Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PENGENALAN

DEFINISI KUALITI GURU.

Guru dan kepimpinan sekolah ialah pemacu yang amat penting bagi pencapaian
murid. Guru yang berprestasi tinggi dapat meningkatkan pencapaian murid sebanyak 50%
dalam tempoh tiga tahun berbanding guru yang berprestasi rendah. Begitu juga,
pengetua/guru besar yang berprestasi cemerlang serta menumpukan kepada kepimpinan
instruksional berbanding pentadbiran yang meningkatkan pencapaian murid sehingga 20%.

Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh profesion keguruan, daripada proses
pemilihan sehingga pembangunan professional dan pengurusan prestasi. Cabaran untuk
memastikan profesion keguruan dihormati, sesuai dengan amanah yang
dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan, ia menuntut peranan guru
sebagai agen perubahan serta sumber inspirasi untuk meningkatkan kualiti pendidikan
negara. tuntutan semasa masyarakat terhadap pendidikan anak-anak tidak setakat melihat
keupayaan guru dari segi keilmuan yang tinggi dan kemahiran yang luas sahaja, malahan
kemampuan guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid melalui kepelbagaian
pedagogi khususnya kaedah mengajar, inovatif yang memberi impak dan signifikan ke atas
pembeajaran murid.

Kualiti guru merujuk kepada tahap pencapaian kualiti guru praperkhidmatan yang
diukur berdasarkan lapan domainhasil pembelajaran PISMP iaitu (a)pengetahuan dan
kefahaman, (b)kemahiran praktikal, (c)kemahiran sosial dan tanggungjawab, (d)etika
professionalisme dan kemanusiaan, (f)komunikasi kepimpinan dan kemahiran berpasukan,
(g)kaedah saintifik,pemikiran kritikal dan kemahiran penyelesaian masalah, (h)pembelajaran
sepanjang hayat dan (i) kemahiran pengurusan dan keusahawanan (Bahagian Pendidikan
Guru, 2007). Hal ini kerana setiap guru pada masa kini dibentuk dan menerima pembelajaran
di institusi-institusi pendidikan bagi melahirkan guru-guru yang mempunyai kemahiran asas
pengajaran dan pembelajaran seperti yang diinginkan oleh Kementerian Pendidikan.

Sehingga kini terdapat pelbagai takrifan diberikan berhubung kualiti guru dan masih
tidak terdapat kesepakatan tentang takrifan yang diberikan berhubung kualiti guru ini
(Cochran-Smith, 2008; Wang & Fu, 2007). Namun begitu, didapati istilah guru yang
berkualiti boleh didefinisikan dari tiga perspektif yang berbeza (Kartini,2010). Dalam
perspektif yang pertama, guru yang berkualiti didefinisikan sebagai guru yang mempunyai
kelulusan tinggi (Darling-Hammond,2000; King0Rice, 2003). Menurut perspektif ini, kualiti
guru hanya diukur berdasarkan pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang diajar sahaja.
Perspektif yang kedua mendefinisikan guru yang berkualiti sebagai guru yang efektif. Guru
ini berjaya memberi impak terhadap pencapaian pelajar yang selalunya diukur berdasarkan
keputusan ujian yang standard (Wayne & Youngs, 2003). Perspektif yang terakhir pula
mendefinisikan guru yang berkualiti sebagai guru yang baik. Perspektif ini adalah istilah
yang berbentuk mutidimensi kualiti guru yang merujuk kepada keintelekualan, praktikal,
emosi dan interaksi moral gur terhadap pelajar. Perspekti multidimensi kualiti guru telah
diguna pakai dalam banyak kajian dan standard dalam bidang pendidikan. Laporan
Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD)n(1994) umpamanya
mendefinisikan kualiti guru dalam lima dimensi iaitu (a)pengetahuan yang hakiki terhadap
bidang da nisi pengajaran; (b)kemahiran pedagogi termasuk keupayaan untuk mendapatkan
dan menggunakan strategi pengajaran yang pelbagai; (c)refleksi dan keupayaan membuat
kritikan kendiri sebagai penanda terhadap profesionalisme guru;(d)empati dan komitmen
terhadap pengikhtirafan dan penerimaan orang lain; dan (e)kempetensi pengurusan dari segi
tanggungjawab pengurusan diluar dan di dalam bilik darjah. Kelima-lima dimensi ini adalah
bersifat holistik, iaitu setiap satu dimensi perlu wujud secara integrasi dan saling
bergantungan antara satu sama lain. Ini membuktikan bahawa ciri-ciri kualiti guru ini
merentasi sempadan negara (Hopkins & Stern, 1996).

Menurut John Macdovalo, 1993, menyatakan kualiti sebagai memenuhi kehendak dan
keperluan pelanggan. Jemaah Nazir sekolah pula mendefinisikan kualiti sebagai ciri-ciri atau
sifat kecemerlangan yang dikehendaki oleh sesuatu barang, alat perkakasan dan
perkhidmatan. Maka dapat disimpulkan bahawa penghasilan pendidikan bertaraf dunia, ciri-
ciri guru yang berkualiti adalah gur yang memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai aspek
sama ada dari segi pengajaran dan pembelajaran, sahsiah, kemahiran, kepakaran dan
pengurusan. Oleh itu berikut adalah ciri-ciri yang perlu ada pada guru yang berkualiti bagi
menghasilkan pendidikan bertaraf dunia.

KONSEP PEMBENTUKAN KUALITI GURU

Pada asasnya, pembentukkan kualiti guru bermula dengan pendidikan guru yang
berkualiti (Brownell et al.2008). program pendidikan guru meampu melahirkan guru yang
berkualiti dari segi kecemerlangan instruksi, teknik mengajar, pengetahuan akademik,
memahami modal insan, pemikiran kritikal, teknologi dan penglibatan komuniti (American
Federation of Teachers-AFT 2001).

Zeichner dan Conklin, 2005 mengatakan bahawa keberkesanan program pendidikan


guru bagi melahirkan guru yang berkualiti perlu mengambil kira ciri-ciri calon program
pendidikan guru, kompleksiti program, kandungan program dan sekolah dimana latihan
mengajar diadakan. Pendapat ini disokong dengan dapatan kajian secara empirical yang
menunjukkan program pendidikan guru yang dirangka dengan baik memberi peluang kepada
guru pra perkhidmatan mengaplikasikan teori, pengetahuan, amalan pedagogi serta lebih
memahami kepelbagaian pelajar dalam proses membentuk kualiti guru kea rah menghasilkan
pendidikan berkualiti (Yoon, Ducan, Lee, Scarloss & Shapley, 2007).

Pada tahun 1960, Kementerian Pelajaran telah menubuhkan Bahagian Latihan Guru
untuk menyelaraskan program-program di peringkat maktab. Penubuhannya merupakan
usaha kerajaan memberi kepentingan kepada pendidikan guru. Pembinaan maktab yang kini
telah dinaikkan taraf kepada institusi pendidikan guru, telah membuktikan bahawa betapa
pentingnya usaha untuk melahirkan guru-gur yang bertauliah dan berkualiti untuk disediakan
kepada pelajar-pelajar yang berada disekolah kerana pendidikan guru ini merupakan satu
aspek penting dalam menentukan kejayaan plosi kerajaan. Terdahuli Pelan Induk Pendidikan
(PIPP) KPM 2006-2010 telah memfokuskan kepada strategi pelaksanaan penambahbaikan
sistem pemilihan calon guru dan memantapkan latihan perguruan sebagai sebahagian teras
bagi memartabatkan profesion keguruan (Bahagian Perancangan Dasar Dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan,2006). Dalam tempoh pelan tersebut, Kementerian telah berjaya
menaiktaraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi memantapkan lagi
latihan perguruan. Institut Pendidikan Guru juga telah diberi kebenaran untuk menawarkan
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selaras dengan pindaan Akta Pendidikan
1996 (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan ,2006).

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) yang ditawarkan
di Institut Pendidikan Guru dinilai berdasarkan keperluan standard jaminan kualiti yang
ditetapkan oleh Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Framework-MQF)
dan konsep pendidikan adalah berasaskan hasil (outcome based education). Penilaian ini
selari dengan anjakkan paradigm yang digariskan dalam Pelan Transformasi Negara iaitu
anjakan daripada budaya kesan nyata (output) kepada budaya keberhasilan (outcome)
(Sekretariat Majlis Kualiti,2009). Pencapaian pelajar diukur oleh hasil pembelajaran iaitu
kempetensi yang patut diperolehi oleh pelajar apabila selesai mengikuti program pengajian.
Melalui konsep ini kurikulum disusun bagi memastikan kebolehcapaian hasil yang
ditetapkan. Ini bermaksud hasil pembelajaran program dikenalpasti terlebih dahului.Melalui
konsep ini kurikulum dinilai berdasarkan hasil pembelajaran kursus. Hubungan hasil
pembelajaran kursus ini akan dipetakan kepada hsil pembelajaran program bagi memastikan
sumbangan setiap kursus kepada pencapaian hasil.

Struktur PISMP terdiri daripada tiga komponen iaitu Kursus Teras, Kursus Wajib dan
Kursus Elektif. Praktikum pula ialah latihan praktik bagi menyediakan ruang kepada pelajar
untuk mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam
situasi sebenar bilik darjah dan sekolah.latihan ini membolehkan pelajar merancang
pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari di IPG
melalui bimbingan dan kolaborasi guru pembimbing, pensyarah bimbingan dan rakan pelajar
dalam pelbagai situasi.

PENILAIAN GURU PRAPERKHIDMATAN

Penilaian kualiti gur di IPG dijalankan secara sumatif seleps guru praperkhidmakatan
menjadi guru permulaan di sekolah dalam tempoh enam bulan setelah tamat kursus di IPG.
Penilaian ini adalah bagi memenuhi Keperluan Sistem Pengurusan MS ISO 9001-2008
seperti yang ditetapkan dalam dokumen BPG-PPK-PUP-04 (maklumbalas pelanggan
(Bahagian Pendidikan Guru 2010a) bagi tujuan penambahbaikan kualiti guru
permulaan.berdasarkan soal selidik ini, pencapaian guru permulaan ini dinilai daripada empat
aspek iaitu kualiti diri gur, pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kokurikulum dan
pengurusan kerja di sekolah. Kualiti diri guru ini merujuk kepada ketabahan guru permulaan
dan ciri-ciri lain yang bersesuaian dengan professional keguruan. Pengajaran dan
pembelajaran pula merujuk kepada kecekapan guru permulaan mengendalikan sesi
pengajaran dan pembelajaran termasuk perancangan dan tindakan susulan manakala
kokurikulum pula merujuk kepada kecekapan guru permulaan mengendalikan aktiviti
kokurikulum termasuk perancangan dan tindakan susulan. Pengurusan kerja disekolah pula
merujuk kepada akecekapan gur permulaan mengendalikan kerj-kerja pengkeranian dan
tugas-tugas lain disekoah. Namun begitu sehingga kini masih belum terdapat kajian secara
formatif terhadap tahap kualiti guru semasa dalam pengajian yang dapat mengukur hasil
pembelajaran program PISMP secara berterusan.

You might also like