d1 SPJ Sec 4-Part 1

You might also like

Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 3
KETUA PENGARAH KERJA RAYA Jabatan Kerja Raya Malaysia Tingkat 33, Menara Kerja Raya (Blok G) Ibu Pejabat JKR Malaysia rexlon (00 261904 Jalan Sultan Salahuddin vig creed 50480 Kuala Lumpur Laman: hp: kt gou.my! Rujukan: JKR-KPKR: 121. 010/05 Jid.2( | ) Tarikh : [{{ November 2015 Semua Pengarah Kanan / Pengarah Cawangan Ibu Pejabat JKR Semua Pengarah Kerja Raya Negeri Semua Pengarah Kerja Raya Wilayah Persekutuan Semua Pengarah/ Pengurus Pembinaan Pengarah JKR Unit Khas Pengarah JKR KESEDAR Semua Jurutera Daerah SURAT ARAHAN KPKR BIL. 20 /2015 ARAHAN PENGGUNAAN "STANDARD SPECIFICATION FOR ROAD WORKS SECTION 1: GENERAL (JKR/SP/2015-S1)" 1.0 LATAR BELAKANG 1.1. Satu spesifikasi piawai baru bagi kerja-kerja jalan iaitu Standard Specification for Road Works Section 1: General (JKR/SPJ/2015-S1) telah dipinda dan dikemas ini bagi menggantikan spesifikasi piawai lama Standard Specification for Road Works. 1.2 Spesifikasi piawai baru ini telah dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Spesifikasi Piawai JKR bagi Kerja-kerja Jalan Bil 5/2014 pada 25 November 2014. 13 2.0 24 2.2 Antara penambahbaikan yang telah dibuat di dalam spesifikasi piawai baru ini adalah seperti berikut: - a) Menukarkan sebahagian atau keseluruhan ayat /para / klausa yang tidak lagi relevan kepada yang baru dan terkini diguna pakai. b) Menambah baik lagi isi klausa-klausa supaya jelas dan lengkap, bersesuaian dengan perubahan serta kehendak semasa. c) Menambah klausa-klausa baru yang sebelum ini tidak terdapat dalam spesifikasi lama 4) Menambah contoh borang-borang atau rujukan-rujukan_berkaitan sebagai lampiran dalam “List of Appendices”. ARAHAN PENGGUNAAN Dengan Surat Arahan ini, SEMUA projek jalan baru dan juga kontrak bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan yang ditandatangani selepas Surat Arahan ini dikeluarkan adalah dikehendaki menggunakan spesifikasi piawai_ baru ini untuk memastikan kualiti kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan memenuhi spesifikasi baru yang ditetapkan. Surat Arahan ini berkuat kuasa bagi projek pembinaan dan penyelenggaraan jalan yang dikendalikan oleh JKR. Sebarang pertanyaan berhubung dengan spesifikasi piawai Standard Specification For Road Works Section 1: General (JKR/SP/2015-S1) boleh dipohon melalui emel ussi@jkr.gov.my atau secara bertulis kepada Unit Standard, Bahagian Pembangunan Inovasi & Standard, Pakar Kejuruteraan Jalan & Jambatan, Cawangan Jalan. 3.0 KUAT KUASA Arahan ini berkuat kuasa serta-merta dan terpakai bagi tempoh LIMA TAHUN dari tarikh ianya ditandatangani melainkan jika terdapat arahan dasar terkini atau perkembangan baru yang memerlukannya dikaji semula dan dikemas kini lebih awal atau sebelum tempoh tersebut berakhir. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” _— ( DATUK Ir. ADANAN BIN MOHAMED HUSSAIN ) sk = Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) = Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) - _ Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) = Pengarah, Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat

You might also like