Cara Bayar Yuran Al Azhar

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN UNIVERSITI UNTUK TAHUN SATU HINGGA

TAHUN 6 IALAH MELALUI PENYEDIAAN BANK DRAFT atau CHEQUE. TERDAPAT


DUA CARA PEMBAYARAN IAITU :

CARA 1– [BANKDRAFT] Ibu bapa/Waris di Malaysia menyediakan bank draft di bank


tempatan Malaysia dan mengirimkan (Poslaju) bank draft tersebut ke Mesir kemudian
dihantar sendiri oleh pelajar ke Syuun Tullab atau melalui pegawai agensi masing-
masing tanpa sebarang caj.

Berikut adalah langkah penyediaan bank draft dari Malaysia untuk rujukan anda:-

Langkah 1: Sediakan bankdraft mengikut jumlah pembayaran yang telah ditetapkan


oleh pihak universiti.

Contoh: Perubatan Al-Azhar USD8000

**Sebaik-baiknya sediakan bank draft melalui bank CIMB, Maybank,


dan HSBC berdasarkan rekod tiada masalah di universiti.
**Sertakan juga surat pengesahan belajar di Mesir berikutan permintaan daripada
kebanyakan bank di Malaysia.

Langkah 2: Pastikan nama ditaip dengan betul.

Garis panduan nama penerima Bank Draft:-

Uni. Al-Azhar: PRESIDENT AL-AZHAR UNIVERSITY

**Dilarang menambah apa-apa perkataan seperti ‘THE’ dan ‘OF’ yang tidak
terkandung dalam garis panduan di atas. Sila ikuti ejaan yang disediakan di atas untuk
mengelakkan bank draft ditolak oleh pihak universiti.

Contoh: ‘PRESIDENT OF AL-AZHAR UNIVERSITY’ (bank draft ini akan ditolak oleh
pihak universiti)

Langkah 3: Serahkan kepada pelajar di Mesir atau ke pegawai agensi masing-masing


melalui serahan tangan atau POSLAJU sahaja.

Pos biasa dan Pos Ekspress tidak digalakkan.

Langkah 4: Sediakan salinan bank draft sebanyak 3 salinan dan tuliskan


pada KESEMUA salinan;

1- nama pelajar,

2- no angka giliran,

3- tahun pengajian, jurusan & universiti,

4- no telefon di Mesir.
* Nota:

Elakkan penyediaan bank draft melalui Bank Islam, Public Bank, Bank
Mualamat dan RHB kerana dikhuatiri bermasalah dengan penerimaan oleh pihak
universiti. Ini berdasarkan pengalaman yang lepas.

CARA 2 : [MANUAL] Ibu bapa/Waris di Malaysia memasukkan duit ke dalam akaun


pelajar, kemudian pelajar akan berurusan dengan pihak bank di Mesir untuk penyediaan
bank draft di sana. Seterusnya para pelajar perlu menyerahkan bank draft tersebut
sendiri/melalui pegawai agensi masing2 kepada Syuun Tullab.
Berikut adalah langkah penyediaan bank draft dari Malaysia untuk rujukan anda:-

Langkah 1 : Tukarkan matawang ke US Dollar

Langkah 2 : Mohon izin bayar yuran (Izin Dafaa’) dan dapatkan cop kebenaran
daripada pejabat Hal ehwal Pelajar Kuliah (Syuun Tullab)

Langkah 3 : Kemudian bawa cop kebenaran bayar yuran daripada Syuun Tullab
tersebut beserta wang USD (mengikut jumlah yuran Universiti) ke pusat bank mesir di
Atabah.

Langkah 4 : Setelah bayar dan mendapat resit bayaran, bawa resit tersebut ke syuun
tullab untuk rekod pejabat bahawa anda telah menjelaskan yuran Universiti.

**Pastikan anda menyimpan salinan resit bayaran tersebut sebagai persediaan jika
timbul masalah di kemudian hari

You might also like