Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SEJARAH PENUBUHAN _ Kampung Baharu Kuala Lumpur

SEJARAH PENUBUHAN

Kampung Baharu telah diwujudkan seawal tahun 1899 atas desakan penduduk Melayu di Kuala
Lumpur ke atas pihak pentadbir Brittish. Ekoran desakan tersebut, Residen Brittish Selangor
telah bersetuju untuk menubuhkan perkampungan Melayu di Kuala Lumpur merangkumi seluas
223 ekar tanah di antara Sungai Klang dan juga Jalan Batu (Batu Road). Antara tujuan Jeneral
Residen Brittish mewujudkan perkampungan tersebut adalah untuk melibatkan dan mendidik
anak-anak bangsa Melayu :-

a) Untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran Kerajaan Residen Brittish;

b) Untuk membolehkan orang-orang Melayu mengambil peluang dalam pembangunan dan


kemajuan Kuala lumpur.

Bagi mencapai tujuan tersebut, telah dipersetujui bahawa :-

a) Orang-orang/anak-anak Melayu diberikan peluang mendapatkan pendidikan Inggeris-Melayu;


dan

b) Memberikan pendidikan tentang perniagaan, perdagangan dan komersial.

Ekoran dari itu maka pada 12 haribulan Januari 1900 melalui Warta Kerajaan No. 20 berbunyi
seperti berikut :-

“ No. 50. In exercise of the powers conferred upon him by section 246(iv) of the Land Code
(FMS Cap 138) the Ruler in Council hereby makes the following Rules for the occupation and
management of the Reserve known as the “Malay Agricultural Settlement” and so gazetted as
notification No. 20 and amended by notification No. 530 published in the Selangor Government
Gazette of 12th January, 1990, and 20th September, 1901, respectively

These Rules may be cited as “THE MALAY AGRICULTURAL SETTLEMENT (KUALA


LUMPUR) RULES, 1950 (also Amendment Rules, 1954).

Kampung Baharu Kuala Lumpur yang asalnya berkeluasan 223 ekar semasa penubuhannya
mengandungi 7 buah kampong :-

i) Kampung Periok;
ii) Kampung Masjid;

iii) Kampung Atas A;

iv) Kampung Atas B;

v) Kampung Hujung Pasir;

vi) Kampung Paya dan

vii) Kampung Pindah.

PENTADBIRAN KAMPUNG BAHARU

Seksyen 3 (1) The Malay Agricultural Settlement (Kuala Lumpur) Rules 1950 berbunyi seperti
berikut :

‘The Settlement shall be under the management and control of a board which shall consist of 11
members”

Berdasarkan peruntukkan Seksyen 3 (1) ini adalah jelas bahawa urusan pentadbiran dan kawalan
Kampung Baharu adalah terletak di bawah kuasa Lembaga Pentadbir Malay Agricultural
Settlement (Lembaga MAS)

LEMBAGA PENTADBIR MALAY AGRICULTURAL SETTLEMENT

Penubuhan dan organisasi

Lembaga MAS ini telah ditubuhkan bagi mentadbir dan mengawal segala urusan berkaitan tanah
Kampung Baharu. Lembaga MAS terdiri daripada 11 orang ahli yang mana empat (4)
daripadanya dilantik oleh Meteri Besar Selangor yang akan juga turut dilantik sebagai Setiausaha
agung dan Bendahari (Seksyen 3 (2).

Pada awal penubuhannya 4 orang ahli yang dilantik tersebut terdiri dari kalangan pegawai-
pegawai tinggi Brittish dan juga Kerabat Diraja Selangor. Hanya selepas Perang Dunia Kedua

20/9/1901 barulah beberapa orang penduduk dilantik di dalam Lembaga.

Tujuh (7) orang ahli Lembaga yang lain masing-masing adalah Ketua 7 Kampung di dalam
Kampung Baharu.
Pada awal penubuhannya, perlantikan Ahli Lembaga Malay Agricultural Settlement telah dibuat
oleh Pemangku Resident British pada masa itu H. Conway Belfield. Lembaga ini dipengerusikan
oleh Raja Muda, Naib Pengerusi D.G. Campbell dan ahli-ahli lain ialah J.H. M. Robinson, A.
Hale dan Tamby Abdullah. Mengikut rekod, mesyuarat pertama Lembaga ini adalah pada 11
haribulan Mac, 1900.

Tugas Lembaga MAS

Mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor tersebut, Lembaga Pentadbir ini adalah
bertanggungjawab kepada Residen British bagi menguruskan pentadbiran Kampong Bharu yang
luas kawasannya lebih kurang 89.63 Hekter. Luas kawasan ini kemudiannya telah dipinda
kepada lebih kurang 89 hekter sahaja.

Pindaan ini telah diwartakan di dalam Warta Kerajaan No. 530 bertarikh pada 20 September
1901.Di antara tugas-tugas Lembaga Pentadbir Kampong Bharu ini adalah:

1. Lembaga Pentadbir ini boleh membenarkan sesiapa saja yang berbangsa Melayu memohon
untuk tinggal di Kampong Bharu. Luas kawasan yang diperuntukkan adalah tidak melebihi 0.8
hekter bagi tiap-tiap seorang pemohon.

2. Adalah hak Lembaga Pentadbir mengarahkan penduduk Kampong Bharu ini agar
mengerjakan tanah mereka serta menjaganya terutama- nya dari segi kawalan kebersihan.

3. Lembaga Pentadbir berhak mengarahkan anak-anak penduduk Kampong Bharu belajar di


sekolah-sekolah yang telah dipilih oleh Lembaga, Penduduk yang engkar boleh diperintah
pindah.

4. Penduduk yang ingin pindah dari Kampong Bharu ke tempat lain boleh memberikan lot
tempat tinggalnya kepada orang lain dengan mendapat kelulusan dari pihak Lembaga Pentadbir.

Kuasa-kuasa Lembaga

Lembaga Pentadbir MAS telah diberikan kuasa-kusa seperti berikut :-

a) Lembaga boleh membuat undang-undang kecil sendiri selaras dengan peraturan-peraturan


M.A.S (KL) 1950;

b) Melulus dan menetapkan syarat-syarat pemberian lot-lot rumah untuk pemohon Melayu;

c) Menyimpan Daftar penduduk yang telah diluluskan termasuk berbagai butir mengenai
pertukaran seperti pindahmilik termasuk secara syariah.

d) Melulus dan menetapkan syarat-syarat pelan-pelan bangunan dan sambungan rumah;

e) Berkuasa menyingkir penduduk yang ingkar dan merbahaya kepada masyarakat M.A.S
Kampung Baharu dengan syarat yang ada persetujuan bertulis dari Menteri Besar Selangor.

ADAKAH ENAKMEN “THE MALAY AGRICULTURAL SETTLEMENT” DAN LEMBAGA


M.A.S INI MASIH BERFUNGSI SEKARANG

Rujuk kepada hansard Parlimen bertarikh 27 haribulan Jun, 2006.

8. Datuk Haji Astaman bin Abdul Aziz [Titiwangsa] minta Perdana Menteri menyatakan apakah
status tanah Kampung Baru Kuala Lumpur yang tidak mempunyai geran hak milik serta
menerangkan sama ada peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951 (Malay Agricultural
Settlement Rules 1951), Warta Negeri Selangor No. 50/1951, masih lagi berkuat kuasa pada hari
ini setelah mengambil kira Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 1974 yang telah memindah
milik Bandar raya Kuala Lumpur dari Kerajaan Negeri Selangor kepada Kerajaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]:

Tuan Yang di-Pertua, The Malay Agricultural Settlement (MAS) Kampung Baru Kuala Lumpur
adalah merupakan satu kawasan penempatan pertanian bagi orang-orang Melayu di Kampung
Baru Kuala Lumpur yang diwujudkan melalui perizaban di bawah seksyen 6 Enakmen Tanah
1897 sebagai The Malay Agricultural Settlement seluas lebih kurang 221.5 ekar. Bagi
mengawasi tanah-tanah ini secara teratur, pada tahun 1950 telah diwujudkan pula by law bagi
MAS ini iaitu The Malay Agricultural Settlement Kuala Lumpur Rules 1951 dan juga peraturan
(Pindaan) 1994 melalui kuasa Land Code 1962, CAP 138, seksyen 246 (4).

Mulai tahun 1964, Kerajaan Negeri Selangor telah mula meluluskan pengeluaran hak milik bagi
tanah-tanah di dalam kawasan ini. Exercise tersebut diteruskan oleh Pejabat Tanah dan Galian
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai tahun 1974, apabila Kuala Lumpur diisytiharkan
sebagai Wilayah Persekutuan sehingga sekarang. Dari segi bilangan lot yang terdapat di
Kampung Baru adalah seperti berikut:

(i) lot untuk kediaman - 835;


(ii) lot bagi padang ataupun kawasan lapang ialah empat lot;

(iii) masjid satu lot dan

(iv) untuk surau ada lima lot.

Daripada 835 lot kediaman, sebanyak 827 lot telah dikeluarkan hak milik dan bakinya di dalam
pertimbangan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bagi tapak surau
dan kawasan lapang, hak milik belum dikeluarkan lagi. berhubung dengan persoalan sama ada
Peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951, (The Malay Agricultural Settlement Rules 1951),
Warta Negeri Selangor No. 50/1951 masih lagi berkuat kuasa.

Jabatan Peguam Negara memaklumkan bahawa mengikut seksyen 6 Akta Perlembagaan


(Pindaan) (No. 2) 1974, Akta A 2006, “Mana-mana undang-undang bertulis yang sedia ada dan
sedang berkuat kuasa dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hendaklah terus berkuat kuasa
dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehinggalah undang-undang bertulis itu
dimansuhkan, dipinda atau digantikan oleh undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen”.

Seksyen tersebut juga memperuntukkan bahawa, “Apa-apa fungsi atau kuasa yang terletak hak
kepada raja bagi negeri Selangor atau pada mana-mana pihak berkuasa negeri, itu oleh mana-
mana undang-undang yang sedia ada berhubung dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
hendaklah terletak hak itu kepada dan dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri yang
bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan atau mana-mana orang atau pihak berkuasa lain
yang diarahkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah”.

Dengan itu, selagi kaedah-kaedah Peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951 tidak dibatalkan
atau digantikan dengan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, kaedah-kaedah itu masih
lagi berkuat kuasa pada hari ini.

Datuk Haji Astaman bin Abdul Aziz: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.
Memandangkan jawapan demikian, saya hendak tahu sama ada pihak DBKL yang
mempengerusikan Majlis MAS itu adalah sahih daripada segi undang-undang atau tidak.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang telah saya
sebut sebentar tadi iaitu di bawah akta ini, kalau sekiranya sebelum ini iaitu Kuala Lumpur
diletak di bawah negeri Selangor, kalau disebutkan bahawa hak itu terletak kepada raja bagi
negeri Selangor atau mana-mana pihak berkuasa negeri itu oleh mana-mana undang-undang
yang sedia ada berhubung dengan Wilayah Persekutuan, maknanya di WilayahPersekutuan ini
sekarang ini, yang berhak ialah Yang di-Pertuan Agong dan juga Menteri Wilayah Persekutuan.
Jadi kalau sekiranya Dato’ Bandar yang mempengerusikan MAS, maka itu adalah sah kerana
mengikut undang-undang ini, kuasa itu telah dipindah daripada mereka yang berkuasa di negeri
Selangor kepada sekarang ini, mereka yang berkuasa di Wilayah Persekutuan.

Kewujudan kampung adalah akibat perpindahan untuk melindungi kaum bumiputera semasa
Darurat pada tahun 1951.

¨ Asal kawasan adalah ladang getah seluas 47 ekar untuk dijadikan penempatan semula
penduduk.

¨ Terdapat 3 buah kampung yang di bawah tanggungjawab JKKK:


Kg Sg Tua Lama: 300 ekar baki dari pembinaan Empangan Batu
Kg Sg Tua Baru: 47 ekar kawasan perumahan
Kg Sg Tua Gantian: 700 ekar tanah pertanian/cadangan industri
¨ Jumlah penduduk adalah seramai lebih kurang 3,500 orang (Melayu 98%) dan 70%
kakitangan kerajaan. Bakinya, pekerja swasta/persendirian.

¨ Jumlah rumah ialah 575 unit.

¨ Sempadan utama kampung adalah Kg Nakhoda, Taman Jasa, Selayang Baru dan Ulu Yam.

¨ Kampung ini diletakkan di bawah program Gerakan Desa Wawasan iaitu Program
Pengindahan Kampung dan dikategorikan sebagai kampung tradisional.

¨ Kg Sg Tua Baharu mula didiami pada tahun 1951 kerana penempatan semula dari Kg Sg Tua
yang lama. Penduduknya berketurunan Melayu yang berasal dari Sumatera. Ada yang berasal
dari Pariaman atau Bukit Tinggi dan ada yang berasal dari Teluk Cempedak dan Mandaheleng.
Terdapat beberapa penempatan di kampung lama. Kampung-kampung tersebut Kg. Sg Pamah,
Kg Sg Pamah Ulu, Kg Hulu Gimbar, Kg Kedai, Kg Lembah dan Kg Dusun. Ketua Kg Sg Tua
Lama bernama Datok Empat Kalam berasal dari Sumatera. Beliau dibantu beberapa orang
seperti Haji Zainuddin di Kg Pamah dan Kg Pamah Ulu. Mohd Yusop di Kg Kedai dan Kg
Lembah dan Maarap di Kg Dusun.
¨ Di kampung Sg Tua Lama ini, asalnya terdapat sawah padi, dusun buah-buahan serta kebun
getah. Pada masa darurat, penduduk kampung tersebut dipindahkan ke kampung Sg Tua Baru
sekarang dan masing-masing diberikan sebidang tanah tapak kediaman seluas 4000 kaki persegi.
Semua penduduk diarah berpindah ke tempat baru ini bagi menghindarkan dari pengganas
Komunis pada masa darurat. Tapak seluas 47 ekar asalnya Ladang Siun dijadikan tapak
pemindahan tersebut.
¨ Nama Kg Sg Tua Baharu diberi kerana kampung ini dibuka bagi penempatan baru
menggantikan Kg Sg Tua di penempatan lama.

¨ Di Kg Sg Tua Lama dahulunya terdapat sebuah Sekolah Melayu, sebuah Sekolah Agama,
sebuah masjid, sebuah surau serta sebidang tanah perkuburan Islam. Semua tapak tersebut telah
ditenggelami oleh Empangan Batu yang dibina pada tahun 1987. Pengambilan balik bagi tujuan
pembinaan Empangan Batu itu dibuat pada tahun 1984. Kesemua pemilik tanah yang
terlibat menerima ganti tanah mereka masing-masing di Sg Tua Tanah Gantian bersebelahan Kg
Sg Tua Baharu sekarang.

¨ Mulai dari tahun 1951 hingga kini, jawatan Ketua Kampung Kg Sg Tua Baharu disandang
oleh:

(a) 1951-1973- Allahyarham Mohd Zin bin Normin


(b) 1976-1990- Allayarham Haji Mohd Tahir bin Omar
(c) 1990-2008- Allahyarham Hamzah bin Malim
(d) 2008 hingga sekarang – Mej (B) Hj Ramly Jamaluddin

SEJARAH MASJID JAMEK KG BARU


Menyelusuri sejarah, Masjid Jamek Kampung Baru asalnya dibina hasil kerjasama penduduk
yang mahukan sebuah masjid didirikan di pusat bandar Kuala Lumpur. Sejarah pembinaannya
bermula dengan sumbangan sebidang tanah seluas empat lot oleh pedagang Melayu, Bachik
Abdullah pada 1880-an. Bachik yang berasal dari Melaka dan menetap di Jalan Melayu, Kuala
Lumpur terkenal sebagai ketua orang Melayu Kampung Ujong Pasir yang dermawan. Tanah
sumbangan Bachik itu kemudian diwakafkan kepada Lembaga Pentadbir Kampung Baru (MAS)
pada akhir 1920-an untuk dibangunkan sebuah masjid. Masjid pertama dibina berbentuk seperti
sebuah balai sekadar memenuhi keperluan tempat sembahyang. Lantai balai berkenaan diperbuat
daripada kayu , manakal tiang daripada batang pokok nibong. Selain masjid, tanah perkuburan,
bagi penduduk Kampung Baru disediakan di kawasan berkenaan. Sejak itu, kawasan berkenaan
menjadi tumpuan masyarakat setempat dan pedagang yang berdagang ke Kuala Lumpur melalui
Sungai Klang. Disebabkan pertumbuhan penduduk begitu pesat, beberapa pengubahsuaian
dijalankan khususnya bagi memperelokkan seni bina masjid. Ketika proses pengubahsuaian
kedua, reka bentuk masjid berkenaan seolah-olah seperti seni bina rumah Melayu Melaka. Tidak
berapa lama selepas itu, keadam masjid kembali berubah wajah apabila bangunan baru didirikan.
Usaha membangunkan bangunan baru hasil bantuan dan gotong-royong penduduk kampung itu.
Bagi membiayai pembinaan itu, setiap keluarga disaran menderma RM60 secara tunai atau
beransur-ansur. Pada 1955, jumlah kutipan yang dibuat melalui kaedah itu berjaya
mengumpulkan RM30,OOO. Bagaimanapun, proses kutipan dilihat perlahan dan
berkemungkinan boleh membantutkan usaha membina bangunan baru. Justeru, satu
jawatankuasa ditubuhkan bagi mempercepatkan kempen kutipan derma.Akhirnya, jawatankuasa
berkenaan berjaya mengumpulkan RM214,000 iaitu RM90,000 sumbangan Kerajaan Selangor
manakala bakinya hasil derma dan tabungan masjid. Wang itu digunakan membiayai pembinaan
masjid termasuk membina ruang sembahyang lebih luas dan tempat wuduk yang selesa.

Sehingga kini Masjid Jamek Kampung baru terus mengalami perubahan dan pengubahsuaian
dari segi luaran dan hiasan dalaman bagi memperindahkan kawasan masjid berkenaan.

FAKTA MASJID JAMEK KAMPUNG BARU, MALAYSIA

Tanah untuk masjid disumbangkan pedagang Melayu Bachik Abdurlah pada 1880-an.

Masjid Jamek Kampung Baru disenaraikan dalam The Malaysia Book of Records bagi acara
memasak bubur lambuk terbesar.

Setiap kali menjelang Ramadan Masjid Jamek Kampung Baru akan menyediakan bubur lambuk
untuk diagihkan kepada umat Islam.

Sebahagian besar penduduk Kampung Baru dan Kuala Lumpur dikatakan pernah menikmati
bubur lambuk masjid.

Masjid itu juga terkenal kerana sering dikunjungi tokoh agama dari luar negara.
Sejarah Kampung Baru
Terma Kampung Baru merujuk kepada kampung-kampung yang diwujudkan semasa darurat di
mana ia merupakan satu strategi ketenteraan di bawah Rancangan Briggs (1948-1960) bagi
mengatasi ancaman pengganas komunis pada ketika itu. Dalam tempoh tersebut, sebanyak 382
buah Kampung Baru telah diwujudkan manakala 48 buah kampung yang sedia ada telah diserap
masuk ke dalam Rancangan ini.

Jumlah Kampung Baru ini telah berubah mengikut peredaran masa daripada 480 buah kampung
yang direkodkan pada tahun 1954 kepada 450 buah kampung pada tahun 2005. Pada tahun 2009,
sebanyak 113 Kampung Baru Rangkaian dan 44 buah Kampung Bagan telah dimasukkan ke
dalam senarai Kampung Baru menjadikan jumlah Kampung Baru di Semenanjung Malaysia
sebanyak 607 buah. Pada tahun 2015, senarai Kampung Baru telah dibuat pengemaskinian dan
hasil semakan dan penyelarasan semula mendapati jumlah kampung adalah sebanyak 613 buah
di mana 436 buah adalah Kampung Baru, 134 buah adalah Kampung Baru Rangkaian dan 43
buah adalah Kampung Bagan.

Kampung Baru merupakan penempatan manusia yang diwujudkan semasa zaman darurat untuk
mengatasi ancaman komunis. Kampung Baru Rangkaian merupakan penempatan masyarakat
Cina di pinggir atau di luar kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kampung Bagan
merupakan kampung nelayan yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada masyarakat Cina di
mana kehidupannya bergantung kepada tangkapan ikan di laut.

You might also like