Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN HEM

UNIT SAHSIAH PELAJAR


SMK ELOPURA 2, SANDAKAN SABAH
TAHUN 2010

1. PENDAHULUAN

Unit Sahsiah Pelajar merupakan satu unit di bawah Bahagian Hal Ehwal Murid SMK Elopura 2
Sandakan yang mula ditubuh pada tahun 2010. Bermula tahun ini, unit Sahsiah Pelajar mula memainkan
peranannya selaras dengan objektifnya iaitu :
 Melahirkan generasi pelajar yang berpegang teguh kepada akidah dan syariah Islam
 Melahirkan generasi pelajar yang memiliki akhlak yang terpuji serta boleh menjadi
ikutan dan teladan
 Melahirkan generasi pelajar yang dapat melaksanakan tanggungjawab yang
diamanahkan

2. CARTA ORGANISASI

Pengerusi : Pn. Poh Siew Boon (Pengetua SMK Elopura 2 Sandakan)


Naib Pengerusi I : Ustazah Siti Sapo Abdullah (PK HEM SMK Elopura 2 Sandakan)
Naib Pengerusi II : Pn. Noormah Pannuh (PK Pentadbiran SMK Elopura 2 Sandakan)
Naib Pengerusi III : Pn. Nor Azhariah Taman (PK Ko-Kurikulum SMK Elopura 2)

Setiausaha/ Penyelaras : En. Mohamad Fairuz Mohamad Nasir


AJK Tertinggi : En. Azmi Muhammad
Ustaz Mohd Isa Saud (Ketua Panitia Pendidikan Islam)
Cik Wong Nyuk Lee (Ketua Panitia Pendidikan Moral)
Semua Guru Subjek Pendidikan Islam
Semua Guru Subjek Pendidikan Moral
En. Japri Zainun (Kaunselor)
Pn. Wang Mui Ling (Kaunselor)
Pn. Samsiah Ponding (Kaunselor)
En. Abd. Haris Bahar (Guru Disiplin Menengah Atas)
En. Samsuri Wahid (Guru Disiplin Menengah Rendah)
3. TAKWIM / PERANCANGAN AKTIVITI TAHUN 2010

1. Mesyuarat Badan Pembinaan Sahsiah Pelajar


2. Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Aktiviti
3. Sembahyang Berjemaah dan Ta’lim
4. Kempen Pembudayaan Memberi Salam & Berbudaya Sopan
5. Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil
6. Tazkirah
7. Kempen / Minggu Berpakaian Sopan
8. Gotong-Royong
9. Kursus Kepimpinan Pelajar
10. Program Penampilan Diri
11. Ceramah Sahsiah Pelajar

4. AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN / PERJUMPAAN MINGGUAN

TARIKH AKTIVITI

1. 12.02.2010 Kursus Kepimpinan Pelajar 2010 (Ceramah)


2. 25.02.2010 Ceramah “Pelajar Berdisiplin Membina Masa Depan Gemilang” Siri I
3. 15.04.2010 Ceramah “Pelajar Berdisiplin Membina Masa Depan Gemilang” Siri II

5. PENUTUP

Walaupun hampir semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan namun masih banyak lagi
penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memastikan pengurusan dan pentadbiran tahun akan
datang berjalan lancar. Ini disebabkan oleh unit Sahsiah Pelajar baru ditubuhkan mulai tahun ini.
Penyelaras juga merupakan guru permulaan dan masih lagi dalam serba kurang kemahiran dalam
merangka kerja seterusnya merancang program yang dirancang. Walau bagaimanapun, sepanjang tahun
ini, penyelaras bersama-sama tenaga kerja yang lain tidak mengambil hal serta kekangan ini sebagai
batu penghalang untuk melaksanakan program yang dirancang tetapi akan berusaha melipatgandakan
usaha di samping memperbaiki mana-mana perkara yang boleh diatasi agar unit Sahsiah Pelajar dapat
berjalan dengan sebaiknya di masa akan datang. Diharapkan pada tahun akan datang, unit Sahsiah
Pelajar akan berjaya mencapai objektif dan matlamat sebagai mana yang termaktub di dalam Fail Meja
Unit Sahsiah Pelajar. Insyallah

Laporan disediakan oleh :

…………………………...............................................
(EN. MOHAMAD FAIRUZ B. MOHAMAD NASIR)
Setiausaha merangkap Penyelaras
Unit Sahsiah Pelajar Bahagian HEM
SMK Elopura 2 Sandakan Sabah
LAPORAN AKTIVITI TAHUN 2010

Program / Aktiviti : KURSUS MEMPERKASAKAN WAJA DIRI BARISAN KEPIMPINAN PELAJAR

1. PENDAHULUAN

Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk membentuk barisan kepimpinan pelajar yang berwibawa
dan berkesan dalam menjalankan tugas masing-masing, menjadi contoh teladan yang terbaik
kepada pelajar-pelajar lain di sekolah dan melahirkan para pemimpin dalam membentuk warga
pelajar yang lebih berdisiplin serta berjaya di masa akan datang

2. TARIKH : 12hb Februari 2010

3. TEMPAT : Bilik Mesyuarat

4. MASA : 08.00 – 10.00 pagi

5. PENCERAMAH : Pn. Albiah bt Amut (Kaunselor SMK Agama Sandakan)

6. AJK Guru Terlibat : Ustz. Siti Sapo Abdullah (PK HEM SMK Elopura 2), En. Mohamad Fairuz
Mohamad Nasir, En. Azmi Muhammad, En. Sulaiman Laide, Pn. Siti
Zarlina Karim, En. Samsuri Wahid dan Encik Azuandy Saramali

7. SASARAN : 154 orang pelajar (Pengawas, Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan)

8. PERBELANJAAN : RM65.00 (Sumbangan PIBG dan SMK E lopura 2 )

9. TENTATIF PROGRAM :

7.30 pagi ..... Pelajar berkumpul di Bilik Mesyuarat


8.00 pagi ..... Ketibaan Penceramah Jemputan (YBrs. Pn Albiah Amut –Kaunselor SMK Agama
Sandakan)
8.15 pagi ...... Ucapan alu-aluan Ust. Siti Sapo Abdullah (PK HEM SMK Elopura 2)
8.30 pagi ...... Sesi ceramah bermula
10.00 pagi ..... Penyampaian sumbangan cenderamata kepada penceramah
10.10 pagi .... Jamuan ringan di kantin sekolah (untuk penceramah dan guru-guru terlibat)
10. PENUTUP

Program ini berjaya dilaksanakan. Sesi ceramah ini diharap mampu memberi bimbingan dan
nasihat kepada barisan kepimpinan pelajar di sekolah ini bagi dipraktikkan lagi dalam memacu
serta memantapkan lagi disiplin dan sahsiah pelajar dalam melahirkan insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. Pelajar secara keseluruhan seronok dan mudah melibatkan diri dalam
semua aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus ini dijalankan.

Disediakan oleh :

………………………………...................................
MOHAMAD FAIRUZ BIN MOHAMAD NASIR
Guru Penyelaras
Unit Sahsiah Pelajar
SMK Elopura 2 Sandakan
LAPORAN AKTIVITI TAHUN 2010

Program / Aktiviti : CERAMAH “PELAJAR BERDISIPLIN MENGGAPAI MASA DEPAN GEMILANG” SIRI I

1. PENDAHULUAN

Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan
berdisiplin sebagai pelajar sekolah, memupuk pelajar agar dapat berfikir dan bertindak dengan
cara yang betul dalam membentuk serta membina halatuju masa depan yang lebih gemilang, dan
melahirkan pelajar yang dapat menjadi kebanggaan ibu bapa serta sekolah. Walaupun terdapat
kekangan masa, namun aktiviti ini berjaya dilaksanakan.

2. TARIKH : 25hb Februari 2010

3. TEMPAT : Bilik Agama

4. MASA : 09.00 – 11.00 pagi

5. PENCERAMAH : En. Pandir bin Lodeh (PK Pentadbiran SMK Datuk Pengiran Galpam)

6. AJK Guru Terlibat : Ustz. Siti Sapo Abdullah (PK HEM SMK Elopura 2), En. Mohamad Fairuz
Mohamad Nasir, En. Azmi Muhammad, En. Sulaiman Laide, Encik
Samsuri Wahid, En. Japri Zairun dan Encik Azuandy Saramali

7. SASARAN : 50 orang pelajar yang terlibat dan mempunyai kes-kes disiplin

8. PERBELANJAAN : RM65.00 (Sumbangan PIBG dan SMK E lopura 2 )

9. TENTATIF PROGRAM :

7.30 pagi ..... Pelajar berkumpul di Bilik Agama


8.00 pagi ..... Ketibaan Penceramah Jemputan (Ybrs. En. Pnadir Lodeh – PK Pentadbiran SMK
Datuk Pengiran Galpam)
8.15 pagi ...... Ucapan alu-aluan Ust. Siti Sapo Abdullah (PK HEM SMK Elopura 2)
8.30 pagi ...... Sesi ceramah bermula
11.00 pagi ..... Penyampaian sumbangan cenderamata kepada penceramah
11.10 pagi .... Jamuan ringan di kantin sekolah (untuk penceramah dan guru-guru terlibat)
10. PENUTUP

Program ini berjaya dilaksanakan. Sesi ceramah ini akan disambung lagi untuk siri kedua yang
bakal menyusul dalam masa dua bulan lagi. Hal ini disebabkan ada lagi sebahagian daripada
pelajar dari kumpulan sasaran tidak hadir semasa sesi ceramah diadakan dan juga sebagai
memenuhi permohonan dari penceramah jemputan supaya memberinya satu lagi slot atau
ruang untuk menyampaikan ceramah berkenaan kepada kumpulan pelajar lain yang dipilih dari
kumpulan yang lebih kecil kelak.

Disediakan oleh :

………………………………...................................
MOHAMAD FAIRUZ BIN MOHAMAD NASIR
Guru Penyelaras
Unit Sahsiah Pelajar
SMK Elopura 2 Sandakan
LAPORAN AKTIVITI TAHUN 2010

Program / Aktiviti : CERAMAH “PELAJAR BERDISIPLIN MENGGAPAI MASA DEPAN GEMILANG” SIRI II

1. PENDAHULUAN

Cermah ini adalah lanjutan dari ceramah yang telah diadakan pada bulan Februari yang lalu di atas
memenuhi permintaan dari penceramah jemputan. Objektif dan matlamat program ceramah yang
diadakan ini tidak banyak berubah dari siri pertama yang dijalankan lalu. Hanya melibatkan sedikit
perubahan dari segi bilangan skop sasaran pelajar sahaja. Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk
memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan berdisiplin sebagai pelajar sekolah,
memupuk pelajar agar dapat berfikir dan bertindak dengan cara yang betul dalam membentuk
serta membina halatuju masa depan yang lebih gemilang, dan melahirkan pelajar yang dapat
menjadi kebanggaan ibu bapa serta sekolah. Walaupun terdapat kekangan masa, namun aktiviti
ini berjaya dilaksanakan.

2. TARIKH : 15hb April 2010

3. TEMPAT : Bilik Agama

4. MASA : 07.30 – 11.00 pagi

5. PENCERAMAH : En. Pandir bin Lodeh (PK Pentadbiran SMK Datuk Pengiran Galpam)

6. AJK Guru Terlibat : Ustz. Siti Sapo Abdullah (PK HEM SMK Elopura 2), En. Mohamad Fairuz
Mohamad Nasir, En. Azmi Muhammad, En. Sulaiman Laide, Encik
Samsuri Wahid, En. Japri Zairun, Ust. Mohd Isa Suad, En. Redzuan
Hamzah dan Encik Azuandy Saramali

7. SASARAN : 57 orang pelajar (yang telah ditapis dan dipilih berdasarkan kes-kes
mereka di sekolah di samping melalui cadangan maklum dari guru kelas)

8. PERBELANJAAN : RM65.00 (Sumbangan PIBG dan SMK E lopura 2 )


9. TENTATIF PROGRAM :

7.30 pagi ..... Pelajar berkumpul di Bilik Agama


8.00 pagi ..... Ketibaan Penceramah Jemputan (Ybrs. En. Pnadir Lodeh – PK Pentadbiran SMK
Datuk Pengiran Galpam)
8.15 pagi ...... Ucapan alu-aluan Ust. Siti Sapo Abdullah (PK HEM SMK Elopura 2)
8.30 pagi ...... Sesi ceramah bermula
11.00 pagi ..... Penyampaian sumbangan cenderamata kepada penceramah
11.10 pagi .... Jamuan ringan di kantin sekolah (untuk penceramah dan guru-guru terlibat)

10. PENUTUP

Program ini berjaya dilaksanakan. Sesi ceramah ini akan disambung lagi untuk siri yang
seterusnya. Penceramah jemputan melalui perbincangan dengan penyelaras bersama PK HEM
telah membuat cadangan agar ceramah sebegini lebih kerap diadakan untuk tahun-tahun yang
akan datang iaitu diadakan dalam selang masa dua bulan sekali. Pelajar yang terlibat di dalam
sesi ceramah ini mendapati lebih santai dan seronok mendengar sesi ceramah yang disampaikan
dan mereka dilihat mudah mesra dengan penceramah. Justeru, unit Sahsiah Pelajar akan
meneruskan lagi aktiviti ini pada masa yang akan datang dengan kadar kekerapan akan
ditambah mengikut kesesuaian masa penceramah jemputan.

Disediakan oleh :

………………………………...................................
MOHAMAD FAIRUZ BIN MOHAMAD NASIR
Guru Penyelaras
Unit Sahsiah Pelajar
SMK Elopura 2 Sandakan

You might also like