Paduan Produk Terdiri Daripada Campuran Produk Iaitu Semua Barisan Produk Atau Lini Produk Yang Ditawarkan Untuk Jualan Oleh Sesebuah Syarikat

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TUGASAN INDIVIDU
SEMESTER 1 SESI 2017/18

AN 015
PENGURUSAN PERNIAGAAN

KAJIAN KES :
SYARIKAT APPLE INC

NAMA NURUL NABILAH BINTI SALLEH

NO. KAD PENGENALAN 991112-06-5520

NO.MATRIK MS1719132495

TUTORAN 2A07

NAMA PENSYARAH ENCIK KHAMDE BIN GHAZALI

TANDATANGAN PENSYARAH

TARIKH SERAHAN 13 OKTOBER 2017

i
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BORANG PERAKUAN KEASLIAN TUGASAN

Borang ini perlu ditandatangi oleh pelajar dan pensyarah yang memeriksa tugasan pelajar dan
dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada pensyarah masing-masing.
Kegagalan pelajar menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan pelajar tidak
mendapat sebarang markah untuk tugasan yang dihasilkan.

Perakuan oleh pelajar berkenaan keaslian Tugasan Individu


SAYA mengakui tugasan ini adalah hasil kerja SAYA sendiri tanpa bantuan mana-mana
pihak kecuali dengan penerangan oleh pensyarah subjek Pengurusan Perniagaan (AN 015)
yang dibenarkan dan nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah dijelaskan sumbernya.

NAMA NO.MATRIK TANDATANGAN

NURUL NABILAH BINTI SALLEH MS1719132495

Perakuan oleh Pensyarah/ Pemeriksa:


Saya mengesahkan bahawa Tugasan Individu subjek Pengurusan Perniagaan (AN 015) telah
dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa Tugasan
Individu pelajar ini dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya tugasan
tersebut dihasilkan sendiri oleh pelajar-pelajar berkenaan.

TANDATANGAN PENSYARAH/
PEMERIKSA

NAMA PENSYARAH/ PEMERIKSA ENCIK KHAMDE BIN GHAZALI

TARIKH 13 OKTOBER 2017

ii
SENARAI ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT
2.ISU-ISU DALAM KAJIAN KES
2.1 Soalan 1:Komponen paduan Syarikat Apple Inc
2.1.1 Kelebaran produk Apple Inc
2.1.2 Kepanjangan produk Syarikat Apple Inc
2.1.3 Kedalaman produk Syarikat Apple Inc
2.1.4 Ketekalan produk Syarikat Apple Inc

2.2 Soalan 2:Paduan pemasaran


2.2.1 Produk
2.2.2 Penentuan harga
2.2.3 Promosi
2.2.4 Pengedaran

2.3 Soalan 3:Langkah-langkah penyelidikan pemasaran


2.3.1 Mengenapasti masalah
2.3.2 Membina kerangka kajian
2.3.3 Mengumpul data
2.3.4 Menganalisis data
2.3.5 Menyediakan laporan

2.4 Soalan 4:Inovasi yang boleh digunakan oleh Syarikat Apple


Inc
3.0 PENUTUP
4.0 SENARAI RUJUKAN
5.0 LAMPIR

3
1.0 Latar Belakang Syarikat Apple Inc

Apple Inc., dahulunya Apple Computer, Inc. (NASDAQ: AAPL), ialah perbadanan multinasional
Amerika Syarikat yang mengkhususkan perekaan bentuk serta pengilangan produk elektronik
pengguna dan perisian yang berkait. Berpusat di Cupertino, California, Apple mengembangkan,
menjual, dan menyokong berbagai-bagai komputer peribadi dan pemain media mudah alih, serta
juga perisian dan perkakasan komputer tambahan. Jualan tahunan Apple di seluruh dunia pada tahun
fiskal 2006 (berakhir pada 30 September) ialah AS$19.3 bilion.[5]

Apple diasaskan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak. Apple kini terlibat dalam penciptaan konsep
teknologi baru (seperti iPhone, dan Apple TV), serta ciri-ciri untuk Mac OS X "Leopard", sistem
pengendaliannya yang baru. Syarikat ini juga mengendalikan kedai dalam talian untuk menjual
perkakasan dan perisian, selain daripada iTunes Store, laman webnya yang membekalkan
muzik, buku audio, permainan, video muzik, pertunjukan TV, dan filem digital yang boleh dimuat turun.
Produk-produk perkakasan syarikat yang paling terkenal termasuk barisan komputer
peribadi Mac dan peranti-peranti persisian berkait, barisan pemain media mudah alih iPod,
serta iPhone yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 2007. Selain itu, produk-produk perisian
Apple yang paling terkenal termasuk sistem pengendalian Mac OS dan suit perisian iLife yang
merupakan berkas produk perisian kreatif bersepadu untuk para amatur. (Kedua-dua Mac OS dan
iLife dibekalkan secara bersama-sama dengan semua jualan Mac). Tambahan pula, Apple juga
merupakan pembekal produk perisian industri audio dan filem profesional (serta juga "prosumer")
yang utama. Aplikasi-aplikasi profesional dan "prosumer" Apple yang digunakan, terutamanya dalam
komputer Mac, termasuk Final Cut Pro, Logic Audio, Final Cut Studio, dan alat-alat industri yang
berkaitan.

Diperbadankan pada 3 Januari 1977 [6], syarikat in mula-mulanya dikenali sebagai Apple Computer,
Inc. selama 30 tahunnya yang pertama. Pada 9 Januari 2007, syarikat ini menggugurkan perkataan
"Computer" daripada nama korporatnya agar membayangkan bahawa Apple yang pada suatu ketika
terkenal dengan produk-produk komputer, kini membekalkan berbagai-bagai produk elektronik
pengguna.[7] Pertukaran nama yang menyusul pengumuman Apple tentang telefon pintar iPhone dan
sistem video digital Apple TV-nya membayangkan peluasan berterusan syarikat ke dalam pasaran
elektronik pengguna, selain daripada tumpuan tradisionalnya dalam komputer peribadi.[8]

Apple juga mengendalikan 180 buah kedai jualan runcit di Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom,
Kanada, dan Itali.[9] Kedai-kedai itu menjual kebanyakan produk Apple serta juga produk-produk pihak
ketiga, dan membekalkan sokongan dan pembaikan perkakasan dan perisian Apple. Apple kini
menggaji melebihi 20,000 pekerja tetap dan pekerja sampingan di seluruh dunia.[10]

4
Berdasarkan alasan-alasan falsafah reka bentuk estetik yang menyeluruh sehingga budaya
perlawanan (malahan asal-usul budaya kebebasannya), selain daripada kempen-kempen
pengiklanannya, Apple telah memperoleh suatu reputasi yang tersendiri dalam industri elektronik
konsumer serta juga dasar pelanggan yang setia pada tahap yang amat luar biasa kepada syarikat
dan jenamanya.[11]

5
2.0 ISU-ISU DALAM KAJIAN KES

2.1 Komponen paduan produk Syarikat Aple inc

Paduan produk terdiri daripada campuran produk iaitu semua barisan produk atau lini produk yang
ditawarkan untuk jualan oleh sesebuah syarikat.Terdapat empat komponen paduan produk iaitu kelebaran
produk,kepanjangan produk,kedalaman produk dan ketekalan produk.

2.1.1 Kelebaran produk Syarikat Apple Inc

Kelebaran produk merupakan bilangan barisan produk yang yang berbeza yang dihasilkan oleh
pengeluar untuk ditawarkan kepada pengguna.Campuran yang lebar menarik pelbagai segmen pasaran yang
boleh dimasuki syarikat.Sebagai contoh,Apple Inc memasarkan campuran produk yang agak luas terdiri
daripada banyak barisan produk termasuk komputer,pemain muzik digital,telefon bimbit,penerima media
digital,perisian digital dan aksesori komputer.

2.1.2 Kepanjangan produk Syarikat Apple Inc

Kepanjangan produk pula merujuk kepada jumlah item produk yag dikeluarkan oleh syarikat di
dalam lingkungan barisan produknya.Barisan produk yang panjang mempunyai pelbagai produk yang
berbeza dan banyak manakala barisan produk yag pendek mempunyai jumlah produk yang sedikit.Apple
Inc mempunyai banyak jenama di dalam setiap barisan.Misalnya,ia menjual komputer seperti Mac
Mini,MacBook Pro,MacBook Air,Imac dan Ipad.

2.1.3 Kedalaman produk Syarikat Apple Inc

Kedalaman produk merujuk kepada bilangan versiatau sub-kumpulan yang ditawarkan oleh setiap
produk berbeza di dalam barisan produk.Sebahagian jenis produk di dalam barisan produk akan dipecahkan
kepada versi atau sub-kumpulan tertentu.Pengkhususan terhadap sesuatu produk akan menjadikan sesebuah
organisai itu pakar dalam bidang produk berkenaan.Tamsilnya,telefon bimbit yang dikeluarkan oleh
Syarikat Apple Inc terbahagi kepada beberapa jenis iaitu iPhone4,iPhone 4siPhone 7 dan sebagainya.

6
2.1.4 Ketekalan produk Syarikat Apple Inc

Ketekalan produk menunjukkan tahap perkaitan hubungan di antara semua barisan produk dari segi
penggunaan,pengeluaran dan pengedaran.Ia juga merujuk kepad sejauhmana terdapat persamaan di antara
semua lini produk dari segi gelagat pengguna,saluran pengedaran,sasaran pasaran,harga dan ciri-ciri
lain.Barisan produk Apple Inc setakat ini mempunyai ketekalan yang tinggi kerana ia adalah produk
pengguna yang disalurkan kepada saluran agihan yang sama.

7
8
2.2 Paduan Pemasaran

Paduan pemasaran merupakan kombinasi 4 komponen asas merangkumi produk,penentuan


harga,promosi dan pengedaran bagi menetukan strategi pemasaran yang akan digunakan oleh sesebuah
organisasi.

2.2.1. Produk

Produk adalah apa sahaja yang ditawarkan di pasaran untuk perhatian,perolehan,kegunaan atau
belian bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia.Produk merangkumi barangan,perkhidmatan atau
idea yang akan dapat memenuhi keperluan pengguna.Produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Apple Inc
adalah jenis produk pengguna.Produk pengguna merupakan barang yang dibeli oleh pembeli akhir untuk
kegunaan sendiri.Produk Apple seperti seperti telefon bimbit,Macbook Pro dan sebagainya diklasifikasikan
kepada produk istimewa.Produk istimewa adalah barangan yang mempunyai ciri-ciri yang unik yang
disukai oleh pengguna dari segi jenama,gaya atau jenisnya.Pengguna sangat setia kepada barangan ini dan
sanggup membayar dengan harga yang tinggi dan sanggup berusaha lebih untuk mendapatkannya.Bagi
pembeli produk iphone 7s(telefon bimbit),iPod(pemain muzik digital) dan sebagainya,menyatakan bahawa
harga yang mahal tidak penting bagi mereka tetapi ciri-ciri eksklusif produk tersebut seperti reka bentuk
produk yang unik dan perisian yang canggih serta mengikuti peredaran zaman meruakan pendorong utama
kepada beliannya.Produk Apple seperti telefon pintar berada pada tahap pertumbuhan akibat permintaan
yang tinggi terhadap produk tersebut.Pada tahap ini jualan adalah meningkat kerana pelanggan telah mula
membuat pembelian ke atas produk tersebut.Semakin tingggi jualan,semakin tinggi keuntungan.Oleh yang
demikian bilangan pesaing bertambah kerana pesaing baru yang memasukipasaran mula menyedari akan
peluang untuk meningkatkan keuntungan.Objektif tahap pertumbuhan adalah untuk memakimumkan syer
pasaran.Pada tahap ini Syarikat Apple terpaksa menukarkan strategi promosi daripada merangsang
permintaan terhadap produk kepada pegiklanan jenama dengan menyatakan kelainan produk mengikut
jenama.Pengedaran menjadi semakin penting di mana syarikat cuba membina agihan intensif.pada hujung
peringkat ini,harga mula diturunkan untuk menarik lebih ramai pelanggan. Pada tahap ini Syarikat Apple
megalami pengekalan dan peningkatan syer pasaran serta keuntungan syarikat.

IDENTITI PRODUK

Penjenamaan.Kejayaan sesuatu perniagaan banyak bergantung kepada keupayaan sasaran pasaran


membezakan antara satu prodk dengan produk yang lain.Contohnya,pemilihan jenama Apple dianggap

9
penting dan harus dilakukan dengan teliti keranajenama yang dipakai akan melambangkan sifat dan nilai
firma berkenaan.

JENIS-JENIS JENAMA

Apple merupakan jenama pengeluar.Satu kaedah mengklasifikasikan jenama adalah berdasarkan


siapa pengeluar yang mengeluarkan produk berkenaan.Jenama boleh dimiliki oleh pengeluar atau
pengilang.Ia dipanggil jenama pengeluar atau jenama nasional.Jenama Apple leih dikenali ramai dan
dipercayai oleh pengguna kerana kuaitinya.Jenama pengeluar juga mudah dikenalpasti dan pihak pengeluar
selalunya mengeluarkan pelbagai produk alternatif menggunakan jenamanya.Harganya adalah paling tinggi
berbanding dengan jenama-jenama lain seperti Samsung,Nokia dan Sony.Di antara kebaikan menggunakan
jenama pengeluar ialah pengeluar mempunyai pengawalan yang lebih tinggi ke atas saluran
pengedarannya.Mereka banyak membelanjakan wang untuk promosi jenama di mana pengiklanan
lazimnya dibuat secara bersama dengan wakil-wakil penjual.Fokus utama promosi jenama pengeluar ialah
untuk menarik dan mengekalkan pengguna yang setia dengan jenama Apple di samping di samping
mengawal usaha pemasaran di bawah jenama Apple.

2.2.2 Penentuan harga

Selain itu,penentuan harga merupakan komponen paduan pemasaran yang dijalankan oleh Syarikat
Apple Inc.Harga adalah nilai yang diletakkan ke atas sesuatu barangan ataupun servis yang dijual.Pemilihan
harga yang sesuai engan sesuatu produk perlu mengambil kira semua kos yang terlibat.Objektif Syarikat
Apple dalam menentukan harga adalah bagi menetapkan halatuju syarikat untuk memenuhi matlamatnya
sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.Objektif penentuan harga mestilah konsisten dengan
objektif pemasaran dan objektif korporat secara keseluruhan.

Objektif syarikat Objektif Objektif harga Objektif harga


pemasaran dan prosedur

Dalam kadaan pasaran yng seamkin hebat persaingannya,Maka objektif yang disediakan oleh Syarikat
Apple Inc mestilah khusus,mampu dicapai dan boleh diukur.Pemerhatian dan pemantauan secara
berterusan adalah perlu dilakukan bagi memastikan keberkesanan strategi syarikat.Antara objektif
penentuan harga adalah kemandirian dan keuntungan.

10
Kemandirian merupakan objektif utama syarikat sekiranya syaikat menghadapi kapasiti yang
berlebihan,persaingan sengit atau perubahan kehendak pengguna.Bagi meneruskan operasi syarikat,maka
Syarikat Apple hendaklah menetapkan harga yang rendah dengan harapan untuk meningkatkan
permintaan terhadap produk yan dikeluarkannya.Dalam hal ini,keuntungan tidka begitu dipentingkan
berbanding kemandirian.Asalkan syarikat dapat menutupi sebahagian kos berubah dan kos tetapnya maka
mereka boleh terus beroperasi dalam pasaran.Walaibagaimanapun,objektif ini selalunya digunakan olh
firma dalam jangka pendek.Sebahagian besar firma hanya sanggup menanggug kerugian dalam jangka
masa pendek tetapi akan berusaha mengatasi maslaa dalaman dan lain-lain kesulitan untuk mendapatkan
keuntungan dalam jangka panjang.Dalam jangka panjang nilai produk perlu ditingkatkan untuk
mengelakkan firma dari menghadapi kerugian iaitu pada tahap kematangan.Sebagai contoh,Syarikat
Appple Inc menetapkan harga iPhone 4s sebanyak RM 629 berbanding Oppo R9s yang fungsinya hampir
sama iaitu RM 1,499.Oleh itu,permintaan terhadap iPhone akan meningkat sekaligus syarikat dapat
menikmati kelebihannya.Faktor yang mempengaruhi penentuan harga adalah pengguna.Ia merujuk
kepada sesiapa yang akan menggunakan produk tersebut.Jika harga diletakkan terlalu tinggi,permintaan
akan jatuh secara mendadak dan unit dijual berkurang menyebabkan keuntungan merosot.Oleh yang
demikian Syarikat Apple telah menetapkan hara yang berpatutan sehingga mencapai peningkatan
keuntungan sebanyak 50.67% .Syarikat Apple Inc melakukan penentuan harga berasaskan
nilai.Pendekatan ini juga dikenali dengan penentuan harga berorientasikan pembeli iaitu dengan
menetapkan harga produk berasakan persepsi yang diberikan oleh pembeli dan bukan kos penjual.syarikat
Apple inc telah menggunakan strategi harga psikologi dalam menentukan harga produk.Strategi ini
mengalakkan pengguna utuk membeli dengan berasaskan emosi dan tidak menggunakan rasional
pemikiran mereka.Strategi harga ganjil bertujuan untuk memperlihatkan harga sesuatu produk itu
murah.Contohnya,Syarikat Apple mnawarkan harga barangan mereka dengan RM 1499.99.Secara
psikologinya ianya nampak murah berbanding RM 1500 meskipun perezaanya adalah kecil.Hal ini kerana
pembeli akan merasakan harga RM 499.99 adalah harga istimewa dan kurang daripada RM 1500.

2.2.3 Promosi

Promosi adalah cara peniaga memberitahu atau mengumumkan barangan dan perkhidmatan baru
kepada orang ramai dengan tujuan memujuk orang ramai untuk membeli produk yang ditawarkan. Objektik
Syarikat Apple membuat promosi ialah untuk menyampaikan maklumat. Promosi dilaksanakan bertujuan
memberitahu dan memaklumkan kepada orang tentang kemunculan sesuatu produk atau perkhidmatan baru
yang sebelum ini tidak wujud. Bagi mempromosikan alatan elektronik keluaran Apple,syarikat telah
melaksanakan pelbagai pengiklanan,publisiti dan demonstrasi produk. Dengan ini maklumat harga, fungsi
dan manfaat produk dimana produk boleh didapati dan sebagainya dapat diterangkan. Syarikat Apple

11
menetapkan motto “An Apple on Every Desk”. Selain itu, promosi adalah untuk meningkatkan jualan.
Objektif ini dianggap sebagai objektif utama aktiviti promosi.Usaha-usaha promosi dilaksanakn supaya
dapat menarik minat pembeli untuk membuat keputusn pembelian.Pengguna yang terpikat akan
mengulangi pembelian dan menghebahkan kepada rakan-rakan serta ahli keluarga tentang produk Apple
yang digunakan dan secara tidak langsung ia dapat menyumbang kepada peningkatan jualan.Paduan
promosi ialah gabungan alat-alat pengiklanan,jualan peribadi,promosi jualan dan perhubungan awam yang
digunakan oleh syarikat dalam melaksanakan objektif pengiklanan dan pemasaran.Alat paduan promosi
yang digunakan oleh Syarikat apple Inc adalah pengiklanan produk.Pengiklanan adalah suatu bentuk
komunikasi yang bukan peribadi dan berbayar ditujukan kepada pihak-pihak tertentu melalui media massa
iaitu bercetak seperti surat khabar dan majalah atau elektronik seperti televisyen untuk meningkatkan
permintaan terhadap sesuatu produk.Syarikat Apple Inc menggunakan media cetak seperti surat khabar di
mana sarikat mempromosikan produk seperti telefon bimbit,komputer,televiyen dan perkakas elektronik di
bahagian iklan ruangan.Strategi promosi yang digunakan oleh Syarikat Apple adalah strategi tarik.Strategi
tarik boleh ditakrifkan sebagai aktivit promosi yang dilakukan oleh pengeluar secara besar-besaran dengan
memfokuskan kepada pengguna akhir untuk menghasilkan permintaan yang tinggi.Strategi ini dibentuk
bagi tujuan mewujudkan permintaan dari pihak penguna supaya pengguna meminta produk berkenaan
berada dalam pasaran.Syarikat Apple Inc menggunakan kaedah pengiklanan secara agresif untuk
membentuk pengiklanan secara langsung terhadap pengguna agar gelagat pembelian dapat diterapkan
dalam diri pengguna.

Pengeluar

Pemborong

Pengiklanan
Peruncit

Pengguna Akhir
12
Rajah 2.2.3.1:Aliran Produk dan Promosi bagi Strategi Tarik

2.2.4 Pengedaran

Pengedaran merupakan satu proses memindahkan barangan dari pusat pengeluaran(pengeluar)


kepada pengguna di lokasi dan masayang dikehendaki oleh mereka.Antara kepentingan pengedaran adalah
dapat menentukan produk sampai ke tempat yang betul pada masa yang dikehendaki serta dalam keadaan
yang menarik dan dapat memaksimumkan kepuasan pengguna akhir.Misalnya,Syarikat Apple mengedakan
produk-produk akhirnya ke seluruh negara seperti Malaysia,China,United Kingdom dan sebagainya.Tahap
saluran pengedaran yang digunapakai oleh Syarikat Apple Inc adalah pengedaran langsung.Pengedaran ini
merupakan saluran pengedaran yang paling mudah dan pendek.Dalam saluran pengedaran
langsung,pengeluar menjual terus roduknya kepad pengguna.Dalam tahap pengedaran ini,tiada orang
tengah yang digunakan.Pengeluar menggunakan bentuk saluran ini untuk mengaihkan poduk yang sensitif
iaitu mudah retak seperti telefon bimbit,komputer dan sebagainya.

PENGELUAR

PENGGUNA

Rajah 2.4.1 Saluran Pengedaran Langsung

Kaedah pengedaran adalah kaedah yang digunakan oleh pihak pnegeluar untuk mengagihkan baragan
kepada pengguna akhir menggunakan saluran pengedaran yang ada.Syarikat Apple Inc menggunakan
kaedah pengedaran fizikal iaitu melalui pengangkutan udara.Penggunaan kapal terbang yang merupakan
cara pengangkutan yang mempunyai caj pengangkutan yan paling maksimum.Ia sesuai digunakan untuk

13
membawa barangan yang bernilai tinggi yang diperlukan dengan serta merta.Syarikat Apple Inc yang
berpusat di Cupertino,California menggunakan MAS Cargo bagi pengedaran produk seperti perisian
digital,penerima media digital,aksesori komputer dan sebagainya.Manakala bagi kaedah pengedaran
bukan fizikal pula,syarikat telah memilih internet sebagai platform mereka mengedarkn barangan.Internet
merupakan satu ruangan yang disediakan oleh pemasar bagi tujuan memasarkan barangan tanpa
pelanggan perlu berkunjung ke premis Apple di California.Sebagai contoh,Syarikat Apple menyediakan
laman web seperti https://www.goldgenie.com/gold-iphone-8/ untuk menempah produk telefon bimbit
bagi tujuan pemasaran.

2.3 Langkah-langkah penyelidikan pemasaran

2.3.1 Mengenalpasti masalah

Mengenalpasti masalah adalah proses mengenalpasti masalah yang timbul supaya objektif kajian
dapat dibentuk dengan baik.Maklumat boleh didapati berdasarkan jualan,keuntungan,persembahan produk
dan kepuasan pengguna.Masalah yang dihadapi oleh Syarikat Apple Inc adalah mempunyai produk tiruan
atau lebih dikenali sebagai klon.Oleh yang demikian syarikat hendaklah membentuk objektif berdasarkan
masalah yang dihadapi bagi memastikan syarikat memaksimumkan keuntungan dan terus kekal di dalam
syer pasaran.Objektif Syarikat Apple Inc adalah membangunkan,merekacipta produk yang lebih unik dan
membawa sesutu kelainan pada tempoh masa 3 tahun yang akan datang supaya tiada pesaing yang dapat
meniru keunikan software dan sebagainya yang terdapat dalam produk mereka.

2.3.2 Membina kerangka kajian

Perancangan tentang bagaimana cara untuk mengumpul dan menganalisis data.Ia merupakan
pelan keseluruhan kajian yang memperincikan sumber-sumber data,pendekatan penyelidikan,kaedah
penyelidikan,instrumen kajian,pensampelan dan kaedah perhubungan. Pada peringkat awal
penyelidikan,Syarikat Apple Inc mengumpul sumber-sumber data tentang faktor yang menyebabkan
tiruan produk Apple diimport,siapa pesaing utama,perbezaan antara produk tiruandan asli dan
sebagainya.Pendekatan penyelidikan diadakan dengan menetapkan pengurus syarikat untuk membuat
tinjauan terhadap satu pusat ke pusat yang lain untuk mendapati masalah utama bagi penawaran produk
tiruan.Soal selidik dilaksanakan melalui pemberian beberapa sampel soalan yang diedarkan kepada
beberapa orang responden yang terlibat.

14
2.3.3 Mengumpul data
Merupakan proses mendapatkan data atau maklumat yang diperlukan bagi penyelesaian
masalah.Terdapat dua jenis data iaitu data sekunder dan data primer.Syarikat Apple Inc mengumpulkan
data yang diperoleh melalui kajian baru yang dilakukan secara langsung terhadap
pengguna.Tamsilnya,Syarikat Apple mendapatkan maklumat tentangcitarasa pengguna dengan
menjalankan pemerhatian,wawancara,diskusi berkumpulan dan sebagainya.Selain itu,Syarikat Apple juga
menggunakan data sekunder di mana data-data tersedia untuk digunakan berasaskan kajian yang telah
dilakukan terdahulu,ianya boleh diperoleh melalui jurnal,bacaan atau kajian perpuastakaan,laporan dan
sebagainya bagi mencari jalan penyelesaian bagi masalah terdapat penawaran produk tiruan
Apple.Kelebihan menggunakan data sekunder adalah mendapat maklumat yang lebih mendalam tentang
masalah yang dihadapi.

2.3.4 Menganalisis data

Merupakan proses menganalisis data supaya ianya dapat digunakan sebagai maklumat dalam
penyelesaian masalah Syarikat Apple iaitu enawaran produk tiruan atau membuat keputusan bagi
mengtasinya.Antara kaedah yang biasa digunakan ialah kekerapan,min,sisihan piawai,multiple regression
dan coding.Contohnya,Syarikat cuba untuk mengenalpasti hubugan antara aktiviti promosi dengan
perubahan hasil yang mana semakin tinggi promosi maka semakin tinggi jualah hasil syarikat.

2.3.5 Menyedia laporan

Laporan bertulis merangkumi analisis kajian iaitu telefon bimbit di bawah jenama Apple yang asli
dapat memberikan kebaikan khususnya bagi golongan pelajar seperti memiliki software yang bagus bagi
memudahkan pengaksesan pelbagai maklumat.Cadangan-cadangan yang diambil adalah membuat soal
selidik terhadap citarasa pengguna bagi meningkatkan mutu keluaran selaras dengan perubahan teknologi.
Syarikat Apple Inc membuat promosi melalui media etak dengan memaparkan keistimewaan dan keunikan
telefon bimbit,komputer,aksesori komputer dan sebagainya dalam surat khabar dan media elektronik secara
tidak langsung telah mempengaruhi peningkatan jualan.

15
2.4 Inovasi yang digunakan oleh Syarikat Apple Inc

Antara inovasi yang dilakukan oleh Syarikat Apple Inc dari segi aspek promosi dengan
kemajuan teknologi dan media sosial pada hari ini ialah Syarikat Apple boleh melakukan promosi melalui
media sosial seperti Facebook,E-dagang dan Instagram.Syarikat Apple dapat mempromosikan produknya
dengan harga yang berpatutan dan bersesuaian dengan kualitinya serta mampu dimilik oleh ketiga-tiga
golongan yang terdiri daripada golongan bawahan,pertengahan dan atasan. Syarikat hendaklah melakukan
promosi melalui media sosial.Hal ini kerana,pada era globalisasi kini kebanyakan masyarakat lebih gemar
menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian mereka.Dengan ini, mereka dapat mengetahui
kewujudan Apple,mengenalpasti produk Apple dan emebuat keputusan pembelian seterusnya menikmati
faedahnya seperti telefon bimbit Apple X dimana ianya dapat memuaskan hati dan kehendak pengguna
kerana mampu memberikan gambar yang sungguh menawan ketika ‘selfie’. Oleh yang demikian,mereka
akan memperkenalkan produk Apple kepada rakan karib dan ahli keluarga mereka sekaligus jualan
produk Apple daapt ditingkatkan.Semakin tinggi jualan,semakin tinggi
keuntungan.Seterusnya,pengedaran yang dapat dilakukan oleh Syarikat Inc dengan kepesatan teknologi
terkini adalah penghantaran produk melalui poslaju dengan menggunakan van persendirian. Syarikat
Apple perlu melaksanakan penghantaran produk mengikut spesifikasi tempat yang dikehendaki oleh
pelanggan.Oleh itu,ini akan memudahkan pengguna kerana mereka tidak perlu lagi untuk membelanjakan
kos yang tinggi bagi mendapatkan produk dengan berkunjung ke pusat penjualan televisyen di bawah
jenama Apple.Oleh itu,pengguna akan rasa berpuas hati dengan servis yang diberikan seterusnya
melakukan pembelian secara berulangkali bagi item yang berbeza.

16
3.0 PENUTUP

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang untuk menyiapkan tugasan ini dalam
tempoh yang diberikan iaitu selam dua minggu.Terima kasih diucapakan kepada pensyarah mata
pelajaran Pengurusan Perniagaan kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya semasa dalam proses
menyiapkan tugasan individu ini dan tidak lupa juga kepada ibubapa saya dan rakan-rakan yang sudi
meluangkan masa untuk membantu saya.Saya berasa amat gembira untuk menyelesaikan tugasan ini dan
pada masa yang masa perasaan tertekan timbul dalam kuantiti yang kecil berbanding
kegembiraan.Syarikat Apple Inc akan menjadi semakin maju ke hadapan pada masa akan datang dengan
pelbagai jenis produk keluaran Apple yang bermutu tinggi dan produknya dapat duduk sama rendah
berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang maju dari segi teknologi seperti Jepun.. Syarikat Apple
akan membuka pelbagai cawangan syarikatnya dan pusat-pusat produk Apple yang asli di seluruh
semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.Syarikat Apple Inci juga akan membina bangunan
seperti auditorium dan bangunan Research and Development.Kekuatan Syarikat Apple terletak pada daya
penggerak yang bertenaga,berpengetahuan luas dan pengalaman dalam kepakaran masing.Oleh
itu,syarikat akan memperoleh keuntungan yang meningkat dari semasa ke semasa.

17
4.0 Sumber rujukan

1. Modul I Love Bussiness(Part 1)


2. Nota Kuliah AN015,Bab 9(Pemasaran),10(Produk),11(Penentuan Harga),12(Promosi),
dan 13(Pengedaran)
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Apple
4. http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2014/1024/Kosmo/Dunia/du_02.1.jpg
5. http://usahawanmalaysia.com/wp-content/uploads/2011/09/Usahawan-Lagenda-Steve-
Jobs.jpg
6. http://3.bp.blogspot.com/-
4mfBor6g3Kc/To1sHwwU1yI/AAAAAAAAAvA/uTNJuIhLYF4/s1600/steve%2Bjobs%
2Bdied.png
7. http://lejournaldeleco.fr/wp-content/uploads/2016/08/apple-fbi-514451372.jpg

18
5.0 Lampiran

Logo Syarikat Apple Inc

19
Pengasas Syarikat Apple Inc

20
Apple Inc
Dahulunya Apple Inc dikenali sebagai Apple Computer Inc. Organisasi ini
merupakan sebuah syarikat multinasional yang mencipta alat elektronik, perisian
komputer dan berkaitan dengan perkomputeran sama ada kegunaan untuk peribadi atau
perniagaan. Apple Inc telah ditubuhkan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak pada 1 April
1976 dan didaftarkan pada tahun 1977. Apple Inc berpusat di Cupertino, California. Pada
mulanya Apple Inc berpusat di dalam sebuah garaj dan hanya menjual papan litar untuk
memegang salah satu komponen dalaman komputer. Modal permulaan perniagaan
Apple Inc adalah sebanyak AS$1,300 (RM3,963) iaitu hasil daripada penjualan microbus
oleh Steve Jobs salah satu komponen komputer dan penjualan kalkulator oleh Wozniak.
Namun perniagaannya berkembang dengan baik selepas menjual komputer pertama
Apple I yang bernilai AS$666 (RM2026). Produk utama Apple Inc adalah iPhone, alat
pemain muzik iPod dan pelbagai jenis komputer Macintosh.
Perubahan yang dibuat di Apple Inc adalah berasaskan ‘Developmental change’.
Hal ini kerana Apple Inc ingin mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan membuat
pembaharuan lebih besar dengan mencipta telefon pintar, MP3 dan sebagainya selain
daripada produk komputer. Selepas Steve Jobs mengambil alih pengurusan Apple inc,
keuntungan Apple Inc telah meningkat setelah hampir muflis pada tahun 1996. Kesan
daripada kepimpinan Steve Jobs, produk yang dipasarkan oleh Apple Inc telah
mendahului pesaing
Visi Apple Inc adalah “An Apple at every desk”. Misi Apple Inc pula adalah reka
bentuk Apple Mac adalah komputer peribadi terbaik didunia bersama- sama dengan OS
X, iLife, iWork dan perisian profesional. Apple membawa revolusi muzik digital dengan
iPod dan iTunes kedai dalam talian. Apple berjaya mencipta telefon bimbit dengan
revolusi iPhone dan App Store dan menentukan masa depan media mudah alih dan
peranti pengkomputeran dengan iPad.Strategi perniagaan Apple inc adalah
memanfaatkan keupayaan melalui reka bentuk dan pembangunan sistem operasi,
perkakasan, aplikasi perisian dan teknologi untuk membawa pelanggan di seluruh dunia
kepada produk menarik dan penyelesaian dengan mudah alih yang unggul, lancar
berintegrasi serta reka bentuk inovatif.
Matlamat akhir Apple Inc bukan membuat keuntungan sahaja, namun untuk
meletakkan dengan jelas matlamat utamanya iaitu untuk merekabentuk, membangunkan
dan membawa produk ke pasaran produk yang lebih bagus. Hal ini kerana Apple Inc
percaya bahawa orang ramai akan menyukai dan ingin memiliki produk tersebut. Oleh
itu, Apple Inc akan memastikan mereka tidak hanya menghasilkan produk baru yang
berbeza dengan produk pesaing, namun memastikan produk yang dihasilkan adalah
lebih bagus dan mempunyai kualiti yang tinggi. Penekanan terhadap aspek ‘lebih bagus’
pada produk Apple, mencerminkan pendirian Apple untuk tidak terus beroperasi tanpa
memikirkan kesan jangka panjang terhadap organisasi. Apple berpendapat bahawa
pembaziran akan berlaku sekiranya sesebuah organisasi menggunakan sumbernya
hanya untuk mengeluarkan produk tanpa memberi nilai baru kepada pembeli.
Hubungan antara perubahan dan visi boleh dilihat melalui matlamat akhir selepas
Steve Jobs menerajui Apple Inc. Perubahan Apple lebih berfokuskan kepada reka
bentuk, pembangunan dan membawa produk ke pasaran yang lebih bagus. Jika dikaitkan
dengan visi Apple Inc iaitu ‘An Apple at every desk’, hal ini bermakna bahawa produk
yang dikeluarkan Apple pasti akan dipilih oleh pengguna kerana inovasi yang ditonjolkan

21
menerusi produk Apple. Menurut Usahawan.com, kebanyakan daripada pengguna Apple
akan mengingati pengalaman mereka semasa membuka kotak produk Apple untuk
berkongsi keterujaan mereka selepas memiliki produk Apple. Hal ini kerana, pengguna
lebih mementingkan aplikasi dan penggunaan yang mudah dan akan memilih produk
Apple kerana ciri-ciri yang menarik dan suatu produk yang boleh digayakan.

Soalan Perbincangan

1. Terangkan komponen paduan produk syarikat Apple Inc .


2. Bincangkan empat paduan pemasaran yang digunakan oleh syarikat Apple Inc. untuk terus
bersaing dalam pasaran.
3. Huraikan langkah-langkah dalam penyelidikan pemasaran yang boleh dilakukan syarikat ini
untuk memastikan produknya sentiasa berkualiti.
4. Cadangkan inovasi yang boleh digunakan oleh syarikat Apple Inc. dalam aspek promosi dan
pengedaran sesuai dengan kemajuan teknologi dan media sosial pada hari ini.

22

You might also like