Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

.

Perwatakan watak utama

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Watak
utama dalam novel ini ialah Lili. Terdapat banyak perwatakan watak utama dalam novel ini.
Perwatakan pertama watak utama ialah Lili seorang yang cekal. Contohnya, Lili cekal menempuh
semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.

Selain itu, perwatakan kedua watak utama ialah Lili seorang yang bertanggungjawab.
Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.

Akhir sekali, perwatakan ketiga watak utama ialah Lili seorang yang berani. Contohnya, Lili
berani mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat
kejadian matahari terbenam.

2. Persoalan

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
banyak persoalan dalam novel ini. Persoalan yang pertama ialah persoalan kecekalan menghadapi
cabaran. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung
Sentosa.

Selain itu, persoalan yang kedua ialah persoalan bertanggungjawab menyelesaikan masalah.
Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.

Akhir sekali, persoalan yang ketiga ialah persoalan keberanian seorang gadis. Contohnya, Lili
berani mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat
kejadian matahari terbenam.

3. Latar masyarakat

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
banyak latar masyarakat dalam novel ini. Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang
cekal menghadapi cabaran. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang
berlaku di Kampung Sentosa.

Selain itu, latar masyarakat yang kedua ialah masyarakat yang bertanggungjawab. Contohnya,
Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.

Akhir sekali, latar masyarakat yang ketiga ialah masyarakat yang berani. Contohnya, Lili berani
mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian
matahari terbenam.

4. Latar tempat

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
banyak latar tempat dalam novel ini. Latar tempat yang pertama ialah ialah di Kampung Sentosa. Di
sinilah Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku.

Selain itu, latar tempat yang kedua ialah di rumah Che Jah. Di sinilah Lili menyatakan
kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
Akhir sekali, latar tempat yang ketiga ialah di puncak bukit. Di sinilah Lili bersama-sama dengan
Geetha melihat kejadian matahari terbenam pada suatu lewat petang.

5. Nilai kemanusiaan

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
banyak nilai kemanusiaan dalam novel ini. Nilai kemanusiaan yang pertama ialah nilai kecekalan.
Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.

Selain itu, nilai kemanusiaan yang kedua ialah nilai bertanggungjawab. Contohnya, Lili
menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.

Akhir sekali, nilai kemanusiaan yang ketiga ialah nilai keberanian. Contohnya, Lili berani
mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian
matahari terbenam.

6. Pengajaran

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
banyak nilai kemanusiaan dalam novel ini. Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah cekal
menghadapi cabaran. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di
Kampung Sentosa.

Selain itu, pengajaran yang kedua ialah kita hendaklah bertanggungjawab. Contohnya, Lili
menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.

Akhir sekali, pengajaran yang ketiga ialah kita hendaklah berani. Contohnya, Lili berani
mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian
matahari terbenam.

7. Peristiwa yang memberikan teladan. – (pengajaran)

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa
yang memberikan teladan dalam novel ini ialah kita hendaklah mengamalkan kasih sayang dalam
kehidupan. Contohnya, Lili amat mengasihi ibu dan bapanya. Dia tidak membantah cadangan ibunya
yang memintanya pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu, walaupun hatinya
begitu berat untuk berbuat demikian.

Selain itu, peristiwa kedua yang memberikan teladan ialah kita perlulah sanggup memberikan
bantuan kepada orang yang memerlukan pertolongan. Contohnya, Lili bersimpati dengan Che Jah
dan menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.

Akhir sekali, peristiwa ketiga yang memberikan teladan ialah kita hendaklah cekal menghadapi
cabaran. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung
Sentosa.

8. Nilai kasih sayang

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Nilai kasih
sayang yang terdapat dalam novel ini ialah kasih sayang seorang anak terhadap kedua ibu bapanya.
Contohnya, Lili amat mengasihi ibu dan bapanya. Dia tidak membantah cadangan ibunya yang
memintanya pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu, walaupun hatinya begitu
berat untuk berbuat demikian.

Selain itu, nilai kasih sayang yang kedua ialah kasih sayang datuk dan nenek terhadap cucunya.
Contohnya, nenek melarang Lili ke pekan atau merayau ke sana-sini. Selepas Lili diculik oleh anak
Che Jah , nenek dan datuk melayan Lili dengan baik walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar
nasihat datuk dan neneknya.

Akhir sekali, nilai kasih sayang yang ketiga ialah kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
Contohnya, ibu Lili amat menyayangi anaknya dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan dan
kesihatan anaknya.

9. Satu watak yang dianggap sebagai watak hitam, Tiga alasan memilih watak tersebut sebagai watak
hitam

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Watak
hitam yang terdapat dalam novel ini ialah Rafiq. Antara alasannya memilih Rafiq sebagai watak
hitam adalah kerana Rafiq merupakan seorang yang bersikap kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Contohnya, Rafiq telah menahan dan mengacukan pisau ke leher Lili serta mengurung dan mengikat
Lili di sebuah pondok buruk.

Selain itu, Rafiq merupakan seorang yang ketagihan dadah jenis syabu. Contohnya, Rafiq
mengugut ibunya, iaitu Che Jah supaya memberikannya duit bagi mendapatkan bekalan dadah.

Akhir sekali, Rafiq merupakan seorang yang tidak mementingkan pendidikan. Contohnya Rafiq
sering ponteng sekolah hingga menyebabkan dibuang sekolah.

10. Tiga sebab novel tersebut hebat dan menarik

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Sebab-
sebab novel ini hebat dan menarik adalah kerana novel ini menunjukkan kecekalan seorang gadis
dalam mengharungi kehidupan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Contohnya, Lili
cekap menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.

Selain itu, sebab yang kedua ialah novel ini menunjukkan ketinggian ilmu yang dimiliki oleh
seseorang. Contohnya, Tuan Haji Abdul Rahman, iaitu datuk Lili memiliki ketinggian ilmu dalam
bidang agama dan perubatan tradisional.

Akhir sekali, sebab yang ketiga ialah novel ini menunjukkan kerukunan dalam kehidupan
masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya, Lili, Geetha dan Danel bersahabat baik walaupun
mereka berlainan agama, bangsa dan adat resam.

11. Unsur konflik merupakan elemen penting- Kemukakan bukti yang tepat

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Dalam
novel ini, terdapat konflik antara Rafiq dengan penduduk kampung. Contohnya, Rafiq selalu mencuri
harta benda orang kampung dan harta benda milik keluarganya untuk dijual bagi mendapatkan
wang untuk membeli syabu.

Selain itu, penduduk kampung juga cuba menghukum Rafiq dan Haziq yang telah dituduh
mencuri kubah surau baharu yang telah hilang. Rafiq dan Haziq berjaya diselamatkan oleh Tuan Haji
Abdul Rahman dan penduduk kampung yang prihatin akan nasib mereka.

Akhir sekali, dengan bantuan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan penduduk kampung,
Rafiq telah dihantar ke Pusat Pemulihan Akidah yang menyebabkan dia mula insaf dan belajar untuk
berubah sedikit demi sedikit.

12. Kepentingan teknik dialog dalam mengembangkan peristiwa

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Kepentingan teknik dialog dalam mengembangkan sesuatu peristiwa yang terdapat dalam novel ini
ialah dialog menyebabkan pembaca merasakan bahawa watak-watak dalam novel ini benar-benar
hidup.

Selain itu, teknik dialog dapat menjelaskan sesuatu isu, perkara atau kejadian. Seterusnya,
teknik dialog dapat mempelbagaikan mood pembaca bagi mengelakkan perasaan bosan ketika
membaca novel ini. Akhir sekali, teknik dialog dapat menggambarkan perwatakan watak dengan
lebih jelas.

13. Peristiwa suka atau duka

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa
duka yang terdapat dalam novel ini ialah peristiwa Lili yang menjadi orang tahanan Rafiq secara tiba-
tiba. Perbuatan tersebut dianggap sebagai suatu kejutan besar dan kejadian yang meninggalkan
kesan trauma kepada Lili.

Selain itu, peristiwa duka yang kedua ialah peristiwa Che Jah yang menjadi mangsa pukul
suaminya dan mangsa peras ugut anak-anaknya. Perbuatan tersebut merupakan suatu kes
keganasan rumah tangga yang meninggalkan kesan trauma dari segi emosi kepada Che Jah.

14. Tema dan contoh peristiwa yang menggambarkan tema tersebut

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Tema yang
terdapat dalam novel ini ialah kecekalan seorang gadis dalam menempuh semua dugaan dan
cabaran.

Contoh peristiwa yang pertama ialah peristiwa Lili ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq di
sebuah pondok buruk. Perbuatan tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk bersegera pulang
ke Kuala Lumpur, sebaliknya menguatkan lagi keinginannya untuk mengikuti perkembangan diri
Rafiq sekali gus cuba membantunya.

Selain itu, peristiwa yang kedua ialah peristiwa Lili yang menaiki bas ekspres secara
bersendirian dari Kuala Lumpur ke Dungun membuktikan sifat cekal dan berdikari yang mula
dipupuk oleh Lili.

15. Peristiwa dalam bahagian peleraian cerita, Bersetuju atau tidak

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa
peleraian cerita dalam novel ini ialah Lili berasa lega apabila berjaya menghabiskan cuti sekolahnya
selama dua minggu di Kampung Sentosa tanpa sebarang rungutan. Selain itu, nasib Che Jah dan dua
anaknya, iaitu Haziq dan Rafiq telah mendapat perhatian daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Seterusnya, suami Che Jah telah dihadapkan ke muka pengadilan.

Jadi, saya bersetuju dengan peristiwa peleraian cerita novel ini. Saya bersetuju kerana orang
yang bersikap kejam dan tidak berperikemanusiaan, iaitu suami Che Jah dihadapkan ke muka
pengadilan bagi menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dibuat.

Akhir sekali, isu pertikaian pemasangan kubah di bumbung surau yang usang selesai kerana
kubah itu telah dicuri dan dijual oleh suami Che Jah.

16. Anda kurang bersetuju dengan kesudahan cerita novel – Jelaskan pengakhiran cerita sekiranya
anda menjadi pengarang

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Saya kurang
bersetuju dengan kesudahan novel ini. Hal ini demikian kerana pengarang menamatkan watak
antagonis. Seman dengan cara yang begitu mudah. Sepatutnya, bagi meninggalkan kesan kepada
pembaca, watak Seman perlu dikembangkan sehingga perbuatan kejamnya terhadap isterinya, Che
Jah dan anak-anaknya, Rafiq dan Haziq selama ini betul-betul diberikan pengajaran yang setimpal.

Selain itu, pengarang telah menjadikan tajuk novel “ Jendela Menghadap Jalan ” seribu satu
persoalan atau tanda tanya dalam kalangan pembaca. Hal ini demikian kerana Lili sebagai watak
utama dan pembaca masih mencari-cari jawapan yang sebenar tentang kerasionalan reka bentuk
jendela yang dibina menghadap jalan secara lebih mendalam. Sepatutnya, pengarang menjelaskan
hubung kait cerita yang dipaparkan dengan sejarah jendela yang dibina menghadap jalan itu bagi
merungkaikan segala persoalan pembaca.

17. Peristiwa yang menjadi teguran dan kritikan pengarang terhadap masyarakat

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa
pertama yang menjadi teguran dan kritikan pengarang terhadap masyarakat ialah peristiwa Rafiq
yang menahan Lili sebagai orang tahanan. Peristiwa ini mengkritik sifat individu yang sanggup
melakukan apa-apa sahaja untuk melepaskan diri-sendiri daripada segala masalah.
Selain itu, peristiwa kedua yang menjadi teguran dan kritikan pengarang terhadap masyarakat
ialah peristiwa Rafiq dan Haziq yang terlibat dalam penagihan dadah. Peristiwa ini mengkritik sifat
individu yang sanggup melakukan perbuatan bodoh yang boleh menjejaskan kesihatan dan
mengancam nyawa

18. Peristiwa yang menerapkan nilai tolong-menolong

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa
yang menerapkan nilai tolong-menolong dalam novel ini ialah peristiwa datuk Lili yang berusaha
untuk mencari ubat-ubatan herba yang sesuai bagi menyembuhkan penyakit Kak Mimah.

Selain itu, peristiwa kedua yang menerapkan nilai tolong-menolong ialah peristiwa Kak Mimah
dan Nadia yang berusaha dengan sedaya upaya untuk membebaskan Che Jah daripada belenggu
keganasan suaminya.

19. Peristiwa yang menunjukan nilai tanggungjawab

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa
yang menunjukkan nilai tanggungjawab dalam novel ini ialah peristiwa tanggungjawab seorang
nenek terhadap cucunya. Contohnya, nenek Lili iaitu Hajah Aishah tidak membenarkan Lili ke rumah
Che Jah kerana bimbang akan keselamatan diri cucunya itu.

Selain itu, peristiwa kedua yang menunjukkan nilai tangungjawab ialah peristiwa
tanggungjawab sesama sahabat. Contohnya, Danel berjaya menyelamatkan Lili daripada menjadi
orang tahanan Rafiq dan Haziq kerana dia berasa bertanggungjawab terhadap semua kejadian yang
berlaku itu.

20. Peristiwa yang memaparkan nilai kerjasama

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa
yang memaparkan nilai kerjasama dalam novel ini ialah peristiwa Geetha bekerjasama dengan Lili
mendaki puncak bukit bagi menyaksikan kejadian matahari terbenam.

Selain itu, peristiwa kedua yang memaparkan nilai kerjasama ialah peristiwa Lili memberikan
kerjasama dengan akur sahaja akan arahan ibunya yang ingin menghantarnya balik bercuti di
kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu.

Akhir sekali, peristiwa ketiga yang memaparkan nilai kerjasama ialah peristiwa Che Jah telah
memberikan kerjasamanya dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat apabila dia dipanggil untuk
menjadi saksi utama berhubung kes keganasan rumah tangga oleh suaminya itu.

21. Peristiwa yang memaparkan persoalan perhubungan kekeluargaan

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa
yang memaparkan persoalan perhubungan kekeluargaan dalam novel ini ialah peristiwa hubungan
kekeluargaan antara nenek dengan cucunya. Contohnya, nenek sentiasa mengawasi dan menjaga
keselamatan Lili sepanjang Lili menghabiskan cuti sekolahnya di rumahnya.

Selain itu, peristiwa kedua yang memaparkan persoalan perhubungan kekeluargaan ialah
peristiwa hubungan kekeluarga antara bapa saudara dengan anak saudara. Contohnya, Rashid
mencuba menggembirakan hati Lili dengan menunaikan hajat Lili pergi bertandang ke rumah Che Jah
secara sembunyi kerana nenek Lili telah melarang Lili pergi ke sana.

You might also like