Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1

Dalam menuju wawasan 2020, perubahan hala tuju dalam bidang pendidikan yang

berasaskan teknologi maklumat amat mempengaruhi sistem pendidikan di negara kita

Malaysia. Kemunculan penggunaan teknologi maklumat dengan kemudahan internet

memberi kesan yang mendalam kepada semua pelajar. Menurut Tolhurst, Pike dan

Blanton (1994), internet merupakan nama yang diberikan kepada sistem yang

membolehkan seseorang itu bertukar idea,maklumat dan pengetahuan melalui komputer

yang terdiri daripada sistem yang menghubungkan manusia,maklumat dan juga

komputer. Internet juga didefinisikan sebagai sistem global rangkaian komputer antara

pengguna dan data. Greenlaw dan Hepp (2002) menjelaskan melalui internet, seseorang

boleh mendapatkan sebarang maklumat untuk sesuatu subjek yang difikir atau terlintas

dalam pemikirannya melalui himpunan protokol.

Pergerakan masa sememangnya turut membawa perubahan kepada dunia

pendidikan. Sememangnya perubahan yang wujud dalam dunia pendidikan ini

merupakan satu aspek yang penting agar sistem pendidikan kita sentiasa sinonim

dengan keperluan semasa dan sejajar dengan pergerakan kemajuan dunia. Hakikatnya,

perubahan tersebut turut mewujudkan pelbagai isu yang perlu ditempuhi dan diharungi

oleh warga dunia pendidikan, khususnya barisan guru. Salah satu isu perubahan yang

ingin diketengahkan ialah pengintegrasian teknologi maklumat dalam pendidikan.

Pada zaman ini, penggunaan internet dalam pendidikan sudah dijadikan sebagai

sebahagian dalam sistem pendidikan. Internet kini menjadi keperluan dalam sistem

pendidikan di peringkat sekolah rendah,menengah mahupun universiti. Jika dilihat

senario hari ini, semua pangkalan data pelajar akan disimpan dalam komputer. Hal ini

juga meliputi aspek pengisian data pelajar, pendaftaran kursus pelajar yang berada di

peringkat universiti amnya. Penggunaan sistem internet dalam pendidikan bukan sahaja

memudahkan untuk belajar, malah sudah menjadi sebagai keperluan pada era
2

globalisasi masa ini. Sistem pendidikan melalui internet kini sudah semakin maju

mengikut peredaran zaman.

You might also like