Kertas Kerja Konsep Program Semarak Syawal Edit

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA KONSEP

PROGRAM SEMARAK SYAWAL PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

BERMASALAH PEMBELAJARAN

PPKI MUTIARA KASIH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BESAR,

20050 KUALA TERENGGANU.

TAJUK

Kertas kerja konsep Program Semarak Syawal bagi Program Pendidikan Khas Integrasi
Bermasalah Pembelajaran Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar.

1.0 DIKEMUKAKAN OLEH

PPKI Mutiara Kasih Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar.

2.0 TUJUAN

Kertas Kerja ini adalah bertujuan untuk mengemukakan satu cadangan iaitu
Program Semarak Syawal.

3.0 TARIKH PERLAKSANAAN

Sepanjang bulan Ramadhan 2017

( waktu PDPc) 8.20 hingga 12.30 tengahari( jadual dilampirkan)

4.0 MATLAMAT

Matlamat Program Semarak Syawal diadakan bertujuan untuk meraikan


kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa dan mengadakan sambutan
hari raya.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Dapat memberi peluang kepada pelajar memperolehi pengalaman
sebenar dalam menghayati sambutan Syawal.
5.2 Dapat membuat pelbagai jenis biskut raya.
5.3 Dapat mewujudkan suasana sambutan hari raya.
5.4 Dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara pelajar,guru dan PPM.

6.0 SASARAN

Program ini melibatkan :

1. 76 orang pelajar Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar.


2. 25 orang guru Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar.
3. 7 orang Pembantu Pengurusan Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit
Besar.

7.0 LATAR BELAKANG


7.1 Falsafah Pendidikan Khas

Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan,berketrampilan,berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Menengah


Kebangsaan Kebangsaan Bukit Besar.

STRATEGI PELAKSANAAN

7.2 Melatih pelajar berdikari dengan memberi peluang sepenuhnya kepada


pelajar membuat pelbagai biskut raya sendiri dengan bimbingan guru dan
PPM.
7.3 Membuat pelbagai jenis biskut raya bersama – sama pelajar.
7.4 Membuat persediaan untuk sambutan perayaan tersebut.
7.5 Untuk meraikan kemenangan umat Islam setalah sebulan berpuasa.
8.0 PERUNTUKAN

Sila rujuk Lampiran A

PENUTUP

Program ini adalah dipohon agar diberi persetujuan untuk menjalankan Program
Semarak Syawal bagi Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar. Kuala Terengganu untuk memberikan
kemahiran dan pengalaman yang berharga kepada pelajar PPKI Mutiara Kasih
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar.

Sekian, terima Kasih

“ Bersama Melestarikan Kecemerlangan Insan Istimewa”

Disediakan oleh,

........................................

Nor Azma Bt. Jusoh

PK Pendidikan Khas

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar.

Disahkan oleh,

...............................................

Azman Bin Abdul Majid

Pengetua

SMK BUKIT BESAR


Lampiran A

PERUNTUKAN MELALUI PCG

1 . Anggaran yang diperlukan

a) Bahan mentah dan alatan pembungkusan RM 800

b) Lain-lain RM 100

Jumlah RM900
PENGISIAN JADUAL WAKTU SEMASA PROJEK SEMARAK SYAWAL

8.20 -12.30 pagi Program Semarak Syawal di bawah bimbingan di


Pelajar di bahagikan bawah bimbingan guru-guru yang telah ditetapkan
kepada dua kumpulan pada jadual yang dilampirkan

12.30-1.30 Tengahari pelajar mengikuti Program Penghayatan Ramadhan


dan Program Tadarus Muqaddam di bawah
bimbingan guru-guru yang telah ditetapkan pada
jadual yang dilampirkan

You might also like