Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

TAJUK : “WALK IN THE DARK”

NILAI : KEBERANIAN

TARIKH : 2 NOVEMBER 2018

TEMPAT : PADANG BESAR (LOKASI DI LUAR BILIK DARJAH)

PERALATAN : WHISTLE, ARAHAN BERJALAN DALAM GELAP

PELAKSANAAN:

1. Guru pelatih membahagikan murid-murid kepada 2 kumpulan(10 murid dalam 1


kumpulan).
2. Guru pelatih memberikan arahan dan penjelasan kepada murid-murid tentang aktiviti
“Walk in the Dark.”
i. Murid-murid akan dibawa ke lokasi di luar bilik darjah.
ii. Murid-murid berbaris dalam satu barisan dan meletakkan kedua-dua tangan di
atas bahu kawan di hadapannya.
iii. Murid-murid akan berpejamkan mata semasa guru pelatih memberikan arahan
untuk berpejamkan mata.
iv. Guru pelatih memberikan arahan-arahan (belok kanan, belok kiri, lompat, melutut,
berlangkah besar, berjalan, berhati-hati dengan tangga dll) kepada murid-murid.
v. Murid-murid membuat tindakan mengikut arahan yang diberi oleh guru pelatih.
vi. Guru pelatih memeriksa murid-murid sama ada membuka mata dari semasa ke
semasa.
3. Guru membawa murid ke destinasi dan menyuruh minta murid-murid untuk membuka
mata mereka.
4. Guru menanyakan soalan kepada murid-murid.
i. Apakah perasaaan anda semasa guru menyuruh anda untuk melompat dan
berhati-hati dengan benda di hadapan anda?
ii. Apakah yang telah anda pelajari daripada aktiviti ini?
iii. Adakah anda akan berani membuat demikian jika anda adalah seorang diri?
5. Guru memberitahu murid-murid bahawa mereka adalah berani dan jujur kerana telah
menghabiskan cabaran dengan tabah dan tidak menipu dalam proses tersebut.
6. Guru memuji murid-murid dan menyuruh murid-murid untuk bergerak ke lokasi yang
seterusnya.

You might also like