Teks HAKA

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

TEKS PENGERUSI MAJLIS

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK (HAKA)


SK BANDAR PONTIAN 2017
BIL AGENDA BUTIRAN PENYAMPAI PENYAMPAI
1. Perarakan Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat, Tn. Hj.
masuk Muhammadan bin Ahmad , Penyelia Kanan
KEMAS Parlimen Pontian , Wakil Rasmi, Yang
Berhormat , Datuk Ir. Haji Hasni bin Haji
Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya ,
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor
dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar, Penolong
Kanan Pentadbiran dan dif-dif jemputan ke dalam
dewan.

2. ......PERSEMBAHAN KOMPANG......
TARIAN SINGA

Begitulah tadi Persembahan Kompang di bawah


pimpinan Cikgu Mohd Faisal bin Zakaria dan Tarian
Singa di bawah pimpinan Cikgu Lee Kim Siang,
3. TARIAN
............PERSEMBAHAN TARIAN............

Hadirin Sekalian ,
Begitulah tadi persembahan Zapin oleh kumpulan
sutra budaya SK Bandar Pontian di bawah
pimpinan Cikgu Faridah bt Zainin.

4. Kata aluan Yang Berbahagia,

Tn. Hj. Muhammadan bin Ahmad ,


1 HAKA 2017
Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Pontian ,
Wakil Rasmi, Yang Berhormat , Datuk Ir. Haji
Hasni bin Haji Mohammad, Pengerusi
Jawatankuasa Kerja Raya , Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah Negeri Johor.

Yang Berusaha,
Encik Buhari bin Japri
Guru Besar Sekolah Kebangsaan SKBP,

Encik Mohd Ezral bin Abd Jabar


Naib Yang Dipertua PIBG SKBP

En. Haidir bin Abdullah


Guru Penolong Kanan 1, SKBP

Pn. Rafidah binti Md.Yusof


Guru Penolong Kanan Hem, SKBP

Tn. Hj. Mohd A


Tn. Hj Mohd Azeman bin Sailin
Guru Penolong Kanan Kokurikulum , SKBP

Pn. Norpisah binti Ahmad


Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SKBP.

Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, Guru-guru, para ibu


bapa, tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat
yang dihormati sekalian.

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu,

2 HAKA 2017
Salam 1 Malaysia dan Salam Muafakat Johor.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita


memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana
dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan
kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Hari
Anugerah Kecemerlangan Akademik (HAKA) 2017
, Sk Bandar Pontian.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Illahi.

5. Nyanyian lagu Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu


Negaraku dan Negaraku dan lagu Bangsa Johor
Bangsa Johor
Para Hadirin diminta berdiri.. Dipersilakan…

***

Mohon Yang Berbahagia dan para hadirin diminta


duduk .

6. DOA Tuan-tuan dan puan-puan hadirin-hadirat yang


dihormati sekalian.,

Zikir Munajat Pembersih jiwa,


Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah


sama-sama kita menadah tangan bermunajat,
memohon berkat agar segala urusan mendapat
rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Ustaz
Mohd Ruzani bin Mohd Bikan bagi memimpin
bacaan doa.

***

Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz


3 HAKA 2017
Mohd Ruzani bin Mohd Bikan.atas bacaan doa
sebentar tadi
7. Ucapan alu Hadirin Sekalian,
aluan GB
Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya
mempersilakan En. Buhari bin Japri, Guru Besar
Sk Bandar Pontian, Untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan….

***

Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada En. Buhari bin Japri
atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

8. Ucapan NYDP Tuan-tuan dan puan-puan yang budiman sekalian,


PIBG

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan


menjemput dan mempersilakan Encik Mohd Ezral
bin Abd Jabar , Naib Yang Dipertua PIBG SKBP
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

***

Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Ezral bin
Abd Jabar atas ucapan yang disampaikan.

9. Ucapan Makan durian bersama pulut,


Perasmian Duduk bersembang atas serambi,
Tampillah tuan kami menjemput,
Bersama ucapan kata perasmi.

4 HAKA 2017
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan


mempersilakan Yang Berbahagia ,Tn. Hj.
Muhammadan bin Ahmad , Penyelia Kanan
KEMAS Parlimen Pontian ,
Wakil Rasmi Yang Berhormat Datuk Ir. Haji Hasni
bin Haji Mohammad, Pengerusi jawatankuasa
Kerja Raya , Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Negeri Johor untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Hari Anugerah
Kecemerlangan Akademik (HAKA), SK Bandar
Pontian 2017 . Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan tuan.

***

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Yang Berbahagia, Tn. Hj. Muhammadan bin
Ahmad , Penyelia Kanan KEMAS Parlimen
Pontian di atas ucapan dan perasmian itu tadi.

Sebagai tanda ucapan terima kasih daripada pihak


Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian . Pihak majlis
menjemput dan mempersilakan En. Buhari bin
Japri ,Guru Besar Sekolah Bandar Pontian, untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yang
Berbahagia, Tn. Hj. Muhammadan bin Ahmad
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan tuan.

**

Majlis merakamkan Ribuan terima kasih yang tidak


terhingga kepada Yang Berbahagia , Tn. Hj.
Muhammadan bin Ahmad atas kesudian
menerima cenderamata itu tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih
kepada Yang Berusaha Encik Buhari bin Japri atas

5 HAKA 2017
kesudian menyampaikan cenderamata itu tadi

10. Penyampaian Melati kuntum rotan berhias,


Anugerah Khas Tumbuh melata di tepi kali
Anugerah cemerlang 2017
Murid cemerlang kita hargai

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik akan


diteruskan dengan Anugerah Khas 2017 .

Dengan itu, majlis mempersilakan, Encik Buhari bin


Japri, Guru Besar Sk Bandar Pontian untuk
menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia ,Tn.
Hj. Muhammadan bin Ahmad ,
Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Pontian ,
Wakil Rasmi YB Datuk Ir. Haji Hasni bin Haji
Mohammad, Pengerusi jawatankuasa Kerja Raya ,
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor
untuk menyampaikan penyampaian anugerah.

Dengan itu dipersilakan.....

* RUJUK NAMA PENERIMA ANUGERAH *


***

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Yang Berbahagia ,Tn. Hj. Muhammadan bin Ahmad
dan Encik Buhari bin Japri , di atas penyampaian
anugerah.

11. JAMUAN VVIP Hadirin sekalian,


Majlis dengan rasa penuh takzim mempersilakan ,
Encik Buhari bin Japri, Guru Besar Sk Bandar
Pontian untuk menjemput dan mengiringi Yang
Berbahagia ,Tn. Hj. Muhammadan bin Ahmad ,
Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Pontian dan
tetamu jemputan ke Bilik Jamuan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
6 HAKA 2017
12. PERSEMBAHAN Hadirin hadirat yang dirahmati sekalian.
TAHAP 1
Untuk meneruskan majlis, marilah kita sama-sama
menghayati persembahan yang bertajuk Doa oleh
murid – murid Tahap 1. Dengan segala hormatnya
dipersilakan..

***

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang


sungguh menyusuk kalbu sebentar tadi. Untuk
makluman sidang dewan, kumpulan murid ini
dipimpin oleh Cikgu Noor hasliza binti Husain
dan Cikgu Siti Erwina binti Tulot.

13. Penyampaian Hadirin Sekalian,


PRA dan
Anugerah Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan En.
Pendidikan Haidir bin Abdullah, Guru Penolong Kanan 1,
Khas SKBP untuk menjemput dan mengiringi Encik
Mohd Ezral bin Abd Jabar , Naib Yang Dipertua
PIBG SKBP bagi penyampaian sijil graduasi pra
sekolah dan Anugerah Peningkatan Prestasi
Akademik Pendidikan Khas 2017.

Dengan itu dipersilakan.....

* RUJUK NAMA PENERIMA ANUGERAH *

***

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


En. Haidir bin Abdullah dan Encik Mohd Ezral bin
Abd Jabar di atas penyampaian sijil dan hadiah itu
tadi.

14 ANUGERAH Hadirin Sekalian,


KECEMERLANGAN
TAHAP 2 Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Tn. Hj
Mohd Azeman bin Sailin, Guru Penolong Kanan
7 HAKA 2017
Kokurikulum untuk menjemput dan mengiringi
En. Haidir bin Abdullah , Guru Penolong Kanan 1
Untuk menyempurnakan penyampaian anugerah
kecemerlangan tahap 2.

Dengan itu dipersilakan.....

* RUJUK NAMA PENERIMA ANUGERAH *


***
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Tn. Hj Mohd Azeman bin Sailin, dan En. Haidir bin
Abdullah di atas penyampaian sijil dan hadiah itu
tadi.

15 PERSEMBAHAN Hadirin Sekalian,


GHAZAL
Paduka Sukma Setia Menanti,
Berseri di hati pinangan dibawa,
Seketika Cuma majlis berhenti,
Mari nikmati halwa telinga.

Bagi memeriahkan majlis pada pagi ini, majlis


mempersilakan Kumpulan Sutra Irama bagi
persembahan Ghazal .Dipersilakan.

***
erima kasih diucapkan atas persembahan itu
tadi.Untuk makluman sidang dewan, kumpulan
Ghazal ini dipimpin oleh Cikgu Faridah binti Zainin.
16. Hadirin Sekalian,
ANUGERAH
KECEMERLANGAN Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Pn.
TAHAP 1 Norpisah binti Ahmad , Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas SKBP. untuk menjemput dan
mengiringi Pn. Rafidah binti Md.Yusof, Guru
Penolong Kanan Hem, SKBP untuk
menyempurnakan penyampaian anugerah
kecemerlangan tahap 1.

Dengan itu dipersilakan.....

* RUJUK NAMA PENERIMA ANUGERAH *


8 HAKA 2017
***
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Pn. Norpisah binti Ahmad dan Pn. Rafidah binti
Md.Yusof di atas penyampaian anugerah itu tadi.

17. CABUTAN Tuan-tuan dan puan-puan,


BERTUAH
Acara pada hari ini akan diteruskan lagi dengan
acara Cabutan Nombor Bertuah.

Dengan ini, mempersilakan En. Buhari bin Japri,


Guru Besar SK Bandar Pontian untuk menjemput
dan mengiringi Encik Nor Zulhairi Bin Zakaria
untuk menyempurnakan acara cabutan bertuah.
Dipersilakan.

* CABUTAN BERTUAH*

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Encik Nor Zulhairi Bin Zakaria dan En. Buhari bin
Japri di atas penyampaian anugerah itu tadi.

18. PERSEMBAHAN Hadirin hadirat sekalian..


BUSKERS JDT
Hari Anugerah Cemerlang SK Bandar Pontian
diteruskan lagi dengan mempersilakan Kumpulan
Buskers JDT untuk membuat persembahan.

Dengan sukacitanya dipersilakan.

***

Terima kasih diucapkan atas persembahan


bertenaga sebentar tadi. Untuk makluman sidang
dewan, kumpulan murid ini dipimpin oleh Cikgu

9 HAKA 2017
Mohd Faisal bin Zakaria.

19. MAJLIS Hadirin, hadirat sekalian ,


BERSURAI
Selesai sudah Majlis Anugerah Kecemerlangan
Akademik pada kali ini....ucapan tahniah buat
anak- anak yang telah berjaya...diharapkan
kecemerlangan pada kali ini akan diteruskan lagi di
tahun yang akan datang....

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan

Saya sudahi dengan:

Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh.

10 HAKA 2017

You might also like