Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

SULIT

Nama: ………………………………………

Kelas : ……………………………………….

MAJLIS GURU BESAR DAERAH LAWAS

UJIAN GERAK GEMPUR 3/2018


SAINS 018/1
Kertas 1
TAHUN LIMA
OGOS

1 jam Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D


Bagi Setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan
kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

[ Lihat halaman sebelah


SULIT

1
SAINS KERTAS 1 TAHUN 5
Jawab semua soalan dan hitamkan di kertas yang disediakan

1. Rajah 1 di bawah menunjukkan seekor haiwan .

Rajah 1

Antara haiwan berikut, yang manakah mempunyai ciri perlindungan yang sama bagi
melindungi diri ?

2
2. Rajah 2 di bawah menunjukkan seekor burung memberi anaknya makan.

Rajah 2
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan rajah tersebut?
A Burung memastikan kemandirian spesiesnya
B Burung menyayangi anaknya
C Makanan burung ialah cacing
D Tempat tinggal burung ialah di atas pokok

3. Rajah 3 di bawah menunjukkan satu rantai makanan.

A B C D

Rajah 3
Antara hidupan berikut,yang manakah boleh mewakili B?
A Burung helang
B Rama-rama
C Harimau
D. Biawak

4. Rajah 4 di bawah menunjukkan seekor haiwan yang diwakili oleh M.

Rajah 4

3
Kedudukan M yang manakah adalah betul dalam rantai makanan?
A. Rumput belalang ular M
B. Rumput belalang M Ular
C. M rumput belalang ular
D. Belalang M rumput ular

5. Rajah 5 di bawah menunjukkan satu rantai makanan.

Sawi Belalang Ayam Ular

Rajah 5
Jika bilangan ular meningkat,apakah yang akan berlaku kepada hidupan lain?

Sawi Belalang Ayam


A Meningkat Tidak berubah Berkurang
B Berkurang Meningkat Berkurang
C Meningkat Berkurang Berkurang
D Tidak berubah Meningkat Berkurang

6. Mengapakah rantai makanan dan siratan makanan bermula dengan tumbuhan?

A Kerana tumbuhan tidak boleh bergerak.


B Kerana tumbuhan membekalkan sumber makanan.
C Kerana tumbuhan boleh membuat makanan sendiri.
D Kerana tumbuhan banyak

7. Afiq mendapati banyak buah kelapa sawit di ladangnya dimusnahkan oleh


tikus.Antara yang berikut,yang manakah boleh membantu menyelesaikan masalah
ini?

A Menyembur racun serangga pada pokok-pokok


B Menggunakan racun untuk membunuh tikus-tikus
C Menutup pokok dengan jaring
D Memelihara burung hantu di dalam ladang

4
8. Rajah 6 di bawah menunjukkan pengelasan tumbuhan berdasarkan ciri khas untuk
berlindung daripada musuh.

Rajah 6

Antara berikut yang manakah mewakili M dan N?

M N
A Nanas Lalang
B Keembung Ubi kayu
C Jagung Cili
D Pokok semalu Nangka

9. Berikut ialah ciri-ciri biji benih dalam kumpulan P dan Q.


P Q
• Mempunyai kulit yang kering • Ringan
dan keras • Struktuk berbentuk sayap
• Meletup untuk memencarkan
biji benih apabila masak

Antara berikut, yang manakah dikelaskan dengan betul dalam kumpulan P dan Q.

P Q
A Angsana, meranti Buah getah, semarak api
B Buah getah, meranti Angsana, semarak api
C Meranti, semarak api Buah getah, angsana
D Semarak api, buah getah Angsana, meranti

5
10. Rajah 7 di bawah menunjukkan pokok getah.

Rajah 7

Apakah cara pokok ini untuk mengelakkan kehilangan air yang banyak pada musim
kemarau?

A Menggulungkan daun
B Menyimpan air dalam batang
C Menggugurkan daun
D mengeluarkan lebih banyak getah

11. Saiz bayang-bayang sesuatu objek legap bergantung pada

P : Bentuk objek legap


Q : Jarak objek dari bayang-bayang
R : Jarak objek dari sumber cahaya
S : Kekuatan sumber cahaya

A P dan Q B Q dan S
C Q dan R D R dan S

12.

lampu suluh

Pemerhati

Rajah 8

6
Berdasarkan Rajah 8, pemerhati tidak dapat melihat cahaya lampu kerana

A cahaya dipantulkan
B cahaya mengalami pembiasan
C cahaya bergerak lurus
D cahaya tidak terang

13. Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri pemantul cahaya yang baik?

A Permukaan kasar
B Permukaan rata
C Permukaan lembut
D Permukaan berkilat

14.

bikar

guli

Rajah 9

Rajah 9 menunjukkan sebiji guli yang diletak di dalam bikar. Jika air diisi ke dalam
bikar, guli itu akan

A tidak kelihatan
B kelihatan lebih besar
C kelihatan lebih dekat dengan permukaan air
D bergerak daripada kedudukan sebenar

15. Objek berikut berfungsi menggunakan prinsip yang sama kecuali…

A periskop
B cermin pergigian
C cermin mata
D cermin sisi kereta

7
16. Kamal telah menjalankan suatu penyiasatan untuk mengkaji hubungan antara jarak
sumber cahaya dengan bayang-bayang bagi objek yang terbentuk.
Antara yang berikut, yang manakah akan menghasilkan bayang-bayang yang paling
kecil?

17. Bayang-bayang terbentuk kerana…

A cahaya tidak menembusi objek legap


B cahaya dibiaskan oleh objek legap
C cahaya diserap oleh objek legap
D cahaya terdiri daripada pelbagai warna

8
18.

Rajah 10
Apakah yang ditunjukkan dalam Rajah 10?

A Sel suria B Akumulator


C Sel kering D Sel cahaya

19.

Rajah 11
Apakah yang perlu ditambah pada Rajah 11 supaya mentol dapat menyala?

R : Wayar
S : Suis
T : Sel kering
U : Pemegang mentol

A R sahaja
B R dan S sahaja
C S dan T sahaja
D R, S, T dan U

9
20. Antara litar elektrik berikut, yang manakah mentolnya tidak akan menyala apabila
suis ditutup?
A C

B D

21. Maklumat dibawah diperolehi daripada pemerhatian terhadap suatu litar elektrik.
Mentol M menyala
Mentol N tidak menyala
Mentol O tidak menyala

Litar manakah mewakili maklumat di atas?

10
22. Memegang mangsa yang terkena renjatan elektrik boleh menyebabkan…

A kebakaran
B api
C sakit perut
D renjatan elektrik

23. Rajah 12 menunjukkan satu pemerhatian

Bola besi

Rajah 5

gelang

Bebola besi tidak dapat melalui lubang gelang selepas dipanaskan kerana...

A Jisim bebola besi telah bertambah


B Bebola besi mengembang
C Bebola besi telah mengecut
D Lubang gelang terlalu kecil

24. Suhu sesuatu bahan ialah…

A Kuantiti haba di dalam bahan tersebut


B Kuantiti kandungan bahan tersebut
C Darjah kepanasan atau kesejukan bahan tersebut
D Kuantiti tenaga di dalam bahan

25. Rajah 13 menunjukkan empat kedudukan mata semasa mengukur suhu air
menggunakan termometer.

C
D

Rajah 13

Antara kedudukan bertanda A, B, C, dan D, yang manakah memberi bacaan suhu


yang tepat?

11
26. Bagaimanakah bola ping pong yang kemek dapat kembali ke bentuk asalnya?

A Masukkannya ke dalam ais


B Masukkannya ke dalan peti sejuk
C Rendamkannya di dalam air panas
D Meletakkan di atas lilin yang terbakar

27. Antara berikut, apakah yang akan terjadi sekiranya bebuli termometer diletakkan di
dalam air panas?

A Bebuli termometer akan pecah.


B Suhu akan menurun.
C Tiada perubahan pada suhu termometer.
D Merkuri di dalam bebuli termometer akan mengembang.

28. Bacaan suhu yang manakah menunjukkan pengurangan haba?

A 20ºC  25ºC  23ºC  45ºC


B 20ºC  23ºC  25ºC  45ºC
C 45ºC  25ºC  23ºC  20ºC
D 45ºC  23ºC  25ºC  20ºC

29. Mengapakah paku besi yang diletak di bawah cahaya matahari selama sejam
menjadi panas?

A Paku besi kehilangan haba


B Paku besi menghasilkan haba
C Paku besi dipanaskan oleh udara persekitaran
D Paku besi menerima haba daripada matahari

30. Mengapakah memegang bebuli termometer semasa menyukat suhu cecair adalah
dilarang?

A Bebuli senang pecah dan membahayakan kesihatan

B Bebuli akan menjadi kotor

C Bacaan termometer boleh dipengaruhi oleh suhu badan pemegang

D Bebuli tidak dapat berfungsi kerana dihalang oleh tangan pemegang

12
31.

Rajah 14

Apakah yang akan berlaku pada kabel elektrik dalam Rajah 14 pada pukul 1.00 a.m.
dan 1.00 p.m. ?

1. 00 a.m. 1.00 p.m.

A Kendur Tiada perubahan

B Tegang Kendur

C Tiada perubahan Tegang

D Tiada perubahan Kendur

32. Manakah antara berikut benar bagi keadaan bahan di bawah?

Pepejal Cecair Gas


A Udara Minyak Ais
B Ais Udara Minyak
C Ais Minyak Udara
D Minyak Ais Udara

33. Rajah 15 dibawah menunjukkan kitaran air


S

Rajah 15

Apakah proses yang terlibat pada R dan S ?

A Peleburan dan pembekuan

B Penyejatan dan kondensasi

C Penyejatan dan peleburan

D Kondensasi dan pembekuan

13
34. Antara berikut yang manakah bukan faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan
air?

A Suhu persekitaran

B Angin di persekitaran

C Luas permukaan yang terdedah

D Isipadu air dalam bekas

35. Berikut merupakan faktor yang mencemarkan sumber air semula jadi kecuali...

A racun serangga

B bahan buangan kilang

C menjala ikan

D tumpahan minyak

36. Rajah 16 menunjukkan suatu fenomena perubahan keadaan.

Rajah 16

Antara berikut, perubahan keadaan manakah yang betul?

A Cecair  gas  pepejal

B Pepejal  gas  cecair

C Pepejal  cecair  pepejal

D Cecair  gas  pepejal

14
37. Rajah 17 menunjukkan suatu eksperimen yang dijalankan oleh seorang murid.

Rajah 17

Apakah kesimpulan yang sesuai bagi bagi eksperimen tersebut?

A Gas mempunyai jisim

B Gas memenuhi ruang

C Gas mempunyai bentuk tetap

D Gas boleh dimampatkan

38. Berikut menunjukkan kepentingan kitaran air kecuali...

A untuk mengelakkan banjir

B mengelakkan Bumi dari menjadi kering

C menjaga sumber air bersih

D mengurangkan masalah melibatkan pencemaran air

39.
• Haba diperlukan
• Bertukar kepada wap pada suhu tertentu

Maklumat di atas ialah mengenai proses X. Proses X ialah...

A pembekuan

B penyejatan

C kondensasi

D pendidihan

15
40. Rajah 18 menunjukkan sehelai baju dijemur di bawah cahaya matahari.

Rajah 18

Selepas 30 minit didapati baju itu telah kering. Ramalkan tempoh masa yang diambil
untuk baju itu kering jika dijemur pada hari mendung.

A 10 minit

B 20 minit

C 30 minit

D 40 minit

KERTAS SOALAN TAMAT

16

You might also like