Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 123

Direktori

Pondok-pondok
di Malaysia
Direktori
Pondok-pondok
di Malaysia

Diterbitkan oleh
Yayasan pembangunan pondok 1malaysia
Kuala Lumpur
Terbitan Pertama 2012

© Yayasan pembangunan pondok 1malaysia

Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan


ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran
atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan
cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya
tanpa izin pemilik hak cipta terlebih dahulu.

Direktori Pondok-pondok di Malaysia

Diterbitkan oleh
Yayasan pembangunan pondok 1malaysia
No. 2598, Jalan Johor Selatan, Bukit Persekutuan
50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 012-606 3484 Fax: 03-8890 2572
http://www.pondok1msia.org.my
www.facebook.com/yayasanpembangunanpondokmalaysia
Kandungan
Kata-Kata Aluan

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak 14


Perdana Menteri Malaysia
Penaung Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia

Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim 16


Penasihat Kehormat
Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia

Tan Sri Prof Ulung Dr Kamal Hassan 18


Pengerusi
Ahli Lembaga Pemegang Amanah
Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia

KEDAH
Madrasah Al-Hanafiah, Kulim 20
Madrasah Islahiah @ Tarbiah Islahiah, Padang Serai 22
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Pondok Bukit Gajah Teriak, Jitra 24


Al-Madrasah Al-Imaniyyah Ad-Dalawiyyah, Jitra 26
Pondok Haji Wan Salleh, Jitra 28
Madrasah Al-Hidayah Al-Hukumiah, Jitra 30
Madrasah Al-Ulum Ad-Diniah Al-Usmaniah, Jitra 32
Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah, Alor Setar 34
Madrasah Ahmadiah, Alor Setar 36
Ma’had As-Syatirie, Alor Setar 38
Pondok Alor Janggus, Alor Setar 40
Madrasah Ehya Ulumuddin, Alor Setar 42
Madrasah Takwiyatul Islamiah, Pokok Sena 44
Madrasah Nurul Islam, Ayer Hitam 46
Madrasah (Manabi’ Al-Ulum Ad Diniah), Ayer Hitam 48
Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah Al-Wataniah, Sik 50
Pondok Kg Charok Tok Uban, Sik 52
Madrasah Diniah Ahmadiah Islamiah, Sik 54
Fauzi Tempat Pengajian Islam, Yan 56

6
kandungan

Pondok Al-Nahdzah, Yan 58


Madrasah As-Sa’adah Al-Islamiah, Pendang 60
Madrasah Misbahul Falah, Baling 62
Madrasah Sa’adatul Wataniah, Baling 64
Madrasah Nurul Hidayah, Baling 66
Madrasah Taufikiah Khairiah Al-Halimiah Atau Pondok Pak Ya, Guar Chempedak 68
Maktab Pengajian Islam Kedah, Kodiang 70
Ribat Nasrul – Muhajirin, Kodiang 72
Pondok Lebai Isa, Kodiang 74

PULAU PINANG
Pondok Penanti Kubang Ulu (Madrasah Manabiu’l Ulum), Butterworth 76
Yayasan An-Nahdhoh, Bukit Mertajam 78
Madrasah Darul Muhajirin, Seberang Perai 80

PERAK
Madrasah Addiniah Al-Latifiah, Pengkalan Hulu 82

7
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

SELANGOR @ WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR


Yayasan Al-Jenderami, Dengkil 84
Madrasah Tahfiz Al-Quran Lil Banin, Dengkil 86
Madrasah Diniah Ahmadiah, Kajang 88
Raudhatul Ulum @ Darul Atiq, Ulu Selangor 90
Pusat Pengajian Pondok Bustanul Arifin, Banting 92

NEGERI SEMBILAN
Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussifa, Tampin 94
Pusat Pengajian Al-Quran, Port Dickson 96

MELAKA
Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath Negeri Melaka (PMKT), Kampung Padang Temu 98
Pondok Baitul Qurra’Wal Fuqaha, Paya Rumput Jaya 100

8
kandungan

JOHOR
Madrasah Darul Istiqamah, Muar 102
Madrasah Miftahul Muarif, Muar 104
Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniah, Ledang 106
Madrasah Ribath, Muar 108

PAHANG
Madrasah An-Najjah, Bera 110
Madrasah Darul Huda, Bandar Bera 112
Ma’ahad Tahfiz Darul Hijrah Al-Islamiah, Temerloh 114
Madrasah Addiniah Ismailiah, Temerloh 116
Madrasah Darul Salam, Kuantan 118
Pusat Pendidikan Islam An-Nuur, Kuantan 120
Pondok As-Salikin, Beserah 122

9
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

TERENGGANU
Ma’ahad At-Tahfiz Tarbiyyah Darul Iman, Kuala Terengganu 124
Pondok Al-Baqiatul Shalihat, Kuala Terengganu 126
Pusat Darul Muhajirin, Kuala Terengganu 128
Madrasah Al-Hidayah, Kuala Terengganu 130
Madrasah Mazahirul Ulom, Kuala Terengganu 132
Madrasah Quran, Kuala Terengganu 134
Ma’ahad Tahfiz Al-Itqan, Kemaman 136
Madrasah As-Siratul Mustaqim, Kemaman 138
Madrasah Darul Taqwa, Kemaman 140
Pusat Pengajian Taman Islam, Kemaman 142
Pusat Pendidikan Darul Bayan, Dungun 144
Madrasah Quran Pinang Baru, Dungun 146
Muasasah Pondok Matlain Badrain, Jerteh 148
Madrasah Falahiah Kerandang, Jerteh 150
SK Pondok Madrasah Ta’alim Watarbiyah, Jerteh 152
Pondok At-Taqwa, Jerteh 154

10
kandungan

Perkampungan Ubudiah Pondok, Jerteh 156


Pusat Tarbiyah Nurul Iman, Besut 158
Markaz Tarbiyah Pondok Bukit Puteri, Besut 160
Madrasah Al-Insanniyyah, Setiu 162
Ma’ahad Darul Quran, Marang 164
Madrasah Ibtida’i, Hulu Terengganu 166

KELANTAN
Madrasah Darul Ilmi, Tanah Merah 168
Madrasah Darul Muttaqin, Tanah Merah 170
Pusat Dakwah Jeli, Tanah Merah 172
Pondok Jal Besar, Tumpat 174
Madrasah An-Najmiah, Tumpat 176
Pondok Saadatul Darain, Tumpat 178
Madrasah Al-Badriah, Tumpat 180
Madrasah Yaakobiah, Tumpat 182
Madrasah Tarbiah Atfal, Tumpat 183

11
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Pondok Meheliah, Tumpat 184


Madrasah Ar-Rahmaniah, Tumpat 186
Pondok Darul Hanan Lambor, Tumpat 188
Yayasan Darul Hanan Pondok Tok Selehor, Tumpat 190
Pondok Haji Zakaria Banggol Setol, Pasir Mas 192
Al-Madrasah Darul Saadah, Pasir Mas 194
Madrasah Nasrullah, Pasir Mas 196
Pondok Aur Cina, Pasir Mas 198
Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas 200
Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir Mas 202
Pondok Haji Ali, Pasir Mas 204
Pondok Lati, Pasir Mas 206
Pondok Nurul Islam Jelor, Pasir Mas 208
Pondok Tuan Guru Haji Ismail, Pasir Mas 210
Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Riyadh, Rantau Panjang 212
Pondok Gual Dalam Lubok Setol, Rantau Panjang 214
Pusat Kebajikan Tahfiz Al-Quran dan Pengajian Islam, Rantau Panjang 216

12
kandungan

Madrasah Diniah Bakriah, Kota Bharu 218


Kulliyah Pondok Darulnaim, Kota Bharu 220
Madrasah Muhammadiah Beta Hilir, Kota Bharu 222
Pondok Mahligai Melor, Kota Bharu 224
Pondok Seligi, Pasir Puteh 226
Pondok Dalam Huma, Pasir Puteh 228
Pondok Haji Yaakub Samba, Pasir Puteh 230
Pondok Hidayah Bt 31, Machang 232
Pondok Sungai Durian, Kuala Krai 234
Madrasah Islahiah, Bachok 236
Madrasah Munajiyah, Gua Musang 238

Penghargaan 240

13
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Kata-kata Aluan Penaung

Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Marilah bersama-sama kita mengucap kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana


dengan izin-Nya dan nikmat-Nya dapat kita sama-sama melaksanakan tuntutan
Islam dalam keadaan harmoni dan penuh kerahmatan.

Saya mengucapkan sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada


Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia kerana telah berjaya menerbitkan
Direktori Pondok 1Malaysia. Penerbitan direktori ini merupakan salah satu aktiviti
yayasan bagi mengiktiraf kewujudan institusi pondok di negara ini.

Sesuai dengan misi penubuhan Yayasan Pembangunan Pondok


1Malaysia (YPP1M) iaitu memartabatkan institusi pondok,
menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP), terdapat
Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang salah
satunya ialah meningkatkan pencapaian pelajar. Ini bermakna
pelajar-pelajar institusi pondok tidak terkecuali daripada pelan
transformasi ini.

14
Kata aluan

Melalui aktiviti YPP1M, pelajar-pelajar institusi pondok akan dibantu, sama ada dalam bentuk biasiswa
melanjutkan pelajaran ke IPT luar negara ataupun bantuan buku-buku rujukan dan tempat pembelajaran
yang lebih kondusif. Dan penubuhan yayasan ini bukanlah untuk mengambil alih pengurusan pondok tetapi
sekadar memberikan payung perlindungan supaya kegemilangannya dapat dikekalkan.

Sementelah dengan adanya direktori ini, mudah bagi kita membuat rujukan mengenai pondok-pondok
yang ada di negara ini. Masyarakat akan lebih dekat dengan institusi ini. Bak kata pepatah, tak kenal maka
tak cinta.

Moga usaha murni ini dapat memberikan manfaat kepada negara, bangsa dan agama. Insya-Allah.

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak


Perdana Menteri Malaysia
Penaung Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia

15
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Kata-kata Aluan Penasihat

Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Allah (SWT) yang telah mempermudahkan


segala urusan penerbitan Direktori Pondok-pondok 1Malaysia.

Penerbitan direktori ini merupakan aktiviti awal Yayasan Pembangunan Pondok


1Malaysia. Pangkalan data yang dikumpul akan sentiasa dikemas kini untuk
memudahkan masyarakat khususnya para ibu bapa mendapatkan maklumat
mengenai institusi pondok. Satu kaji selidik telah dijalankan pada bulan Ogos
hingga September 2012 bagi mengumpul data mengenai pondok-pondok
yang ada di negara ini. Selepas ini, pusingan kedua bancian akan diadakan bagi
mengumpul lebih banyak data yang melibatkan pondok-pondok yang tidak
berdaftar pula.

Dengan terbitnya direktori ini, dapat membuktikan bahawa


sistem pembelajaran dan tradisi ilmu semasa zaman Rasulullah
(SAW) masih boleh dikekalkan. Bak kata pepatah, tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas. Walaupun kita sudah melangkah
ke abad 21, tradisi penyampaian ilmu secara halaqah, iaitu
lima hingga enam orang pelajar akan duduk mengelilingi guru
mereka dan mendengar pengajaran yang disampaikan, masih
diteruskan.

16
Kata aluan

Proses pembelajaran bersemuka ini sudah tentu dapat memudahkan penyampaian ilmu dengan lebih
berkesan. Hatta di sekolah-sekolah bantuan kerajaan mahupun di IPT, cara sebegini dikenali sebagai belajar
berkumpulan. Namun yang menjadi ketua pengajar bukanlah guru, sebaliknya rakan-rakan sebaya. Caranya
mungkin sama, tetapi perkongsian ilmunya agak berbeza. Pelajar-pelajar di pondok lebih beruntung kerana
mendapat ilmu terus daripada guru mereka dan mereka mempunyai kelebihan untuk bertanya tanpa berasa
rendah diri.

Maka, direktori yang mengandungi butiran lokasi ini boleh memberikan panduan kepada bakal pelajar
dan para ibu bapa yang mahu mengenali sistem pembelajaran pondok dengan lebih dekat. Direktori ini
juga diharap dapat memberikan semangat dan dorongan kepada tuan guru pondok untuk meneruskan
perjuangan mereka menyebarkan ilmu pengetahuan agama. Kehadiran mereka sudah dipetakan dan
semakin ramai anggota masyarakat akan menyedari bahawa institusi pondok ini tidak pernah berkubur.

Dalam direktori ini turut disenarikan beberapa nama tuan guru tersohor dan juga bekas-bekas pelajar pondok
yang telah berjaya menempa nama sebagai tokoh ilmuwan Islam. Hal ini membuktikan bahawa institusi
pondok mempunyai kredibiliti yang setanding dengan institusi pengajian tinggi yang lain.

Moga usaha mengemaskinikan pangkalan data di dalam direktori ini dapat diteruskan demi menjamin
kelangsungan maklumat yang terkandung di dalamnya.

DatO’ Dr. Mashitah Ibrahim


Penasihat Kehormat
Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia

17
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Kata-kata Aluan Pengerusi

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah
rahmat-Nya Direktori Pondok-pokdok 1Malaysia berjaya diterbitkan.

Institusi pondok wajar diberikan pengiktirafan dan pemartabatan kerana dengan


hasil usaha tok guru pondok, ilmu agama sejak zaman Rasulullah (SAW) dapat
dipanjangkan menerusi rangkaian ulama-ulama secara bersanad.

Seperti yang kita maklum, pada zaman dahulu, kebolehan membaca dan
menulis, tidak ada pada semua orang. Hanya cerdik pandai tertentu sahaja yang
berkebolehan menulis dan membaca. Oleh itu, medium utama penyampaian ilmu
adalah dengan cara menghafal, bersyarah, berbincang, berdebat dan mengembara
dari satu pondok ke satu pondok.

Inilah tradisi pengajaran pondok yang masih diamalkan. Walaupun


kini sudah ada buku-buku rujukan, pelajar-pelajar pondok masih
perlu menghafal pelajaran mereka. Mereka bukan sekadar
menghafal, tetapi diminta mengulas semula hafalan tersebut
bagi menguji tahap kefahaman ilmu yang dipelajari. Dengan
adanya usaha Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia (YPP1M)
ini, maka lebih ramai khalayak yang boleh memanfaatkan sistem
penyampaian ilmu yang ada di pondok-pondok.
18
Kata aluan

Dengan ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga Yayasan
Pembangunan Pondok 1Malaysia dan semua tuan guru pondok yang telah bekerjasama dalam menyediakan
direktori yang julung-julung kali diterbitkan ini.

Saya mengharapkan supaya direktori ini dapat dijadikan rujukan para ibu bapa dan orang ramai yang ingin
mengikuti pengajian pondok untuk anak-anak mereka ataupun diri mereka sendiri. Moga usaha ini dapat
menghidupkan semula tradisi pengajian pondok supaya kegemilangannya dapat dikekalkan.

Tan Sri Prof Ulung Dr Kamal Hassan


Pengerusi
Ahli Lembaga Pemegang Amanah
Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia

19
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah Al-Hanafiah, KULIM

Rumah pondok yang dibina pada tahun 1968 oleh Tuan Guru Syeikh Daud Malau masih kekal utuh dan
menjadi bahan sejarah kepada pelajar serta generasi hari ini Allahyarham Tuan Guru
Syeikh Daud Malau

20
Kedah
Madrasah Al-Hanafiah ini mula dibuka pada tahun
1968 oleh pengasasnya Hj. Hanafiah Hj. Mohamad.
Sungguhpun demikian, pengajian di madrasah ini
dipimpin oleh menantunya, Allahyarham Tok Guru Hj.
Daud Hj. Hassan atau tersohor dengan panggilan Tok
Guru Syeikh Daud Malau.

Pada awal penubuhannya, hanya seramai 19 pelajar


mendaftar. Namun 10 tahun kemudian, bilangan pelajar
meningkat kepada hampir 250 orang. Nama Sheikh
Daud Malau, yang alim Fiqh mula dikenali dan pengajian
Bangunan dua tingkat yang dijadikan asrama untuk pelajar yang tinggal
Umumi di madrasah ini mula mendapat sambutan ramai. jauh dari pondok pengajian ini
Pada tahun 1996, Sheikh Daud kembali ke rahmatullah.
Empat tahun kemudiannya, pengajian pondok dan Pembukaan semula Madrasah Al-Hanafiah yang terletak
Umumi turut berkubur. Operasi Madarasah Al-Hanafiah di Pekan Malau, Kulim ini ialah hasil sumbangan
ditutup dengan rasminya pada tahun 2000. seorang dermawan yang telah menyumbang sebanyak
RM4,000 dan derma daripada penduduk kampung yang
Namun, tekad dan kesungguhan bekas-bekas murid, keseluruhannya berjumlah RM12,000. Antara mata
rakan-rakan serta beberapa ahli keluarga Allahyarham pelajaran yang diajar di pondok yang didaftarkan dengan
Sheikh Daud dan beserta dengan izin-Nya, telah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) ini ialah Feqah, Tafsir,
membawa kepada pembukaan semula Madrasah Al- Tasawwuf, Sejarah Islam, Tauhid, Ilmu Aufat, Balaghah,
Hanafiah pada awal tahun 2012. Madrasah ini di bawah Nahu, Mantiq, Faraid, Soraf, Akhlak, Sirah, Siasah, semua
pimpinan Ustaz Hj Ismail Abdullah bersama Ustaz Kapli kitab tua dan kitab pondok.
Husin dan Cikgu Zainal Hanafiah dan mempunyai 23
orang pelajar dan empat guru pondok, lebih 20 warga
Umumi dan beberapa Ustaz yang mengajar kitab-kitab Untuk dihubungi:
tua. Tel: 019-277 0684
21
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah Islahiah @ Tarbiah Islahiah, PADANG SERAI

Bangunan Madrasah Islahiah @ Tarbiah Islahiah dibina dengan gabungan dua ciri, moden dan tradisional

22
Kedah
Pondok tradisional ini dijadikan tempat tinggal
pelajar

Madrasah yang diasas oleh Ustaz Hj. Adnan Majid ini terletak di Kampung Kerja menyiapkan bangunan ini dibuat
Paya Kelubi, Sungai Karangan, Padang Serai. Bangunan Madrasah Islahiah mengikut kemampuan kewangan
atau Tarbiah Islahiah ini dibina pada tahun 1999 bagi memberi peluang
kepada penduduk tempatan dan anak-anak mereka menuntut ilmu agama Faraid, Soraf, Akhlak, Sirah, Siasah,
di sini. Walaupun mempunyai bangunan konkrit, ia masih mengekalkan semua kitab tua dan kitab pondok.
ciri-ciri pondok tradisional.
Segala kos pembiayaian harian
Tiga orang guru telah dipertanggungjawabkan mengajar ilmu Feqah, ialah hasil sumbangan orang
Tafsir, Tasawwuf, Sejarah Islam, Tauhid, Ilmu Aufat, Balaghah, Nahu, Mantiq, perseorangan dan kutipan derma.

Untuk dihubungi:
Bangunan tambahan yang dalam Tel: 04-485 0248
pembinaan dan hampir siap

23
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Pondok Bukit Gajah Teriak, JITRA

Pondok ini sudah melahirkan ramai cerdik pandai dan ilmuwan agama

Pernahkah anda membaca buku agama karangan Ibnu Syafii? Itu nama pena
pengasas Pondok Bukit Gajah Teriak, Ustaz Hj. Khairul Anwar Shafii atau tersohor
dengan panggilan Ustaz Khairul @ Baba Khairul. Ust. Khairul Anwar (Mudir)

24
Kedah
Ustaz Khairul membuka Pusat Pengajian Islam dan Ilmu
Agama, Pondok Gajah Teriak (Teriaq) yang terletak di
Mukim Binjai, Jitra pada tahun 2000 dengan mendapat
tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Beliau merupakan lulusan Sekolah Menengah Agama


(SMA) Darul Saadah Titi Besi - Syahadah Mutawassyitoh
dari 1985 hingga 1989. Kemudian menyambung
pengajiannya di Pondok Alor Janggus (1989-1993),
meneruskan usaha mendalami ilmu agama di pondok Wakaf berseni ukiran Melayu menambah keceriaan di pondok ini
di Wilayah Pattani, Selatan Thailand selama empat bulan
pada tahun 2004, sebelum melanjutkan pengajiannya di
Universiti Al-Azhar, Mesir dan Universiti Ma’ahad Dini di
Syria.

Ustaz Khairul @ Baba Khairul kemudian kembali ke tanah


air pada 2008 dan mengambil masa dua tahun selepas itu
untuk membuka pusat pengajian pondoknya sendiri.

Buku tulisan beliau mengenai Pekerti-Pekerti Nabi


Muhammad SAW, Syarah Nama-Nama Nabi Muhammad
SAW dan Mengenai Syarah Nama-Nama Allah Surau Pondok Bukit Gajah Teriak
kebanyakan digunakan dan menjadi rujukan oleh yang menjadi mercu tanda
pelajar-pelajar di institusi pengajian pondok di seluruh institusi pengajian pondok di sini
negara.
Untuk dihubungi:
Tel: 019-510 4948
25
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Al-Madrasah Al-Imaniyyah Ad-Dalawiyyah, JITRA

Surau Al-Madrasah Al-Imaniyyah Ad-Dalawiyyah ini diubah suai menjadi bangunan dua tingkat. Tingkat bawah
ialah bangunan tambahan yang dijadikan pejabat dan urusan pentadbiran

Ustaz Ibrahim Md. Isa

26
Kedah
Pada 2008, Ustaz Ibrahim telah membuka pondok pengajian moden
yang dinamakan Al-Madrasah Al-Imaniyyah Ad-Dalawiyyah atau
Pondok Buluh Nipis dengan pengambilan seramai 10 orang pelajar
di Kampung Padang Buluh Nipis, Mukim Putat, Jitra. Bilangan pelajar
pada tahun 2012 ialah 20 orang.
Tempat pembelajaran adalah aspek utama yang
dititikberatkan oleh pengurusan pondok ini Ustaz Ibrahim Md. Isa menghabiskan masa selama 20 tahun mengaji
agama. Antara 1981 dengan 2001, beliau belajar di beberapa sekolah
dan pondok agama di negara ini, Indonesia (1998-2001) dan Thailand
iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Napai (1981-1988); Sekolah
Menengah Agama (SMA) Darul Saadah, Titi Besi (1987–1988); Pondok
Guar Kepayang, Pendang (1988–1989); Ma’ahad Tarbiyyah Islamiah,
Derang (1989-1994); Pondok Dala, Pattani, Selatan Thailand (1994-
1997).

Tempat tinggal Sebaik habis belajar pengajian Tafakuqh Syed Nordin di Pondok
pelajar Derang, Indonesia, beliau mengajar di beberapa surau dan masjid
sekitar Kubang Pasu, Kedah selama lapan tahun.

Pondok ini menggunakan sistem pengajian Umumi iaitu dengan


memberi kebebasan kepada pelajar untuk memilih mata pelajaran
yang hendak mereka ikuti seperti Feqah, Tafsir, Hadis, Tasawwuf,
Sejarah Islam, Tauhid, Usul, Balaghah, Nahu, Mantiq, Faraid, Soraf,
Akhlak, Sirah, Siasah, Falakiah, Kitab Pondok, Bahasa Arab (Komunikasi
dan Bacaan, mengajar beberapa ilmu agama seperti Ilmu Mangkulat
Asyaroh / Mantiq).

Untuk dihubungi:
Penambahbaikan rumah
pondok bagi memberi
Tel: 019-456 1175
keselesaan kepada pelajar
27
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Pondok Haji Wan Salleh, JITRA

Selepas mengasaskan Pondok Haji Shafie (Balai Pos Sungai Korok), Allahyarham
Hj. Wan Salleh Wan Ahmad kembali ke Kampung Sungai Baru, Jitra pada tahun
1963 untuk menubuhkan pondok agama yang dinamakan Pondok Haji Wan
Salleh @ Wan Leh. Ustaz Abdul Hafiz

28
Kedah

Allahyarham ialah bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor


Setar. Beliau turut menimba ilmu di pondok dan menjadi guru
agama. Kemudian beliau mendalami ilmu Allah di Mekah, sebelum
balik ke tanah air menubuhkan pondok ini.
Bangunan tempat murid-murid belajar
Selepas pulang ke rahmatullah, legasi pondok ini diteruskan oleh
mudir Ustaz Hj. Mohamad Nor Hj. Zakaria (1976-2006) dan Ustaz
Abdul Hafiz Hj. Wan Salleh pada 2006. Jumlah pelajar yang ada kini
ialah 200 orang.

Sistem pembelajaran berbentuk Umumi dengan menawarkan mata


pelajaran Feqah, Tafsir, Hadis, Tasawwuf, Tauhid, Usul, Balaghah,
Nahu, Qiraat, Faraid, Soraf, Tajwid, Akhlak, Sirah, Siasah, Falakiah,
semua kitab tua, kitab pondok, Bahasa Arab (Komunikasi dan Bacaan
Kediaman lama yang ditambah bangunan di serta Ilmu Mangkulat Asyaroh / Mantiq).
belakangnya

Untuk dihubungi:
Tel: 019-430 7937
Surau Pondok Haji Wan Salleh Kelas belajar dan tempat perbincangan

29
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah Al-Hidayah Al-Hukumiah, JITRA

Bangunan tambahan

Pondok Madrasah Al-Hidayah Al-Hukumiah telah


dibina pada tahun 1964 oleh Hj. Osman Lebai Teh.
Pondok ini telah dibina pada Madrasah ini terletak di Mukim Jeram, Jitra dan lebih
tahun 1964 dikenali dengan nama Pondok Haji Awang dalam
kalangan masyarakat Jitra. Golongan sasarnya ialah
warga emas, dewasa dan remaja.

Ustaz Hj. Rauf


30
Kedah
Hj. Osman Lebai Teh atau dikenali dengan
nama Haji Awang ialah seorang guru agama
yang banyak mengembangkan ilmu di
kawasan sekitar. Beliau telah menuntut di
Padang Lalang Alor Janggus dan Pondok
Merbok sebelum mendalami agama di Pasir
Tumboh, Kelantan.

Sepanjang kehidupannya, Hj. Osman Lebai


Surau dua tingkat berasaskan kayu dan konkrit
Teh telah mendalami agama di beberapa
negara seperti Thailand (Pattani), Arab Saudi
(Mekah) dan Syria. Beliau menjadi mudir di
pondok ini sehingga tahun 1990. Kemudian
pentadbiran pondok disambung pula oleh
anaknya, Ustaz Hj. Rauf.

Ketika mula diasaskan, bilangan pelajar ialah


80 orang. Pada hari ini, jumlahnya hanya 40
orang. Seperti beberapa pondok tradisional
yang lain, penurunan pelajar disebabkan
oleh penubuhan pondok-pondok yang lebih
moden dan juga saingan daripada institusi
pendidikan yang menawarkan pendidikan
formal.
Untuk dihubungi:

Pelajar sedang mengikuti pengajian Tel: 019-392 2639


31
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah Al-Ulum Ad-Diniah Al-Usmaniah, JITRA

Ustaz Hj. Sobri

Surau dua tingkat Madrasah Al-Ulum Ad-Diniah Al-Usmaniah


Hanapiah Abu Asri Ismail
Hassan
32
Kedah
Madrasah Al-Ulum Ad-Diniah Al-Usmaniah atau
Pondok Tanjung Kapur diasaskan oleh Ustaz Hj.
Sobri Osman pada November 1991.

Ustaz Sobri mendapat pendidikan daripada


sekolah rendah dan menengah bantuan penuh
kerajaan serta Madrasah Misbahul Falah, Banggol
Berangan; Madrasah Addiniah Al-Bakriah, Pasir
Tumboh, Kota Bharu, Kelantan dan Pondok Haji
Zakaria di Alor Janggus.
Surau
Sehingga kini, madarasah ini mempunyai
200 pelajar dengan lapan orang guru. Syarat
kemasukan ialah setiap pelajar mesti mempunyai
sahsiah diri yang baik, lepasan sekolah rendah
bantuan penuh kerajaan dan mematuhi program
serta aktiviti yang dianjurkan. Selain itu, yuran
kemasukan juga dikenakan. Bekas pelajar yang
berjaya ialah Hanapiah Abu Hasan dan Asri
Ismail yang kini masing-masing dilantik sebagai
pembantu mudir.

Untuk dihubungi:
Tel: 019-494 9310 /
Deretan rumah pondok yang ada di Madrasah 019-494 9310
33
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah, ALOR SETAR

Institusi pengajian agama ini ditubuhkan pada 2009 dan telah berdaftar Kompleks Pendidikan Islam
Darul Hidayah yang menjadi
dengan Jabatan Pendidikan Negeri sebagai kelas tadika. Kini sedang dalam
pilihan penduduk setempat
proses pendaftaran di bawah Majlis Agama Islam Kedah. untuk belajar agama

34
Kedah
Lebih dikenali sebagai Pondok Darul Hidayah, pondok
moden ini yang diasaskan oleh Ustaz Hj. Johari Morad
terletak di Kampung Sungai Mati, Mukim Lepai, Alor
Setar. Ustaz Hj. Johari ialah mudir dan pendakwah yang
mengembangkan ilmu agama di kawasan sekitar.

Sebelum membuka pondok ini, beliau yang berkelulusan


B.A. UKM pernah berkhidmat sebagai kakitangan awam
Rumah pondok yang berasaskan kayu (14 tahun), bekerja swasta (lapan tahun); belajar ilmu
agama di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan (1999-2004);
memasuki Pondok Seligi, Pasir Puteh, Kelantan (2004-
2005); menyambung pengajian universiti di Yaman dan
Syria (2006-2008); sebelum membina Madrasah Darul
Hidayah (2008) dan Kompleks Pendidikan Islam Darul
Hidayah (2010).

Jumlah pelajar yang menuntut ilmu di sini ialah seramai


Deretan bangunan yang menempatkan pejabat
120 orang dengan 10 guru. Bagaimanapun, pengurusan
pentadbiran, kediaman mudir, tenaga pengajar pondok ini masih memerlukan dana untuk menyediakan
dan dewan pengajian kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan
pemasangan pencawang bekalan elektrik.

Untuk dihubungi:
Tel: 012-944 6025
Laman web: www.kompleksdarulhidayah.com
Dewan
pengajian
35
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah Ahmadiah, ALOR SETAR

Deretan bangunan lama Pondok Madrasah Ahmadiah

Nama asal Madrasah Ahmadiah ialah Pondok Kepala Bukit @ Pondok


Hj. Ismail. Pondok moden ini diasaskan oleh Tuan Guru Hj. Ahmad atau
Mat Nahu pada tahun 1960 di Kampung Kepala Bukit, Bukit Pinang,
Alor Setar. Ustaz Zubaidi Hj Ismail

36
Kedah
Setelah Tuan Guru Hj. Ahmad
meninggal dunia pada 1969,
pengurusan pondok ini diberikan
kepada Ustaz Hj. Ismail Hj. Ahmad.
Beliau sempat menyebarkan ilmu
agama kepada pelajar dan penduduk
sekitar selama 20 tahun, sebelum
pentadbiran pondok ini diserahkan
kepada anaknya, Ustaz Zubaidi Hj.
Ismail pada 1989.
Rumah pondok tempat tinggal pelajar Dapur dan dewan makan
Ahli keluarga Allahyarham Hj. Ismail
tinggal di Kampung Chenak, Selatan
Thailand, tetapi sentiasa berulang alik
ke Kota Rentang, Alor Setar mengajar
agama. Mereka kemudian berpindah
ke Bukit Pinang untuk membina
kawasan pondok yang baharu bagi
meneruskan kesinambungan institusi
pondok peninggalan datuknya.

Pondok Kepala Bukit didaftarkan di Kediaman guru atau mudir Ruang solat surau Madrasah Ahmadiah
bawah Jabatan Agama Negeri Kedah.
Ia mempunyai sembilan kakitangan
termasuk guru yang mendidik 200 Untuk dihubungi:
pelajar secara Umumi, belajar kitab-
kitab tua dan kitab pondok.
Tel: 019-431 1020
37
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Ma’had As-Syatirie, ALOR SETAR

Pelajar Ma'had As-Syatirie bersama tenaga pengajar mereka

Ditubuhkan pada 30 Januari 2009, Ma’had As-Syatirie atau Pondok Sungai Dedap masih
memerlukan dana yang banyak untuk menyiapkan bangunan yang sedang dalam
pembinaan di Jalan Yan, Kampung Sungai Dedap, Kota Sarang Semut, Alor Setar.

Ustaz Zulkiflie
38
Kedah
Ustaz Zulkiflie yang merupakan lulusan
Ma’had Ilmi Rubat Tareem, Hadramaut,
Yaman (2000 hingga 2004), kemudian
meneruskan pengajian di Universiti Damsyik,
Syria pada 2006, sebelum kembali semula ke
Rubat Tareem hingga tamat Halaqah Minhaj
(Imam Nawawi) pada 2006. Pada tahun 2008
beliau pulang ke tanah air.

Dua orang muridnya iaitu Syed Akhiar Syed


Mohsin Al-Kaf dan Mohd Fiei’iy Adnan telah
diterima melanjutkan pengajian di Rubat
Tareem, Hadramaut, Yaman.

Ustaz Zulkiflie Muhammad Suhaimi


mengharapkan bantuan kewangan yang
Bangunan yang dijadikan kelas pembelajaran agama (kiri) dan dua rumah pondok
diperlukan dapat dikumpul secepat
(kanan)
mungkin bagi memberi keselesaan kepada
130 pelajarnya yang mengikuti pengajian
Didaftarkan atas nama Ma’had As-Syatirie, pondok ini tidak mempunyai
ilmu Feqah, Tafsir, Hadis, Tasawwuf, Tauhid,
masalah untuk mendapatkan khidmat tenaga pengajar kerana 40
Nahu, Soraf, Tajwid, Sirah dan kitab pondok.
pelajar seniornya mendapat pengiktirafan daripada Ustaz Zulkiflie untuk
menjadi guru dan mengajar ilmu agama kepada para pelajarnya.

Ustaz Zulkiflie menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah


Agama Darussaadah Titi Besi, Kepala Batas, Alor Setar (1986-1991); Untuk dihubungi:
Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah (Pondok Pasir Tumboh), Kota Bharu,
Kelantan (1992-2000); dan Madrasah As-Saadah Al-Islamiah (Pondok Tel: 013-510 7557
Gajah Mati), Pendang, Kedah (1997-2000).
39
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Pondok Alor Janggus, ALOR SETAR

Pondok Alor Janggus atau Madrasah Al-Falah ditubuhkan pada tahun 1965. Pondok
ini terletak di Alor Setar, Kedah dan didaftarkan di bawah Jabatan Agama Negeri.
Pondok ini diasaskan oleh Pak Lang Zakaria atau nama sebenarnya Tuan Guru Haji Ustaz Hj. Ahmad Husairi
Zakaria Haji Muhammad Samah.

40
Kedah
Pada tahun 2010, organisasi pondok ini dipimpin oleh Ustaz Hj.
Ahmad Husairi Ahmad sebagai mudir. Beliau merupakan bekas
murid Tuan Guru Hj. Zakaria. Beliau cenderung kepada ilmu Tauhid
dan Fiqh.

Ketika pondok ini mula dibuka, seramai 100 penuntut yang terdiri
daripada pelbagai lapisan usia seperti golongan warga emas,
dewasa dan remaja telah mendaftar di sini, tetapi hari ini bilangannya
mengecil menjadi 30 orang.

Di sini, penuntut pondok berpeluang untuk mempelajari subjek


Feqah, Hadis, Tasawwuf, Tauhid, Usul, Tajwid dan semua kitab tua
dengan dibimbing oleh tiga orang guru agama.

Sumber kewangan yang diterima untuk pentadbiran pondok


kebanyakannya daripada sumbangan orang ramai. Sebahagian
Antara pondok baharu yang dibina daripada sumbangan itu digunakan untuk membina asrama pelajar
lelaki.

Antara bekas pelajar yang telah menamatkan pengajian di sini ialah


Hj. Yaakub Senawi yang kini guru pencen di Sekolah Menengah
Agama Rakyat, Kedah.

Untuk dihubungi:
Tel: 017-525 9345
Rumah pondok konkrit yang belum siap sepenuhnya
41
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah Ehya Ulumuddin, ALOR SETAR

Kediaman mudir Madrasah Ehya Ulumuddin


Ustaz Abdullah
Hj. Abd. Razak
42
Kedah
Madrasah ini juga dikenali dengan nama Pondok Haji Jab. Ia
dibina pada tahun 1970-an oleh Hj Abd. Razak Said atau Tok
Guru Haji Jab, seorang ulama yang dihormati di Kampung Bukit,
Jalan Naka, Alor Setar kerana ilmu agamanya yang tinggi.

Tok Guru Haji Jab pernah belajar di Pondok Langgar. Pondok ini
telah berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh agama dan alim
Pondok lama yang masih digunakan sebagai
tempat tinggal pelajar
ulama. Allahyarham Tok Guru Haji Jab juga belajar agama di
Masjidil Haram, Sekolah Solatian yang tertua di Mekah.

Ketika pondok ini dibuka, terdapat 300 murid. Tok Guru Haji Jab
dibantu rakan segurunya, Hj. Saad Awang. Bagaimanapun, usia
mereka tidak panjang. Allah SWT menjemput kedua-duanya
kembali ke Rahmatullah.

Dengan itu, pengurusan pondok ini diwarisi anak Tok Guru Haji
Jab iaitu Abdullah Hj. Abd. Razak bermula tahun 2009.

Bangunan tambahan yang dibina bagi menggantikan


pondok sedia ada

Untuk dihubungi:

Tingkat bawah pondok ini dijadikan


Tel: 019-463 1569
ruang solat dan kuliah agama

43
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah Takwiyatul Islamiah, POKOK SENA

Persekitaran surau Madrasah Takwiyatul Islamiah yang sentiasa bersih dan terjaga rapi

Dalam pendaftaran, namanya Madrasah Takwiyatul Islamiah, tetapi dalam kalangan


penuntut ilmu agama dan penduduk sekitar, ia lebih dikenali dengan panggilan Pondok
Bukit Lada. Lokasinya terletak di Jalan Kubor Panjang, Pokok Sena. Tuan Guru Hj. Abdullah

44
Kedah

Bangunan pembelajaran Rumah pondok lama yang masih ada dan Rumah pondok berasaskan konkrit dibina bagi
dipulihara sebaik mungkin bagi mengekalkan menampung bilangan pelajar yang semakin
ciri-ciri pengajian pondok tradisional bertambah

Pondok ini ditubuhkan pada tahun 1985 oleh Tuan Guru Haji Abdullah
Lebai Samah atau Pak Lang Lah. Asalnya beliau menyediakan tapak
rumah untuk enam pelajarnya belajar agama dan mengadakan kelas
agama tanpa sebarang bayaran bagi mengembangkan agama Allah.

Kini dengan adanya bangunan sendiri, seramai 100 pelajar telah


mendaftar sebagai anak murid. Tuan Guru Hj. Abdullah mempelajari
agama dengan beberapa guru terkenal seperti Tuan Guru Hj. Husin Isa
Al-Masri di Madrasah Tarbiyatul Hauladiyah, Kubor Panjang.
Rumah pondok yang usang dan tidak
selamat diduduki akan dibaik pulih secara
berperingkat-peringkat
Untuk dihubungi:
Tel: 04-782 1387 / 013-443 4710
45
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah Nurul Islam, AYER HITAM

Surau Madrasah Nurul Islam yang turut digunakan sebagai tempat bermusyawarah dan
perjumpaan dengan pelajar
Ustaz Adenan
46
Kedah
Madrasah Nurul Islam atau Pondok Haji Bakar
Palestin ditubuhkan sekitar tahun 1950-an oleh
Allahyarham Hj. Abu Bakar Hj. Hanapiah atau Ustaz
Nasir Palestin. Beliau banyak hidup mengembara
mencari dan menuntut ilmu agama sehingga ke
Mekah dan Palestin.

Selepas meninggal dunia pada Julai 2012,


pengurusan Madrasah Nurul Islam bertungkus
Pondok lama yang ditambah dengan struktur konkrit lumus mencari tenaga pengajar baharu yang
layak. Namun, ketika ini tugasan pengurusan
pondok yang terletak di Ayer Hitam ini dipangku
oleh Ustaz Adenan Ghazali yang sebelum ini
belajar dan menetap di pondok ini.

Pada awal penubuhannya, iaitu kira-kira 60 tahun


lalu, Pondok Haji Bakar Palestin menerima lebih
1,000 pelajar. Kini telah berkurangan kepada 500
pelajar. Antara murid cemerlang Pondok Haji Bakar
Palestin ialah Ustaz Hj. Ahmad Hj. Ibrahim yang
pernah bertugas sebagai imam Masjid Temerloh,
Kediaman pelajar Pahang.

Untuk dihubungi:

Ruang solat dan


Tel: 04-794 7609
kuliah agama

47
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah (Manabi’ Al-Ulum Ad-Diniah), AYER HITAM

Antara rumah pondok lama yang dijadikan tempat tinggal tenaga pengajar dan pelajar
Ustaz Muhammad Rejab

48
Kedah
Madrasah Manabiulum Addiniah (Manabi’ Al-Ulum
Ad-Diniah) atau Pondok Telaga Batu @ Pondok
Ustaz Rejab ditubuhkan pada 2004 di Kampung
Pida 2, Jalan Sungai Korok, Telaga Batu, Ayer Hitam
oleh Ustaz Muhammad Rejab Muhammad Akhir.

Pengalaman sebagai mudir dan pendakwah telah


digunakan oleh untuk memiliki pondok pengajian
sendiri.

Ustaz Rejab mendapat didikan agama dari


Madrasah Nahdzah Wathoniah, Hutan Palas dan
di Maahad Addrasatul Islamiah.

Yuran tahunan dikenakan sebanyak RM100


Bangunan pusat tahfiz yang masih dalam pembinaan
pada setiap pelajar. Beliau turut berusaha untuk
mendapatkan sumber kewangan bagi membaik
pulih sistem bekalan air yang tidak mencukupi
untuk kegunaan harian pelajar. Pondok ini
juga sering berdepan dengan masalah bekalan
elektrik.

Untuk dihubungi:
Tel: 012-4923 404
Antara rumah tenaga pengajar
49
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah Al-Wataniah, SIK

Surau yang dalam pembinaan dan dilengkapkan dengan penghawa dingin

50
Kedah
Pondok Begia ini ditubuhkan pada
2009 atas nama Maahad Al-Tarbiah Al-
Islamiah Al-Wataniah di Jalan Jeneri,
Sik.
Bangunan baharu Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah Al-Wataniah
Pengasasnya ialah Hj. Hamid Johari
yang lebih dikenali dengan nama Pak
Lang Mid. Sungguhpun begitu, beliau
melantik Tok Guru Yusuf Che Nik
sebagai mudir madrasah berkenaan
dengan lima orang guru sebagai
tenaga pengajar kepada 43 pelajar.

Sistem pembelajaran yang disediakan


di sini ialah Umumi dan Nizami dengan
Bangunan tambahan yang dalam pembinaan
mata pelajaran Feqah, Tafsir, Hadis,
Tasawwuf, Tauhid, Nahu,Soraf, Tajwid,
Akhlak, semua kitab tua, kitab pondok
dan Tahfiz Al-Quran.

Ruang solat dan


kuliah surau
Pondok Begia

Untuk dihubungi:
Tel: 013-417 5989

51
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Pondok Kg Charok Tok Uban, SIK

Pondok lama dirobohkan dan digantikan dengan yang baharu

52
Kedah

Ruang solat yang turut dijadikan tempat untuk pelajar belajar


agama

Madrasah ini terletak di Kampung Charok Tok


Uban, Sik. Diasaskan oleh Ustaz Jamaluddin Syafie
pada tahun 2005 dengan pengambilan pertama
seramai 25 pelajar. Pondok ini mempunyai dua
guru dengan pelajarnya terdiri daripada golongan
dewasa dan remaja.
Kediaman tenaga pengajar Madrasah Nurul Islam
Ustaz Jamaluddin menerapkan sistem
pembelajaran Nizami dengan mata pelajaran
Feqah, Tafsir, Hadis, Tasawwuf, Sejarah Islam,
Tauhid, Usul, Ilmu Aufat, Balaghah, Nahu, Mantiq, Untuk dihubungi:
Faraid, Soraf, Tajwid, Akhlak, Sirah, semua kitab tua
dan kitab pondok. Tel: 019-415 3432

53
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah Diniah Ahmadiah Islamiah, SIK

Surau dua tingkat Madrasah Diniah Ahmadiah Islamiah

54
Kedah
Madrasah Diniah Ahmadiah Islamiah
atau terkenal dengan panggilan Pondok
Mat Nahu diasaskan pada tahun 1990.
Pondok ini dibuka oleh Ustaz Ahmad
Talib, seorang tok guru pondok tersohor
di Kampung Kuala Beris, Nami, Sik.

Pada awal penubuhannya seramai 150


pelajar telah berdaftar. Kini, selepas
22 tahun, jumlah pelajar berkurangan
kepada 100 orang.
Tandas yang dibina berasingan
Kemasyhurannya itu meyakinkan ibu
bapa dan masyarakat setempat untuk
belajar di pondok ini.

Selepas Ahmad Talib meninggal dunia,


pengurusan pondok ini diserahkan
kepada Ustaz Kamil Mustapa.

Untuk dihubungi:

Tel: 019-931 1253


Cadangan membina bangunan baru selaras dengan pertambahan pelajar 55
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Fauzi Tempat Pengajian Islam, YAN

Mengambil sempena namanya, Pondok Fauzi di Kampung Yan Kechil, Yan ini Kebanyakan bangunan lama
ditubuhkan pada 1971 yang didaftarkan atas nama persendirian di Jabatan pondok di sini telah dibaik pulih
Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Kedah.

56
Kedah
Pengasasnya ialah Allahyarham Tuan Guru Hj. Ahmed Fauzi Hj.
Mustafa. Sepanjang hayatnya, beliau sering menyampaikan
kuliah dan pengajian agama kepada masyarakat sekitar.

Allahyarham ialah pengasas bersama Sekolah Menengah


Kolah surau tempat jemaah mengambil wuduk Agama (SMA) Al-Falah Kangkong pada awal 1960-an, selain
mengajar kitab Tasawwuf di Masjid Zahir Alor Setar dan
menyambung legasi Allahyarham Tuan Guru Hj. Nawawi iaitu
pengasas Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah.

Selepas Tuan Guru Hj. Ahmed Fauzi meninggal dunia pada


1987, pengurusan Pondok Fauzi diserahkan kepada anaknya
Ustaz Hj. Ahmad Shazali pada tahun 2000.

Pondok ini menerima 20 pelajar pada awal penubuhannya


dan kini telah bertambah kepada 130 pelajar dengan
dibantu oleh empat orang tenaga pengajar. Pelajarnya terdiri
daripada warga emas dan dewasa yang datang untuk belajar
ilmu Tasawwuf, kitab tua dan kitab pondok, selain Bahasa
Arab dan Ilmu Mangkulat Asyaroh (Mantiq).
Penghuni pondok dalam kalangan warga
emas melakukan kerja membersih kawasan

Untuk dihubungi:
Tel: 04-465 5486
Faks: 04-465 5486
Ruang solat dan rak menyimpan kitab
57
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Pondok Al-Nahdzah, YAN

Tapak asal surau yang telah dibina bangunan SMA Nahdzah Ustaz Abu Bakar

58
Kedah
Ketika hayatnya, Allahyarham Tuan Guru Hj. Othman Hj.
Yunus disanjung masyarakat setempat kerana sifatnya
yang pendiam dan mempunyai ilmu agama yang tinggi.
Tersohor dengan panggilan Pak Man, Allahyarham dengan
Bekas asrama yang sebelum ini menjadi modal yang tidak seberapa membuka pondok di Batu 12,
penempatan para pelajar Bukit Besar, Kota Sarang Semut, Yan pada tahun 1947.

Kini pondoknya dikenali sebagai Pondok Pak Man Bukit


Besar dan mempunyai 50 pelajar dengan dibantu oleh
dua guru. Pengurusannya telah diserahkan kepada anak
lelakinya, Ustaz Nasir Hj. Othman pada tahun 1982 dan
diteruskan oleh adik Ustaz Nasir iaitu Ustaz Abu Bakar pada
2005.

Ustaz Abu Bakar mendapat ilmu agama melalui


pengajiannya di Pondok Nahdzah selama lapan tahun dan
memperoleh 4 Senawi. Kemudian menyambung pengajian
di Maktab Mahmud Alor Setar (4 Senawi Syahadah).
Rumah peninggalan pengasas Pondok Pak Man Dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang, beliau
diterima melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar,
Mesir (Ijazah Bahasa Arab) dan kembali menjadi tenaga
pengajar di pondok ayahnya, Pondok Pak Man Bukit Besar
pada tahun 2011.
Untuk dihubungi:
Tel: 013-454 1638
Kawasan pondok yang sebahagian
besar dihuni secara berkeluarga
59
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah As-Sa’adah Al-Islamiah, PENDANG

Namanya Madrasah As-Sa’adah Al-Islamiah, tetapi lebih dikenali dengan


panggilan Pondok Gajah Mati. Pondok ini ditubuhkan pada akhir 1920-an oleh
Allahyarham Hj. Ismail Cik Dol @ Tok Ayah Dol.
Ustaz Hj. Wan Muhamad Izudin

60
Kedah
Terletak di Mukim Padang Pusing, Pendang, Pondok Gajah Mati ini
mendapat perhatian kira-kira 800 murid yang mendaftar untuk belajar
agama dengan Tok Ayah Dol pada awal penubuhannya. Kini jumlah
pelajar hanya 10 orang.

Ketika hayatnya, Allahyarham Tok Ayah Dol belajar agama di Pondok


Bendang Daya, Wilayah Pattani, Selatan Thailand. Beliau kemudian
kembali ke tanah air untuk menyambung pengajian di Permatang
Tumah Tok Guru yang dibina tinggi bagi Sungai Dua, sebelum mendalami ilmu Allah di Mekah.
mengelak ditenggelami banjir
Allahyarham Tok Ayah Dol kemudian dibawa ke Kampung Gajah Mati
oleh Allahyarham Tok Chegar yang terkenal dengan ilmu perang. Selepas
Tok Ayah Dol meninggal dunia, warisannya diteruskan oleh mudir Ustaz
Hj. Wan Ibrahim Hj. Abdul Kadir, Ustaz Hj. Mahmud Hj. Yusof dan Ustaz
Hj. Mustafa Hj. Ibrahim bersama Ustaz Hj. Wan Muhamad Izudin Hj. Wan
Ibrahim.

Antara pelajar pondok ini yang terkenal ialah Ustaz Hasan Hj. Ahmad
(Mufti Negeri Pulau Pinang), Ustaz Hj. Salleh Hj. Musa (Mudir Pondok
Rak menyimpan kitab Al-Quran dan buku
rujukan agama Sik @ Madrasah Rohmaniah), Ustaz Syed Kadir Mandili (penulis kitab)
dan Ustaz Hj. Ahmad Mohd Nor (Mudir Pondok Padang Nyiur, Kuala
Nerang).

Setiap Jumaat, pada sebelah pagi, kelas agama khusus untuk golongan
wanita diadakan.
Untuk dihubungi:
Tel: 019-572 3757
Surau Pondok Gajah Mati
61
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah Misbahul Falah, BALING

Asrama dua tingkat


bagi menampung
pelajar yang tinggal
jauh dari rumah

62
Kedah

Bangunan tiga tingkat Sekolah Madrasah Misbahul Falah selaras Surau tempat pelajar dan tenaga pengajar solat serta mendengar kuliah
dengan pertambahan pelajar agama

Madrasah Misbahul Falah atau Pondok Lanai Moktar Hj. Omar mengambil alih pengurusan institusi
ditubuhkan pada tahun 1958 di Kampung Banggol pondok pada 1994.
Berangan, Parit Panjang, Baling.
Sekarang pondok ini mempunyai 450 pelajar dengan 28
Pengasasnya ialah Allahyarham Tuan Guru Hj. Omar orang guru.
Zulhdi Solleh atau Pak Teh Omar. Beliau mengajar
200 murid pada peringkat awal penubuhan Pondok
Lanai ini. Selepas meninggal dunia, anaknya, Ustaz Untuk dihubungi:
Tel: 019-424 2057

63
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah Sa’adatul Wataniah, BALING

Madrasah Sa’adatul Wataniah


terletak di Kuala Ketil, Baling.
Pondok ini dipanggil Pondok
Pak Lang Mail oleh penduduk
sekitar bersempena dengan
nama pengasasnya, Ustaz
Ismail Hj. Taib.

Beliau menjadi mudir di sini


bermula daripada penubuhan
pondok ini pada tahun 1995
hinggga sekarang. Tenaga
pengajar di pondok ini ialah
seramai empat orang dan
mereka mengajar Feqah,
Tafsir, Hadis, Tasawwuf, Sejarah
Islam, Tauhid, Usul, Ilmu Aufat,
Balaghah, Nahu, Qiraat, Mantiq,
Faraid, Soraf, Tajwid, Akhlak,
Sirah, Siasah, Falakiah, semua
kitab tua dan kitab pondok.
Ruang solat

64
Kedah

Golongan sasarnya ialah lepasan UPSR, remaja


dan dewasa. Sungguhpun hari ini bilangan pelajar
yang ada hanya 40 orang berbanding 100 orang
pada tahun 1995, namun ia masih bertahan
sehingga ke hari ini. Sumber kewangan untuk terus
mengimarahkan pondok ini diperoleh daripada
kutipan derma, sumbangan korporat dan orang
perseorangan.

Kediaman pelajar

Sudut ini dijadikan


tempat pelajar Untuk dihubungi:
menunaikan solat
berjemaah Tel: 019-463 1087
65
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah Nurul Hidayah, BALING

Dua dalam satu;


tingkat atas
dijadikan surau,
manakala tingkat
bawah untuk kelas

66
Kedah
Madrasah Nurul Hidayah (bererti cahaya petunjuk)
telah diasaskan oleh Ustaz Mohamad Zainol Arifin
pada tahun 1987 dan dikenali dengan nama
Pondok Tembak. Lokasi pondok ini terletak di Kuala
Ketil, Baling. Pelajar yang menuntut di sini ketika
pondok ini mula dibina dianggarkan dalam 100
orang. Pada hari ini bilangannya telah bertambah
menjadi 150 orang.

Terdapat 12 orang guru yang mengajar Feqah,


Tafsir, Hadis, Tasawwuf, Tauhid, Ilmu Aufat,
Balaghah, Nahu, Qiraat, Faraid, Soraf, Tajwid, Sirah,
Keadaan asrama pelajar yang daif Siasah, pembelajaran kitab tua dan kitab pondok.
Berpandukan pepatah Melayu, melentur buluh
biarlah dari rebungnya, maka golongan sasar ialah
pelajar lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR), selain remaja dan warga emas.

Sumbangan korporat dan orang perseorangan


telah sedikit sebanyak membantu meringankan
bebanan pihak pengurusan pondok dan
membantu memantapkan pentadbiran Madrasah
Nurul Hidayah.

Untuk dihubungi:
Tel: 04-416 0442
67
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau Pondok Pak Ya

Ustazah Hajah
Azizah

Asrama pelajar

68
Kedah
Madrasah Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih
terkenal dengan nama Pondok Pak Ya Junid telah Ketika Pondok Pak Ya
ditubuhkan pada tahun 1947 oleh Allahyarham Tuan ditubuhkan, seramai
Guru Hj. Yahaya Junid. Terletak di Batu 16, Padang 194 pelajar telah
Lumat, Guar Chempedak, pondok moden ini telah mendaftar. Pada tahun
didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam Negeri. 2012, Pondok Pak Ya
mempunyai 608 pelajar
Tuan Guru Hj. Yahaya Junid pernah menulis sebanyak remaja dan dewasa.
18 buah kitab rujukan serta menjadi AJK Majlis Agama Sistem pembelajaran
Islam Kedah (MAIK), Majlis Zakat Negeri Kedah, dan yang ditawarkan ialah
ahli Majlis Fatwa Kedah. pengajian Umumi dan
Nizami. Antara subjek
Selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1964, yang diajar ialah Feqah,
pengurusan pondok diambil alih oleh Tuan Guru Hj. Tafsir, Hadis, Tasawwuf, Nahu, Balaghah, Qiraat, Mantiq
Azahari Abd Razak (1964 – 1983), Ustaz Manan Hj. dan subjek pondok yang lain.
Yahaya (1983 – 2007) dan Ustazah Hajah Azizah Hj
Yahaya bermula tahun 2007. Pondok Pak Ya berjaya melahirkan beberapa tokoh
termasuk YB Senator Dato’ Dr Mashitah Ibrahim,
Ustazah Hajah Azizah mendapat tauliah 4 Senawi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sheikh
sebelum melanjutkan pengajian di Kolej Islam Malaya, Fisol Omar, Pegawai Agama Majlis Agama Islam Kedah
Petaling Jaya (1961 – 1966) dan memperoleh Diploma juga merupakan bekas pelajar Pondok Pak Ya. Bantuan
Pendidikan Islam. Beliau berpengalaman sebagai kewangan bagi pondok ini diterima daripada Kerajaan
guru di SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan SMK Persekutuan, kutipan derma, sumbangan badan korporat
Gurun. Pada tahun 1994, beliau menerima Anugerah dan orang perseorangan.
Sijil Perkhidmatan Cemerlang daripada Kementerian
Untuk dihubungi:
Pelajaran Malaysia.
Tel: 04-748 1357
69
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Maktab Pengajian Islam Kedah, KODIANG

Bangunan pentadbiran Maktab Pengajian Islam Kedah

Ustaz Husam Datuk Sheikh


Baderuddin
70
Kedah
Maktab ini lebih sinonim dengan panggilan
Pondok Hutan Palas. Ditubuhkan pada 1947 iaitu
10 tahun sebelum negara mencapai kemerdekaan.
Pengasasnya, Allahyarham Tuan Guru Hj. Ahmad
Othman atau Tok Guru Hj. Ahmad Keplu @ Hutan
Palas.

Allahyarham ialah pengarang kitab Jawi sekitar


tahun 1950-an dan bekas Ahli Majlis Zakat Kedah.
Ketika pondok ini dibuka, seramai 20 orang
berdaftar sebagai pelajar. Sekarang jumlahnya
mencecah 300 orang.
Surau Pondok Hutan Palas antara beberapa bangunan
baharu yang dibina
Pondok ini terletak di Kampung Hutan Palas, Batu
2, Jalan Changloon, Kodiang dan didaftarkan Pelajar yang
di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. lengkap
berpakaian
Mudir sekarang ialah Ustaz Datuk Paduka Sheikh
seragam
Baderuddin yang juga Mufti Negeri Kedah ketika sedang
ini dan merupakan bekas pelajar Sekolah Agama belajar
Alawiyyah (Arau, Perlis); Qisnu Tafakkuh Fiddin
(Kelantan); Nahdatul Ulama (Lucknow, India) dan
Universiti Al-Azhar (Mesir).
Untuk dihubungi:
Antara bekas pelajar pondok ini yang terkenal
ialah Datuk Alim Panglima Mat Jahya Hussin Tel: 04-925 2211 / 013-405 4579
(Mufti Negeri Perlis) dan Dr. Aziz Hanafi (Pensyarah Faks: 04-925 5233
Universiti Insaniah). E-mel: husam@yahoo.com

71
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Ribat Nasrul - Muhajirin, KODIANG

Surau Ribat Nasrul

Ribat Nasrul - Muhajirin dikenali masyarakat setempat dengan nama Pondok


Permatang Kaka. Ia ditubuhkan pada tahun 2004 dan terletak di Kodiang.
Golongan sasarnya ialah warga emas, dewasa dan remaja.

Pengasas pondok ini, Ustaz Mohamad Nasir Abdul Ghani yang juga merupakan
mudir pondok banyak menyumbangkan jasa dari segi penghasilan buku-buku Ustaz Mohamad Nasir
agama seperti wirid dan doa (petikan dari kitab-kitab) untuk para pelajar dan
orang ramai dan memberikan kuliah.

72
Kedah
Beliau ialah bekas pelajar SMA
Darul Saadah Titi Besi (1985-
1989) sebelum menuntut di Pasir
Tumboh, Kelantan (1989-1993).
Selain menimba ilmu di dalam
negara, beliau juga menuntut di
Pattani, Selatan Thailand (1993-
2000) dan Yaman, Hadramaut
(2000-2002) sebelum kembali ke
Malaysia.
Deretan pondok yang menempatkan pelajar bujang
Pada awal penubuhannya,
Pondok Permatang Kaka ini hanya
mempunyai empat orang pelajar.
Dari setahun ke setahun, warga di
sini semakin bertambah dengan
bilangan pelajar sebanyak 70
orang dan seorang guru. Mata
pelajaran yang diajar ialah Feqah,
Tafsir, Hadis, Tasawwuf, Tauhid,
Usul, Ilmu Aufat, Balaghah, Nahu,
Kediaman tenaga pengajar Pandangan sisi asrama pelajar
Qiraat, Mantiq, Faraid, Soraf,
Tajwid, Akhlak, Sirah, semua kitab
tua dan kitab pondok.
Untuk dihubungi:
Tel: 019-480 3578 / 04-925 1205

73
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

PONDOK LEBAI ISA, KODIANG

Lokasi pondok berhampiran sebuah gua


Haji Abdullah Dahaman

74
Kedah
Pondok Lebai Isa didaftarkan atas nama Madrasah Ahmadiah telah
ditubuhkan pada 1950-an oleh Tuan Guru Lebai Isa Muhammad atau
lebih dikenali dengan nama Tok Lebai Isa. Sepanjang hayatnya, beliau
pernah menuntut di Pondok Payung, Kelantan dan Pondok Penanti,
Pulau Pinang.
Rumah pondok yang dibina sekitar tahun
1950-an, masih kekal sehingga hari ini Tok Lebai Isa menumpukan masa dan tenaga mengajar di pondoknya
sejak ia ditubuhkan. Beliau kembali ke Rahmatullah pada hujung
tahun 1960-an. Selepas ketiadaan Allahyarham, pentadbiran pondok
ini diambil alih oleh Haji Abdullah Abdul Latif sehingga tahun 1980-an
sebelum diteruskan pula oleh Ismail Yaakub dan terkini, Haji Abdullah
Dahaman.

Haji Abdullah Dahaman pernah menuntut di beberapa tempat: Sekolah


Agama Alawiyyah Arau, Pondok Hutan Palas dan Madrasah Nahdatul
Watoniyah. Beliau menguruskan pondok ini bersama sembilan lagi
Surau asal Pondok Lebai Isa
kakitangan lain, empat orang guru dan lima kakitangan am.

Bilangan pelajar ketika pondok ini ditubuhkan ialah lebih daripada


200 orang. Walau bagaimanapun pada hari ini bilangannya menyusut
menjadi 50 orang kerana mendapat saingan daripada pondok-pondok
yang lebih moden.

Untuk dihubungi:

Surau yang juga digunakan untuk kuliah agama


Tel: 04-925 2328

75
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Pondok Penanti Kubang Ulu (Madrasah Manabiu’l Ulum), BUTTERWORTH

Reka bentuk masjid Madrasah Manabiu’l Ulum yang menarik dan bertingkat

76
PULAU PINANG
Pada tahun 1932, sepasang suami isteri dari Kampung Kubang Ulu, Penanti,
Butterworth, Pulau Pinang telah menerima sebidang tanah daripada
seorang hamba Allah yang mahu mereka memanfaatkannya dengan
perkara yang berfaedah. Namun, disebabkan timbul beberapa masalah,
maka tanah itu diambil alih oleh Tuan Guru Syeikh Osman Jalaludin, yang
kemudiannya mendirikan beberapa buah rumah pondok.

Pelajar berbincang selepas waktu kelas Tuan Guru Syeikh Osman yang pernah menghasilkan buku bertajuk
Alamat-alamat kiamat dan buku bercorak syiar keagamaan, telah menarik
minat umat Islam dari Indonesia, Kemboja dan Thailand datang ke pondok
ini untuk menimba dan menuntut ilmu agama dengannya.

Dengan 50 orang murid termasuk dari beberapa negara Asia Tenggara,


Tuan Guru Syeikh Osman mengajar ilmu Feqah, Tafsir, Tasawwuf, Sejarah
Islam, Tauhid, Ilmu Aufat, Balaghah, Nahu, Mantiq, Faraid, Soraf, Akhlak,
Sirah, Siasah, semua kitab tua dan kitab pondok.

Dr Mohd Radzi Osman, pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM)


Dewan belajar
adalah antara murid cemerlang yang pernah menuntut ilmu di pondok
tradisional ini.

Setelah Tuan Guru Syeikh Osman meninggal dunia, pengurusan pondok


diambil alih oleh Ustaz Badrul Azhar bermula tahun 1999. Pondok ini kini
mempunyai lima guru dan 250 pelajar.

Untuk dihubungi:
Tel: 04-521 9509 / 019-440 5007
Bangunan kelas dan asrama
77
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Yayasan An-Nahdhoh, BUKIT MERTAJAM

Bangunan ini dibina dengan ciri-ciri senibina Islam

78
PULAU PINANG

Yayasan An-Nahdhoh

Pondok yang diberi nama Madrasah An- mempunyai 15 orang pelajar. Madrasah An-Nahdhoh ini yang
Nahdhoh ini diasaskan oleh Ustaz Hj. Abdul didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam Kedah dijadikan sebagai
Mutalib Hj. Maarof sebagai pondok moden kelas Tadika dan Pra-Tahfiz.
pada tahun 2003. Ia terletak di Mukim 5,
Kampung Petani, Kubang Semang, Bukit Pelajarnya terdiri daripada empat peringkat usia iaitu daripada
Mertajam. warga emas, dewasa, remaja dan kanak-kanak. Mereka diajar
mata pelajaran Feqah, Tafsir, Tasawwuf, Sejarah Islam, Tauhid,
Sistem pengajian disediakan di sini ialah Ilmu Aufat, Balaghah, Nahu, Mantiq, Faraid, Soraf, Akhlak, Sirah,
Umumi, Nizami dan sukatan Al-Anuar Mesir. Siasah, semua kitab tua dan kitab pondok.
Sehingga kini, madrasah ini mempunyai kira-
kira 5,000 pelajar dan 28 orang guru. Pada
awal penubuhannya, madrasah ini hanya Untuk dihubungi:
Tel: 04-521 4103 / 04-522 3842
79
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah Darul Muhajirin, SEBERANG PERAI

Bangunan Madrasah Darul Muhajirin


Haji Abdul Wahab
80
PULAU PINANG
Jika bertandang ke Kampung Pengkalan Sangga, Padang
Cempedak, Tasek Gelugor, Seberang Perai, sebut sahaja
nama Ustaz Wahab Pondok Jarak, kita akan ditemukan
dengan pengasasnya, Haji Abdul Wahab Hussin yang
tekun mendidik anak-anak muridnya di pondok moden
yang dibinanya pada tahun 1990.

Sepanjang 22 tahun beroperasi, Madrasah Darul


Muhajirin mempunyai kira-kira 100 pelajar, berbanding
lima pelajar pada awal penubuhannya.

Pondok ini telah melahirkan pelajar cemerlang bernama


Hafizullah, 28 tahun. Beliau yang menetap, berkahwin
dan tinggal di rumah kelamin di sini selama lapan tahun,
Asrama lama menjadi imam jemputan serta antara tiga guru yang
diberi kepercayaan mengajar di pondok ini.

Antara mereka yang pernah belajar di Madrasah Darul


Muhajirin ini ialah Ustaz Burhanudin yang berkhidmat
di Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak dan Ustaz Abdul
Halim, Kadi Majlis Agama Islam Bandar Baharu-Kulim,
Kedah.

Untuk dihubungi:

Asrama baharu
Tel: 013-488 5739
81
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah Addiniah Al-Latifiah, PENGKALAN HULU

Pejabat
Pentadbiran
Madrasah
Addiniah Al-
Latifiah

82
PERAK
Usaha Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman menubuhkan
pondok pengajian agama, Madrasah Addiniah Al-
Latifiah atau Pondok Pak Teh tidak sia-sia apabila
mendapat perhatian dan kerjasama daripada
Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) dan pengajian
pertamanya bermula tahun 1967.
Pondok Madrasah Addiniah Al-Latifiah
Bahkan, Ustaz Abdul Latif yang tinggal di Kampung
Kuar Luar, Pengkalan Hulu dijadikan pakar rujuk
oleh pihak MAIPk untuk mendapatkan khidmat
nasihat berhubung hal-hal agama. Pada tahun 2010
pengurusan pondok ini diberikan kepada anaknya,
Ustaz Ishak Shairozi Abdul Latif sebagai mudir.

Jumlah pelajar yang berdaftar di pondok ini melebihi


500 orang berbanding hanya tiga pelajar pada awal
penubuhannya pada tahun 1967.
Asrama pelajar
Antara bekas murid pondok ini ialah Ustaz Hanafiah
Abdul Razak, Pegawai Falak di Jabatan Mufti
Negeri Johor dan Ustaz Ahmad Dali Ghazali, Ahli
Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Perak.

Untuk dihubungi:
Tel: 019-470 5929 / 04-477 0366
Pelajar beratur
mengambil makanan 83
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Yayasan Al-Jenderami, DENGKIL

Hj. Mohamad Hafidz


Bangunan Yayasan Al-Jenderami

Madrasah Islamiah Jenderam Hilir atau lebih dikenali sebagai Yayasan Al-Jenderami ialah pusat pengajian pondok
termoden yang terdapat di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ditubuhkan pada 1985 oleh Tuan Guru Hj. Mohamad Hafidz Selamat dengan jumlah muridnya seramai 50 orang.
Kini, selepas 27 tahun, madrasah ini yang dibina bercirikan kemodenan tamadun Islam hasil kudrat dan usaha
Tuan Guru Hj. Mohamad Hafidz bersama beberapa orang sahabatnya telah mengumpul sehingga kira-kira 5,000
pelajar.

84
SELANGOR
Tuan Guru Hj. Mohamad Hafidz yang lebih dikenali
dengan nama Syeikh Hafiz Al-Jenderami berguru
dengan Allahyarham Tuan Guru Hj. Hashim Abd. Aziz,
dan beberapa ulama terkenal seperti Tuan Guru Hj.
Sulaiman Kuang, Kadi Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Tuan Guru Hj. Mohamad Hafidz yang juga Pengerusi


Badan Didikan Islam UDA (BADIM) bersama beberapa
sahabatnya membina madrasah itu di Kampung Baru,
Dengkil, Selangor kerana hendak melarikan diri dari
kesesakan serta pembelajaran ilmu secara kelompok.

Berkat kesungguhannya dan dengan izin Allah


Rumah pondok untuk warga emas
SWT, masyarakat sekitar termasuk ahli korporat
menghulurkan derma serta sumbangan yang
membolehkan Tuan Guru Hj. Mohamad Hafidz
membina madrasah ini. Ia beralamat di Lot 27719,
Kampung Baru, Lorong Aman, Jenderam Hilir, Dengkil,
Selangor.

Untuk dihubungi:
Tel: 03-8768 0200
Faks: 03-8768 0201
E-mel: info@aljenderami.com.my
Laman web: www.aljenderami.com.my
Koperasi Yayasan Al-Jenderami

85
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah Tahfiz Al-Quran Lil Banin, DENGKIL

Surau dan bangunan pengajian Madrasah Tahfiz Al-Quran Lil Banin

86
SELANGOR
Seperti kebanyakan pondok dan madrasah pengajian
agama lain, Madrasah Tahfiz Al-Quran Lil Banin ini juga
dibina dengan peruntukan pengasasnya, Ustaz Hj. Ramli
Samud. Pondok ini dibina secara berperingkat-peringkat
mengikut kemampuan beliau.

Ustaz Hj. Ramli ialah seorang guru agama dan


penceramah bebas. Beliau mewakafkan tanah yang
dimilikinya di Bukit Changgang, Dengkil, Selangor
untuk dibina madrasah ini. Beliau menuntut ilmu agama
di pondok pengajian agama di Kelantan dan membina
Bilik mandi dan tempat mengambil wuduk
madrasah ini pada tahun 2008.

Sehingga kini, seramai 60 pelajar menuntut ilmu agama


dengannya dan turut mengislamkan saudara baharu.
Kebanyakan pelajarnya terdiri daripada golongan
remaja, kanak-kanak dan anak-anak yatim. Madrasah ini
turut mendapat sumbangan daripada orang ramai dan
jualan produk.

Untuk dihubungi:
Tel/Faks: 019-333 8327 /
Dewan tempat pelajar menghafaz al-Quran dan belajar agama
013-358 9674
87
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah Diniah Ahmadiah, KAJANG

Sebaik tamat pengajian agama di Pondok Pengajian Agama di Pasir Tumboh,


Kelantan sekitar tahun 1980-an, Ustaz Zakaria Awang kembali tempat lahirnya di
Batu 10, Off Jalan Cheras, Kajang untuk menyebarkan roh Islam yang ditimbanya
kepada umat Islam. Ustaz Zakaria

88
SELANGOR
Di atas sebidang tanah wakaf seluas dua ekar,
Ustaz Zakaria mula membina sebanyak 10 unit
rumah pondok untuk menempatkan anak-anak
muridnya dan bagi memudahkan mereka belajar
tanpa perlu berulang alik. Kos membina rumah
pondok ini dibiayai sepenuhnya oleh beliau
hasil perolehannya sebagai penceramah agama
jemputan di jabatan-jabatan kerajaan setiap Rabu
dan Sabtu.

Beliau yang seperguruan dengan Ustaz Sobarudin,


Ustaz Hj. Mohammad Hj Ilyas (pengasas Madrasah
Rumah pondok untuk pelajar An-Najjah) dan Tuan Guru Hj. Mohammad Hafidz
Selamat (Yayasan Al-Jenderami) mula mengajar
pada tahun 1992.

Pada awal operasinya, Madrasah Diniah Ahmadiah


ini mempunyai 10 orang murid, sebelum
bertambah kepada 50 orang murid sehingga
kini dengan tenaga pengajar seramai 18 orang
guru dan dua kakitangan am untuk urusan
pentadbiran.

Untuk dihubungi:
Tel/Faks: 013-633 1347
Kerja pengubahsuaian rumah pondok

89
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Raudhatul Ulum @ Darul Atiq, ULU SELANGOR

Surau dan Dewan Kuliah Raudhatul Ulum


Ustaz Hj. Ahmad Rizam
90
SELANGOR
Ustaz Hj. Ahmad Rizam
kini boleh berbangga
dengan ilmu yang
diperturunkan kepada
anak muridnya apabila
seorang daripada
mereka, Ustaz Rafeeq
Jamal tampil sebagai
pelajar sandaran dan
kini menjadi pengajar
di madrasah ini.
Ustaz Rafeeq berjaya
menghabiskan semua
Bangunan lama madrasah kitab dalam tempoh
dua tahun pembelajarannya.

Madrasah Raudhatul Ulum atau lebih dikenali dengan panggilan Darul Pembinaan bangunan madrasah
Atiq merupakan pondok moden yang diasaskan pada tahun 1998 oleh yang menempatkan 180 pelajar
Ustaz Hj. Ahmad Rizam Ghazali. Madrasah ini terletak di Cawangan Ulu ialah hasil daripada derma dan
Rening, Batang Kali, Ulu Selangor. sumbangan orang ramai.

Ustaz Hj. Ahmad Rizam adalah seorang mudir yang senang didekati
dan ilmunya mudah dipelajari, sesuai dengan kelayakan serta
pengalamannya yang menimba ilmu agama dengan Allahyarham Untuk dihubungi:
Ustaz Nik Mat di pondok pengajian agama di Markas Tarbiah Islamiah,
Dehrang, Kedah sekitar tahun 1980-an. Tel/Faks: 019-399 5344

91
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Pusat Pengajian Pondok Bustanul Arifin, BANTING

Asrama Pusat Pengajian Pondok Bustanul Arifin

92
SELANGOR
Dengan kelulusan B.A Syariah
daripada Universiti Al-Azhar, Mesir dan
pengalaman sebagai guru agama di
Pusat Serenti, Dengkil, Ustaz Khairul
Moin Morshid atau Ustaz Ansori
membina pondok pengajian agama
yang diberi nama Pondok Bustanul Arifin
di Kampung Labuhan Dagang, Banting,
Ruang solat di pondok ini luas dan selesa Selangor pada 2003.

Pondok yang dibinanya boleh


dikategorikan sebagai pondok moden
dengan keseluruhan kos pembiayaan
daripada hasil sumbangan orang
ramai. Tanah seluas tiga ekar yang
menempatkan bangunan ini diwakafkan
oleh Pak Sain Dollah pada tahun 2002.

Untuk dihubungi:
Tel/Faks: 019-338 8239
014-641 6369
Rak menempatkan Al-Quran dan kitab untuk pelajar mengaji
93
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussifa, TAMPIN

Antara tenaga pengajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussifa

94
Negeri sembilan
Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussifa terletak di Kampung
Seri Repah, Tampin. Ia diasaskan oleh Ustaz Hj. Suhaimi
Hj. Othman pada tahun 1996. Seorang hamba Allah telah
mewakafkan tanahnya seluas 6.1 ekar kepada madrasah ini
untuk dijadikan Pusat Pengajian Agama. Operasi bermula di
sebuah rumah kayu. Selepas itu, atas sumbangan masyarakat,
bangunannya diubah kepada konkrit sepenuhnya.

Yang Dipertuanya, Ustaz Hj. Suhaimi Hj. Othman bersama


sembilan guru mengajar seramai 113 orang murid.
Kebanyakan murid di sini berlainan latar belakang dan ada
antaranya datang dari luar negara. Mata pelajaran diajar
ialah Fardu Ain, Tauhid, Tahfiz dan kitab pondok. Manakala
sistem pembelajarannya mengikut silibus atau waktu Pelajar menghafaz Al-Quran
pondok itu sendiri.

Ada pelajar daripada madrasah ini telah menjadi guru


agama. Pada Ramadan setiap tahun ada pelajar dijemput
mengimamkan solat sunat Tarawih di Afrika Selatan,
Indonesia, selain di Negeri Sembilan dan negeri-negeri
lain. Ada juga pelajar yang menyambung pengajian agama
di Pusat Pengajian Agama terkenal di Indonesia untuk
mendalami pengetahuan mengenai al-Quran dan Fardu
Ain.

Hasrat mulia Ustaz Hj. Suhaimi ialah melahirkan pelajar Pembelajaran secara berkumpulan sambil
yang mahir tahfiz al-Quran dalam tempoh tiga tahun. dipantau oleh tenaga pengajar

95
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Pusat Pengajian Al-Quran, PORT DICKSON

Pusat pengajian ini juga dikenali dengan nama


KDQ. Ia dibuka pada 1 Januari 2001 di Tingkat 1
Wisma Galilee, KM4 Jalan Seremban, Port Dickson.
Pengasasnya, Ustaz Mohd Hafidz Eshak atau Ustaz
Hafidz, nama ringkasnya.

Berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam


Negeri Sembilan, Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan,
pusat pengajian ini ialah anak syarikat kepada KDQ
yang turut membuka pusat rawatan Islam.

Ustaz Hafidz
Bangunan yang menempatkan Pusat Pengajian Al-Quran

96
Negeri sembilan
Ustaz Hafidz turut bertanggungjawab menjadi imam jemputan
solat sunat Tarawih di masjid-masjid sekitar Port Dickson setiap
Ramadan, di samping menjadi pengajar jemputan di sekolah
dan institusi pengajian tinggi (IPT) dan penceramah bebas untuk
televisyen swasta seperti TV3 dan TV9.

Beliau memulakan persekolahan di SK Subang, SRK Agama


Subang dan Madrasah Maahad Tahfiz Al-Quran Shah Alam
di Selangor. Kemudian menyambung pengajian di Maahad
Madrasatul Al-Arabiah, Kluang, Johor. Selepas itu melanjutkan
pengajian di Universiti Madinah dalam bidang Syahadah Tahfiz
Quran. Beliau juga turut belajar di Majlis Agama Islam Negeri
Pelajar lelaki dan perempuan membaca Al-Quran
Sembilan (Pendidikan dan Dakwah) dan Kolej Dar Hikmah, Kajang
(Syariah).

Jumlah guru di sini ialah 35 orang, yang mana 20 daripada mereka


adalah sukarelawan. Mereka mengajar dan mendidik 358 orang
pelajar termasuk saudara baharu (mualaf ).

Mata pelajaran disediakan ialah Kesenian Islam, Fardu Ain dan


Praktikal, Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa
Mandarin dan Bahasa Tamil.

Untuk dihubungi:
Pelajar mendengar ceramah agama daripada Ustaz Tel: 06-651 3724 Faks: 06-651 7810
Hafidz E-mel: ustaz_hafidz@yahoo.com
Laman web: www.kuliahdarulquran.blogspot.com
97
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath Negeri Melaka (PMKT),


KAMPUNG PADANG TEMU

Seorang warga emas menghabiskan masa rehatnya dengan membaca kitab

98
MELAKA
Pertubuhan Murid-murid Kitab Turath terletak di
Kampung Padang Temu. Pondok Pengajian Islam
ini ditubuhkan pada 2008 oleh Ustaz Fuad Ebnu
Ali @ Ustaz Fuad. Beliau seorang pendakwah yang
menuntut ilmu di beberapa pondok di negara ini.
Dengan ilmu yang ada dan pengetahuan yang
Pelajar beriadah selepas mengaji
luas mengenai hukum hakam agama, beliau
kongsikan dengan umat Islam di negeri ini.

Pondok ini mempunyai 60 pelajar dengan 11


guru yang digajinya melalui hasil sumbangan
orang ramai, individu dan ahli korporat yang
dermawan.

Golongan sasar yang belajar di pondok ini terdiri


daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan
warga emas.

Pakaian lelaki Pakaian muslimat


Untuk dihubungi:
Seorang
pentadbir Tel: 017-636 7400
menyemak
rekod Faks: 06-284 1695
E-mel: pondok@pmkt.com.my
Laman web: www.pmkt.com.my

99
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Pondok Baitul Qurra’ Wal Fuqaha, PAYA RUMPUT JAYA

Bangunan yang menempatkan surau, ruang pembelajaran dan asrama Muslimat

100
MELAKA
Allahyarham Kiyai Haji Abdul Rahman ialah pendakwah
yang tegas dan tidak pernah puas menuntut ilmu.
Beliau mendapat pendidikan awal di Pengajian Maahad
Muhammadi, Kelantan, sebelum menyambung
pengajian ke Mesir.

Allahyarham Kiyai Haji Abdul Rahman membuka


pengajian sistem pondok di Kampung Paya Rumput Jaya,
Pondok kediaman pelajar Muslimin
Sungai Udang sejak 1940-an. Usaha beliau disambung
oleh Muallim Abd Wahid sehingga 2000-an dan Ustaz
Zulkifli Ismail sehingga kini.

Pada tahun 2008 Ustaz Zulkifli membaik pulih pondok


menjadi lebih moden dan selesa. Sistem pengajian
di sini mengikut Pengajian Umumi iaitu pelajar diberi
kebebasan memilih mata pelajaran seperti Feqah, Tafsir,
Hadis, Tasawwuf, Tauhid, Nahu, Qiraat, Mantiq, Soraf,
Tajwid, Akhlak, Sirah, semua kitab tua dan kitab pondok.
Ruang solat dan pembelajaran
Seorang pelajar pondok ini, Abdul Halim Zulkifli sedang
menyambung pengajian di Rubat Tarim, Yaman.

Untuk dihubungi:
Tel: 013-613 5206
Bilik perpustakaan untuk rujukan pelajar 101
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah Darul Istiqamah, MUAR

Jalan masuk ke Madrasah Darul Istiqamah

Ustaz Amran Mat Kahar lahir tahun 1970. Beliau dari Pahang dan membuka Madrasah Darul Istiqamah yang
terletak di Kampung Simpang Baba, SB 17, Sungai Terap, Muar pada 2003 atas dorongan rakan-rakannya kerana
beliau mempunyai pengalaman selama 13 tahun sebagai pelajar sekolah pondok.

102
JOHOR
Seawal usia 20 tahun, beliau belajar
pondok di Terengganu pada tahun 1987,
selama tiga tahun. Kemudian melanjutkan
pengajian ke Madrasah Ribath, Parit
Perupuk, Jalan Temenggung Ahmad,
Muar, selama 10 tahun. Di situ, beliau
belajar di bawah pengawasan Tuan Guru
Mohamad Sarman Mohamad Salleh dan
Tuan Guru Ibrahim Salleh.

Rakannya yang juga pemilik tanah,


Mohd Afendi Jaafar mewakafkan tanah
itu untuk membina madrasah. Peringkat
permulaan, mereka membina dua pondok
Madrasah Darul Istiqamah dan pejabat pentadbiran secara bergotong royong. Kini madrasah
berkenaan mempunyai bangunan konkrit
dua tingkat yang siap dibina pada 2011
dan mempunyai 20 pelajar.

Untuk dihubungi:
Tel: 012-226 0403
E-mel: darulistiqamah99@yahoo.com
Kelas yang dilengkapi dengan kelengkapan asas Laman web: www.madrasahdarulistiqamah.blogspot.com

103
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah Miftahul Muarif, MUAR

Bangunan Madrasah Miftahul Muarif

104
JOHOR
Pada tahun 1999, Ustaz Nazarudin Sarbini
membuka pondok yang diberi nama
Madrasah Miftahul Muarif di Kampung
Padang Lalang, Jorak, Bukit Pasir. Ustaz
Nazarudin Sarbini lahir pada 22 November
1967 di Melaka. Beliau mendapat pendidikan
awal di Madrasah Miftahul Muarif, Negeri
Sembilan dari tahun 1986 hingga 1989
dengan bimbingan Allahyarham Tuan Guru
Hj. Ali Musa iaitu Tokoh Maal Hijrah peringkat Pondok asrama pelajar
Negeri Sembilan.

Beliau kemudian melanjutkan pengajian


pondok di Pesantren Serambi Acheh, Acheh,
Indonesia selama tiga tahun di bawah
bimbingan Tuan Guru Hj. Kassim. Seterusnya
belajar di Mekah selama empat tahun di
bawah bimbingan Tuan Guru Hj. Hussin Al-
Fathoni.

Nazarudin pulang ke tanah air pada tahun


1996 dan berkhidmat sebagai guru agama
selama tiga tahun. Kini menjadi mudir
kepada 35 orang murid. Pondok asal masih
Dewan solat dan kuliah
digunakan untuk penempatan pelajar. Untuk dihubungi:
Tel: 016-644 0936
105
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniah, LEDANG


Bangunan
asrama yang
menempatkan
pelajar lelaki

Surau asrama
pelajar lelaki

Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniah ditubuhkan pada tahun 1940 di Parit


Medan, Kundang Ulu, Ledang. Pengasasnya ialah Allahyarham Datuk Kiyai Haji
Shamsuddin Reduan atau dikenali sebagai Kiyai Shamsuddin.

Datuk Kiyai Shamsuddin dilahirkan pada tahun 1911 di Kepet, Madium, Jawa Timur,
Haji Mohd Samsi
Indonesia. Pada tahun 1937, Kiyai Shamsuddin berhijrah ke Tanah Melayu dan

106
JOHOR
menetap di Kampung Parit Raja, Gersik, Ledang. Beliau pernah menerima
anugerah Ahli Mangku Negara (AMN) dari Yang Dipertuan Agong, serta
dianugerahkan Bintang Seri Paduka Mahkota Johor (SMPJ) yang membawa
gelaran Datuk. Hasil tulisan beliau ialah Perhimpunan Selamat dan Hikmat-
hikmatnya serta Panduan Beribadah.

Antara mudir yang pernah berkhidmat di sini ialah Haji Tahir Hayat (1977 −
1989), Haji Ismail Ahmad Annuar (1989 – 1998), Haji Mohd Taufik Datuk Kiyai
Shamsuddin (1998 –1999) dan Haji Mohd Samsi Hussin sejak tahun 1999. Kantin pelajar

Haji Mohd Samsi Hussin mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Melayu
Tanjung Karang, Selangor. Beliau turut mendapat pendidikan di Sekolah
Menengah Sekolah Arab Mamba'ul Ulum, Tanjung Karang, Selangor; Sekolah
Arab Al-Ahya Assyarif Ulu Semanggul, Perak; dan Madrasah Al-Junad Islam di
Singapura. Beliau kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan
Falsafah dan Diploma Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pondok yang didaftarkan di bawah Jabatan Agama Negeri Johor ini mempunyai
304 pelajar yang mengikuti pengajian Umumi, Nizami dan kurikulum pondok.
Seramai 31 guru diamanahkan mengajar Feqah, Tafsir, Hadis, Sejarah Islam, Tandas pelajar
Tauhid, Ilmu Aufat, Faraid, Usul, Balaghah, Soraf, Tajwid, Akhlak, Sirah dan
Mantiq.

Antara bekas pelajar yang berjaya ialah Dr Mahfodz Mohamed (bekas Untuk dihubungi:
pensyarah Universiti Malaya), Datuk Mohd Tahrir Datuk Shamsuddin (Mufti Tel: 06-9728 200
Johor) dan Amir Danuri (Ketua Hakim Syarie Negeri Johor). E-mel: shamsuddiniah@gmail.com
Laman web: www.smashamsuddiniah@wordpress.com

107
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah Ribath, MUAR

Bangunan dua tingkat Madrasah Ribath

Madrasah Ribath, Muar diasaskan oleh Tuan Guru Hj. Muhammad Lip pada tahun 1934. Proses pengajian
dan pembelajaran di Madrasah Ribath diwarisi oleh Hj. Muhammad Lip daripada tuan gurunya dari
Melaka dan Kelantan. Beliau diwasiatkan supaya memanjangkan ilmu yang dipelajarinya melalui kitab-

108
JOHOR
kitab muktabar daripada ulama salaf, khalaf dan mutaakhirin
dengan sistem pondok.

Tuan Guru Hj. Muhammad Lip mendapat didikan agama


daripada ibu bapanya sejak kecil. Beliau belajar di sebuah
madrasah di Parit Raja hingga berusia 24 tahun. Pada usia
25 tahun, beliau berhijrah ke Melaka untuk meneruskan
dan mendalami ilmu agama. Kemudian beliau melanjutkan
pengajian di Mekah selama enam tahun pada 1925 hingga
1930. Sekembalinya dari Mekah, beliau belajar dengan Tuan
Guru Hj. Abdul Lathif Nuruddin di Tengkerang, Melaka.

Setelah tamat pengajian selama enam tahun di Melaka, beliau Bangunan lama yang masih diguna pakai dan
dijadikan asrama
berhijrah ke Kelantan dan menuntut ilmu dengan Tuan Guru
Tok Kenali selama dua tahun lapan bulan serta mendalami Bilik belajar
ilmu tasawwuf. Apabila Tok Kenali meninggal dunia pada akhir di bangunan
1933, Tuan Guru Hj. Muhammad Lip kembali ke kampungnya baharu

Bangunan batu Madrasah Ribath siap dibina pada 1963. Beliau


seorang yang sangat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan
terutamanya pembangunan insan bagi memperbetulkan
akidah, ilmu dan amal soleh dalam kehidupan. Sebelum
menghembuskan nafas terakhir pada 21 Ogos 1989, beliau
mewasiatkan pondok Madrasah Ribath kepada murid
tertuanya, Tuan Guru Hj. Muhammad Saman Hj. Muhammad
Untuk dihubungi:
Salleh. Antara kitab yang dihasilkan ialah Tanbihul Ghafilin,
Tashilul Musarrifin, Jumaat dan Risalah Nazariah. Tel: 013-384 0589
109
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah An-Najjah, BERA

Madrasah An-Najjah @ Pondok Bukit Keledang


Ustaz Hj Mohammad

110
PAHANG
Madrasah An-Najjah juga dikenali sebagai Pondok Selepas tamat pengajian, Allahyarham Hj Abdullah
Bukit Keledang terletak di Kampung Bukit Keledang, memasang cita-cita hendak membuka pondok di
Mengkarak, Bera, Pahang. Bangunan berasaskan separa kampung kelahirannya. Alhamdulillah, impiannya
kayu dan separa konkrit ini dibina pada tahun 1954 oleh tercapai apabila ada individu tertentu bermurah hati
pengasasnya, Allahyarham Hj. Abdullah Mohammad mewakafkan tanah seluas lima ekar untuk beliau
atau lebih dipanggil Hj Abdullah Bukit Keledang. membina pondok.

Pada awal pembukaannya, madrasah ini hanya ada


enam murid sahaja, tetapi bertambah kepada 100
orang sehingga kini di bawah bimbingan dan didikan
Ustaz Hj Mohammad Hj Ilyas. Ada pelajar pondok
ini yang berjaya menyambung pengajian agama di
menara gading termasuk Universiti Al-Azhar, Mesir dan
ada yang menjadi guru agama. Ada yang menyambung
pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dan tidak sedikit
bekerja di sekitar Kuantan, Pahang.

Allahyarham Hj. Abdullah berasal dari Kampung Guai,


Kuantan. Arwah mula belajar dan menimba ilmu agama
di Kelantan iaitu di sebuah pondok di Kampung Lambor,
Tumpat. Gurunya ketika itu ialah Allahyarham Hj Awang.
Beliau belajar selama tiga tahun sebelum berpindah ke
sebuah pondok pengajian di Kampung Jambu, kira-kira Surau baharu tersergam indah
10 kilometer dari Kampung Lambor.
Untuk dihubungi:
Tel/Faks: 019-938 2947
111
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah Darul Huda, BANDAR BERA

Hj Sulaiman Asrama pelajar lelaki madrasah Darul Huda

112
PAHANG
Pondok ini dibina di atas tanah seluas lapan ekar di Kampung
Padang Luas, Bandar Bera pada tahun 1973. Sebelum itu,
pengasasnya, Allahyarham Hj. Abdullah Mohammad ada
membuka sebuah pondok pengajian di Kampung Bukit
Keledang.

Bagaimanapun, atas inisiatifnya hendak melebarkan syiar Islam,


Allahyarham Hj. Abdullah kembali ke Kampung Padang Luas
untuk membina sebuah pondok yang dinamakan Madrasah
Darul Huda bagi merealisasikan impiannya untuk melahirkan
umat Islam yang mukmin dan sejati.
Rumah pondok yang digunakan oleh pelajar sebagai tempat
tinggal mereka sepanjang menimba ilmu agama di Madrasah
Darul Huda Allahyarham Tuan Guru atau Abah berasal dari Kampung Guai,
Kuantan. Beliau pernah belajar agama di pondok pengajian
agama di Kampung Lambor, Tumpat, Kelantan dan berguru
dengan Tuan Guru Hj. Awang B. Haji.

Selepas Hj. Abdullah meninggal dunia pada tahun 1997,


tanggungjawab dan amanah diteruskan oleh anaknya, Hj.
Sulaiman Abdullah. Kini, Madrasah Darul Huda telah dijadikan
Pusat Asuhan Kanak-Kanak Islam dan Kelas Agama Fardhu Ain
(KAFA).

Untuk dihubungi:

Surau yang memberi keselesaan kepada pelajar


Tel/Faks: 019-906 7421
113
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Ma’ahad Tahfiz Darul Hijrah Al-Islamiah, TEMERLOH

Rumah mudir yang turut menyediakan ruang bagi pelajar berkumpul bagi
membincangkan pembelajaran mereka
Hajjah Azizah

114
PAHANG
Ma’ahad Tahfiz Darul Hijrah Al-Islamiah atau Markaz Tarbiah Darul
Hijrah Al-Islamiah terletak di Kampung Paya Pasir, Batu 18, Jalan
Temerloh ini. Diasaskan oleh Ustaz Hj Mohd Alwy dan Hajjah
Azizah.

Ustaz Hj Mohd Alwy ialah pelajar lepasan Universiti Al-Azhar.


Ma’ahad ini dibuka dengan tujuan hendak melahirkan masyarakat
Islam supaya mempunyai akhlak yang mulia, baik, taat dan setia,
di samping dapat menjadi penyambung untuk menyampaikan
ilmu dan seruan Islam kepada generasi seterusnya.

Pada asalnya madrasah ini ialah rumah pusaka milik arwah bapa
Kelas dua tingkat ini dibina untuk memberi keselesaan Hajjah Azizah yang digunakan sebagai pusat pengajian agama
kepada pelajar menimba ilmu pada 1984. Berikutan sambutan menggalakkan masyarakat
setempat, Ustaz Hj Mohd Alwy dan Hajjah Azizah membeli tanah
seluas dua ekar berhampiran tapak rumah pusaka itu untuk
dijadikan Ma’ahad yang lebih selesa.

Pada tahun 1993, Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Tuanku
Sultan Ahmad Shah berkenan memberi sumbangan kepada
madrasah ini untuk membina sebuah bangunan yang lebih
selesa.

Untuk dihubungi:
Tel/Faks: 09-485 5115
E-mel: mt_dh@yahoo.com
Asrama Puteri Darul Hijrah Al-Islamiah
Laman web: www.darul-hijrah.blogspot.com

115
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah Addiniah Ismailiah, TEMERLOH

Hampir siap. Surau ini dibina untuk memudahkan pelajar beribadat


Ustaz Che Mahmud

116
PAHANG
Madrasah Addiniah Ismailiah diasaskan oleh Ustaz
Che Mahmud Che Mat atau Baba Che Mud di
Kampung Paya Jauh, Temerloh. Pembinaan pondok
ini dimulakan pada Jun 2012. Walaupun masih baru
dan belum siap sepenuhnya, pengajian agama sudah
dimulakan dengan mengambil 15 orang pelajar.
Ustaz Che Mahmud membeli sebidang tanah seluas
lima ekar untuk membina pondok ini dan merancang
akan membina kira-kira 200 unit lagi termasuk asrama
perempuan, lelaki dan rumah kelamin.

Ketika zaman remaja dan dewasanya, Ustaz


Beberapa buah pondok yang dijadikan asrama pelajar Che Mahmud belajar agama di Pondok Kerasok,
yang hampir siap Pattani, Wilayah Selatan Thailand dan menamatkan
pengajiannya di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Beliau
kemudian menjadi penceramah bebas dan imam
masjid di Kuala Berang, Kuala Terengganu.

Sepanjang pengajiannya menimba ilmu agama, Ustaz


Che Mahmud dalam diam memasang cita-cita hendak
membina pondok pengajian agama untuk menerapkan
ilmu agama kepada umat Islam pelbagai peringkat
usia.

Untuk dihubungi:
Tel/Faks: 014 - 531 0179
Beberapa rumah pondok dalam pembinaan

117
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Madrasah Darul Salam , KUANTAN

Bangunan Madrasah Darul Salam

Ustaz Wan Mohd Zukir


118
PAHANG
Madrasah Darul Salam atau Pondok Sri Damai ditubuhkan
oleh Ustaz Wan Mohd Zukir Wan Ismail. Pondok ini terletak di
Kampung Sri Damai, Kuantan.

Bermula dengan pemilikan tanah seluas satu ekar dan


mengumpul dana sumbangan daripada penduduk kampung
serta orang ramai, Ustaz Wan Mohd Zukir menggunakannya
untuk membina pondok pada 2009.

Beliau sendiri menerima didikan agama di pondok agama


Kampung Geting, Tumpat, Kelantan. Kemudian meneruskan
Kerja membina pagar juga dilakukan secara
berperingkat mengikut kemampuan kewangan
pengajian di Pusat Islam di Kemaman, Terengganu. Selepas
tamat pengajian, Ustaz Wan Mohd Zukir dilantik sebagai imam
di sebuah masjid di Kemaman.

Dalam usaha memajukan pondok pengajian ini, beliau pernah


menyuarakan hasrat dan berbincang hal itu dengan Ustaz
Badarudin. Tujuan dan hasratnya ialah melahirkan ramai Kadi.
Antara bekas pelajar pondok ini ialah Ustaz Mohd Mustaqim
yang bertugas sebagai imam masjid dan imam jemputan di
Besut, Kuala Terengganu.

Untuk dihubungi:
Tel/Faks: 012-988 1971
Laman web: www.pondoksridamai@madrasahdarulsalam
Pondok asal yang masih digunakan
119
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Pusat Pendidikan Islam An-Nuur, KUANTAN

Pusat Pendidikan Islam An-Nuur atau dikenali dengan nama Pondok An-Nur berdiri megah di atas tanah
seluas 4.5 ekar di Kampung Penor, Kuantan, Pahang. Pondok ini diasaskan oleh Ustaz Mokhtar Senik pada
tahun 1994 dan mula beroperasi dengan pengambilan pelajar serta pengajian sulung pada tahun 1996.

120
PAHANG
Setelah Ustaz Mokhtar
memperkenalkan pengajian
pondok tradisional, beliau mula
mengorak langkah ke hadapan
dengan memperluaskan
pengajian mengikut Aliran
Tahfiz, akademik, vokasional
Pra-Tahfiz, sekolah rendah dan
Kelas Fardu Ain (KAFA). Beliau
kini berusaha dan sedang giat
hendak menubuhkan Kolej
Islam An-Nur (KIAN) dan Pondok
Asrama dibina berdekatan dengan surau
An-Nur Cawangan Kemboja.

Aliran pengajian yang


disediakan di Pusat Pendidikan Kemudahan
telefon
Islam An-Nuur ialah pengajian awam
pondok tradisional sehingga
4 Senawi atau 6 Tahun. Juga
menyediakan Aliran Tahfiz (30 Tiga pelajar Pusat Pendidikan Islam An-
juzuk), Aliran Akademik (PMR Nuur sedang berbincang
dan SPM), Aliran Prasekolah (An-
Nuur Islamic PreSchool – ANIS) Untuk dihubungi:
dan Kolej Islam An-Nuur (KIAN) Tel/Faks: 09-516 2341
yang dalam pembangunan. E-mel: muslimtijaary@gmail.com
Laman web: www.nuuratiq.net

121
Direktori • Pondok-pondok di Malaysia

Pondok As-Salikin, BESERAH

Masjid Pondok As-Salikin


Ustaz Hassan Zahari

122
PAHANG
Sebelum ini ada seorang hamba Allah merancang
hendak membina sebuah pondok pengajian
agama di atas sebidang tanah wakaf di Kampung
Jeram, Beserah. Bagaimanapun, belum hajat itu
dilaksanakan, hamba Allah berkenaan meninggal
dunia.

Oleh itu, bagi merealisasi hajat arwah hamba Allah


itu, penduduk kampung melihat Ustaz Hassan
Zahari yang berpendidikan agama di Pondok
Pattani, Selatan Thailand dan Pondok Tuan Guru
Haji Abdullah sebagai orang yang sesuai, layak
Pondok yang menjadi tempat tinggal pelajar dan berkemampuan menunaikan hajat itu.

Atas bantuan penduduk kampung dan orang


ramai, Ustaz Hassan berjaya membina Pondok
As-Salikin pada 2010 dan memulakan pengajian
agama dengan mendidik 10 orang pelajar pada
satu-satu masa. Beliau mengajar ilmu Feqah,
Tafsir, Tasawwuf, Sejarah Islam, Tauhid, Ilmu Aufat,
Balaghah, Nahu, Faraid, Soraf, Akhlak, Sirah, Siasah,
semua kitab tua dan kitab pondok.

Untuk dihubungi:
Tel: 013-986 5547
Pondok baharu turut dibina

123

You might also like