Kad Markah

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

SRI MURUGAN CENTRE

Youth Core

9 Ogos 2018

KEPADA GURU BESAR SJK TAMIL

Tuan/Puan

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI KEJOHANAN BADMINTON – ‘ PIALA SMC’ BAGI


SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL KATEGORI BAWAH 12 TAHUN ANJURAN SRI MURUGAN
CENTRE YOUTH CORE.

Merujuk kepada perkara diatas.

2. Sri Murugan Centre (SMC) adalah sebuah badan kebajikan sosial berlandaskan
akademik yang ditubuhkan oleh Tan Sri. Dato’ Dr. M. Thambirajah pada tahun 1982 untuk
membantu para pelajar dalam bidang pendidikan. SMC menjalankan program-program akademik
dan bukan akademik bagi meningkatkan taraf kehidupan sosio ekonomi masyarkat India di
negara ini selama 36 tahun.

3. Sehubungan dengan itu, Sri Murugan Centre Youth Core meneruskan penganjuran
tahun ketiga secara berturut Kejohanan Badminton – ‘Piala SMC’ bagi Sekolah-Sekolah
Tamil. Kejohanan Badminton ini merupakan satu program yang mencabar minda dan fizikal serta
menguji daya ketahanan murid-murid sekolah Tamil. Kejohanan Badminton ini juga akan menjadi
platform kepada murid-murid sekolah Tamil untuk menampilkan bakat mereka dan seterusnya
menjadikan insipirasi bagi mewakili negara pada satu masa hadapan.

4. Kejohanan Badminton – ‘Piala SMC’ bagi Sekolah-Sekolah Tamil ini akan dijalankan
kepada murid-murid sekolah Tamil Kategori Bawah 12 tahun. Ia dibahagikan kepada Dua
Peringkat iaitu Peringkat Negeri (Pusingan Kelayakan) dan Peringkat Kebangsaan (Pusingan
Akhir).

A -29-1, Menara City One, No.3, Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur
Tel : 03-26937234/ Fax : 03-26937494
URL: www.smc.com.my / e-mail: info@smc.com.my
SRI MURUGAN CENTRE
Youth Core

5. Berikut adalah butiran bagi Kejohanan Badminton tersebut:

**PERINGKAT NEGERI (PUSINGAN KELAYAKAN)

Tarikh : 13hb Oktober 2018


( Johor, Melaka, Negeri Sembilan, KL, Selangor )

: 20hb Oktober 2018

( Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang )

Masa : 9 pagi – 6 petang

Tempat : Selangor ( Supercourts Badminton Centre, Subang Jaya )


: WP Kuala Lumpur ( Bangsar Sports Complex, Bangsar Baru )
: Perak ( HST Badminton, Kampung Ampang Baru, Ipoh )
: Melaka ( Kompleks Sukan Batu Berendam, Melaka )
: Negeri Sembilan ( Sendayan Sports Centre, Silau )
: Johor ( Perbadanan Stadium Johor, Taman Perling )
: Pulau Pinang ( PIBA, Butterworth )
: Kedah ( Kompleks Sukan Aman Jaya, Sungai Petani )
: Pahang ( SJK (C) Khai Mun Repas, Bentong )

PERINGKAT KEBANGSAAN (PUSINGAN AKHIR)

Tarikh : 27hb Oktober 2018

Masa : 9 pagi – 6 petang

Tempat : Lee Chong Wei Sports Arena Kuala Lumpur


Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

6. Justeru itu, kejohanan ini dijalankan secara percuma kepada murid-murid atau
pasukan yang terlibat dan tiada sebarang bayaran dikenakan. Kejohanan ini akan dijalankan
di luar waktu pengajaran dan pembelajaran dan tidak mengganggu takwim sekolah.

7. Pasukan yang menjadi Johan akan merangkul hadiah tunai RM 5000 beserta dengan
Piala, Pingat dan Sijil. Diikuti dengan hadiah tunai RM 3000 bagi Naib Johan dan RM 1500 bagi
tempat ketiga beserta dengan Pingat dan Sijil seterusnya wang tunai RM 500 beserta Pingat
dan Sijil bagi tempat keempat. Pasukan yang menjadi Johan bagi peringkat negeri (pusingan
kelayakan) akan menerima hadiah wang tunai RM 1000 beserta dengan Piala dan Pingat
manakala Naib Johan akan menerima wang tunai RM 500 beserta dengan Pingat dan
Sijil. Kesemua wang tunai akan diberikan kepada sekolah dan sekolah akan
menentukan pemberiannya kepada murid-murid.

A -29-1, Menara City One, No.3, Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur
Tel : 03-26937234/ Fax : 03-26937494
URL: www.smc.com.my / e-mail: info@smc.com.my
SYARAT-SYARAT KEJOHANAN
PIALA SMC 2018

1. Penyertaan adalah PERCUMA (Tiada yuran pendaftaran).

2. Terbuka kepada semua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) SAHAJA.

3. Peserta mestilah berumur 12 tahun dan ke bawah.

4. Jenis perlawanan- Kalah Mati ‘Knock out’.

5. Setiap sekolah terdiri daripada 4 ORANG PEMAIN DAN 2 ORANG PEMAIN SIMPANAN
dengan diiringi seorang GURU PENASIHAT yang mewakili dalam 3 KATEGORI, iaitu :
i. Perseorangan Lelaki (1 pemain)
ii. Beregu Lelaki (2 pemain)
iii. Perseorangan Perempuan (1 pemain)

6. Perlawanan akan dijalankan secara BERPASUKAN dan pasukan yang layak ke pusingan
seterusnya adalah berdasarkan dengan kemenangan berpasukan.

7. Pemain wajib BERPAKAIAN SUKAN DENGAN BERKASUT SUKAN dan membawa RAKET
badminton sendiri.

8. Pihak Penganjur TIDAK akan menyediakan sebarang pengangkutan atau peruntukan


pengangkutan bagi sekolah yang mengambil bahagian.

9. Hadiah kemenangan WANG TUNAI akan diberikan kepada SEKOLAH dan pemenang akan
menerima PINGAT dan SIJIL PENYERTAAN.

10. Semua pemain dan Guru Penyelaras setiap sekolah yang terlibat akan menerima
SIJIL PENYERTAAN.

11. BORANG PENDAFTARAN harus diserahkan kepada pihak penganjur selewat-lewatnya sebelum
30hb September 2018 dan ia hendaklah dihantar melalui email “(pialasmc@gmail.com)”.

12. Salinan KAD PENGENALAN/SURAT BERANAK wajib disertakan dengan Borang Pendaftaran.

13. Hanya JUARA dan NAIB JUARA daripada Peringkat Negeri sahaja yang akan LAYAK ke Pusingan
Akhir di LCW Sports , Sentosa Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2018.

14. Keputusan pihak penganjur dan pengadil adalah MUKTAMAD.

15. Pasukan akan disingkirkan jika tidak berada dalam gelanggang 10 minit awal sebelum
perlawanan bermula.

16. Setiap pemain hanya boleh menyertai dalam satu kategori sahaja.Pemain Simpanan HANYA
boleh bermain dalam satu kategori sebagai pemain gantian .Pemain Simpanan yang sama
tidak dibenarkan bermain dalam dua kategori

17. Penganjur boleh menyingkirkan mana-mana pihak pasukan yang tidak mematuhi terma dan
syarat.
BORANG PENDAFTARAN KEJOHANAN
PIALA SMC 2018

TARIKH :

NEGERI :

NAMA SEKOLAH :

PEGAWAI/GURU PENYELARAS :

NO TELEFON :

BIL KATEGORI NAMA PESERTA UMUR NRIC

1. Perseorangan 1.
lelaki

1.
2. Beregu lelaki
2.

3. Perseorangan 1.
perempuan

1.
Pemain
4.
Simpanan 2.

DISERAHKAN OLEH, DISAHKAN OLEH,

………………………………….. ………………………………..

(Wakil Sekolah) (Wakil SMC Youth Core)

You might also like