Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 44

Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti iii


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

Cetakan Pertama 2006


Cetakan Kedua 2007
Cetakan Ketiga 2008
Cetakan Keempat 2009
Cetakan Kelima 2010
Cetakan Keenam 2011
Cetakan Ketujuh 2012
Cetakan Kelapan 2013
Cetakan Kesembilan 2014
Cetakan Ke-10 2015
Cetakan Ke-11 2016/ Versi Dalam Talian 2016
Cetakan Ke-12 2017/ Versi Dalam Talian 2017

 Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia

HAK CIPTA TERPELIHARA. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana


bahagian isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara
pun sama ada secara elektronik, mekanik, fotokopi, rakaman atau lain-lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian
Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Diterbitkan oleh

Bahagian Matrikulasi
Aras 6 & 7, Blok E15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.
Tel : +603-8884 4083
Fax: +603-8884 4028
Laman sesawang: http://www.moe.gov.my

Panduan
Program Matrikulasi Satu Tahun
Kementerian Pendidikan Malaysia
Sesi 2017/2018

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti iv


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

VISI BAHAGIAN MATRIKULASI

Penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti ke institusi pengajian tinggi


dalam bidang sains teknologi dan profesional menjelang 2020.

MISI BAHAGIAN MATRIKULASI

Membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan


profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan
modal insan yang cemerlang.

OBJEKTIF BAHAGIAN MATRIKULASI


1. Membangunkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

2. Mengeluarkan lulusan Program Matrikulasi bagi memenuhi keperluan


Universiti Awam (UA) dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

3. Menjana lepasan Program Matrikulasi yang berpengetahuan, kreatif


dan berdaya saing.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti v


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

Kata Alu-aluan
TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pertamanya, saya bagi pihak seluruh warga matrikulasi merakamkan


ucapan tahniah dan syabas kepada pelajar yang telah berjaya mendapat
tempat di Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2017/2018.

Program Matrikulasi KPM merupakan satu medan perjuangan kepada


pelajar bagi menimba ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang
mampu menjadi nilai tambah kepada kecemerlangan diri dalam mengejar
impian yang dicita-citakan. Justeru, besarlah harapan saya agar pelajar
dapat mengambil peluang dan kesempatan ini untuk membangunkan
potensi diri agar dapat meneruskan kesinambungan kecemerlangan
sepanjang mengikuti pengajian di program ini.

Untuk makluman, Program Matrikulasi KPM menawarkan Jurusan Sains dan


Jurusan Perakaunan. Program ini merupakan persediaan untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat ijazah pertama di institusi pengajian tinggi dalam dan
luar negara dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik dan
Perakaunan.

Untuk makluman para pelajar, Sijil Matrikulasi KPM akan dianugerahkan


kepada pelajar yang menamatkan pengajian di Program Matrikulasi KPM.
Kelayakan sijil ini telah diterima oleh Jabatan Perkhidmatan Awam untuk
tujuan perlantikan ke perkhidmatan awam dengan syarat memperoleh
Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 2.00 dan lulus semua pakej
mata pelajaran wajib dalam tempoh pengajian. Sokongan daripada semua
pihak dalam menggembleng tenaga dan fikiran sudah pasti dapat membantu
pelajar bersiap siaga dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa merintis
laluan ke arah kecemerlangan.

Akhir kata, saya berharap para pelajar telah membulatkan tekad dan azam
yang tinggi untuk bersama-sama mengikuti program ini dengan jayanya.

Selamat Maju Jaya.

(Dr. BAIDURIAH BINTI YAAKUB)

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti vi


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

KANDUNGAN MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan iv


Visi, Misi dan Objektif Bahagian Matrikulasi iv
Kata Alu-aluan Timbalan Pengarah Bahagian Matrikulasi v

BAHAGIAN A: PENGENALAN
1. Latar Belakang Penubuhan Program Matrikulasi 1
2. Jawatankuasa Penasihat Akademik Program 2
Matrikulasi KPM
3. Carta Organisasi Bahagian Matrikulasi KPM 3
4. Carta Organisasi Kolej Matrikulasi KPM 4
5. Carta Organisasi Kolej Matrikulasi Teknikal KPM 5
6. Senarai Kolej Matrikulasi KPM dan Kolej MARA 6
7. Kalendar Akademik Sesi 2017/2018 8

BAHAGIAN B: STRUKTUR PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN


1. Konsep Umum 10
2. Pelaksanaan Program
2.1 Sistem Semester 10
2.2 Pakej Mata Pelajaran 11
2.3 Kod Mata Pelajaran 14
2.4 Pendaftaran Kursus 15
2.5 Unit Kredit 15
2.6 Mengulang Program 15
2.7 Menarik Diri Daripada Program Matrikulasi 15
2.8 Penangguhan Pengajian 16
3. Kehadiran Kelas 16
4. Penilaian
4.1. Sistem Penilaian 17
4.2. Penilaian Berterusan (PB) 17
4.3. Peperiksaan Semester Program Matrikulasi
(PSPM) 18
4.4. Sistem Gred, Mata Nilaian dan Purata Nilai Gred
(PNG) 18
5. Syarat Menduduki Peperiksaan 23
6. Pencapaian Akademik Pelajar 23
7. Kelayakan Sijil Matrikulasi KPM 23
8. Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan 23
9. Penipuan Dalam Peperiksaan 24

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti vii


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

KANDUNGAN MUKA SURAT

BAHAGIAN C: LAMPIRAN
Lampiran A - Syarat Kelayakan Meneruskan Pengajian 25
Lampiran B - Ringkasan Struktur Kursus
Jurusan Sains (Modul I) 27
Lampiran B - Ringkasan Struktur Kursus
Jurusan Sains (Modul II) 28
Lampiran B - Ringkasan Struktur Kursus
Jurusan Sains (Modul III) 29
Lampiran B - Ringkasan Struktur Kursus
Jurusan Sains (Aliran Teknikal) 30
Lampiran B - Ringkasan Struktur Kursus
Jurusan Perakaunan 31
Lampiran C - Pelaksanaan Mata Pelajaran Pengkhususan,
Wajib & Kokurikulum 32
Lampiran D - Format Penilaian Semester I 33
Lampiran D - Format Penilaian Semester ll 35

MAKLUMAT LANJUT 37

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti viii


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

BAHAGIAN A: PENGENALAN

1. LATAR BELAKANG PENUBUHAN PROGRAM MATRIKULASI

Program Matrikulasi merupakan satu program persediaan bagi pelajar


bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke
peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan profesional.
Sebelum ini, Program Matrikulasi telah dikendalikan oleh Universiti
Awam (UA) lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak
pelaksanaan yang berbeza. Hasil daripada program ini telah melahirkan
ramai cendekiawan dan tenaga mahir bumiputera dalam bidang
profesional.

Langkah KPM mengambil alih Program Matrikulasi merupakan satu


tindakan yang wajar untuk menyelaras dan menyeragamkan
pelaksanaan program tersebut. Bahagian Matrikulasi KPM mengambil
kumpulan pertama (perintis) dalam kalangan pelajar Sekolah
Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
pada awal tahun 1999. Pelajar-pelajar ini telah ditempatkan di Kolej
Yayasan Pelajaran MARA, Bangi, Selangor.

Kolej Matrikulasi Melaka dan Kolej Matrikulasi Labuan telah membuat


pengambilan pertama pada bulan Julai 1999. Tiga buah kolej telah
beroperasi pada tahun 2000 iaitu Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan,
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan Kolej Matrikulasi Perlis. Pada sesi
2002/2003, Kolej Matrikulasi Perak dan Kolej Matrikulasi Johor telah
membuat pengambilan yang pertama. Kolej Matrikulasi Kedah dan Kolej
Matrikulasi Pahang pula mula beroperasi pada sesi 2003/2004. Pada
tahun 2009, Program Matrikulasi Aliran Teknikal telah ditawarkan di
Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah, Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang dan
Kolej Matrikulasi Teknikal Johor. Kolej Matrikulasi Selangor pula mula
beroperasi pada sesi 2010/2011. Manakala Kolej Matrikulasi Sarawak
telah membuat pengambilan pertama bagi sesi 2013/2014. Kolej
Matrikulasi Kelantan mula beroperasi pada sesi 2014/2015. Selain itu,
dua buah kolej MARA iaitu Kolej MARA Kulim dan Kolej MARA Kuala
Nerang turut mengendalikan program ini.

UA terlibat secara langsung dalam penggubalan kurikulum,


penggubalan soalan peperiksaan, pentaksiran soalan peperiksaan dan
pemeriksaan skrip jawapan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi
(PSPM). Pengambilalihan Program Matrikulasi oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia telah meneruskan kesinambungan kecemerlangan
pelajar bumiputera yang lebih berdaya saing dan beriltizam tinggi.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 1


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

2. JAWATANKUASA PENASIHAT AKADEMIK PROGRAM


MATRIKULASI KPM

Jawatankuasa Penasihat Akademik Program Matrikulasi KPM adalah


badan yang memberi nasihat kepakaran, sokongan dan bimbingan
terhadap Program Matrikulasi KPM merangkumi hal berkaitan kurikulum
dan peperiksaan bagi memenuhi keperluan universiti awam (UA).
Anggota jawatankuasa adalah seperti berikut:

Pengerusi
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Setiausaha
Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM

Ahli-Ahli
Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik, Sektor
Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi
Ketua Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USM
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UKM
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTM
Timbalan Rektor (Akademik dan Perancangan) UIAM
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UUM
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UNIMAS
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UiTM
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTHM
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTeM
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMP
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMK
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPNM
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UNISZA

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 2


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

3. CARTA ORGANISASI BAHAGIAN MATRIKULASI

Meneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 3


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

4. CARTA ORGANISASI KOLEJ MATRIKULASI KPM

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 4


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

5. CARTA ORGANISASI KOLEJ MATRIKULASI TEKNIKAL KPM

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 5


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

6. SENARAI KOLEJ MATRIKULASI DAN KOLEJ MARA

KOLEJ MATRIKULASI MELAKA KOLEJ MATRIKULASI PERLIS


Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
78300 Masjid Tanah 02600 Arau
Melaka Perlis
http://www.kmm.matrik.edu.my/ http://www.kmp.matrik.edu.my/

KOLEJ MATRIKULASI NEGERI KOLEJ MATRIKULASI LABUAN


SEMBILAN Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia Jalan OKK Daud, Merinding
72000 Kuala Pilah Peti Surat 81735
Negeri Sembilan 87027 Wilayah Persekutuan
http://www.kmns.matrik.edu.my/ Labuan
http://www.kml.matrik.edu.my/

KOLEJ MATRIKULASI PULAU KOLEJ MATRIKULASI JOHOR


PINANG Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia 84900 Tangkak
13200 Pongsu Seribu Johor
Pulau Pinang http://www.kmj.matrik.edu.my/
http://www.kmpp.matrik.edu.my/

KOLEJ MATRIKULASI PERAK KOLEJ MATRIKULASI KEDAH


Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
31600 Gopeng 06010 Changlun
Perak Kedah
http://www.kmpk.matrik.edu.my/ http://www.kmk.matrik.edu.my/

KOLEJ MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI


KELANTAN SARAWAK
Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
Beg Berkunci No. 3 Lot 216, Fasa II
16810 Selising,Pasir Puteh Taman Perindustrian Sejingkat
Kelantan Peti Surat P17,
http://www.kmkt.matrik.edu.my/ 93457 Kuching, Sarawak
http://www.kmsw.matrik.edu.my/

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 6


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG KOLEJ MATRIKULASI


Kementerian Pendidikan Malaysia SELANGOR
23600 Gambang Kementerian Pendidikan Malaysia
Pahang 42700 Banting
http://www.kmph.matrik.edu.my/ Selangor
http://www.kms.matrik.edu.my/

KOLEJ MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI


TEKNIKAL KEDAH TEKNIKAL PAHANG
Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
06720 Pendang 26400 Bandar Tun Abdul Razak
Kedah Jengka
http://www.kmtk.matrik.edu.my/ Pahang Darul Makmur
http://www.kmtp.matrik.edu.my/

KOLEJ MATRIKULASI
TEKNIKAL JOHOR
Kementerian Pendidikan Malaysia
Mukim Rimba Terjun
82000 Pontian
Johor
http://www.kmtj.matrik.edu.my/

KOLEJ MARA KUALA NERANG


Lot 566, Daerah Padang Terap
06300 Kuala Nerang
Kedah
http://www.kmkn.edu.my/

KOLEJ MARA KULIM


Jalan Junjong
09000 Kulim
Kedah Darulman
http://www.kmkulim.edu.my/

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 7


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

7. KALENDAR AKADEMIK SESI 2017/2018


KALENDAR AKADEMIK SESI 2017/2018
PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN
(Bagi kolej di negeri Kedah, Kelantan dan Johor)

SEMESTER I
Bilangan Hari/
Aktiviti Tarikh
Minggu
Minggu Pendaftaran Pelajar 3 hari 4/6/17 – 6/6/17
Minggu Asimilasi 7 hari 7/6/17 – 17/6/17
Kuliah 9 minggu 18/6/17 – 26/8/17
Cuti Pertengahan Semester 1 minggu 27/8/17 – 2/9/17
Kuliah 9 minggu 3/9/17 – 4/11/17
Minggu Ulangkaji 1 minggu 5/11/17 – 11/11/17
Peperiksaan Akhir 1 minggu 12/11/17 – 18/11/17
Cuti Akhir Semester 3 minggu 19/11/17 – 9/12/17
SEMESTER II
Aktiviti Bilangan Minggu Tarikh
Kuliah 10 minggu 10/12/17 – 17/2/18
Cuti Pertengahan Semester 1 minggu 18/2/18 – 24/2/18
Kuliah 8 minggu 25/2/18 – 21/4/18
Minggu Ulangkaji 1 minggu 22/4/18 – 28/4/18
Peperiksaan Akhir 2 minggu 29/4/18 – 5/5/18
TAMAT PROGRAM

Hari Kelepasan Am Persekutuan (* tertakluk kepada perubahan):

25 – 26 Jun 2017* Hari Raya Puasa


31 Ogos 2017 Hari Kebangsaan
1 September 2017 * Hari Raya Qurban
16 September 2017 Hari Malaysia
21 September 2017 Awal Muharam (Maal Hijrah)
16 Oktober 2017* Hari Deepavali
1 Disember 2017* Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)
25 Disember 2017 Hari Krismas

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 8


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

KALENDAR AKADEMIK SESI 2017/2018


PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN
(Bagi kolej di semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Johor)

SEMESTER I
Bilangan Hari/
Aktiviti Tarikh
Minggu
Minggu Pendaftaran Pelajar 3 hari 5/6/17 – 7/6/17
Minggu Asimilasi 7 hari 8/6/17 – 18/6/17
Kuliah 9 minggu 19/6/17 – 27/8/17
Cuti Pertengahan Semester 1 minggu 28/8/17 – 3/9/17
Kuliah 9 minggu 4/9/17 – 5/11/17
Minggu Ulangkaji 1 minggu 6/11/17 – 12/11/17
Peperiksaan Akhir 1 minggu 13/11/17 – 19/11/17
Cuti Akhir Semester 3 minggu 20/11/17 – 10/12/17
SEMESTER II
Aktiviti Bilangan Minggu Tarikh
Kuliah 10 minggu 11/12/17 – 18/2/18
Cuti Pertengahan Semester 1 minggu 19/2/18 – 25/2/18
Kuliah 8 minggu 26/2/18 – 22/4/18
Minggu Ulangkaji 1 minggu 23/4/18 – 29/4/18
Peperiksaan Akhir 2 minggu 30/4/18 – 6/5/18
TAMAT PROGRAM

Hari Kelepasan Am Persekutuan (* tertakluk kepada perubahan):

25 – 26 Jun 2017* Hari Raya Puasa


31 Ogos 2017 Hari Kebangsaan
1 September 2017 * Hari Raya Qurban
16 September 2017 Hari Malaysia
21 September 2017 Awal Muharam (Maal Hijrah)
16 Oktober 2017* Hari Deepavali
1 Disember 2017* Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)
25 Disember 2017 Hari Krismas

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 9


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

BAHAGIAN B: STRUKTUR PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN

1. KONSEP UMUM

Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) merupakan program persediaan


untuk melayakkan pelajar mengikuti kursus tertentu di peringkat ijazah
pertama dalam bidang sains, teknologi dan profesional di UA dalam dan
luar negara. Reka bentuk kurikulum Program Matrikulasi mengambil kira
pengetahuan asas pelajar dan keperluan bidang tertentu pada peringkat
ijazah pertama.

Kurikulum program ini memberi penekanan kepada aspek akademik


dan bukan akademik yang bertujuan menyediakan pelajar yang
berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing serta mempunyai ciri-ciri
kualiti diri yang terpuji dan daya kepimpinan yang tinggi.

Struktur pengajian menggunakan sistem semester (2 semester) dan


tempoh pengajian adalah selama satu tahun. Pelajar ditempatkan di
kolej kediaman sepanjang tempoh pengajian bagi mengoptimumkan
masa pembelajaran.

2. PELAKSANAAN PROGRAM

Tempoh pengajian setiap semester adalah 18 minggu (sila rujuk


Kalendar Akademik). Pelajar perlu mendaftar untuk semua mata
pelajaran yang diambil pada setiap semester. Pakej mata pelajaran
yang perlu diambil bagi melengkapkan pengajian merangkumi mata
pelajaran pengkhususan dan mata pelajaran wajib.

2.1 Sistem Semester

Rasional

Bahagian Matrikulasi KPM melaksanakan sistem semester


selaras dengan amalan kebanyakan UA dalam dan luar negara.
Rasional pelaksanaan sistem semester adalah:

a) Menyediakan pendidikan yang lebih kompetitif kepada pelajar.

b) Memberi ruang yang lebih luas kepada kolej untuk


melaksanakan sistem penilaian prestasi dan menilai kemajuan
akademik pelajar yang lebih sesuai dan berkesan.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 10


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

Ciri-ciri Utama

a) Pembelajaran dilaksanakan secara kuliah, tutoran dan amali.

b) Penilaian pelajar berdasarkan kepada Penilaian Berterusan


(PB) dan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM).
Prestasi dan kedudukan akademik pelajar berdasarkan Purata
Nilai Gred Semester (PNGS) dan Purata Nilai Gred Kumulatif
(PNGK) di akhir setiap semester.

c) Setiap pelajar perlu mengikuti mata pelajaran wajib. Gred


yang diperoleh tidak dikira dalam PNGS dan PNGK. Walau
bagaimanapun, keputusan dicatat dalam transkrip pelajar.

2.2 Pakej Mata Pelajaran

Mata Pelajaran Pengkhususan Jurusan Sains (Modul I)


 Mathematics
 Chemistry
 Physics
 Biology

Mata Pelajaran Pengkhususan Jurusan Sains (Modul II)


 Mathematics
 Chemistry
 Physics
 Computer Science

Mata Pelajaran Pengkhususan Jurusan Sains (Modul III)


 Mathematics
 Chemistry
 Biology
 Computer Science

Mata Pelajaran Pengkhususan Aliran Teknikal


 Mathematics
 Engineering Chemistry
 Engineering Physics
 Civil/ Mechanical/ Electrical & Electronics Engineering
Studies

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 11


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

Mata Pelajaran Pengkhususan Jurusan Perakaunan


 Mathematics
 Perakaunan (Accounting)
 Ekonomi
 Pengurusan Perniagaan

Mata Pelajaran Wajib


 English
 Kemahiran Dinamika
 Pendidikan Islam/ Moral
 Kokurikulum

Penerangan Mata Pelajaran Wajib:

English

a) Kurikulum English bertujuan membantu pelajar


berkomunikasi secara berkesan dan cekap dalam konteks
akademik dan sosial.

b) Pelajar diwajibkan mengikuti mata pelajaran English untuk


tempoh tiga jam seminggu pada Semester I dan II.

Pendidikan Islam/ Moral

a) Kurikulum Pendidikan Islam yang digubal bertujuan


membentuk insan beriman, beramal dan berperibadi mulia.

b) Kurikulum Pendidikan Moral yang digubal bertujuan


membentuk insan yang mempunyai jati diri, bersemangat
patriotik dan bertanggungjawab terhadap keluarga,
masyarakat dan negara.

c) Pelajar diwajibkan mengikuti mata pelajaran Pendidikan


Islam/ Moral untuk tempoh satu jam seminggu bagi satu
semester sahaja.

Kemahiran Dinamika

a) Kurikulum Kemahiran Dinamika digubal untuk memantapkan


pembinaan sahsiah pelajar dari sudut afektif, kognitif dan
kemahiran generik sebagai persediaan melanjutkan
pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 12


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

b) Pelajar diwajibkan mengikuti mata pelajaran Kemahiran


Dinamika untuk tempoh satu jam seminggu bagi satu
semester sahaja.

Kokurikulum

a) Pelaksanaan kokurikulum di Program Matrikulasi


merangkumi kokurikulum sebagai mata pelajaran wajib dan
kokurikulum sebagai aktiviti.

b) Mata pelajaran kokurikulum mengguna pakai Huraian


Sukatan Pelajaran (HSP) yang berstruktur berasaskan tiga
komponen berikut:
 Sukan dan Permainan
 Kelab dan Persatuan
 Unit Beruniform

c) Aktiviti kokurikulum pula merupakan aktiviti yang


dilaksanakan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran
kokurikulum secara formal dan pelajar digalakkan mengambil
bahagian secara aktif.

d) Pelibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum akan diambil kira


sebagai merit penilaian bagi pemarkahan 10% kokurikulum
ke UA.

e) Kokurikulum yang dilaksanakan, sama ada dalam bentuk


mata pelajaran kokurikulum ataupun aktiviti kokurikulum,
bertujuan meningkatkan tahap penguasaan ilmu (kognitif)
dan kemahiran kokurikulum (psikomotor), menerapkan
kemahiran insaniah, pembangunan sahsiah dan nilai-nilai
murni (afektif), memperkukuhkan kemahiran sosial dan jati
diri serta mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan
pelajar.

f) Pelajar diwajibkan mengikuti mata pelajaran Kokurikulum


untuk dua jam seminggu bagi satu semester sahaja.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 13


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

2.3 Kod Mata Pelajaran

Setiap mata pelajaran yang ditawarkan diberikan kod seperti


berikut:

Mata Pelajaran Semester I Semester II


QS015 QS025
Mathematics
QA016 QA026
Chemistry SK016 SK026
Physics SF016 SF026
Biology SB016 SB026
Computer Science SC015 SC025
Perakaunan (Accounting) AA015 AA025
Ekonomi AE015 AE025
Pengurusan Perniagaan AN015 AN025
Engineering Chemistry TK015 TK025
Engineering Physics TF015 TF025
Civil Engineering Studies TA017 TA027
Mechanical Engineering Studies TM017 TM027
Electrical & Electronics Engineering Studies TE017 TE027
English WB013 WB023
Pendidikan Islam WU011 WU021
Pendidikan Moral WM011 WM021
Kemahiran Dinamika WD011 WD021
Sukan dan Permainan KS011 KS021
Kokurikulum Kelab dan Persatuan KP011 KP021
Unit Beruniform KK011 KK021

Contoh huraian kod mata pelajaran:

Kod Mata
SF016 AE015 TK025
Pelajaran
Jurusan/
S = Sains A = Perakaunan T = Teknikal
Aliran
Mata K = Engineering
F = Physics E = Ekonomi
Pelajaran Chemistry
Peringkat 0 = Matrikulasi 0 = Matrikulasi 0 = Matrikulasi
Semester 1 = Semester I 1 = Semester I 2 = Semester II
Unit Kredit 6 = Unit kredit 5 = Unit kredit 5 = Unit kredit

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 14


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

2.4 Pendaftaran Kursus

Pelajar wajib mendaftar semua mata pelajaran yang diambil bagi


setiap semester.

Jumlah unit kredit maksimum yang diambil dalam setiap semester


bagi mata pelajaran pengkhususan adalah antara 21 hingga 23
unit kredit.

2.5 Unit Kredit

Penetapan unit kredit bagi setiap mata pelajaran adalah seperti


berikut:

a) Satu jam kuliah/ tutorial seminggu dalam satu semester


bersamaan dengan satu unit kredit.

b) Dua jam amali/ bengkel seminggu dalam satu semester


bersamaan satu unit kredit.

c) Dua jam amali kokurikulum seminggu dalam satu semester


bersamaan satu unit kredit.

2.6 Mengulang Program

Pelajar diberi peluang hanya sekali untuk mengulang program


selepas akhir semester kedua sekiranya pencapaian akademik
tidak memenuhi syarat minimum untuk dipertimbangkan masuk
ke UA. Sila rujuk Syarat Kelayakan Meneruskan Pengajian di
Lampiran A.

2.7 Menarik Diri Daripada Program Matrikulasi

Penarikan diri pelajar hanya dipertimbangkan atas sebab


perubatan atau alasan munasabah yang dibenarkan.

Permohonan secara bertulis hendaklah dikemukakan kepada


Pengarah kolej masing-masing dan salinan dihantar kepada
Bahagian Matrikulasi KPM. Bagi penarikan diri atas sebab
perubatan, pelajar dikehendaki mengemukakan laporan
perubatan lengkap yang mengesahkan ketidakupayaan pelajar
untuk meneruskan pengajian.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 15


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

2.8 Penangguhan Pengajian

Permohonan penangguhan pengajian atas sebab perubatan atau


alasan munasabah perlu dikemukakan kepada Pengarah kolej
masing-masing. Pelajar yang telah mendapat kelulusan
penangguhan pengajian hendaklah disahkan sihat sebelum
meneruskan pengajian pada sesi berikutnya.

Penangguhan hanya dibenarkan sekali sahaja dalam tempoh


pengajian.

3. KEHADIRAN KELAS

3.1 Pelajar diwajibkan menghadiri kuliah, tutoran, amali/ bengkel dan


kokurikulum yang ditetapkan pada sepanjang pengajian.

3.2 Setiap pelajar bertanggungjawab menepati masa ketika


menghadiri kuliah, tutoran, amali/ bengkel dan kokurikulum yang
ditetapkan sepanjang pengajian.

3.3 Kelewatan melebihi sepuluh (10) minit dari bermulanya waktu


kuliah, tutoran, amali/ bengkel dan kokurikulum, pelajar akan
dikira tidak hadir bagi kuliah, tutoran, amali/ bengkel dan
kokurikulum sekiranya berkenaan mengikut Akta 174: Kaedah 4.

3.4 Hanya pelajar yang sakit dan dapat mengemukakan sijil cuti sakit
yang sah atau mendapat kebenaran khas atau cuti khas bertulis
daripada Pengarah kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh
Pengarah kolej dibenarkan meninggalkan kuliah, tutoran, amali/
bengkel dan kokurikulum.

3.5 Sekiranya pelajar tidak hadir, adalah menjadi tanggungjawab


pelajar untuk memaklumkan seberapa segera kepada pegawai
yang berkaitan mengikut Akta 174: Kaedah 4.

3.6 Pelajar yang kehadirannya kurang daripada 90% dalam mana-


mana mata pelajaran tanpa sebab yang munasabah dan tanpa
kebenaran Pengarah kolej tidak dibenarkan menduduki
peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan. Pengarah kolej
mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib
berdasarkan kepada peruntukan Akta 174:Kaedah 48. Walau
bagaimanapun, apa juga keputusan yang telah diambil perlu
dimaklumkan secara bertulis kepada Pengarah Bahagian
Matrikulasi KPM.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 16


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

3.7 Di bawah peruntukan Akta 174:Kaedah 48, pelajar yang tidak


memenuhi peratus kehadiran yang ditetapkan boleh dihalang
daripada menduduki peperiksaan.

3.8 Pelajar yang dihalang daripada menduduki peperiksaan bagi


semua mata pelajaran yang telah didaftar bagi sesuatu semester
akan ditamatkan pengajian dan tidak akan diterima masuk
semula ke Program Matrikulasi.

4. PENILAIAN

4.1 Sistem Penilaian

Pencapaian akademik pelajar dinilai berdasarkan kaedah seperti


berikut:

a) Penilaian Berterusan (PB)

b) Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)

Sistem Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Sistem Purata


Nilai Gred Kumulatif (PNGK) digunakan bagi menentukan
pencapaian akademik pelajar.

4.2 Penilaian Berterusan (PB)

PB merupakan salah satu penilaian ke atas pencapaian pelajar


yang dilaksanakan oleh pensyarah dari semasa ke semasa.
Objektif PB adalah untuk menilai kemajuan pelajar ke arah
pencapaian hasil pembelajaran yang disasarkan. Selain daripada
itu, PB juga bertujuan untuk memastikan pelajar sentiasa
melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran.

PB merangkumi tugasan, amali, kuiz, projek, pembentangan,


kajian kes, esei, portfolio atau aktiviti lain yang sesuai untuk
menilai prestasi pelajar.

Markah PB dilaporkan pada penghujung setiap semester. Peratus


wajaran PB yang diambil kira bagi menentukan gred setiap mata
pelajaran adalah seperti yang dinyatakan di Lampiran D.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 17


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

4.3 Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)

PSPM melibatkan semua mata pelajaran pengkhususan yang


diadakan pada penghujung setiap semester.
Penyediaan kertas soalan, pemeriksaan dan pemarkahan skrip
jawapan dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi
KPM.

Peratus wajaran PSPM yang diambil kira bagi menentukan gred


setiap mata pelajaran adalah seperti yang dinyatakan di
Lampiran D.

Pada akhir setiap semester, PNGS dan PNGK pelajar dikira


berasaskan gred yang diperoleh dan unit kredit yang
diperuntukkan bagi semua mata pelajaran pengkhususan yang
diambil.

4.4 Sistem Gred, Mata Nilaian Dan Purata Nilai Gred (PNG)

Keputusan akhir semua mata pelajaran pengkhususan


dinyatakan dalam bentuk gred seperti dalam Jadual 1. Gred C
merupakan gred lulus minimum manakala gred C– sehingga F
adalah gagal.

Jadual 1

GRED MATA NILAIAN TARAF


A 4.00
A– 3.67 Cemerlang
B+ 3.33
B 3.00
Kepujian
B– 2.67
C+ 2.33
Lulus
C 2.00
C– 1.67
D+ 1.33
Gagal
D 1.00
F 0.00

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 18


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

Gred keputusan mata pelajaran wajib (English, Pendidikan


Islam/ Moral, Kemahiran Dinamika dan Kokurikulum) dinyatakan
seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2
GRED TARAF
A Cemerlang
B Baik
C Memuaskan
D Lulus
F Gagal

PNGS dan PNGK dikira berdasarkan gred yang diperoleh


daripada semua mata pelajaran pengkhususan. Gred yang
diperoleh diberikan mata nilaian seperti yang dinyatakan dalam
Jadual 1 dan PNGS dan PNGK dikira mengikut kaedah berikut:

Mata = Unit kredit mata pelajaran  mata nilaian

PNGS = Jumlah mata


Jumlah unit kredit bagi semester berkenaan

PNGK = Jumlah mata keseluruhan


Jumlah unit kredit keseluruhan

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 19


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

Contoh pengiraan PNGS dan PNGK:

Kes 1: Keputusan PNGK ≥ 2.00

Keputusan Semester I

KOD MATA MATA UNIT MATA


GRED
PELAJARAN NILAIAN KREDIT (mata nilai  unit kredit)
QS015 A 4.00 5 20.00
SK016 C+ 2.33 6 13.98
SB016 B+ 3.33 6 19.98
SF016 B 3.00 6 18.00
JUMLAH 23 71.96

71.96
PNGS1 = = 3.13
23

PNGK = 3.13

STATUS: Rujuk Syarat Kelayakan Meneruskan Pengajian di


Lampiran A.

Keputusan Semester II

KOD MATA MATA UNIT MATA


GRED
PELAJARAN NILAIAN KREDIT (mata nilai  unit kredit)
QS025 A– 3.67 5 18.35
SK026 B 3.00 6 18.00
SB026 C 2.00 6 12.00
SF026 B+ 3.33 6 19.98
JUMLAH 23 68.33

68.33
PNGS2 = = 2.97
23

(71.96  68.33)
PNGK = = 3.05
(23  23)

STATUS: Rujuk Syarat Kelayakan Meneruskan Pengajian di


Lampiran A.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 20


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

Kes 2: Keputusan PNGS1 < 2.00 dan ditawarkan ke PDT.


Keputusan PNGS2 ≥ 2.00.

Keputusan Semester I

KOD MATA MATA UNIT MATA


GRED
PELAJARAN NILAIAN KREDIT (mata nilai  unit kredit)
QS015 B– 2.67 5 13.35
SK016 C– 1.67 6 10.02
SF016 D+ 1.33 6 7.98
SC015 C– 1.67 5 8.35
JUMLAH 22 39.70

39.70
PNGS1 = = 1.80
22

PNGK = 1.80

STATUS: Rujuk Syarat Kelayakan Meneruskan Pengajian di


Lampiran A.

Keputusan Semester II

KOD MATA MATA UNIT MATA


GRED
PELAJARAN NILAIAN KREDIT (mata nilai  unit kredit)
DM025 A 4.00 5 20.00
DK025 C+ 2.33 5 11.65
DF025 B+ 3.33 5 16.65
DC025 B 3.00 5 15.00
JUMLAH 20 63.30

63.30
PNGS2 = = 3.17
20

(39.70  63.30)
PNGK = = 2.45
(22  20)

STATUS: Rujuk Syarat Kelayakan Meneruskan Pengajian di


Lampiran A.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 21


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

Kes 3: Keputusan PNGS1 < 2.00 dan pelajar ditawarkan ke PDT.


Keputusan PNGS2 < 2.00.

Keputusan Semester I

KOD MATA MATA UNIT MATA


GRED
PELAJARAN NILAIAN KREDIT (mata nilai  unit kredit)
QS015 C– 1.67 5 8.35
SK016 D+ 1.33 6 7.98
SB016 C– 1.67 6 10.02
SC015 F 0.00 5 0.00
JUMLAH 22 26.35

26.35
PNGS1 = = 1.20
22

PNGK = 1.20

STATUS: Rujuk Syarat Kelayakan Meneruskan Pengajian di


Lampiran A.

Keputusan Semester II

KOD MATA MATA UNIT MATA


GRED
PELAJARAN NILAIAN KREDIT (mata nilai  unit kredit)
DM025 C 2.00 5 10.00
DK025 C 2.00 5 10.00
DB025 F 0.00 5 0.00
DC025 C 2.00 5 10.00
JUMLAH 20 30.00

30.00
PNGS2 = = 1.50
20

(26.35  30.00)
PNGK = = 1.34
(22  20)

STATUS: Gagal dan diberhentikan.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 22


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

5. SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Memenuhi peraturan kehadiran kuliah, tutoran, amali/ bengkel dan


kokurikulum termasuk menyempurnakan semua tugasan yang
ditetapkan pada sepanjang pengajian.

6. PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

Pencapaian akademik pelajar bagi setiap semester adalah berdasarkan


PNGS dan PNGK yang diperolehi. Sila rujuk Syarat Kelayakan
Meneruskan Pengajian di Lampiran A.

7. KELAYAKAN SIJIL MATRIKULASI KPM

Pelajar layak menerima Sijil Matrikulasi KPM jika memenuhi


syarat-syarat berikut:

a) berdaftar sebagai pelajar Program Matrikulasi KPM.

b) mengambil sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran pengkhususan


yang ditetapkan di Program Matrikulasi KPM.

c) keputusan diperolehi dalam satu peperiksaan sahaja.

d) menamatkan pengajian Program Matrikulasi KPM dalam tempoh


yang ditetapkan.

8. PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Calon diberi peluang untuk memohon semak semula keputusan


peperiksaan setelah keputusan diumumkan.

Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang yang disediakan oleh


Bahagian Matrikulasi KPM. Permohonan adalah terhad kepada
semester semasa sahaja.

Borang permohonan hendaklah sampai ke Bahagian Matrikulasi KPM


dalam tempoh 14 hari selepas keputusan PSPM dikeluarkan.
Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan
dipertimbangkan. Bayaran sebanyak RM50.00 dikenakan bagi setiap
skrip jawapan yang hendak disemak. Bayaran hendaklah dibuat dalam
bentuk wang pos/ bank draf atas nama Pengarah Bahagian
Matrikulasi, KPM.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 23


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

9. PENIPUAN DALAM PEPERIKSAAN

Di bawah Akta 174: Kaedah 3(j) atau 7A, pelajar yang didapati
bersalah melakukan penipuan dalam mana-mana peperiksaan akan
dikenakan tindakan tatatertib.

Pelajar boleh diberi markah sifar (0) bagi kertas peperiksaan berkenaan
atau diberi gred F bagi mata pelajaran berkenaan. Rayuan berhubung
perkara ini tidak akan dipertimbangkan.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 24


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

BAHAGIAN C: LAMPIRAN
Lampiran A

SYARAT KELAYAKAN MENERUSKAN PENGAJIAN

JURUSAN SAINS (MODUL I, II DAN III)


SEMESTER PENCAPAIAN STATUS
PNGS1 ≥ 2.00
Lulus dan meneruskan pengajian ke
Lulus semua atau sebilangan
Semester II.
mata pelajaran pengkhususan.
1. Gagal kali pertama dengan
Semester I amaran dan ditawarkan untuk
meneruskan pengajian ke
PNGS1 < 2.00 Semester II PDT.
2. Keputusan Semester I PST
dibawa sebagai keputusan
Semester I PDT.
PNGK ≥ 2.00
Lulus dan dipertimbangkan untuk
Lulus semua atau sebilangan
kemasukan ke UA.
mata pelajaran pengkhususan.
Semester II Gagal dan ditawarkan untuk
1.50 ≤ PNGK < 2.00
mengulang pengajian PST.

PNGK < 1.50 Gagal dan diberhentikan.

JURUSAN SAINS (ALIRAN TEKNIKAL)


SEMESTER PENCAPAIAN STATUS
PNGS1 ≥ 2.00
Lulus dan meneruskan pengajian ke
Lulus semua atau sebilangan
Semester II.
mata pelajaran pengkhususan.
Semester I Gagal kali pertama dengan amaran
1.50 ≤ PNGS1 < 2.00 tetapi meneruskan pengajian ke
Semester II dengan Amaran.
PNGS1 < 1.50 Gagal dan diberhentikan.

PNGK ≥ 2.00
Lulus dan dipertimbangkan untuk
Lulus semua atau sebilangan
kemasukan ke UA.
mata pelajaran pengkhususan.
Semester II Gagal dan ditawarkan untuk
1.50 ≤ PNGK < 2.00
mengulang pengajian PST.

PNGK < 1.50 Gagal dan diberhentikan.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 25


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

Lampiran A

SYARAT KELAYAKAN MENERUSKAN PENGAJIAN

JURUSAN PERAKAUNAN
SEMESTER PENCAPAIAN STATUS

PNGS1 ≥ 2.00
Lulus dan meneruskan pengajian ke
Lulus semua atau sebilangan
Semester II.
mata pelajaran pengkhususan.

Semester I Gagal kali pertama dengan amaran


1.50 ≤ PNGS1 < 2.00 tetapi meneruskan pengajian ke
Semester II dengan Amaran.

PNGS1 < 1.50 Gagal dan diberhentikan.

PNGK ≥ 2.00
Lulus dan dipertimbangkan untuk
Lulus semua atau sebilangan
kemasukan ke UA.
mata pelajaran pengkhususan.
Semester II Gagal dan ditawarkan untuk
1.50 ≤ PNGK < 2.00
mengulang pengajian PST.

PNGK < 1.50 Gagal dan diberhentikan.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 26


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

Lampiran B

RINGKASAN STRUKTUR KURSUS

JURUSAN SAINS (MODUL I)

Semester I Semester II

Kod Mata Pelajaran

Kod Mata Pelajaran


Pertembungan

Pertembungan
Unit Kredit

Unit Kredit
Seminggu

Seminggu
Pakej Mata

Bil. Jam

Bil. Jam
Nama Mata Pelajaran
Pelajaran

Mathematics QS015 5 5 QS025 5 5

Chemistry SK016 7 6 SK026 7 6


Pengkhususan
Physics SF016 7 6 SF026 7 6

Biology SB016 7 6 SB026 7 6

English WB013 3 3 WB023 3 3

Pendidikan Islam WU011 WU021


Wajib 1 1 1 1
Pendidikan Moral * WM011 WM021

Kemahiran Dinamika * WD011 1 1 WD021 1 1

Sukan dan Permainan


KS011 KS021
ATAU

Kelab dan Persatuan


Kokurikulum * KP011 2 1 KP021 2 1
ATAU

Unit Beruniform KK011 KK021

JUMLAH UNIT KREDIT 26 - 29 26 - 29

* Diambil sekali sahaja pada mana-mana semester.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 27


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

Lampiran B

RINGKASAN STRUKTUR KURSUS

JURUSAN SAINS (MODUL II)

Semester I Semester II

Kod Mata Pelajaran

Kod Mata Pelajaran


Pertembungan

Pertembungan
Unit Kredit

Unit Kredit
Seminggu

Seminggu
Pakej Mata

Bil. Jam

Bil. Jam
Nama Mata Pelajaran
Pelajaran

Mathematics QS015 5 5 QS025 5 5

Chemistry SK016 7 6 SK026 7 6


Pengkhususan
Physics SF016 7 6 SF026 7 6

Computer Science SC015 6 5 SC025 6 5

English WB013 3 3 WB023 3 3

Pendidikan Islam WU011 WU021


Wajib 1 1 1 1
Pendidikan Moral * WM011 WM021

Kemahiran Dinamika * WD011 1 1 WD021 1 1

Sukan dan Permainan


KS011 KS021
ATAU

Kelab dan Persatuan


Kokurikulum * KP011 2 1 KP021 2 1
ATAU

Unit Beruniform KK011 KK021

JUMLAH UNIT KREDIT 25 - 28 25 - 28

* Diambil sekali sahaja pada mana-mana semester.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 28


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

Lampiran B

RINGKASAN STRUKTUR KURSUS

JURUSAN SAINS (MODUL III)

Semester I Semester II

Kod Mata Pelajaran

Kod Mata Pelajaran


Pertembungan

Pertembungan
Unit Kredit

Unit Kredit
Seminggu

Seminggu
Pakej Mata

Bil. Jam

Bil. Jam
Nama Mata Pelajaran
Pelajaran

Mathematics QS015 5 5 QS025 5 5

Chemistry SK016 7 6 SK026 7 6


Pengkhususan
Biology SB016 7 6 SB026 7 6

Computer Science SC015 6 5 SC025 6 5

English WB013 3 3 WB023 3 3

Pendidikan Islam WU011 WU021


Wajib 1 1 1 1
Pendidikan Moral * WM011 WM021

Kemahiran Dinamika * WD011 1 1 WD021 1 1

Sukan dan Permainan


KS011 KS021
ATAU

Kelab dan Persatuan


Kokurikulum * KP011 2 1 KP021 2 1
ATAU

Unit Beruniform KK011 KK021

JUMLAH UNIT KREDIT 25 - 28 25 - 28

* Diambil sekali sahaja pada mana-mana semester.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 29


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

Lampiran B

RINGKASAN STRUKTUR KURSUS

JURUSAN SAINS (ALIRAN TEKNIKAL)

Semester I Semester II

Kod Mata Pelajaran

Kod Mata Pelajaran


Pertembungan

Pertembungan
Unit Kredit

Unit Kredit
Seminggu

Seminggu
Pakej Mata

Bil. Jam

Bil. Jam
Nama Mata Pelajaran
Pelajaran

Mathematics QS015 5 5 QS025 5 5

Engineering Chemistry TK015 6 5 TK025 6 5

Engineering Physics TF015 6 5 TF025 6 5


Pengkhususan
Civil Engineering
TA017 TA027
Studies ATAU
Mechanical
Engineering Studies TM017 8 7 TM027 8 7
ATAU
Electrical & Electronicsl
TE017 TE027
Engineering Studies

English WB013 3 3 WB023 3 3

Pendidikan Islam WU011 WU021


Wajib 1 1 1 1
Pendidikan Moral * WM011 WM021

Kemahiran Dinamika * WD011 1 1 WD021 1 1

Sukan dan Permainan


KS011 KS021
ATAU
Kelab dan Persatuan
Kokurikulum * KP011 2 1 KP021 2 1
ATAU

Unit Beruniform KK011 KK021

JUMLAH UNIT KREDIT 25 - 28 25 - 28

Diambil sekali sahaja pada mana-mana semester.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 30


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

Lampiran B

RINGKASAN STRUKTUR KURSUS

JURUSAN PERAKAUNAN

Semester I Semester II

Kod Mata Pelajaran

Kod Mata Pelajaran


Pertembungan

Pertembungan
Unit Kredit

Unit Kredit
Seminggu

Seminggu
Pakej Mata

Bil. Jam

Bil. Jam
Nama Mata Pelajaran
Pelajaran

Mathematics QA016 6 6 QA026 6 6

Perakaunan
AA015 5 5 AA025 5 5
(Accounting)
Pengkhususan
Ekonomi AE015 5 5 AE025 5 5

Pengurusan
AN015 5 5 AN025 5 5
Perniagaan

English WB013 3 3 WB023 3 3

Pendidikan Islam WU011 WU021


Wajib 1 1 1 1
Pendidikan Moral * WM011 WM021

Kemahiran Dinamika * WD011 1 1 WD021 1 1

Sukan dan Permainan


KS011 KS021
ATAU

Kelab dan Persatuan


Kokurikulum * KP011 2 1 KP021 2 1
ATAU

Unit Beruniform KK011 KK021

JUMLAH UNIT KREDIT 24 - 27 24 - 27

* Diambil sekali sahaja pada mana-mana semester.

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 31


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

Lampiran C

PELAKSANAAN MATA PELAJARAN

PENGKHUSUSAN, WAJIB & KOKURIKULUM


Jumlah Jam Pertembungan
Pakej Mata Pelajaran Semester
Seminggu
PENGKHUSUSAN / WAJIB /
KULIAH TUTORAN AMALI I II
KOKURIKULUM
JURUSAN SAINS (MODUL I)
Mathematics 3 2 -  
Chemistry 3 2 2  
Physics 3 2 2  
Biology 3 2 2  
JURUSAN SAINS (MODUL II)
Mathematics 3 2 -  
Chemistry 3 2 2  
Physics 3 2 2  
Science Komputer 2 2 2  
JURUSAN SAINS (MODUL III)
Mathematics 3 2 -  
Chemistry 3 2 2  
Biology 3 2 2  
Computer Science 2 2 2  
JURUSAN SAINS (ALIRAN TEKNIKAL)
Mathematics 3 2 -  
Engineering Chemistry 3 1 2  
Engineering Physics 3 1 2  
Civil / Mechanical / Electrical &
Electronics Engineering Studies
4 2 2  
JURUSAN PERAKAUNAN
Mathematics 4 2 -  
Perakaunan (Accounting) 3 2 -  
Ekonomi 3 2 -  
Pengurusan Perniagaan 3 2 -  
WAJIB
English - 3 -  
(mana-mana
Pendidikan Islam/ Moral - 1 -
satu semester)
(mana-mana
Kemahiran Dinamika - 1 -
satu semester)
KOKURIKULUM
Sukan dan Permainan ATAU
(mana-mana
Kelab dan Persatuan ATAU - - 2
satu semester)
Unit Beruniform

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 32


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

Lampiran D

FORMAT PENILAIAN

SEMESTER I

MATA PENILAIAN BERTERUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM


PELAJARAN (PB) MATRIKULASI (PSPM)

 Kertas 1 (soalan struktur)


 Kuiz
Mathematics 2 jam
 Tugasan Individu 30% 70%
QS015/QA016  Kertas 2 (soalan struktur)
 Tugasan Kumpulan
2 jam
 Kertas 1 (soalan objektif)
 Kuiz
1 jam
Chemistry  Tugasan Individu
30%  Kertas 2 (soalan struktur dan 70%
SK016 / Kumpulan
esei)
 Amali
2½ jam
 Kuiz  Kertas 1 (soalan objektif)
Physics  Tugasan Individu 1 jam
30% 70%
SF016 / Kumpulan  Kertas 2 (soalan struktur)
 Amali 2½ jam
 Kertas 1 (soalan objektif)
 Kuiz
1 jam
Biology  Tugasan Individu
SB016
30%  Kertas 2 (soalan struktur dan 70%
/ Kumpulan
esei)
 Amali
2½ jam
Computer  Kuiz
Soalan struktur
Science  Tugasan 30% 70%
2 jam
SC015  Amali
Perakaunan  Tugasan Individu
Soalan struktur dan esei
(Accounting)  Tugasan 30% 70%
3 jam
AA015 Kumpulan
 Tugasan Individu
Ekonomi Soalan objektif, struktur dan esei
AE015  Tugasan 30% 70%
3 jam
Kumpulan
Pengurusan  Tugasan Individu
Soalan struktur
Perniagaan  Tugasan 30% 70%
3 jam
AN015 Kumpulan
 Kertas 1 (soalan objektif)
 Kuiz
Engineering 1 jam
 Tugasan Individu
Chemistry 30%  Kertas 2 (soalan struktur dan 70%
/ Kumpulan
TK015 esei)
 Amali
2 jam
 Kertas 1 (soalan objektif)
 Kuiz
Engineering 1 jam
 Tugasan Individu
Physics 30%  Kertas 2 (soalan struktur) 70%
/ Kumpulan
TF015 2½ jam
 Amali
 Kertas 1 (soalan objektif)
1 jam
 Tugasan Individu
Civil Engineering  Kertas 2 (soalan struktur)
 Tugasan
Studies 30% 1 jam 70%
Kumpulan
TA017  Kertas 3 (soalan Lukisan
 Amali
Kejuruteraan)
2 jam

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 33


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

Lampiran D

FORMAT PENILAIAN

SEMESTER I

MATA PENILAIAN BERTERUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM


PELAJARAN (PB) MATRIKULASI (PSPM)

 Kertas 1 (soalan objektif)


1 jam
Mechanical  Tugasan Individu
 Kertas 2 (soalan struktur)
Engineering  Tugasan
30% 1 jam 70%
Studies Kumpulan
 Kertas 3 (soalan
TM017  Amali
Lukisan Kejuruteraan)
2 jam
 Kertas 1 (soalan objektif)
Electrical & 1 jam
Electronics  Tugasan Individu  Kertas 2 (soalan struktur)
Engineering  Tugasan 30% 1 jam 70%
Studies Kumpulan  Kertas 3 (soalan
TE017  Amali Lukisan Kejuruteraan)
2 jam

 Tugasan Individu
English
 Tugasan 100% Tiada −
WB013
Kumpulan

 Tugasan Individu
Pendidikan Islam
 Tugasan 100% Tiada −
WU011
Kumpulan

 Tugasan individu
Pendidikan Moral
 Tugasan 100% Tiada −
WM011
Kumpulan

 Tugasan Individu
Kemahiran
 Tugasan
Dinamika 100% Tiada −
Kumpulan
WD011
 Sahsiah
 Kehadiran
Sukan dan
 Amali/Sahsiah
Permainan 100% Tiada −
 Jawatan
KS011
 Penglibatan
 Kehadiran
Kelab dan
 Amali/Sahsiah
Persatuan 100% Tiada −
 Jawatan
KP011
 Penglibatan
 Kehadiran
Unit Beruniform  Amali/Sahsiah
100% Tiada −
KK011  Jawatan
 Penglibatan

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 34


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

Lampiran D

FORMAT PENILAIAN

SEMESTER II

MATA PENILAIAN BERTERUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM


PELAJARAN (PB) MATRIKULASI (PSPM)

 Kertas 1 (soalan struktur)


 Kuiz
Mathematics 2 jam
 Tugasan Individu 30% 70%
QS025/QA026  Kertas 2 (soalan struktur)
 Tugasan Kumpulan
2 jam
 Kertas 1 (soalan objektif)
 Kuiz
1 jam
Chemistry  Tugasan Individu
30%  Kertas 2 (soalan struktur dan 70%
SK026 / Kumpulan
esei)
 Amali
2½ jam
 Kuiz  Kertas 1 (soalan objektif)
Physics  Tugasan Individu 1 jam
30% 70%
SF026 / Kumpulan  Kertas 2 (soalan struktur)
 Amali 2½ jam
 Kertas 1 (soalan objektif)
 Kuiz
1 jam
Biology  Tugasan Individu
SB026
30%  Kertas 2 (soalan struktur dan 70%
/ Kumpulan
esei)
 Amali
2½ jam
Computer  Kuiz
Soalan struktur
Science  Tugasan 30% 70%
2 jam
SC025  Amali
Perakaunan  Tugasan Individu
Soalan struktur dan esei
(Accounting)  Tugasan 30% 70%
3 jam
AA025 Kumpulan
 Tugasan Individu
Ekonomi Soalan objektif, struktur dan esei
AE025  Tugasan 30% 70%
3 jam
Kumpulan
Pengurusan  Tugasan Individu
Soalan struktur
Perniagaan  Tugasan 30% 70%
3 jam
AN025 Kumpulan
 Kertas 1 (soalan objektif)
 Kuiz
Engineering 1 jam
 Tugasan Individu
Chemistry 30%  Kertas 2 (soalan struktur dan 70%
/ Kumpulan
TK025 esei)
 Amali
2 jam
 Kuiz  Kertas 1 (soalan objektif)
Engineering
 Tugasan Individu 1 jam
Physics 30% 70%
TF025
/ Kumpulan  Kertas 2 (soalan struktur)
 Amali 2½ jam
 Tugasan Individu  Kertas 1 (soalan struktur)
Civil Engineering
 Tugasan 1 jam
Studies 30% 70%
TA027
Kumpulan  Kertas 2 (soalan struktur)
 Amali 2 jam

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 35


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

Lampiran D

FORMAT PENILAIAN

SEMESTER II

MATA PENILAIAN BERTERUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM


PELAJARAN (PB) MATRIKULASI (PSPM)

Mechanical  Tugasan Individu  Kertas 1 (soalan struktur)


Engineering  Tugasan 1 jam
30% 70%
Studies Kumpulan  Kertas 2 (soalan struktur)
TM027  Amali 2 jam
Electrical &
 Tugasan Individu  Kertas 1 (soalan struktur)
Electronics
 Tugasan 1 jam
Engineering 30% 70%
Kumpulan  Kertas 2 (soalan struktur)
Studies
TE027  Amali 2 jam

 Tugasan Individu
English
WB023  Tugasan 100% Tiada −
Kumpulan

 Tugasan Individu
Pendidikan Islam
 Tugasan 100% Tiada −
WU021
Kumpulan

 Tugasan individu
Pendidikan Moral
 Tugasan 100% Tiada −
WM021
Kumpulan

 Tugasan Individu
Kemahiran
 Tugasan
Dinamika 100% Tiada −
Kumpulan
WD021
 Sahsiah
 Kehadiran
Sukan dan
 Amali/Sahsiah
Permainan 100% Tiada −
 Jawatan
KS021
 Penglibatan
 Kehadiran
Kelab dan
 Amali/Sahsiah
Persatuan 100% Tiada −
 Jawatan
KP021
 Penglibatan
 Kehadiran
Unit Beruniform  Amali/Sahsiah
100% Tiada −
KK021  Jawatan
 Penglibatan

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 36


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Pengarah
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.

Tel: (03) 8884 4083


Faks: (03) 8884 4028 / (03) 8888 6864
Laman sesawang: http://www.moe.gov.my

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 37


Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun KPM 2017/2018

Peneraju Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 38

You might also like