Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Kelembapan

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, gelintar

Istilah kelembapan biasanya digunakan dalam bahasa seharian untuk merujuk pada
kelembapan bandingan. Kelembapan bandingan ditakrifkan sebagai jumlah wap air dalam
satu sampel udara yang dibandingkan dengan jumlah maksimum wap air udara yang dapat
dikandungkan pada sebarang suhu tertentu. Kelembapan juga dapat diungkapkan sebagai
kelembapan mutlak dan kelembapan tentu. Kelembapan bandingan adalah metrik penting
yang digunakan dalam ramalan cuaca. Kelembapan menunjukkan besar kemungkinan
kerpasan, embun atau kabus. Kelembapan tinggi membuatkan orang berasa lebih panas di
luar pada musim panas kerana ia mengurangkan keberkesanan perpeluhan untuk
menyejukkan tubuh badan dengan mencegah penyejatan peluh daripada kulit. Kesan ini
dihitung dalam jadual indeks haba. Wap air yang panas mempunyai lebih tenaga haba
berbanding wap air yang sejuk dan oleh itu lebih banyak wap air menyejat ke dalam udara
panas berbanding udara sejuk.

Isi kandungan
[sorok]

 1 Kelembapan mutlak
 2 Nisbah campuran / Nisbah kelembapan
 3 Kelembapan bandingan
 4 Kelembapan tentu
 5 Pengukuran dan Pelarasan Kelembapan
 6 Mengapa kelembapan kurang daripada 100% apabila hujan
 7 Kelembapan dan ketumpatan udara
 8 Takat embun dan takat ibun
 9 Tempat-tempat yang paling lembap di dunia
 10 Kesan terhadap tubuh badan manusia
 11 Kesan terhadap peralatan elektronik
 12 Syor-syor bagi keselesaan
 13 Rujukan
 14 Pautan luar

[sunting] Kelembapan mutlak


Kelembapan mutlak ialah kuantiti air dalam isipadu tertentu udara. Unit paling biasa adalah
gram per meter padu, walaupun sebarang unit jisim dan unit isipadu dapat digunakan. Pound
per kaki padu adalah biasa di AS, dan malahan kadang kala unit-unit lain yang mencampur
baurkan sistem British dan metrik digunakan.

Jika semua air dalam satu meter padu udara dipemeluapkan ke dalam sebuah bekas, bekas itu
dapat ditimbang untuk menentukan kelembapan mutlak. Jumlah wap dalam kubus udara itu
adalah kelembapan mutlak bagi meter padu udara itu. Lebih teknikal: Kelembapan mutlak
AH sama dengan jisim wap air mw, per meter padu udara, Va .

Bagaimana pun, kelembapan mutlak berubah apabila tekanan udara berubah. Ini sangat
menyukarkan pengiraan kejuruteraan kimia, misalnya bagi pengering pakaian yang suhu
dapat sangat berubah-ubah. Akibatnya, kelembapan mutlak pada umumnya ditakrifkan dalam
kejuruteraan kimia sebagai jisim wap air per seunit jisim udara kering, juga dikenali sebagai
jisim nisbah campuran, yang lebih rapi bagi pengiraan keseimbangan haba dan jisim. Jadi
jisim air per seunit isipadu seperti dalam persamaan di atas dapat ditakrifkan sebagai
kelembapan isipadu metrik. Disebabkan kekeliruan yang mungkin, Standard British BS
1339 (semakan 2002) mencadangkan penghindaran istilah "kelembapan mutlak". Unit-unit
seharusnya selalu diperiksa. Kebanyakan carta-carta kelembapan diberikan dalam g/kg atau
kg/kg, tetapi sebarang unit jisim dapat digunakan.

[sunting] Nisbah campuran / Nisbah kelembapan


Nisbah campuran atau nisbah kelembapan diungkapkan sebagai nisbah kilogram bagi wap
air, mw, per nisbah kilogram bagi udara kering, md, pada suhu yang diberi. Istilah percakapan
"kandungan lembapan" (moisture content) juga digunakan bagi menggantikan nisbah
campuran/kelembapan. Nisbah kelembapan adalah paksi standard dalam carta-carta
psikrometrik, dan adalah parameter berguna dalam pengiraan psikrometrik kerana ia tidak
berubah dengan suhu kecuali apabila udara menyejuk pada tahap bawah takat embun.

Nisbah itu dapat diberi sebagai:

Tekanan separa wap air dan udara juga dapat digunakan untuk mengungkapkan nisbah ini.

[sunting] Kelembapan bandingan


Rencana utama: Kelembapan bandingan

Kelembapan bandingan ditakrifkan sebagai nisbah tekanan separa wap air dalam satu
campuran gas antara udara dan wap air terhadap tekanan wap tepu air pada satu suhu yang
diberi. Kelembapan bandingan diungkapkan dalam bentuk peratusan dan dikira seperti
berikut:

dengan

ialah tekanan separa wap air dalam campuran gas itu;


ialah tekanan wap tepu air pada suhu campuran gas; dan
ialah kelembapan bandingan campuran gas yang dipertimbangkan.

[sunting] Kelembapan tentu


Kelembapan tentu ialah nisbah wap air terhadap `udara kering tambah wap air` dalam satu
isipadu tertentu. Nisbah kelembapan tentu diungkapkan sebagai nisbah kilogram wap air, mw,
per sekilogram campuran, mt .

Nisbah itu dapat ditunjukkan sebagai:

Kelembapan tentu berhubung kait dengan nisbah campuran (dan begitu juga sebaliknya):

[sunting] Pengukuran dan Pelarasan Kelembapan

Higrometer ialah sebuah alat yang digunakan untuk mengukur kelembapan udara

Terdapat pelbagai alat yang digunakan untuk mengukur dan melaras kelembapan. Alat yang
digunakan untuk mengukur kelembapan dipanggil psikrometer atau higrometer. Humidistat
digunakan untuk melaras kelembapan bagi sebuah bangunan dengan satu de-humidifier.
Semua ini beranalog dengan termometer dan termostat bagi kawalan suhu.
Kelembapan juga diukur mengikut skala global dengan menggunakan satelit-satelit yang
ditempatkan secara berasingan. Sate;it-satelit ini mampu mengesan ketertumpuan air dalam
troposfera pada altitud antara 4 dan 12km. Satelit-satelit itu yang dapat mengukur wap air
mempunyai sensor yang sensitif terhadap sinaran inframerah. Wap air secara khusus
menyerap dan memancarkan radiasi dalam jalur spektrum ini. Imejan wap air satelit
memainkan peranan penting dalam pengawasan keadaan iklim (seperti pembentukan ribut
petir) dan dalam pembangunan ramalan cuaca pada masa akan datang.

[sunting] Mengapa kelembapan kurang daripada 100%


apabila hujan
Kelembapan adalah ukuran jumlah wap air yang larut dalam udara, tidak termasuk sebarang
air atau ais yang jatuh melalui udara. Bagi awan untuk terbentuk dan hujan untuk turun, udara
perlu mencapai kelembapan bandingan 100%, tetapi hanya pada tempat awan terbentuk atau
hujan turun. Ini biasanya berlaku apabila udara naik dan menyejuk. Kebiasaannya, hujan
turun ke dalam udara yang kurang daripada kelembapan tepu. Sebahagian air daripada hujan
itu mungkin menyejat ke dalam udara sebaik sahaja ia turun, lalu meningkatkan kelembapan,
tetapi tidak semestinya cukup untuk menaikkan kelembapan kepada 100%. Malahan adalah
mungkin bagi hujan yang turun melalui udara yang panas dan lembap untuk sejuk cukup
untuk merendahkan suhu udara kepada takat embun, dengan itu memeluwapkan wap air di
udara. Walaupun itu akan menaikkan kelembapan bandingan kepada 100%, air yang hilang
daripada udara (sebagai embun) juga akan merendahkan kelembapan mutlak.

[sunting] Kelembapan dan ketumpatan udara


Udara lembap kurang tumpat berbanding udara kering kerana molekul air lebih ringan
daripada molekul nitrogen dan oksigen. Isaac Newton menemui fenomena ini dan telah
menulis mengenainya dalam bukunya Opticks.[1] Hukum gas ideal Avogadro menyatakan
bahawa satu isipadu gas yang tetap pada suhu dan tekanan yang tertentu sentiasa
mengandungi bilangan molekul yang sama tanpa mengira apa pun jenis gas itu.
Pertimbangkan satu meter padu udara kering. Lebih kurang 78% molekul adalah nitrogen
(N2), dengan berat molekul sebanyak 28. 21% molekul lagi adalah oksigen (O2), dengan berat
molekul sebanyak 32. 1% terakhir adalah campuran gas-gas lain. Gabungan berat-berat ini
dalam perkadaran yang betul akan memberikan berat molekul purata bagi udara lebih kurang
sebanyak 29. Jika molekul wap air (H2O), yang berat molekulnya sebanyak 18, menggantikan
molekul nitrogen atau oksigen diatomik dalam isipadu yang tetap ini maka berat udara akan
berkurangan, dan oleh itu ketumpatan pun berkurangan. Jadi, udara lembap mempunyai
ketumpatan yang lebih rendah berbanding udara kering pada suhu dan tekanan yang sama.

[sunting] Takat embun dan takat ibun


Bersangkut dengan kelembapan bandingan adalah takat embun (jika takat embun berada di
bawah takat beku, ia dirujuk sebagai takat ibun). Takat embun ialah suhu wap air menjadi
tepu daripada satu jisim udara kepada cecair atau pepejal yang biasanya membentuk hujan,
salji, ibun atau embun. Takat embun biasanya berlaku apabila satu jisim udara mempunyai
100% kelembapan bandingan. Ini berlaku dalam atmosfera kesan daripada penyejukan
melalui beberapa proses yang berbeza.
Fail:Relative Humidity.png

[sunting] Tempat-tempat yang paling lembap di dunia


Bandar-bandar yang paling lembap di dunia biasanya terletak berhampiran dengan
khatulistiwa, dekat dengan kawasan pantai. Bandar-bandar di Asia Selatan dan Tenggara
nampaknya antara yang paling lembap. Kolkata dan Kerala di India; serta Bangkok di
Thailand mengalami kelembapan melampau semasa musim hujan ditambah dengan
kehangatan yang memberikan rasa sauna suam-suam kuku.[2] Darwin di Australia mengalami
musim basah lembap yang melampau dari Disember hingga April. Kuala Lumpur dan
Singapura mempunyai kelembapan yang amat tinggi sepanjang tahun kerana hampir dengan
kawasan air dan khatulistiwa dan cuaca mendung; meskipun terdapat pancaran sinar
matahari, hari cerah sepenuhnya agak jarang di lokasi-lokasi ini dan ia kerap kali berkabus.
Di tempat-tempat yang lebih sejuk seperti Tasmania Utara di Australia, kelembapan tinggi
dialami sepanjang tahun berpunca daripada lautan antara tanah besar Australia dan Tasmania.
Pada musim panas, udara yang kering dan panas diserap oleh lautan ini dan suhu jarang-
jarang mencapai lebih daripada 30℃.

Di Amerika Syarikat, bandar-bandar yang paling lembap, tegasnya dari segi kelembapan
bandingan, ialah Forks dan Olympia, Washington.[3] Hakikat ini mungkin mengejutkan ramai
orang, kerana iklim kawasan ini jarang-jarang memperlihatkan ketidakselesaan yang biasanya
dikaitkan dengan kelembapan tinggi. Takat embun lazimnya lebih rendah di Pantai Barat
berbanding di Pantai Timur. Kerana takat embun yang tinggi memainkan peranan yang
bererti berbanding kelembapan bandingan dalam ketidakselesaan yang terhasil semasa hari-
hari lembap, udara di bandar-bandar barat ini biasanya tidak berasa "lembap".

Takat embun tertinggi dicatatkan di kawasan berpantai Florida dan Texas. Apabila
dibandingkan dengan Key West dan Houston, dua buah bandar paling lembap di negeri-
negeri tersebut, kawasan berpantai Florida kelihatan mempunyai takat embun yang lebih
tinggi di atas purata. Namun, seperti yang disebutkan oleh Jack Williams dalam USA Today,
[4]
Houston kekurangan bayu pantai yang wujud di Key West.

[sunting] Kesan terhadap tubuh badan manusia


Tubuh badan manusia membuang haba dengan gabungan penyejatan peluh, perolakan haba
dalam udara sekeliling, dan sinaran haba. Dalam keadaan kelembapan yang tinggi,
penyejatan peluh daripada kulit berkurangan dan usaha badan untuk mengekalkan suhu badan
yang dapat diterima mungkin terganggu dengan nyata sekali. Juga, sekiranya atmosfera
adalah panas sepanas atau lebih panas daripada kulit sepanjang masa kelembapan yang
tinggi, darah yang dibawa ke permukaan badan tidak dapat membuang haba melalui
pengkonduksian ke udara, dan satu keadaan yang dipanggil hyperpyrexia terhasil. Dengan
sebegitu banyak darah diangkut ke permukaan luar badan, secara relatif akan kurang pergi
kepada otot-otot aktif, otak dan organ-organ dalaman lain. Kekuatan fizikal akan berkurangan
dan keletihan akan terjadi tidak lama kemudian atau sebaliknya. Tahap kepekaan dan kapasiti
mental juga mungkin akan terganggu. Ini mengakibatkan keadaan yang dipanggil strok haba
atau hipertermia.

[sunting] Kesan terhadap peralatan elektronik


Banyak peralatan elektronik mempunyai spesifikasi kelembapan, sebagai contoh, 5 hingga
95%. Pada bahagian atas akhir julat ini, lembapan mungkin meningkatkan kekonduksian
penebat telap lalu membawa kepada pincang tugas. Kelembapan yang terlalu rendah mungkin
membuatkan bahan-bahan menjadi rapuh. Satu bahaya yang khusus bagi barang-barang
elektronik, tidak mengambil kira julat kelembapan kendalian yang dimalarkan, adalah wap.
Apabila sebuah barangan elektronik dipindahkan dari tempat yang sejuk (contohnya garaj) ke
tempat yang panas dan lembap (umpamanya rumah), wap mungkin menyelubungi papan litar
dan penebat yang lain, lalu membawa kepada litar pintas di dalam kelengkapan itu. Litar
pintas sebegitu mungkin menyebabkan kerosakan kekal yang cukup besar sekiranya
kelengkapan itu dihidupkan sebelum sempat wap itu menyejat. Kesan wap yang sama kerap
kali dapat diperhatikan apabila seseorang yang memakai kaca mata datang dari tempat yang
sejuk. Dinasihatkan agar membiarkan kelengkapan elektronik untuk menyesuaiiklim selama
beberapa jam setelah dibawa dari tempat sejuk, sebelum menghidupkannya.

Begitu juga dengan perkara sebaliknya. Di tempat yang mempunyai kelembapan yang amat
rendah, perubahan elektrik statik yang terhasil adalah tinggi. Peralatan elektronik, dan lebih
khusus peralatan teknologi TTL, tidak mampu menanggung voltan yang melebihi voltan
bekalan oleh margin kecil sebelum ia akan meletup dan menyebabkannya pincang tugas. Jadi
kelembapan adalah ukuran penting dalam pengawalan pusat-pusat data

[sunting] Syor-syor bagi keselesaan


Manusia mengawal suhu tubuh badan dengan perpeluhan dan gigilan. Agensi Perlindungan
Alam Sekitar Amerika Syarikat (United States Environmental Protection Agency) memetik
Thermal Environmental Conditions for Human Occupancy Standard 55-1992 ASHRAE yang
mengesyorkan penetapan kelembapan bandingan antara 30% dan 60%, dengan kelembapan
kurang daripada 50% diutamakan untuk mengawal hama habuk (dust mite). Pada kelembapan
yang tinggi perpeluhan menjadi kurang berkesan, oleh sebab itu kita berasa lebih panas; jadi
orang akan berkeinginan untuk menyingkirkan kelembapan daripada udara dengan penyaman
udara pada musim panas. Pada musim sejuk, pemanasan udara luar bilik yang sejuk dapat
mengurangkan kelembapan bandingan dalam bilik ke tahap bawah 30% yang membawa
kepada ketidakselesaan seperti kulit kering dan rasa dahaga yang berlebihan.

[sunting] Rujukan
1. ↑ Newton, Isaac (1704). Opticks, Dover.
2. ↑ http://www.bbc.co.uk/weather/world/city_guides/results.shtml?tt=TT002890
3. ↑ http://www.komotv.com/news/archive/4092941.html
4. ↑ http://www.usatoday.com/weather/resources/askjack/2003-09-03-answers-fla-texas-
humidity_x.htm

 United States Environmental Protection Agency, "IAQ in Large Buildings". Dicapai


pada Jan. 9, 2006.

[sunting] Pautan luar


Pengertian Kelembapan dalam Wiktionary bahasa Melayu, sebuah kamus bebas.

 Glossary definition of absolute humidity - National Science Digital Library


 Glossary definition of psychrometric tables - National Snow and Ice Data Center
 Glossary definition of specific humidity - National Snow and Ice Data Center

Templat:Met vars

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Kelembapan"


Kategori: Sains | Fizik | Kimia | Termodinamik atmosfera | Kuantiti fizik | Psikrometrik

Alatan peribadi

 Ciri-ciri baru
 Log masuk / buka akaun

Ruang nama

 Rencana
 Perbincangan

Kelainan

Pandangan

 Baca
 Sunting
 Lihat sejarah

Tindakan

 ▲

Gelintar

Khas:Gelintar

Pandu arah

 Laman Utama
 Tinjau
 Hal semasa
 Rencana rawak

Perhubungan
 Tentang Wikipedia
 Portal masyarakat
 Perubahan terkini
 Hubungi kami
 Menderma
 Bantuan
 Kedai Kopi

Cetak/eksport

 Cipta buku
 Muat turun sebagai PDF
 Versi boleh cetak

Alatan

 Pautan ke laman ini


 Perubahan berkaitan
 Laman khas
 Pautan kekal
 Petik laman ini

Bahasa lain

 Bahasa Indonesia
 বাংলা
 Català
 Česky
 Dansk
 Deutsch
 English
 Español
 Français
 한국어
 Hrvatski
 Italiano
 ‫עברית‬
 മലയാളം
 Nederlands
 日本語
 Norsk (bokmål)
 Norsk (nynorsk)
 Polski
 Português
 Română
 Русский
 Simple English
 Slovenščina
 Suomi
 Svenska
 Türkçe
 粵語
 中文

 Laman ini diubah buat kali terakhir pada 17:39, 29 Julai 2010.
 Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa;
terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk
butiran lanjut.

You might also like