Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KERTAS KERJA SAMBUTAN KEMERDEKAAN

PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2018

SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH SEMPENA

HARI KEMERDEKAAN KE - 61

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA KUANG YAH

Sayangi Malaysiaku

ANJURAN :

UNIT PENTADBIRAN KOKURIKULUM

DENGAN KERJASAMA

KETUA PANITIA SEJARAH, PENDIDIKAN SENI VISUAL, PANITIA


PENDIDIKAN MUZIK SERTA PANITIA PENDIDIKAN MORAL
1.0 PENDAHULUAN

Unit kokurikulum dengan kerjasama Panitia Sejarah, Pendidikan Muzik,


Panitia Pendidikan Moral dan Panitia Pendidikan Seni Visual akan mengadakan
aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Kuang Yah bagi tahun 2018. Justeru, pihak berkenaan akan mengambil inisiatif
mengadakan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-61 bertemakan
‘Sayangi Malaysiaku’. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang
melibatkan semua Tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Aktiviti-aktiviti yang
dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-
murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan
kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk semangat patriotik serta
menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuang Yah.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan


adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan guru-
guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuang Yah serta meningkatkan kesedaran warga
sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan
pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjuran
dalam peringkat sekolah supaya dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuang Yah secara menyeluruh. Selain itu, para guru
dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina Kuang Yah di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan
yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.
3.0 OBJEKTIF

i. Menyemai semangat 1 MALAYSIA


ii. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.
iii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam
rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iv. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan
yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
vi. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas
nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
vii. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.
viii. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih
atas jasa-jasa mereka.
ix. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan
menghayati tema sambutan kemerdekaan.
x. Mencungkil bakat pelajar.
xi. Menguji pengetahuan am para pelajar
xii. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
xiii. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu
semasa.
xiv. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan
audien.
xv. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat
tradisional daripada luput ditelan zaman.

4.0 PENGANJURAN

Unit Pentadbiran Kokurikulum dengan kerjasama Ketua Panitia Dunia Sejarah,


Pendidikan Seni Visual, Panitia Pendidikan Muzik serta Panitia Pendidikan Moral
bersama-sama guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuang Yah.
5.0 TARIKH

Sempena Bulan Kemerdekaan dari 1 Ogos 2018 hingga Majlis Penutupan Bulan
Kemerdekaan pada 16 September 2018.

6.0 PENYERTAAN

Semua murid dan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuang Yah.

7.0 STRATEGI

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan


murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan
semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan dijalankan dengan bantuan dan kerjasama
guru-guru Sejarah, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.

8.0 JADUAL PERLAKSANAAN


8.1 CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Bil Aktiviti Panitia / Tempat Perincian Cadangan Tarikh


1. Nyanyian lagu merdeka Dewan Semua kelas 30 Ogos 2018
(Tahun 1-6) dan guru-guru
2. Pertandingan Mewarna Dewan Semua kelas 16 Ogos 2018
(Tahun 1-6) dan guru-guru
3. Pertandingan Menghias Kelas Kelas masing- Semua murid dan semua 1 Ogos- 30 Ogos
(mengikut tema masing guru kelas. 2018
Kemerdekaan)
4. Pelancaran mengibarkan Jalur Dewan Semua murid, guru dan staf Sepanjang Bulan
Gemilang - sekolah. Ogos
Menghiasi persekitaran
sekolah dengan Jalur
Gemilang , poster
Kemerdekaan dan lain-lain

5. Pameran Merdeka (Sudut Papan Notis Semua Murid Sepanjang Bulan


Sejarah) Sekolah Kemerdekaan

6. Kuiz Kemerdekaan Semua Murid 30 Ogos 2018

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Jumlah Perbelanjaan
Bil. Perkara
(RM)
1. Hadiah 50.00
2. Hamper 40.00
3. Piala 50.00
Jumlah 140.00

10.0 JAWATANKUASA AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN


KEMERDEKAAN

PENASIHAT : SWEE CHIN MEI

PENGERUSI : TEO SOO LI

NAIB PENGERUSI : LOW SAY YEE

SETIAUSAHA : CHUA ELAINE


BENDAHARI : LOW SAY YEE

PENGACARA MAJLIS :CHUA ELAINE

HIASAN DEWAN : KOO SIN YEE

ACARA :(KUIZ)LIEW KIT CHUE

( MEWARNA ) SHAHIDAH

( LAGU PATRIOTIK ) POO FONG LING

( SUDUT KEMERDEKAAN ) NORAINI

P.A. SISTEM : NG JIN LIANG

HADIAH : NG JIN LIANG

FOTO : SHAHIDAH

11.0 ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

07.45am Murid berkumpul di dewan


08.00am Nyanyian NegaraKu, Melaka Maju Jaya, Aku Negaraku & Lagu
Sekolah
08.10am Ucapan Guru Besar
08.15am Kuiz
08.30am Penyampaian Hadiah Untuk Pemenang
08.35am Pengagihan Bendera Malaysia
08.40am Nyanyian Lagu Patriotik
08.55am Bersurai

12.0 PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuang


Yah ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi
meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej
sekolah yang postif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan
mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina Kuang Yah dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa
program itu nanti di samping memupuk budaya semangat patriotisme dan cinta akan
Malaysia.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

.......................................... ..........................................
(CHUA ELAINE) (SWEE CHIN MEI)
Guru Penolong Kanan Kurikulum, Guru Besar,
SJKC KUANG YAH. SJKC KUANG YAH.

You might also like