Kertas BM JMJ

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Latar Masyarakat

Masyarakat yang mengalami masalah dalam rumahtangga


Suami Che Jah merupakan seorang yang suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak. Anak-Anak
serta isterinya sering Menjadi mangsa kekejamannya. Haziq iaitu anak Che Jah merupakan pelajar yang
pintar tetapi tersalah jalan dalam pergaulan menyebabkannya diberhentikan sekolah.

Masyarakat yang suka mengambil tahu hal keluarga orang lain.


 Nenek memberitahu Lili bahawa orang Kampung suka bermuka-Muka. Mereka juga suka
mengumpat walaupun melalui jendela.

Latar Masyarakat Yang Prihatin


 Lili prihatin dengan masalah yang menimpa keluarga Che Jah ekoran sikap tidak bertanggungjawab
Seman iaitu suami Che Jah
 Lili meminta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan memaklumkan sikap Seman.
 Lili berpendapat bahawa Danel bertanggungjawab untuk membagunkan kampung kerana Danel
merupakan penduduk tetap kampung, dan dia perlu memperjuangkannya.
 Danel prihatin terhadap Lili dengan menyelematkan Lili sewaktu diculik. Dia membawa Lili ke
pean. Dia juga bersependapat dengan Lili dalam banyak perkara.

Latar masyarakat yang buruk sangka.


 Penduduk kampung buruk sangka terhadap datuk kerana menyangka datuk yang mencadangkan
penjualan tanah orang kampung kepada pemaju perumahan.
 Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah
silam mereka yang memang nakal.
 Penduduk kampung menuduh Sugi merayu penduduk kampung agar menjual tanah sedangkan
Sugi mencadangkan supaya tanah-tanah tersebut dimajukan dengan penanaman agripolitan
PENGAJARAN

1. Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan. Contohnya, Lili amat mengasihi ibu dan
bapanya. Dia tidak membantah cadangan ibunya yang akan menghantarnya ke kampung kelahiran ibunya
di Dungun, Terenggan walaupun hatinya begitu berat untuk berbuat demikian.

2. Kita hendaklah bersikap jujur dan berterus-terang. Contohnya, Che Jah bercerita secara jujur tentang sikap
buruk suaminya kepada Kak Mimah dan Nadia yang berusaha untuk menyelesaikan isu kemelut rumah
tangga yang dihadapinya.

3. Kita mestilah sabar menghadapi caabaran dalam kehidupan. Contohnya, Nenek Lili begitu sabar menangani
kerenah dan provokasi sekumpulan penunjuk perasaan yang datang membuat bantahan di hadapan
rumahnya

4. Kita mestilah gigih dan tekun dalam mempelajari sesuatu bidang. Contohnya, Lili gigih mempelajari bahasa
asing sehingga dia boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasih dan juga tahu berkomuniaksi
dalam beberapa bahasa asing yang lain seperti bahasa Thai, bahasa Jepun dan bahasa Latin.

5. Kita haruslah taat akan suruhan dan arahan ibu bapa. Contohnya, Lili taat dan akur akan suruhan ibunya
yang mahu dia pulang bercuti di kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu.

6. Kita perlu prihatan terhadap keperluam orang lain. Contohnya, Lili menawarkan khidmatnya untuk
membantu Geetha setelah melihat keadaan Geetha yang kelam-kabut ketika duduk bersebelahan tempat
duduknya di dalam bas ekspres.

7. Kita perlulah bijak menguasai keadaan cemas. Contohnya, Danel tidak bertindak balas terhadap aksi agresif
Rafiq yang menahan Lili dengan sebilah pisau tajam yang diacukan ke lehet Lili demi keselamatan nyawa
sahabatnya itu.

8. Kita hendaklah patuh akan perintah agama. Contohnya, Haji Abdul Rahman amat patuh dalam menjaga dan
mengerjakan solat fardhunya. Beliau sering menunaikan solat fardhu secara berjemaah sama ada di rumah
atau di surau kampung.

9. Kita hendaklah rajin melakukan kerja tanpa disuruh. Contohnya, Geetha rajin membantu nenek Lili dengan
memotong sayur dan menyiang ikan di dapur ketika Lili dan neneknya sedang bersolat Isyak secara
berjemaah walaupun tidak disruh untuk berbuat demikian.

10. Kita perlulah melayani tetamu dengan baik dan sopan. Contohnya, Che Jah melayani kunjungan tetamunya,
iaitu Lili dan Rashid dengan baik dan mesra. Begitu juga dengan nenek Lili yang sentiasa melayani tetamu
dan juga pesakit suaminya yang bertandang ke rumah mereka dengan begitu mesra.

You might also like