Professional Documents
Culture Documents
Metodologi Ibn Qutaibah Dalam Kitabnya Ta Wil Mukhtalif Al Hadith
Metodologi Ibn Qutaibah Dalam Kitabnya Ta Wil Mukhtalif Al Hadith
Metodologi Ibn Qutaibah Dalam Kitabnya Ta Wil Mukhtalif Al Hadith
1.0 PENDAHULUAN
Kitab Ta’wl Mukhtalif al-adth, karangan Imam cAbdullh bin Muslim bin Qutaibah al-
Dainr adalah sebuah kitab masyhur yang membincangkan mengenai hadith-hadith yang
bercanggah. Ibn Qutaibah telah menghuraikan banyak permasalahan hadith-hadith yang
dianggap bercanggah di dalam kitab ini.
Nama sebenar Ibn Qutaibah ialah Abū Muammad cAbdullh bin Muslim bin Qutaibah al-
Dainūr. Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang sastera, sejarah dan Bahasa Arab.
Beliau dilahirkan di Baghdad pada tahun 213H bersamaan 628M dan menetap di Kufah.
Kemudian beliau telah berpindah dan menjadi qadi di Kota Dainr. Beliau juga dikenali
sebagai seorang yang sangat thiqah. Beliau meninggal dunia di Baghdad pada tahun 276H
bersamaan 988M.1
Beliau banyak mengarang kitab dan antaranya ialah Kitab Ta’wl Mukhtalif al-
adth, Kitab Adab al-Khib, Kitab al-Macārif, Kitab al-Syicir wa al-Syucarā’ dan Kitab
al-Imāmah yang juga dikenali sebagai Tārkh al-Khulafā’. Selain itu, beliau juga telah
1
Al-Dainr, Abdullh bin Muslim bin Qutaibah, Muhammad Abd. Rahm (Pnyt.), Ta’wl
Mukhtalif al-adth, Dr al-Fikr, 1995, hlm 6.
2
mengarang Kitab Icrb al-Qurn, Kitab Jāmic al-Naw, Kitab al-Qirāāt, Kitab Musykil al-
Qurn, Kitab al-Fiqh, Kitab Gharb al-adth dan banyak lagi. 2
Kitab Ta’wil Mukhtalif al-adth oleh Ibn Qutaibah yang dianalisa oleh pengkaji ialah
kitab yang telah ditahqiq oleh Muammad cAbd Ram. Kitab ini telah diterbitkan oleh
Dr al-Fikr, Beirt pada tahun 1995.
Menurut Dr Muammad cAjjj al-Khatb lagi, kitab ini telah mendapat tempat
yang layak sebagai kitab turath Islamiyyah kerana ianya telah menutup setiap lubang
(dakwaan-dakwaan) yang direka-reka oleh sesetengah Mutazilah dan puak-puak yang
mengelirukan dan selainnya.4
Pentahqiq kitab ini, Muammad cAbd Rahm juga ada menyatakan pandangannya.
Menurutnya, kitab ini adalah kitab yang tiada tandingannya. Ibn Qutaibah telah membela
golongan ahli hadith dan mempertahankan mereka. Beliau telah menolak kenyataan-
kenyataan kumpulan yang menyanggah kepada peringkat yang mungkin terlalu
2
Al-Dainr, Abdullh bin Muslim bin Qutaibah, Muhammad Abd. Rahm (Pnyt.), Ta’wl
Mukhtalif al-adth, hlm 6 & 7.
3
Al-Khatb, Muammad cAjjj, Ul al-Hdth cUlmuhu wamualhuhu, Dr al-Fikr, 1989, hlm
285.
4
Ibid.
3
melampau dengan mengkritik dan mentajrih tokoh-tokohnya dan bahkan mungkin hingga
ke tahap mengutuk mereka.5
Kitab ini dimulai dengan muqaddimah pentahqiq6 seterusnya diikuti dengan muqaddimah
Ibn Qutaibah. Di dalam muqaddimahnya, Ibn Qutaibah lebih membincangkan berkenaan
tohmahan-tohmahan golongan yang menyeleweng terhadap ahli hadith yang mana terdiri
di kalangan para sahabat seperti Ab Bakar al-Siddiq, Umar dan Uthmn r.a. Satu demi
satu kenyataan tokoh-tokoh golongan yang menyeleweng 7 dikemukakan dan
kemudiannya dibentangkan pula hujah-hujah yang mampu menyangkal dan menjatuhkan
dakwaan mereka.
3.1 Penyusunan
Dalam menghuraikan hadith Mukhtalif yang didakwa oleh golongan anti hadith, Ibn
Qutaibah mempunyai metodologinya yang tersendiri ketika menulis perbahasannya.
5
Muhammad Abd. Rahm, hlm 6.
6
Pentahqiq Muhammad Abd Rahm telah menyenaraikan perkara-perkara yang ditahqiq untuk
kitab ini. Beliau telah menyatakan surah dan nombor ayat bagi ayat-ayat al-Quran, mentakhrij hadith-
hadithnya, meletakkan baris bagi setiap ucapan untuk mengelakkan kekeliruan,meletakkan makna bagi
perkataan perkataan yang sukar difahami dan akhir sekali menyediakan indeks di akhir kitab ini. Indeks-
indeks tersebut ialah: indeks al-Quran, indeks hadith, indeks nama-nama tokoh, indeks tempat, indeks
syair, indeks nama tumbuh-tumbuhan dan indeks nama haiwan.
7
Tokoh golongan yang menyeleweng: seperti al-Naam, Thummah, al-Jahidh. Mereka
kebanyakannya terdiri di kalangan puak Khawrij, Mutazilah, Syah dan Qadariah.
4
Pertama sekali Ibn Qutaibah menyatakan sama ada percanggahan itu berlaku
antara hadith dengan hadith atau selainnya. Perlu untuk diketahui bahawa Ibn Qutaibah di
dalam kitabnya ini bukan sahaja membahaskan hadith yang didakwa bercanggah dengan
hadith yang lain, malah beliau juga membahaskan hadith-hadith yang didakwa
bercanggah dengan ayat al-Quran, ijma, qiys, logik akal dan sebagainya. Contohnya,
jika sekiranya percanggahan itu berlaku antara hadith dengan hadith, beliau menyatakan
seperti ini: متناقضان حديثان: ( )قالواdan jika ianya berlaku antara hadith dan ayat al-Quran,
Setelah itu, beliau mendatangkan hadith-hadith yang didakwa oleh golongan anti hadith
sebagai mempunyai kekeliruan dan percanggahan serta pandangan mereka. Sebagai
contoh:
ى ول تسايروا بيس, "ل تفضسلون علسى يسونس بن مست: رويتم عن رسسول الس صسلى الس عليسه وسسلم أنسه قسال:قالوا
."النبياء
"ى ول فخر,ىوأنا أول من تنشق الرض, ى ول فخر, "أنا سيد ولد آدم:ث رويتم أنه قال
8
. وهذا اختلفا وتناقض:قالوا
Setelah itu, barulah Ibn Qutaibah, menyanggah dakwaan tersebut dengan katanya:
9
. إنه ليس ههنا اختلفا ول تناقض: ونن نقول:قال أبو ممحد
Ibn Qutaibah menggunakan kaedah Rad al-a dalam menghuraikan hadith yang
didakwa adanya percanggahan dan kemusykilan. Kaedah tersebut boleh dilihat pada
hadith yang terletak di bawah tajuk: Malu adalah cabang daripada iman
10
Ibid., hlm 217.
11
Al-Bukhri dalam Kitab anya: Kitb al-Imn, Bb Bayn Umr al-Imn, No. 9, Jil. 1, hlm
12 & Muslim dalam kitab anya; Kitb al-Imn, Bb Bayn Adad Su al-Imn wa afaluh wa
adnhwa falah al-Hay’ wa kaunuhu min al-Imn, No. 57 dan 58, Jil. 1, hlm 63. . (Semua hadith di
dalam penulisan ini ditakrij melalui CD Maktabah al-adth al-Syarf Wa Ulmuhu).
6
Setelah mendatangkan dalil dengan logik akal, Ibn Qutaibah mendatangkan pula
dalil dalam bentuk ayat al-Quran untuk kita fikirkan. Beliau mengatakan adakah mereka
tidak melihat, rukuk dan sujud itu juga dinamakan solat??. Maksud asal solat ialah doa.
Sebagaimana firman Allah s.w.t. :
12
Maksudnya :
“Doakanlah untuk mereka”13
Perkataan “solli” dalam ayat di atas membawa maksud doa. Dalam firman Allah s.w.t.
yang lain:
14
Maksudnya :
“Kalau tidak ada doa ibadah kamu kepadanya”
Apabila kita perhatikan dua ayat di atas, didapati bahawa solat dan doa
mempunyai perkaitan yang rapat di antara satu sama lain. Asal perkataan solat membawa
erti doa dan doa itu pula adalah sebahagian daripada solat. Atas dasar itu ianya dinamakan
solat. Dan begitulah jua halnya dengan malu dan iman.
12
Al-Quran, Ysuf, 9 : 103.
13
Semua terjemahan ayat al-Quran dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir Pimpinan al-Rahman
kepada pengertian al-Quran 30 Juzuk, edisi keenam, (Kuala Lumpur, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan
Perdana Menteri, 1983).
14
Al-Quran, Furqn, 25 : 77.
7
Antara contoh untuk kaedah ini ialah dua hadith yang dianggap adanya percanggahan di
bawah tajuk minum air dengan keadaan berdiri (قائمحا )ف شرب الاء.15
عسن بسن البسارك عسن معمحسسر عسن قتسادة عسسن أنسسس قسال نسى رسسسول الس صسسلى الس عليسسه وسسسلم أن يشسسرب الرجسسل
16
. الكأل أشد منه: فالكأل؟ قال:قائمحا قلت
Bercanggah dengan hadith:
عن عبد الرزاق عن معمحر عن أيوب عن نافع عن بن عمحر أن رسول الس صسسلى الس عليسسه وسسسلم كأسان يشسرب
17
.وهو قائم
Untuk menjawab dakwaan ini Ibn Qutaibah telah mengharmonikan kedua hadith
tersebut dengan menjelaskan bahawa kedua hadith itu disampaikan dengan maksud dan
tujuan yang berbeza. Ini kerana hadith yang pertama adalah bertujuan melarang seseorang
daripada makan dan minum dalam keadaan berjalan supaya adanya uma’nnah ketika
15
Ibid., hlm 300.
16
Muslim dalam kitab anya; Kitb al-Asyribah, Bb Karhiyyah al-Syurbi Qimn, No 2024,
Juz 3, hlm 1600. Ab Dud dalam kitab Sunannya; Kitb al-Asyribah, Bb F al-Syurbi Qimn, No 3717,
Juz 2, hlm 362. Al-Tirmidh dalam kitab Sunannya; Abwb al-Asyribah, Bb M Ja F al-Syurbi Qimn,
No 1879, Juz 4, hlm 300
Hukum hadith: Dihukum sahih oleh al-Albn dalam kitabnya a al-Jmi (6829), a Ab
Dud (3717) dan a al-Tirmidh(1879).
17
Al-Tirmidh dalam kitab Sunannya; Abwb al-Asyribah, Bb M Ja al-Rukhah F al-Syurbi
Qimn, No 1883, Juz 4, hlm 301. Al-Nasi dalam kitab Sunannya; Kitb ifah al-alh, Bb al-Inirf Min
al-alh, No 1361, Juz 3, hlm 81.
Hukum hadith: Dihukum Hasan oleh al-Albni dalam kitabnya a al-Tirmidhi (1883) dan beliau
menyatakan bahawa sanadnya sahih dalam kitab a al-Nasi (1360)
8
makan dan minum. Manakala hadith yang kedua pula bermaksud minum bukan dalam
keadaan berjalan atau berlari.18
Contoh lain pula ialah dua hadith yang didakwa adanya percanggahan di bawah
tajuk menghadap kiblat ketika membuang air kecil dan besar (غائط )استقبال القبلة ببول أو.19
20
.أن رسول ال صلى ال عليه وسلم قال ل تستقبلوا القبلة بغائط ول بول
عن عيسى بن يونس عن أب عوانة عن خالد السذاء عسن عسراك بن مالسك عسن عائشة رضسي الس عنسه هسا أنسا
قالت ذكأسر لرسسول الس صسلى الس عليسه وسسلم أن قومسا يكرهسسون أن يستقبلوا القبلسة بغسائط أو بسول فسأمر النسب
21
.صلى ال عليه وسلم بلئه فاستقبل به القبلة
18
Ibid., hlm 301.
19
Ibid., hlm 86.
20
Al-Bukhr dalam kitab anya; Kitb al-Qiblah, Bb Qiblah ahl al-Madnah wa Ahl al-Shm
wa al-Mashriq, No 386, Juz 1, hlm 154. Ab Dud dalam kitab Sunannya; Kitb al-ahrah, Bb Karhiyyah
Istiqbl al-Qiblah inda Qad’ al-jah, No 9, Juz 1, hlm 49. Al-Tirmidh dalam kitab Sunannya; Abwb al-
ahrah, Bb F al-Nahy an Istiqbl al-Qiblah bi Ghi Au Baul, No 8, Juz 1, hlm 12.
Hukum hadith: Dihukum a oleh al-Albn dalam kitabnya a Ab Dud (9) dan a al-
Tirmidh (8).
21
Diriwayatkan oleh Amad ibn anbal dalam Musnadnya; Musnad al-Anr, adth al-Sayyidah
Aishah r.a, No 25339, Juz 6, hlm 183 dengan lafaz matan yang berbeza seperti berikut:
أن النب صلى ال عليه وسلم أمر بلئه أن يستقبل به القبلة لا بلغه أن الناس يكرهون ذلك: عن عائشة
Hukum hadith: tidak diketahui.
9
Tempat yang melarang membuang air kecil dan besar dengan menghadap ke arah kiblat
ialah padang pasir dan kawasan luas yang tidak mempunyai pokok dan tumbuh-
tumbuhan. Ini kerana ketika mereka bermusafir dan berhenti untuk solat, ada antara
mereka yang menghadap kiblat untuk solat dan ada pula yang menghadap kiblat untuk
membuang hajat mereka. Atas sebab itu, baginda s.a.w melarang mereka membuang air
menghadap kiblat sebagai tanda penghormatan kepada kiblat dan penyucian untuk ibadah
solat itu sendiri.22
Berikutan hal ini, mereka menyangka bahawa larangan tersebut juga perlu
diaplikasikan di rumah dan tandas. Lalu baginda mengarahkan menutup tempat itu dan
boleh menghadap ke arah kiblat. Ini bertujuan untuk memberitahu kepada mereka bahawa
menghadap kiblat ketika membuang air dibolehkan di rumah dan lain-lain tempat yang
tertutup dan juga tempat-tempat yuang tidak seharusnya dilaksanakan solat di situ.23
ل وصية لوارث25
22
Ibid., hlm 86.
23
Ibid., hlm 87.
24
Ibid., hlm 178.
25
Ab Dud dalam kitab Sunanya; Kitb al-Way, Bb M Ja F al-Wayyah li al-Writh, No.
2870, Juz 2, hlm 127. Al-Nasi dalam kitab Sunannya; Kitb al-Way, Bb Ibal al-Way li al-
Writh, No 3641 & 3643, Juz 6, hlm 247. Ibn Mjah dalam kitab Sunannya, Kitb al-Way, Bb L
Wayyah li al-Writh, No 2713 & 2714, Juz 2, hlm 905.
10
Dan menurut mereka, hadith ini jelas bercanggah dengan ayat al-Quran:
Maksudnya:
Diwajibkan atas kamu, apabila seorang antara kamu
kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta
yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan saudara-maranya
secara makruf, (Ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang
bertakwa.26
Menurut mereka, kedua ibu bapa adalah waris dalam apa jua keadaan tidak ada apa
yang boleh menghalang keduanya daripada mendapat harta warisan dan jelas riwayat ini
bertentangan dengan ayat al-Quran.27
Namun begitu, Ibn Qutaibah telah menyanggah dakwaan golongan Khawrij ini
dengan mengatakan bahawa ayat ini telah dimansukhkan dan ianya telah dinasakhkan
oleh ayat al-Mawrith (ayat berkenaan pembahagian harta).28
4.0 PENUTUP
Setelah mengkaji Kitab Ta’wl Mukhtalif al-adth ini, pengkaji mendapati bahawa Ibn
Qutaibah hanya menggunakan tiga daripada lima metodologi yang digunakan oleh para
imam dalam menyelesaikan masalah percanggahan hadith ini. Metodologi yang
digunakan oleh beliau ialah Rad al-a, al-au wa al-Taufq dan al-Nsikh wa al-
Hukum hadith: Dihukum a oleh al-Albn dalam kitabnya a al-Jmi (7570) dan a Ibn
Mjah (2211).
26
al-Qurn, al-Baqarah, 2:180.
27
Al-Dainr, hlm 178.
28
Ayat al-Mawrith: 2 ayat yang menceritakan tentang pembahagian harta terdapat di dalam surah
al-Nis’, 4: 11-12.
11
Kitab Ta’wl Mukhtalif al-adth ini juga merupakan sebuah kitab yang layak diangkat
sebagai kitab Turath Islamiyyah yang unggul. Ini kerana perbahasan Ibn Qutaibah
mengenai percanggahan hadith di dalam Kitab Ta’wl Mukhtalif al-adth sangat baik dan
boleh dijadikan rujukan dari masa ke semasa. Penerangannya mudah difahami. Gaya
perbahasan di dalam kitab ini juga sistematik, kemas dan tersusun. Para pembaca juga
tidak akan keliru dan pasti berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.
Semoga kertas kerja ringkas ini dapat memberikan manfaat kepada mereka yang
ingin mengenali metodologi Ibn Qutaibah dalam kitab Ta’wl Mukhtalif al-adth.
5.0 RUJUKAN
Al-Quran al-Karim.