Bahan Ceramah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

22 January 2018

Eviden SKPMg2 untuk Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling


Hari ini merupakan taklimat awal tahun untuk perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Pihak JPN telah menjemput Pn
Salehan selaku Nazir Kanan dari Jabatan Nazir Jaminan Kualiti untuk membimbing guru -guru kaunseling bagaimana menyediakan
eviden dan menulis laporan eviden dengan betul.
Ciri -ciri penting SKPMg2
- Format perlaksanaan baru bagi meningkatkan keberkesanan PKS

- Berorientasikan tindakan

- Menitikberatkan kualiti
Setiap tugas yang dijalankan kita boleh check tahap kualiti tugas kita

-Penekanan kepada peranan

-Penglibatan secara menyeluruh


setiap aspek melibatkan semua guru dan warga di sekolah dari pengetua kepada guru

-Penggunaan sepanjang tahun


(peringkat penilaian 1 (Jan - Feb- Mac), peringkat penilaian 2 (April - Mei-Jun-Julai) peringkat penilaian 3 (Ogos-Sept-Oktober-
November)

-Mementingkan evidens perlaksanaan/pencapaian sebagai rujukan kendiri untuk peningkatan kualiti


(rekod sesi, laporan dokumentasi, kertas kerja, pelaporan dan penilaian)
Kualiti dilihat sejauhmana hasil kemenjadian sahsiah murid dan disiplin murid

Antara kesilapan guru kaunseling sewaktu menulis mengenai eviden ialah


1) Tidak meletakkan tahun kepada catatan bahagian eviden.
Contoh yang salah : Jadual analisis bilangan sesi kaunseling
Contoh yang betul: Jadual analisis bilangan sesi kaunseling Jan-Mac 2018, Jadual analisis bilangan sesi kaunseling April -Julai 2018,

2) Tidak boleh menulis perbuatan .


Contoh pernyataan yang salah ialah: saya telah berjaya melaksanakan program Guru Penyayang.
Cara yang betul ialah menulis eviden iaitu: Kertas Kerja Program Guru Penyayang 2018, Laporan Dokumentasi Program Guru
Penyayang 2018.

saya kongsikan hasil taklimat nazir untuk penambahbaikan dalam kerjabuat kita
Bagi standard 3 iaitu pengurusan Hal Ehwal Murid, Unit Bimbingan Dan Kaunseling terletak dibawah aspek 3.3.6 iaitu pengurusan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan 3.3.6.1 ialah mengenai perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diurus secara
profesional dan terancang. dan 3.3.6.2 iaitu pentaksiran psikometrik diurus secara sistematik dan terancang.

Tahap tindakan
Mengurus perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan
i) merancang sesi bimbangan/ kaunseling
Eviden:
1) Jadual Waktu Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Tahun 2018
2) Perancangan Strategik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling 2015-2018(tahun tu mengikut sekolah masing-masing
perancangan strategik dari tahun bila)
3) Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Tahun 2018

ii) melaksanakan sesi bimbingan/kaunseling


Eviden:
1) Laporan sesi bimbingan/kaunseling Jan-Mac 2018
2) Jadual analisis bilangan sesi kaunseling/bimbingan bagi Jan- Mac 2018

iii) merancang program bimbingan dan kaunseling


Eviden:
1) Takwim Unit Bimbingan Dan Kaunseling 2018
2) Takwim SMK Cheras 2018

iv) melaksanakan program bimbingan dan kaunseling


Eviden:
1) Kertas Kerja Bengkel Kepimpinan AJK Kokurikulum SMK Cheras 2018
2) Kertas Kerja Hari Suaikenal Murid Tingkatan 1 2018

Tahap kualiti
Tindakan dilaksanakan:
i) dengan mematuhi ketetapan hal ehwal murid /prosedur /arahan yang berkuatkuasa
Eviden berdasarkan pematuhan dasar perekayasaan perkhidmatan B&K:
1) mengikut ketetapan 5 sesi untuk individu seminggu
2) mengikut ketetapan 1 kelompok bimbingan/kaunseling dalam seminggu

ii) mengikut keperluan murid/isu semasa


Eviden berdasarkan isu di sekolah tersebut. Contohnya ponteng sekolah isu utama sekolah
maka pastikan setiap murid di dalam list masalah ponteng sekolah itu dijalankan sesi kaunseling sama ada individu atau sesi kelompok.
WAJIB menjalankan sesi kaunseling pada list murid tersebut

iii) secara berterusan /berkala


Eviden menunjukkan tarikh perjumpaan sesi atau intervensi yang dirancang secara berterusan dan berkala seperti program motivasi,
program konsultasi selepas sesi kaunseling/bimbingan dijalankan.

iv) dengan mekanisme yang sesuai


Eviden menunjukkan kaedah perlaksanaan yang sesuai
Bagi 3.3.6.2 iaitu pentaksiran psikometrik diurus secara sistematik dan terancang.

Tahap tindakan
Mengurus perlaksanaan pentaksiran psikometrik dengan
i) merancang pentaksiran
Eviden:
1) Jadual Perancangan Perlaksanaan Psikometrik 2018
2) Perancangan Strategik Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling 2015-2018(tahun tu mengikut sekolah masing-masing
perancangan strategik dari tahun bila)

ii) melaksanakan pentaksiran


Eviden:
1) Jadual Perlaksanaan Psikometrik IMK dan ITP Murid Ting 1 2018
(contohnya : jadual pelaksanaan IMK pada tarikh 5 Feb 2018 dan kelas terlibat)
2) Jadual Perlaksanaan Psikometrik IKP Murid Ting 3 2018

iii) menganalisis data dan maklumat pentaksiran


Eviden:
1) Jadual atau carta analisis IMK murid ting 3 2018
(contohnya: sama ada analisis IMK setiap kelas atau sekolah)

iv) mengambil tindakan susulan / intervensi/konsultasi


Eviden:
1) Kertas Kerja Bengkel Mengenal Minat Kerja Murid Ting 3 2018
2) Kertas Kerja Mengenali Potensi Diri Murid Tingkatan 1 2018
3) Minit Mesyuarat Kurikulum 2/2018 (pembentangan kepada warga sekolah)

Tahap kualiti
Tindakan dilaksanakan:
i) dengan mematuhi ketetapan hal ehwal murid /prosedur /arahan yang berkuatkuasa
Eviden berdasarkan
1) menjalankan psikometrik tertentu mengikut kumpulan sasaran tertentu. Cthnya IKK untuk semua tingkatan 5. IKP untuk semua murid
ting 3 /2018 dan melaksanakan pelaporan psikometrik dalam tempoh masa yang telah dinyatakan dalam surat arahan yang
berkuatkuasa.

ii) mengikut keperluan murid/bersesuaian


Eviden menunjukkan psikometrik digunakan untuk keperluan murid mengetahui minatnya, personalitinya dan lain-lain kegunaan

iii) secara menyeluruh meliputi semua murid yang berkenaan


Eviden menunjukkan contohnya untuk IMK, 200 murid tingkatan 3 /2018 yang namanya tersenarai dalam APDM telah menjalankan IKP
dan IMK.

iv) secara berterusan/ berkala


Eviden menunjukkan kaedah perlaksanaan yang sesuai selepas murid menjawab psikometrik, terdapat intervensi dan konsultasi secara
berkala

Cerita tentang 7 jam kelaparan


Dan kereta dgn enjin yang hidup.. ditinggalkan
Thank you Kak Han..

You might also like