Panduan 3K

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

6.

0 PENGURUSAN 3K

A. TAKRIFAN

a. KEBERSIHAN - Personaliti diri warga sekolah yang cemerlang dan


persekitaran sekolah yang bersih, indah dan kondusif dalam membantu proses pengajaran
dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.

b. KESIHATAN - Sihat, cergas dan cerdas dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
supaya murid dapat mengawal dan mengurus diri dalam membantu meningkatkan
pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah diri.

c. KESELAMATAN - Suasana yang selamat sama ada di dalam atau di


luar sekolah boleh meningkatkan keyakinan dan kekuatan dalaman diri
(jati diri murid) daripada sebarang pengaruh dan ancaman luar.

B. OBJEKTIF

a. Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan


pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan,
kesihatan dan keselamatan.

b. Membina dan memelihara diri, persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan
selamat.

c. Meningkatkan jalinan permuafakatan strategik antara Kementerian Pelajaran


Malaysia dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi membentuk
jalinan kerjasama dalam usaha merealisasikan Pelaksanaan Program 3K.
C. CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA 3K
(KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERINGKAT SEKOLAH)

Pengerusi
Pengetua/Guru Besar

Timbalan Pengerusi
Penolong Kanan HEM

Setiausaha
Guru Penyelaras 3K

Ahli Jawatankuasa

Penolong Kanan Pentadbiran


Penolong Kanan Kokurikulum
Penolong Kanan Petang
Guru Penyelaras Kebersihan
Guru Penyelaras Kesihatan
Guru Penyelaras Keselamatan
Klinik Kesihatan
Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG)
Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung
Pemimpin Masyarakat
Pegawai Perhubungan Polis
Dan
Ahli-ahli lain yang difikirkan sesuai

ik Kesihatan
D. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PROGRAM 3K PERINGKAT SEKOLAH

a. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa 3K Peringkat Sekolah tiga kali setahun


(Januari, Jun dan September)
b. Merancang dan mengemas kini Program 3K Peringkat Sekolah
c. Memastikan warga sekolah melaksanakan Program 3K.
d. Mendapatkan kerjasama daripada PIBG dan agensi berkaitan untuk menyokong
pelaksanaan Program 3K
e. Menyediakan laporan pelaksanaan Program 3K Peringkat Sekolah.
f. LAPORAN SEGERA kes aduan mengikut 1 : 3 : 7 kepada Pejabat Pelajaran
Daerah/Gabungan (1 hari laporan awal, 3 hari laporan lengkap, 7 hari kes dianggap
selesai)
g. Melaksanakan aktiviti-aktiviti khas bagi Program 3K.
i. Penggredan Kendiri Kantin Sekolah
ii. Senarai Semak Keselamatan Sekolah
iii. Gotong-Royong Perdana KPM
iv. Penyelenggaraan Tandas Sekolah

You might also like