Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

BUSANA PAKAIAN TRADISI SUKU KAUM COCOS

PASANGAN LELAKI
Pakaian tradisi untuk pihak lelaki di sebut secara amnya sebagai
sebutan Baskat. Baju tradisi ini merupakan gabungan diantara dua
budaya iaitu budaya Melayu dan budaya Scotish. Baju Baskat
yang menyerupai rekabentuk Blazer ( Bush Jacket) yang telah
diubahsuai dengan perhiasan ‘accessories’ dibahagian lengan
tangan yg dipanggil Frill dan dipakai bersama dengan seluar
panjang biasanya seluar Putih.
Tambahan pemakaian kain batik dan selendang pengikat
pinggang yang dipanggil Sabok bertujuan memberi gambaran ke
Melayuan dalam pemakaian Busana tradisi ini. Sapu tangan yang
dipakai sebagai penghias leher diguna bagi mengantikan tali Leher
( Neck Tie) yang biasa dipakai bersama sama Bush Jacket atau
Blazer bagi melengkapan pemakaian busana tradisi ini.
PASANGAN PEREMPUAN
Busana untuk pasangan perempuan pakaian Tradisi Cocos adalah
merupakan pakaian Kebaya Labuh yang telah diubahsuai
mengikut citarasa kaum Cocos dan bertujuan mengekalkan seni
Kemelayuan yang diwarisi.
Seperti busana pakaian lelaki, baju kebaya untuk kaum wanita
telah ditokok tambah dengan perhisan Frill dibahagian lengan
tangan dan bahagian hadapan bagi menambah lagi seri baju
kebaya ini.Kain batik dan kain selendang pengikat pinggang ( Kain
Sabok ) yang berwarna warni di pakai bersama bagi memberi
keselesahan kepada pemakai. Perhiasan diatas kepala seperi
bunga2an atau cucuk sanggul melengkapkan pemakaian Busana
Tradisi ini bagi mengekalkan ciri2 keMelayuan yg diwarisi sejak
dulu hingga masakini.

You might also like