajib unutk
pembangunan lestari, dalam usaha mengurangkan perbezaan kualiti hidup
dan memenuhi keperluan majoriti penduduk dunia dengan lebih baik.
Prinsip 6 : Keadaan dan keperluan-kepeeluan khas negara
membangun, terutama negara kurang membangun dan terlalu terdedah
kepada bahaya alam sekitar haruslah diberi keutamaan khusus. Tindakan-
tindakan antarabangsa dalam bidang alam sekitar dan pembangunan
hendaklah juga mengambilkan kepentingan semua negara.
Prinsip 7 : setiap negara hendaklah bekerjasama dalam semangat
perkongsian sedunia untuk memulihara, melindungi dan mengekalkan
kesihatan dan integriri ekosistem bumi. Memandangkan sumbangan yang
berbeza terhadap kemusnahan alam sekitar sedunia, negeri mempunyai
tanggungjawab yang sealiran tetapi berlainan. Negara maju mesti memhami
tanggungjawab yang sealiran tetapi berlainan. Negara maju mesti memahami
tanggungjawab yang mereka pikul dalam susulan antarabangsa mengenai
pembangunan lestari memandangkan tekanan yang diberika oleh rakyat
mereka ke atas alam sekitar sedunia serta teknologi dan sumber kewangan
yang mereka kuasai.
Prinsip 8 : Untuk mencapai pembangunan lestari dan kualiti hidup
yang lebih baik untuk semua rakyat, negara hendaklah mengurang dan
memberhentikan pola-pola pengeluaran dan kepenggunaan yang tidak lestari
dan memajukan polisi-polisi demografi yang sesuai.
Prinsip 9 : Negara-negara hendaklah bekerjasama mengukuhkan
keupayaan masyarakat terpinggir untuk pembangunan lestari dengan
mempertingkatkan kefahaman saintifik dan teknologi dan dengan
mempertingkatkan pembangunan, penyesuaian, pengembangan dan
pemindahan teknologi baru dan inovatif.
Prinsip 10 : isu alam sekitar sebaik-baiknya ditangani dengan
penyertaan semua rakyat terkesan pada semua peringkat yang relevan. Pada
peringkat kebangsaan, setiap individu haruslah mempunyai akses yang
sesuai kepada maklumat mengenai alam sekitar yang diwujudkan oleh pihak
berkuasa awam, termasuk maklumat tentang bahan-bahan merbahaya dan
aktiviti-aktiviti di dalam komuniti mereka dan peluang penglibatan mereka
di dalam proses membuat keputusan. Negara hendaklah membantu dan
menggalakkan kesedaran dan penglibatan awam dengan menyebar
maklumat secara meluas.
Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan kelestarian alam
sekitar menjadi suatu perkara yang menjadi perkara yang dititikberatkan
oleh seluruh umat manusia. Usaha-usaha ini meliputi pelbagai peringkat
baik dari peringkat tempatan, mahupun antarabangsa. Antara usaha yang
telah dilakukan oleh pihak antarabangsa adalah melalui Deklarasi Langkawi
(1989), Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro (1992), dan Persidangan
Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 di Copenhagen.
Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro (1992)
Semasa Sidang Kemuncak Bumi ini diadakan, banyak usaha telah
diambil bagi menunjukkan betapa tingginya kesedaran sesetengah pihak
dalam memandang isu alam sekitar yang semakin hari semakin tenat
disebabkan pencemaran dari pelbagai sudut seperti tanah, air, dan udara.
Antara usaha yang dapat dilihat semasa sidang ini berlangsung adalah
melalui Agenda dan 21Protokol Kyoto.
Agenda 21 merupakan perjanjian atau panduan yang dibentuk oleh
Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNCED) sewaktu sesi persidangannya di Rio de Janeiro (Sidang
Kemuncak Bumi) pada 1992. Agenda ini menggariskan beberapa perkara
yang harus dilaksanakan oleh negara-negara anggota PBB (yang menerima
pakai Agenda ini) seterusnya mengadakan laporan khusus (tahunan) tentang
perjalanannya di peringkat negara, dan kemudian diserahkan kepada Majlis
Pembangunan Mapan (CSD). Laporan tersebut antaranya mengandungi
kegiatan yang dilakukan yang memenuhi hasrat Agenda 21, halangan dan
cabaran yang dihadapi, serta isu-isu alam sekitar dan pembangunan yang
berkaitan.
Pembangunan Mapan (Green City)
Latar belakang Agenda 21:
 Agenda 21 menekankan alam sekitar dan pembangunan yang
seimbang dan mampan;
 Merupakan program tindakan pembangunan mampan global dan
angka “ 21 “ menandakan abad ke-21;
 Ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia;
dan
 Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung
dengan pembangunan mampan; dan bab 28 Agenda 21 bertajuk ” Usaha
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21 ”
Deklarasi Langkawi
Deklarasi Langkawi adalah komitmen semua negara-negara
Komanwel (negara yang pernah dijajah oleh British) untuk menjaga dan
melindungi alam sekitar.
Pada bulan Oktober 1989, Deklarasi Langkawi telah berjaya
dikeluarkan. Ia adalah bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Negara
Komanwel. Hasil deklarasi itu ialah mengakui bahawa pencemaran dan
pemusnahan alam sekitar telah bermula sejak zaman penjajah lagi.
Sejarawan J.S. Furnivall melaporkan bahawa zaman kolonial telah
menyebabkan kemerosotan alam sekitar yang hebat. Negara penjajahan
mahukan keuntungan lumayan dari pelaburan modal barat.Keuntungan dari
pelaburan itu adalah semata-mata bagi kepentingan negara mereka.
Anugerah Langkawi peringati Deklarasi Langkawi
PENGURNIAAN Anugerah Langkawi kepada warganegara Malaysia
adalah merupakan program tahunan yang dianjurkan sempena sambutan
Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) bagi memperingati Deklarasi
Langkawi yang telah ditandatangani oleh Ketua-Ketua Negara Komanwel
pada tahun 1989.
Anugerah ini telah diperkenalkan pada tahun 1991 sebagai
menunjukkan komitmen rakyat amnya dan negara khasnya dalam mencapai
matlamat pembangunan mapan selaras dengan Deklarasi Langkawi.
Anugerah Langkawi adalah merupakan penghargaan dan
penghormatan tertinggi negara kepada rakyat negara ini yang telah
memberikan sumbangan yang besar dalam bidang alam sekitar.
Sumbangan itu adalah sama ada dalam bidang pengurusan,
perniagaan, penyelidikan saintifik, akademik, penulisan dan lain-lain bidang
yang berkaitan.
Ia diberikan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan
tenaga dan fikiran dalam bidang alam sekitar serta bergiat ke arah:
a. Meningkatkan penyertaan orang awam dalam perlindungan alam
sekitar;
b. Menghasilkan kesan yang penting dan berjaya menyelesaikan
masalah perlindungan alam sekitar di peringkat tempatan dan antarabangsa
dan
c. Berjaya membawa perhatian masyarakat kepada masalah alam
sekitar yang ketara atau menggerakkan tindakan semua pihak ke arah
penyelesaiannya.
Penerima akan menerima sebuah plak penghargaan, sijil dan wang
tunai RM10,000.
Apa itu Deklarasi Langkawi
Deklarasi Langkawi adalah komitmen semua negara-negara
Komanwel (negara yang pernah dijajah oleh British) untuk menjaga dan
melindungi alam sekitar.
Tujuan dan Kepentingan Pembangunan Lestari
Pembangunan Lestari bertujuan untuk memastikan penggunaan
sumber-sumber semulajadi mencukupi buat masa kini dan untuk masa depan
bagi manfaat semua jenis kehidupan di muka bumi ini. Oleh itu
pembangunan lestari amat bergantung kepada pemuliharaan dan
pemeliharaan kesejahtera manusia dan ekosistem secara bersama. Polisi
Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas disebut di dalam Rancangan
Malaysia ketujuh. Plan tersebut juga menerankan langkah-langkah yang
diambil untuk memberi penekanan terhadap pembangunan lestari semasa
awal tempoh Rancangan Malaysia. Langkah-langkah baru telah dimulakan
semasa Rancangan Malaysia ke-7 ( 1996-2000 ) bagi meningkatkan
kebolehan Malaysia untuk membangun secara lestari.
Komponen Dalam Pembangunan Lestari
Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD) adalah sebuah visi
pendidikan yang bertujuan untuk membudayakan masyarakat untuk
memikul tanggungjawab untuk mencipta masa depan yang berterusan.
Komponen ESD
Pemuliharaan Sumber
Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada
masa sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif,
pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan
kepelbagaian sumber semulajadi. Pemulihan merangkumi penggantian
sumber, perubahan dalam cara penggunaan dan memberi perhatian kepada
faktor ‘intangible’ seperti nilai keselesaan dan nilai warisan.
Pembangunan Fizikal
Memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan
alam semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling
memanfaatkan, membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang
terdapat di kawasan tersebut dan meminimumkan pembaziran sumber dan
keburukan yang akan dibawa kepada komuniti apabila sesetengah kawasan
perniagaan mengalami tekanan pembangunan yang melampau sedangkan
sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti penutupan
kedai dan kehilangan pekerjaan.
Kualiti Alam Sekitar
Mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti
ekosistem dan pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau
menjejaskan kualiti kehidupan. Selain itu mengurangkan atau mengubah
proses pengeluaran atau perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup
manusia. Cara pembuangan dan pelupusan sampah harus dititikberatkan.
Kesaksamaan Sosial
Mengelakkan pembangunan yang menambahkan jurang antara
golongan kaya dan miskin serta mengalakkan pembangunan yang dapat
mengurangkan ketidaksamaan sosial. Selain itu, mengurangkan pembaziran
tenaga manusia. Kesaksamaan sosial perlu dipelihara dari segi peluang
ekonomi di sesuatu kawasan.
Penyertaan politik
Mengalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan.
Keputusan ini termasuklah di dalam memilih pentadbiran kerajaan yang
dimahukan. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana
rakyat bebas di dalam menentukan tampok pemerintahan yang diinginkan.
Pilihan raya diadakan setiap 5 tahun bagi membolehkan rakyat untuk
membuat pilihan di dalam parti-parti politik yang bertanding.
Ekonomi
Melihat dari segi ekonomi terdapat beberapa kateria yang diambil
penekanan di dalam pembangunan lestari iaitu pertumbuhan ekonomi yang
memberangsangkan, ekonomi ini melibatkan pertambahan peluang
pekerjaan, pengunaan yang meningkat, pelaburan asing serta kadar
pengganguran dan kemiskinan yang berkurang. Kedua adalah kesaksamaan
di mana ekonomi yang dibangunkan dapat diterima oleh semua orang, serta
memperolehi manfaat daripada pembangunan ekonomi tersebut. Ketiga
adalah kecekapan dalam perancangan serta pembangunan ekonomi yang
dirancang. Kecekapan ini adalah kecekapan dalan perancangan serta
pembangunan ekonomi yang dirancang. Kecekapan ini termasuklah
pengagihan sumber yang cekap dan mengawal ekonomi agar tidak
membebankan rakyat.
Budaya
Gurmit Singh- tokoh pencinta alam yang selalu berbasikal,
mengusaha pertanian organik, pengamal kitar semula barang terpakai dan
mempromosi penggunaan tenaga suria, dipilih sebagai pemenang Anugerah
Pengguna Lestari sempena Hari Pengguna Malaysia pada 26 Julai lalu,
anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Gurmit dipilih kerana komitmennya terhadap gaya hidup dan kepenggunaan
lestari, selari dengan tema kesederhanaan menjamin kesejateraan dan slogan
"Amalkan Penggunaan Lestari".
Selain kepentingannya, kepenggunaan lestari dipilih sebagai slogan
sesuai
dengan keadaan semasa dengan peningkatan kadar inflasi, kenaikan
harga barang serta perkhidmatan. Menurut jangkaan laporan ekonomi
terkini, kadar inflasi 7.7 peratus di Malaysia pada Jun 2008 diramal akan
terus meningkat. Peningkatan ini dipengaruhi pelbagai faktor ekonomi,
termasuklah kenaikan tambang kenderaan awam sebelum Hari Raya
Aidilfitri, sebagaimana yang diumumkan Datuk Noh Omar, Menteri
Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Amalan hidup sederhana merupakan ajaran agama bukan
sahaja Islam, bahkan semua agama. Sederhana maksudnya tidak keterlaluan
dan berlebihan dari segala segi, khususnya yang melibatkan perbelanjaan
dan gaya hidup. Sederhana bermakna kita perlu mengkaji buruk baik
sebelum melakukan setiap tindakan agar mencapai matlamat dengan efisien
dan efektif dengan biaya optimum. Sebagai contoh, sederhana dalam
berpakaian mestilah sesuai dengan keperluan kerja atau santai dengan
matlamat untuk menurut aurat. Apalah gunanya kita berbelanja besar tetapi
aurat masih terbuka. Dengan matlamat jelas maka gaya hidup akan lebih
terarah, tanpa perlu membazirkan wang berbelanja membeli pakaian mahal
sehingga ada kalanya terpaksa pula berhutang. Jika demikian maka kita
berbelanja tidak menurut kemampuan dan terkeluar dari definisi
kesederhanaan.
Akta-akta yang berkaitan
1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
Satu peraturan bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang telah
dikuatkuasakan dala mtahun 1979 menghendaki semua industri mengolah
air buangan untuk mengasingkan bahan pencemar ke paras yang selamat
sebelum dilepaskan ke mana-mana saliran air daratan. Sisa toksik yang tidak
boleh diolah perlu dibakar, dikitar semula atau dihapuskan dengan cara yang
selamat seperti ditanam. Dalam pembinaan infrastruktur, contohnya
jalanraya, rancangan yang teliti harus dibuat. Pembukaan tanah untuk projek
perumahan dan pembandaran perlu disertakan dengan pelan penanaman
tumbuhan. Pihak berkuasa mesti mensyaratkan pemulihan kawasan hijau
sebelum sesuatu projek pembangunan diluluskan. Alam sekitar haruslah
diurus dengan teliti dan teratur dalam sebarang aktiviti ekonomi atau
pembangunan. Alam sekitar dengan keseimbangan ekologinya yang unik
tidak harus dikorbankan demi kepentingan manusia semata-mata.
-pencemaran udara (seksyen 20)
-pencemaran bunyi bising (seksyen 23)
-pencemaran tanah (seksyen 24)
-pencemaran perairan daratan (seksyen 25)
-Pencemaran minyak (seksyen 29)

2. Akta Perhutanan Negara 1984


- seksyen 82 (1) melarang sesiapa melakukan pembakaran dalam
hutan simpan.
3. Akta Kerajaan Tempatan 1976
- seksyen 81 menyatakan tindakan boleh diambil ke atas kilang yang
mengeluarkan asap dan menganggu kesihatan serta alam sekitar.
4. Akta Taman Negara 1980
- menghalang aktiviti yang menjejaskan ekosistem hutan

You might also like