Kertas Kerja Maal Hijrah

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

JAWATANKUASA

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1440 H


SEKOLAH KEBANGSAAN LEPAR HILIR 3.

Penasihat
Pn. Zuraida bt Abdullah.
Guru Besar SK Felda Lepar Hilir 3

Pengerusi
En Mohd Azizan b Ghazali
GPK Pentadbiran

N. Pengerusi 1
Pn. Rosmida bt Mat Piah
GPK Hal Ehwal murid

N. Pengerusi 2
Tn Hj Zulli b Mohamad
GPK Ko Kurikulum

Setiausaha
Naziroh bt Aziz

Penyelaras Program
En Md Sahpari b Md Nor

AJK
Pn. Izzaty Fatiha bt Ahmad
Pn Maziah bt Omar
Nuranita bt Zulkifli

1
JAWATANKUASA KERJA
MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1440 H
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LEPAR HILIR 3

Pengacara Majlis
Pn. Nuranita bt Zulkifli

Pembaca Doa.
En. Md Sahpari b Md Nor

Persiapan Dewan
Pn. Noriza bt Zahari
Pn. Zumaini bt Adnan
Pn Habibah bt Hamdan

Disiplin/ Pengelola Murid.


En Mohd Nor b Kadir
En. Nur Mazlan b Ab Aziz
En. Mohd Azrul b Azimi
Pn. Maziah bt Omar
Pn. Zulaihan bt Zakaria

Hadiah Murid
Pn. Izzaty Fatiha bt Ahmad
Pn. Wan Roslina Bt Wan Yusuf
Pn. Naziroh bt Aziz

Siaraya & Multimedia


En. Bahadro Shah b Sulaiman
En. Mohd Hafizi b Mohammed@Abu Bakar

Juru Gambar
Pn Noraznira bt Mohammad

Brosur
Maziah bt Omar

Hakim Bercerita
Pn.Taqwafiza bt Tajuddin
Pn Musmadanun bt Ahmad Yusof
Pn Meriam Ni bt Ahmad

Hakim Azan dan Bacaan doa & Hafazan Surah Lazim


Muhammad Nazir b Abd Rashid
En Bahadro Shah b Sulaiman
Pn Wan Roslina bt Wan Yusuf
Ust Md Sahpari b Md Nor

2
Majlis Sambutan Awal Muharram
1440 H.

PENDAHULUAN

Sempena dengan kedatangan 1 Muharram 1440 Hijrah, Panitia Pendidikan


Islam dengan kerjasama Persatuan Agama Islam akan menganjurkan Majlis Sambutan Awal
Muharram peringkat sekolah. Majlis ini diadakan untuk meraikan peristiwa penting di dalam
kalendar Islam iaitu bulan pertama dan penuh sejarah dalam sejarah umat Islam.

Adalah diharapkan dengan terlaksananya majlis yang seumpama ini akan dapat
membentuk sikap murid yang positif dalam menghayati perjuangan dan sejarah hidup umat
Islam terdahulu khususnya para pejuang yang nenegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Ini
kerana salah satu punca keruntuhan akhlak dikalangan remaja pada masa sekarang ialah
kerana tidak menghayati ajaran Islam dengan sepenuhnya sebagaimana yang telah
disampaikan oleh Junjungan Besar serta tidak mengambil berat tentang sejarah perjuangan
umat Islam terdahulu.

Umat Islam sekarang khususnya generasi muda lebih cenderung dengan cara
hidup barat dan bertentangan dengan Islam seperti amalan hedonisme yang akhirnya akan
meletakkan umat Islam dalam lemah jiwa dan mudah untuk dipengaruhi. Inilah punca utama
mengapa umat Islam diseluruh dunia mudah diserang dengan serangan pemikiran dan
peperangan.

MATLAMAT

Meningkatkan pengetahuan murid tentang sejarah bagaimana bermulanya


sejarah pembentukan kalendar Islam dan pengiraan tentang hari-hari di dalamnya serta
perjuangan Rasulullah, para sahabat baginda dan seluruh pejuang Islam dari zaman ke zaman
dalam usaha menegakkan Islam di bumi Allah ini.

Dengan menghayati sejarah hidup dan perjuangan mereka , adalah diharapkan


umat Islam akan lebih prihatin dan mengambil berat atas apa yang sedang berlaku terhadap
umat Islam seluruh dunia serta beriltizam untuk memajukan diri dan seluruh umat Islam.

3
OBJEKTIF

 Meningkatkan pengetahuan murid tentang sejarah dan budaya umat Islam di seluruh
dunia.

 Menyedarkan murid betapa pentingnya menghayati nilai-nilai murni dan beramal


dengan apa yang telah diajarkan oleh nabi kepada umatnya.

 Mengubah sikap murid dalam membentuk murid supaya berpegang teguh kepada
ajaran Islam yang sebenar.

 Memberi pengajaran kepada murid dari senario dan suasana umat Islam diseluruh
dunia sekarang.

SASARAN

Guru-Guru dan Kakitangan SK FELDA LEPAR HILIR 3

Murid-murid Prasekolah, Tahun 1-6 sesi 2018

4
AKTIVITI PROGRAM MAAL HIJRAH

TARIKH AKTIVITI PENGLIBATAN MASA TEMPAT

17.9.2018 Ceramah Semua murid 7.40 – 9.10 Tapak perhimpunan


( Selasa) Kuiz

9.10.2018 -Membaca teks jawi PKI ,tahun1 & 2 7.40 pg Sudut pidato
( Selasa) - Mewarna Pra sekolah 7.40 pg Kelas pra
- Tulisan khat Tahap 2 7.40 pg Kelas

10.10.2018 Bercerita peristiwa Tahun 2-6 7.40 pg Sudut pidato


( Rabu) Hijrah (Kantin)

11. 10.2018 Azan Tahap 1 & 2 Sudut pidato


( Khamis) Hafazan surah lazim Tahun 6 7.40 pg ( Kantin)
Doa harian Pra sekolah

12.10.2018 Majlis Yassin & Tahlil Semua murid & 7.40 pg Kantin
(Jumaat) Penutup guru

5
PELAKSANAAN MAJLIS SAMBUTAN

ATURCARA MAJLIS

Tarikh : 12 Oktober 2018

Masa : 7.40 pagi – 10.00 tengahari

Hari : Jumaat

Tempat: Kantin SK Felda Lepar Hilir 3 .

07.30 pagi - Murid berkumpul di kantin.

- Bacaan Yaasin
Bacaan Doa

- Nasyid Maal Hijrah.

- Persembahan bercerita (pemenang)

- Persembahan Azan ( pemenang)

- Tokoh Murid Maal Hijrah 1440 H Peringkat Sekolah.

- Tokoh Guru Maal Hijrah 1440 H Peringkat Sekolah.

- Penyampaian Hadiah

- Ucapan Perasmian Penutup Oleh Guru Besar

12.00 tengahari - Bersurai

6
ANGGARAN PERBELANJAAN
Sumber Kewangan
Panitia Pendidikan Islam
Bayaran Tambahan Program Pendidikan Islam

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1 Kuiz Maal Hijrah Hijrah

RM 2.00 x 10 orang RM 20.00

2 Bercerita Kisah Nabi


Tahun 2-6

RM 5.00 x 5 orang ( Tempat Pertama) RM 25.00


RM 3.00 x 5 orang ( Tempat Kedua) RM 15.00
RM 2.00 x 5 orang ( Tempat Ketiga) RM 10.00

Pertandingan Azan dan doa


3
Tahun 1-6 dan pra sekolah

RM 5.00 x 7 orang ( Tempat Pertama)


RM 35.00
RM 3.00 x 7 orang ( Tempat Kedua)
RM 21.00
RM 2.00 x 7 orang ( Tempat Ketiga)
RM 14.00

Hafazan surah lazim


RM 25.00
RM 5.00 x 5

Mewarna Pra Sekolah


RM 12.00
RM 2.00 x 6

Tokoh Maal Hijrah RM 10 X 4 RM 40.00

5 Banner RM 80.00

JUMLAH RM 297.00

JUMLAH :RM 285.00 ( DUA RATUS SEMBILAN PULUH TUJUH SAHAJA)

7
PENUTUP

Majlis Sambutan Awal Muharram 1440H ini adalah diharapkan dapat memberi
pengetahuan baru kepada murid di samping dapat mengubah sikap murid kepada yang lebih
baik dan berakhlak mulia.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis
ini. Mudah-mudahan segala usaha dan tenaga yang telah disumbangkan diberkati Allah Taala.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………… ...............................
( NAZIROH BT AZIZ ) (PN. ZURAIDA BT ABDULLAH)
Setiausaha, Guru Besar,
Majlis Sambutan Maal Hijrah, SK Felda Lepar Hilir 3.
SK Felda Lepar Hilir 3.

8
9

You might also like