Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Cadangan Jawapan Kertas 3 SPM Sejarah (Bab

6 : Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia)


Tips menjawab Soalan soalan Kertas 3

1. Pastikan calon membawa soalan dengan teliti dan gariskan kata


kunci
2. Fahami kehendak soalan tersebut
3. Tulis nombor soalan dan tulis esei dengan perenggan supaya
pemeriksa senang membaca tugasan anda
Cadangan jawapan untuk Tema Umum

"Kerajaan British bersetuju menyerahkan kedaulatan Sabah, Serawak


dan Singapura kepada Kerajaan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Sungguhpun
begitu, Malaysia telah ditentang keras oleh Indonesia dan Filipina. Setelah
berjaya menghadapi cabaran getir, lahirla sebuah kesatuan yang dikenali
sebagai Malaysia pada 16 September 1963"

1. Pengenalan (rujuk Buku Teks, hlm 136)

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah membawa


kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu . Persekutuan ini
mengandungi 11 buah negeri. Singapura diletakkan di luar Persekutuan
Tanah Melayu seperti dalam Perjanjian Malayan Union 1946 dan
Persekutuan Tanah Melayu 1948. Sabah dan Sarawak kekakl sebagai
Tanah Jajahan Mahkota British. Keadaan ini kekal sehinggala timbul
ura-ura Pembentukan Malaysia. Usaha ini menimbulkan reaksi dan
cabaran dari dalam dan luar negeri. Akhirnya, pembentukan Malaysia
diterima dan Perlembagaan Malaysia digubal pada tahun 1963.

2. Idea/ Cadangan Pembentukan Malaysia (hlm 137-138)

Idea/ cadangan Pembentukan Malaysia yang pertama oleh Lord Brassey


iaitu Pengarah Syarikat Borneo Utara British. Beliau mencadangkan agar
Kerajaan British mengabungkan Sarawaj dan Sabah dengan Negeri-Negeri
Melayu dan Negeri-Negeri Selat.
Idea kedua ialah oleh Sir Malcom MacDonald pada tahun 1948. beliau
seorang Gabenor Jeneral Asia Tenggara. Cadangan beliau ialah Sarawak,
Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.
Idea atau cadangan seterusnya daripada Dato' Onn Jaafar pada tahun
1956. Beliau mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang
merdeka dinamai "Malaysia". Beliau berpendapat pada suatu hari nanti,
British akan menggabungkan negeri Sarawak, Sabah, Brunei dan
Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
Selain itu, ada cadangan atau idea daripada pemimpin Singapura iaitu
Lim Yew Hock, David Marshall dan Lee Kuan Yew yang mendesak agar
British berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Mereka mencadangkan
agar gabungan tersebut diantara Singapura dan Persekutuan Tanah
Melayu sahaja. Namun begitu, cadangan ini tidak dipersetujui oleh Tunku
Abdul Rahman kerana akan berlaku ketidakseimbangan penduduk.
Seterusnya cadangan oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 mei 1961.
Beliau bersetuju dengan gagasan Malaysia dan mengumumkan cadangan
tersebut dalam Majlis Makan Tengahari anjuran Persatuan Wartawan Luar
Negeri di Hotel Adelphi, Singapura. hasrat beliau ialah pembentukan
Malaysia dapat menjamin kedudukan politik yang lebih kukuh dan disegani
di rantau ini. Selain itu, kerjasama ekonomi dan sosial dapat diwujudkan.

3. Faktor Pembentukan Malaysia (hlm 139-140)


Pertama ialah faktor politik. Lee Kuan Yew berminat bergabung dengan
Malaysia kerana bimbang pengaruh Barisan Sosialis yang telah menang
dalam pilihanraya Hong Lim di Singapura pada tahun 1961. Ini akan
melemahkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) kerana Barisan Sosialis
dianggap gerakan berhaluan kiri. Selain itu, kebangkitan Barisan Sosial
boleh menggugat rancangan British memerdekakan Singapura.
Selain itu ialah ancaman komunis yang menjadi faktor pembentukan
Malaysia. Lee Kuan Yew gunakan alasan ini untuk menggabungkan
Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu
dianggap mempunyai pengalaman luas dalam membenteras ancaman
komunis.
Tambahan pula ancaman komunis di Sarawak mendorong Tunku Abdul
Rahman mencadangkan Pembentukan Malaysia. Penyertaan Sarawak,
Sabah dan Singapura boleh menjadi benteng menghadapi ancaman
komunis.
Pembentukan Malaysia dapat mempercepatkan kemerdekaan Sarawak,
Sabah dan Singapura serta Brunei. Penyertaan negara ini menyebabkan
mereka dapat merdeka 2 tahun lebih awal. Disamping itu juga, mereka
dapat menikmati pembangunan sosial, ekonomi dan politik.
Penubuhan Malaysia merupakan satu proses dekolonisasi Britih
terhadap negeri-negeri Melayu. Usul oleh PBB ini ialah agar tanah-tanah
jajahan dimerdekakan.

Faktor kedua ialah faktor ekonomi. Penubuhan Malaysia dapat


mewujudkan satu pasaran yang lebih luas, menggalakkan pelaburan dan
perkembangan pertanian. selain itu, memanfaatkan sumber dan
keistimewaan yang ada kerana Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah
seperti getah dan bijih timah.

Faktor ketiga ialah faktor sosial. Pembentukan Malaysia dapat


mengimbangi jumlah dan kadar pertumbuhan kaum. selain itu,
memajukan negari seperti Sarawak dan Sabah.

4. Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia.

i) Reaksi Dalam Negeri.


Reaksi dari Singapura ialah Lee Kuan Yew dan PAP sangat menyokong
usaha ini. Namun begitu, penentangan daripada Barisan Sosialis yang
mengatakan Pembentukan Malaysia ialah satu bentuk penjajahan bentuk
baru. Mereka menuntut agar cadangan ini mesti mendapat pandangan
rakyat Singapura terlebih dahulu. Maka satu referendum diadakan dan
hasilnya rakyat Singapura bersetuju dengan Pembentukan Malaysia.
Reaksi daripada Sabah ialah pada peringkat awalnya mereka menolak
kerana sudah selesa berada di bawah jajahan British. Begitu juga dengan
negeri Sarawak yang menolak cadangan tersebut pada peringkat awal.
Namun setelah pelbagai usaha dilakukan rakyat Sabah dan Sarawak sudah
dapat menerima gabungan ini melainkan Pasti SUPP yang menolak
cadangan ini kerana bimbang Sarawak akan dikuasai oleh Persekutuan
Tanah Melayu.
Reaksi dari Tanah Melayu pula, semua parti politik bersetuju kecuali Parti
PAS yang meminta idea ini dirunding terlebih dahulu dengan penduduk
Persekutuan Tanah Melayu.

ii) Reaksi Luar Negeri


Reaksi dari Indonesia ialah Indonesia membantah pembentukan
Malaysia. Walaupun pada peringkat awal, Indonesia tidak menunjukkan
reaksi tetapi pada akhir tahun 1962, mereka mula membantah.
Indonesia berpendapat Pembentukan Malaysia ialah satu bentuk
neokolonisme yang akan mengancam Indonesia. Pandangan ini disuarakan
oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) yang telah mempengaruhi Presiden
Soekarno sehingga mereka mengisytiharkan Dasar Konfrontasi dengan
Konsep Ganyang Malaysia.
Antara tindakan Indonesia untuk mengagalkan Pembentukan Malaysia
ialah menghantar pengintip dan melakukan serangan terhadap kapal-kapal
nelayan Tanah Melayu. Selain itu, Indonesia telah melakukan
pencerobohan di ruang udara Tanah Melayu.
Indonesia turut melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu melalui
Johor, Sarawak dan Sabah. Serangan ini menyebabkan Malaysia
mengambil tindak balas dengan bantuan daripada tentera komanwel.
Bukan itu sahaja, malah Indonesia turut memburuk-burukkan nama
Malaysia di negara Afro-Asia dan Negara Dunia Ketiga. Justeru, pewakilan
Malaysia yang diketuai oleh Tun Abdul Razak telah mengadakan lawatan
ke negara-negara Asia bagi menjelaskan hubungan Malaysia dengan
Indonesia.
Reaksi daripada Filipina ialah Kerajaan Filipina dibawah Presiden
Macapagal mendakwa bahawa Sabah itu adalah hak milik Kesultanan Sulu.
Tuntutan ini berdasarkan perjanjian yang ditandatangi pada 22 Januari
1878 diantara Sultan Jamalul Alam dan Baron Von Overbeck. Walau
bagaimanapun, perjanjian ini telah tamat pada 22 Januari 1958.

Cadangan Jawapan KBAT : calon mesti memilih jawapan yang tepat


berdasarkan soalan pada tema khusus.

Soalan : Tindak balas pemimpin negara terhadap penentangan Indonesia


dan Filipina terhadap Pembentukan Malaysia.

Tindak balas yang dilakukan oleh Pemimpin Negara sewaktu penentangan


Indonesia dan Filipina terhadap Pembentukan Malaysia ialah menyusun
semula pasukan pertahanan atau Askar Wataniah. Selain itu, kita juga
memberikan latihan ketenteraan kepada masyarakat supaya mereka
sentiasa bersedia. Pemimpin Negara juga mengarahkan kawalan yang
lebih ketat dipantai dan di laluan strategik yang boleh dicerobohi musuh.
Seterusnya, pemimpin negara mengadakan rundingan dengan pemimpin
Indonesia dan Filipina.
Tindakan lain yang dibuat oleh pemimpin negara kita ialah mengedarkan
poster konfrontasi untuk makluman semua rakyat. Pemimpin Negara juga
ada membuat bantahan terhadap pencerobohan Indonesia kepada PBB.
Pekara ketujuh ialah pemimpin negara telah melawat negara-negara
Afrika bagi menjelaskn masalah diplomatik Malaysia dan Indonesia. Kita
juga telah melakukan tindak balas terhadap serangan Indonesia dengan
bantuan tentera komanwel. Pemimpin negara juga menawarkan hadiah
bagi penangkapan musuh serta sentiasa mengarahkan supaya melakukan
tinjauan udara.
Soalan : Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa penubuhan Malaysia
akan menjamin kedudukan politik yang lebih kukuh dirantau ini.
Bincangkan

Penubuhan Malaysia dapat menjamin kedudukan politik yang lebih kukuh


di rantau ini kerana negara akan menjadi lebih besar dan wilayah akan
menjadi lebih luas.
Selain itu, pertahanan negara akan menjadi lebih kukuh kerana pasukan
pertahanan dapat bekerjasama antara satu sama lain. Selaras dengan
perluasan wilayah, penduduk akan bertambah ramai. Penubuhan Malaysia
akan dapat membenteras pengaruh komunis yang cuba menyebarkan
pangaruh di negeri-negeri yang belum merdeka. Ekoran itu juga, pasaran
menjadi lebih luas dan dapat meningkatkan ekonomi serantau. Akhirnya
kawasan serantau juga akan mempunyai tenaga kerja yang lebih ramai.

Soalan : Peranan pelajar menjayakan Konsep 1Malaysia. Bagaimana


pelajar memupuk semangat perpaduan yang kukuh / memupuk rasa cinta
dan sayangkan Malaysia.

Peranan pelajar bagi memupuk semangat perpaduan yang kukuh atau


memupuk rasa cinta dan sayangkan Malaysia ialah dengan mengamalkan
prinsip Rukun Negara. Selain itu, pelajar perlu menggunakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa komunikasi dan bersama-sama menyertai aktiviti
sukan dan perkhemahan di sekolah tanpa diskriminasi kaum.
Pelajar boleh memainkan peranan dengan mengadakan kempen
kesedaran kepentingan perpaduan antara kaum dan mempelajari
kepelbagaian budaya di Malaysia.
Selain itu, pelajar boleh bersama-sama mengadakan minggu/bulan
berkaitan dengan Semangat 1 Malaysia dan menyertai pertandingan
mengarang/menulis esei berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia.
Peranan seterusnya ialah belajar menghormati budaya/kepercayaan
sesuatu kaum dan sentiasa bergaul mesra sesama rakan pelajar pelbagai
kaum.
Kumpulan perbincangan/group study yang melibatkan pelbagai kaum
amat digalakkan dalam usaha memupuk perpaduan atau cintakan
Malaysia.
Antara peranan lain yang boleh dimainkan oleh para pelajar ialah
mengunjungi rumah terbuka bagi rakan-rakan yang berlainan bahasa dan
juga mengadakan aktiviti gotong-royong di sekolah bersama-sama semua
kaum dan sentiasa menjaga/meningkatkan nama baik sekolah secara
bersama.

Soalan : Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia

Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia ialah dengan pembinaan Lapangan


Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan juga KLIA 2. Selain itu, tersergam
megah Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur/KLCC yang menjadi
mercu tanda dan antara bangunan tertinggi di dunia.
Selain itu, kejayaan yang dicapai oleh negara kita ialah pembinaan
Litar Formula One di Sepang berjaya menarik pelancong asing seterusnya
meningkatkan ekonomi negara. Kejayaan lain ialah, pembinaan Menara
Kuala Lumpur dengan restoran berputar dapat menyaksikan keindahan
Bandaraya Kuala Lumpur.
Antara kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia ialah Perisytiharan
Melaka/Pulau Pinang/sebagai bandaraya warisan dunia serta Kejayaan
pelayar negara Dato Azhar Mansor berjaya mengelilingi dunia secara solo.
Kejayaan seterusnya yang dicapai dan membanggakan rakyat Malaysia
Program Angkasawan Negara/Dr.Sheikh Muzaffar Shukor dan Dato’
Sharifah Mazlina berjaya merentasi kutub selatan serta Dato Malik Maidin
merentasi Selat Inggeris.
Seterusnya, pembinaan Koridor Raya Multimedia (MSC), Jambatan
Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Shah juga dilihat sebagai
kejayaan yang dicapai oleh Malaysia.
Tidak dilupakan, Kemajuan sistem pengangkutan awam seperti
LRT,MRT dan Monorel banyak memberi keselesaan dan kemudahan kepada
rakyat malaysia. Terakhirnya, kejayaan yang dapat dicapai oleh Malaysia
ialah pengeluaran Kereta nasional seperti Proton
Saga/Myvi/Preve/Persona/Inspira.

Soalan: Kewajaran tindakan Tunku Abdul Rahman mengeluarkan


Singapura daripada Malaysia.

Singapura wajar dikeluarkan daripada Malaysia untuk menjamin


keharmonian negara. Selain itu, tindakan ini dapat menjamin keselamatan
negara dan mengukuhkan perpaduan.
Kewajaran tindakan ini dapat dilihat untuk mengelakkan berlaku rusuhan
kaum serta mengelakkan tercetusnya isu perkauman.
Lain daripada itu, kewajaran dapat dilihat tindakan ini dapat
mewujudkan kestabilan politik dan mewujudkan keamanan untuk negara.
Seterusnya, kerajaan dapat menumpukan pembangunan negara yang lebih
baik.
Selain mengukuhkan pertahanan negara, tindakan ini amat wajar kerana
menunjukkan kebijaksanaan pemimpin yang berfikiran jauh ke hadapan.

Soalan : Cara meraikan hari Malaysia pada 16 September setiap tahun


untuk mengukuhkan penghayatan terhadap semangat Penubuhan
Malaysia.

Cara untuk meraikan Hari Malaysia dalm usaha mengukuhkan


penghayatan terhadap semangat Penubuhan Malaysia ialah dengan
melibatkan diri dalam Perbarisan Hari Malaysia. Kita juga boleh
mengibarkan bendera Jalur Gemilang di rumah-rumah kita. Kita juga patut
mengadakan pameran yang berkaitan dengan Malaysia serta
menganjurkan forum-forum yang berkaitan juga.
Seterusnya, belajar mengenal tokoh-tokoj yang berkaitan dengan
merealisasikan Penubuhan Malaysia dengan cara membaca bibliografi atau
membuat kajian tentang mereka.
Disamping itu, menganjurkan Majlis Tahlil untuk pejuang-pejuang
negara dan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan Negara.
Soalan : Cabaran / Masalah yang dihadapi oleh Malaysia menjamin
kedaulatan negara serta usaha/ langkah/ cara mengatasi nya.

i) cabaran/ masalah
Cabaran / Masalah yang dihadapi oleh Malaysia ialah kesukaran
mendapat pengiktirafan dari negara maju. cabaran kedua ialah gejala
keruntuhan akhlak remaja akibat daripada nilai-nilai kemanusiaan semakin
pudar.
Cabaran ketiga ialah Penyalahgunaan dadah yang semakin merebak di
kalangan belia yang bakal menjadi pemimpin negara di masa hadapan.
Cabaran ke empat ialah Institusi kekeluargaan semakin luntur/penceraian
meningkat menyebabkan ramai rakyat mula hilang jati diri dan sukar
dibawa berunding. Cabara ke lima ialah Demonstrasi jalanan untuk
menyuarakan ketidakpuasan hati semakin berleluasa sehingga
menampakkan bentuk bentuk keganasan yang bakal sukar untuk dikawal.

ii) Usaha/Langkah/cara
Usaha/Langkah/cara mengatasinya ialah dengan Melahirkan modal
insan berkualiti. Usaha seterusnya ialah Memperkukuh jati diri dalam
program PLKN untuk pelajar lepasan SPM.
Usaha/Langkah/cara lain yang dapat dibuat ialah dengan
memperkasakan sekolah agama bagi membentuk insan yang kamil dan
cemerlang dunia dan akhirat. Usaha/Langkah/cara keempat ialah dengan
Menerapkan integriti diri dalam setiap rakyat menerusi sifat Bersih Cekap
dan Amanah. Usaha/Langkah/cara seterusnya, Mengukuhkan institusi
kekeluargaan supaya dapat Memantapkan peranan masyarakat untuk
mengatasi gejala sosial.

Soalan : Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme


Nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme ialah perlunya kerjasama antara
pemimpin dengan pemimpin dan pemimpin dengan rakyat. Nilai-nilai
murni/iktibar/patriotisme seterusnya ialah kita perlu Berfikiran positif dan
melakukan rundingan untuk menyelesaikan masalah.
Nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme ketiga ialah masyarkat kita perlu
berani untuk berdaya saing dengan negara-negara yang lebih maju.
Nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme ke empat ialah, kita mesti berbangga
dengan pencapaian negara. Seterusnya, Nilai-nilai
murni/iktibar/patriotisme kelima ialah tidak mudah putus asa walau
sering berdepan dengan pelbagai rintangan dan kesusahan serta sentiasa
memelihara jati diri.
.
Soalan : Rumusan

Pengetahuan yang saya perolehi ialah pada peringkat awal Penubuhan


Malaysia, kita menghadapi pelbagai cabaran seperti penentangan dari
Indonesia dan Filipina. Namun begitu, saya juga memperolehi
pengetahuan bahawa dengan usaha dan kesungguhan para pemimpin,
segala masalah itu dapat diatasi dan akhirnya Penubuhan Malaysia dapat
dilaksanakan.
Iktibar untuk diri, bangsa dan negara ialah, usaha yang
bersungguh-sungguh tanpa rasa putus asa dan menggunakan
kebijaksanaan maka segala masalah akan dapat diatasi dengan segera.
Selain itu, iktibar yang saya dapati ialah semangat perpaduan dapat
menjayakan sesuatu rancangan.
Harapan saya agar Malaysia dapat dan mampu bersaing dengan
negara-negara maju dari segi ekonomi dan politik dan mampu
mencorakkan aspek sosial dalam bentuk kita tersendiri.

● pastikan anda menulis nombor soalan dan tulisan mestilah cantik


dan kemas

You might also like