Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 44

Direktori • Pondok- pondok di Malaysia

Ma’ahad At-Tahfiz Tarbiyyah Darul Iman, KUALA TERENGGANU

Pintu masuk ke Ma’ahad At-Tahfiz Tarbiyyah yang menempatkan lebih 500 pelajar sejak ditubuhkan

124
Terengganu
Ma’ahad At-Tahfiz Tarbiyyah Darul
Iman ini diasaskan oleh Tuan Guru
Dato’ Hj. Abu Bakar Chik pada
tahun 1977.

Ma’ahad yang tersohor dengan


panggilan Pondok Darul Iman
ini terletak di Kilometer 14,
Jalan Kelantan, Tok Jiring, Kuala
Terengganu.

Sehingga kini seramai 500 pelajar


telah mendaftar dan mereka yang
layak mengikuti pengajian di sini,
Bangunan Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman akan diberikan biasiswa.

Bangunan baharu yang


dalam pembinaan

Untuk dihubungi:
Tel: 09-667 0102
125
Direktori • Pondok- pondok di Malaysia

Pondok Al-Baqiatul Shalihat, KUALA TERENGGANU

Bangunan Madrasah Al-Baqiatul Shalihat

Ustaz Nasir

126
Terengganu
Pondok Al-Baqiatul Shalihat yang terletak
di Batu Rakit, Kuala Terengganu ini telah
ditubuhkan oleh Ustaz Mohamad Abdul
Rahman atau Haji Ngah Padang Midin. Ia
juga dikenali sebagai Pondok Pecah Rotan.

Setelah kematian beliau, pengurusan


pondok diambil alih oleh kedua-dua orang
anaknya; Ustaz Abdul Fatah (2008 - 2011)
dan Ustaz Nasir (bermula tahun 2011).

Tidak ramai pelajar yang berdaftar di


pondok ini. Berbanding dengan 45 pelajar
Kolah untuk pelajar mengambil wuduk semasa dibuka 15 tahun lalu, kini pondok
ini hanya ada dua pelajar.

Kekangan kewangan adalah antara punca


pondok ini tidak mampu berkembang.

Untuk dihubungi:
Tel: 014-813 1956
Bangunan asrama pelajar 127
Direktori • Pondok- pondok di Malaysia

Pusat Darul Muhajirin, KUALA TERENGGANU

Pondok kayu tempat bersolat dan menimba ilmu agama


Ustaz Syed Suhaimi

128
Terengganu
Pusat Darul Muhajirin
ditubuhkan pada tahun 2004
oleh Ustaz Syed Suhaimi Syed
Hassan di Kampung Bukit Jong,
Tepuh, Kuala Terengganu. Ia juga
dikenali sebagai Pondok Bukit
Jong.

Tidak sempurna mengaji


agama di pondok kalau tidak
merasai tinggal di rumah
pondok berasaskan kayu
dengan reka bentuk asal pada
zaman sebelum merdeka. Inilah
Wakaf yang disediakan untuk pelajar pengalaman yang dirasai oleh
para pelajar di sini.

Dua orang guru


dipertanggungjawabkan
mengajar seramai 80 orang
pelajar ilmu Feqah, Tafsir, Hadis,
Tasawwuf, Sejarah Islam, Tauhid
dan Usul.

Untuk dihubungi:
Pelajar berehat
dalam pondok Tel: 017-987 7978
selepas seharian
menimba ilmu
129
Direktori • Pondok- pondok di Malaysia

Madrasah Al-Hidayah, KUALA TERENGGANU

Ustaz Mustaffa Kamal

Bangunan masjid Madrasah Al-Hidayah

130
Terengganu
Madrasah Al-Hidayah terletak di
Lorong Haji Da, Batu Burok, Kuala
Terengganu.

Institusi pondok ini ditadbir oleh


Ustaz Mustaffa Kamal Hamzah
yang mempunyai kemahiran
menterjemahkan kitab bahasa
Arab ke bahasa Melayu untuk
dijadikan rujukan pelajar. Beliau
berlatarbelakangkan pendidikan
pondok di Kedah.
Dewan pembelajaran yang dilengkapi kerusi dan bahan rujukan
Pelajar-pelajar yang cemerlang di
madrasah ini akan diberikan tawaran
melanjutkan pengajian mereka ke
Indonesia dan Yaman.

Untuk dihubungi:
Tel: 019-931 7963
Sudut informasi mengenai aktiviti pengurusan Madrasah Al-Hidayah
131
Direktori • Pondok- pondok di Malaysia

Madrasah Mazahirul Ulom, KUALA TERENGGANU

Masjid yang menjadi mercu tanda pengajian


pondok di Madrasah Mazahirul Ulom

132
Terengganu
Madrasah Mazahirul Ulom yang
ditubuhkan sejak tahun 1996 ini
terletak di Kampung Bongkok,
Bukit Payong, Kuala Terengganu.

Madrasah yang diusahakan oleh


Tuan Hj. Yahya Khatib Taib ini
amat bertuah kerana menerima
sumbangan zakat daripada
Majlis Agama Islam Negeri. Selain
itu, yuran daripada para pelajar
turut membiayai pengurusan
madrasah ini.
Sudut solat, tazkirah dan kuliah agama
Bagi sesi tahun 2012, seramai
150 orang pelajar telah berdaftar
untuk menuntut ilmu Feqah,
Tafsir, Hadis, Tasawwuf, Sejarah
Islam, Usul dan Sirah.

Untuk dihubungi:
Tel: 09-619 6245
Asrama yang menempatkan 150 pelajar
133
Direktori • Pondok- pondok di Malaysia

Madrasatul Quran, KUALA TERENGGANU

Bangunan tiga tingkat ini pernah menampung seramai 400 pelajar pada satu-satu masa pengajian

134
Terengganu
Madrasatul Quran yang dibina pada
tahun 1983 oleh Tuan Hj. Muda
Hj. Deraman atau Hj. Muda Penaik
Stor terletak di Kampung Kubang
Bujuk, Serada, Kuala Terengganu.
Pondok tradisional ini mempunyai
dua bangunan dan sebuah masjid, di
samping menempatkan dua bangunan
asrama.

Selepas Tuan Hj. Muda meninggal dunia


Dua bangunan asrama pelajar pada 1985, madrasah ini diambil alih
oleh anak Tuan Hj. Muda iaitu Tuan Hj.
Ramli.

Dalam satu-satu masa, madrasah


ini mampu menerima 400 orang
pelajar. Seramai 29 orang guru yang
berpengetahuan dan mahir dalam
bidang Feqah, Tafsir, Hadis, Tasawwuf,
Sejarah Islam, Usul dan Tahfizul Quran
dipertanggungjawabkan mendidik para
pelajar di sini.

Untuk dihubungi:
Bilik
pentadbiran Tel: 09-619 8591
Madrasah
Quran
135
Direktori • Pondok- pondok di Malaysia

Ma’ahad Tahfiz Al-Itqan, KEMAMAN

Masjid Ma’ahad Tahfiz Al-Itqan

136
Terengganu

Bangunan pondok tambahan


sedang dalam pembinaan

Ma’ahad Tahfiz Al-Itqan yang diasaskan oleh Ustaz Nordin


Zakaria Al-Hafiz pada tahun 2008 ini teletak di Kampung
Labohan, Kerteh, Kemaman.

Seramai 80 orang pelajar pernah menuntut di sini. Mereka diajar


ilmu Feqah, Tafsir, Hadis, Tasawwuf, Sejarah Islam, Tauhid, Aufat,
Balaghah, Faraid, Tajwid, dan Sirah, di samping semua kitab tua
dan kitab pondok.

Untuk dihubungi:
Wakaf yang disediakan pihak pengurusan pondok
untuk pelajar merehatkan minda Tel: 09-619 8591

137
Direktori • Pondok- pondok di Malaysia

Madrasah As-Siratul Mustaqim, KEMAMAN

Kawasan Madrasah As-Siratul Mustaqim yang dihiasi pokok-pokok untuk mengindahkan suasana

138
Terengganu
Madrasah As-Siratul
Mustaqim atau Pondok
Al-Mustaqim ini ditubuhkan
pada tahun 2006 oleh
pengasasnya Ustaz Wan
Fakhrul Razi di Kampung
Batu 4, Jalan Air Putih,
Kemaman.

Golongan sasar pengurusan


pengajian agama ini ialah
remaja dan kanak-kanak.
Seramai 100 pelajar
mendaftar untuk belajar
ilmu kitab tua di sini.

Madrasah ini turut


menyediakan perkhidmatan
pengurusan jenazah.

Rumah tenaga pengajar

Untuk dihubungi:
Tel: 09-859 2797 Faks: 09-859 3797
E-mel: pondokalmustaqim@gmail.com
Pengangkutan yang disediakan pihak pengurusan

139
Direktori • Pondok- pondok di Malaysia

Madrasah Darul Taqwa, KEMAMAN

Asrama dan dewan yang ada di Darul Taqwa

140
Terengganu
Madrasah Darul Taqwa ditubuhkan pada
tahun 1990 oleh Ustaz Syed Ismail atau
Syed Pasir Mina dengan konsep pondok
separa moden di Kampung Batu 6,
Chukai, Kemaman.

Selepas Ustaz Syed Pasir Mina


meninggal dunia, beberapa mudir yang
diberi tanggungjawab meneruskan
pentadbiran pondok ini ialah Ustaz
Abdul Latif, Ustaz Dzulkifli dan Ustaz
Zahari Deraman.

Seramai 20 guru diamanahkan mengajar


seramai 160 pelajar dalam mata pelajaran
Bangunan Darul Taqwa
Feqah, Hadis, Tasawwuf, Sejarah Islam,
Tauhid, Faraid, Tajwid, Sirah dan lain-lain.

Untuk dihubungi:
Tel: 013-949 1811
Faks: 09-859 2564
Rumah pengurusan pondok
141
Direktori • Pondok- pondok di Malaysia

Pusat Pengajian Taman Islam, KEMAMAN

Pintu gerbang yang besar mengalu-alukan kedatangan tetamu ke pondok ini

142
Terengganu
Terletak di Chukai, Kemaman, Pusat
Pengajian Taman Islam diasaskan
oleh Tuan Guru Hj. Abdullah Usolleh
pada tahun 1982.

Semasa pembukaannya, pondok


ini bermula dengan 30 orang
pelajar. Kini jumlah pelajarnya
telah mencecah lebih 400 pelajar
daripada golongan remaja dan
kanak-kanak.

Perjumpaan pelajar dengan pengurusan pondok Ini suatu kejayaan bagi pondok ini
dan mudirnya, iaitu Ustaz Hj. Mohd
Zawawi dan Ustaz Hj. Shafie Muda.

Antara ilmu yang dipelajari di sini


ialah Feqah, Tafsir, Hadis, Tasawwuf,
Sejarah Islam, Tauhid, Balaghah,
Faraid, Tajwid, Akhlak, Sirah, semua
kitab tua dan kitab pondok.
Surau dua tingkat memberi
keselesaan beribadat

Untuk dihubungi:
Bangunan yang menempatkan Tel: 09-859 1934
kelas belajar
Faks: 09-859 1934
143
Direktori • Pondok- pondok di Malaysia

PUSAT PENDIDIKAN Darul Bayan, DUNGUN

Masjid Pusat
Pendidikan Islam
Darul Bayan

144
Terengganu
Pusat Pendidikan Darul Bayan atau
dikenali juga dengan nama Pondok
Pinang Merah ditubuhkan pada tahun
1992 oleh Ustaz Saiful Bahari Mamat.

Pengurusan pondok kemudian diambil


alih oleh Ustaz Mohd Aruddin Nawi dan
dibantu oleh lapan orang guru.

Pondok ini memperoleh sumber


kewangan daripada sumbangan orang
perseorangan, badan korporat dan
kerajaan negeri.

Asrama pelajar diletakkan di dalam kawasan berpagar Seramai 250 orang pelajar menerima
pendidikan di sini sejak penubuhannya.
Mereka diajar subjek Feqah, Tafsir,
Hadis, Tasawwuf, Sejarah Islam, Tauhid,
Balaghah, Tajwid, Sirah, Falakiah, semua
kitab tua dan kitab pondok.

Untuk dihubungi:
Kolah untuk
pelajar
Tel: 09-827 4177
dan kariah Laman web: www.darulbayan.org
mengambil
wuduk
145
Direktori • Pondok- pondok di Malaysia

Madrasatul Quran Pinang Baru, DUNGUN

Bangunan tambahan yang sedang dibina

146
Terengganu
Madrasatul Quran Pinang Baru yang terletak di
Kampung Pinang Baru, Dungun telah diasaskan
oleh Hj. Yusof Abdul Rahman pada tahun 2008.
Ustaz Hj. Yusof berkelulusan Pengajian Maahad
Muhammadi di Kelantan dan universiti di Mesir.

Antara mudir yang berpengalaman dan


berpengetahuan luas mengenai hukum Islam di
sini ialah Ustaz Hj. Johan, Ustaz Hj. Mat Rani dan
Ustaz Khalid Che Mat.

Walaupun usia pondok ini hanya setahun jagung,


Pelajar ditempatkan di asrama ini sementara menunggu
bangunan baharu siap dibina. dengan bangunannya masih dalam pembinaan
secara berperingkat, 80 pelajar telah berminat
untuk mendalami ilmu agama di sini.

Mata pelajaran yang diajar ialah Feqah, Tafsir, Hadis,


Tasawwuf, Sejarah Islam, Tauhid, Usul, Balaghah,
Faraid, Tajwid, Sirah, Semua kitab tua dan kitab
pondok.

Untuk dihubungi:
Tel: 09-834 0039
Walaupun belum siap sepenuhnya, ia sudah digunakan untuk
Faks: 013-623 4859
kemudahan pelajar
147
Direktori • Pondok- pondok di Malaysia

Muasasah Pondok Matlain Badrain, JERTEH

Bangunan dua tingkat masjid Muasasah Pondok Matlain Badrain


Hj. Muhammad Awang Teh

148
Terengganu
Muasasah Pondok Matlain Badrain atau
Pondok Nyamuk dibuka pada tahun
1989 oleh Hj. Muhammad Awang Teh
atau Tuan Guru Haji Ismail Besut di
Kampung Pasir Tawar, Jabi.

Sungguhpun sumber kewangan


terhad, Hj. Muhammad Awang Teh
telah menggajikan 12 orang guru
untuk mendidik 53 orang pelajar dalam
bidang Feqah, Tafsir, Hadis, Tasawwuf,
Sejarah Islam, Tauhid, Usul, Balaghah,
Nahu, Qiraat, Mantiq, Faraid, Soraf,
Asrama dua tiga untuk pelajar Tajwid, Tafauf/Akhlak, Sirah, Siasah,
semua kitab tua dan kitab pondok.

Warga emas, golongan dewasa dan


remaja yang boleh menulis Jawi dan
membaca Al-Quran boleh mendaftar
sebagai pelajar di sini.

Untuk dihubungi:
Tel: 019-987 2964
E-mel: matlainbadrain@yahoo.com

Ruang pelajar mengaji al-Quran


149
Direktori • Pondok- pondok di Malaysia

Madrasah Falahiah Kerandang, JERTEH

Surau Madrasah Falahiah Kerandang boleh memuatkan 100 jemaah pada satu-satu masa

150
Terengganu
Madrasah Falahiah Kerandang yang diasaskan
oleh Tuan Hj. Najmuddin Mohammad (Baba Din)
pernah melahirkan seorang Hakim Mahkamah
Syariah.

Tambah membanggakan apabila seorang demi


seorang pelajarnya mencipta nama dalam
bidang kerjaya berasaskan perundangan Islam.

Namun, selepas Tuan Hj. Najmuddin pulang


ke Rahmatullah pada tahun 2006, pondok ini
berdepan dengan masalah pengurusan.
Kerja membina pondok baharu sudah dimulakan
Bagi memastikan pengurusan dan pentadbiran
pondok ini berjalan lancar, Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Jabi, YB Tuan Hj.
Ramlan Ali telah dilantik sebagai pengerusi
pondok ini sehingga seorang mudir yang layak
dan sesuai dapat dicari. Terdapat 100 murid
yang sedang belajar di pondok ini.

Untuk dihubungi:
Tel: 017-964 2749
Tandas lama yang perlu diganti

151
Direktori • Pondok- pondok di Malaysia

SK Pondok Madrasah Ta’alim Watarbiyah, JERTEH

Surau Ta'alim Watarbiyah dalam pembinaan

152
Terengganu
SK Pondok Madrasah Ta’alim
Watarbiyah yang lebih dikenali sebagai
Pondok Alur Belum ialah pondok
moden yang terletak di Kampung Alor
Beluru, Jabi, Jerteh. Ia diasaskan oleh
Ustaz Hj. Daud.

Bagi memberi keselesaan kepada


muridnya beribadat, pengurusan
pondok ini telah membina surau
baharu yang kini dalam pembinaan.

Pada tahun 2012, seramai 39 pelajar


Asrama pelajar mengikuti pengajian berasaskan
sistem Nizami di sini dan mereka diajar
ilmu Feqah, Hadis, Tauhid, Usul, Nahu,
Soraf, Tajwid, Tafauf/Akhlak dan Sirah.

Untuk dihubungi:
Tel: 017-974 5199
Dewan mengaji agama 153
Direktori • Pondok- pondok di Malaysia

Pondok At-Taqwa, JERTEH

Bangunan Pondok At-Taqwa

Ustaz Hj. Abbas

154
Terengganu
Pondok moden yang dinamakan
Pondok At-Taqwa atau Pondok
Taqwa ini dibina pada tahun 1992
oleh Ustaz Hj. Abbas Said, terletak
di Kampung Padang Luas, Jerteh.

Beliau pernah mengarang buku


agama bertajuk Berdoa dengan Ayat
Al-Quran. Ustaz Hj. Abbas pernah
menjadi guru agama di bawah
Kementerian Pelajaran.

Sehingga kini, seramai 25 pelajar


yang kebanyakannya remaja
menimba ilmu. Dana yang
Bangunan tambahan yang dijadikan asrama untuk pelajar terkumpul hasil sumbangan tokoh
korporat, kutipan derma dan orang
perseorangan telah digunakan
untuk membina bangunan baharu
yang kini hampir siap.

Untuk dihubungi:
Tel: 09-697 1446
Bangunan baharu Pondok At-Taqwa
155
Direktori • Pondok- pondok di Malaysia

Perkampungan Ubudiah Pondok, JERTEH

Asrama pelajar dan bangunan baharu dalam pembinaan


Ustaz Mat Daik

156
Terengganu
Sebelum ini, Ustaz
Mat sentiasa menjadi
pakar rujuk oleh
penduduk sekitar
mengenai hukum
hakam Islam.

Selepas institusi
pondok ini dibuka,
jumlah pendaftaran
pelajar yang
direkodkan ialah
seramai 79 orang
yang terdiri daripada
warga emas,
golongan dewasa
dan remaja. Sistem
Kediaman Ustaz Mat Daik
pembelajaran yang
diterapkan di pondok
Pondok Pasir Akar atau Perkampungan Ubudiah Pondok telah ini ialah pengajian
mendapat kelulusan Majlis Agama Islam Terengganu sebagai Umumi dan Nizami.
pondok moden di Kampung Pasir Akar, Jerteh.

Penubuhannya diilhamkan oleh Ustaz Mat Daik Mohamad atau Untuk dihubungi:
Ustaz Mat pada 2010. Beliau berhasrat mahu berkongsi ilmu
yang diperoleh ketika menuntut di Mekah dahulu.
Tel: 019-969 2029
E-mel: p-perkampunganubudiah@yahoo.com

157
Direktori • Pondok- pondok di Malaysia

Pusat Tarbiyah Nurul Iman, BESUT

Ustaz Adam Mat Said

Masjid Pusat
Tarbiyah Nurul Iman

158
Terengganu
Pengasas Pusat Tarbiyah Nurul Iman ialah Ustaz
Adam Mat Said. Pondok ini dibuka pada tahun
2000 dan terletak di Kampung Kubang Ikan
Tembila, Besut.

Beliau pernah menghasilkan buku bertajuk


Tuntutan Amal. Pondok moden beroperasi
sepenuhnya bermula tahun 2006. Dalam tempoh
enam tahun proses pembinaan bangunan ini,
Ustaz Adam sudah memulakan sesi pengajian
melibatkan 15 pelajar. Berikutan pencapaian yang
baik, sambutan dalam kalangan dewasa, remaja
Bangunan yang dalam pembinaan
dan kanak-kanak untuk belajar di sini semakin
bertambah.

Sehingga kini jumlah pelajar yang direkodkan


ialah seramai 800 orang dengan tiga guru dan
tujuh pekerja am. Mata pelajaran ditawarkan
ialah Feqah, Tafsir, Hadis, Tasawwuf, Sejarah Islam,
Tauhid, Usul, Qiraat dan Tajwid.

Untuk dihubungi:
Tel: 019-936 7768
Ustaz Azam di pekarangan Pusat Tarbiyah Nurul Iman

159
Direktori • Pondok- pondok di Malaysia

Markaz Tarbiyah Pondok Bukit Puteri, BESUT

Bangunan kelas Markaz Tarbiyah Pondok Bukit Puteri

160
Terengganu
Markaz Tarbiyah Pondok Bukit Puteri atau
Madrasah Asabiyah ditubuhkan oleh
Tuan Guru Hj. Abbas Mohamad sebelum
negara mencapai kemerdekaan lagi.

Pengasasnya sudah lama meninggal


dunia dan warisannya diteruskan oleh
anak beliau, Ustaz Abdul Aziz Abbas
bermula tahun 1986.

Bangunan separa konkrit dan kayu


ini masih berdiri kukuh untuk terus
Ustaz Abdul Aziz menunjukkan kubur pengasas
dihuni oleh 100 pelajar yang mengikuti
pengajian Nizami.

Untuk dihubungi:
Tel: 019-932 8755
Ustaz Abdul Aziz menunjukkan kemudahan di Pondok Bukit Puteri
161
Direktori • Pondok- pondok di Malaysia

Madrasah Al-Insanniyyah, SETIU

Penduduk setempat juga turut datang mendengar kuliah agama

162
Terengganu
Madrasah Al-Insanniyyah dibina
di Kampung Kederang, Setiu pada
tahun 2004 oleh Ustaz Abdul
Ghani Muda sebagai pondok
moden. Walaupun belum siap
atau sempurna sepenuhnya, sesi
pembelajarannya sudah pun
bermula dan turut menjadi tempat
kariah sekitar mendengar kuliah
agama.

Jalan masuk dan sekeliling


Walaupun belum siap sepenuhnya, bangunan ini sudah digunakan sebagai surau sementara
madrasah yang juga dikenali
sebagai Pondok Ustaz Ghani,
Setiap kali
hujan, air akan
lecah apabila hujan dan berdebu
bertakung pada musim kemarau. Keadaan
menyebabkan ini boleh mengganggu situasi
kawasan ini pelajar yang datang ke sini untuk
lecah
mendalami ilmu agama. Justeru,
perhatian perlu diberikan oleh
pihak berkenaan bagi memastikan
pembelajarannya tidak terjejas.

Untuk dihubungi:
Tel: 014-544 1837

163
Direktori • Pondok- pondok di Malaysia

Ma’ahad Darul Quran, MARANG

Bangunan utama
Darul Quran yang
menempatkan dewan
belajar dan surau

164
Terengganu
Pondok Darul Quran atau Madrasah Masjid
Rusila diasaskan oleh Ustaz Hj. Yasin Salleh
atau Haji Yasin Rusila pada 1988 di Kampung
Masjid Rusila, Marang.

Pondok ini turut mempunyai 15 orang


guru yang mengajar lebih 600 pelajar
dalam mata pelajaran Feqah, Tafsir, Hadis,
Tasawwuf, Sejarah Islam, Tauhid, Balaghah,
Qiraat, Faraid, Tajwid, Akhlak, Sirah, Falakiah,
semua kitab tua dan kitab pondok.

Wakaf tempat pelajar beriadah dan merehatkan minda Selain menerima sumbangan daripada
tokoh korporat dan kerajaan negeri, ma’ahad
ini turut menjual air mineral keluarannya
bagi menampung kos pengurusan dan
pentadbiran, termasuk membayar gaji
guru, tukang masak, bil elektrik, air dan
sebagainya.

Untuk dihubungi:
Tel: 012-988 1971
Faks: 09-617 2488
Dewan terbuka Darul Quran untuk aktiviti sukan dan agama Laman web: www.mdarulquran.net.my

165
Direktori • Pondok- pondok di Malaysia

Madrasah Ibtida’i, HULU TERENGGANU

Pelajar Madrasah Ibtida’i daripada pelbagai peringkat usia berkumpul di surau untuk menunaikan solat berjemaah

166
Terengganu
Madrasah Ibtida’i ini ditubuhkan pada 2001
di Jalan Kuala Berang, Hulu Terengganu
oleh pengasasnya, Ustaz Mat Awang atau
dikenali juga dengan Pak Abu. Mudirnya
ialah Ustaz Muhammad Zoha Muda. Pada
awal penubuhannya hanya tujuh orang
yang datang belajar, tetapi sekarang
bertambah kepada 30 orang pelajar.

Madrasah ini yang juga dipanggil Pondok


Batu 22 ½ mempunyai sejarah pahit
sepanjang penubuhannya. Dua pondoknya
musnah dalam kebakaran yang berpunca
Wakaf juga disediakan untuk pelajar mengadakan perjumpaan daripada litar pintas. Justeru, pihak
pengurusan telah memohon bantuan bagi
membaik pulih institusi pondok ini supaya
pelajar dapat terus belajar.

Di samping itu, pihaknya juga menerima


individu yang dibuang negeri atau penagih
dadah yang hendak berubah, asalkan niat
mereka ikhlas.

Untuk dihubungi:
Tel: 019-926 9372
Beginilah keadaan pondok pelajar 167

You might also like