Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

1.

0 PENGENALAN

Konsep ‘sejarah di celah’ atau dikenali juga dengan history at the margins ini

merupakan idea perintis baru yang telah diperkenalkan di Asia Tenggara oleh seorang

ahli sejarawan yang terkenal iaitu Thongchai Winnichakul. Beliau merupakan seorang

pensyarah yang berpangkat professor Asia Tenggara di Universiti of Wisconsin. Beliau

seorang yang berketurunan Sino Thai dan merupakan seorang ahli sejarawan yang berasal

dari Bangkok. Beliau juga berjaya menamatkan pengajiannya pada tahun 1981 dalam

bidang seni di Universiti Thammasat. Pada tahun 1984 sehingga 1988 pula beliau

melanjutkan pelajarannya di Sydney. Setelah menamatkan pelajarannya, beliau telah

dilantik sebagai penolong professor diUniversity of Wisconsin. Setelah dinaikkan pangkat

menjadi professor madya dan sebagai professor dalam Fakulti Sejarah di USA, beliau

memilih untuk menetap di Madison.

Bagaimanakah konsep sejarah di celah ini boleh muncul dalam arena sejarah Asia

Tenggara? Di Asia Tenggara, sejarah nasional selalu mendominasi sejarah sesebuah

negara. Konsep sejarah nasional ini pula lebih tertumpu kepada aspek politik, ekonomi

dan andaian intipati sesebuah negara seperti teras budaya, bangsa, tanah air dan

sebagainya dalam proses pembinaan bangsa di sesebuah negara. Hal ini menyebabkan

pemerintah tempatan dan pemerintah kolonial mengangkat tinggi martabat sejarah

nasional sehingga menutup mata masyarakat mengenai pengaruh golongan minoriti

dalam sejarah ini. Hal ini dilakukan dengan menjadikan sejarah nasional sebagai subtopik

dalam sukatan mata pelajaran Sejarah dalam buku teks di sekolah.1 Sememangnya sudah

dari azali, sejarah nasional ini tertumpu hanya kepada golongan yang menang dan

1
John D Legge, “Writing of Southeast Asian History”. Dalam: The Cambridge History of Southeast Asia jil 1.
Disunting oleh Nicholas Tarling (peny.). (Universiti Cambrige, 1992), hlm. 5.

1
meminggirkan golongan yang kalah dan menguasainya. Selain itu, sejarah nasional ini

juga hanya tertumpu kepada bidang politik dan bergantung kepada sejarah global sahaja

menyebabkan ia dikatakan tidak mempunyai konsep sendiri.2 Mengapakah beliau

memperkenalkan konsep baru ini dalam bidang sejarah?3 Hal ini demikian kerana timbul

begitu banyak isu dan konflik dalam sejarah nasional.

Penulisan ini juga akan menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai konsep

“sejarah di celah” seperti mana yang diperkenalkan oleh Thongchai Winichakul mengenai

bagaimana konsep ini mampu meningkatkan kemajuan pengajian Asia Tenggara.

2
Abu Talib, “Writing at the Interstices: Southeast Asian Historian and Post-national History in Southeast
Asian.”. Dalam: New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 5.
3
Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 4.

2
2.0 KONSEP SEJARAH DI CELAH

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan sejarah di celah? Sejarah di celah

merupakan sejarah yang tidak tercatat dalam sejarah nasional yang menyumbang kepada

penukaran cara berfikir masyarakat tentang naratif sejarah negara selain membuka

peluang untuk membuat peralihan sejarah.4 Sejarah di celah yang diperkenalkan ini

bertentangan dengan sejarah nasional kerana lebih memfokuskan golongan minoriti di

sesebuah negara. Sejarah yang dipinggirkan ini perlu dikaji dengan terperinci oleh ahli

sejarah Asia Tenggara bagi mengelakkan berlakunya berat sebelah dalam penulisan sejarah

Asia Tenggara. Oleh itu, Thongchai telah mencadangkan supaya konsep budaya dan sains

sosial digunakan dalam pengkajian para sejarawan. Hal ini demikian kerana, Thongchai ingin

mengelakkan berat sebelah dalam penulisan sejarah sesebuah negara terus berlaku.5

Kewujudan mereka yang tidak diberi perhatian menyebabkan sejarah mereka juga

tidak diberi perhatian dalam penulisan sejarah nasional. Penulisan sejarah nasional ini

merentas identiti kebangsaan dan sejarah negara itu sendiri dengan mengkaji sejarah

tempatan berdasarkan intipati kenegaraan setiap tingkat feudal. Selain itu, Thongchai juga

menekankan kajian etnologi dan geografi yang merangkumi aspek budaya, agama, ruang

minoriti dan tempoh masa serta sensitiviti bagi perbezaan budaya, perubahan bahasa, ruang

atau geografi, pemikiran dan agama. Konsep sejarah ini diperkenalkan untuk mengantikan

tempat sejarah nasional yang sering digunakan oleh ahli sejarah. Selain itu, konsep sejarah di

celah ini juga ada mengetengahkan konsep sejarah margin dan sejarah penyempatan dan

dijadikan perkara yang penting dalam menghasilkan sesebuah sejarah. Persoalannya adakah

konsep sejarah margin dan sejarah penyempatan ini penting dalam konsep sejarah di celah?

4
Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 11.
5
O. W. Wolters, History, Culture, And Region in Southeast Asian Perspectives, (New York: Southeast Asia
Program Cornell University Ithaca, 1999), hlm. 108.

3
2.1 SEJARAH MARGIN

Sejarah margin ini dikenali sebagai sejarah dibalik tabir atau sejarah yang digelapkan

oleh ahli sejarah nasional. Margin merupakan konsep yang sesuai untuk meneroka kualiti

imaginatif dan pembentukan budaya tempatan atau global dengan lebih spesifik. Hal ini

demikian kerana, setiap negara mempunyai sejarah yang tersendiri dan berbeza antara

satu sama lain. Oleh itu, perbezaan yang wujud dalam sejarah inilah yang dikenali

sebagai had-had dalam pensejarahan.6

Dengan kata lain juga, sejarah margin merupakan sejarah yang mengkaji tentang

sejarah yang tidak diceritakan atau difokuskan oleh sejarah nasional yang berkaitan

geografi dan bukan geografi. Selain itu, sejarah margin ini bukan pula sejarah geografi

atau lokasi deskriptif mengikut sarjana Anna Tshing. Sebaliknya sarjana Anna Tshing

menggunakan istilah margin untuk merujuk kepada sebuah petempatan yang dianalisis

untuk menjelaskan bahawa kedua-dua pihak mengekang budaya yang telah diserap,

kualiti pengecualian menindas budaya, potensi kreatif serta menghidupkan dan mengatur

semula kategori yang mewujudkan sesebuah kumpulan.7

Dari segi geografi, sejarah autonomi yang tidak pernah menjadi negara yang merdeka

tetapi masih memperjuangkan konsep autonomi tersebut seperti Mon, Kaschin, Karen,

Acheh dan Iryanjaya. Namun begitu, geografi, budaya dan tempoh masa sebelum sesebuah

negara itu menjadi bangsa atau tidak menjadi bangsa dikaji oleh sejarah lokasi. Sejarah

nasional juga telah menindas golongan minoriti ini sehingga lenyap terus dari sejarah

nasional sehingga mereka tidak disebut walau sedikit pun dalam penulisan sejarah.

6
Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 10.
7
Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 15.

4
Seterusnya kajian sejarah margin ini telah dibahagikan kepada dua iaitu sejarah

tempatan dan sejarah nasional. Sejarah tempatan ini telah dikaji dan dihasilkan oleh ahli

sejarah tempatan kerana penghasilan ahli sejarah tempatan ini lebih baik kerana mereka

lebih memahami dan tahu mengenai selok- belok budaya, bahasa dan lokasi tempat

sejarah itu. Tambahan lagi, sejarah tempatan ini adalah kajian yang dilakukan dalam skop

yang lebih kecil dan hanya menumpukan perkara yang dikaji sahaja tanpa ada pengaruh

dan unsur luar. Namun begitu, sejarah tempatan juga boleh berubah menjadi sejarah

nasional sekiranya ia merujuk dan menumpukan perhatian kepada sejarah umum terlebih

dahulu sebelum memulakan penulisannya. Oleh itu, dikatakan sebenarnya ahli sejarah

tempatan ini hanya menceritakan tentang masyarakat tempatan kerana masyarakat yang

terdiri dalam sejarah tempatan ini adalah golongan minoriti dalam sesebuah negara tanpa

campur tangan daripada pihak luar. Oleh itu, sejarawan perlu peka dan mempunyai

kemahiran dalam mengkaji dan menghasilkan sejarah tempatan agar tidak bergantung

atau berpusat pada sejarah nasional. Jadi sejarawan perlu meletakkan skop kajian yang

lebih kecil bagi memudahkan ahli sejarah untuk membuat kajian dengan lebih terperinci

terhadap sesuatu kajian dan lebih mudah untuk ahli sejarah mengenalpasti bukti-bukti

yang berkaitan dengan sesuatu sejarah itu.

Namun begitu, kajian sejarah nasional ini pula hnaya tertumpu kepada sejarah umum

dan tidak begitu didalami oleh golongan pengkaji dan ahli sejarawan yang mengkaji.

Golongan yang diangkat tinggi dalam kajian sejarah nasional ini tergolong daripada

mereka yang berkuasa, menang dan masyarakat elit sahaja. Bagi menonjolkan konsep

feudalisme dan nasionalisme, ahli sejarah barat telah memasukkan unsur pemikiran barat

dan konsep dari luar dalam penulisan sejarah nasional yang jauh berbeza daripada luar

pemikiran masyarakat tempatan. Tambahan pula, penulisan sejarah nasional ini dikatakan

5
mempunyai unsur bias atau berat sebelah apabila mereka lebih menonjolkan pihak-pihak

kolonial yang telah banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan Asia Tenggara

dengan mengagung-agungkan nama mereka dalam penulisan sejarah nasional. Malah

pemerintah-pemeritah tempatan seperti raja dan bendahara telah dipinggirkan dengan

dijadikan watak sampingan dalam penulisan sejarah nasional. Oleh itu, perkara ini telah

memberi kesan kepada masyarakat tempatan terutamanya masyarakat minoriti kerana hak

mereka telah dinafikan oleh pihak kolonial.

Jelaslah bahawa sejarah nasional ini hanya mengkaji sesuatu sejarah itu secara umum

dan menyeluruh, ia tidak mengkaji sesebuah sejarah itu secara khusus dan terperinci. Hal

ini menyebabkan munculnya beberapa andaian yang mencabar intipati negara yang

sekali gus dapat mengubah pemikiran masyarakat tentang naratif kebangsaan dan

berpeluang untuk melakukan peralihan daripada sejarah nasional. Namun bagaimanakah

peluang itu dapat digunakan untuk mengubah pemikiran masyarakat?

2.2 SEJARAH PENYETEMPATAN

Sejarah penyetempatan adalah menempatkan sesuatu bukan pada tempat asalnya

seperti yang berlaku dalam kajian sejarah Asia Tenggara yang mana sarjana barat hanya

mentafsir sahaja sejarah tempatan, mereka tidak mengkaji secara terperinci. Proses

penyetempatan ini telah melibatkan aspek budaya, pengetahuan serta sains dan teknologi.

Selain itu, melalui sejarah penyetempatan ini telah berlakunya proses globalisasi yang

boleh dilihat dimana-mana sahaja malah proses ini dilihat sebagai satu alternatif yang

sangat baik kerana telah membawa sejarah tempatan ke arah yang lebih baik kerana

6
proses globalisasi ini turut mempengaruhi keadaan tempatan.8 Oleh itu, kesan daripada

proses globalisasi ini telah membawa kepada variasi tempatan yang telah menyebabkan

berlakunya pertembungan budaya seperti sintesis, pengubahsuaian, sesaran dan

pengantian pada sesebuah tempatan. Namun begitu, semasa proses penyetempatan ini

berlaku, budaya di sesebuah negara itu tidak akan digantung atau dihapuskan. Hal ini

demikian kerana proses penyetempatan ini telah melibatkan aspek budaya, pengetahuan

serta sains dan teknologi. Satu pengaruh globalisai yang lebih awal dari India telah datang

dan masuk ke dalam Asia Tenggara. Hal ini menyebabkan kebanyakkan sejarawan

beranggapan bahawa Asia Tenggara telah dijajah dan dikuasai oleh pengaruh

imperialisme India melalui proses indialisasi. Asia Tenggara tidak pernah dijajah oleh

kuasa India namun mereka sebenarnya telah diindianisasikan melalui budaya. Hal ini

berlaku kerana pengaruh India mahu menunjukkan telah lama berada dalam budaya

tempatan namun budaya ini tidak begitu ketara dan tidak memainkan peranan dengan

sebaiknya dalam proses “transcultur”. Pada hakikatnya kedatangan proses Indialisasi ini

bukanlah secara jajahan seperti yang diperkatakan oleh ahli sejarawan itu tetapi proses ini

datang ke Asia Tenggara secara berperingkat-peringkat melalui budaya yang diamalkan

oleh masyarakat Asia Tenggara.

Oleh itu, terdapat dua golongan yang bertanggungjawab terhadap proses Indialisasi

ini iaitu golongan genius tempatan atau orang yang aktif di tempatan. Golongan ini

berperanan untuk menerima budaya Indialisasi dan menyesuaikan unsur-unsur budaya

India ini dapat dimuatkan ke dalam budaya tempatan. Seterusnya adalah peranan ahli

sejarah yang bertanggungjawab untuk menyedarkan masyarakat tempatan bahawa

pengaruh India dalam budaya tempatan adalah luas. Namun, orang India tidak pernah

8
Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 13.

7
mengambil kesempatan untuk menjadikan Asia Tenggara sebagai sebuah negara India

atau menjalankan proses pembaratan iaitu Euro Amerikan di Asia Tenggara. Ahli sejarah

juga menyatakan bahawa proses globalisasi tidak akan berlaku jika proses penyetempatan

tidak wujud.

2.3 SIAPAKAH YANG LAYAK MENULIS SEJARAH DICELAH

Penulisan sesuatu sejarah haruslah berdasarkan bukti yang benar dan ditulis oleh ahli

sejarawan dan orang yang benar-benar tahu mengenai kesahihan sesuatu cerita atau

peristiwa. Oleh itu, sejarah di celah ini telah dikatakan boleh dikaji oleh golongan “home

Scholar” atau “historian of the home”. Tidak ada sesiapa pun yang mampu menafikan

kepakaran dan kemahiran mereka dalam bidang sejarah. Golongan ‘home scholar’ ini

merupakan mereka yang tinggal atau menetap di kawasan tersebut tetapi tidak semestinya

orang tempatan. Penguasaan bahasa, budaya dan adat resam masyarakat tempatan oleh

orang luar juga boleh menyebabkan mereka mempunyai peluang untuk menulis dan

mengkaji sejarah di celah ini. Mereka juga perlu peka dan mengambil berat terhadap isu-

isu sensitif yang akan menyebabkan timbulnya salah faham antara satu budaya dengan

budaya yang lain.

Apabila orang luar ini sudah mahir dengan bahasa orang tempatan pasti mereka juga

mampu untuk menguasai budaya orang tempatan itu juga namun hak orang tempatan

untuk mengkaji sejarah di celah ini turut tidak dinafikan. Tambahan pula, menurut Abu

Talib Ahmad, “…two underlying assumptions that usually lend authority to the home

scholar: first, faith in the higher value of being a native scholar, and second the allegedly

8
pristine nature of indigenous knowledge”.9 Perkara ini menjelaskan bahawa sejarah di

celah ini telah dipertanggungjawabkan kepada golongan “home scholar” atau “historian

of the home”. Hal ini demikian kerana memang wajar jika penulisan ini dihasilkan oleh

sarjana tempatan namun penulisan sarjana tempatan tidak semestinya berperspektifkan

Asia Tenggara seperti yang dihujahkan oleh Smail bahawa perspektif tidak ditentukan

oleh keturunan atau asal usul pengkaji tetapi penulisan yang dititik beratkan adalah

penulisan yang dapat diasingkan daripada unsur bias.10 Hal ini demikian kerana

penulisan yang dihasilkan itu bukanlah sejarah yang bersimpati kepada orang Asia

Tenggara yang cuba untuk menutup segala kesalahan yang telah dilakukan oleh rakannya

dan mendedahkan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh pihak lawannya. Di sini

telah menunjukkan perbezaan serta kelebihan tentang perspektif Asia Tenggara yang

terletak pada sudut penglihatan sejarah yang telah memberi tempat utama kepada orang

Asia Tenggara di atas pentas sejarah. Selain itu, terdapat juga perspektif dalaman yang

bertujuan untuk orang tempatan dapat mengikuti urutan atau naratif sejarah yang

menonjolkan kesinambungan masyarakat kini dengan masyarakat lampau melalui unsur-

unsur keunikan dalam dinamik evolusi masyarakat Asia Tenggara.

Pengadilan moral mampu dielakkan oleh golongan home scholar kerana mereka mesti

akan membuka cerita sebenar melalui peristiwa yang terjadi. Hal ini demikian kerana,

golongan ini dapat membuat penilaian secara objektif terhadap penulisan masing-masing.

Kriteria penilaian amat penting untuk menetukan cara pembinaan naratif sejarah

seseorang pengkaji agar tidak bersifat emosi ataupun subjektif tetapi boleh

mempertahankannya secara objektif. Oleh itu, di sini timbul persoalan terhadap

9
Abu Talib Ahmad & Tan Iiok Ee (peny.) New Terrains in Southeast Asian History, Athens & Singapura. 2003.
Hlm. 19.
10
Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 16.

9
sejauhmanakah golongan home scholar ini mampu untuk mencapai pendirian berkecuali

dan objektif dalam penulisan mereka?

3.0 SEJAUHMANAKAH KONSEP INI MAMPU MENINGKATKAN KEMAJUAN

PENGAJIAN ASIA TENGGARA

Kemajuan pengajian Asia Tenggara dapat ditingkatkan adalah melalui pencetusan

idea baru seperti mewujudkan konsep atau teori baru dalam bidang sejarah. Sebagai

contoh, paradigma sejarah autonomi membawa pendekatan yang lebih bersifat sosiologi

kerana pendekatan ini lebih berfokuskan pada kajian susunan sosial dan amalan budaya

yang dijadikan sebagai asas autonomi dan kesinambungan. Oleh itu, pengkaji telah

memindahkan pandangnya daripada faktor luaran kepada faktor dalaman sesebuah

masyarakat.

Selain itu, para pengkaji juga telah menggunakan sumber-sumber tempatan dan

konsep-konsep yang datang daripada bahasa dan budaya masyarakat tempatan. Hal ini

telah dihuraikan oleh Craig Reynolds sebagai pendekatan kajian yang menekankan sifat

khusus kebudayaan sesuatu masyarakat. Sejarah autonomi ini memberi kelebihan dalam

karya sejarah dalam sejarah Asia Tenggara yang diilhamkan oleh paradigma sejarah

berteraskan autonomi masyarakat tempatan. Selain itu, konsep autonomi yang bermaksud

bahawa setiap masyarakat mempunyai ciri-ciri unik sosiobudayanya. Sifat autonomi ini

bukan sahaja wujud dalam minda ahli sejarah malah dalam masyarakat tempatan juga.

Oleh itu, terdapat beberapa kemusykilan yang telah dibincangkan dalam paradigma ini

antaranya ialah perubahan persepktif sejarah Asia Tenggara, pendekatan sejarah yang

10
menekankan sudut pandangan dalaman dan paradigm kajian sejarah digunakan untuk

mendukung, nilai-nilai sosial dan politik.

Disamping itu, merubah prespektif sejarah Asia Tenggara dengan menghasilkan

semula sejarah Asia Tenggara yang baharu. Sarjana Bastin telah bersetuju dengan

perubahan persektif Asia Tenggara ini kerana presektif lama itu lebih memperbesarkan

kepentingan unsur-unsur barat berbanding masyarakat tempatan sehinggakan sejarah

kolonial yang mendominasi sejarah Asia Tenggara. Selain itu, tulisan sejarah secara

ilmiah dan iktisas ketika itu juga masih didominasi oleh pihak barat yang dilatih dalam

kaedah kajian yang mengutamakan sumber rasmi dan bertulis daripada barat

menyebabkan tulisan sejarah ini dikongkong oleh sejarah barat. Oleh itu, seruan awal

untuk pembaharuan perspektif penulisan sejarah telah datang daripada sarjana asing

seperti J. C van Leur, D. G. E. Hall dan K. G. Tregoning. Mereka telah mengatakan

bahawa tulisan sejarah Asia Tenggara yang bersifat “Europe-centric” dan berspektif

“luaran” harus diganti dengan penulisan dari perspektif “dalaman” dan Asia-centric.

Perubahan perspektif ini berterusan kerana mendapat penglibatan daripada generasi

pertama ahli sejarah professional tempatan yang telah menerima pendidikan tinggi dan

mula bertugas di universiti tempatan. Tregonning menyatakan bahawa perubahan

perspektif ini kerana orang tempatan telah dipinggirkan dalam sejarah mereka sendiri dan

ini bukan merupakan satu kesilapan yang kecil malah ia wajar dibetulkan dengan

menjadikan orang Asia sebagai fokus utama dalam kajian bukannya orang barat.11

11
Mahani Musa, Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia, (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2000),
hlm.4.

11
4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, sejarah di celah ini perlu dikaji dengan lebih terperinci oleh ahli

sejarawan supaya tiada unsur berat sebelah dan pilih kasih hanya kepada pihak tertentu

sahaj dalam penulisan sejarah. Sejarah nasionalisme yang menindas golongan minority

atau sejarah dicelah ini menyebabkan ia menjadi sebuah sejarah yang terpinggir dan tidak

diketahui ramai. Konsep sejarah di celah yang diperkenalkan oleh Thongchai Winichakul

ini akan membuka mata semua pihak jika sejarah sesebuah negara itu dikaji dengan teliti

dan terperinci oleh para pengkaji dan ahli sejarawan baru.

Oleh itu, masyarakat tempatan dan ahli sejarawan hendaklah menghasilkan sejarah

yang bersifat meluas dari pelbagai aspek dan tidak hanya tertumpu kepada satu-satu

bidang semata-mata seperti yang ditekankan oleh sejarah nasional tadi. Ahli sejarawan

baru juga mesti menekankan budaya dan mengelakkan isu sensitiviti dalam perbincangan

sejarah yang dikaji. Jika sejarah di celah ini dikaji dengan lebih mendalam lagi, ia akan

memberi kesan kepada sejarah nasional sama ada secara langsung atau tidak. Konsep ini

juga boleh dikatakan membuatkan cerita-cerita atau peristiwa yang pernah berlaku dan

tidak diketahui oleh pengkaji sebelumnya dapat dirungkaikan.

Jika sejarah di celah ini mampu dihasilkan dengan terperinci dan sebetulnya, tidak

lain tidak bukan pengajian Asia Tenggara dapat dimajukan dan akan pergi lebih jauh

berbanding sebelum ini. Oleh itu, aspek budaya dan sosial harus dikaji dengan lebih

terperinci seperti yang dikatakan oleh Thongchai Winichakul supaya perkara ini mampu

lmembuka mata semua yang hanya bergantung kepada sejarah nasional yang tidak

12
membicarakan sejarah di celah yang memainkan peranan yang begitu penting dalam

sejarah dahulu.

13

You might also like