Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

0

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
2.0 OBJEKTIF
3.0 KUMPULAN SASARAN
4.0 PELAKSANAAN PROGRAM
5.0 RUMUSAN
LAMPIRAN

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
2.0 OBJEKTIF
3.0 KUMPULAN SASARAN
4.0 PELAKSANAAN PROGRAM
5.0 RUMUSAN1

LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN

Hari kemerdekaan negara yang di sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan
kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu
disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. sambutan hari tersebut
hendaklah disambut agar generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan
akan mengerti dan menghayati hari kemerdekaan. “SAYANGI MALAYSIAKU” dipilih sebagai
tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. Tema ini dipilih bagi merai dan menaikkan lagi
semangat cinta akan Negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam Era Malaysia Baharu ini,
pastinya nilai penghargaan dan kasih sayang diperlukan untuk menyemai semangat patriotik
dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi memenuhi keperluan ini, maka Panitia Sejarah , Panitia
Pendidikan Seni, Panitia Bahasa Melayu, Kelab Cegah Jenayah dengan kerjasama panitia-
panitia yang lain beserta pihak pengurusan sekolah, akan melaksanakan program
Kemerdekaan 2018. Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan tanahair, mengasah
dan menonjolkan bakat dan juga diharap dapat mengeratkan silaturahim di kalangan murid dan
juga guru-guru.

2.0 OBJEKTIF

1. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam jiwa murid-murid sekolah


supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
2. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
3. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di
semua peringkat.
4. Mendedahkan murid kepada kaedah pembelajaran yang menarik dan efektif.
5. Menyediakan ruang agar murid-murid menggunakan kreativiti mereka semasa menjalankan
kempen ini.
6. Menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan Negara

3.0 KUMPULAN SASARAN

Penyertaan adalah di kalangan guru ,murid pra sekolah, murid Tahap 1 dan Tahap 2.
Dianggarkan seramai 800 orang peserta dalam kalangan guru, murid pra sekolah, murid Tahap
1 dan Tahap 2 terlibat dalam pelaksanaan program Bulan Kemerdekaan 2018.

2
4.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat


Sekolah Tahun 2018 ialah:

i. Pertandingan Menyanyi Lagu Patriotik


Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar SMK Kuala Perlis. Setiap
peserta dikehendaki menyanyikan lagu patriotik. Penyertaan pelajar-pelajar
adalah secara individu atau berkumpulan.

ii. Pertandingan Menghasilkan Buku Skrap


Pertandingan ini juga penyertaan secara terbuka. Peserta boleh memilih salah
satu tajuk yang telah ditetapkan iaitu Tokoh Sejarahwan, Sambutan
Kemerdekaan di Malaysia dan Sejarah Malaysia. Pelajar perlu mematuhi syarat-
syarat penyertaan yang telah ditetapkan.

iii. Pertandingan Melukis Poster


Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar dan dibahagikan kepada dua
kategori iaitu menengah rendah (individu) dan menengah atas (berkumpulan).
Selain itu, pelajar-pelajar Pendidikan Khas juga turut menyertai pertandingan ini
secara berasingan. Poster yang perlu dilukis adalah bertemakan kemerdekaan
kali ke-60 iaitu “Negaraku Sehati Sejiwa”.

iv. Pertandingan Kuiz


Pertandingan kuiz yang dipertandingkan ialah kuiz Sejarah secara terbuka dan
spontan semasa perhimpunan pagi. Soalan-soalan kuiz adalah berkaitan
dengan sejarah kenegaraan dan kemerdekaan negara.

v. Pertandingan Menghias Kelas


Pertandingan ini diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam
kalangan warga SMK Kuala Perlis. Pertandingan ini secara terbuka dan
menyediakan lima tempat pemenang. Kelas yang paling banyak dan kreatif
menghiasi jalur gemilang telah dipilih sebagai pemenang.

vi. Pertandingan Tulisan Khat

3
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar bukan Islam. Pertandingan ini
terbahagi kepada dua kategori iaitu menengah rendah dan menengah atas.
Penilaian berdasarkan tulisan yang kemas dan tepat.

vii. Pertandingan Mendeklamasi Sajak


Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar dan dibahagikan kepada dua
kategori iaitu menengah rendah dan menengah atas. Pelajar boleh
mendeklamasi sajak secara individu atau berpasangan. Tema sajak adalah
berkaitan dengan kemerdekaan dan sejarah Malaysia.

viii. Pertandingan Kaligrafi


Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar melayu. Pertandingan ini juga
terbahagi kepada dua tahap iaitu menengah rendah dan menengah atas. Pelajar
akan menulis tulisan kaligrafi dengan menggunakan peralatan yang telah
disediakan.
ix. Pertandingan Mengarang
Pertandingan mengarang dibahagikan kepada dua iaitu mengarang Bahasa
Melayu dan mengarang Bahasa Inggeris. Peserta diberi tempoh untuk
menyiapkan satu karangan berkaitan kemerdekaan. Pertandingan ini diadakan
secara serentak.

x. Nyanyian lagu-lagu patriotik dan kibaran Jalur Gemilang


Semua guru dan pelajar menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan penuh
bersemangat disertai dengan kibaran jalur gemilang. Antara tajuk lagu-lagu
patriotik yang dinyanyikan seperti Kerana Mu Malaysia, Tanggal 31 dan Jalur
Gemilang.

Pelaksanaan program adalah seperti berikut:


A) Majlis Pelancaran
Tarikh/Hari : 21 Ogos 2017 (Isnin)
Tempat : Dataran Perhimpunan SMK Kuala Perlis
Masa Aktiviti
7.40 pagi  Pelajar-pelajar berkumpul di Dataran Perhimpunan SMK
Kuala Perlis

4
 Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perlis, Lagu
Sekolah dan Lagu Aku Negaraku
 Bacaan Ikrar
 Ucapan perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
Peringkat Sekolah Tahun 2017 oleh Tuan Pengetua SMK
Kuala Perlis
 Gimik Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan
Penyerahan Bendera Malaysia kepada Penyelaras
Tingkatan
 Pengumuman aktiviti Sambutan Bulan Kemerdekaan
Peringkat Sekolah Tahun 2017
 Nyanyian lagu-lagu patriotik dan kibaran Jalur Gemilang
 Bacaan Doa
8.40 pagi
 Majlis tamat

B) Kuiz Sejarah
Tarikh/ Masa : 6 September 2017 (Rabu)
Tempat : Dataran Perhimpunan SMK Kuala Perlis

Masa Aktiviti
7.40 pagi  Pelajar-pelajar berkumpul di Dataran Perhimpunan SMK
Kuala Perlis
 Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Perlis
8.10 pagi  Kuiz Sejarah
 Majlis tamat

C) Pelaksaan Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan


Tarikh/ Masa : 7 September 2017 (Khamis)
Tempat : Rujuk lampiran

Masa Aktiviti
11.30 pagi  Pelajar-pelajar yang tidak terlibat mana-mana
pertandingan sempena sambutan kemerdekaan

5
berkumpul di dewan
 Semua pertandingan dijalankan serentak di tempat yang
telah dimaklumkan
 Semua peserta yang mengambil bahagian mendaftar
mengikut penyertaan aktiviti
11.40 pagi  Semua pertandingan bermula
 Guru-guru terlibat membuat penilaian dan pemarkahan
 Markah dihantar kepada setiausaha program
2.00 petang
 Majlis tamat

D) Majlis Penutup
Tarikh/Masa : 18 September 2017 (Isnin)
Tempat : Dewan Al-Biruni SMK Kuala Perlis

Masa Aktiviti
7.40 pagi  Pelajar-pelajar berkumpul di Dewan Al-Biruni
 Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perlis, Lagu
Sekolah dan Lagu Aku Negaraku
 Bacaan Ikrar
 Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan
sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat
Sekolah tahun 2017
8.10 pagi  Nyanyian Lagu Sekolah
 Bacaan doa
 Majlis tamat

6
4.0 RUMUSAN

Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Tahun 2017, yang diadakan bermula
21 Ogos 2017 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semua aktiviti yang dirancang telah
dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan. Setiap aktiviti yang dijalankan mendapat
penyertaan pelajar-pelajar yang amat menggalakkan. Guru-guru juga memberi
komitmen yang sangat baik sepanjang Sambutan Bulan Kemerdekaan SMK Kuala
Perlis. Ucapan tahniah dan syabas untuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala
Perlis yang memberi kerjasama dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti sepanjang
Sambutan Bulan Kemerdekaan ini.

Disediakan oleh,

(ANIS SYAZWANI BINTI BAKAR)


NURUL IZHAM BIN M. SHUKERI,
ANA FARINA BINTI ABDUL FATAKH,
Jawatankuasa Dokumentasi Sambutan Bulan Kebangsaan,
SMK Kuala Perlis,
Kuala Perlis, Perlis.

7
Disemak oleh,

(SHURIZAN BIN MANSOR)


Pengerusi Sambutan Bulan Kebangsaan,
SMK Kuala Perlis,
Kuala Perlis, Perlis.

Disahkan oleh,

(ABDUL HADI BIN MAHAMOOD P.M.P)


Pengetua,
SMK Kuala Perlis,
Kuala Perlis, Perlis.

You might also like